Nuffnang

Showing posts with label Felda. Show all posts
Showing posts with label Felda. Show all posts

Sunday, October 7, 2012

Terkantoi dah : isu bangkit : Kenyataan Ahmad Masan makan diri



 Seremban : “Saya rasa beliau lupa," kata Pengerusi Gerakan Kebangkitan Peneroka Felda Kebangsaan , Abd Rahman Ramli berhubung kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang mendedahkan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) merupakan sebuah pertubuhan haram kerana tidak berdaftar.

Menurut Abd Rahman, kenyataan dibuat Ahmad memberi peluang kepada kepimpinan Anak untuk membidas semula.

“Datuk Ahmad Maslan seakan terlupa bahawa Anak ditubuhkan di bawah parti Pas sendiri. Pertubuhan ini sebenarnya tidak perlu berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

“Jelas sekali nampak kedangkalan beliau mengenai perkara itu. Kenyataan semborononya itu seperti telah memakan diri sendiri," katanya kepada Sinar Harian di sini, hari ini.

Abd Rahman juga mempersoalkan kewujudan beberapa lagi pertubuhan yang tidak berdaftar di bawah RoS tetapi tidak dibangkitkan Ahmad.

“Antara pertubuhan dikenal pasti adalah Jawatankuasa Kemajuan Rancangan (JKKR), Gerakan Peneroka Wanita (GPW) dan Belia Felda.

“Anak memang sebuah pertubuhan tetapi kewujudan Anak tidak menyalahi undang-undang kerana ia berjalan atas tiket parti Pas tetapi mempunyai perbezaan dengan JKKR dan GPW,” katanya.

Beliau turut mendesak Ketua Pengarah RoS, Datuk Abdul Rahman Othman mengambil tindakan sewajarnya ke atas pertubuhan itu juga.Sinarharian




Thursday, September 13, 2012

Panas dan Hot : FGVH: Tahniah KWSP kerana 'pintar' membeli


Graf  Saham FGVH

Dr. Dzulkefly Ahmad,12 Sep 2012

Sementara saya sangat berpuas hati, selaku pencarum, bahawa KWSP bijak mengurus wang pencen saya dengan mengikuti 'prinsip keramat pelaburan':'buy low, sell high', (beli murah,jual mahal) saya hendak peringatkan badan pengurus dana terbesar di negara ini, sampai bila akan mereka teruskan dengan pembelian ini?

KWSP sebagai salah satu 'pelabur asas' FGVH, telah meningkatkan kepentingan langsung dalam GLC tersebut daripada 5.07 % pada 4 Julai kepada 7.02 %.

Wednesday, August 29, 2012

Terkini [Panas] Datuk Dzulkifli disingkir sebagai Pengarah Besar Felda


Datuk Dzulkifli Abd Wahab 

KUALA LUMPUR: Datuk Dzulkifli Abd Wahab hari ini disingkirkan sebagai Pengarah Besar Felda dan akan dipindahkan ke Kementerian Asas Tani dan ditugaskan ke Rome, Itali.

Menurut Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman keputusan menyingkirkan Dzulkifli dibuat dalam mesyuarat khas Lembaga Pengarah Felda pagi tadi.

Tempat Dzulkifli akan diganti oleh Faizoull Ahmad berkuatkuasa 1 September depan.

Thursday, June 21, 2012

Terkini Hot @ Panas, Nie : Tan Sri Isa Samad tidak dilantik dalam dalam AGM ,KPF



Anngota Polis berkawal di Pintu Masuk dewan

Kemaskini 4.30 Petang

Polis Berkawal Mesyuarat AGM, Isa samad tak hadir

Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Permodalan Felda (KPF) ke-31 berlangsung pagi ini dengan saringan polis yang agak ketat di pintu masuk dewan mesyuarat.

Anggota polis kelihatan berkawal di pintu masuk ke Dewan Perdana Felda, tempat mesyuarat akan berlangsung.

Tinjauan ringkas Malaysiakini di kalangan perwakilan di luar dewan rata-rata berpendapat kehadiran polis sedikit lebih ramai pada mesyuarat tahun ini berbanding tahun lepas.

Wednesday, June 20, 2012

Keputusan Mahkamah !!! Panas [ Hot ] : Tan Sri Isa Samad Kena Beku Sementara Ahli dan Pengerusi KPF.?



Mahkamah beku sementara keahlian Isa dalam KPF
Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur telah membekukan sementara pelantikan Tan Sri Isa Abdul Samad sebagai pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF) dan keahliannya dalam koperasi tersebut.

Hakim Abang Iskandar Abang Hashim berkata terdapat merit untuk membenarkan empat peneroka Felda mencabar keahlian Isa dan sebagai pengerusi KPF.

Hakim Datuk Abang Iskandar juga menolak semua bantahan awal yang dibangkitkan oleh Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan, kata peguam peneroka berkenaan, Mohamed Hanipa Maidin kepada pemberita.

Oleh itu, keputusan dalam kamar hari ini membenarkan pembekuan sementara terhadap keahlian Isa dalam KPF dan kedudukannya sebagai pengerusi.

"Jadi ada mesyuarat esok dan Isa tak boleh hadir,"

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung