Thursday, October 3, 2019
Fuh !!! Baru dating sekali, lelaki ini sanggup pindah sejauh lebih 6,000 km ke UK bantu kekasih hidap kanser ovari
Baru dating sekali, lelaki ini sanggup pindah sejauh lebih 6,000 km ke UK bantu kekasih hidap kanser ovari
Dave semasa melawat Emily yang menerima rawatan di hospital. Foto MDWfeatures / Emily Gosling
SEORANG lelaki sanggup berhijrah sejauh lebih 6,000 kilometer dari Kanada ke London, United Kingdom untuk memberi sokongan kepada teman wanitanya yang menghidap kanser, meskipun baru keluar dating sekali.
Emily Gosling, 31, mengusahakan bisnes keluarganya di Ontario, Kanada sejak 2013, sebelum berpindah ke London lima tahun kemudian.
Walau bagaimanapun sebelum berpindah dan semasa kunjungan ke Vancouver pada Mei 2017, dia bertemu dengan seorang pengarah wain, Dave Bulters, 31.
Emily kemudian berpindah pada tahun berikutnya, dan kembali sekali lagi ke Kanada atas urusan bisnes yang mana ia juga menjadi date pertama bersama Dave.
Bagaimanapun, Emily didiagnosis kanser ovari pada Mac lalu.
Dalam tempoh seminggu dia didiagnosis, Dave terbang ke London untuk bersama dengan Emily.
Emily menjalani kemoterapi, diikuti dengan pembedahan untuk mengeluarkan ketumbuhan tujuh inci.
Pada awalnya, diagnosis kanser itu menjejaskan rancangan pasangan untuk hidup bersama, tetapi Dave membuat keputusan untuk berhenti kerja di Vancouver dan berpindah ke London bagi memberi sokongan kepada Emily.
Emily percaya masa yang dihabiskan bersama Dave selama berbulan-bulan di London memperkukuhkan hubungan mereka dan membantunya melawan penyakitnya. - Mirror UK
Tags/Kata Kunci:kanser , ovari
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
Seorang wanita terpaksa bayar ganti rugi panggil anak Jasmin Hamid bapuk Individu yang menghina anak angkat Jasmin tampil membuat permoh...
-
Warga emas rebah sebelum meninggal dunia semasa menonton filem lucah Polis Itali menyiasat punca kematian seorang warga emas. SEORANG l...
-
Wanita dilarang ke tandas sepanjang tujuh jam penerbangan terpaksa duduk di atas air kencing sendiri Penumpang sebuah kapal terbang dilar...
-
‘Penyewa dari neraka’ memang wujud! Pemilik perlu ‘daki’ timbunan sampah cecah siling nak masuk rumah... siap pakej haiwan, bangkai Keada...
-
Tabik! Anggota tentera kutip Jalur Gemilang di tepi jalan undang sebak, “Terima kasih pahlawan” Foto yang menjadi tular di laman sosial. ...
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Baru dating sekali, lelaki ini sanggup pindah sejauh lebih 6,000 km ke UK bantu kekasih hidap kanser ovari Dave semasa melawat Emily yan...

No comments:
Post a Comment