BANDARAYA MELAKA - Penjaga gol skuad Piala Presiden Melaka United, Marco Stefan Petrovski, yang parah dipanah petir awal bulan lalu, telah meninggal dunia petang tadi.
Marco Stefan, 18, yang tidak sedarkan diri sejak kejadian pada 5 April itu telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Putra kira-kira jam 3 petang.
Ketika dihubungi Sinar Harian, Pengurus Skuad Piala Presiden, Khairi Anuar Ahmad berkata, beliau yang kini sedang berada di Sabah untuk perlawanan Piala Presiden Melaka United
menentang Sabah, hanya dimaklumkan mengenai pemergian Marco Stefan petang tadi.
Menurutnya, perkara berkenaan telah dimaklumkan kepada Ketua Menteri, yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United.
Difahamkan, mayat mendiang akan dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat sebelum ia dibawa pulang keluarganya untuk urusan pengebumian di Australia.