Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Wednesday, March 31, 2010

Lebih 100 Bilik Pelacur Dimusnah


KUALA LUMPUR - Meskipun telah diserbu empat kali sejak 2007, 18 premis yang dijadikan sarang pelacuran di sekitar Brickfields di sini tidak serik dan terus menjalankan operasi. Dalam operasi bersepadu terbaru pagi semalam oleh beberapa jabatan kerajaan, pihak berkuasa bertindak merampas pelbagai kemudahan di premis terbabit dan memecahkan sekatan-sekatan yang dijadikan lebih 100 bilik untuk tujuan pelacuran. Pengarah Jabatan Keselamatan dan Penguat Kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Rolan Abd. Rahman berkata kali terakhir premis itu diserbu adalah pada pertengahan tahun lalu."Dalam operasi hari ini (semalam) kami merampas kemudahan-kemudahan yang terdapat di premis itu seperti televisyen, kipas dan tilam," katanya kepada pemberita ketika ditemui semalam.Operasi itu melibatkan DBKL, polis, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) dan Tenaga Nasional Bhd. (TNB).Bekalan air dan elektrik ke premis terbabit dipotong oleh Syabas dan TNB.Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat kerana operasi semalam itu telah dimaklumkan terlebih dahulu kepada penyewa premis terbabit. "Kita beri notis kepada mereka kerana ini arahan daripada Datuk Bandar, Datuk Ahmad Fuad Ismail sebab penyewa membina sekatan untuk dijadikan beberapa bilik dan juga menggunakan premis itu untuk tujuan yang tidak dibenarkan," katanya.Rolan berkata, pihaknya akan mengesan pemilik premis terbabit untuk menasihatkan mereka agar menyewakan premis bagi tujuan perniagaan lain dan bukannya untuk pelacuran.- Bernama/kosmo

sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

Membantu Kepada Yang Memerlukan

Bantuan Makanan Harian di beri kepada Pakcik Mat Sharif B Md Akib..sumbangan dari Pusat Urus Zakat. Pulau Pinang
Bantuan makanan harian diberikan kepada Puan kalsum Bt Harun , oleh Pusat Urus Zakat , Pulau Pinang.
Bantuan Makanan harian diberikan oleh Pusat Urus Zakat, Kepada En HamidonB Md Akib ( Anak Lapan , Tak boleh bekerja kuat, sakit buah pinggang) Rumah di bina oleh Pejabat ICU,PP

Salam buat semua, disamping sebuk berbloger, kita juga harus mendampingi orang orang yang memerlukan disamping itu, kalau ada pulus lebih keluarkan sedikit untuk mereka. Penulis merakamkan peristiwa ini di dua buah kampung di BalikPulau , Pulau Pinang.. bukan nak menunjuk...tapi atas sikap keprihatinan, dan rasa muhabbah..kepada mereka.

sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

Tuesday, March 30, 2010

Malaysia Antara 10 Tertinggi Ambil Arak Di Dunia

KUALA LUMPUR, 29 Mac: Biarpun mempunyai bilangan rakyat hampir 26 juta sahaja, namun Malaysia adalah antara 10 negara tertinggi dalam pengambilan arak di dunia, kata Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud(gambar).Mendedahkan perkara itu di Dewan Rakyat lewat petang ini, beliau berkata, rakyat negara ini membelanjakan sebanyak USD500 juta iaitu lebih kurang RM1.75 bilion bagi pembelian minuman keras. "Penjualan beer berkembang di antara 5 hingga 7 peratus setahun melebihi kadar pertumbuhan penduduk iaitu 2.4 peratus, manakala umur purata ketagihan arak ialah 23 tahun," dedahnya lagi sewaktu membahaskan Titah Yang di-Pertuan Agong.Menurutnya, pengambilan alkohol di kalangan remaja khususnya di bawah umur 18 tahun semakin meningkat iaitu kira-kira 45 peratus, dan mereka mengambilnya secara berterusan.

Antara faktor peningkatan itu, jelasnya kerana mungkin arak jenis beer sangat mudah diperolehi di kedai-kedai.Lebih membimbangkan apabila pendedahan arak dibuat di peringkat umur yang lebih awal.Beliau sewaktu mengemukakan satu kajian, 19 peratus di kalangan pelajar sekolah menengah mengaku pernah meminum arak, manakala 1 peratus mengaku mengambilnya secara berterusan."Dalam satu kajian yang dilakukan ke atas pesakit yang dimasukkan ke hospital KL pada tahun 1993, 48 peratus daripada yang ditanya mengaku minum arak."Satu pertiga ketagih arak, 61 peratus adalah Cina, 60 peratus India dan 30 peratus Melayu,” katanya lagi.

Jelasnya lagi, kerajaan dilihat tidak memberi perhatian sewajarnya kepada isu ketagihan arak dan sering mengatakan ianya isu kaum India. Arak juga jelasnya, dibuktikan bukan sahaja membahayakan kesihatan dan menyebabkan gejala sosial, namun kos rawatan penyakit disebabkan arak juga lebih tinggi berbanding pendapatan penjualannya.

"Negara kita dalam fasa lima mengaku bahawa Islama adalah agama Persekutuan, apakah menyebabkan dadah kita panggil najis dan sekiranya didapati mengedar dadah boleh dihukum gantung sampai mati."Tapi minuman keras, nikotin pada rokok, diberi layanan yang lain dan boleh didapati dengan berleluasa. Atas alasan apakah minuman keras tidak dimasukkan sekali dalam akta dadah merbahaya sedangkan kesannya atas kehidupan rakyat begitu meluas sekali," soalnya lagi.

Trend di Asia, katanya menunjukkan peningkatan ketara setiap tahun berbanding trend di negara Eropah yang semakin menunjukkan penurunan akibat kempen mereka yang agresif.Peningkatan di negara ini juga, jelasnya akibat undang-undang terlalu longgar seperti Akta Aksais Seksyen 32 (1)(a) dan (b) mengecualikan penjualan todi dan beer dalam tin dan botol.Apabila saya menang di Kota Raja, saya didatangi sekumpulan India dari golongan pertengahan dan rendah."Mereka meminta tolong saya supaya memastikan arak dan todi tidak dijual secara mudah di kedai-kedai runcit," katanya. Mengulas lanjut beliau berkata, arak dan todi di kedai-kedai runcit pada waktu ini boleh diperolehi dalam plastik dengan harga RM2 atau RM3. Harakahdaily Ulasan : Islam memang telah lama mengharamkan arak. Kerana arak itu ibu segala kejahatan. Sekiranya seorang itu minum arak hingga mabuk, ia akan hilang akal dan akan melakukan semua kejahatan seperti, mencuri, merogol , membunuh dan lain lain lagi. Seperti cerita seorang Abid ( seorang yang kuat beribadah ) yang bertemu dengan Syaitan , pada mulanya saitan itu nerbuat alim akhirnya menyuruh abid itu minum arak, merogol dan membunuh. Itulah kesan arak keatas manusia.

sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

Monday, March 29, 2010

Makanan Para Ilmuan Islam

Telur
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Sebab itu lah orang tua tua dulu makan telur ayam kampung dicampur dengan manisan lebah. Alasanya disamping menguatkan tenaga ia juga menguatkan otak.

Susu Segar
Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Kita semua minum susu tak kala semasa kita masih kecil, dan orang yang sakit juga diberi minum susu..susu juga dapat memberi kebersihan dan kehalusan kulit kita. Cuba cuba amalkan ye dirumah..kita makan , makanan yang asli...insyallah berkhasiat nanti.

sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

Sunday, March 28, 2010

Rahsia Pemakanan Ilmuan Islam

Salam Buat semua MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkahasiat, Al Quran mengiktiraf ia sebagai " shifa" iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Madu ini juga sesitif bagi kaum wanita, pantang habaq nak bermadu.sat...gi kena la..he he he


KISMIS
Mengandongi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap kiblat, membaca Bismillah dan selawat 3 kali diikuti doa penerang hati. Pelajar pelajar eloklah mengamaklkan memakan kismis setiap hari , Kita sebagai bloger pun dianjurkan makan kerana bloger kena banyak berfikir untuk memantapkan blog kite ya kan.. Insyallah.

sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

Saturday, March 27, 2010

Robot Wanita Jadi Pesakit Gigi

SEORANG doktor gigi menampal lubang gigi robot humanoid di Universiti Showa, Tokyo semalam.
TOKYO - Sepasukan penyelidik di Jepun dengan kerjasama sebuah syarikat pengeluar robot semalam mempamerkan robot humanoid wanita pertama dijadikan pesakit untuk pelajar-pelajar yang bakal menjadi doktor gigi.Robot wanita bernama Hanako itu boleh meluahkan rasa sakit, melirik mata, menggerakkan rahang dan lidah selain mengeluarkan air liur seperti pesakit sebenar."Sakitlah," kata Hanako sambil menggerakkan kepalanya semasa seorang pelajar pergigian menggerudi gigi robot tersebut pada satu demonstrasi kepada media di sini."Tolong angkat tangan anda apabila berasa sakit kerana bahaya jika menggerakkan mulut anda," kata pelajar itu kepada humanoid tersebut yang berbaring di kerusi doktor gigi.Robot itu dicipta oleh satu pasukan penyelidik Universiti Showa yang diketuai Profesor Atsuo Takanishi di Universiti Waseda termasuk syarikat pengeluar robot, tmsuk.Harga robot itu masih dirahsiakan, kata beberapa pelabur projek berkenaan. - AFP

Nota : Macam macam dunia zaman moden sekarang ini. Itulah akibatnya kalau manusia sudah tidak mahu jadi model pesakit untuk cabut gigi..maka robotlah jadi mangsanya. " Aku jadikan manusia sebaik baik kejadian " Surah At Tin..
sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

Friday, March 26, 2010

5 Binatang Yang Paling Berbisa Di Darat & Di dalam Air

Ikan Buntal
Ikan ini memiliki 2 jenis bahan keracunan. Yang pertama.. durinya ..dan yang keduanya isinya kalau silap pi makan boleh jalan da.....
Salam Buat semua... Ikan Batu
( Stone Fish )Ini pun datu haru, dia duduk di celah batu, kalau pegang atau terkena bisanya..lambat sikit ..pie..jalan da..
King Kobra
Membunuh dengan cara sekali patukan sahaja. kalau lambat 15 hinnga 30 minit sahaja. Kalau lambat ke hospital jalan..
Jelly Fish
Membunuh dengan cara terkena ekornya yang berlendir...rasa seram sejuk badan..kalau di Cina depa makan candu..di Malaysia ,makan lada hitam..bagi kurang..kalau tidak ..jalan..
Scorpion...
Kala jengking atau scorpion duduk di darat iaitu ditempat yang lembab, celah celah batu sahaja, sangat bisa juga....tapi makan masa juga....di dunia pun ada di akhirat pun ada......

Wallahua'lam...semua binatang ini dijadikan oleh Allah..kita bukan hebat macam manapun.... dengan benda kecil pun tak boleh terkena sengat ....fikir fikirkan lah...

sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

Thursday, March 25, 2010

Garis Panduan Walit libatkan Empat Kementerian


KUALA LUMPUR — Garis Panduan Industri Burung Walit (1GP) mengambil masa untuk dibentang ke Kabinet kerana ia melibatkan empat kementerian, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Noh Omar.
Noh berkata selain kementerian yang diterajuinya, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Kementerian Kesihatan juga terlibat dalam penggubalan garis panduan itu.
Beliau mengulas mengenai perkembangan terkini garis panduan bagi pembangunan industri sarang burung yang bernilai RM1.5 bilion setahun itu ketikaditemui di lobi Parlimen hari ini.
Garis panduan itu disediakan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) selaku agensi peneraju bagi pembangunan industri burung walit di negara ini. Sebelum ini, Noh dilaporkan berkata 1GP akan dibentang ke Kabinet pada Mac ini. - Bernama

Nota : SubhanAllah sapa sangka sarang burug walit yang selalu buat bising ada harga..dan dijadikan ubat..dengat kata 1 kilo sam beribu rbu ringgit. Allah jadikan semua benda atas muka bumi ini untuk di manfaatkan oleh manusia. fikirkanlah wahai teman.

Wednesday, March 24, 2010

Rupa Permukaan Marikh


GAMBAR yang disiarkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan menunjukkan imej rupa bumi planet Marikh.

WASHINGTON - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) semalam menyiarkan imej beberapa bentuk bumi bergunung-ganang di planet Marikh.
Gambar-gambar itu dihasilkan berdasarkan rakaman kamera Resolusi Tinggi Pengimejan Eksperimen Sains (HiRISE) pada sebuah kapal angkasa penjelajah Marikh miliknya.
Ia turut menunjukkan permukaan Kawah Mojave di bahagian yang dikenali sebagai Xanthe Terra, di tenggara planet itu.
Kawah berkenaan mempunyai keluasan 60 kilometer dan merupakan antara kawah paling baru di Marikh. - AFP
sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

Tuesday, March 23, 2010

Maklumat Trafik Jambatan P. Pinang Melalui SMS

Salam buat semua

PULAU PINANG — Pengguna jambatan Pulau Pinang kini boleh mendapat maklumat jika berlaku kesesakan trafik di jambatan itu dengan menghantar SMS kepada pengendali perkhidmatan telefon bimbit masing-masing.
Dalam satu kenyataan hari ini, Penang Bridge Sdn Bhd (PPSB), syarikat pengendali jambatan Pulau Pinang, berkata SMS itu adalah sebagai perkhidmatan tambahan kepada penggunanya.
Maklumat yang disediakan sebelum ini adalah menerusi papan tanda elektronik yang dikenali sebagai Variable Message Sign (VMS) dan pengumuman menerusi siaran radio tempatan.
Bagi mendapatkan maklumat menerusi SMS, pengguna perlu menaip “OTIM (ruang) topen” atau “OTIM (ruang) toprai” dan menghantar mesej itu ke 012-4345366 (Maxis), 019-5733666 (Celcom) atau 016-4168666 (DiGi). Satu kemalangan lima buah kenderaan di laluan ke pulau di jambatan itu pada 7.15 pagi tadi telah mengakibatkan ribuan pengguna terperangkap dalam kesesakan selama tiga jam. - Bernama

Nota : Pagi tadi penulis terperangkap selama 1 jam 20 minit dekat plaza tol . Bukan jauh mana 3 kilometer sahaja. Bila sampai di tengah jambatan , terdapat tiga buah kenderaan berlanggar dari arah belakang. Maklumlah semua nak cepat pergi kerja. kata pepatah " Biar lambat asalkan selamat "

sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

Monday, March 22, 2010

Hobi Kereta Mewah Orang Malaysia

Porsche






Lamborghini



Ferrari
Di Malaysia pemilik kereta mewah daripada sultan, menteri Kabinet, ahli perniagaan hinggalah selebriti sentiasa mendapat perhatian. Jenama jenama seperti Mercedes, Rolls-Royce, Bently dan Maybach juga sering dikaitkan dengan golongan ini.
Encik mokhtar Ahmad, 37 , yang juga Pengarah Urusan Mutiara Motors Group , seorang pemilik kereta mewah dari Johor Baharu, mempunyai 12 buah kereta mewah yang dikongsi bersama bapanya Datuk Ahmad Kemin. Antaraanya, dua Buah Kereta Ferrari, sebuah Lamborgini Sebuah Porsche dan Hammer. Nilai keseluruhan kereta mewahnya ialah bernilai RM 10 juta.
Menurut beliau Malaysia merupakan sebuah Negara yang memiliki bilangan Ferrari yang terbanyak di dunia. Malah beliau telah berjaya menjual sebanyak 6 unit Ferrari dalam masa setahun oleh syarikatnya.
Di sebalik prestij kereta mewah , Encik Mokhtar mengingatkan pemilik kereta mewah agar sedar akan kelemahan kereta mereka bagi memastikan ia kekal dalam kondisi sebenar. MIsalnya , kereta Ferrari tidak boleh dipandu laju ketika hujan. Banyak kecelakaan yang berlaku disebabkan hal ini. Ia kerana jenteranyan beroperasi secara rearwheel. Lagipun sesebuah kereta itu dicipta oleh pengeluar yang berasaskan cuaca di Negara pengeluar. Jadi pemilik di Negara ini perlu bijak menyesuaikan penggunaannya.
Beliau yang asanya bekerja dengan bapanya dengan berbekalkan sijil SPM ini hanya diberikan gaji RM 150 sewaktu mula bekerja bersama bapanya. Menurut beliau diantara selebriti negara kita yang telah membeli kereta melaluinya ialah :

Pengacara AC Mizal Zaini Nama Kereta : Bently Fliying ,Spur, Porsche Carrera, BMW
Artis Norman KRU Ferrari
Artis Anuar Zain Porsche
Pengacara Aznil Nawawi Porsche
Yusry KRU Lamborghini

Sumber Jurnal, KOSMO

Nota : “ Bekekerjalah kamu seolah olah kamu akan hidup selama-selamanya, dan beribadahlah seolah olah kamu akan mati esuk hari “ Mafhum Hadis……..

sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

Gunung Berapi Meletus Dekat Glasier Di Iceland


REYKJAVIK, Iceland - Sebuah gunung berapi meletus dengan mengeluarkan lahar berhampiran kawasan glasier di selatan Iceland menyebabkan 450 penduduk dipindahkan semalam. Tiada kecederaan atau kemusnahan dilaporkan di sekitar gunung berapi Eyjafjallajokull yang meletus itu namun darurat diisytiharkan kerana para saintis gusar ia mungkin boleh mengakibatkan letusan lebih kuat di gunung berapi Katla.
"Ia merupakan letusan kecil dan tidak berbahaya. Namun, kami bimbang letusan itu akan mencetuskan satu lagi letusan dari gunung berapi berhampiran iaitu Katla yang boleh memberi kesan terhadap penduduk setempat dan global," kata seorang ahli geofizik di Institut Sains Bumi, Universiti Iceland, Pall Einarsson.
Pihak berkuasa bimbang letusan yang berlaku 160 kilometer persegi dari glasier Eyjafjallajokull boleh mengakibatkan banjir jika ais di kawasan sekitarnya cair. Namun kajian yang dilakukan semalam menunjukkan letusan berlaku di kawasan yang tidak mempunyai ais.
Pihak Pengurusan Penerbangan Awam Iceland telah mengarahkan kapal terbang untuk berada 120 batu nautika dari kawasan gunung berapi ekoran masalah penglihatan. Semua penerbangan domestik telah dibatalkan. Tiada letusan dicatatkan di sekitar glasier Eyjafjallajokull sejak tahun 1821. - AP_kosmo

Nota : Itulah dia petanda hari kiamat semakin hampir . Dewasa ini banyak berlaku kejadian gempa bumi dan gunung berapi meletup. Banyak petanda hampirnya hari kiamat ialah kejadian seperti ini. Apa yang harus kita lakukan ialah banyakan bertsbih dan beribadah kepadah Allah.
sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

Bersantai Di Tree Top Walk, Sedim, Kedah


salam Buat Semua.
Cuti Sekolah baru ini penulis telah membawa keluarga berkelah di Kawasan Tre Top Walk, Sedim , Kulim Kedah. Apa yang menarik tentang Tree Top Walk Ini ialah . Laluan untuk berjalan kaki dibina dengan menggunakan kelului yang yang tahan karat bagi merentas belantara, air terjun di Gunung Inas, Kulim Kedah. Sekiranya kita berjalan menerusi jambatan keluli yang merentasi hutan belantara, melepasi hutan balak, kita akan melihat pucuk balak sahaja. Dianggarkan ketinggian 50 kaki dari paras bumi (gayat juga nak naik). Menurut rekod yang dibaca Tree Top walk ini dikatakan canopy walk yang terpanjang di dunia. Perjalanan makan masa 45 minit untuk sampai balik ke kaunter masuk






Penulis Bergambar latarbelakang Tree Top Walking
Kalau Inginkan Kelainan marilah ke Sedim. Cukup teruja keadaan disini. Di bawahnya mengalir air terjun deras Sedim. Fuuh........... sangat terujua beb.















Di Hadapan pintu masuk Tree Top Walk & Kaunter Bayaran.
Bayaran Masuk Dewasa RM 10.00
Kanak 7 Tahun-12 Th RM 6.00

Sunday, March 21, 2010

Masyallah !! 17,303 Anak Luar Nikah diDaftar tahun 2009


Mama & Baby ada, kemana pula bapanya ?
Kuala Lumpur : Seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh Negara sepanjang Tahun Lalu. Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Datu Alwi Ibrahim, berkata bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya .
Fakta : Tahun 2007 seramai 16,100 anak luar nikah didaftarkan Tahun 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan. Tahun 2009 seramai 17,303 anak Luar Nikah didaftarkan . Dari tahun 2005 Sehingga tahun 2009 seramai 214,083 anak tidak sah taraf didaftarkan (Pelbagai Bangsa) Pecahan bangsa sejak dari tahun 2005 hingga 2009 Lain Lain kaum 91,922 kes, Melayu 74,732, India ( 23,696 ), Cina (23,692 kes). Sumber Jabatan Pendaftaran Negara
Datuk Alwi menjelaskan dalam tempuh lima tahun lalu. JPN mencatit 74,723 pendaftaran anak luar nikah adalah membabitkan orang Melayu/Islam. Ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM ) Sumber Berita Harian

Kupasan dan kesimpulannya. Anak luar nikah lahir berpunca dari 1. Persetubuhan haram ,2. Nikah selepas mengandung 3. Diperkosa oleh teman lelaki atau manusia durjana yang lain. 4. Hubungan seks rambang. 5. Bayi lahir kurang dari 6 bulan dari tarikh pernikahan ibubapanya. Dalam kes ini menjelaskan bertapa jatuhnya moral anak muda mudi kita dewasa ini.
Rasulullah pernah bersabda “ kalau kamu hendak lihat pemimpin masa depan maka kamu lihatlah jenerasi masa kini “ . Dalam perkara ini mas Aji merujuk kepada sepotong ayat Al Quran berbunyi “ Jagalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka “ Insyallah selamat dunia akhirat. Kalau kita tidak mampu mencegah kita jagalha keluarga kita.

“sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

Tekong Boleh Dipenjara, Denda


BACHOK - Kelmarin, seorang tekong sebuah bot nelayan kelihatan begitu bangga setelah berjaya membawa pulang seekor ikan yu paus seberat kira-kira dua tan untuk dipertontonkan kepada orang ramai di sebuah jeti di Tok Bali, Pasir Puteh.
Namun, kegembiraan itu bakal bertukar duka apabila tekong bot berkenaan yang merupakan warga Thailand mungkin berhadapan hukuman denda dan penjara kerana kesalahan memiliki haiwan yang dilindungi.
Malah, Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Junaidi Che Ayub berkata, kes itu kini disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan Peraturan-Peraturan Perikanan (Pengawalan Spesies Ikan Yang Terancam) 1999.
“Mengikut akta ini, tindakan bukan sahaja boleh diambil kepada mereka yang menangkap tetapi juga terhadap mereka yang memilikinya walaupun ikan berkenaan sudah mati.
“Mereka yang didapati bersalah boleh didenda sehingga RM20,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Menurut beliau, tekong tersebut sepatutnya membuat laporan kepada Jabatan Perikanan dan agensi terlibat selepas menemui ikan tersebut dan bukan membawanya pulang ke jeti. Kosmo
Ulasan : Kegembiraan tekong hanya seketika sahaja.. Nilai sirip ikan Yu yang bernilai RM 10,000 turut dirampas oleh pihak berkuasa Jabatan Perikanan. Itulah dikatan tiada rezeki.

sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

Pelajar Temui Fosil Dinosaur Ganas


LONDON - Seorang pelajar ijazah kedoktoran, Michael Pittman telah menemui fosil dinosaur terbaru yang diberi nama Linheraptor, lapor sebuah akhbar semalam.Dia dan rakannya, Jonah Choiniere dari Universiti George Washington Amerika Syarikat (AS) membuat penemuan itu di wilayah Inner Mongolia, China.Dinosaur berkuku tajam seperti sabit itu hidup sekitar 75 juta tahun lalu dengan memakan haiwan kecil termasuk burung.Ia mempunyai berat kira-kira 25 kilogram dan panjang 2.4 meter. Bentuk Linheraptor menyerupai Velociraptor iaitu dinosaur kecil tetapi amat ganas seperti yang dipaparkan dalam filem Jurassic Park.Penemuan itu diberikan gambaran terperinci dalam jurnal Zootaxa semalam.Menurut pakar paleontologi, Profesor Xu Xing di Beijing, fosil yang ditemui itu amat cantik dan ia mendokumentasikan satu peralihan evolusi. - Agensi/ Kosmo
Nota : Allah menjadikan semua makluk diatas muka bumi ini adalah untuk mengabdikan diri kepadanya, dan sebagai membuktikan tanda kekuasaan Allah sebagai pencipta. sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

Saturday, March 20, 2010

Yu Paus Dua Tan Ditemui


Salam Buat semua

Pasir Puteh - Penduduk Tok Bali di sini gempar apabila sekumpulan nelayan laut dalam membawa pulang seekor ikan yu paus dipercayai spesies purba di Pangkalan Kekal Lestari malam semalam.
Ikan seberat dua tan itu ditemui ketika nelayan tersebut memasuki kawasan pulau berdekatan Kuala Besar, Kota Bharu untuk mencari perlindungan daripada ancaman laut bergelora.
Tekong bot tersebut, Ek Chai Suwanpong, 46, berkata, ikan spesis Rhino-Typicus sepanjang tujuh meter itu ditemui kira-kira pukul 8 pagi semalam.Sementara itu pemilik Bot berkenaan,Mohd Radhi Saari,36. Bercadang hendak memproses daging ikan untuk diekspot serta dipasarkan di luar Kelantan. sumber Kosmo

sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

Friday, March 19, 2010

Singah Sekejap Di Lata Sedim, Kulim Kedah




Salam Buat Semua, Penulis baru pulag dari berkunjung di Lata Sedim . Kulim . Kedah Darul Aman . Maklumlah dalam sebuk bekerja penulis sempat membawa bersama keluarga ke sana di musim cuti sekolah ini. Bagi menenangkan fikiran dan berkelah bersama keluarga , lama kami tak berkelah. Ini adalah Salah satu dari aktiviti diwaktu cuti sekolah. Apa yang patut disediakan semasa berkelah ialah:

1. Membawa Makanan
2. Membawa peralatan membakar
3. Ayam.ikan, udang dan sotong.
4. Tikar untuk duduk berehat .
Lata Sedim adalah tempat yang bagus bagi penulis la, sbb tak jauh dari rumah kira kira 40 KM saja. bila masa pun ada air punya...sabtu dan ahad ..Full punya..kalau nak pi ..berehat hari kerja ok lah ..mata pun tak kelabu..kalau tidak..malas nak cakap la disini...

3 orang anak sedang mandi dalam air terjun.Lata Sedim


sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

Tujuh Tahun Cari Rahsia Gamat

Salam Buat Semua.

Bekas Pensyarah Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM ) Prof. Datuk Hassan B Yaacob tidak pernah menyimpan angan angan untuk bergelar seorang usahawan berjaya. Pada awalnya kajian yang beliau jalankan tentang gamat hanya mahu membuktikan bahawa kehidupan laut itu bukan penyembuh luka seperti yang dipercayai oleh orang ramai terutama masyarakat Melayu


Namun setelah tujuh tahun menyelidik beliau terpaksa akur dengan keputusan penyelidikan yang dijalankan bersama pasukannya. Tenyata hidupan laut itu rupa rupanya tidak hanya mampu menyembunkan luka bahkan membawa keajaiban pada kesihatan manusia.
Prof kelahiran dari Kampung Sireh,Kelantan enggan megakau kalah setelah 5 tahun pada awalnya membuat kajian tentang gamat ini. Beliau nekad dan belajar menyelam dari seorang pakar selam. Ketika itu barulah beliau mengenai gamat dan melihat sendiri komoniti hidupan tersebut dan beliau juga memproses sendiri gamat itu dan mengakaji selama 3 tahun untuk melihat sebatian aktif dalam gamat. " rupa rupanya apabila air gamat ini pekat baru kita jumpa molikul molikul kecil yang dipanggil polipeptide iaitu protien yang sangan kecil terkandung. Beliau juga menerima anugerah Penyelidikan Fellowship sains dari Jepun Untuk menjalankan kajian mengenai gamat .

Menurut Datuk Hassan , peptide sebenarnya meransang rejuvenasi sel dan antibodi yang boleh ebantu menyembuh luka. Dengan modal RM 90,000 beliau membuka syarikat sendiri utuk memproses dan mempromosikan gamat. Syukur Alhamdulillah dengan berkat doa dan kesabaran sekarang syarikat beliau Heawell pharmaceuticals telah berkembang maju dengan pekerja seamai 100 orang itu, dan kini memiliki bangunan sendiri bernilai RM 7 juta.

Nota : Tahiah diucapan kepada beliau kerana telah membina perniagaan yang bernilai jutaan ringgit serta mepromosikan ubatan traditional yang dahulunya di miliki oleh orang kampung , telah menembusi pasaran luar negara.. " Man Jadda Wajada" ( siapa yang mahu bersungguh jika dia berusaha dia akan dapat )

sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

Thursday, March 18, 2010

Keistimewaan Ikan Buntal


Salam Semua
Ahh..buntal lagi.,” Itu merupakan kata-kata pertama yang terpacul dari bibir penulis ketika mengikut satu trip memancing di Pulau Sembilan, Pelabuhan Klang baru baru ini.
Bukan niat penulis untuk mencemuh atau menjatuhkan ‘martabat’ ikan beracun itu, cuma agak mengecewakan jika keluar memancing, habuan yang dapat hanyalah ikan yang langsung tidak boleh dimakan. Dalam leka memancing, penulis teringat tentang satu pameran alat muzik tradisional yang diadakan pada Hari Kraf Kebangsaan baru baru ini.
Alat muzik rebab yang biasa kita dengar dalam persembahan silat atau pun persembahan tarian tradisional lazimnya dibuat daripada kayu pokok nangka dan berongga di bahagian dalam.
Bentuk badannya lebar di bahagian atas dan tirus ke bawah. Dadanya ditutup dengan kulit diperbuat daripada perut lembu yang dikeringkan. Busut kecil yang dibuat daripada lilin lebah ditampal pada sebelah kiri dadanya dipanggil “susu”.
Di sisi bahagian atas lehernya dipasang pemulas bagi melaras suaranya. Leher atau papan jari dipasang pada bahagian atas badannya. Pada bahagian atas kepalanya berukiran dan dipanggil `Pucuk Rebung’. Lehernya memanjang ke bawah menerusi badan dan hujungnya menjadi pancang di bahagian bawah di mana alat itu diletakkan berdiri bila ia dimainkan.
Kayu kekuda titian tadi diletak pada tengah dadanya dan boleh diubah kedudukannya.
Busurnya dibuat dari kayu dan melengkung sedikit. Tali penggesek ialah urat daripada selapuk balutan mayang kelapa tapi kini digunakan tali tangsi.
“Sebelum itu, kulit ikan buntal itu akan dipotong mengikut saiz diameter tempurung dengan menggunakan pisau. Gam tidak perlu digunakan untuk melekatkan kulit ikan itu pada tempurung kelapa kerana kulit ikan buntal mudah melekat,” jelasnya yang berasal dari suku kaum Semelai. Sumber Mstar
Nota : Mas Aji pernah lihat kawan mas aji . orang kampung panggil dia Meg Gyver . Beliau pernah menjadikan ikan buntal itu sebagai tanglung (macam lampu perayaan tahun baru cina ) Cuma Lapah dan lekapkan pada tempurung kelapa..dan apabila kering ..kita masukan Lampu kedalamnya dan sambungkan ke suis lampu…mudahkan itulah keajaiban manusia “ sesungguhnya aku jadikan manusia ailah sebaik baik kejadian “ Firman Allah taala.

sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

Nak Makan Lauk Apa Hari Ini


Salam Buat Semua

Mas Aji baru balik dari kelaut.. dapt ikan merah 2 ekor...Isteri tanya nak masak apa Mas..? Seweet & Sour ke. Kari Ika Ke... Asam Pedas Ke.. Masak Kicap Ke Mas ?. Tapi seorang isteri mesti tahu apa yang suaminya nak makan.. Mas dan anak anak sukan Makan kari ikan dengan kacang bendi dan juga masak Sweet & Sour ..fuhh mesti best punya..sbb ari ini Mas ambil cuti..anak anak balik dari Asrama... walaubagaimanapun kita harus bersyukur dengan segala angerah yang dikurniakan oleh Allah kepada kita..Rezeki yang ada cukuplah...anak anak..yang masih belajar.Masih bekerja .rumah ( Hutang Beres) .kereta pun dah ada. Besrsyukur setakat apa yang ada.ye........" Sebaik baik Hidup adalah bersederhana "

sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

Wednesday, March 17, 2010

Askar Buta 'Melihat' Menerusi Lidah

LONDON - Seorang askar Britain yang buta akibat serangan bom di Iraq memberitahu betapa hidupnya telah berubah selepas menggunakan teknologi terbaru yang membolehkannya 'melihat' menggunakan lidahnya.
Askar itu, Lans Koperal Craig Lundberg yang berusia 24 tahun kini sudah boleh membaca, dan berjalan tanpa sebarang bantuan.
Terima kasih kepada alat yang dicipta oleh satu kumpulan diketuai Gale Pollock, bekas Mejar Jeneral dari pasukan tentera Amerika Syarikat (AS).
Dia dipilih oleh Kementerian Pertahanan sebagai individu pertama di Britain untuk mencuba peralatan BrainPort yang mampu mencipta revolusi ke atas rawatan orang buta.
Alat itu menukar imej menjadi denyutan elektrik yang dihantar ke lidah dan menyebabkan rasa berdenyut.
Kekuatan denyutan yang berbeza itu boleh diterjemahkan, menyebabkan pengguna boleh menggambarkan persekitaran mereka secara mental dan bergerak di sekelilingnya.
Ia mengandungi satu kamera video kecil yang dipasang pada cermin mata dan disambung dengan satu 'lolipop' plastik yang diletakkan di atas lidah untuk membaca denyutan tersebut. "Rasanya seperti menjilat bateri berkuasa sembilan volt atau makan gula-gula," kata Lundberg kelmarin. - AFP/KOSMO
http://www.kachipemas.blogspot.com/

SPRM Hairan DBKL Lambat Bertindak

Salam Buat Semua

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hairan dengan kelewatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan susulan terhadap pendedahan Kosmo! mengenai kewujudan premis menjual gajet seks secara terbuka di ibu negara.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Mohd. Shukri Abdull berkata, tindakan DBKL menyerbu beberapa premis jualan gajet seks secara senyap-senyap selepas mendiamkan diri selama seminggu memang meragukan.
Beliau juga berjanji akan melihat terlebih dahulu prosedur SPRM dan akan mengambil langkah yang perlu untuk membolehkan siasatan dilakukan terhadap DBKL.
"Tindakan DBKL melakukan serbuan secara senyap-senyap boleh menimbulkan persoalan dan keraguan sedangkan isu tersebut perlu diberi perhatian sewajarnya,'' katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. Kosmo! semalam melaporkan sikap para pegawai kerajaan yang mengecewakan sehingga tiada satu pun penguat kuasa daripada jabatan kerajaan mahu bertindak terhadap premis-premis seks terbabit.
Sehubungan itu, Mohd. Shukri meminta orang awam tampil membuat aduan jika terdapat sebarang unsur perlakuan rasuah berhubung perniagaan gajet seks yang tumbuh bagai cendawan di ibu negara.
Sementara itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) turut kesal dengan sikap DBKL yang bertindak dalam senyap terhadap premis berkenaan kerana ia sememangnya menimbulkan keraguan dari segi penguatkuasaan.
Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr. Ma'amor Osman berkata, adalah wajar SPRM melakukan siasatan segera berhubung perkara itu dan mengambil tindakan susulan.
Katanya, campur tangan SPRM dapat menjawab segala desas-desus serta punca para pegawai kerajaan dan pihak berwajib menuding jari antara satu sama lain.
"Dalam seminggu ini isu penjualan gajet seks secara terbuka hangat dibincangkan orang awam selepas dibongkar dalam Kosmo! tetapi DBKL serta beberapa agensi kerajaan tidak menunjukkan sebarang reaksi,'' katanya.
kumara.sabapatty@kosmo.com.myKERATAN muka depan Kosmo! semalam.

Nota : DBKL kena cepatlah bertindak..kalau orang tak bayar cukai hampa roboh gerai. suatu perkara yang mungkar pun tak boleh di laksanakan.................tolong lah tenguk sikit Tuan Pengarah ...kesian kat pak Menteri dah marah tu. Allah lagi marah
sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

Sepetang Di Pengkalan Hulu,Perak






Pos Imegration dan Jabatan Kastam , Pengkalan Hulu, Perak Yang telah berubah...mengikut perubahan semasa...boleh jadi satu hari Pengkalan Hulu akan jadi seperti Bukit kayu Hitam.



Bersama anak bongsu di hadapan Pos sempadan Malaysia Thailand ...Betong ..beli belah kat situ je ..tak masuk kedalam pun ..isteri tak bagi.....dia kata mas masih muda lagi...dan mengancam....acah je... apa pun kita berjalan sekadar untuk meninjau tentang kehidupan masyarakat disini, masih lagi bekerja sebagai penoreh getah, pelombong bijeh timah...dan menanam anak pisang.... takut mereka dihimpit dengan kehidupan yang tidak seimbang dengan pembangunan yang sedang dijalankan...fikirkanlah..........

sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

Tuesday, March 16, 2010

Salam Ziarah Membantu Yang Memerlukan

Salam Buat Semua

Penulis berkunjung ke Kg Jalan Baru, balik Pulau baru baru ini , atas urusan kerja..Dalam pada itu penulis telah menemui satu keluarga yang daif. dalam kesempatan itu penulis telah memberi sumbangan barangan keperluaan harian dari Pusat Urus Zakat. Pulau Pinang yang telah diamanahkan kepada Mas Aji. Penerima bantuan ini tidak bekerja, hanya mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pusat Urus Zakat, Pulau Pinang. Bukan nak menunjuk tapi kita menceritakan juga kehidupan masyarakat marhain.. agar kita tidak leka. Jika sahabat berkesempatan kunjungilah mereka.....ditempat tuan/puan pun ada


sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

UniMAP Dakwa Graduan Diterima Industri

Kampus Unimap Di Perlis
Salam Buat Semua.

Benarkah 16 program UniMAP tidak diiktiraf ?
Oleh ARSHAD KHAN dan MAZLINA ABDUL MAJIDberita@kosmo.com.my .15/3/2010
KUALA LUMPUR - Percaya atau tidak, hanya dua sahaja daripada 18 kursus yang ditawarkan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang diiktiraf oleh agensi-agensi kerajaan dan badan profesional.
Bermakna, 16 lagi program yang ditawarkan UniMAP sejak dinaik taraf menjadi IPTA pada 2001 adalah tidak diiktiraf sama ada oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Majlis Akreditasi Kejuruteraan-Lembaga Jurutera Malaysia (EAC-BEM) atau Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
UniMAP Dakwa Graduan Diterima Industri

Jawapan hari Ini 16/3/2010
Oleh FAIZAL NAZARUDDINfaizal.nazaruddin@kosmo.com.my
KERATAN Kosmo! semalam.
KANGAR - Di sebalik Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) masih bergelut memperjuangkan pengiktirafan terhadap ijazah kejuruteraan yang ditawarkan daripada badan profesional, pihak universiti itu mendakwa graduannya diterima baik dalam sektor pekerjaan di negara ini.Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin (gambar) berkata, lebih 90 peratus graduan keluaran universiti itu mendapat pekerjaan di syarikat-syarikat besar walaupun tanpa gelaran IR yang diberikan badan profesional yang berkenaan. lanjut kena baca Kosmo la

Nota :Mas...macam macam la ni , bina Universiti untuk rakyat menimba ilmu dan memegang ijazah . Tapi sayang kemungkinan ada kursus/ program ada yang tak diiktiraf oleh JPA ( Jabatan Perkhitmatan Awam) . Contoh dulu ada pelajar kita ambil bidang kejuruteraan di Jepun dan di Russia..tub..tub.. balik tak di iktiraf oleh JPA..kacau.kacau.. . Tolong tenguk sat Pak Menteri kesian kat orang kampung ni, ada yang potong getah , menebas dan turun kelaut mencari sesuap nasi... pepatah Orang melayu " Kais pagi makan pagi kais petang makan petang " ... pernah terjumpa yang tak berkais pun ada.

sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

Monday, March 15, 2010

Singgah Ziarah Keluarga Di Utara Semenanjung

Isteri dan anak di hadapan Garden Of Bonzai

Salam Buat Semua.

Pada Ahad yang lalu penulis bersama keluarga bertandang ke Bukit Kayu Hitam,Kedah untuk pergi makan kenduri. Penulis bermalam di rumah biras ( suami adik ipar ) . Kebetulan bila dah sampai di sana, penulis bercadang nak masuk ke sempadan Thailand la. tub..tub..tak jadi sebab kereta banyak sangat , bersusun -susun depa pi mana pun tak tau la...Alamdulillah hari sabtu yang lalu hujan lebat di Kedah, baru rasa lega rasanya berjalan..tak panas.. dan tak mengantuk....banyak perubahan yang berlaku disana. Itulah yang terbaik dilakukan oleh Ustaz Dato Azizan Razak , tahniah diucapkan .Ramai rakyat negeri Kedah pulang bercuti untuk menziarahi Ibu bapa yang tersayang. Sempena musim cuti ini penulis yang berjiran dengan negeri Kedah mengambil peluang bercuti bersama keluarga . Mas tiada tempat lagi untuk bermanja..ayan dan ibu telah lama pergi... syukur alhamdulillah mas kini hanya tinggal bapa mertua yang uzur aje...
Kepada teman-teman dan kekawan yang belum berkunjung eloklah berbuat demikian... zirahlah sebelum anda diziarahkan. Janganlah membiarkan mereka menantikan kepulangan kita..Penantian satu siksa dan duka...

sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

Tahniah Lee Chong Wee & Misbun Sidek

Tahniah Dato Lee Chong Wee & Dato Misbun Hj Sidek
Salam Buat Semua,

Saya sebagai Rakyat Malaysia mengucapkan tahniah kepada Dato Lee Chong Wee dan Dato Misbun Hj Sidik kerana telah mengembalikan sinar harapan yang begitu tinggi dalam bidang Badminton Negara. Pagi tadi Dato Lee Chong Wee telah menewaskan pemain dari Jepun untuk menjuarai Kejohanan All England. Apa yang buat Mas terharu ialah kerana sekarang ini kita harus mengikis sikap prajudis antara kaum dan perlu kita buang dalam pemikiran kita. Secara tidak langsung sikap perkauman beransur ansur hilang di telan zaman.

Islam mengajar kita menghormati antara satu sama lain. Moral of the story sepertimana cerita ini dapat digambarkan bagaimana Dato Misbun Sidik telah berjaya mendidik Dato Lee Chong Wee, dari berlainan bangsa dan agama dengan secara iklas...nah.. jelas kelihatan sekiranya kita buat kerja dengan iklas Allah akan memberi kejayaan kepada kita. Wahai sahabatku ini adalah sebagai contoh untuk mengeratkan perpaduan kaum dalam bidang sukan..

Bravo.... Dato Lee Chong Wee dan Dato Misbun

sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

Saturday, March 13, 2010

Benarkah Ikan Kap Si Pembunuh ?

Contoh Ikan Kap Asia
Salam Buat Semua


IKAN kap adalah nama umum bagi pelbagai jenis ikan air tawar dalam keluarga Cyprinidae iaitu satu kumpulan besar ikan yang berasal dari Asia dan Eropah.Sesetengah orang menganggap kesemua ikan siprinid sebagai kap dan keluarga Cyprinidae itu sendiri dikenali sebagai keluarga kap. Bagaimanapun, bagi kegunaan harian, kap biasanya merujuk kepada hanya beberapa spesies besar siprinid seperti Cyprinus carpio (kap biasa), Carassius carassius (kap Crucian), Ctenopharyngodon idella (kap rumput), Hypophthalmichthys molitrix (kap perak), dan Hypophthalmichthys nobilis (kap kepala besar).
Kap telah lama menjadi sumber makanan penting bagi manusia, dan juga sebagai ikan hiasan seperti pelbagai jenis ikan mas dan kap biasa yang dikenali sebagai ikan koi. Akibatnya, ikan kap telah diperkenalkan di pelbagai tempat sungguhpun dengan pelbagai hasil. Selain sebagai sumber makanan, ikan kap juga dipelihara sebagai ikan hiasan.
Ikan kap boleh menjadi sangat berbahaya kepada ikan tawar yang lain. Mereka akan memakan tumbuhan air yang membekalkan oksigen. Oleh yang demikian ia akan menyukarkan spesies ikan lain untuk mendiami habitat berkenaan.
Ikan kap Asia mula diperkenalkan di negara-negara selatan Amerika Syarikat (AS) dari China sekitar tahun 1970-an untuk membantu membersihkan tangki kolam air ikan. Selama lebih daripada 30 tahun, spesies berkenaan mendiami sungai Mississippi hingga memusnahkan ekosistem sungai berkenaan.
Pada Disember tahun lalu, penemuan DNA ikan kap hanya beberapa batu daripada Great Lake di Chicago telah mengejutkan banyak pihak.
Kap Asia juga dikenali sebagai 'terminator' bagi dunia ikan. Ia boleh membesar sehingga 1.2 meter dan 50 kilogram serta boleh makan sehingga 40 peratus berat badannya dalam masa sehari. Perkara berkenaan menghalang tumbesaran dan pembiakan spesies ikan jenis lain untuk hidup dalam habitat yang sama. Selain itu, ikan kap Asia juga mempunyai keupayaan untuk melompat sehingga paras dua meter ke udara sehingga mengganggu bot-bot yang lalu di kawasan berkenaan.
"Ikan-ikan ini mengganggu kehadiran bot, mencederakan orang ramai sehingga ada yang hampir lemas di sungai Mississippi," kata Joel Brammeier iaitu salah seorang ahli persatuan pemuliharaan alam sekitar Great Lakes.
Pada awal Februari lalu, pentadbiran Presiden Barack Obama memperuntukkan sebanyak AS$78.5 juta (RM27 juta) bagi membangunkan rancangan menyekat kehadiran ikan berkenaan.
Usaha berkenaan memberi tumpuan kepada pembinaan satu halangan elektronik yang dibina oleh jurutera AS merentasi terusan yang perlu dilalui oleh ikan-ikan berkenaan untuk sampai ke kawasan tasik berkenaan. Sumber Mstaronline

Ulasan semua
sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

Friday, March 12, 2010

MB, Exco Dan Rakyat Kelantan Basah Kuyup, Ketika Solat Sunat Istisqa

MB Kelantan Mengimami Solat Sunat Istisqa
Salam buat semua.
Petikan dari Harakahdaily.net

KOTA BHARU, 12 Mac: Hujan yang turun di sekitar bandar raya ini membasahkan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, anggota-anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan serta ribuan rakyat yang menyertai solat sunat istisqa.
Hujan agak lebat tiba-tiba turun pada rakaat pertama solat sunat Istisqa yang diadakan di Padang Perdana pagi tadi.
Solat tersebut diimamkan Menteri Besar bermula kira-kira jam 8.30 pagi.
Ketika Tuan Guru Nik Abdul Aziz sedang membawa surah pada rakaat pertama tiba-tiba hujan turun agak lebat sehingga membasahkan ribuan yang menunaikan solat. Hujan hanya berhenti selepas selesai solat sunat tersebut. Semua yang hadir termasuk pembesar negeri dan pegawai kanan kerajaan kelihatan basah kuyup.
Program tadi dihadiri hampir kesemua pegawai kanan kerajaan negeri termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias, Pegawai Kewangan Negeri, Mohd Faudzi Che Mamat, Pengelola Istana, Datuk Abdul Halim Hamat dan Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Muhammad.
Solat Istisqa tersebut merupakan kali kedua diadakan di Kelantan selepas pertama kali diadakan beberapa tahun lalu akibat kemarau panjang.
Cuaca kering dan panas kini melanda seluruh negara sehingga ada tempat paras sungai dan empangan semakin surut dan tanah-tanah menjadi merekah.
Ketika membaca khutbah Menteri Besar memalingkan badan ke arah kiblat seketika sebagai mengikut amalan sunnah Rasulullah s.a.w. ketika baginda mengerjakan solat Istisqa.

Nota : Syukur Alhamdulillah, hujan dah turun....tempat Mas Aji sehari dua nie pun dah turun hujan.. Allah turunkan hujan ketika ini ialah kerana berkat doa dari hambanya, binatang serta tumbuh-tumbuhan yang berdoa meminta Allah menurunkan hujan. Amin.... Allahu.. Akhbar

sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

Pasal Apa Hampa Pi Mengendap

Gambar Hiasan Dimana tempat 2 n orang pemuda Kena Balun
Salam buat Semua.

Dua kaki intai terima padah
DUA kaki intai yang merupakan pelajar sebuah IPTA cedera di kepala dan badan selepas dibelasah sekumpulan lapan lelaki di stesen minyak di Semambu, Kuantan semalam.
KUANTAN - Nafsu suka mengintai yang menguasai dua pelajar sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) membawa padah apabila mereka cedera dibelasah oleh sekumpulan lapan pelajar lain di sebuah stesen minyak di Semambu di sini kelmarin.
Kejadian pukul 12 malam itu berlaku selepas tindakan mereka mengintai kira-kira 10 pelajar perempuan melalui celah tingkap di sebuah rumah sewa disedari oleh salah seorang mangsa.
Wanita berusia dalam lingkungan 20-an itu kemudian bertindak menghubungi teman lelakinya yang juga merupakan pelajar di situ.
Teman lelaki pelajar perempuan itu kemudian mengumpulkan rakan-rakannya untuk mencari dua lelaki terbabit dengan menaiki kereta.
Difahamkan, kesemua pelajar itu merupakan pelajar tahun akhir di IPTA tersebut.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bahagian Siasatan dan Perundangan Pahang, Supritendan Mohd. Haris Daud berkata, selepas puas mencari, teman lelaki gadis itu terserempak dengan dua pelajar berkenaan di sebuah stesen minyak.
sumber ...kosmo.com.my

Kesimpulan : Wahai pemuda pemuda ku , janganlah perasaan ingin tahu dan ingin lihat menyelubungi dan menguasai kita... berbuat baiklah sesama sendiri.... kalau macam ni ..sakit pun boleh..malu pun boleh... jangan malukan orang kampung... jadilah sebagai anuar manan ( cycling ) atau lee chong Wee ...fikir-fikirkanlah sendiri ya akhi..

sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

Thursday, March 11, 2010

Jutawan Amerika Masuk Islam

Mark Shaffer menunjukkan Sijil Syahadahnya...

Mark Shaffer bersama rakanya di dalam Masjidil Haram

Salam Buat Semua

An American millionaire, Mark Shaffer declared his Islam in Saudi Arabia on Saturday, 17th October 2009. Mark was at that time on a holiday in Saudi Arabia to visit some famous cities like Riyadh , Abha and Jeddah for 10 days.

Mark is a well-known millionaire and also a practiced lawyer in Los Angeles , specializing in cases of civil laws. The last big case he handled was the case of the famous American pop singer, Michael Jackson, a week before he passed away.
A tourist guide who accompanied Mark for 10 days in Saudi Arabia , Dhawi Ben Nashir told: Since he set foot for the first time in Saudi Arabia , Mark already started to ask question about Islam and Solat. As soon as he arrived in Saudi, Mark stayed in Riyadh for two days. While in Riyadh , Mark was very interested in Islam. After moving to Najran, we went to Abha and Al-Ula. There, his fascination on Islam grew more obvious, especially the time when we ventured out into the desert. Mark was amazed to see three Saudi youths who were in our group in Al-Ula, performing solat in the expanse of the very wide desert. A very fantastic panorama indeed


Nota : Mas terima email dari kawan.. syukur alhamdulillah...Jutawan Amerika pun masuk Islam, kita yang telah lama Islam tidak mahu mengamalkan Islam dengan sempurna..masih ada lagi tidak menutup aurat...dan tidak mengamalkan Islam dengan sempurna..masih lagi kabur tentang Islam...masjid dan surau masih tidak dipenuhi .... ada yang menentang hukum Islam bangunlah wahai sahabatku.. Takbir..

sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Orang Kampung