KMU 2016 (Day 12): Day 09 - Namsang - Monywa (580km)
Satu perjalanan yg agak jauh perlu ku redah untuk menyempurnakan misiku ini.
Kami memulakan perjalanan pada 6.40pagi. Jalan agak basah kerana hujan lebat semalam. Aku memberi tumpuan yg lebih. Jalannya agak berbahaya.
Kami melalui kawasan pergunangan, turun dan naik berapa kali pun aku tak ingat. Aku mmg bergerak berasingan dgn teman2 yg lain kerana kemampuan jentera kami berbeza.
Aku sampai di bandar taunggyi, sebuah bandar yg terletak di atas puncak gunung. Agak sibuk. Aku berhenti seketika di bank untuk menukarkan duit, USD 100 = 112,000 Kyat.
Aku meneruskan perjalanan menuju ke sebuah pekan iaitu pekan Heho. Aku terlihat kanak-kanak bertudung keluar dari satu lorong. Aku berhenti dan menyusuri lorong tersebut dan terlihat Masjid Heho yg tersergam indah. Aku bertemu dgn muazin (bilal), Abdul Hakim. Kebanyakan bertutur dlm bahasa Urdu.
Aku meneruskan perjalanan ke Kalaw yg dikenali sbgai "Land of Pine". Kawasan kalaw umpana Cameron Highland yg penuh dgn pokok pine diserata tempat. Jalannya mengerunkan dan laluan trafik agak sibuk dgn lori2.
Aku berhenti Masjid Yin Marpinjar Mae yg terletak 60km dr Kalaw. Kws terdapat ramai muslim, lebih kurang 4000 kluarga mendiami kwsan ini.
Seterusnya aku menuju ke Bandar Meiktila yg agak sibuk. Terdapat sebuah masjid yg besar disini.
Seterusnya aku menaiki Highway menuju ke Mandalay, Bandar kedua terbesar di Myanmar. Aku sampai di Mandalay agak lewat dalam pkl 7 mlm, sudah gelap.
Perjalanan diteruskan lagi yg berbaki 90km. Ride di Myanmar diwaktu malam sungguh merbahaya. Perlahan lahan aku ride sehingga sampai di Win Unity Hotel pada pukul 8.30 mlm (10mlm Malaysia).
Alhamdullilah aku sampai dgn selamat.
No comments:
Post a Comment