Nuffnang
Monday, January 15, 2018
Perghh Dahsyatt !!! Kongsi ‘Kekasih’ dengan lima rakan
KOTA BHARU – Seorang remaja berusia 19 tahun tidak mengaku salah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas dakwaan merogol kekasihnya secara bergilir-gilir dengan lima rakan.
Remaja itu didakwa merogol mangsa yang berusia 15 tahun sembilan bulan, kali pertama pada jam 2 pagi hingga 4 pagi, dalam Jun 2017. Kali kedua, ketika mangsa berusia 15 tahun 11 bulan pada jam 2 dan 3 pagi, pada Ogos 2017.
Sementara rakanya, Mohamad Hakimie Muhamad, 21,, dan Muhammad Husien Abu Bakar, 20, didakwa merogol mangsa antara jam 3 pagi sehingga 4 pagi pada Ogos 2017.
Dakwaan terhadap mereka dibuat di hadapan Hakim, Ahmad Bazli Bahruddin, manakala dakwaan terhadap remaja dua remaja berusia 16 tahun dan seorang remaja berusia 15 tahun dijangka dibuat di Mahkamah Majistret Pasir Puteh, esok.
Kesemua kejadian didakwa berlaku di sebuah perumahan di Kampung Kulim, Pasir Puteh.
Kesemua rakan tertuduh juga tidak mengaku salah atas tuduhan itu dan berhasrat melantik peguam untuk perbicaraan kes berkenaan.
Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Hajarul Falenna Abu Bakar, manakala mereka belum diwakili peguam.
Terdahulu, Hajarul memohon tarikh sebutan semula bagi mendapatkan laporan perubatan dan tidak mencadangkan sebarang jaminan.
Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 11 Februari depan.
Tiada jaminan dibenarkan Ahmad Bazli.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Tabik! Anggota tentera kutip Jalur Gemilang di tepi jalan undang sebak, “Terima kasih pahlawan” Foto yang menjadi tular di laman sosial. ...
-
Pihak Kufar Cuba Membina Patung Yang Seolah sedang berdoa. ke langit Allah Hu Akhbar, Bukti Kekuasaan ...
-
Baru selesai solat maghrib yg diimamkan oleh DS ANWAR IBRAHIM di majlis tazkirah/iftar Surau Insaniah,Kampung Petani,Permatang Pasir,...
-
Tinggalkan Malaysia jika tidak suka kerajaan BN, kata Ketua Wanita Umno INILAH WAJAH KETUA WANITA UMNO BAHAGIAN YANG HAMBAT KELUAR...
-
Inilah lumrah dunia..macam macam orang nak kata..Ustaz kawen dia hebahkan dan kawin di Malaysia ada orang kwen di selatan Thailand. K...
-
JAIS AMPANG, 27 Julai — Sekumpulan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini bertindak memecahkan pintu pagar sebuah rumah ...

No comments:
Post a Comment