Nuffnang

Wednesday, June 30, 2021

Wanita dakwa dihubungi anggota polis menerusi Whatsapp akan dipanggil beri keterangan

 

Wanita dakwa dihubungi anggota polis menerusi Whatsapp akan dipanggil beri keterangan

Polis akan memanggil wanita yang mendakwa dihubungi seorang anggota polis.

WANITA yang membuat laporan dan mendakwa dihubungi seorang anggota polis melalui aplikasi WhatsApp akan dipanggil bagi membantu siasatan.

Menerusi satu kenyataan pada Selasa, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, wanita tersebut akan dipanggil dalam masa terdekat untuk dirakam keterangan bagi membantu melengkapkan siasatan.

"Kita telah mengesan satu isu berkenaan yang tular di Twitter pada Selasa. Menurut 'posting' yang dimuat naik wanita tersebut, dia telah pergi ke Balai Polis Setapak bertujuan memohon permit untuk merentas negeri," katanya melalui kenyataan pada Selasa.


Ashari berkata, wanita tersebut telah membuat laporan polis di Balai Polis Gombak berkaitan isu itu pada pukul 7.30 malam.

"Kita juga telah mengenal pasti anggota polis yang didakwa menghubungi wanita berkenaan," katanya.

Beliau berkata, pihaknya tidak akan melindungi mana-mana pegawai atau anggota yang melakukan sebarang salah laku dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang didapati melakukan kesalahan.

Ujarnya, siasatan berkaitan isu tular itu sedang dijalankan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Polis Kuala Lumpur.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menyalurkannya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju di talian 03-9289 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran. - SINAR HARIAN


Tuesday, June 29, 2021

Hanya jumpa sebahagian mayat, lelaki disyaki maut dibaham buaya

 


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata mangsa ditemui penduduk kampung berdekatan dengan perahunya yang ditemui terbalik. (Gambar Bomba)

PETALING JAYA: Seorang lelaki maut disyaki dibaham buaya selepas hanya sebahagian anggota badannya ditemui di Sungai Matamba, Silabukan, Sabah.

Mayat lelaki berusia 34 tahun itu ditemui penduduk kampung pada Ahad sebelum kejadian itu dimaklumkan kepada pihak bomba.

Difahamkan, mangsa dilaporkan hilang selepas dipercayai lemas di sungai itu sejak Sabtu lalu dan ditemui sehari kemudian dalam keadaan sebahagian anggota badannya hilang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian sebuah bot karam pada 11.50 malam Sabtu.

“Operasi mencari dan menyelamat dilakukan keesokan paginya dengan bantuan orang awam serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di sepanjang Sungai Matamba iaitu lokasi perahu mangsa ditemui terbalik.

“Kawasan pencarian meliputi jarak sepanjang hampir 25km namun mangsa masih gagal ditemui,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Beliau berkata, usaha mencari mangsa ditangguhkan kerana keadaan cuaca tidak mengizinkan sebelum anggota bergerak ke balai bomba manakala penduduk kampung meneruskan pencarian.

“Pada 6.04 petang semalam (Ahad), anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Silabukan menghubungi balai bomba dan memaklumkan mangsa sudah ditemui oleh penduduk kampung berdekatan dengan perahu mangsa yang ditemui terbalik.

“Susulan penemuan itu, anggota bomba ke lokasi dan mangsa terus diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Operasi ditamatkan 7 malam,” katanya.

Monday, June 28, 2021

Perghhh !! Tudia Remaja dakwa ada deria ke-6 , nampak gerbang ke alam bunian di belakang rumah suka kongsi video di TikTok.. JOm Terjah

 

Remaja dakwa ada deria ke-6 suka kongsi video di TikTok, nampak gerbang ke alam bunian di belakang rumah - “Kalau benda hilang, mereka yang pinjam”

Iskandar yang juga seorang perawat perubatan Islam banyak berkongsi kisah mistik di TikTok.

SELAIN manusia, bumi ini juga didiami oleh makhluk lain yang tidak dapat dilihat dengan pandangan mata kasar.

Hanya segelintir dalam kalangan kita yang dianugerahkan dengan 'deria keenam' apabila mereka mampu melihat makhluk ghaib, termasuklah remaja ini.

Menerusi aplikasi TikTok, remaja ini berkongsi pengalamannya yang mana dia mendakwa mampu melihat makhluk ghaib termasuk bunian, sejak hijab pandangannya 'terbuka' beberapa tahun lalu.

Berkongsi cerita dengan mStar, Iskandar Muzafar berkata, dia mempunyai kebolehan tersebut sejak membantu ibunya yang merupakan seorang perawat Islam.

"Ibu saya seorang perawat yang meruqyah (memulihkan) pesakit akibat disantau, disihir dan sebagainya sejak hampir 11 tahun lalu. Dulu ibu saya buat seorang sahaja, namun ketika saya tingkatan tiga, ibu menyedari yang saya ada kebolehan.

"Dia tanya jika saya boleh membantu dan test saya dulu, sebelum mendapati saya ada kebolehan mengendalikan pesakit. Maknanya dah tiga tahun juga saya bantu ibu meruqyah pesakit.

"Mengenai makhluk halus ini, saya boleh nampak tapi bukan 24 jam, hanya ketika 'mereka' munculkan diri. Macam kawasan rumah saya terutama kebun di belakang rumah, adalah pintu gerbang untuk ke alam bunian.



Antara video kisah mistik yang dikongsikan oleh Iskandar di TikTok.

"Saya tak pernah masuk ke perkampungan mereka namun pernah melihat. Fizikal mereka tak jauh beza seperti manusia, cuma attitude mereka jauh lebih baik, contohnya mereka lebih alim. Manakala usia mereka tak meningkat tak berkurang," ujar remaja berusia 17 tahun ini sambil mendakwa, bapa saudaranya pernah memasuki perkampungan makhluk tersebut

Tambah Iskandar, makhluk itu kerap kali meminjam beberapa barangan daripada rumahnya seperti peralatan memasak.

"Kalau ada benda yang hilang, merekalah yang pinjam. Memang dah biasa situasi ini. Namun mereka akan pulangkan semula," ujarnya.

Bercerita mengenai asal-usul bagaimana dia meruqyah pesakit yang diwarisi daripada ibunya, Iskandar berkata hanya dia seorang sahaja dalam adik beradiknya yang mempunyai kebolehan berkenaan.

Saya tak pernah masuk ke perkampungan mereka namun pernah melihat. Fizikal mereka tak jauh beza seperti manusia, cuma attitude mereka jauh lebih baik.

ISKANDAR MUZAFAR

"Ia juga disebabkan minat. Sepanjang tiga tahun bantu ibu, macam-macam pengalaman yang saya dah alami namun paling teruk pada tahun lepas dan juga tahun ini, di mana kami dipanggil meruqyah pesakit yang terkena sihir orang yang tak boleh tengok orang lain lebih daripadanya.

"Dari pagi sampai malam meruqyah, pesakit pula meracau teruk dan tenaga mereka melebihi kudrat kita. Memang ambil masa lama. Memang saya dan ibu akan rasai kesan sebab 'dibalas' semula, contohnya ia buatkan saya tak boleh lelapkan mata seminggu.

"Darah tinggi saya naik sampai doktor pelik kerana saya ni pelajar. Disebabkan itu juga saya sangat tak larat dan terdetik nak berhenti tapi lebih rasa kasihan nak bantu mereka yang teraniaya," ujarnya yang menetap di Kuala Lipis, Pahang.

Tidak menyangka video-videonya meraih perhatian dan rasa teruja netizen di TikTok, Iskandar berkata dia sekadar berkongsi pengalamannya untuk dimanfaatkan bersama orang lain.



Antara komen netizen yang teruja dengan perkongsian Iskandar.

"Saya kongsi tentang jin, amalan santau, sihir, saya beri cara bagaimana nak lindungi diri, amalan yang boleh kita praktik untuk elakkan perkara ini. Saya mahu sangat mereka tak jadi mangsa manusia yang berhati busuk suka aniaya orang dengan cara halus.

"Kalau orang minta share lagi, InsyaAllah saya akan share cuma sekarang ini jarang sikit sebab saya sedang ikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), waktu menjadi kekangan tapi saya cuba kongsi mana yang mampu. Setakat ini komen di TikTok semua positif malah ada yang kongsi pengalaman sama.

"Cuma ada yang komen dekat beberapa page Instagram, kata saya mengarut, benda tu tak wujud dan sebagainya. Satu saja, kita kena berdiri dulu di tempat orang tu, baru tahu benda tu betul atau tidak. Allah pun kata, manusia dan jin itu wujud.

"Tapi saya tak kisah, setiap orang ada pandangan masing-masing. Terpulang mahu percaya atau tidak. Cuma jika ada video saya dilihat oleh manusia yang suka aniaya orang cara macam ni, saya doakan mereka insaf kerana ia adalah syirik," katanya lagi.

Sunday, June 27, 2021

Wow !! Tudia !! Dari subjek gagal terus ubah strategi sampai dapat 9A!

 

Dari subjek gagal terus ubah strategi sampai dapat 9A! Pelajar ini anggap ada hikmah di sebalik PKP, jadi ‘guru’ ajar lebih 100 calon SPM

Foto kiri Alif semasa di MRSM Beseri, dan foto kanan ketika mengajar menerusi kelas online.

DULU remaja ini memperoleh keputusan gagal bagi subjek Matematik sewaktu di tahap menengah rendah, malah mendapat A bagi mata pelajaran lain pun sukar sekali.

Selepas lima tahun, dia kini berbangga dengan pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) apabila berjaya mencapai 'straight A' bagi kesemua sembilan subjek.

Bukan 'edit', namun itulah realiti transformasi seorang remaja yang membuat perkongsian tersebut menerusi video di aplikasi TikTok.

Remaja berkenaan, Alif Iskandar Shamsuhaime mengakui tidak berminat dengan subjek Matematik ketika di peringkat menengah rendah.



Keputusan peperiksaan Alif ketika menengah rendah.

"Bila tak minat, saya belajar pun main-main. Bila dapat keputusan peperiksaan, memang gagal dengan keputusan F untuk Matematik seperti yang dijangka.

"Saya kemudian mendapati Matematik tak susah pun sebenarnya, saya sendiri buatnya susah. Cikgu-cikgu bersusah-payah mengajar tapi saya main-main," katanya kepada mStar.

Alif berkata, transformasi dirinya bermula apabila dia terdetik hati untuk bertemu dengan senior-seniornya di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Beseri di Perlis bagi mendapatkan tip menjadi pelajar cemerlang.



Mengajar menerusi kelas online ketika PKP.

"Senior-senior kata beri lebih tumpuan kepada subjek yang kita rasa susah. Sejak itu saya buat persiapan untuk target keputusan lebih baik dalam PT3 (Pentaksiran Tingkatan Tiga).

"Selama ini saya selalu ikut cara belajar macam rakan-rakan lain. Tapi selepas itu saya belajar mengikut kaedah sendiri yang saya lebih selesa dengan gaya belajar kinestetik.

"Antara yang saya buat adalah menulis nota yang pertama sebagai draft dan fahamkannya, sebelum menyalin semula untuk nota yang lebih lengkap dengan tambahan info dan gambar menarik untuk pemahaman lebih berkesan," ujar anak kelahiran Sepang, Selangor itu.



Ketika mengajar rakan-rakan yang juga calon SPM di kelas.

Menurut anak sulung daripada enam beradik itu, prestasinya menunjukkan peningkatan apabila memperoleh keputusan A untuk enam subjek daripada 10 mata pelajaran bagi PT3.

"Matematik saya meningkat daripada gagal kepada C dan seterusnya B dalam PT3. Masa tu saya semakin bersemangat sebab nampak corak belajar yang baru berhasil.

"Bila masuk Tingkatan Empat, saya belajar di aliran Sains dan Matematik dah dapat A, tapi masa tu belum A+. Saya juga mencapai keputusan yang baik dalam subjek Fizik," ujarnya.



Keputusan cemerlang Alif dalam SPM 2020.

Namun timbul persoalan dalam dirinya sama ada boleh mencapai keputusan semua A dalam SPM 2020 berikutan cabaran yang dihadapi akibat pandemik Covid-19.

"Boleh ke saya dapat 9A? Mulanya saya tak yakin sebab masa dah suntuk. Tiba-tiba PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dan menyukarkan lagi keadaan.

Saya kemudian mendapati Matematik tak susah pun sebenarnya, saya sendiri buatnya susah. Cikgu-cikgu bersusah-payah mengajar tapi saya main-main

ALIF

"Tapi saya anggap PKP sebagai hikmah yang memberikan saya lebih masa untuk membuat persediaan termasuk mengajar rakan-rakan di Tingkatan Lima menerusi program guru muda.

"Dari kelas online membabitkan lebih 100 calon SPM hingga belajar di kelas dengan kira-kira 30 pelajar bagi setiap sesi. Peranan saya seperti guru dengan konsep seperti tuisyen," katanya yang membimbing rakan-rakannya menerusi 20 kelas secara keseluruhan.



Alif (kanan) mendapat sokongan daripada keluarga.

Alif berkata, dia seperti tidak percaya apabila memperoleh keputusan SPM dengan 9A, baru-baru ini kerana menyedari dahulunya mencatatkan subjek yang gagal.


"Saya fikir tak kisah dari mana kita mula, tapi dari mana ia akan berakhir. Apa yang penting adalah dedikasi dan motivasi serta sokongan daripada keluarga, guru-guru dan rakan-rakan.

"Macam tak percaya pernah dapat F dan sekarang peroleh 9A. Syukur Alhamdulillah," katanya yang bercita-cita untuk menjadi jurutera mekanikal. Mstar

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Saturday, June 26, 2021

Operasi mega tak patuh SOP di seluruh negara... helikopter, dron pantau hotspot

 

Operasi mega tak patuh SOP di seluruh negara... helikopter, dron pantau hotspot

Penggunaan dron dalam Op Patuh yang memberi fokus terhadap ketidakpatuhan SOP dalam kalangan masyarakat dan sektor ekonomi. Foto: Norafifi Ehsan/The Star

KERAJAAN akan melancarkan Op Patuh secara bersepadu bagi membanteras ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) di peringkat nasional melibatkan anggota masyarakat dan sektor ekonomi secara besar-besaran.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, Op Patuh memberi fokus terhadap penguatkuasaan pematuhan SOP di kilang dan premis perniagaan yang beroperasi, termasuklah penyalahgunaan surat kelulusan yang dikeluarkan oleh kementerian.

"Sekatan Jalan Raya Bergerak (Mobile-Roadblock) ditumpukan di kawasan hotspot Covid-19 di seluruh negara terutama kawasan perkilangan dan perindustrian.

"Bagi melancarkan pelaksanaan operasi ini, penggunaan aset-aset strategik milik semua agensi penguatkuasaan yang akan diatur gerak secara bersepadu seperti helikopter dan dron bagi pemantauan lebih berkesan," ujarnya dalam sidang media pada Jumaat.

Dalam pada itu, Hamzah berkata bagi menambahbaik prosedur pengurusan aduan yang diterima berhubung ketidakpatuhan dan pelanggaran SOP di seluruh negara, semua aduan yang diterima oleh agensi penguatkuasaan termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan dikoordiansi oleh KDN untuk penguatkuasaan di lapangan.


"Peranan pasukan petugas khas yang dikendali oleh MKN sebelum ini akan diambil alih oleh KDN untuk meneliti aduan awam termasuk memastikan tindakan susulan diambil terhadap aduan tersebut," katanya lagi.

Sementara itu, beliau turut mengumumkan pelantikan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Datuk Seri Mazlan Lazim, sebagai Timbalan Ketua Polis Negara yang ke-27 berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan Mazlan bagi mengisi kekosongan jawatan berkenaan yang sebelum ini dipegang Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani yang dilantik sebagai Ketua Polis Negara, 4 Mei lalu.

Menurut Hamzah, pelantikan Mazlan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Mstar


Friday, June 25, 2021

Allahhuakhbar !!! Kakak Noorul Hafizah , Buat banyak kerja dalam sehari, termasuk lipat pakaian demi sara keluarga! - Mohon Bantu dia..

 

Buat banyak kerja dalam sehari, termasuk lipat pakaian demi sara keluarga! - “Pelanggan ‘reda’ je akak lipat baju mereka lepas jam 10 malam”

Noorul Hafizah sanggup melakukan apa sahaja pekerjaan termasuk melipat pakaian demi menyara dirinya dan empat anak.

LIPAT kain memang menjadi salah satu tugas yang paling 'dibenci' kebanyakan wanita, tapi tidak bagi wanita ini.

Sebaliknya kerja ini menjadi salah satu punca rezeki buat Noorul Hafizah Roslan yang berusia 33 tahun.

Malah, tiada istilah rehat bagi ibu muda ini apabila dia sanggup melakukan apa sahaja pekerjaan semata-mata untuk mencari rezeki halal.

Bercakap kepada mStar Noorul Hafizah berkata dia melakukan bermacam pekerjaan demi meneruskan hidup bersama empat lagi anaknya yang masih kecil.

"Memang dari dulu akak buat macam-macam kerja sambilan walaupun sebenarnya akak dah ada kerja tetap sebagai pembantu dapur di sebuah restoran.

"Macam-macam akak buat dari surprise delivery, jadi runner hantar makanan atau barang, kemas rumah orang, mengasuh, lipat kain dan macam-macam lagi," katanya.


Noorul Hafizah yang menetap di Temerloh, Pahang berkata dia mempunyai empat anak berusia enam, lima, empat dan bayi berusia lapan bulan.



Noorul Hafizah bersama empat anaknya yang masih kecil.

Menurut Noorul Hafizah setiap hari, dia mula berkerja seawal subuh dan tugasnya yang banyak kadangkala memaksa dia bekerja tanpa henti sehingga lewat malam.

"Akak bangun pukul 6 pagi, masak, kemas rumah sendiri... pukul 8 pagi akak pergi kemas rumah orang. Kadang tu tak rehat langsung, petang terus kerja dekat restoran sampai pukul 10 malam.

"Habis kerja di restoran akak pergi rumah orang lipat baju atau kadang-kadang sambung kerja hantar barangan online yang akak jual... akak jadi dropship.

"Pelanggan pun kadang-kadang 'reda' je akak datang malam, asalkan baju mereka berlipat dan kemas," katanya.



Noorul Hafizah turut melakukan khidmat surprise delivery bersama rakannya.

Berkongsi pengalaman lucunya melipat pakaian yang 'bergunung-ganang', Noorul Hafizah berkata dia pernah menghabiskan lebih kurang lima jam untuk melipat semua pakaian yang dikumpul pelanggan.

"Memang nak muntah rasa tapi akak tak ada masalah sebab pelanggan semua baik-baik dan diaorang pun langsung tak kedekut.

"Mereka ni bukanlah malas, cuma kadang tu si suami nak mudahkan kerja isteri yang perlu jaga anak kecil, anak-anak nak ringankan beban mak ayah atau orang-orang tua yang dah tak larat, ada juga yang nak bagi pembantu mereka rehat jadi minta akak tolong lipat baju.

"Ada juga yang suami isteri bekerja, jadi bila cuti mereka nak luangkan masa dengan anak-anak. Kawan akak sendiri yang tahu akak perlukan duit lebih, mereka panggil tolong lipat kain, lepas tu mereka beri upah lebih," katanya.



Noorul Hafizah pernah menghabiskan masa sekitar lima jam untuk menyudahkan tugasan melipat kain.

Usaha selagi mampu, jangan lupa doa kerana doa tanpa usaha itu sia-sia dan usaha tanpa doa itu sombong - ini antara kata-kata azimat yang dipegang Noorul Hafizah dalam mengharungi hari-harinya yang mencabar.

"Setiap pagi kita perlu positifkan diri untuk tempuh hari yang mencabar, akak selalu pesan pada diri usaha selagi mampu jangan lupa doa dan tawakal.

"Akak juga amalkan sikap bersangka baik dengan semua orang walaupun dah bermacam-macam akak tempuh," katanya.



Menjadi runner untuk menghantar barangan dan makanan.

Dia juga bersyukur dengan sokongan yang diterima terutama sekali daripada keluarganya yang banyak membantu terutama sekali menjaga anak-anaknya ketika dia keluar mencari rezeki.

Usaha selagi mampu, jangan lupa doa kerana doa tanpa usaha itu sia-sia dan usaha tanpa doa itu sombong.

NOORUL HAFIZAH ROSLAN

Noorul Hafizah juga turut menasihati golongan wanita untuk sentiasa berusaha mencari pendapatan sendiri serta tidak hanya bergantung kepada sesiapa termasuk insan bergelar suami.

"Nasihat akak pada wanita di luar sana, bangkitlah bagi semangat pada diri sendiri, kalau bukan kita yang bantu diri kita orang lain tak akan dapat bantu kita.

"Cari aura-aura positif setiap hari, ini salah satu cara untuk kita mendapat kebahagiaan, selain memberi kebahagiaan kepada orang lain.

"Orang yang kuat adalah orang yang sedang bersedih tapi masih mampu untuk membahagiakan orang lain dan kekal kuat untuk menempuhi cabaran hidup ini," katanya.

Pesanan Penulis Blog  MOK ni, sesiapa yang dekat dengan Akak ni bolehlah PM dia laju2 untuk bagi job dekat dia..untuk teruskan kehidupan keluarganya.

Thursday, June 24, 2021

Tudia !! Lori gas LPG terbakar, pemandu melecur

 


Pihak bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak di kawasan kilang yang dipenuhi tong-tong gas LPG itu dalam tempoh 10 minit. (Gambar Bomba)

BUTTERWORTH: Seorang pemandu lori melecur tahap dua selepas kenderaan yang membawa tangki gas petroleum cecair (LPG) dipandunya terbakar di kawasan kilang di Perusahaan Perai di sini semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, dalam kebakaran 2.30 petang itu, mangsa berusia 50 tahun berkenaan diberi rawatan awal oleh pasukan bomba sebelum dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut.

Pihak bomba yang tiba di tempat kejadian mendapati, kebakaran melibatkan sebuah lori lima tan yang membawa muatan tangki gas LPG.

“Kejadian tersebut berlaku di tempat mengisi gas LPG ke dalam lori di kawasan kilang tersebut dan api telah menyebabkan sebahagian besar kenderaan tersebut terbakar.

“Pemandu lori itu sempat diselamatkan dan dia melecur tahap dua pada beberapa bahagian badan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pihak bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak di kawasan kilang yang dipenuhi tong-tong gas LPG itu dalam tempoh 10 minit dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 4.42 petang.

Katanya, seramai 32 pegawai dan anggota bomba terlibat dalam operasi pemadaman kebakaran itu dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan. FMT

Wednesday, June 23, 2021

Perghh !! Viral lukis potret TokTi, Vida... Zulin Aziz dapat banyak tempahan

 

Viral lukis potret TokTi, Vida... Zulin Aziz dapat banyak tempahan, tak berani ambil ‘order’ sebab belum habis belajar di Youtube

Zulin Aziz asah bakat melukis digital.

PELAKON dan pengacara Zulin Aziz tidak menyangka lukisan potret beberapa selebriti tempatan yang dihasilkannya menjadi tular dan menerima pujian ramai.

Menurut Zulin atau nama sebenarnya, Farah Azleenda Abdul Aziz, 32, dia baharu sahaja berjinak-jinak dalam bidang lukisan digital seperti yang dikongsikan di laman Instagramnya.


"Saya baharu sahaja belajar melukis secara digital melalui Ipad yang baharu saya beli minggu lepas. Tak sangka ramai suka dengan lukisan saya itu malah ada yang suruh saya buka order untuk dijual.

"Tapi saya tak berani sebab banyak lagi nak kena perbaiki. Sebelum ini memang saya suka melukis sebab arwah ayah sendiri merupakan guru seni lukis... kiranya semua dalam ahli keluarga saya memang pandai melukis.

"Dulu saya melukis di kanvas cuma sekarang beralih kepada digital untuk lebih mengasah bakat dalam cabang ini pula," katanya ketika dihubungi mStar.



Zulin turut melukis potret Datuk Seri Vida dan Sheila Rusly.

Menerusi Instagram, Zulin berkongsikan potret lukisan digital penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, usahawan Datuk Seri Hasmiza Othman atau Vida dan juga pelakon dan produser, Sheila Rusly yang menerima pujian ramai.

Turut mendapat permintaan daripada rakan selebriti, Zulin berkata, dia masih lagi dalam proses pembelajaran dengan mengikuti tutorial di YouTube.

"Ada juga dapat request daripada rakan-rakan artis, tapi saya suruh mereka sabar dahulu sebab banyak yang saya kena perbaiki.

Sebelum ini memang saya suka melukis sebab arwah ayah sendiri merupakan guru seni lukis.

ZULIN AZIZ

PELAKON, PENGACARA

"Saya selalu melukis pun sebelum tidur sebab masa itu sahaja yang saya free, seharian sibuk dengan bisnes sambal resipi saya sendiri.

"Kiranya PKP kali ini saya tengok daripada sudut positif juga yang mana dapat belajar benda baharu iaitu lukisan digital. Ia juga berguna buat tujuan pemasaran bisnes kalau nak buat logo atau banner," ujarnya.

Mengakui lukisan digital tidak 'renyah' berbanding lukisan kanvas, Zulin berkata ia lebih menjimatkan masa.

"Saya puas lukis guna Ipad, selain ia jimatkan masa... kalau kita melukis kat kertas, kita kena tunggu kering dulu baru boleh tambah-tambah warna.

Zulin memang minat melukis sejak kecil.

"Teknik lukisan digital pun buatkan rumah kita tak comot, kalau tak di rumah saya ini memang ada satu sudut untuk saya berkarya lukis atas kanvas, memang comot tempat itu.

"Sekarang saya tak perlu lagi nak berkemas sebab semuanya mudah. Nampak macam senang, tapi sebenarnya kena ada teknik nak buat lukisan digital ini, kena rajin-rajin belajar di YouTube," katanya lagi.

Sementara itu, ditanya tentang perkembangan seni, pelakon kelahiran Kuala Lumpur ini berkata, segala aktiviti lakonan dan pengacaraan terpaksa ditangguhkan sehingga ke satu tarikh baharu.

"Saya ada dapat job hosting program travelogue yang sepatutnya memulakan penggambaran pada bulan depan, tapi kita masih dalam keadaan PKP... saya cuma tunggu sahaja bila tarikh baharu yang akan diberi pihak produksi sebaik dibenarkan bekerja," katanya. Mstar


Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung