SETIU - Dua pelajar lelaki maut termasuk seorang daripadanya putus kepala selepas digilis kereta dalam kemalangan dekat Kampung Gong Kubur, Permaisuri, di sini, petang semalam.
Menurut sumber, kemalangan ngeri jam 5.20 petang itu berlaku ketika kedua-dua mangsa berusia 17 tahun dikatanya bergesel sesama sendiri sebelum terjatuh di atas jalan raya dan pada masa yang sama datang sebuah kereta jenis Hyundai dari arah Penarik ke bandar Permaisuri gagal mengelak lalu menggilis mangsa.
Kedua-dua mangsa yang belum diketahui identiti dikatakan  berkonvoi bersama  28 lagi motosikal dipercayai dalam perjalanan pulang dari berkelah.
Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Elias Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
"Kemalangan itu menyebabkan mangsa dari Kampung Maras dan Tepoh maut di tempat kejadian dengan seorang mangsa putus kepala,” katanya