Nuffnang

Tuesday, May 31, 2022

Perghh !!! Lagak samseng bawa padah, lelaki hayun objek tepi jalan diburu polis

 

Tangkap layar video seorang lelaki cuba membaling objek kepada sebuah kenderaan.

RAKAMAN memaparkan lagak samseng seorang lelaki yang menghayunkan objek ke arah sebuah kereta di Jalan Temiang-Pantai hangat diperkatakan sejak Ahad.

Penunggang motosikal itu dipercayai tidak berpuas hati selepas pemandu kereta membunyikan hon kepada kumpulannya yang sedang berjumpul di sepanjang lorong kecemasan di lokasi itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Samseng habis! Sudahlah berdiri di laluan ‘New Zealand’, rider ada hati nak hempuk kereta

Dalam perkembangan terbaharu, polis sedang memburu lelaki tersebut selepas rakaman berkenaan tular di media sosial.

"Terdapat sekumpulan penunggang motosikal yang berhenti dan meletakkan kenderaan di laluan kecemasan di lokasi kejadian.

"Pada masa sama, rakaman dari kamera papan pemuka tersebut turut memaparkan seorang individu seakan-akan cuba untuk membaling objek ke arah kenderaan perakam," ujar Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof dalam satu kenyataan pada Isnin.

Polis menyiasat kes tersebut di bawah Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana melakukan halangan di atas jalan yang boleh didenda tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak lebih daripada RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau kedua-duanya.

Malah, kes turut disiasat di bawah Seksyen 268(1) Kanun Keseksaan kerana melakukan mudarat awam dan boleh didenda tidak melebihi RM400.

Dalam pada itu, polis turut menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat untuk berhubung dengan pihak berkuasa untuk membantu siasatan.

""Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat terhadap kes ini boleh salurkan kepada pegawai penyiasat kes iaitu Inspektor Fadzilah di talian 016-2895801.

"Polis sentiasa melakukan pemantauan dan penguatkuasaan di lokasi-lokasi tumpuan dan mengingatkan kepada semua pihak untuk lebih bertanggungjawab serta memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya," ujarnya.

Monday, May 30, 2022

Perghhh Tudia , Lelaki ugut rogol anak PM Thai dipenjara 5 tahun

 

Prayut membuat laporan polis mengenai ciapan ugutan rogol terhadap anak kembarnya pada 23 Mac tahun lalu. - The Nation


BANGKOK – Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara lima tahun tanpa parol selepas memuat naik komen di laman Twitter berbaur ugutan rogol terhadap anak kembar perempuan Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha, lapor laman berita Thaiger  semalam.

Mahkamah Jenayah Bangkok Selatan mendapati lelaki itu bersalah kerana mengugut melakukan jenayah dan melanggar Akta Jenayah Komputer berhubung kenyataannya yang disiarkan pada Mac tahun lalu.

Pada Mac 2021, lelaki bernama Wuttichai itu menulis ciapan di akaun Twitternya berbunyi: “Jika sesiapa menjumpai anak perempuan Prayut di mana-mana, jangan lupa untuk merogol mereka.”

Ads by Kiosked

PM Prayut memfailkan kes terhadap penulis ciapan itu di Balai Polis Nang Loeng,  Bangkok pada 23 Mac tahun lepas kerana melanggar kedua-dua Akta Jenayah Komputer dan Seksyen 85 Kanun Keseksaan Thailand mengenai Menerbitkan Jenayah.

Pada mulanya, Wuttichai memberitahu polis bahawa  akaun Twitter miliknya dia digodam dan ciapan itu bukan hasil tulisannya.

Bagaimanapun, apabila polis menggeledah kediaman Wuttichai dan memeriksa peranti komputer ribanya, mereka tidak menemui bukti bahawa dia telah digodam.

Wuttichai akhirnya mengaku melakukan jenayah itu dan mahkamah menjatuhkan hukuman selepas lebih setahun ciapan itu disiarkan.

Pada mulanya, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara  7.5 tahun tetapi memandangkan ini adalah kesalahan jenyahanya yang pertama, pihak berkuasa bersetuju mengurangkan hukuman Wuttichai sebanyak 2.5 tahun. – Agensi

Saturday, May 28, 2022

Tudiaa !! Berjalan di atas mayat semasa daki Everest

 

Sembilan mayat pendaki ditemui dalam masa seminggu di laluan teknikal menuju ke puncak Everest. - AFP


KATHMANDU, Nepal – Angka kematian terburuk di Gunung Everest dalam tempoh tujuh tahun pada musim pendakian kali ini adalah disebabkan pemberian permit kepada pendaki yang tidak profesional dan bersedia untuk menawan puncak tertinggi dunia itu.

Menurut laporan akhbar Daily Star UK, kenyataan tersebut disuarakan oleh pendaki gunung berpengalaman, Nick Hollis yang terpaksa melangkah di atas sembilan mayat ketika dalam perjalanan menuju ke puncak Everest.

Pihak berkuasa Nepal berkata,  11 orang telah mati di Everest pada musim ini dengan sembilan mangsa ditemui di sebelah Nepal dan dua lagi di sebelah Tibet, menjadikan ia musim paling dahsyat sejak 2015.

Ads by Kiosked

“Saya tidak menjangkakan untuk ‘bertembung’ dengan begitu banyak mayat pendaki dalam masa sama.

“Tidak keterlaluan jika ia digambarkan seperti berjalan di atas mayat,” kata Hollis.

Kerajaan Nepal mengeluarkan rekod 381 permit tahun ini, setiap satu berharga AS11,000 (RM48,207).

Ditambah dengan Sherpa sebagai pemandu pendakian yang penting, ini bermakna terdapat lebih 800 orang yang cuba menawan Everest dalam masa setahun terutama di beberapa hari terakhir yang disarankan untuk membuat pendakian pada bulan ini.

Hollis berkata, masalah lalu lintas adalah disebabkan beberapa faktor termasuk cuaca buruk dan jumlah pendaki yang ramai.

Namun, apa yang paling berbahaya adalah semakin ramai pendaki yang tidak cekap dan bergerak sangat perlahan melalui laluan hingga mewujudkan kesesakan.

Ads by Kiosked

“Lanskap di Everest telah berubah namun pertambahan pendaki yang tiada pengalaman asas mendaki menjadikan ekspedisi menawan puncak semakin berbahaya.

“Pemandangan di Base Camp sangat luar biasa apabila dikerumuni kumpulan pendaki amatur ini dan ia sesuatu yang perlu diberi perhatian,” tegas Hollis. – Agensi 

Friday, May 27, 2022

Tudia !! Wanita naik pentas halang suami menari dengan penyanyi dangdut

 

TANGKAP layar memaparkan senario seorang wanita nekad menghalang suaminya menari dangdut dengan penyanyi wanita. - Instagram

Wanita naik pentas halang suami menari dengan penyanyi dangdut

Share on telegram

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia kerana memaparkan seorang wanita yang bertindak naik ke atas pentas untuk menghalang suaminya yang sedang asyik berjoget bersama seorang penyanyi dangdut, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @andreli_48.

Rakaman memaparkan senario orang ramai yang sedang dihiburkan di sebuah konsert dangdut. 

Konsert itu mengadakan persembahan muzik dangdut dengan menampilkan beberapa penyanyi wanita yang cantik dan seksi.

Seorang lelaki kemudian dilihat naik ke atas pentas untuk menari bersama seorang penyanyi dangdut berbaju hitam.

Ketika sedang asyik berjoget, isteri kepada lelaki itu dilihat naik ke atas pentas dalam keadaan menari sehingga sampai di hadapan suaminya.

Dia dilihat menghalang suaminya yang sedang asyik menari bersama penari dangdut tersebut dengan turut berjoget dengan ganas.

Video tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Tarian itu pasti terngiang-ngiang di kepala kanak-kanak yang hadir,” tulis seorang netizen.

“Saya suka tindakan isterinya, tak perlu pukul-pukul,” komen netizen lain. – Agensi

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung