Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Saturday, November 5, 2016

Masyallah.!!! Dua Maut Dihempap Kren Cerucuk




  
KLANG: Seorang lelaki dan seorang wanita maut serta merta apabila kereta yang mereka naiki dihempap kren cerucuk statik yang tumbang.
Semasa kejadian, kereta jenis Perodua Axia dipandu Abd Rahim Abd Rahman, 61, dan seorang wanita warga Indonesia dikenali sebagai Nurhayati, 56, dihempap kren berkenaan yang tumbang dari tapak pembinaan di sebelah kanan jalan ketika mereka sedang melalui Persiaran Astana, Meru.
Struktur kren cerucuk itu menghempap bahagian depan kereta mereka, menyebabkan kedua-dua mangsa tersepit di tempat duduk masing-masing.
Insiden berlaku kira-kira 12.30 tengah hari.
Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini untuk bedah siasat.
Anggota bomba dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor sedang membersihkan lokasi nahas.
Post a Comment

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung