Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Thursday, May 5, 2016

Perghh !!! Babi Hutan Mati Tersangkut Pintu Pagar Sekolah



  
KUANTAN: Seekor babi hutan mati selepas kepalanya tersangkut di jeriji besi pintu pagar Sekolah Kebangsaan Beserah di sini, pagi Rabu.

Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Pahang Zainal Yusoff berkata babi hutan itu yang datang dari hutan berhampiran, dipercayai sesat  sebelum tersangkut di pintu pagar tersebut kira-kira pukul 6.15 pagi.

"Empat anggota JPAM dikejarkan ke sekolah itu selepas dihubungi kira-kira pukul 6.30 pagi dan babi hutan tersebut ditemui dalam keadaan berlumuran darah akibat luka kerana cuba melepaskan diri daripada jeriji pagar berkenaan.

"Bagaimanapun, haiwan itu gagal melepaskan diri dan mati dua jam kemudian," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Zainal berkata haiwan itu berjaya dikeluarkan daripada pintu pagar berkenaan sekitar pukul 10 pagi dan pihaknya kemudian menghubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) memandangkan ia melibatkan hidupan liar.

Sementara itu, pengusaha kantin sekolah Yusof Abdullah, 33, berkata beliau mulanya menyangka berlaku kemalangan jalan raya apabila terdengar bunyi dentuman kuat sebanyak dua kali dari arah pintu pagar tersebut.

Beliau yang tiba di sekolah itu pada pukul 5 pagi untuk membuat persiapan membuka kantin, kemudian memanggil dua pengawal keselamatan di situ untuk memeriksa punca bunyi berkenaan.

"Kami terkejut apabila melihat babi hutan itu tersepit di pintu pagar dan mula berdarah apabila cuba meloloskan diri," katanya.

Yusof berkata beliau bersyukur kerana tidak membuka pintu pagar itu semasa menghantar barangan basah seperti kebiasaannya kerana tindakan berkenaan pasti menyebabkan haiwan tersebut memasuki kawasan sekolah.
Post a Comment

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung