Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Tuesday, November 30, 2010

Dr Mahathir : Malaysia tak perlu menara 100 tingkat


Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memberi amaran bahawa rancangan kerajaan bagi membina bangunan 100 tingkat Warisan Merdeka akan menyaksikan lebihan hartanah dan ruang npejabat yang kini sudahpun melanda Lembah Klang.

“Jika anda bertanya saya, kita belum memerlukan menara 100 tingkat itu,” kata Mahathir ketika menjawap soalan daripada hadirin pada persidangan "Revisiting Vision 2020" anjuran Institut Pemasaran Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.

"Saya lihat banyak papan tanda 'untuk dijual' dan 'untuk disewa' apabila saya bersiar-siar. Ini bermakna kita telah mempunyai bangunan yang mencukupi.

Sebelum ini, Mahathir menggesa kerajaan merujuk dengan rakyat berhubung projek Warisan Merdeka dan secara tidak langsung menyokongnya kerana berpendapat ia akan memberi kesan ekonomi yang positif.

Dalam nada yang sama, Mahathir berkata beliau mungkin mempunyai pandangan yang berat sebelah kerana Menara Berkembar Petronas adalah projek semasa pemerintahnnya dan beliau tidak mahu melihat rekodnya sebagai bangunan tertinggi di negara ini diatasi.

"Mereka boleh bina, tetapi bukan sekarang, mungkin kemudian... apabila saya tiada lagi,” katanya dalam nada bergurau.
Dubai merupakan contoh klasik tentang lebihan bangunan, katanya lagi ketika menjawab soalan lain daripada hadirin.

Menurut beliau, Jepun dan Hong Kong juga mengalami keadaan yang sama pada masa
lalu.

"Jepun masih belum pulih daripada keruntuhan ekonominya disebabkan oleh lebihan bangunan. Begitu juga Dubai dan apa yang terjadi di sana, boleh terjadi di mana-mana sahaja.

"Banyak orang beli dengan harapan harga akan naik dan mereka boleh menjualnya untuk mendapatkan keuntungan, tetapi ada kalanya harga melonjak terlalu tinggi hingga tidak boleh jual.

"Bila tidak boleh jual, kita tidak boleh bayar balik pinjaman yang kita ambil untuk beli harta itu. Bila perkara begini berlaku dengan meluas, bank-bank akan menjadi mangsa kerana tidak boleh dapat balik wang yang dipinjamkan," kata Mahathir.

Oleh itu, Malaysia perlu berhati-hati.

"Hari ini, kita nampak banyak kren di Kuala Lumpur dan seluruh negara, kita juga bina, tidaklah gila-gila, tetapi gila juga membina," katanya berjenaka. Malaysiakini

Nota : Kita tunggu jawapan daripada pencadangnya ye........tunggu......

Monday, November 29, 2010

Tak teringin Ke..Nak Naik Paramotor



Salam buat semua..

Penulis ingin memaparkan ..satu alat penerbangan ringan yang mudah dan murah bagi orang yang ada duit la.Penggunaan paramotor ini lebih mudah kerana tidak memerlukan banyak landasan untuk berlepas dan mendarat.

Kegunaan paramotor ini adalah khusus untuk mencari dan menyelamat di laut dan darat dengan kadar segera. Kalau di barat ianya telah lama dipraktikan dan digunapakai dalam kes kes ..menyelamat di lurah lurah gunung , kawasan berair dan bukit.

Baru baru ini pihak ATM telah membuat satu expdc dari Satun Thailand ke Langkawi sejauh 58 KM dengan mengambil masa sejam...kalau naik bot laju hampir 2 jam ..kalau cuaca baik.
Alat paramotor ini harganya antara RM 25,000 hingga RM 30,000 dan kelajuannya antara 30 hingga 60KM sejam...berani ke..

Beranikan anda untuk terbang bersama mesin paramotor ni..dan seterunya memilikinya...aku tak beranila...gayaaaaaaaaaat...huhu

Sunday, November 28, 2010

Salam..Berhati hati..Dadah Yang di Bekal D Sekolah



Warn your children and pass info to friends! Please pass this on even if you do not have kids in school. Parents should know about this killer drug.



This is a new drug known as 'strawberry quick '.

There is a very scary thing going on in the schools right now that we all need to be aware of.

There is a type of crystal meth going around that looks like strawberry pop rocks (the candy that sizzles and 'pops' in your mouth). It also smells like strawberry and it is being handed out to kids in school yards. They are calling it strawberry meth or strawberry quick.

Kids are ingesting this thinking that it is candy and being rushed off to the hospital in dire condition. It also comes in chocolate, peanut butter, cola, cherry, grape and orange.

Please instruct your children not to accept candy from strangers and even not to accept candy that looks like this from a friend (who may have been given it and believed it is candy) and to take any that they may have to a teacher, principal, etc. immediately.

Kindly pass this email on to as many people as you can (even if they don't have kids) so that we can raise awareness and hopefully prevent any tragedies from occurring.

Nota Berhati Hati Ye...dengan gejala yang ada sekarang

Sumber dari Pakar Senior Consultant Neurologist
Pakar Perunding Kanan Neurologi
Medical Faculty

Friday, November 26, 2010

Curi wang isteri bayar hutang kahwin..Pun Ada


CHOON GUAN (kiri) menunjukkan wang tunai dan barang kemas yang dirampas daripada seorang lelaki untuk membayar hutang kahwin di Muar semalam.

MUAR – Buntu mahu menyelesaikan baki hutang semasa berkahwin Februari lalu, seorang lelaki tergamak mencuri barang kemas dan wang tunai isterinya sendiri sebelum membuat laporan polis palsu mengatakan dia dirompak pada malam Selasa lalu.

Sebelum itu, suspek, 22, seorang pemandu lori membuat laporan polis mendakwa dia dirompak ketika pulang kerumahnya di Taman Temiang Jaya, Jalan Kim Kee di sini pukul 8.40 malam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Supritendan Lee Choon Guan berkata, hasil siasatan bagaimanapun mendapati keterangan suspek mencurigakan sebelum lelaki itu mengaku mencuri barangan kemas dan wang tunai milik isterinya yang berusia 32 tahun.

“Ketika disoal siasat, suspek mendakwa diserang tiga lelaki warga asing yang bersenjatakan senapang patah dan parang ketika pulang ke rumah.

“Namun keterangannya didapati meragukan sebelum polis menemui barangan kemas dan wang tunai berjumlah RM2,017 di dalam sebuah beg galas yang disembunyikan dalam but kereta Perodua Kancil milik suspek,” katanya kepada pemberita semalam.KOSMO..Macam macam ye...

Thursday, November 25, 2010

Subhanallah.....Suasana Mekah Terkini


Jutaan Umat Islam yang sedang berangkat ke Padang Arafah untuk mengerjakan Wukuf di sana..


Allah hu Akbar ..lautan Umat Islam yang dapat dilihat dari udara memenuhi padang arafah sebelum menuju ke Mina.


suasana di Mina...Para Jurutera Islam telah memikirkan bagi memudahkan umat Islam melakukan ibadah melontar Jamrah dalam sesuatu masa, mungkin seramai 1 juta orang.


Subhanallah Makah Masakini yang pesat membangun dari semasa ke semasa ...dengan Menara Jam Paling Tinggi Di Dunia....

Wednesday, November 24, 2010

Fikir fikirkan lah...Apa Akan Terjadi Selepas 2020 ?


salam buat semua..

Hari ini penulis ingin memaparkan kisah apa akan terjadi dalam masa 10 tahun akan datang.. Ye lah sekarang nie manusia sedang bergelut dengan mengejar kekayaan dan pembangunan.Di serata tempat dalam Malaysia ni kalau ada tanah pasti akan dibangunkan. Orang kampung yang tiada duit jual tanah untuk menyara kehidupan keluarga serta membayar yuran anak ke Universiti. Sawah bendang makin pupus yang dihimpit oleh pembangunan yang begitu pesat sekali.



Sekarang ini menjadi trend untuk cepat kaya..antaranya..
1. Membina taman perumahan
2. Membina Tapak Perindustrian.
3. kolam ikan arowana...jom pi lihat kat Bukit Merah..
4. Membina rumah untuk burung walit...untung besar kan..
5. Membela udang harimau...habis tanah kat Kerpan tu...

apa yang ingin dikogsikan bersama ialah , adakah kita akan mengimport makanan dari luar.sekiranya krisis ini tidak di atasi segera...cuba kita renung kembali apabila harga beras naik 3 tahun dahulu dar RM 16.00 ( 10 Kg ) kepada RM 26 ( 10 kg) , semua rakyat melompat dan melatah..sekarang semua diam je...maka kita terpaksa import dari Thailand dan Viatnam...maka apa akan jadi 10 atau 20 tahun lagi...maka fikir fikirkan lah wahai pembaca sekelian............ tanah ada tapi buat benda lain..

Tuesday, November 23, 2010

Kerana nak kaya...Jelapang padi Kerian terancam



BUKIT MERAH - Seorang petani mendakwa kawasan sawah padi di Kerian dekat sini akan pupus sekiranya projek ternakan ikan kelisa diteruskan di kawasan berdekatan.

Abdul Rahman Ahmad, 62, berkata, pihaknya telah membuat aduan beberapa kali kepada pihak berkuasa mengenai masalah tersebut yang bermula sejak sedekad lalu.

Beliau yang merupakan Ketua Kampung Parit Simpang Lima bagaimanapun berkata, tiada sebarang tindakan diambil terhadap pengusaha kolam ternakan ikan tersebut.

"Kami tak kisah kalau kolam tersebut masih ingin beroperasi sekiranya ia mendatangkan keuntungan kepada kerajaan atau mana-mana pihak, tapi tolonglah fikir masalah kami.

"Mereka dapat berjuta-juta, kami ini hanya petani yang cari makan sesuap nasi. Tapi kalau beginilah caranya, periuk nasi kami boleh lingkup," katanya.

Nota: kalau kita naik kenderaan melalui lebuhraya utara selatan ..bila sampai dekat bukit merah R & R sebelah kira atau kanan , kita boleh melihat jelapang padi telah di gali untuk dibuat kolam bagi pembiakan ikan arowana. Masalahnya ialah sekiranya berlarutan serta tidak ada pencegahan awal..saya berpendapat semua bendang kawasan itu akan terancam serta pengeluaran padi daerah Selama Perak akan berkurangan. Semua orang mahu kaya...tapi selepas ini ..projek ikan lingkup sawah habih musnah....

Monday, November 22, 2010

Berhati hati....RM300,000 lesap di Internet sebulan


BUKAN semua penjualan dalam talian merupakan penipuan tetapi jika pengguna tidak berhati-hati mereka menjadi mangsa. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Para pembeli pelbagai barangan secara dalam talian melalui Internet di negara ini mengalami kerugian di antara RM200,000 hingga RM300,000 setiap bulan gara-gara tertipu dengan sindiket perniagaan yang sebenarnya tidak wujud.

Presiden Persatuan Pembekal Kandungan Mudah Alih, Azli Paat yang mendedahkan perkara itu berkata, jumlah tersebut berdasarkan lima hingga 10 peratus daripada keseluruhan transaksi urus niaga yang dibuat menerusi pelbagai kaedah pembayaran seperti kad kredit, perbankan Internet atau bayaran secara bersemuka bernilai RM2.5 juta hingga RM3 juta setiap bulan.

Setiap hari, rakyat di negara ini berbelanja kira-kira RM100,000 untuk membeli pelbagai produk secara dalam talian di Internet.

Katanya, terdapat empat proses penting ketika pembelian dalam talian iaitu carian Internet, pengesahan atau perjanjian pembelian, penghantaran dan pembayaran.

“Malangnya penipuan sering berlaku apabila proses ini tidak diikuti. Kaedah yang salah ialah pembayaran dahulu baru penghantaran menyebabkan barang tidak sampai kepada pembeli,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Nota : Penulis pernah berhadapan dengan kes ini seorang sahabat telah hilang wangnya di dalam sebuah bank yang dipindahkan ke akaun orang lain..huhu..macam macam la nie .

Sunday, November 21, 2010

Bingkisan Rindu Dari Seberang.............


Sayangku ….ku tak punya apa…apa…ku hanya..memiliki hatimu..
Salam buat semua..

Abu Luqman memaparkan kisah suka duka..kehidupan 2 orang yang saling sayang- menyayangi antara satu sama lain ..mereka bejauhan buat seketika ..maklumlah… mereka jarang berjauhan …mereka ini suami isteri…ini adalah perbualan telefon antara mereka ….yang teramat rindu .

Suami : Assalamualaikum...Sayang apa khabar..sihat ke ..
Isteri : Walaikumsalam...Sihat bang…abang bagaimana…
Suami : Telah lama kita tak berjumpa ya sudah 20 hari lamanya ye…kita berjauhan…
Isteri : Ye bang ..telah 20 hari lamanya…ayang kini hanya membilang hari untuk pulang kepadamu….
Suami : sayangku….tak tertahan jiwaku menahan rindu…kapan kita akan bertemu ya…
Isteri : Suamiku….sabarlah setelah selesai tugasku di sini aku akan segera pulang….
Suami : Sayangku….seketika ini aku amat amat memerlukanmu….aku tiada punyai apa apa..ku hanya memilik hatimu…
Isteri : Suamiku sabarlah……hati juga telah kau miliki….dan segala galanya kau memiliki atas diriku ini..
Suami : Sayangku ….Selamat malam..jagalah dirimu baik baik..ye…aku akan hubungi mu ..sehari dua lagi…
Isteri : Selamat malam suamiku……muaahhhhhhhhhh………

Salam …dialog ini sekadar menghibur dan ianya keluar dari minda aku…je..inilah perasaan orang yang jiwa kacau.....

Saturday, November 20, 2010

Mekah dilanda banjir...Mungkin Ada Hikmahnya


BEBERAPA jemaah meredah banjir manakala sebahagian lagi menolak kenderaan di sebatang jalan raya di Mekah kelmarin.

MEKAH - Beberapa kawasan di Mekah kelmarin dilanda banjir ekoran hujan lebat menyebabkan sebahagian jemaah meredah air banjir namun ia tidak melibatkan kawasan yang menempatkan Kaabah.

Sebelum ini, hujan turun dengan lebat di Mina pada Rabu lalu semasa para jemaah melontar jamrah sebagai tanda merejam syaitan.

Hujan dan angin itu menyebabkan beberapa buah pokok tumbang di tepi sebatang jalan raya di Mekah.

Lebih 2.8 juta jemaah haji berhimpun di Mekah untuk mengerjakan rukun Islam yang wajib dilakukan oleh umat Islam yamg mampu.

Bagaimanapun, cuaca di Mekah semalam yang merupakan hari terakhir jemaah mengerjakan haji berada dalam keadaan baik selepas hujan turun.

Sementara itu, pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah menjalani lebih banyak ujian perubatan selepas baginda mengadu sakit belakang.

Menurut agensi berita SPA, baginda diminta supaya berehat oleh doktor-doktornya.

Pada Selasa lalu, kerajaan Arab Saudi mengeluarkan kenyataan dengan menyatakan tahap kesihatan Raja Abdullah berada dalam keadaan baik.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas baginda mengadu sakit kaki.

Umur Raja Abdullah adalah di antara 86 dan 87 tahun.


BEBERAPA batang pokok tumbang menghempap beberapa buah kereta akibat hujan dan tiupan angin di Mekah kelmarin.

Kestabilan politik di negara beraja itu amat penting kerana Arab Saudi mempunyai lebih satu perlima simpanan minyak dunia.

Kerajaan Arab Saudi merupakan sekutu rapat AS dan merupakan pemegang aset terbesar dolar AS.

Pada 13 November lalu, ekoran keadaan kesihatan Raja Abdullah itu, Menteri Dalam Negeri, Putera Nayaf diberikan tugas memantau urusan perjalanan haji pada tahun ini. - Agensi..KOSMO

Friday, November 19, 2010

Jemaah melontar, tawaf dalam hujan lebat..Ya Allah Kau Lindungilah Mereka..


SEJUMLAH jemaah berjalan dalam hujan di Mina pada malam kelmarin.


MINA, Arab Saudi - Hujan membasahi jemaah yang sedang melakukan ibadah melontar jamrah dan tawaf malam kelmarin. Walaupun tidak terlalu lebat, angin yang bertiup kencang menambahkan impak hujan tersebut.

Ada juga jemaah yang tidak mencari tempat berteduh, sebaliknya menikmati hujan itu.

"Ia adalah petanda daripada Allah bahawa haji kami telah diterima. Ini adalah rahmat," kata seorang jemaah dari Iran, Ibrahim Mohammadi.

Kadangkala terdapat petir dan kilat sabung-menyabung. Di dalam khemah, bunyi hujan kedengaran.

Kebanyakan jemaah mengambil peluang untuk membaca al-Quran selain menghubungi rakan-rakan lain dengan menggunakan telefon bimbit bagi meminta mereka supaya tidak keluar.

Jalan-jalan juga menjadi licin manakala kedai-kedai sementara yang dibina oleh peniaga dari Mekah dan Jeddah terpaksa ditutup.

Khemah plastik yang didirikan jemaah hampir koyak disebabkan tiupan angin itu.

Jemaah haji yang basah kuyup cuba berteduh di beberapa lokasi.

Lokasi yang lazimnya sesak dengan jemaah untuk melakukan ibadah melontar juga lengang kerana hujan.

Dianggarkan seramai tiga juta umat Islam melaksanakan ibadah haji pada tahun ini.

Sebahagian daripada mereka telah menyempurnakan ibadah haji semalam dan bakinya akan meneruskan ibadah masing-masing pada hari ini.

Semalam, jemaah haji masih melontar di jamrah sebelum musim haji berakhir pada hari ini. - Agensi..Kosmo...

Semoga Allah Melindungi mereka semua... Amin

Thursday, November 18, 2010

Mengenali Burung Yang Merbahaya



Burung Unta
Burung unta adalah burung gugup dan dapat berbahaya. Mereka merupakan burung terbesar yang masih ada, mereka dapat mencapai berat 350 pon dan kecepatan mereka berlari mencapai 30 mil per jam selama 10 mil lurus. Seperti burung kasuari, mereka memiliki kaki yang kuat dan juga mempunyai cakar tajam. Tendangan mereka dapat membunuh seekor hyena.



Angsa Kanada
Angsa Kanada sangat agresif, terutama jika Anda sengaja atau tidak sengaja mendekati sarang mereka atau anak mereka, maka mereka akan mengejar Anda hingga pergi dan bahkan menggigit Anda.



Burung Camar
Burung camar sangat agresif dan dikenal sering menyerang dan bahkan mematuk di kepala orang-orang untuk melindungi sarang dan anaknya. Bahkan, orang-orang Inggris terpaksa membawa payung untuk menghindari serangan itu, setidaknya pernah ada seorang wanita dibawa ke ruang gawat darurat dengan paruhnya karena luka mendalam di kepala, dan anjing-anjing dibunuh oleh burung-burung.

Tuesday, November 16, 2010

Selamat Menyambut Eidul Adha....Maaf Zahir & Batin


Salam ziarah semua...

Abu Luqman dan sekeluarga mengucapkan selamat menyambut Eidul adha (Hari Raya Haji) kepada semua blogger..saya memohon ampun dan maaf sekiranya penulisan dan posting saya mengguris perasaan pembaca blog ini...tahun ini abu luqman berkorban dari segi masa dan tenaga untuk menjaga keluarga yang tercinta...pada tahun ini ABu Luqman menjadi Mr Mama.....nak tahu tanya ye

Berkorbanlah apa saja ::
1. Wang Ringgit
2. Masa anda
3. Tenaga anda
4. Buah fikiran anda
Dan Apa apa je yang boleh di korbankan.......

Monday, November 15, 2010

Hari Ini semua Umat Islam Berada Di Arafah


Gambar Padang Arafah..Ehsan Google

Salam buat semua..

Hari ini semua umat Islam berada di Arafah untuk wukuf..ini adalah salah satu daripada Rukun Haji..Wukuf bermaksud berada di bumi Arafah walaupun satu saat sekalipun dari masa gelincir matahari kesembilan zulhijjah hingga terbit matahari kesepuluh zulhijjah. Seelok eloknya berada di sana sebahagian hari kesembilan dan sebahagian malam kesepuluh.

Wukuf di Arafah adalah salah satu rukun haji. wukuf ini menggambarkan bagaimana perhimpunan manusia yang paling ramai di dunia dengan seramai 2 juta orang. Wukuf ini menggambarkan perhimpunan manusia di Padang Mahsyar nanti.. di Arafah adalah salah satu tempat mustajab kita berdoa..wukuf ini juga membezakan antara mengerjakan haji dan umrah...

Akhir Kalam..kita mendoakan agar Allah melindungi umat Islam di sana, terutamanya rakyat Malaysia yang berada di sana serta di permudahkan amalan mereka. Sayangku. .aku mendoakan semoga kau dapat menyempurkan haji tahun ini serta di perolehi kesihatan yang baik serta di permudahkan semua amalan di sana...amin

Sunday, November 14, 2010

Nabil Menafikan Ia Bercium..Dengan Qasha.


AKSI mesra Nabil dan Qasha seperti tersiar di dalam Internet.

'Ini mungkin balasan Tuhan'


KUALA LUMPUR - Bekas juara Raja Lawak musim kedua, Ahmad Nabil Ahmad, 27, mendakwa ada pihak telah mengkhianati dirinya dengan menyebarkan gambar-gambar panas miripnya di laman-laman web dengan niat untuk menjatuhkan reputasi dia dan keluarga.

Sambil menafikan gambar aksi bercium mulut itu dirinya serta wanita itu Nik Zarith Uqasha Senrose Nik Sen atau Qasha, 18, Nabil menganggap apa yang berlaku mungkin balasan Tuhan ke atas dirinya yang semakin lalai.

"Mungkin ini balasan Tuhan. Saya cuba berfikiran positif, nasib baik saya belum berkahwin, kalau tidak keadaan akan jadi lebih teruk.

"Walaupun apa orang kata, saya masih dengan pendirian bahawa itu (bercium mulut) bukan saya atau Qasha. Ini kerja orang dengki," katanya ketika dihubungi semalam.

Nabil bagaimanapun belum membuat keputusan untuk membuat laporan polis atau mengambil tindakan undang-undang..KOSMO

Saturday, November 13, 2010

Ha Mabuk lagi !!: Rusa mengamuk di dalam bar


SEEKOR rusa merempuh meja di dalam sebuah bar di Bluffton, Ohio.

BLUFFTON, Ohio - Beberapa pekerja di sebuah bar di Ohio, Amerika Syarikat (AS) bertempiaran lari selepas seekor rusa jantan tiba-tiba melompat masuk dan merempuh kerusi serta meja dalam premis itu, lapor sebuah akhbar semalam.

Tiada kecederaan berlaku dalam kejadian itu di sini baru-baru ini tetapi premis tersebut mencatat kerugian besar kerana banyak barangan rosak.

Meja dan kerusi berterbangan selepas dirempuh dengan tanduk haiwan itu.

Semasa kejadian, cuma terdapat beberapa orang pekerja di dalam bar itu.

Salah seorang pekerja berkenaan melompat meja bar bagi menyelamatkan diri.

"Naluri saya menyatakan adalah lebih baik saya tidak mendekati rusa itu yang naik minyak," kata seorang pelayan. Danielle Weyer.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bar itu menunjukkan ia melompat masuk melalui tingkap dan memecahkan beberapa buah meja dan kerusi sebelum keluar dari pintu belakang premis tersebut.

Aksi rusa itu boleh dilihat di laman YouTube. - Agensi..KOSMO

Friday, November 12, 2010

Berhijrah dari Dunia Glamor ke Add Din Nur Islam


Haji Azmel Mustafa dan Hajah Nor Kumalasari


Amy search dan Malek Nor

Salam Buat semua..

Kebelakangan ini…kita sering membaca di dada akhbar atau majalah mengenai figura figura (selebriti ) tanah air kita..setelah sekian lama berada dalam bidang lakunan atau nyanyian.mereka memilih untuk mendekatkan peminat secara berdakwah atau terus berhenti menyanyi..

Setelah menjalani kehidupan bergalmor beberpa tahun…figura figura ini telah menerima hidayah Allah atas kerelaan mereka sendiri…maka tiada lagi bagi mereka..upacara Red carpet..jom heboh…..mereka tiada lagi kelihatan terhinjut hinjut di pentas atau berlakun ..sebagai penghibur masyarakat…ada pun sekadar menjadi tetamu…. Antara Figura figura yang di maksudkan ..Haji Azmeel Mustafa..Nur kumala sari..Sharifah Aini….amy search..Ustaz akhir hai..Mel….Rhimah Rahim..Fauziah Ahmad Daud..mungkin ada lagi yang tidak di sebut..

Syukur kehadarat ilahi..berlakun dan menyanyi bukan tidak bagus..tetapi sekiranya terdapat unsur unsur yang bercaggah dengan agama seperti mendedahkan aurat dan besentuhan dengan bukan mahram…itu yang di larang dalam Islam..kadang kadang tu, figura figura ini terlalu over sangat..ada yang mengenakan pakaian yang tak senonoh..sebab apa yang artis lakukan ianya menjadi tauladan yang tidak baik kepada masyarakat ..ada yang sampai tersembol sembol...maaf ye....pilihlah figura figura anda mengikut garis panduan Islam....

Thursday, November 11, 2010

Ajaib Atau tak Ajaib !!! Anak kura-kura dua kepala


GAMBAR menunjukkan seekor anak kura-kura yang mempunyai dua kepala di Taman Hidupan Liar Xiaoyaojin, Hefeia, selatan China baru-baru ini.

BEIJING - Seekor anak kura-kura dilahirkan dengan mempunyai dua kepala di sebuah taman hidupan liar di Hefeia, selatan China, lapor sebuah akhbar semalam.

"Kedua-dua kepala kura-kura itu berfungsi dengan sepenuhnya dan ia makan berasingan dan kelihatan amat gembira," kata seorang penjaga di Taman Hidupan Liar Xiaoyaojin, Hefeia.

Menurut para penjaga haiwan itu, satu sahaja masalah yang dihadapi oleh kura-kura tersebut apabila ia dilihat tidak sehaluan semasa mahu memutuskan arah perjalanan. - Agensi..KOSMO

Nota : Kalau Kat Malaysia siap ..nanti ada lah orang offer nak beli..

Wednesday, November 10, 2010

Huih Dahsyat Nuu,,,Gajah Pun Depa Bedal.....HuHuHu







Salam buat semua..

Huih dahsyat nu..gajah pun depa bedal. dari seekor hingga tinggal tulang je hu hu ..perkara ini berlaku di Zimbabwe...kerana makan tak ada atau memang faveret mereka makan gajah..kalau kat Malaysia gajah lalu pun kita lari ye....

Award Khas Untuk Blogger


Salam buat semua ..
hari ini Abu Luqman bagi Award pada my blogger yang berani menyahut cabaran untuk mengumpul 100 orang follower... tahniah di ucapkan kepada Cazari..Watashi wa Uvacazari desu

Semoga anda terukan berblogger dengan gaya dan stail tersendiri... Abu Luqman jarang bagi Award..yang lain jangan marah ye...sebab dia telah menyahut cabaran ABu Luqman.. tahniah. Bermula dari dari 3 orang follower ke 100 org dalam masa sebulan setengah je..Luffy Award follower ke 1500

Juga Kepada Assoyfingger67,c2u,Umarcute.wantung,sarahnajwan,izan ishak, Lffy
yang lain dok cari ye..

Tuesday, November 9, 2010

Sayangku..Maaf atas Ketelanjuranku.....


Sayangku Maaf Atas Ketelanjuranku ……………….!!!!!!

Sayangku Maaf Atas Ketelanjuranku menjadi seorang blogger (buat suspen je ingat apa tadi )hehe. Setelah setahun lamanya aku menatap dan jarii jemariku menyusun kata mengikut rentak naluri ku. Seandainya ku alpa dan lalai dalam urusan membelai kasih sayang pada mu…ku menyusun kata kata..memohon maaf darimu sayangku… Ku tahu kadang kadang kau menceburuiku dengan ketekunanku menatap wajah kekasih baruku ( My lappy la)

Sayangku …aku berblogger sekadar mencambahkan ilmu penulisanku…demi unuk mengisi masa terluangku….demi untuk merungkai keserabutan mental dan sanubariku yang tak keruan dewasa ini..apakan daya aku hanya manusia biasa….kepada Allah aku memohon agar diberi kelapangan dan kelansungan hidup yang lebih baik untuk kita….
Ku bukan mencari kemegahan ..tetapi sekadar menghibur diri tak kala aku berdukalara….aku kagum dengan ksetaian dan ketelusan budi pekertimu dalam menemaniku saban hari… Wahai sayangku terimalah seadanya aku sebagai seorang Blogger…………….

Monday, November 8, 2010

Adakah Kite kaya...Oh Tidak Sebenarnya Kita Fakir


Salam buat semua...

Semoga kita beroleh keceriaan pada hari ini..dan semoga Allah senatiasa memberi limpah rahmatnya kepada kita. Sebenarnya Abu Luqman ni bukan lah kaya tapi fakir di sisi Allah..sebenarnya Allah lah yang memberikan kita rezeki..

Apa bila aku melhat banner ni aku terus terkedu dan tergamam. Macam mana orang yang kaya kaya tu..ya la depa memang kaya..kalau Allah nak tarik balik rezeki kite.bila bila masa je..Contohnya dalam kegemilangan menghitung kekayaan.kita di jemput kembali oleh penciptanya..(mati lah Tu ) maka semuanya di tinggalkan ..

Banner yang dipaparkan bermaksud..kita kena senantiasa mengingati Allah ..bersyukur serta memohon doa kepadanya...segala kekayaan, kebijaksanaan ..kehebatan..serta kebolehan adalah dari Allah....kita memang fakir yee....

Sunday, November 7, 2010

Duri Ranjau Sebagai seorang Blogger


Salam buat semua...

Edisi Kedua..

Kecenderungan aku menjadi blogger bukanlah atas naluri dan kehendak ku pada mulanya.. sekadar melakarkan atau membina blog je . itu pun setelah rakan sepejabatku memaparkan blog mereka dan memperkenalkan kepada ku teknik teknik berblogger.

Aku bukannya seorang yang pandai mengaplikasi it...just buka tutup dan menaip di laman word sheet je...Sifu ku telah banyak menolong aku dalam membina blog , banyak perkara yang aku mempelajari dari mereka..makaceh En Salleh Abdullah ( bakal Dr PHD ) dan Ustaz umar yang banyak membantu dalam membekal widget dan mengeditkan semuanya.

Minat yang mendalam telah membuka minda untuk berbelogger setelah aku melayari blog blog terhebat seperi Tukar Tiub...Mohd sayuti Omar..abdul kadir jasin..kedah lanie.dan banyak lagi yang telah menjadi idola ku...Semasa mula berblogger selepas 4 bulan aku berblogger aku rasa teruja, aku mula berkenalan dengan pemilik blog Ustaz Halim ..sedaka sejahtera..dan Budak Balun...Ustaz Nikmat..Coretan Prantau .dan banyak lagi yang tak dapat aku sebut..Maaf kalau tak sebut..you all memang best..kami saling tukar link...masa mula dulu...lani aku segan..takut berat blog aku...

Duri ranjau yang aku maksudkan ialah ..semasa membuat blogwalking..maklumlah kita nie baru...kita ingin menambah follower bagi ramaikan kenalan ada ada je masalahya .pertamanya. bila kita folow, dia x folow balik (lupa Kut ) maaf kalau kekawan yang dah folow aku x folow bagi tau ye.. ada yang kata... MAAF YE ..SAYA BUKAN SENANG DAN SESUKA HATI MENERIMA FOLLOWER ... masa tu rasa luluh luntuh jiwa ku...terasa ingin beheti je menjadi blogger....

Ada kawan kawan yang perli buang masa je jadi blogger ini. semua keja dunia je...x dapat apa..memang pada mulanya aku meraskan begitu..tapi setelah aku explor dan buat kajian dalam mencari maklumat..niat ku berubah dari seronok seronok kepada dakwah bil hal.ia itu dakwah secara spontan di mana semua dan apa yang aku nukilkan .mudah mudahan menjadi petunjuk kepada si pembacanya... semoga Allah memberi keberkatan kepada ku untuk berblog dan kepada si pembacanya..amin...

Akhir kalam..terimalah seadanya aku sebagai blogger apa yang tersirat dan apa yang tertulis..yang baik datannya dari Allah dan yang buruk dari kelemahan diriku yang fakir dari sudut bahasa dan pemikiranku...maaf kan ku ye sayang...muaahhhhhh...

Saturday, November 6, 2010

Suka Duka Hidup Seorang Blogger..Pengakuan Iklas


salam buat semua..

Edisi Ulang Tahun Sebagai Seorang Blogger

Bermula aku jadi blogger pada sekitar Nov 2009 . Bulan ini maka genaplah...selama setahun aku menjadi seorang blogger. tujan asal aku menjadi blogger ialah sekadar suka suka je... kerana semua kawan kawan aku telah memiliki blog mereka sendiri. Pada mulanya memang aku tak mahu jadi blogger. aku hanya sekadar seronok seronok untuk memaparkan apa yang ada dalam kepala ini je.

Mula mula n3 pun tak banyak just 3 hari sekali je my n3...kadang kadang seminggu baru 1 n3 , dengan kesibukan tugas seharian ,ianya telah membataskan penulisanku sebagai seorang blogger. bulan Nov,dis dan jan..blog aku just sekitar 7 orang follower je...pada masa tu aku tak tahu tentang BW dan Nuffy..ada c box...dan aku pun tak buat blog walking.. just buat n3 tinggal je..dan email kat kawan kawan. je.

Masuk bulan februari 2010 aku telah memasukan satu n3 tajuk buah nanam (buah Puru)...nanti aku cari ye..N3 tersebut..aku telah menerima kunjungan dari Ustaz Dr Musa Mohamad dari kelantan maka setelah ia memberi komen dan jadi follower aku..maka aku berasa teruja kerana di lawati oleh seorang tokoh yang aku segani..(tima kasih ye Ustaz) maka bermula dari detik itu , aku telah mula membuat blog walking..tapi sekadar 30 kunjungan je sehari...maka selepas dari tu sehingga kini..maka aku punya follower dah 1454..dan pelawat dah sampai 54,ribu orang.buka nak bangga (syukran) tetapi beri semangat kepada blogger baru ye.. itu pun tnet aku slow...

Aku menggunakan kaedah blog walking original dan bukan Auto ( Tak Iklas punya stail )BW merupakan salah satu mekanisma atau satu promosi kendiri yang dapat mempromosikan blog kite .. kadang kadang idea tak ade, itu yang tention .yang pentig ialah penampilan dan penulisan kita dapat di terima oleh semua golongan pelayar pelayar blog. ..untuk edisi selanjutnya ..tungguuuuuuu...

Friday, November 5, 2010

Banjir di Kedah, Perlis kian buruk...Pagi Nie Hujan Masih lagi Turun


Sebahagian besar bandar raya Alor Setar ditenggelami banjir manakala beberapa batang jalan utama ditutup kepada semua kenderaan semalam.

ALOR SETAR - Banjir yang melanda Kedah dan Perlis semakin buruk apabila lebih 40,000 penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan.

Angka tersebut lebih sekali ganda daripada angka pemindahan yang dicatatkan dalam banjir besar yang melanda pada tahun 2005 apabila 21,000 penduduk dipindahkan.

Di Kedah, jumlah mangsa meningkat kepada lebih 28,569 orang berbanding kira-kira 25,000 kelmarin ekoran keadaan banjir yang semakin buruk di empat daerah iaitu Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Pendang manakala keadaan banjir di Padang Terap semakin baik.

Di Kubang Pasu, seramai 15,672 penduduk daripada 4,347 keluarga dipindahkan manakala di Padang Terap, 2,737 orang masih berada di pusat pemindahan.

Banjir di Kota Setar melibatkan 8,184 penduduk, Pokok Sena seramai 1,281 orang dan daerah Pendang merekodkan 158 penduduk yang dipindahkan.

Jurucakap bilik gerakan Majlis Keselamatan Negara berkata, sehingga pukul 12 tengah hari semalam, sebanyak 103 pusat penempatan mangsa banjir dibuka dan daripada jumlah itu, 46 di Kubang Pasu, 35 di Padang Terap, 15 di Kota Setar, tujuh di Pokok Sena dan satu di Pendang....Kosmo..

Abu Luqman...pagi nie call abang iapar di Alor Setar..hujan masih lagi turun...manakala kawasan yang tak pernah air naik..(banjir ) pun sudah mula dinaiki air...

Thursday, November 4, 2010

Allah hu Akhbar..Inilah Kaum Add ..Umat Nabi Hud Yang Di Binasakan




Salam buat semua...

Subhanallah ..Apa..khabar...Hari ini penulis memaparkan gamabar gambar Kaum Add Umat Nabi Hud a.s. Yang Di Binasakan. Assalamualaikum rakan blogger yang dihormati, ini ialah gambar emel dari rakan saya. Ia menunjukkan rangka manusia yang dipercayai dari Kaum Aad, umat Nabi Hud As yang telah dibinasakan oleh ALLAH SWT kerana telah engkar dengan dakwah dan seruan Nabi Hud as. Mereka menjadi sombong dan berlagak kerana diciptakan oleh ALLAH swt dengan kelebihan berbadan besar, tinggi dan gagah. Kekuatan mereka dikatakan mampu mencabut pokok besar dengan akar – akarnya . Semoga dengan tersiarnya gambar ini maka bertambah keimanan kita kepada Allah. Sesiapa yang ada maklumat tambahan silalah komen anda di sini.

Wednesday, November 3, 2010

Kalau Nik Aziz beri wang zakat tapi dituduh rasuah, Orang lain macam mana pula ye ?


Pengarah pilihan raya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman hari ini menafikan laporan Utusan Malaysia dan menjelaskan bahawa pemberian wang oleh menteri besar kepada sebilangan masyarakat Orang Asli yang diislamkannya sebenarnya adalah wang zakat dan bukannya rasuah seperti didakwa.

Katanya, beliau telah menyemak dengan setiausaha politik Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk mendapatkan penjelasan sebenar berhubung isu itu.

"Saya diberitahu ia adalah wang zakat. Tok Guru mengislamkan tiga Orang Asli ini dan bagi wang zakat.

"Takkan zakat ini rasuah?" katanya dalam sidang media di markas jentera PAS di Gua Musang hari ini.

Katanya lagi, Suruhanjata Pilihan Raya (SPR) perlu bersikap terbuka dalam isu tersebut.

"Jangan kalau Tok Guru ada beri duit sikit, dianggap rasuah, jangan rakyat tengok SPR ini memihak.

"Ini zakat bukan rasuah. Utusan itu suka kelirukan orang, ini memang sikap mereka.

"Tapi saya rasa ia beri kelebihan kepada PAS, kerana bila orang baca mereka akan marah dan anggap ia bohong," katanya. Malaysiakini

Tuesday, November 2, 2010

Sesuatu Yang Menarik Untuk Di Lihat dan di Baca


Salam buat semua...

Hari Ini Abu Luqman..singgah di sebuah Masjid Di Seberang Perai.. ada sesuatu yang menarik untuk di kongsi bersama di sini dengan rakan blogger semua. Penulis Bukan hendak menunjuk atau mengajar..tetapi ianya menarik untuk di lihat serta di baca. Hanya dengan mata hati sahaja dapat menjawab persoalan ini...semoga kita mendapat hidayah dari papan tanda ini..wassalam..selamat berblogger

Monday, November 1, 2010

Apa Bila Rezeki ada...Badan Sihat..Pergilah Haji


Salam Buat semua

Kini musim haji telah tiba..ramai manusia berduyun duyun dari pelusuk dunia datang ke Baitullah untuk mengerjakan haji. Mengerjakan haji hanya wajib sekali bagi yang berkemampuan. Yang pastinya haji merupakan rukum Islam yang ke lima.

Mengerjakan haji seeloknya semasa kita berkemapuan dari segi wang ringgit dan kesihatan yang baik..maka janganlah kita bertangguh lagi. Kadang kadang rezeki ada kemampuan dari segi kesihatan ok..tapi ada perkara lain yang menghalang. Mengerjakan haji adalah salah satu pengorbanan yang besar seseorang Hamba kepada penciptanya.. yang mana ada beberapa perkara yang perlu kita bekorban serta kita hadapi :

1. Wang Ringgit
2. Sihat tubuh badan
3. Meninggalkan semua harta yang ada buat sementara
4. Meninggalkan keluarga buat sementara waktu.
5. Berhadapan dengan kerinduan yang teramat sangat kepada orang yang di sayangi..
6. Banyak lagi la.......

Akhir kalam..semoga kepada orang yang tersayang, yang telah pergi menyahut seruan Baitullah, apa bila kau berada disana , doakan lah kami di sini semoga tabah dalam menempuh hidup serta senantiasa diberkati.dan mudah mudahan kami dapat pergi pada masa akan datang ..Allah amin..

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Orang Kampung