Nuffnang

Showing posts with label Jenayah. Show all posts
Showing posts with label Jenayah. Show all posts

Thursday, September 27, 2012

Terkini !!! Lelaki ditahan bantu siasatan dakwaan hina Islam di Facebook..

Ini Kut Wajah Pemuda  India Di Tahan Polis

Polis menahan seorang pemuda berusia 25 tahun di rumahnya di Taman Klang Jaya di sini bagi membantu siasatan kes berkaitan
memuatkan komen menghina Islam dan Nabi Muhammad S.A.W. menerusi laman sosial Facebook baru-baru ini. 
    
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Mohamad Mat Yusop berkata suspek ditahan pukul 11 pagi tadi untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu berniat melukakan perasaan agama seseorang.
    
Beliau berkata suspek bagaimanapun menafikan menulis kata-kata penghinaan dalam laman sosial itu menerusi satu laporan polis yang dibuatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan tengah malam tadi. 
    
"Dia turut mendakwa komputer ribanya pernah hilang sebelum ini," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di Klang hari ini. 
    
Suspek dalam komen terbarunya menerusi Facebook mendakwa akaun Facebooknya digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab dan mengatakan dia tidak pernah berniat menghina mana-mana agama di negara ini. 
    
Terdahulu, beberapa badan bukan kerajaan lain di Klang membuat laporan polis berhubung komen tersebut. 

- Bernama

Thursday, June 21, 2012

Dahsyat dan Kejam !!! Seksa Wanita hamil dengan Pistol elektrik



Harian Metro
LAPOR...Yusdi dan Hanee menunjukkan laporan polis yang dibuat selepas kejadian.
LAPOR...Yusdi dan Hanee menunjukkan laporan polis yang dibuat selepas kejadian.
KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang hamil empat bulan menggelupur sebelum pengsan apabila dicucuh dengan pistol renjatan elektrik oleh dua lelaki yang kemudian melarikan kenderaan pikap dinaiki mangsa dalam kejadian berhampiran Mahkamah Jalan Duta, di sini.
Ketika kejadian kira-kira jam 10.15 pagi Isnin lalu, Hanee Ahmad Daud, 20, yang tidak sihat kerana alahan mengandung berbaring dalam pacuan empat roda Toyota Hilux itu sambil menunggu suaminya bekerja.

Hanee berkata, ketika itu suaminya, Yusdi Ismail, 25, yang bekerja sebagai pekerja landskap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang memotong dahan pokok berhampiran tempat kejadian.

Menurutnya, tiba-tiba sebuah Toyota Vios berwarna hitam dinaiki tiga lelaki berhenti di sebelah kenderaannya dan dua daripada mereka keluar lalu meluru masuk ke tempat duduk hadapan pikap berkenaan.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung