Nuffnang
Thursday, August 29, 2019
Wow !!! Lima tahun study pesawat, kerjaya sebagai rider Food Panda buat lelaki ini sedar, “Saya dapat tengok cara layanan tu lain...”
Lima tahun study pesawat, kerjaya sebagai rider Food Panda buat lelaki ini sedar, “Saya dapat tengok cara layanan tu lain...”
Amirul merupakan graduan UniKL MIAT, Sepang.
MENCARI pekerjaan untuk mereka yang baharu sahaja menamatkan pengajian pastinya amat mencabar dalam dunia yang penuh persaingan hari ini.
Meskipun kursus yang diambil cukup hebat, peluang pekerjaan yang diidam-idamkan belum tentu ada untuk diisi segera.
Dan hakikatnya hari ini ramai sanggup bekerja di luar daripada bidang pengajian sementara menunggu pekerjaan diimpikan.
Begitu kisah yang dilalui seorang pemuda yang memilih bekerja sebagai rider Food Panda sejak Jun lalu meskipun kursus pengajiannya bukan calang-calang iaitu Kejuruteraan Penyelenggaraan Pesawat (Aircraft Engineering).
Perkongsian Amirul Syaqir Anuar di Twitternya dengan kapsyen '5 tahun aku ambil masa nak habiskan degree Aircraft Engineering ni. Alhamdulillah sekarang berjaya bergelar Food Distribution Engineer' menjadi tular dan mendapat pelbagai reaksi netizen.
Amirul bersama keluarganya yang menetap di Pasir Mas, Kelantan.
Rupa-rupa ramai mendedahkan mereka turut bekerja di luar bidang yang mereka pelajari.
Amirul Syaqir ketika dihubungi mStar berkata dia mengambil keputusan untuk bekerja sebagai penghantar makanan - Food Panda di sekitar Bangi, Selangor sementara memperoleh pekerjaan tetap.
Pemuda berusia 24 tahun itu sanggup melakukan pekerjaan tersebut kerana mahu meringankan beban kedua ibu bapanya yang terpaksa menanggung perbelanjaan lima adiknya yang masih bersekolah.
"Saya sebenarnya baru je habis study pada Jun lalu. Parents suruh balik kampung sambil-sambil cari kerja. Tapi saya dah balik kerja dua minggu macam tu fikir-fikir adik-adik ramai dan saya anak sulung, jadi saya teringin nak tolong parents sikit.
"Dekat Kelantan tak banyak sangat kerja. Jadi saya buat keputusan datang Sepang buat Food Panda dekat area Bangi. Lagipun boleh dekat dengan adik saya. Sambil-sambil tu saya submit resume dan tunggu interview.
"Setakat ni saya dah pergi lima... enam interview tapi sehingga hari ini belum ada respons lagi. Saya harap ada rezeki dapat kerja tetap. Saya tak kisah pun kerja apa selagi berkaitan dengan apa yang saya belajar," katanya.
Gambar kenangan bersama rakan-rakan sepengajian di UniKL Miat, Sepang.
Dengan pekerjaannya itu, Amirul yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan meluahkan rasa syukur kerana dia memperoleh pendapatan lebih RM2,000 sebulan.
"Daripada duduk kat kampung sekurang-kurangnya dengan kerja ini saya dapat bantu bayar yuran sekolah adik-adik yang masih belajar.
"Gaji dibayar ikut minggu. Jika saya kerja setiap hari, seminggu kasar-kasar saya dapatlah RM500-RM600. Jadi sebulan tu bolehlah dapat lebih RM2,000 ikut tahap rajin," katanya.
Amirul mengakui seronok dengan kerjayanya itu tetapi ada kalanya terkilan dengan sikap segelintir individu yang memandang remeh pekerjaan tersebut.
Tapi bila sampai je kena marah sebab lambat. Sebenarnya tak ramai faham kesukaran yang kami lalui.
AMIRUL SYAQIR ANUAR.
Rider Food Panda.
"Kadang-kadang masa hantar makanan saya dapat tengok cara layanan tu lain... seolah-olah mereka pandang rendah kerjaya ini. Ada juga yang tanya kenapa tak sambung belajar tapi saya tak cakap apa-apa.
"Saya tak kisah sangat sebenarnya cuma terkilan dengan persepsi masyakarat. Bagi saya kita kena layan setiap orang sama rata tak kira apa pekerjaan dia sekali pun. Kita sama-sama manusia.
"Saya pernah terjumpa seorang lelaki warga Bangladesh masa pergi makan dekat kedai mamak. Dia cerita dia engineer dekat negara dia tapi bila datang sini jadi tukang masak. Jadi kita tak boleh judge seseorang berdasarkan pekerjaan dia," katanya.
Amirul baru sahaja selesai menghantar pesanan dalam hujan.
Ditanya mengenai kenangan sepanjang bekerja sebagai rider Food Panda, Amirul berkata pengalaman menghantar makanan ketika hujan akan sentiasa kekal di ingatannya.
"Hantar makanan dalam hujan lebat paling mencabar. Walaupun hujan kita redah juga bagi memastikan makanan yang dipesan sampai tepat pada waktunya.
"Tapi bila sampai je kena marah sebab lambat. Sebenarnya tak ramai faham kesukaran yang kami lalui," katanya.
Dalam pada itu, anak sulung daripada enam beradik itu tidak menduga postingnya yang dimuatnaik secara suka-suka menjadi tumpuan ramai.
"Tweet tu saja nak bergurau dengan kawan-kawan. Kebetulan masa tu tengah lepak makan dengan kawan-kawan masa belajar dulu.
"Ada seorang kawan dia buat part time cleaner. Jadi saya sahaja bagi nama macam tu gurau-gurau. Tak sangka viral pula," katanya yang turut aktif bermain bola sepak untuk Liga M4.
Wednesday, August 28, 2019
WoW!!! Rider muslimah bikin havoc, ada kata layak terima hantaran setinggi RM49k! “Aku sanggup race untuk dapatkan hati dia”
Rider muslimah bikin havoc, ada kata layak terima hantaran setinggi RM49k! “Aku sanggup race untuk dapatkan hati dia”
Rider muslimah bikin havoc, ada kata layak terima hantaran setinggi RM49k! “Aku sanggup race untuk dapatkan hati dia”
Foto wanita ini tular di Facebook dan menarik perhatian ramai. Kredit: Facebook Arena Motor.
JANGAN fikir kaum lelaki sahaja yang jaguh di jalan raya, malah golongan wanita juga tidak kurang hebatnya.
Terbaharu, perkongsian foto seorang penunggang motosikal (rider) muslimah di Facebook cukup menarik perhatian ramai.
"Muslimah rider... Minat tidak menghalang sesuatu hobi," tulis pengendali Facebook Arena Motor.
Disertakan tiga foto, perkongsian itu sehingga kini meraih 2,400 tanda suka.
Malah, ia turut dikongsi lebih 1,000 pelayar Facebook.
Salah satu foto yang ditularkan di Facebook.
Foto tersebut memaparkan seorang wanita berpakaian jubah biru, lengkap mengenakan tudung labuh dan berpurdah sedang mengendalikan sebuah motosikal.
Dalam pada itu, rata-rata netizen turut meluahkan rasa kagum terhadap wanita tersebut.
Kain tu jangan masuk sprocket sis. Boleh menyebabkan kekoyakan besar kain. Saya dah kena masa balik solat Jumaat. Nasib baik ada boxer.
NETIZEN
Selain memuji pemakaiannya yang menutup aurat, mereka juga seolah-olah sukar percaya wujud rider muslimah di negara ini.
Malah, ada yang turut berseloroh mengatakan wanita seperti dalam gambar itu layak menerima hantaran yang tinggi.
"Adakah ini bidadari dunia?
"Aku sanggup race untuk dapatkan hati dia, bukan race motor tau.
Paparan skrin posting Facebook Arena Motor berkenaan wanita itu.
"Yang ni 49K (RM49,000) hantaran.
"Susah nak jumpa perempuan pakai longgar-longgar macam ni," komen beberapa netizen.
Selain itu, segelintir netizen turut menggesa agar wanita itu lebih berhati-hati bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
"Kain tu jangan masuk sprocket sis. Boleh menyebabkan kekoyakan besar kain. Saya dah kena masa balik solat Jumaat. Nasib baik ada boxer.
"Aku cuma risau kain tu akan tersangkut di tayar atau rantai motor," tulis pelayar Facebook.
Friday, August 23, 2019
Wow !!! Temperature kereta naik, pengantin tetap cool... akhirnya dapat gambar kahwin di overseas!
Temperature kereta naik, pengantin tetap cool... akhirnya dapat gambar kahwin di overseas!
Gambar dirakam secara candid di lokasi kereta pengantin tiba-tiba rosak. Kredit Foto Twitter Apihazmi.
BERGELAR raja sehari antara momen membahagiakan dan ditunggu-tunggu setiap pasangan yang merancang untuk menamatkan zaman bujang.
Hakikatnya semua diatur secara teliti untuk memastikan detik bersejarah itu berjalan lancar. Tapi kita hanya mampu merancang dan Allah adalah sebaik-baik perancang-Nya.
Begitulah kisah yang menimpa pasangan pengantin Noraini Mohd Rofi, 25, dan Muhammad Naqiuddin Mohd Hashim, 30, apabila sesi penggambaran outdoor mereka tidak seperti dirancang dek kerana kereta 'buat hal'.
Namun siapa sangka 'ujian' itu sebenarnya memberi hasil gambar outdoor luar biasa cetusan idea kreatif jurugambarnya, Mohd Haffiz Azmi, 26.
Malah gambar tersebut dikongsi Mohd Haffiz atau lebih mesra disapa Apih di Twitternya dan mendapat pujian netizen sehingga ada yang menjangka penggambaran dilakukan di luar negara.
Idea gambar tersebut datang secara spontan. Namun hakikatnya gambar tersebut sebenarnya diambil di Kuala Pahang, Pekan Pahang pada 15 Ogos lalu.
Noraini ketika dihubungi mStar mengakui terkejut dan berpuas hati dengan hasil gambar tersebut.
"Ketika gambar itu diambil perasaan kami bercampur baur. Excited dan pada masa sama risau sebab kereta buat hal.
"Benda jadi tanpa kami jangka... tapi Alhamdulillah rezeki kami atas kreativiti Apih. Kami happy dan tak sangka gambar tu boleh viral," katanya.
Idea tu sebenarnya datang secara spontan. Saya edit sikit untuk nampak kesan vintage dan sesuaikan dengan lokasi outdoor tu.
MOHD HAFFIZ AZMI.
Jurugambar perkahwinan.
Jelas Noraini atau lebih mesra disapa Noni, sewaktu dalam perjalanan untuk ke lokasi penggambaran outdoor selepas selesai majlis nikah kereta suaminya mengalami masalah.
"Kami sebenarnya plan nak shoot dekat Pantai Air Leleh dan semasa dalam perjalanan ke pantai kereta suami saya temperature naik.
"Apih time tu follow kami dari belakang dan suami saya minta tunggu suhu kereta turun sikit untuk teruskan perjalanan," katanya.
Gambar hasil kerja Apih mendapat perhatian ramai sehingga ke luar negara.
Bagaimanapun kata Noni, mereka hanya mengikut arahan Apih yang secara tiba-tiba meminta mereka untuk melakukan aksi candid ketika itu.
"Time tu Apih berjalan ke seberang jalan. Kemudian dia snap gambar candid kami dari situ dan dia suruh kami pose pula dekat papan tanda yang dah bengkok.
"Apih pun suggest kami posing je dekat kawasan sekitar situ. Lepas tu kami pun teruskan perjalanan ke pantai naik kereta Apih untuk sambung photoshoot," katanya.
Sementara itu, Apih turut berterima kasih dan terharu dengan pujian orang ramai terhadap hasil kerjanya itu.
Antara komen netizen yang memuji idea kreatif Apih.
"Idea tu sebenarnya datang secara spontan. Saya edit sikit untuk nampak kesan vintage dan sesuaikan dengan lokasi outdoor tu.
"Saya upload dekat Twitter dan tak expect apa-apa pun, tiba-tiba viral sampai ke luar negara. Saya terharu sangat-sangat bila ramai komen dan appreciate hasil kerja saya," katanya yang menjadi jurugambar perkahwinan sejak lebih dua tahun lalu.
Thursday, August 22, 2019
Wow !! Tabik! Anggota tentera kutip Jalur Gemilang di tepi jalan undang sebak, “Terima kasih pahlawan”
Tabik! Anggota tentera kutip Jalur Gemilang di tepi jalan undang sebak, “Terima kasih pahlawan”
Foto yang menjadi tular di laman sosial. Kredit Facebook Mohd Fitri.
JALUR Gemilang bukan sahaja bendera rasmi negara, malah ia juga diibaratkan seperti maruah diri dan tanah air kita.
Setiap kali tibanya bulan kemerdekaan pada Ogos, jalur keramat itu megah berkibar di seluruh pelusuk negara.
Selain di premis-premis, bangunan mahupun kediaman, tidak kurang juga yang melekatkan bendera di kenderaan masing-masing.
Terbaharu, perkongsian foto oleh seorang individu dipercayai pegawai Tentera Darat Diraja Malaysia menerusi Facebook Mohd Fitri ternyata menarik perhatian warga maya.
"Inilah hati dan jiwa setiap tentera, setiap bekas tentera, setiap keluarga tentera, setiap penyokong tentera.
Jalur Gemilang megah dikibarkan khususnya menjelang sambutan Kemerdekaan negara pada 31 Ogos setiap tahun. (Gambar Hiasan).
"Bukan bendera yang kami puja, tapi kami faham nilai harga dan makna yang ada di bendera kita!" tulisnya menerusi kapsyen.
Saya pun kutip kalau bendera jatuh kat tepi jalan. Pernah ternampak anak-anak jiran pijak bendera. Saya tegur saya kutip.
NETIZEN
Posting tular itu turut disertakan dengan foto seorang anggota tentera yang sedang mengangkat bendera yang terjatuh di jalan.
Ia ternyata mengundang rasa sebak dan terbitnya semangat patriotik dalam kalangan pelayar Facebook.
Selain menerima lebih 4,000 tanda suka, ia turut dihujani pelbagai komen yang memuji tindakan murni anggota tentera berkenaan.
Malah, posting itu juga dikongsi lebih 2,000 pelayar laman sosial berkenaan.
"Allahuakhbar. Satu contoh teladan yang sangat baik ditunjukkan oleh anggota ni.
Antara komen netizen di Facebook.
"Terima kasih pahlawan kami. Jasa anda menjaga keselamatan negara ini hanya Allah yang mampu membalasnya.
"Bukan mudah mencapai merdeka, hargailah ia, bendera Malaysia ingatan sepanjang masa makna jalur dan warnanya.
"Saya pun kutip kalau bendera jatuh kat tepi jalan. Pernah ternampak anak-anak jiran pijak bendera. Saya tegur saya kutip," komen beberapa netizen.
Bagaimanapun, lokasi dan masa sebenar foto itu dirakam tidak dapat dipastikan.
Wednesday, August 21, 2019
Perghh !!! Berpantang maut sebelum ajal... budak 4 tahun jatuh dari tingkat 2 tak patah tulang
Berpantang maut sebelum ajal... budak 4 tahun jatuh dari tingkat 2 tak patah tulang, “Adik kata nak tidur dulu, saya takut dia tutup mata”
Kanak-kanak berusia empat tahun dikejarkan ke hospital selepas terjatuh dari tingkat dua pangsapuri 17 tingkat di Johor Bahru, Johor. Foto ihsan Shamil
KECOH di sebuah pangsapuri 17 tingkat di selatan tanah air apabila dikejutkan dengan insiden seorang kanak-kanak berusia empat tahun terjatuh dari aras dua bangunan itu.
Berpantang maut sebelum ajal, begitulah yang boleh digambarkan tragedi yang menimpa mangsa yang tidak mengalami kecederaan parah atau patah tulang.
“Budak usia empat tahun jatuh dari tingkat dua, tiada patah. Allahuakbar terima kasih ya Allah. Macam tak percaya sebab Allah tolong permudahkan segalanya,” menurut luahan di Insta Story di laman sosial Instagram milik abang mangsa.
Pemuda berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Shamil berkata, insiden yang menimpa adik bongsunya berlaku pada kira-kira pukul 5 petang, Ahad di kediaman keluarganya di sebuah pangsapuri kos rendah di Tampoi di Johor Bahru, Johor.
Lokasi kejadian yang nyaris meragut nyawa seorang kanak-kanak berusia empat tahun selepas terjatuh dari tingkat dua.
Pemuda berusia 22 tahun itu memberitahu, ketika kejadian dia berada di dalam bilik di rumah di tingkat dua, manakala adik-beradiknya yang lain di ruang tamu dan di luar rumah, selain itu ibu mereka pula keluar bekerja.
“Tiba-tiba saya dengar bunyi jeritan adik-adik saya lain yang kata adik bongsu jatuh. Kami duduk di pangsapuri, jadi bila dengar yang adik jatuh, saya hanya ingat dia terjatuh ke tingkat bawah.
“Saya keluar rumah tengok besi penghadang di beranda di luar rumah tak ada, dah ‘berlubang’. Dari tingkat atas, saya tengok ke bawah orang ramai dah kerumun adik saya yang terbaring... termasuk besi tu ada di bawah.
“Saya bergegas turun dan tengok adik saya terbaring kaku dan matanya masih terbuka, tapi dia hanya senyap saja. Masa tu saya rasa macam nak pitam,” katanya kepada mStar.
Mangsa ketika dimasukkan ke hospital.
Shamil berkata, atas bantuan sepasang suami isteri, adiknya dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru dan dimasukkan ke bahagian kecemasan.
Jelasnya, terdapat pendarahan dan benjolan di belakang kepala adiknya, dan doktor membuat pemeriksaan selain melakukan rawatan. Adik dipasang pelindung tengkuk bagi mengelakkan kecederaan lebih serius.
“Masa tu, adik saya ada bagi isyarat mengantuk mungkin sebab ubat dan dia kata ‘adik nak tidur dulu’. Saya takut dia tutup mata nanti dia tak sedarkan diri. Jadi, saya cuba tenangkan adik.
Jiran-jiran kata bunyi adik terjatuh tu kuat. Kalau umur empat tahun jatuh macam tu dah boleh patah tulang. Syukur, Allah SWT panjangkan umur adik nak membesar dan riuh bersama adik-beradik lain.
SHAMIL
“Saya tunggu dari pukul 6 petang dan selepas tengah malam, baru adik dibenarkan keluar hospital. Doktor kata tak ada patah tulang atau pendarahan dalaman.
“Cuma doktor ada berpesan supaya pantau keadaan adik kalau masih tak aktif dan tidak seperti biasa, kena segera bawa ke hospital untuk pemeriksaan,” tambahnya.
Kepala yang dijahit selepas mengalami kecederaan.
Dia yang merupakan anak sulung daripada tujuh adik-beradik itu berkata, dia difahamkan bahawa adiknya terjatuh di atas sebuah motosikal yang diletakkan di aras bawah sebelum terjatuh ke atas lantai simen.
“Jiran-jiran kata bunyi adik terjatuh tu kuat. Kalau umur empat tahun jatuh macam tu dah boleh patah tulang. Syukur, Allah SWT panjangkan umur adik nak membesar dan riuh bersama adik-beradik lain.
“Mak pula ibu tunggal dan kerja sebagai tukang cuci, jadi kehidupan kami serba sederhana bersama adik-beradik lain,” katanya yang bekerja sendiri dan turut membantu menyara kehidupan mereka sekeluarga.
Namun, apa yang dikesalkan oleh Shamil apabila pihak pengurusan pangsapuri itu yang tidak menitikberatkan soal penyelenggaraan kawasan perumahan tersebut.
Kawasan beranda yang 'berlubang' ditutup dengan papan oleh pihak pengurusan pangsapuri.
Dia mendakwa insiden yang menimpa adiknya itu disebabkan keadaan besi yang sudah lama dan reput, malah ada besi lain sudah berkarat.
“Adik saya ni memang suka tengok ke bawah dari beranda yang dihadang besi tu. Bila besi tu dah tak kuat dan tercabut, adik pun turut sama terjatuh ke bawah.
“Saya berharap pihak pengurusan mengambil tindakan sewajarnya. Insiden adik saya terjatuh tu adalah kejadian pertama, dan jangan tunggu ada penghuni lain yang terjatuh pula baru nak ambil tindakan,” katanya.
Tuesday, August 20, 2019
Wow !!! Mengajar 5 bulan, cikgu dah dapat 15 surat cinta siap pick-up line!
Mengajar 5 bulan, cikgu dah dapat 15 surat cinta siap pick-up line! “Macam kurang sopan tapi mereka masih hormat saya”
Antara surat cinta yang diterima Cikgu Zulaikha daripada anak muridnya.
Mengajar 5 bulan, cikgu dah dapat 15 surat cinta siap pick-up line! “Macam kurang sopan tapi mereka masih hormat saya”
Antara surat cinta yang diterima Cikgu Zulaikha daripada anak muridnya.
PERUBAHAN zaman menyaksikan kemunculan guru-guru muda yang hebat bergaya hingga menarik perhatian ramai.
Malah ada dalam kalangan mereka diberi jolokkan cikgu popular yang memiliki ramai pengikut di media sosial.
Terbaharu kisah seorang guru jelita menerima surat cinta daripada pelajarnya menjadi tular di Twitter.
Perkongsian intipati 'surat cinta' yang diterima Zulaikha Zulkifle dengan kapsyen 'Ya Allah, bagilah aku ketabahan' mendapat 15,300 ulang kicau dan 14,200 tanda suka.
Tweet Zulaikha mendapat perhatian ramai.
Rata-rata netizen terhibur dengan ayat pickupline anak murid guru tersebut.
Zulaikha ketika dihubungi mStar mendedahkan dia sering kali menerima surat cinta daripada anak muridnya sejak menjalani latihan mengajar di dua sekolah rendah bermula Mac lalu.
"Ini bukan pertama kali dapat, kalau campur dua sekolah total 15 surat. Tapi setiap kali dapat surat cinta saya rasa kelakar dan terharu jugalah sebab murid-murid minat dan suka dengan saya.
Surat tu kelakar. Dia siap sellotape kertas tu jadi panjang. Setiap kali terserempak dengan saya dia akan salam saya dan beri senyuman lebar.
ZULAIKHA ZULKIFLE.
GURU PELATIH
"Saya tak ambil serius pun sebab mereka masih budak-budak lagi dan tak tahu apa-apa. Walaupun ayat murid-murid tu macam kurang sopan tapi mereka masih lagi hormat saya sebagai guru," katanya.
Namun gadis berusia 20 tahun ini berkata dia amat kagum dengan keberanian salah seorang anak muridnya di sebuah sekolah rendah di Negeri Sembilan.
Zulaikha merupakan penuntut di sebuah Institut Pendidikan Guru di ibu negara.
"Saya kagum sebab kecik-kecil lagi dah berani bagi saya surat dan pandai menulis pantun. Mula-mula tu terkejutlah tapi lepas baca surat tu saya tergelak non stop.
"Surat tu kelakar. Dia siap sellotape kertas tu jadi panjang. Setiap kali terserempak dengan saya dia akan salam saya dan beri senyuman lebar.
"Jumaat 9 Julai adalah last day saya mengajar. Dia datang dan salam saya sebelum balik, lama dia lambai kat saya. Sedih pula nak berpisah dengan dia dan murid-murid lain," katanya.
Zulaikha yang mengajar mata pelajaran muzik dan seni visual berkata, dia tidak menduga perkongsiannya itu akan mendapat perhatian ramai.
"Saya tak sangka boleh viral. Niat saya sebenarnya nak tunjuk gelagat lucu anak murid saya. Dan sebenarnya mereka ada bakat dalam tulis pantun.
Antara surat cinta dan pickupline anak muridnya yang dikongsi Zulaikha turut membuat netizen terhibur.
"Saya pun terkejut bila ada je yang turut berkongsi pengalaman sama macam yang saya lalui dalam thread tersebut," katanya.
Walaupun berdepan pelbagai karenah anak muridnya, ia tidak melunturkan semangat gadis kelahiran Kajang, Selangor ini untuk menjadi seorang pendidik.
"Saya tak ambil hati. Biasalah budak-budak mereka tahu nak happy-happy dan main je. Lagipun saya memang minat nak jadi cikgu sebab sayang dan suka budak-budak.
"Mereka sebenarnya banyak mengajar seorang guru erti kesabaran. Masa dekat sekolah rendahlah kami sebagai guru boleh bentuk dan tahu potensi mereka," katanya.
Monday, August 19, 2019
Wow !!! “Nak beli jiwa tak perlu modal,” Suami sebak bawa keluarga pusing mall, dalam poket ada RM20 sahaja
“Nak beli jiwa tak perlu modal,” Suami sebak bawa keluarga pusing mall, dalam poket ada RM20 sahaja
Perkongsian kisah Hairie mengenai dia dan keluarganya menjadi tular di Facebook.
“HANYA berbekalkan RM20 saya bawa anak isteri pusing satu mall,” demikian kata seorang lelaki yang mana kisah dia sekeluarga tular di laman Facebook sejak Jumaat lalu.
Menurut Mohd Hairie Bakrie, bukan soal wang yang mahu diperbahaskan sebaliknya dia ada perkara lebih penting yang mahu dikongsi menerusi posting tersebut.
"Hanya berbekal RM20 bawa anak isteri pusing mall. Nampak macam gempak, sebenarnya tengah tahan sebak. Sepanjang jalan perhati je gerak geri isteri, sesekali dia tenung kedai pakaian.
"Dah rasa cuak, kalau datang angin dia nak, mana nak cekau duit? Tapi dia tak masuk, hanya perhati dari luar. Maafkan suamimu, bukan tak mampu nak beli tapi ada pekara yang perlu diutamakan. Bila semuanya dah selesai, InsyaAllah saya bagi apa yang dia idamkan," kongsinya.
Jujur cakap, hati sebak bila tengok mata isteri nak kan sesuatu tapi tak tercapai.
MOHD HAIRI BAKRIE
Menurut pemandu lori berusia 32 tahun itu, biarpun kekurangan wang pada hari kejadian, apa yang penting adalah dia dapat meluangkan masa berkualiti dengan keluarganya.
"Saya ni selalu luahkan cerita-cerita di Facebook. Memang betul ada RM20 je dalam poket tapi bukan itu yang saya nak sampaikan.
"Saya sebenarnya nak cerita pasal beli jiwa. Nak beli jiwa tak perlu modal. Nak kongsi, sebab ada orang mengeluh tak ada duit. Tapi duit bukan masalah.
"Masa dengan keluarga yang jadi keutamaan. Beri perhatian dan masa untuk bersama. Bukanlah langsung tak ada simpanan masa hari tu, cuma ada duit tunai RM20 sahaja. Simpanan ada tapi untuk keutamaan lain," ujarnya sewaktu dihubungi mStar.
Hairie bersama isteri dan anak bongsunya.
Menerusi posting yang menerima hampir 7,000 perkongsian, dia turut berkongsi beberapa foto bersama isteri, Nur Shakila Nabila, 28, dan anaknya sewaktu mereka berjalan-jalan ke Batu Pahat Mall, Johor.
Kata Hairie, biarpun hanya membawa wang tunai dalam jumlah kecil, dia percaya dengan rezeki Allah dan cuba sedaya upaya untuk memberi kegembiraan buat isteri dan dua anaknya.
"Kami dah kahwin sekitar tujuh tahun. Isteri saya memang memahami. Dia tahu, kalau saya kata tak ada, memang tak ada lah.
"Tapi kalau setakat nak keluar jalan-jalan, makan tu boleh lagi. Tapi bila isteri dah tengok apa yang dia nak tapi tak tercapai, InsyaAllah saya juga akan usahakan.
"Jujur cakap, hati sebak bila tengok mata isteri nak kan sesuatu tapi tak tercapai," katanya lagi.
Hairie berjalan-jalan di sebuah pusat beli belah di batu pahat, Johor.
Kata Hairie, isterinya juga ada mengusahakan perniagaan makanan pulut durian dan perniagaan dalam talian.
Malah, dia juga turut terlibat dalam urusan penghantaran sekiranya mempunyai mereka menerima tempahan.
Dalam pada itu, rata-rata netizen turut memberi komen menerusi posting di Facebook Hairie.
"Itulah suami. Sanggup buat apa sahaja demi kebahagian isteri dan anak-anak. Keluh resah tak ada duit simpan tak ada nak tunjuk-tunjuk. Dalam kepala dok pikir mana nak cari duit unttk hari esok dan seterusnya.
"Sebenarnya isteri bukan nya nak sangat beli apa-apa pun asalkan suami mengerti dapat bawa keluar jalan-jalan sekali sekala.
"Aku selalu sangat rasa macam tu, kadang tak ada duit langsung, tapi aku faham suami aku, jalan-jalan saja pon dah cukup buat aku happy," tulis beberapa netizen.
Saturday, August 17, 2019
Wow !! Kucing merajuk kena tinggal akhirnya muncul mengadap tuan, ‘maid’ merompak terus lesap... terima kasih CCTV!
Kucing merajuk kena tinggal akhirnya muncul mengadap tuan, ‘maid’ merompak terus lesap... terima kasih CCTV!
Rakaman monitor Zoe ketika namanya dipanggil.
BAGI pencinta haiwan, berada jauh atau terpaksa meninggalkan haiwan kesayangan ini walaupun seketika bukanlah satu perkara mudah.
Ketika musim perayaan atau cuti panjang, haiwan-haiwan peliharaan seperti kucing terpaksa ditinggalkan di rumah atau ada juga yang dihantar ke 'hotel haiwan' untuk dijaga.
Begitu juga dengan pemilik kucing ini yang terpaksa meninggalkan beberapa ekor kucing kesayangannya di rumah sahaja kerana tidak mahu 'mereka' merajuk jika dihantar ke hotel haiwan ketika pulang ke kampung di Johor Bahru sempena sambutan Hari Raya Aildiladha minggu lalu.
Menurut Addy, 34, dia bersama kakak dan keluarganya terpaksa meninggalkan empat ekor kucing di dalam rumah selama beberapa hari.
"Sebenarnya anak saudara tak ikut kami balik kampung sebab dia bekerja pada hari raya dan dialah yang menjaga kucing-kucing ini.
Zoe dirakam menerusi kamera yang dipasang di rumah.
"Tetapi ada suatu hari tu, dia tidak ada di rumah sepanjang hari kerana bekerja.
"Rumah kakak saya ini dilengkapi dengan 15 kamera litar tertutup (CCTV) untuk kediamannya. Tetapi satu hari ketika kami memantau keadaan rumah itu, salah seekor kucing peliharaan yang dinamakan Zoe, baka British Shorthair tidak kelihatan.
"Jenuh kami memeriksa rakaman di setiap sudut rumah, namun langsung tak nampak dia," kongsinya kepada mStar.
Jelas Addy, kucing itu amat rapat dengan kakaknya.
Memandangkan jauh untuk pulang ke Kuala Lumpur, kakak saya ambil keputusan memanggil namanya menerusi monitor suara yang dipasang di rumah.
ADDY
"Memandangkan jauh untuk pulang ke Kuala Lumpur, kakak saya ambil keputusan memanggil namanya menerusi telefon bimbit yang mempunyai akses kepada monitor suara yang dipasang di rumah.
"Jadi kakak saya panggil nama Zoe. Beberapa minit kemudian kucing itu muncul di monitor tunjuk muka. Rupa-rupanya dia menyorok di bawah langsir.
"Sebaik sahaja dia muncul, memang kami semua lega. Dia memang manja dan sentiasa nak dibelai," jelas Addy yang berkongsi mengenai Zoe ini di laman Twitternya.
Mengulas mengenai pemasangan 15 buah CCTV di rumah kakaknya itu, Addy memberitahu ia adalah langkah keselamatan selepas rumah itu dirompak oleh pembantu rumah sendiri pada Mei lalu.
Zoe seekor kucing yang manja dan aktif.
"Sebelum ini memang ada CCTV, tetapi abang ipar tambah lagi di setiap tingkat rumah selepas pembantu rumah buat hal.
"Kami kerugian hampir RM100,000 dengan pelbagai barang yang hilang termasuk barang kemas, pakaian, kasut, set pinggan mangkuk dan sebagainya. Susulan kejadian itu, kami lebih berhati-hati.
"Walaupun sudah beberapa bulan berlalu, pembantu rumah yang berusia 25 tahun berketurunan Batak itu masih belum dapat dikesan. Laporan polis sudah dibuat, namun belum ada khabar berita.
"Saya percaya kejadian itu bukan dilakukan oleh dia seorang, sebaliknya mungkin ada rakan subahat," ujar Addy.
Thursday, August 15, 2019
Tak mampu tolong, lelaki berkaki palsu rakam kawan OKU berkerusi roda selamatkan kucing jatuh parit
Tak mampu tolong, lelaki berkaki palsu rakam kawan OKU berkerusi roda selamatkan kucing jatuh parit
Tindakan Abu Fathiyyaturahma yang menyelamatkan kucing di dalam longkang menerima pujian ramai.
DALAM keadaan terbatas dan serba kekurangan, aksi seorang lelaki kelainan upaya (OKU) berkerusi roda yang menyelamatkan kucing di dalam longkang cukup meruntun hati netizen.
Menerusi video berdurasi dua minit lima saat itu, sikap prihatin Abu Fathiyyaturahma menerima pujian ramai.
Malah, video yang dimuat naik menerusi laman Facebook miliknya pada Sabtu sehingga kini menerima lebih 160,000 tontonan.
"Pagi tadi masa dalam perjalanan pergi kompleks sukan Likas kami ternampak seekor anak kucing yang terjatuh dalam longkang besar sedang berpaut kuat di dinding lokang dengan basah kuyup entah dari bila lagi dia di situ.
"Saya pun cuba naikkan kucing tu ke atas, Alhamdulillah kami dapat bantu dia naik," tulisnya di Facebook sehingga menerima 2,500 tanda suka.
Yang sempurna pun belum tentu buat seperti bro. Tahniah.
NETIZEN
Menurut Abu Fathiyyaturahma lagi, video berkenaan dirakam oleh sahabatnya yang juga seorang OKU.
"Sahabat saya yang merakam video ni juga seorang OKU pengguna kaki palsu.
"Dia tidak boleh turun untuk selamatkan anak kucing tu jadi saya buat keputusan untuk turun selamatkan anak kucing tu," katanya lagi.
Paparan skrin video tular berkenaan.
Selain dikongsi lebih 1,200 pelayar Facebook, posting itu turut dihujani dengan pelbagai komen netizen.
Malah, ia turut dimuat naik semula ke beberapa halaman Facebook lain sehingga menjadi perbualan ramai.
Rata-rata netizen memuji sikap Abu Fathiyyaturahma dan menyifatkan lelaki itu sebagai pencinta haiwan sebenar.
"Terima kasih. Anda seoang insan yang hebat. Walaupun OKU. Hati anda mulia tanpa mengira kepayahan demi menyelamatkan makhluk Allah yang lain.
"Yang sempurna pun belum tentu buat seperti bro. Tahniah.
"Terbaik... Kekurangan diri bukan penghalang meneruskan kebaikan kepada manusia mahupun haiwan," tulis beberapa netizen.
Tindakan Abu Fathiyyaturahma yang menyelamatkan kucing di dalam longkang menerima pujian ramai.
DALAM keadaan terbatas dan serba kekurangan, aksi seorang lelaki kelainan upaya (OKU) berkerusi roda yang menyelamatkan kucing di dalam longkang cukup meruntun hati netizen.
Menerusi video berdurasi dua minit lima saat itu, sikap prihatin Abu Fathiyyaturahma menerima pujian ramai.
Malah, video yang dimuat naik menerusi laman Facebook miliknya pada Sabtu sehingga kini menerima lebih 160,000 tontonan.
"Pagi tadi masa dalam perjalanan pergi kompleks sukan Likas kami ternampak seekor anak kucing yang terjatuh dalam longkang besar sedang berpaut kuat di dinding lokang dengan basah kuyup entah dari bila lagi dia di situ.
"Saya pun cuba naikkan kucing tu ke atas, Alhamdulillah kami dapat bantu dia naik," tulisnya di Facebook sehingga menerima 2,500 tanda suka.
Yang sempurna pun belum tentu buat seperti bro. Tahniah.
NETIZEN
Menurut Abu Fathiyyaturahma lagi, video berkenaan dirakam oleh sahabatnya yang juga seorang OKU.
"Sahabat saya yang merakam video ni juga seorang OKU pengguna kaki palsu.
"Dia tidak boleh turun untuk selamatkan anak kucing tu jadi saya buat keputusan untuk turun selamatkan anak kucing tu," katanya lagi.
Paparan skrin video tular berkenaan.
Selain dikongsi lebih 1,200 pelayar Facebook, posting itu turut dihujani dengan pelbagai komen netizen.
Malah, ia turut dimuat naik semula ke beberapa halaman Facebook lain sehingga menjadi perbualan ramai.
Rata-rata netizen memuji sikap Abu Fathiyyaturahma dan menyifatkan lelaki itu sebagai pencinta haiwan sebenar.
"Terima kasih. Anda seoang insan yang hebat. Walaupun OKU. Hati anda mulia tanpa mengira kepayahan demi menyelamatkan makhluk Allah yang lain.
"Yang sempurna pun belum tentu buat seperti bro. Tahniah.
"Terbaik... Kekurangan diri bukan penghalang meneruskan kebaikan kepada manusia mahupun haiwan," tulis beberapa netizen.
Wednesday, August 14, 2019
PErghhh !!! Gadis dakwa dirogol bergilir-gilir di pantai 2 Kali Pula Tuh ..
Gadis dakwa dirogol bergilir-gilir di pantai, suspek kedua kebetulan melalui lokasi kejadian
Seorang gadis didakwa dirogol secara bergilir di sebuah pantai. Gambar sekadar hiasan
SEORANG gadis mendakwa dirogol seorang lelaki di sebuah pantai di Majorca di Sepanyol oleh sebelum dirogol sekali lagi oleh orang awam yang melalui kawasan itu.
Mangsa yang merupakan gadis warga Jerman mendakwa dia dirogol oleh seorang lelaki di Playa de Palma sebelum didatangi lelaki kedua yang kebetulan melalui lokasi kejadian.
Dia bagaimanapun berjaya melarikan diri dalam keadaan separuh bogel.
Dilaporkan, pegawai polis yang membuat rondaan di pantai menemui mangsa berusia lingkungan 20an, menjerit meminta pertolongan pada kira-kira pukul 4.45 pagi Ahad waktu tempatan.
Dua pelancong masing-masing warga Jerman berusia 32 tahun dan warga Afghanistan berumur 21 tahun ditahan kerana disyaki merogol seorang gadis. - Mirror UK
Tuesday, August 13, 2019
Perggg !!! Impian jadi nyata, pemuda ubah kereta jadi helikopter
Impian jadi nyata, pemuda ubah kereta jadi helikopter
Pemuda itu mengubah sebuah kereta menjadi helikopter.
SEORANG pemuda berusia 24 tahun dari Chhapra, Bihar, India menjadi tular di media sosial apabila dia berjaya mencipta sebuah kereta helikopter.
Dikenali sebagai Mithilesh Prasad, dia sememangnya mempunyai minat untuk mencipta helikopter sejak sekian lama.
Dia baru-baru ini mengubah sebuah kereta Tata Naro menjadi sebuah helikopter.
Biarpun tidak berupaya untuk melakukan penerbangan, ia kelihatan persis sebuah helikopter sebenar.
Pemuda itu mengambil masa sekitar tujuh bulan untuk membina kenderaan berkenaan.
"Ianya impian saya sejak kecil untuk membuat helikopter sendiri. Tapi saya tak ada latar belakang pendidikan yang kuat, jadi saya ubah kereta saya jadi helikopter," ujar pemuda itu. - India Today.
Monday, August 12, 2019
Sesak teruk KL-Kelantan 22 jam baru sampai, terdetik elok jalan kaki je sebelum terserempak lelaki di pembahagi jalan “Someone really did it”
Sesak teruk KL-Kelantan 22 jam baru sampai, terdetik elok jalan kaki je sebelum terserempak lelaki di pembahagi jalan “Someone really did it”
Seorang lelaki dirakamkan berjalan kaki di pembahagi jalan, dekat Gua Musang, Kelantan. Foto ninieyishak
CUTI sekolah dan cuti umum lebih panjang sempena Hari Raya Aidiladha mengakibatkan kesesakan teruk di lebuh raya utama terutama pada Sabtu.
Sememangnya ia menguji kesabaran pengguna jalan raya yang mahu pulang ke kampung halaman, lebih-lebih lagi ke Pantai Timur yang boleh memakan masa berbelas jam disebabkan kesesakan trafik.
Rintihan seorang gadis yang turut terperangkap dalam kesesakan itu di laman sosial bagaimanapun mencetuskan perhatian apabila menyedari seorang pemuda sehelai sepinggang berjalan kaki di pembahagi jalan.
ARTIKEL BERKAITAN: Bukan derma, lelaki ini sebenarnya nak jual buah pinggang! Tiada MyKad nak mohon bantuan, “Tak kisah bayar berapa asalkan...”
“I dah cakap baik jalan kaki je balik Kelantan and someone really did it!,” menurut perkongsiannya dengan memuat naik sekeping gambar lelaki itu berjalan di pembahagi jalan, menjadi tular.
Perkongsian seorang gadis meraih perhatian netizen.
Bercakap kepada mStar, pengguna Twitter yang membuat perkongsian itu, gambar tersebut dirakamnya semasa dalam perjalanan pulang ke kampung dari Kuala Lumpur ke Pasir Mas, Kelantan.
“Saya terserempak dengan lelaki tu masa dekat lebuh raya nak masuk ke Gua Musang, kira-kira pukul 5.45 petang semalam (Sabtu).
“Masa tu saya dalam perjalanan bersama dua kakak. Memang kesesakan teruk nak balik Kelantan, 22 jam sampai kira-kira pukul 2.10 pagi tadi (Ahad),” katanya kepada mStar.
Tindakan pemuda tersebut bukan sahaja menjadi tanda-tanya dalam kalangan netizen, malah mendapat simpati ramai kerana ketabahannya berjalan kaki sejauh itu.
Tindakan seorang lelaki berjalan kaki ketika kesesakan di lebuh raya menimbulkan tanda tanya.
“Ya Allah, permudahkanlah urusan abang tu. Kesiannya dia,” tulis seorang netizen.
“Saat kita merasa diri kita susah, ada orang lebih jauh susah daripada kita,” ujar seorang netizen yang bersimpati dengan keadaan lelaki itu.
“Kalau naik kereta pun sembilan jam, apatah lagi jalan kaki nak ke Kelantan?,” soal yang lain.
Saat kita merasa diri kita susah, ada orang lebih jauh susah daripada kita
NETIZEN
“Tolong sesiapa yang ada nombor telefon dia atau waris dia. Rasa bersalah kalau tak bantu. Tak sampai hati biarkan dia berjalan jauh macam tu, KL-Kelantan dengan berjalan kaki satu perkara yang langsung tak kan terdetik nak buat,” kata seorang netizen tampil untuk membantu.
“Bro, I tak ada banyak duit tapi sanggup tolong sekurang-kurangnya duit (tambang) bas. Berat hati tak tolong,” kata seorang netizen.
image: https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2019/08/11/~/media/641fc3a5e6d34210876de0d67e7e9b30.ashx?la=en
Komen netizen yang bersimpati dengan lelaki yang sanggup berjalan kaki di lebuh raya.
Pada masa sama, ada yang mempersoalkan kewajaran lelaki itu berjalan kaki di pembahagi jalan ketika kesesakan lalu lintas, dan bukan di tepi lebuh raya yang lebih selamat.
“Kalau balik jalan kaki pun kenapa jalan ikut pembahagi jalan tu?,” soal netizen.
“Kat tepi (jalan) motor lalu. Jalan hujung (lorong kecemasan) untuk ambulans pun kereta sapu. Keselamatanlah. Pergi jalan kaki kat situ baru faham situasi,” jawab seorang netizen.
Bagaimanapun, menerusi bebenang pada perkongsian gadis itu, seorang pemuda mendakwa mengenali lelaki yang berjalan kaki itu.
Dakwanya di bebenang, ia bukan kali pertama rakannya itu berjalan dari Kuala Lumpur ke Kelantan disebabkan mengalami kesempitan wang.
“SubhanaAllah. Rakan sekolah tu, dia ni memang hidup susah. Tiga hingga empat kali juga dia jalan kaki dari Kuala Lumpur ke Kelantan. Duit dia tak ada, banyak kali dah kami tolong,” ujarnya di bebenang.
Pemuda tersebut ketika dihubungi mStar bagaimanapun enggan mengulas lanjut, dan hanya meminta semua pihak mendoakan yang terbaik buat rakannya itu.
Seorang lelaki dirakamkan berjalan kaki di pembahagi jalan, dekat Gua Musang, Kelantan. Foto ninieyishak
CUTI sekolah dan cuti umum lebih panjang sempena Hari Raya Aidiladha mengakibatkan kesesakan teruk di lebuh raya utama terutama pada Sabtu.
Sememangnya ia menguji kesabaran pengguna jalan raya yang mahu pulang ke kampung halaman, lebih-lebih lagi ke Pantai Timur yang boleh memakan masa berbelas jam disebabkan kesesakan trafik.
Rintihan seorang gadis yang turut terperangkap dalam kesesakan itu di laman sosial bagaimanapun mencetuskan perhatian apabila menyedari seorang pemuda sehelai sepinggang berjalan kaki di pembahagi jalan.
ARTIKEL BERKAITAN: Bukan derma, lelaki ini sebenarnya nak jual buah pinggang! Tiada MyKad nak mohon bantuan, “Tak kisah bayar berapa asalkan...”
“I dah cakap baik jalan kaki je balik Kelantan and someone really did it!,” menurut perkongsiannya dengan memuat naik sekeping gambar lelaki itu berjalan di pembahagi jalan, menjadi tular.
Perkongsian seorang gadis meraih perhatian netizen.
Bercakap kepada mStar, pengguna Twitter yang membuat perkongsian itu, gambar tersebut dirakamnya semasa dalam perjalanan pulang ke kampung dari Kuala Lumpur ke Pasir Mas, Kelantan.
“Saya terserempak dengan lelaki tu masa dekat lebuh raya nak masuk ke Gua Musang, kira-kira pukul 5.45 petang semalam (Sabtu).
“Masa tu saya dalam perjalanan bersama dua kakak. Memang kesesakan teruk nak balik Kelantan, 22 jam sampai kira-kira pukul 2.10 pagi tadi (Ahad),” katanya kepada mStar.
Tindakan pemuda tersebut bukan sahaja menjadi tanda-tanya dalam kalangan netizen, malah mendapat simpati ramai kerana ketabahannya berjalan kaki sejauh itu.
Tindakan seorang lelaki berjalan kaki ketika kesesakan di lebuh raya menimbulkan tanda tanya.
“Ya Allah, permudahkanlah urusan abang tu. Kesiannya dia,” tulis seorang netizen.
“Saat kita merasa diri kita susah, ada orang lebih jauh susah daripada kita,” ujar seorang netizen yang bersimpati dengan keadaan lelaki itu.
“Kalau naik kereta pun sembilan jam, apatah lagi jalan kaki nak ke Kelantan?,” soal yang lain.
Saat kita merasa diri kita susah, ada orang lebih jauh susah daripada kita
NETIZEN
“Tolong sesiapa yang ada nombor telefon dia atau waris dia. Rasa bersalah kalau tak bantu. Tak sampai hati biarkan dia berjalan jauh macam tu, KL-Kelantan dengan berjalan kaki satu perkara yang langsung tak kan terdetik nak buat,” kata seorang netizen tampil untuk membantu.
“Bro, I tak ada banyak duit tapi sanggup tolong sekurang-kurangnya duit (tambang) bas. Berat hati tak tolong,” kata seorang netizen.
image: https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2019/08/11/~/media/641fc3a5e6d34210876de0d67e7e9b30.ashx?la=en
Komen netizen yang bersimpati dengan lelaki yang sanggup berjalan kaki di lebuh raya.
Pada masa sama, ada yang mempersoalkan kewajaran lelaki itu berjalan kaki di pembahagi jalan ketika kesesakan lalu lintas, dan bukan di tepi lebuh raya yang lebih selamat.
“Kalau balik jalan kaki pun kenapa jalan ikut pembahagi jalan tu?,” soal netizen.
“Kat tepi (jalan) motor lalu. Jalan hujung (lorong kecemasan) untuk ambulans pun kereta sapu. Keselamatanlah. Pergi jalan kaki kat situ baru faham situasi,” jawab seorang netizen.
Bagaimanapun, menerusi bebenang pada perkongsian gadis itu, seorang pemuda mendakwa mengenali lelaki yang berjalan kaki itu.
Dakwanya di bebenang, ia bukan kali pertama rakannya itu berjalan dari Kuala Lumpur ke Kelantan disebabkan mengalami kesempitan wang.
“SubhanaAllah. Rakan sekolah tu, dia ni memang hidup susah. Tiga hingga empat kali juga dia jalan kaki dari Kuala Lumpur ke Kelantan. Duit dia tak ada, banyak kali dah kami tolong,” ujarnya di bebenang.
Pemuda tersebut ketika dihubungi mStar bagaimanapun enggan mengulas lanjut, dan hanya meminta semua pihak mendoakan yang terbaik buat rakannya itu.
Friday, August 9, 2019
Masyallah !! Kejutan birthday adik bertukar tragedi! Kek hancur., Kakak Kemalangan
Kejutan birthday adik bertukar tragedi! Kek hancur... kakak cedera diseret peragut, rasa bersalah kawan pun kena sekali
Yasmin cedera akibat diragut menerusi kejadian pada Selasa.
HASRAT seorang kakak sulung untuk meraikan hari ulang tahun ke-16 adiknya tidak kesampaian apabila dia bersama seorang lagi rakannya cedera diragut.
Menurut Yasmin Rasyidah Abdul Rashid, selain menahan sakit akibat kecederaan, dia juga terkilan kerana kek yang dibeli untuk adiknya hancur dalam 'tragedi' itu yang berlaku di Cheras, Selangor pada pagi Selasa.
"Pagi tu, ingat nak naik kereta, lepas tu saya dan kawan buat keputusan pergi naik motor je takut sangkut jem.
"Nak buat kejutan untuk adik selepas dia balik sekolah. Rancang nak buat kecil-kecilan je... akhirnya kek coklat yang saya beli habis hancur.
Posting Yasmin di Twitter.
"Saya rasa sangat terkilan dan kasihan kat adik. Saya sedih, tapi nasib baik dia pun faham.
"Dia ada bagitahu, kesian Kak Long, sampai kena ragut sebab nak sambut birthday dia," ujarnya sewaktu dihubungi mStar.
Saya minta kepada peragut tu agar buat kerja halal lepas ni. Janganlah susahkan orang. Kalau mangsa meninggal, tak rasa bersalah ke?
YASMIN RASYIDAH ABDUL RASHID
Menurut gadis berusia 20 tahun itu, dia dan rakannya, Masliana Kamaludin, 21, yang sama-sama menaiki motosikal mengalami luka di bahagian bahu, lengan, tapak tangan, lutut dan kaki.
Kata Yasmin, peragut lelaki tersebut cuba mengambil beg yang digalas rakannya namun gagal sehingga mereka berdua terseret di atas jalan.
Yasmin (kiri) dan Masliana (kanan).
Tambah gadis itu lagi, ahli keluarganya turut terkejut saat menerima perkhabaran mengenai dirinya.
"Mak terkejut sebab sebelum ni abang sepupu pernah meninggal kena langgar dengan lori. Masih trauma lagi. Mak cik kat kampung pun sampai menangis.
"Saya pun menangis masa kejadian, rasa pedih, dengan orang kerumun lagi. Rasa bersalah juga sebab ajak kawan pergi beli kek sampai dia pun kena sekali.
Kecederaan yang dialami rakannya, Masliana.
"Saya minta kepada peragut tu agar buat kerja halal lepas ni. Janganlah susahkan orang. Kalau mangsa meninggal, tak rasa bersalah ke?" soalnya.
Yasmin yang juga lepasan Kolej Profesional Mara, Beranang, Selangor kini sama-sama bekerja secara sambilan di sebuah kedai serbaneka bersama Masliana.
Dalam pada itu, perkongsian Yasmin mengenai kes ragutnya turut menarik perhatian warga Twitter.
Posting yang disertakan dengan beberapa foto sekitar kejadian itu sehingga kini menerima hampir 2,000 ulang kicau (Retweet).
Thursday, August 8, 2019
Perghh !! Ditikam guna pisau rambo hingga mati kerana komen di Facebook
Suspek menikam mangsa gara-gara komen di Facebook.
SEORANG remaja dibicarakan atas pertuduhan membunuh rakannya susulan pergaduhan di Facebook.
Louis-Ryan Menezes ditikam di bahagian dada dengan pisau rambo dalam serangan di Kingsthorpe, Northampton pada Mei lalu.
Mahkamah Nottingham Crown diberitahu suspek yang tidak boleh dinamakan kerana bawah umur semasa kejadian itu, menikam mangsa selepas tidak puas hati dengan komennya di Facebook.
Louis-Ryan Menezes.
Pendakwa raya John Lloyd-Jones QC memberitahu juri:"Ketika mereka mendekati satu sama lain, saksi berkata dia terdengar Louis dan defendan bertengkar."
"Semasa pertengkaran itu defendan tiba-tiba mengeluarkan sebilah pisau rambo dan menikam Louis di dada," katanya.
Defendan dan seorang lagi remaja melarikan diri manakala Louis dibantu rakannya.
Keputusan bedah siasat mendedahkan tikaman itu menembusi hati Louis. - Metro.co.uk
Tuesday, August 6, 2019
Perghh !!! Gadis berangan nak pikat kerabat diraja, ramai tampil beri cadangan, “Kalau tak ada rezeki, dengan pengawal jaga istana”
Gadis berangan nak pikat kerabat diraja, ramai tampil beri cadangan, “Kalau tak ada rezeki, dengan pengawal jaga istana”
Majlis Santapan Diraja yang berlangsung di Istana Negeri, Rabu malam lalu. Foto Facebook House Of Pahang
FOTO-foto Majlis Santapan Diraja yang diadakan bagi meraikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena pertabalan baginda sebagai Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, menarik perhatian netizen.
Majlis yang berlangsung di Istana Negara pada malam Rabu lalu, menyaksikan tetamu-tetamu yang hadir sebahagian besarnya adalah kerabat diraja.
Lebih 100 gambar dimuat naik di halaman Facebook House of Pahang, yang mana ia turut dikongsi oleh seorang pengguna Twitter, @NasirPasir dengan keterangan ‘Kerabat diraja Malaysia yang mungkin korang tak pernah tengok. Thanks me later’.
Antara gambar sempena Majlis Santapan Diraja yang dikongsikan di halaman Facebook House of Pahang.
Tertarik dengan gambar-gambar yang dikongsikan itu, seorang pengguna Twitter membuat posting, “Assalamualaikum, macam mana nak pikat kerabat diraja eh?,”sekali gus mencuri tumpuan dalam kalangan netizen.
Rata-rata netizen menyifatkan pertanyaan gadis itu menerusi akaun miliknya sebagai menghiburkan dengan pelbagai reaksi diberikan, tak kurang juga yang memberi pandangan masing-masing.
“Pergi mana-mana istana, lepas tu buat-buat pengsan depan pintu masuk istana. Kalau ada rezeki, dengan kerabat istana. Kalau tak ada, dengan pengawal jaga istana,” kata seorang netizen.
Posting seorang gadis yang bertanyakan bagaimana untuk memikat kerabat diraja menarik perhatian netizen.
Kebanyakan komen netizen turut mengaitkannya dengan kisah dongeng klasik, seorang gadis bernama Cinderella yang tinggal bersama ibu dan dua kakak tiri sebelum dilamar oleh putera raja yang kacak.
“Kena ada mak tiri yang dera sis. Nanti akan ada ball (majlis rasmi tari-menari). Pergi pakai lawa-lawa. Ingat! Jam 12 tinggal kasut sebelah je. Esok pagi diaorang carilah sis,” tulis seorang netizen lain.
Kena ada mak tiri yang dera sis. Nanti akan ada ball (majlis rasmi tari-menari). Pergi pakai lawa-lawa. Ingat! Jam 12 tinggal kasut sebelah je. Esok pagi diaorang carilah sis.
NETIZEN
“First things first kau kena ada fairygodmama,” kata seorang netizen yang merujuk kepada kuasa sakti seorang bonda pari-pari yang mengubah Cinderella dari seorang gadis yang berpakaian buruk kepada tetamu majlis diraja dengan gaun bergemerlapan, didandan rias cantik dan menyarung sepasang sepatu kaca.
“Tinggalkan sebelah high heel (kasut tumit tinggi) dekat tangga depan istana,” cadang seorang pengguna Twitter.
“Kena hilangkan kasut sebelah si raja, lepas tu biar dia cari kasut dia,” ujar seorang lagi memberi pandangan.
Sebahagian reaksi netizen berhubung posting gadis itu.
Bagaimanapun, salah satu komen netizen turut meminta pengguna Twitter itu supaya berfikir secara realiti kerana mahu memikat kerabat diraja.
“Berpijak di bumi yang nyata,” kata pengguna Twitter.
Membalas komen tersebut, gadis berkenaan berkata, kadang-kadang adalah baiknya juga hidup dalam fantasi.
Komen seorang pengguna Twitter memberi cadangan lain.
Tidak terkecuali ada yang memberikan tip yang kedengarannya lebih logik tetapi pada masa sama cadangan tersebut amat mengejutkan.
“Tak payah nak pikat kerabat sangat. Cari ahli perniagaan kaya bisnes juta-juta, sarapan pagi minum fresh orange seteguk pun dah ok.
“Port (tempat) dia orang lepak? Jumaat malam dan Sabtu malam cari kat... Dia orang lepak minum teh tarik situ,” komennya sambil menyebut beberapa hotel terkemuka dan bertaraf lima bintang di Kuala Lumpur.
Monday, August 5, 2019
Perghh !!! Pergi sekolah naik lamborghini balik rumah dengan helikopter. Hari persaraan guru ini sungguh istimewa
Pergi sekolah naik lamborghini balik rumah dengan helikopter. Hari persaraan guru ini sungguh istimewa
DIJEMPUT menaiki Lamborghini sambil diiringi 40 motosikal berkuasa tinggi dan pulang ke rumah dengan helikopter jenis Bell 407 GX.
Kejutan mewah itu yang dirasai pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baling, Zahara Ismail, 58, sempena persaraannya, hari ini.
Dia yang mesra dipanggil bonda diraikan warga sekolah yang mengadakan majlis persaraan khas untuknya kenang sepanjang hayat.
Selepas tamat majlis, Zahara dibawa menaiki Lamborghini dari SMK Baling ke padang Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Baling (SMKAB) untuk menaiki helikopter dan pulang ke rumahnya di Kampung Batu Lima, Sik.
Helikopter itu milik rakan baiknya, Datuk Zuhri Abdullah yang juga rakan sekolah di Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH), Alor Setar.
ZAHARA menaiki helikopter untuk pulang ke rumah di Sik. FOTO Shahrizal Md Noor.
Zahara berkata, dia sangat terharu dengan sambutan luar biasa itu yang disifatkan terlalu meriah dan mewah apabila berpeluang menaiki kereta mewah dan helikopter.
“Mereka (warga sekolah) sanggup bersusah payah mengatur semua persiapan untuk meraikan saya dengan cara yang tidak pernah dibayangkan ini,” katanya ketika ditemui.
Menurutnya, selepas perjumpaan dengan rakan sekolahnya ketika belajar di KSAH, Zuhri ada mempelawanya untuk menaiki helikopter peribadi itu bagi meraikan hari persaraan.
“Mulanya saya segan tetapi dia beria-ia untuk meraikan rakan-rakan ketika di kolej dulu,” katanya yang 35 tahun bertugas sebagai guru di lima sekolah di Kedah.
Sementara itu, Guru Penolong Kanan Pra-Universiti SMK Baling Abdul Bashir Che Senik berkata, jasa Zahara untuk pembangunan pendidikan amat tinggi.
“Beliau banyak mencatat kemajuan di sekolah tempatnya berkhidmat malah antara guru sangat dihormati dan disayangi pelajar,” katanya.
Seramai 950 pelajar, guru dan kakitangan meraikan hari perpisahan Zahara dan diakhiri dengan ‘kenduri kampung’ di rumahnya, hari ini.
p/s: Syukur, rezeki dia selepas berbakti lama sebagai warga pendidik dalam menghasilakn modal insan untuk negara
Apa kata anda? Kongsikan bersama kami
Sumber Hmetro
Friday, August 2, 2019
Wow !!! Misteri kelibat di tingkap terbongkar, gadis dedah adiknya sanggup patah balik kerana ‘hijab terbuka’
Misteri kelibat di tingkap terbongkar, gadis dedah adiknya sanggup patah balik kerana ‘hijab terbuka’, “Kucing tenung lama-lama, saya meremang”
Shafiqah mendedahkan kucingnya berada di dalam bilik yang gelap, bersebelahan dengan dapur semasa rakaman video dibuat. Foto ihsan Shafiqah Adnin Zaidon
KESIBUKAN membuat persiapan sempena majlis yang dirancang bertukar ‘seram sejuk’ apabila kelibat misteri kelihatan di tingkap dapur sebuah rumah.
Semuanya gara-gara penampakan ‘lembaga’ dengan mata bercahaya di sebalik tingkap dapur, seperti merenung tajam kepada mereka yang sibuk menyiapkan juadah.
“Penampakan makhluk halus. Yang lemah semangat jangan tengok,” menurut perkongsian di laman sosial Twitter yang diulang kicau lebih 25,000 kali.
Kedengaran seram, apatah lagi komen netizen menyangka ia kelibat pocong, tetapi kemudian menjadi lucu apabila ‘makhluk halus’ itu rupa-rupanya adalah si bulus.
Siti Nur Manja atau Manja merupakan kucing baka Parsi.
Pemilik kucing tersebut, Shafiqah Adnin Zaidon berkata, klip video yang baru dimuat naik pada Selasa sebenarnya dirakamkan Mac lalu, semasa membuat persiapan juadah sempena majlis perkahwinan abangnya.
Gadis berusia 24 tahun itu mendedahkan, kucing baka Parsi itu sebenarnya berada di tepi tingkap bilik belajarnya, yang terletak bersebelahan dengan dapur.
“Itu bukan makhluk halus, tapi kucing saya. Namanya Siti Nur Manja atau Manja yang saya bela sejak ia masih kecil lebih setahun yang lalu.
“Biasanya kami biarkan Manja berkeliaran dalam rumah, tapi sebab malam tu kami sekeluarga sibuk nak siapkan laksa di dapur, jadi kami letakkan Manja di bilik tu,” katanya kepada mStar.
Shafiqah menyifatkan Manja seekor kucing yang jinak dan manja.
Shafiqah berkata, keadaan mata kucingnya bercahaya mungkin berpunca daripada refleksi cahaya kerana berada di dalam bilik gelap sewaktu rakaman dibuat.
Walaupun klip video tersebut sedikit-sebanyak menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen, dia yang menetap di Cheras pernah merasai pengalaman yang meremangkan bulu roma sewaktu bersama kucing itu.
“Kucing saya kalau dalam bilik gelap, bila saya buka lampu nanti dia tak pandang saya. Sebaliknya, dia akan pandang lama kat satu sudut bilik.
“Kalau saya nak pegang dia masa tu, dia akan bagi reaksi yang tak selesa macam nak cakar pun ada walaupun sebenarnya dia jenis yang jinak dan manja,” katanya.
Gambaran adik terlihat atau terdengar ‘sesuatu’ dari bilik belajar tu memang buat saya meremang, sedangkan Manja pandang lama kat satu sudut bilik pun boleh meremang apatah lagi adik yang hijabnya terbuka ketika itu
SHAFIQAH
Menurut Shafiqah, bilik belajarnya itu merupakan satu-satunya bilik daripada lima bilik yang terletak di aras bawah di kediaman dua tingkat keluarganya.
Anak ketiga daripada empat beradik itu mendedahkan, adik lelakinya pernah merasai pengalaman melihat makhlus halus atau ‘hijab terbuka’ sejak kecil, dan terpaksa ditutup dengan bantuan pengamal perubatan sebanyak dua kali.
Manja di bilik belajar di aras bawah kediaman dua tingkat.
Shafiqa berkata, sebelum adiknya itu ditutup ‘hijab’ buat kali kedua akhir tahun lalu, dia ada meminta bantuan adiknya untuk mengambil kucing belaan itu dari dalam bilik belajar untuk dibawa ke bilik tidur di tingkat atas kerana sudah lewat malam.
“Tapi adik saya kemudian masuk ke bilik saya dan beritahu tak jadi ambil Manja. Dia kata kalau beritahu pun nanti saya tak akan percaya.
“Gambaran adik terlihat atau terdengar ‘sesuatu’ dari bilik belajar tu memang buat saya meremang, sedangkan Manja pandang lama kat satu sudut bilik pun boleh meremang apatah lagi adik yang hijabnya terbuka ketika itu,” katanya.
(kiri) Manja bersantai di sebelah tingkap bersebelahan dengan dapur. (kanan) Aksi comel Manja menjadi tumpuan.
Shafiqah yang menyambung pengajian Sarjana Sains Pentadbiran di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam, Selangor berkata, dia tidak akan belajar di bilik tersebut sehinga lewat malam.
“Sampai sekarang pun, saya tak akan belajar sampai lewat malam di bilik tu. Cuma pernah saya terpaksa buat tugasan yang urgent sampai pukul 1 pagi, tapi berteman.
“Sebenarnya bilik tu OK je, cuma saya ni penakut orangnya. Tambahan pula masa adik saya beritahu boleh nampak dan dengar itu ini, memang rasa meremang je lah,” katanya. Tk Mstar
Thursday, August 1, 2019
Perghhh !!! “Sikit lagi nak kena laser... kalau tak, arwah dah Nabil ni”
“Sikit lagi nak kena laser... kalau tak, arwah dah Nabil ni” - Penonton teruja Neelofa dan Nabil temu bual BoBoiBoy secara 3D
Kemunculan watak Boboiboy di set Meletop menarik perhatian penonton.
KEMUNCULAN watak BoBoiBoy dan Adu Du dalam rancangan Meletop pada malam Selasa bagi mempromosikan filem animasi berkenaan menarik perhatian penonton.
Penggunaan teknik tiga demansi (3D) ketika ditemu bual pengacara Neelofa dan Nabil Ahmad membuatkan penonton teruja dan berasa kagum dengan teknik promosi cara baharu berkenaan.
Ekoran itu, filem yang bakal ditayangkan pada 8 Ogos depan menjadi topik perbualan di media sosial pada Rabu.
Segelintir netizen berpendapat imej BoBoiBoy yang kelihatan begitu realistik membuktikan kemajuan teknologi animasi di Malaysia setanding negara luar.
"BoBoiBoy datang Meletop weh! Siap tunjuk kuasa lagi, adik percaya BoBoiBoy tu wujud.
"Wow! Bangga sebagai rakyat Malaysia, cool animation. BoBoiBoy cute giler.
Sebahagian komen netizen di laman Twitter.
"Hahahaha comel lah Adu Du dengan BoBoiBoy dekat Meletop ni... sikit lagi Nabil nak kena laser... kalau tak, arwah dah Nabil ni," komen pengguna Twitter.
Menerusi slot khas dalam program tersebut, pengacara Neelofa dan Nabil menemubual watak utama filem animasi itu secara 3D.
Rakaman temubual di akaun Youtube Meletop sudah mendapat tontonan lebih 100,000 kali sejak dimuat naik 13 jam lalu.
Filem animasi BoBoiBoy The Movie 2 terbitan Animonsta Studios bakal ditayangkan serentak di 500 pawagam di lima negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, dan Vietnam pada 8 Ogos depan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Tangkap layar video rakyat Malaysia beratur panjang untuk masuk ke Thailand untuk bercuti sempena cuti sambutan Deepavali. BUKIT KAYU HITA...
-
Tangkap layar klip video CCTV yang memaparkan dua individu sedang meletakkan dua kepala babi atas dapur roti canai di Bandar Teknologi Kajan...
-
Aksi kanak-kanak tersebut ketika mengendalikan jentera berat. PETALING JAYA – Aksi seorang kanak-kanak mengendalikan sebuah jentera berat ...
-
BAITULMAQDIS: Pemimpin Hamas, Yahya Sinwar, dikesan oleh dron mini Israel ketika berlindung dalam sebuah bangunan di Gaza selatan. Dron it...
-
Terkini! Penemuan buaya yang kami laporkan sebentar tadi akhirnya dapat ditangkap oleh pihak Bomba, JPAM dan bantuan orang ram...
-
Tangkap layar hantaran Whatsapp diterima seorang wanita daripada seorang lelaki yang menganggunya secara maya sejak November 2021. PETALIN...