Thursday, January 11, 2018

Perghh !!! Pemuda 'Cair' Dipujuk Kucing Mengada


Pemuda 'Cair' Dipujuk Kucing Mengada

Seekor kucing berwarna putih mengiau berkali-kali kepada Noor Helmie (gambar kecil) mungkin kerana haus.

PETALING JAYA: Seekor kucing comel berwarna putih berjaya mencuit hati netizen dengan gayanya memujuk seorang lelaki untuk menuruti permintaannya.
Si manja yang mengiau berkali-kali kepada seorang pemuda yang dikenali sebagai Noor Helmie, seakan-akan ingin memberitahu sesuatu telah membuatkan lelaki berkenaan mengekori kucing tersebut hingga ke bilik air.
Kejadian yang sempat dirakam oleh Noor Helmie itu dimuat naik di laman Twitter pada petang Selasa dan rata-rata pengguna berasa keletah haiwan itu sungguh comel dan bijak.
Rakaman menunjukkan kucing tersebut cuba menyampaikan mesej bahawa dia sedang haus dan meminta pemuda itu membuka pili air untuknya.
Kejadian itu dipercayai berlaku di kawasan bilik air sebuah asrama yang lokasinya tidak dinyatakan.
Tulis Noor Helmie pada posting itu: "Banyak kali jugak la dia dok (asyik) 'meow' sampailah aku faham. Hahaha"
Sementara itu, seorang netizen, 'Norfarahin_' meminta agar Noor Helmie meletakkan bekas air 'siap-siap' kerana simpati dengan si manja itu yang terpaksa menunggu seseorang untuk membuka pili air buatnya.
Namun, Noor Helmie memberitahu bahawa dia sebenarnya telah berbuat demikian, tetapi kucing tersebut tetap ingin minum terus dari pili itu.
Manakala seorang lagi netizen, 'Atyqalyana' pula berkata: "Bijak kucing sekarang. Tahu pula mana datangnya air tu."
Seorang pengguna Twitter, 'Shei1501' meluahkan rasa lega kerana dia mengerti betapa 'siksanya' seekor kucing untuk memberitahu yang dia sedang haus dan ingin minum air kepada seorang manusia.
Post a Comment

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung