Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Sunday, February 28, 2010

Sepetang Di Hutan Paya Bakau, Semeling, Merbok, Kedah

Galeri Hutan Paya Bakau

Di Atas Jeti Semeling


Berlatar belakang Paya Bakau

Bersama Keluarga
Salam buat semua,

Semalam Mas Aji dan keluarga pulang ke Kampung Isteri di , Yan Kedah untuk menziarahi bapa mertua di sana. Tiba di Kg Singkir Laut, Yan , Kedah Mas AJi dan keluarga bertemu dengan Adik Ipar dari Johor datang pulang bercuti ke kampung. Dah lama Mas Aji tak bertemu dengan mereka, maklumlah semua sebuk dengan tugas masing masing.

Mas AJI pulang sebelah petang dan singgah sebentar di Hutan Paya Bakau, Semeling, Merbok , Kedah, Satu tempat yang menarik untuk dilawati oleh semua orang khasnya warga Kedah. Disini disediakan satu galeri hutan paya bakau dan , contoh dapur yang membakar kayu bakau yang hendak dijadikan arang. Apa yang hendak di ceritakan disini ialah tentang keadaan semulajadi hutan paya bakau yang masih lagi belum diterokai , dan di tepi hutan paya bakau diserikan dengan sungai Merbok yang mengalir sepanjang hutan paya bakau. Kerajaan Negeri Kedah telah menyediakan satu galeri sejarah paya bakau di Kawasan ini ( tetapi belum di rasmikan lagi ). Setelah penat berjalan dan bergambar singgah sebentar di restotarn 8 beradik ( yang dimiliki oleh sahabat Mas AJi , Mohd Shukor ) terletak disebelah jeti Semeling, untuk makan petang. Selepas Solat Magrib Mas Aji Pulang Ke Butterworth,

Kesimpulan : Paya bakau Adalah anugerah Allah kepada kita semua, maka jagalah ia, kerana hutan paya bakau menyimpan berbagai khazanah akuakultur di dalamnya. Allah jadikan paya bakau adalah untuk tempat pembiakan serta melindungi habibat sahabat yang menghuni di dalam air, yang mana ianya satu hari menjadi makanan kita. Peliharalah dan jagailah ia..
"Kerosakan diatas muka bumi ini samada di darat atau dalam laut adalah kerana tangan-tangan manusia sendiri "

sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

Friday, February 26, 2010

Selamat Menyambut Maulidur Rasul S.A.W



Masjid Nabi Muhammad S.A.W Di Madinah


Salam Buat Semua


Mas Aji Mengucapkan Selamat Menyambut , Maulidur Rasul.S.A.W semoga hari ini kita membanyakan selawat ke atas Pemimpin Agung kita Nabi Muhammad dan keluarganya.
" Sesungguhnya Nabi Muhammad Diutuskan untuk memberi rahmat kepada penduduk sekelian Alam Ini "

Mas Aji Teringat akan Masjid Nabawi dan terasa mat rindu hendak kesana, Ya Allah bawalah aku ke sana sekali lagi. Amin. Banyak fadhilat yang tersirat didalamnya..

sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

Thursday, February 25, 2010

Berakhir Perjalanan Sebuah Ikon

Keretapi Bukit Bendera

Salam Buat semua

GEORGETOWN: Kereta api di Bukit Bendera yang telah beroperasi selama 87 tahun akhirnya akan beroperasi kali terakhir hari ini, meninggalkan kenangan indah kepada penduduk dan pelancong yang pernah ke tempat tarikan terkenal itu.
Kereta api itu bagaimanapun akan digantikan dengan sistem baru yang bernilai RM 63 juta dan dijangka siap dalam masa tujuh bulan. Mengikut daripada papan tanda yang diletakkan di kawasan tersebut, proses baik pulih bakal siap pada 28 September tahun ini.

Dalam pada itu, Exco bagi Kerja Raya, Utiliti serta Pengangkutan, Lim Hock Seng berkata pengunjung dibenarkan membuat lawatan kali terakhir hari ni. "Jadikan hari ini sebagai memori anda," katanya dalam satu kenyataan semalam. Ahad Februari 21
Katanya, penduduk Bukit Bendera dan pengendali hotel akan beroperasi seperti biasa dan satu perkhidmatan jip ke atas bukit itu akan disediakan terus daripada Taman Botani sepanjang penutupan. Oleh. MStar Online :

Semasa Mas AJi kecil, Mas sentiasa mengidam untuk menaiki kereta api tersebut dan melihat pemandangan indah dari atas bukit .. Mas pernah bersama keluarga menaiki Keretapi Bukit Bendera , beberpa kali. Sunggoh teruja apabila kita menaiki keretapi Bukit Bendera. Mas Aji juga pernah hiking ( panjat bukit ) 2 kali bersama rakan rakan, sunggoh teruja keadaan disini. SubhanALLah ..

sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

Sehari Bersantai Di Kebun Keluarga Mas Aji

Bersama Anak Anak Memasang Kemah

Alhamdulillah Dah Berbunga Durian Mas Aji...ye

Sebahagian Dari Bunga Durian
Salam Buat Semua.

Pada ahad yang lalu mas Aji dan keluarga ke Kebun untuk menebas dan melihat persekitaran kebun keluarga Mas Aji di Pengkalan Hulu. Mas Aji bergerak dari rumah di Seberang Perai Utara pada jam 7.00 Pagi , maka kami sampai di sana jam 8.30 pagi. Kami membawa bekalan nasi lemak yang di masak oleh isteri , kalau isteri pergi... kalau di tak ikut kami beli nasi bungkus je.... dan bawa air minuman

Syukur Alhamdulillah tiba di kebun Mas Aji , Mas terus pergi lihat dekat pokok durian , pokok durian baru berbunga , diantara 5 pokok yang dah besar 2 sahaja yang berbunga tapi tak lebat. Harap harap tahun ini boleh makan durian kut.... Mas Aji bersama anak yang no 4 ke atas bukit, meninjau anak pokok getah yang baru berusia 3 bulan.... ada yang mati dicabut oleh babi hutan... Doakanlah semoga pokok getah Mas Aji tumbuh dengan subur dan durian lebat buahnya. Itulah yang dikatakan berbudi kepada tanah...

sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

Wednesday, February 24, 2010

Campur Arak Untuk Sedapkan Masakan

Contoh Kopi Je...
Salam buat semua

KOSMO 24/2/2010
Campur arak untuk sedapkan masakan
KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendedahkan bahawa ada sebilangan kopi- tiam di negara ini menggunakan arak dalam hidangan di premis mereka.
Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim, Amri Abdullah berkata, selain mencampurkan arak dalam masakan, ada juga kopitiam yang menjual arak kepada pelanggan.
“Ada pengusaha yang guna arak atau wain dalam masakan untuk tambahan rasa, ada juga yang menjual arak di premis, sedangkan masing-masing meletakkan logo halal.
“Inilah yang berlaku apabila ada pihak lain yang keluarkan sijil dan logo halal selain Jakim, pasti ada yang tak kena dalam operasi mereka tanpa kita sedar,” katanya kepada Kosmo! semalam.


Mas Aji Tak pernah masuk pun kedai Kopi-tiam , Cuma masuk ke kedai mamak nasi kandar je… InsyAllah kita cari yang halal. Berhati hati dalam memilih kedai untuk makan dan minum,
sebab yang halal itu jelas yang haram itu pun jelas. Dulu Mas Aji pernah kerja kat Hotel di Penang , memang benar terdapat segelintir tukang masak masukan sedikit arak ke dalam masakan mereka , alasanya untuk menyedapkan makanan...masa tu Mas Aji jahil lagi...maafkan Mas Aji ye....

sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

Tuesday, February 23, 2010

CUEPACS Bimbang Wanita Kuasai Perkhidmatan Awam

Sebahagian Daripada Kakitangan Wanita
Salam Buat Semua

Kuala Lumpur. KOSMO. (23/2/2010) Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) semalam meluahkan kebimbangan berikutan penguasaan penjawat wanita dalam perkhidmtan awam yang semakin meningkat sekarang.

Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin berkata, trend masa kini menunjukkan semakin ramai wanita dilantik memegang jawatan sebagai pembuat keputusan dan situasi itu mempunyai
implikasi jangka panjang dalam aspek kemajuan dan pertumbuhan negara.

Fakta : 3/4 daripada jawatan baru dalam perkhidmatan pegawai tadbir dan diplomatk diisi oleh
wanita. Tahun 1980 hingga tahun 90 an lelaki masih lagi menguasai bilangan sebagai Penjawat awam negara. Bermula tahun 2000 hingga ke tahun ini, bilangan penjawat awam wanita terus menguasai pelbagai jawatan terutama di kalangan pembuat keputusan dalam perkhidmatan awam semakin bertambah.
Contoh, awal tahun ini semasa pengambilan kadet untuk pegawai tadbir dan diplomatik
daripada 328 calun, hanya 30 orang sahaja lelaki.
Baru baru ini Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam berkata, nisbah
antara guru lelaki dan wanita sekarang ialah 30:70

Kesimpulan : Ini adalah sesuatu yang membimbangkan kerana sebagai pembuat keputusan komitmen perlu diberi sepenuhnya, bagaimana jika wanita ini berkahwin, melahirkan anak dan sebaginya, mereka sudah tentu akan bercuti panjang. Kalau kita lihat kepada statistik kemasukkan pelajar ke Pusat-pusat Pengajian Tinggi Awam , mahu pun swasta kesemuanya dikuasai oleh kaum wanita. Itulah yang dikatakan akhir zaman.....fikir-fikirkan lah .. kawan kawan semua. Kaum lelaki memang kurang sekarang ini....

sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

Monday, February 22, 2010

Kerja Licik Mossad

Inilah Benjamin Netanyahu

Lambang Mossad


Salam buat semua,

Berita The Sunday Times, melaporkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberi 'lampu Hijau' kepada Mossad untuk membunuh komander Hamas, Mahmoud Al-Mabhuh di Dubai awal bulan lalu.

Mossad memiliki maklumat mengenai rancangan Mabhuh ke Dubai dan memulakan rancangan mereka untuk membunuh beliau di bilik hotelnya. Skuad penyerang sudah memulakan latihan terhadap misi di sebuah Hotel di Tel Aviv tanpa memaklumkan pemiliknya. Agen agen Mossad semuanya menggunakan pasport palsu Britain, Jeman dan berapa pasport palsu Eropah yang lain. Buat masa ini agen Mossad menggantung aktiviti di Asia Barat berikutan pendedahan ajen mereka terbabit dalam pembunuhan Mahbuh. Satu sumber Israel memberitahu akhbar itu bahawa ejen Mossad amat berhati-hati kerana adanya kemera keselamatan yang dipasang di Dubai.


Kesimpulan: Walaupun mereka merancang untuk membunuh dan membuang segala bukti, tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang dimana ajen Mossad terkejut dengan keupayaan polis Dubai mendapatkan semua gambar dengan cara berkesan. Takbir..Allahu Akhbar

sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

Tahniah Kepada Pelayar Muda Negara

Salam buat semua,

Tahniah buat Pelayar Muda Malaysia muncul sebagai naib juara keseluruhan Regata Antarabangsa Qatar ke-18 "Sail the Gulf " 2010 selepas mengutip satu pingat emas dua perak dan tiga gangsa di belakang juara keseluruhan, India,yang membawa pulang tiga emas selepas berakhir saingan di Kelab pelayaran Doha, Ras Abu Abound, Doha, semalam (ahad).
Pelayar muda negara terdiri daripada Ahmad Latif Khan berjaya mengekalkan juara bertahan, Ahmad Syukri Abdul Aziz , Muhamad Farhan Hamid , Nur Amirah Hamid, Mohamad Amirul Syafiq dan Khairulnizam Mohd Afendy mereka berlayar dalam pertandingan 12 pusingan.

Tahniah juga diucapkan kepada Pengurus Besar MYA, Mohd Afendy Abdullah, kerana berjaya membimbing mereka sampai ketahap ini. Adios ......tapi jangan lupa solat pula....sukan sukan juga....habuan kita jangan lupa ye..adik..adik... Mas AJi pernah buat kapal layar sendiri dulu kat kampung , pakai rakit buluh dan layarnya kain sahaja... tapi tak laju...

sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

Friday, February 19, 2010

Khutbah Jumaat Hari Ini


Salam buat semua,

Jumaat 19/2/2009 Permatang Janggus, Bukit Mertajam, Khutbah jumaat hari ini di sampaikan oleh Al Fadzil Ustaz Mutalib Bin Maarof , Mudir Yayasan An Nadhoh, Kubang Semang, antara intisari khutbah beliau hari ini ialah :

1-Berbanyakan ketaqwaan kita kepada Allah.
2-Siapkan bekalan kita untuk di akhirat nanti
3- Ada apa ada kekayaan di dunia sedangkan kita tidak bertaqwa kepada Allah dan menginfaqkan sebahagian dari harta yang ada , kejalan Allah.
4-Masa yang berbaki ini hendaklah perlu diisi dengan mengahadiri majlis-majlis ilmu.
5. Ada apalah dengan perayaan Maulid Rasul S.A.W setahun sekali sedangkan pada hari lain kita tidak mengingatinya. Menyayangi Rasulullah adalah sepanjang masa. Selagi mana nyawa dikandung badan.



sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

Jungle Tracking

Berenang dalam Lumpur..He he he

Hebat kawan kite nie...dah biasa kut...

Macam-macam ada


Kumpulan 3 sapu bedak dengan lumpur, nak kasi awet muda kut..kah..kah..kah
Salam buat semua

Seperti yang dijanjikan Mas Aji memaparkan aktiviti Jungle Tracking yang ditempuhi bersama rakan sekerja pada 14/2/2010 yang lalu. Antara matlamat Jungle Tracking yang ditempuhi ialah kerana;

1. Membina Team Building ( bekerja secara berpasukan)
2. Mengenali rakan sekerja dengan lebih akrab lagi
3. Team Building yang tidak membezakan pangkat dan kedudukan bertugas.
4. Menempuh sebahagian dari pengalaman dalam hutan.
5. Menghayati keindahan alam kurniaan Allah dan jauh dari hiruk pikuk bandar.
6. Menghilangkan perasaan sombong dan sikap menyendiri.

Kesimpulannya aktiviti ini dapat memberi semangat baru untuk semua kakitangan bagi tahun 2010 untuk terus bekerja dengan satu niat, bekerja kerana Allah , semoga Allah memberi segala balasan yang baik, di atas apa yang kita lakukan di atas muka bumi ini. Adios beb Takbir.....


sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

Thursday, February 18, 2010

Taktik Penyeludup Petrol

Komandan Unit Pencegahan dan Penyeludupan (UPP) Perlis, Deputi Supritendan Zakaria Abdul Rahman, menunjukan cara menyeludup petrol

Sumber Kosmo 18/2/2009
Salam Buat Semua

Perkara ini bukan perkara yang baru, perkara ini telah lama berjalan, malah tangkapan dan tindakan Mahkamah juga telah diambil. Perkara ini menjadi jadi adalah kerana kerja yang dilakukan adalah mudah untuk mendapatkan wang.

Sama ada aktiviti tersebut dilakukan rakyat Thailand sendiri yang mahu mengambil kesempatan harga murah itu di negara ini, rakyat tempatan juga tidak terkecuali bersekongkol melakukan aktiviti penyeludupan ke negara jiran itu.

Menurut Komandan Unit Pencegahan dan Penyeludupan (UPP) Perlis, Deputi Supritendan Zakaria Abdul Rahman, sepanjang tahun lalu hampir 50 kes berjaya dikesan pihaknya membabitkan penyeludupan diesel dan petrol. "Dianggarkan sebanyak 16,259 liter diesel bernilai RM29,051 dan petrol 5,925 liter berharga RM10,697 diseludup tahun lalu.
"Pada bulan Januari lalu pula, hampir 10 kes membabitkan penggunaan kenderaan yang digunakan penyeludup," katanya.

Zakaria menjelaskan, antara taktik penyeludup ialah menggunakan kereta pikap Thailand yang diubahsuai bagi menempatkan tangki tambahan."Ada kereta pikap yang kami tahan mempunyai 10 buah tangki tambahan di bahagian belakang serta bawah kenderaan itu sehingga mampu menampung 1,000 liter petrol.
"Biasanya penyeludup jenis itu mempunyai banyak wang untuk membeli kereta pikap.
"Bagi yang mungkin baru hendak berjinak-jinak, mereka akan mengubahsuai motosikal supaya tangkinya lebih besar dan dapat diisi sehingga 40 liter minyak berbanding lima atau 10 liter bagi tangki standard," ujarnya.

Terdapat dua pintu sempadan di Perlis iaitu Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Padang Besar dan Pos Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Wang Kelian.
"Biasanya mereka akan mengambil kesempatan pada kesibukan di pintu sempadan yang hendak ditutup seperti di ICQ Wang Kelian pada pukul 6 petang manakala di CIQ Padang Besar pada pukul 10 malam bagi melepasi kawalan.

Kesimpulan : Mas Aji membuat kesimpulan adalah kerana masyarakat tempatan yang menjadi dalang, malah terdapat pengusaha minyak hanya mementingkan jualan sahaja . Mas Aji pernah terserempak aktiviti ini berlaku , semasa berkunjung di Bukit Kayu Hitam bulan Disember yang lalu. Kelihatan banyak kenderaan yang plat pendaftaran dari Thailand datang mengisi minyak di negara kita.

sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

Wednesday, February 17, 2010

Percambahan Minda Bermula

Semua Peserta kursus

Sudah suratan Takdir menentukan

Sahabat-sahabat tak sabar untuk pulang bertemu keluarga

Salam buat semua.
Pada 13/2/2009 Sabtu petang dan malam hari bermulalah percambahan idea idea dari rakan rakan sekerja dilontarkan bagi penambah baikkan organisasi . Banyaklah lontaran idea diberikan dari para sahabat semua. Kesemua idea dikumpul dan di dokumentasikan bagi memilih dan menilai idea yang terbaik.

Pada sebelah petang... dalam suasana mengihirup udara petang sambil bersantai ditepi laut, kami dikejutkan dengan 4 orang rakan dikuatiri lemas. maka ramailah yang berkunjung untuk melihat situasi di pantai Balok, Beserah , Pahang. Pada keesokan harinya berita menyiarkan kematian seorang pemuda yang lemas, dan 3 orang rakanya terselamat. Sebelum itu di papan kenyataan menyatakan kawasan tersebut memang bahaya kerana kawasannya curam. Alfatihah dihadiahkan kepada jenazah pemuda tadi. Hidup di dunia tak lama, akhirat lah jua tempatnya.

sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

Tuesday, February 16, 2010

Curahan Rasa Hati & Minda

Dalam Bas Bersama Rakan Bloger

Di Hentian Temerloh

Pantai Beserah
Salam Buat Semua,

Jumaat 12 /2/2010 jam 11.00 Mas aji dan rakan rakan bertolak dari Bandar Perda, Bukit Mertajam ke Beserah , Kuantan, Pahang. Ringkaskan cerita kami berhenti di 3 tempat pada malam tersebut, antaranya Tapah, Temerloh untuk solat suboh dan Gambang untuk sarapan pagi. Kami tiba di destinasi iaitu Beserah pada jam 10.00 pagi dan lepak di pantai Beserah sementara menunggu masa untuk check in di Hotel. Pantainya cantik pasirnya puteh dan ombaknya seolah olah melambai dan menggamit pengunjung untuk bersamanya di dalam laut.

Jam 12.00 t hari barulah kami boleh masuk ke hotel De Rhu Beach Resort, Beserah Kuantan, Pahang . Hotel ini berhadapan dengan laut dan mempunyai kolam yang luas. Kira cantik la tu. Jam 12.30 kami makan tengahari , dan balik relek di bilik dan bermulanya sesi Percambahan Minda jam 3.40 petang.

Jam 5.30 Petang baru habis sesi pertama dan petang Mas aji dan rakan rakan bercanda dikolam renang dengan pakai seluar sukan dan t shirt aje. Sebab kena tutup aurat le...... Next posting jungle tracking.

sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

Friday, February 12, 2010

Sepetang Di Kampung Mas AJi

Kuala sungai Tempat Nelayan menambat perahu mereka

Perahu Perahu Nelayan


Muara Sungai



Rumah Arwah Ibuku

Salam Buat Semua.

Hari ini Mas Aji memaparkan kampung Mas Aji yang terletak di Teluk Air Tawar, Butterworth.
Mas Aji tinggal di kampung ini semenjak tahun 1970 . Mas Aji amat gembira tinggal disini bersama sama keluarga yang disayangi. Sudah suratan takdir Ayah mas aji telah meninggal dunia pada tahun 1978 maka Mas Aji dan keluarga dibesarkan oleh Ibu yang disayangi . Kini Mas Aji tiada lagi Ibu untuk bergantung kasih. Mas Aji kini berhubung dan mengadu hal kepada bapa dan ibu saudara Mas Aji.

Penduduk di kampung Mas Aji bekerja sebagai Nelayan , bekerja di syarikat Sawasta dan kakitangan kerajaan. Apa yang membanggakan penduduk kampung Mas Aji ialah mereka ramah dan tidak sombong, Kalau ada kenduri disini masih lagi menjgadakan pakatan secara gotong royong lagi. Kampug ku pernah dilanda Tsnami pada tahun 2006 dahulu. Setelah Ibu meninggal dunia Mas Aji telah berhijrah ke tempat lain untuk menjadi Insan Yang lebih bertaqwa. Di Tempat baru Mas Aji terdapat pondok sekolah agama dan banyak kuliah agama dijalankan . Syukor Alahamdulillah dapatlah Mas Aji belajar apa yang tertinggal dahulu. Mas Aji banyak berdikari ditempat kediama baru Mas AJi. Kena lah mengamalkan sepeti pepatah melayu , pandai pandailah jaga diri ditempat orang. Salam... jumpa lagi


sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

Thursday, February 11, 2010

" SAYONARA PETRONAS "

Lambang Petronas

Tan Sri Hasan Merican


Salam Buat Semua.

" Good bye Petronas " itulah ungkapan terakhir seorang CEO Muslim yang menjawat jawatan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas yang menerajui Petronas sejak 1995. Orang yang dimaksudkan ialah Tan Sri Mohd Hassan Marican. Lebih sedekat beliau menabur bakti kepada syarikat petrolium kebangggan negara kita dan kini semalam 10 februari beliau mengucapkan "Selamat Tinggal Petronas "

Beliau memberi semangat dan peransang kepada pekerja syarikat petrolium negara sebagaimana mereka bekerja dibawah terik panas matahari di padang pasir dan mengerudi minyak di laut dalam. Ini bukan satu kerja yang mudah bagi mereka, kadang kadang mereka berhadapan dengan risiko ribut dan gelora di lautan luas .

Pemergiannya membawa kesan yang mendalam kepada kakitangan Petronas, difahamkan ramai yang menitiskan air mata dalam membaca nota perpisahan dari beliau. Dalam surat tersebut Tan Sri Hassan mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh keluarga Petronas di merata dunia, di pelantar minyak, yang belayar di lautan, di padang pasir , dalam kedinginan salji serta yang berkhidmat di stesen minyak.

Akhir Kalam ... anak saudara Mas Aji sekarang ada berkhidmat dengan Petronas di Miri sebagai Eksekutif. semoga apa yang baik direncanakan oleh Tan Sri semua datangnya dari Allah, kita hanya merancang tapi Allah adalah sebaik baik perancang ..Adios " Sayonara "kepada beliau , semoga Allah memberi keberkatan ke atas beliau apabila bersara nanti..amin


sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

Tuesday, February 9, 2010

Berbudi Kepada Tanah

Fajar Menyinsing menyinari pagi

Sawah luas terbentang menunggu untuk dituai

Mesin Padi menunggu masa untuk menuai padi

Salam Buat Semua,

Berbudi kepada tanah, itulah tajuk baru posting Mas Aji. Setelah enam bulan menabur bakti kepada tanah, maka kini barulah menerima hasilnya, syukur Alhamdulillah, Itulah ungkapan yang keluar dari mulut Pak Tani kita yang mengerjakan sawah. Tapi jangan pula lupa habuan kita nanti dengan membayar zakat. Muda aje.

Kaedah pengiraan zakat tanaman (padi )

Nisab padi : 363 gantang,1300 kilogram atau 1.3 tan bersamaan Nilai RM 1300. boleh rujuk Pejabat Zakat.

Kadar : 10 % ke atas nilai bersih selepas ditolak kos yang dibenarkan seperti racun/kos baja , upah kerja dan pengangkutan. Penentuan ukuran nisab adalah tolakan kos.

Mas aji pernah turun ke sawah membantu ayah satu ketika dahulu, mengerjakan sawah. Keringat ku pernah jatuh ke bumi sebagai anak pak tani, yang membanting tulang hanya untuk sesuap nasi. Hatiku tersentuh bila melihat sawah padi luas terbentang di depan mata . Pernah aku menangis apabila melihat sawah padi rosak dek banjir mahupun ribut. Apakan daya semua itu kuasa Allah. Hasrat dihati ingin punyai Isteri anak Pak tani , Tapi tak kesampaian..

sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

Monday, February 8, 2010

Keajaiban Allah Yang Maha Mencipta


Salam Buat semua,

هذه الزهرة تنمو في تايلند

Kelihatan Seolah olah burung sedang hinggap di pokok


سبحان الله خالق… كل شيء

Ulasan : Itulah kebesaran Allah yang maha mencipta akan sesuatu, Gambar ini diemail oleh seorang sahabat. Gambar bunga burung ini diambil di Thailand. Kebesaran Allah ada dimana-mana, Sebagai umat Islam , semoga gambar ini dapat menambahkan ketakwaan kita kepada Allah. Apa pandangan anda ...Takbir....
sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

Friday, February 5, 2010

Tabiat Seekor Ikan

Ikan African Pike atau nama saintifiknya, Hepsetus odoe menelan tikus hidup-hidup dalam tempoh kurang seminit. -

African (Kafue) Pike bersifat kanivor justeru boleh makan udang, daging lembu dan cacing.

Salam buat semua

Petikan Berita KOSMO 3/2/2009

KITA biasa mendengar kucing makan tikus. Pernahkah anda mendengar ikan makan tikus?
Ikan African (Kafue) Pike atau nama saintifiknya, Hepsetus odoe hidup di kawasan liar dan bersifat karnivor seperti ikan piranha.
Ini mungkin dapat menerangkan sifat agresifnya yang dapat diperhatikan apabila anda mencelup tikus dalam akuarium berisikan ikan African Pike itu.
Tikus itu disambar lalu ditelan dalam tempoh kurang seminit! Begitulah pantasnya pergerakan ikan ini membaham mangsa.

Ia mampu membesar sehingga 12 inci atau lebih daripada ukuran itu. Ia juga menelan udang, daging lembu, dan cacing.
Bagi mereka yang ingin membela ikan African (Kafue) Pike, pastikan akuarium anda memiliki persekitaran yang menyamai suasana alam semulajadi.
Akuarium anda juga perlulah besar untuk membela ikan ini.

Ulasan : Kita bersyukur kepada Allah Kerana masih banyak lagi ikan di dalam Negara Kita. Boleh pi menjala,mengail, menimba ikan dimusim kemarau..la ni la.. menangkung ikan.
Banyak jenis ikan dalam Negara kita ini . Ikan darat ikan laut , ikan bela dan yang paling best ialah ikan pekasam... Mas Aji suka makan ikan pekasam... best. Kalau kena Ikan pekasam Ibu mertua lalu pun tak perasan you... Besyukur sekadar apa yang ada...Mas Aji belum jumpa ikan ini lagi...itulah yang dikatakan "ikan di laut Asam Di darat "

sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

Thursday, February 4, 2010

Derita Seorang Suami

Kesan lebam belakang seorang lelaki yang dipukul oleh isterinya
Salam untuk semua.

Kosmo 3/2/1010

Lelaki derita tujuh tahun jadi mangsa dera isteri
Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDINzulsham@kosmo.com.my

Inilah kesan kecederaan dialami Sham selepas mendakwa menjadi mangsa dera isteri dan dua anaknya di Selayang Rabu lalu.

MELAKA - Jika kisah isteri didera suami ia perkara biasa. Namun jika suami mendakwa dia menjadi mangsa dera isteri ia agak pelik.
Begitulah dakwaan seorang lelaki yang mahu dikenali sebagai Sham, 47, dari Selayang, Selangor yang memberitahu dia telah tujuh tahun menanggung nasib malang didera isteri berusia 43 tahun.
Bukan setakat itu, dua daripada tiga orang anaknya yang berusia 10 dan 16 juga didakwa turut mengikut perangai ibu mereka apabila bersubahat memukulnya jika si isteri naik angin.
Sham yang bekerja di sini hanya pulang sekali seminggu ke rumahnya di Selayang dan mendakwa setiap kali pulang ke pangkuan isterinya itu dia akan menjadi mangsa dera.
"Saya bekerja di Melaka dan hanya pulang pada hujung minggu manakala isteri tinggal bersama anak-anak di Selayang," cerita Sham ketika ditemui di Merlimau di sini semalam.

Ulasan : Wahai Isteri isteri dekatlah diri kamu dengan Allah , nescaya kamu tidak tergamak memukul suami kamu. Suami kamu merupakan pakaian kamu, manakala kamu juga merupakan pakaian suamimu.. .
Wahai suami pula jagalah isteri kamu baik baik , jagalah ia , ibarat kamu berladang dan bercucuk tanam dikebun kamu. bajailah ia dengan taqwa dan Iman....Kalau kamu mampu kawinilah perempuan perempuan sampai empat, manakala jika kamu tidak mampu , cukuplah sekadar seorang isteri , Mas Aji pun pernah kena leter dengan isteri (kerana buat silap) biasalah tu. Fikirkan lah wahai teman.


sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

Wednesday, February 3, 2010

Penatian Satu Siksa

Satu Penatian Seorang Nelayan

Salam Buat semua
Penantian
Berapa lama mesti kunanti
Sinar cahaya matamuGemerlap bagai bintang
Menghiasi malam
Malam yang menutup diriku

Berapa lama perlu kutunggu
Lontaran suara dari bibirmu
Memecah hening taman
Taman syurgawi
Pada sebuah hati yang sepi

( korus )
Penantian suatu siksa
Yang tidak tertanggung
Oleh tubuhku yang kering dan layu
Kepastian suatu penawar
Dalam suka dan duka
Yang meniti hidupku

Kumpulan Harmoni (Zubir Ali) ..The Best Song Ever I heard ( tersentuh liriknya )

Ulasan : Penantian memang satu suka dan duka.
Penantian juga sebagai satu siksa, ya memang benar antaranya :
Penantian seorang ibu melahirkan anak ,penantian seorang bapa yang menunggu kepulangan anaknya. Penantian Mas Aji menunggu kelahiran sikembar ku.
Penantian satu siksa kepada orang yang bercinta. Dengan ungkapan ku menanti keputusan mu semoga cintaku diterima (dulu la) . Ku akan menanti dan terus menanti dan ku tetap mencintaimu. (pinjam kata-kata anak muda )
Penantian dan kerinduan seorang Ibu akan terubat apabila simanjanya pulang ke kampung.
Mas aji dengan penuh debaran menanti rentapan si ikan plagik
( Ikan yang garang cara tangkapannya) .
Penantianku akan terubat apabila ku menerima SMS mu (kata kata orang muda).
Sahabatku di IPT pasrah menanti keputusan peperiksaan mereka.. ..Bersabar yee

Akhir kalam penantian yang pasti adalah menati sakaratul maut. " Apabila tiba kematian, masa tidak akan dikurangkan walaupun satu saat " ..senantiasa mengingati Allah. Takbir..

sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

Tuesday, February 2, 2010

Menjejak Ikan Tenggiri

Salim dengan Tangkapan Ikan Tenggiri

Ramli dan Salim dengan Tangkapan Ikan Tenggiri

Mas AJi Bersama Tekong Wan Dulang
Ikan Tenggiri yang diperolehi secara troling

Kenangan Bersama Cikgu Jamil

Salam buat semua.
Mas aji cuma ingin mengimbau kembali kenangan bersama teman dan rakan lama semasa bertandang ke Kuala Dulang Kecil, Yan kedah pada tahun 2006.

Kenangan ini bersama cikgu Jamil , pak Yet, Adik Eja, ramli , salim dan tekong Wang Dulang. Kami berenam sama-sama casting/mengilat (mengelau ) ikan tenggiri di tuas Wan Dulang. Cikgu Jamil ketika itu sebagai rakan sparing dalam casting ikan tenggiri, dan buat pertama kali beliau turun bertandang ke Yan bersama Mas Aji. Fulamak ... First time dia casting dah dapat ikan tenggiri ... Mas Aji berbagga dengan Cikgu Jamil, dan sekarang ini dia telah keluar dari team Mas Aji, dan menyertai team yang lain.

Apa yang hebat tentang tekong Wan Dulang ialah, beliau pernah menyelam dituas dan memancing dengan kawannya dan memperolehi t ikan tenggiri sampai 70 ekor satu hari. Mas AJi belum sampai dapat 20 ekor lagi dapat dalam satu hari. Wan Dulang sebagi Sifu kami dari dulu sampai sekarang ... go on Wan Dulang...

InsyAllah satu hari nanti Mas AJi akan berjaya... Apa yang penting ialah kita bersyukor kepada Allah ke atas semua rezeki yang dikurnikan kepada kita....besyukur lah....sekadar apa yang ada.


sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

Monday, February 1, 2010

Mastura Kamu Tidak Keseorangan

Mastura Keluar dari Mahkamah

Mastura Menangis Mengenangkan Masa Hadapannya dan Anak-anak
Salam buat semua.

Keratan Akhbar KOSMO pada 31 Januari 2010 (Ahad)

MASTURA BAKAR, 24, sah bergelar janda pada 28 Januari lalu setelah tuntutan fasakh terhadap suaminya, seorang ahli politik yang juga tokoh perniagaan berusia 54 tahun, diluluskan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.
Ibu kepada tiga puteri yang berumur antara dua hingga lima tahun itu sekadar tersenyum hambar ketika keputusan itu dibacakan Hakim Syarie, Mohd. Yunus Mohamad Zin. Mastura memfailkan tuntutan fasakh pada April tahun lalu.
Kahwin muda
Bertubuh kecil dan berkulit putih gebu, Mastura mengakui beliau tidak dapat menjangka bagaimana rasanya hidup sebagai seorang ibu tunggal.
“Saya sendiri tidak tahu apa yang patut saya rasa. Saya berasa amat penat. Lagipun sekarang saya sudah kembali bekerja,” balasnya yang kini bertugas di bahagian pentadbiran sebuah firma seni bina di Cheras, Kuala Lumpur.

Anak ketujuh daripada sembilan adik-beradik itu kelihatan lesu ketika ditemui di sebuah restoran di Kuala Lumpur Jumaat lalu. Menatap wajahnya, terasa ada kecamuk dalam fikirannya.

“Sekarang fikiran saya ialah tentang meneruskan hidup bersama anak-anak. Tetapi disebabkan pengalaman daripada perkahwinan itu, saya berasa keadaan masih tidak selamat untuk kami.


Nota : Bersabarlah Mastura , semoga Allah menemukan kau dengan suami yang beriman. banyak lah berdoa kepadanya. Mas Aji kesihan melihat kamu...ada masalah cari Mas Aji mungkin Mas Aji boleh tolong

sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Orang Kampung