Nuffnang

Sunday, November 6, 2016

Alfatihah..Isteri Jalaluddin Hassan Meninggal Dunia



Isteri kepada pelakon Datuk Jalaluddin Hassan iaitu Datin Hashimah Mad Ehsan meninggal dunia kira-kira pukul 3 pagi Sabtu. Foto Ihsan Instagram @jalaluddinhassan
  
PETALING JAYA: Isteri kepada pelakon terkenal Datuk Jalaluddin Hassan iaitu Datin Hashimah Mad Ehsan meninggal dunia kira-kira pukul 3 pagi Sabtu.
Jalaluddin ketika dihubungi berkata, Hashimah, 64, menghembuskan nafas terakhirnya selepas berlaku komplikasi selepas menjalani pembedahan jantung di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dekat sini pada Jumaat lalu.
"Pembedahan itu dilakukan bagi membuka saluran jantung tersumbat dan Alhamdulillah ia berjalan lancar sebelum berlaku komplikasi.
"Isteri juga menghidapi penyakit kencing manis selain masalah paru-paru dan doktor mengesahkan arwah meninggal dunia pada pukul 3 pagi tadi," katanya.
Dalam pada itu, Jalaluddin memberitahu jenazah Allahyarham akan dikebumikan selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat dekat sini.
Pasangan itu yang berkahwin pada 1976 mempunyai lapan cahaya mata dan 14 cucu.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung