Nuffnang

Saturday, June 26, 2021

Operasi mega tak patuh SOP di seluruh negara... helikopter, dron pantau hotspot

 

Operasi mega tak patuh SOP di seluruh negara... helikopter, dron pantau hotspot

Penggunaan dron dalam Op Patuh yang memberi fokus terhadap ketidakpatuhan SOP dalam kalangan masyarakat dan sektor ekonomi. Foto: Norafifi Ehsan/The Star

KERAJAAN akan melancarkan Op Patuh secara bersepadu bagi membanteras ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) di peringkat nasional melibatkan anggota masyarakat dan sektor ekonomi secara besar-besaran.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, Op Patuh memberi fokus terhadap penguatkuasaan pematuhan SOP di kilang dan premis perniagaan yang beroperasi, termasuklah penyalahgunaan surat kelulusan yang dikeluarkan oleh kementerian.

"Sekatan Jalan Raya Bergerak (Mobile-Roadblock) ditumpukan di kawasan hotspot Covid-19 di seluruh negara terutama kawasan perkilangan dan perindustrian.

"Bagi melancarkan pelaksanaan operasi ini, penggunaan aset-aset strategik milik semua agensi penguatkuasaan yang akan diatur gerak secara bersepadu seperti helikopter dan dron bagi pemantauan lebih berkesan," ujarnya dalam sidang media pada Jumaat.

Dalam pada itu, Hamzah berkata bagi menambahbaik prosedur pengurusan aduan yang diterima berhubung ketidakpatuhan dan pelanggaran SOP di seluruh negara, semua aduan yang diterima oleh agensi penguatkuasaan termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan dikoordiansi oleh KDN untuk penguatkuasaan di lapangan.


"Peranan pasukan petugas khas yang dikendali oleh MKN sebelum ini akan diambil alih oleh KDN untuk meneliti aduan awam termasuk memastikan tindakan susulan diambil terhadap aduan tersebut," katanya lagi.

Sementara itu, beliau turut mengumumkan pelantikan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Datuk Seri Mazlan Lazim, sebagai Timbalan Ketua Polis Negara yang ke-27 berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan Mazlan bagi mengisi kekosongan jawatan berkenaan yang sebelum ini dipegang Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani yang dilantik sebagai Ketua Polis Negara, 4 Mei lalu.

Menurut Hamzah, pelantikan Mazlan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Mstar


No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung