Nuffnang

Wednesday, June 1, 2016

Gambar Kembara Musafir : Menaiki Kapal Laut Untuk Melintasi Teluk Di Iran

Hari ke 36 KMU
Bandar Abbas - Sharjah - Dubai
Ferry 12 jam
Sharjah ke Dubai 40km
Perjalanan ferry drpd Bandar Abbas ke Dubai memakan masa lebih kurang 12 jam. Ferry bertolak pd pkl 10 mlm & sampai pd pkl 10 pagi.
Kami yg membawa motor dibenarkan utk.keluar dulu. Malang tak berbau.. bila kami turun.. kelihatan motor hj amin berada dikedudukan lain. Rupa2nya motornya jatuh sewaktu ombak kuat. Tangki minyaknya sedikit kemek, bracket top boxnya patah & helmet & visornya calar2. (hj amin tinggalkan helmetnya dimotor, semua yg lain bawa naik helmet).


Kapal Yang Sedang Menunggu Kami


Mor Sebelum Masuk Dalam kapal




Helmet Hj AMin Yang Beracalar


Motor Hj amin Yg Kemek



Urusan Imegration dan Dokumentasi




Syukur Alhamdulillah dah sampai ..kami makan di sini 



Semasa menunggu arahan polis utk ke imigresen, ejen dokumen tlh dtg ke kami.& meminta Carnet. Dia kata dia akan uruskan semua dokumentasi sementara kami buat urusan imigresen.
Dlm pkl 10.30 pg, polis memgarahkan kami ke imigresen. Proses di imigresen ambil.masa lebih kurang sejam. Kemudian, kami ke pejabat ejen. Ejen buat sedikit dokumen utk kami & arahkan kami utk pergi ke beberapa.tpt utk selesaikan.urusan Carmet. Charges yg dikenakan agak.tinggi.. kami ingat dia akan uruskam semua. Rupa2nya dia hanya prepare dokumen & kami kena uruskan sendiri semua kerja di jabatan2 yg berkatian.
Ada dlm 6 proses di jabatan2 yg berlainan. Alhamdulillah.. ada seorg pegawai yg bernama hj mahmud yg pd mulanya kelihatan garang tp apabila diberitahu kami Musafir nak menunaikan umrah, dialah yg membantu kami selesaikan urusan & ilut kami dr 1 jabatan ke 1 jabatan sehingga semua urisan selesai. Mcm dia pula ejen kami. Dia tak mau ambil 1 sen pun bila kami.nak byr. Dia bantu kami bersungguh2 sehingga selesai semua proses dr stamping, sekuriti checking nombor chasis & enjin motor, trafik, scanning, etc etc. Di UAE..semua proses dikenakan yuran. Nasib baik depa mau accept US dollar sbb kami tak tukar lg Dirham UAE.
Keseluruhan proses dokumentasi imigresen & kastam utk carnet selesai dlm pkl 3.30 ptg ( lebih kurang 5 jam).
Sebaik saja selesai semua urusan.. kami bergerak keluar dr bandar Sharjah ke Dubai. Dlm perjalanan kami berhenti mkn di Restoran Al Tawasol pekena Nasi Mandi berlaukkan Kambing, Ikan & Ayam Boss.. hi3. Kami solatpun di restoran tersebut.
Selepas itu, kami teruskan perjalanan ke Mall of the Emirates utk tukar currency & beli simcard UAE. Selesai di sana lebih kurang pkl 8 mlm.
Sahabat2 di UAE recommend kami check in di Hotel Ibis Al Barsha Dubai berdekatan dgn mall bersebut. Kami pun ke sana & Alhamdulillah ada bilik yg available.
Utk makluman semua, kami tlh memohon utk visa Saudi sebelum bertolak KMU. Namun Visa Saudi bukan mudah utk diperolehi terutamanya di bulan Ramadhan atau hampir Ramadhan. Jd..kami memutuskan utk.bergerak dulu & off course kami.kena bawa pasport. Hj azman akan uruskan & follow up urusan visa kami di Malaysia & apabila diluluskan, kami hanya mengambil sticker visa di Konsul Saudi di Dubai & tampalkannya di Pasport kami.
Sehingga ke hari ini, permohonan visa Saudi kami masih belum diluluskan Memandangkan pejabat kerajaan di UAE tutup pd hari jumaat & sabtu, kami tak dpt berbuat apa2 esok & lusa. Kami hanya dpt berurusan dgn konsul pd hari ahad iaitu pd 29 Mei.
Kami berhrp esok permohonan kami diluluskan di KL & pd hr ahad, kami dpt ambil sticker visa di konsul saudi di dubai utk ditampalkan di pasport.
Kami berdoa supaya permohonan visa Saudi ini diluluskan secepat mungkin supaya misi KMU ini berjaya sampai ke negara terakhir.& mencapai matlamat & objektifnya. Visa Saudi adalah perkara yg paling mendebarkan. Hrp2 luluslah memandangkan kami dah sampai ke peringkat akhir.
Kami akan berada di dubai sekurang2nya sampai hari ahad utk menunggu urusan visa saudi ini. Sementara itu, esok bolehlah kami round bandaraya dubai ini..hari sabtu baiki & servis motor & hrp2 hari ahad kami boleh ambil sticker visa & teruskan perjalanan ke border Saudi.
Dihrp doa kami di makbulkan, perancangan kami berjln lancar, permohonan utk.visa saudi kami diluluskan & segala urusan kami dipermudahkan olehNya. Aamiin.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung