Nuffnang

Wednesday, April 30, 2014

Perghhh ::: Penumpang bas bermandi najis

Penumpang bas bermandi najis

GAMBAR penumpang bas berlumuran tahi kini menjadi ‘viral’ apabila tersebar secara meluas di internet setelah sebuah bas awam terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori najis di China baru-baru ini.
Kemalangan tersebut berlaku pada 2 Januari lalu dan ia sempat dirakamkan jurugambar amatur yang kebetulan lalu di tempat kejadian.
Difahamkan, bas tersebut merempuh belakang lori tersebut hingga menyebabkan tangkinya pecah
Malang sekali kumbahan tersebut melimpah masuk ke dalam bas hingga menyebabkan sekurang-kurangnya lapan penumpang terpaksa ‘bermandi’ najis!
Mereka kemudiannya dihantar ke hotel berhampiran dan diberikan sepasang pakaian baru serta wang pampasan sebanyak RM488 seorang.
Namun antara komen yang paling banyak diterima oleh kesemua mangsa bukanlah simpati, tetapi ‘galakan’ agar mereka membeli loteri!
Kononnya kejadian itu bakal membawa ‘tuah’ kepada mangsa disebabkan ia jarang-jarang sekali berlaku.
Sementara itu agensi berita Xinhua melaporkan, pihak mereka mendapat pengesahan yang ‘najis’ itu adalah sisa makanan yang telah diproses untuk dijadikan makanan khizir.

Allahhu Akhbar : Keputusan Hakim Yang Membuatkan Admin Sebak..dan Terharu



Sangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu.

Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.
Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu.
”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”.
Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.
‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.
“Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh”
sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya.
Kisah ini sungguh menarik dan boleh di share untuk menjadi contoh kepada penegak undang-undang di Malaysia agar bekerja menggunakan hati nurani dan mencontohi hakim Marzuki yang berhati mulia ini.

Perghhh !!! KJ Terkantooiii. Kerana Memperlekehkan Pemilihan Keadilan 2014.


PEMILIHAN KEADILAN 2014 ... KJ SUDAH KANTOI MENIPU!!!!!!


Dapat sumber maklumat dari blog Pro UMNO gred haprak bangsat ... cerita seinci dia kasi tebar sampai 10 km , pintal gila dengan tujuan dan niat nak jatuhkan kredibiliti pemimpin KeADILan/PR amnya dan KeADILan khasnya.

Omak Kau mengambil pendirian .. yang benar tidak akan disorokkan .. yang salah tidak akan disapu dibawah permadani buruk .. memang ada sedikit kekecuhan berlaku semasa pemilihan Cabang Kemaman tetapi bukanlah sampai terbang kerusi meja dan beterabur kertas undi atas lantai.

Kejadian ini yang cuba diambil kesempatan oleh KJ selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia untuk memburukkan Ahli Parlimen Pandan nampaknya makan tuan.

Sebab itu walau sebijak mana dan belajar di menara gading mana sekali pun .. kalau dah masuk UMNO pasti akan jadi dungu.

Dulu ingatkan Utusan dan Berita Harian termasuk RTM dan TV3 akan kutip maklumat dari blog macai UMNO .. rupa-rupanya pemimpin lulusan Oxford pun begitu juga .. perangai tegar dalam UMNO sampai bila-bila tidak akan dapat dikikis.

Tuesday, April 29, 2014

Perghhh : Pakar motivasi rogol suri rumah..Polis Sedang Buru Perogol

Pakar motivasi rogol suri rumah

ROGOL
Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR : Seorang lelaki yang mendakwa dirinya pakar motivasi dikenali sebagai ‘Mr A’ menjadi buruan polis selepas memperdaya dan memperkosa seorang suri rumah yang mahu mendapatkan khidmat kaunseling bagi menyelesaikan masalah rumah tangga dihadapi.
Sumber polis berkata, mangsa berusia 29 tahun sebelum itu berkenalan dengan suspek melalui laman sembang sosial, awal bulan ini.
Pada awal perkenalan itu, menurutnya, mangsa dikatakan tidak menceritakan masalah peribadi, namun lelaki itu sering menceritakan kepakaran menyelesaikan masalah dihadapi wanita.
“Taktik itu membuatkan mangsa terpaut pada kebolehan dan kepetahan suspek berbicara, termasuk meyakinkannya dengan pelbagai nasihat.
“Suspek kemudian mengajak mangsa bertemu di sebuah hotel dengan alasan kononnya bersedia membantu dan mendengar luahan masalah rumah tangga wanita itu,” katanya.
Mangsa kemudian bertemu suspek di lobi sebuah hotel di Jalan Pahang di sini, pada jam 12 tengah hari, Selasa lalu.
“Bagaimanapun, suspek mengajak mangsa mencari lokasi lain untuk menyambung perbincangan sebelum berjaya memujuk mangsa mengikut ke bilik hotel di tingkat 17 hotel berkenaan.
“Sebaik masuk ke dalam bilik hotel, wanita itu diberi makan sebiji gula-gula sebelum mencium wajah wanita itu.
“Mangsa cuba untuk menepis tetapi seperti terpukau dan hanya membiarkan suspek merogolnya,” katanya.
Difahamkan, suspek sempat mengambil gambar bogel mangsa sebelum mengugut mahu menyebarkannya jika mangsa enggan meneruskan hubungan dengannya.
“Mangsa yang risau gambarnya akan disebarkan oleh suspek membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini,” katanya.
Susulan itu, polis kini sedang berusaha mengesan suspek berusia 40-an yang dipercayai menyamar sebagai pakar motivasi untuk memperdaya mangsa.-HM

Kenali Para Mujahidin Malaysia Yang Baru Tiba Di Syiria...


Ustaz Mohd Lotfi Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Kedah, menyambut 4 orang mujahid dari Malaysia yg baru tiba, siap untuk khidmat diri di Syria..Kenali Para Mujahid Kita. Ibnu Yusuf At-Tajari Al-Qodahi Beliaulah Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Kedah, Ust Mohd Lotfi Ariffin..  pnh bjuang bersama muhajidin di afghanistan & iraq sblm ni

Semoga mereka memperolehi apa yang mereka hajati..amin 

[ Gempar ] Updated : 9 Gambar sebuah kapal terbang latihan APFT terjatuh di KB !

[ Gempar ] Updated : 9 Gambar sebuah kapal terbang latihan APFT terjatuh di KB !


Sebuah kapal terbang latihan APFT terjatuh di KB Sebuah kapal terbang latihan dari Akademi Latihan Penerbangan Asia  Pacific (APFT) dilaporkan terjatuh di sebuah padang golf berhampiran Taman Kurnia, Kota Bharu, jam 12.30 tengah hari tadi.

Pasukan Bomba dan Penyelamat berjaya mengeluarkan juruterbang yang tersepit.









Pilot cedera agak parah kakinya patah dan di hantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, untuk rawatan lanjut.

Pihak berkuasa masih menyiasat punya kejadian segala info akan di kemas kini bagi mengetahui punca kejadian.

Monday, April 28, 2014

[ Hot ] 6 Gambar lelaki letup kekasih yang sarat mengandung !

[ Hot ] 6 Gambar lelaki letup kekasih yang sarat mengandung !

Seorang lelaki menculik kekasihnya berusia 21 tahun yang sarat mengandung sebelum mengikat kanister gas pada belakangnya yang dinyalakan apabila polis datang menyelamatkan wanita berkenaan.
Li Moulian, 36, mengheret Xu Fan, 21, yang sedang tidur dari katilnya dan disumbat ke belakang keretanya sebelum dia mencederakan wanita berkenaan dengan kejam di Huizhou, wilayah Guangdong di selatan China.




Akibatnya pasangan itu terlantar sebelah-menyebelah di hospital manakala doktor berusaha menyelamatkan kedua-duanya. Namun ajaibnya, bayi dikandung Xu terselamat walaupun kecederaan dialami wanita terbabit begitu teruk.


Xu dipercayai mengandung selepas hubungan satu malam dengan Li, namun pasangan itu bersetuju terus menjalin hubungan, malah memilih untuk tinggal bersama. Credit HM 

[ info ] 7 Gambar Kenderaan Rasmi Presiden Barack Obama tercanggih di dunia


Kenderaan Rasmi  Presiden Barack Obama tercanggih di dunia- Sepanjang 5 meter dan
 berat 8 tan di lengkapi pintu kalis peluru setebal 20 cm  dikenali sebagai "The Beast", 
Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menaiki kenderaan rasminya sepanjang lawatan 
ke Malaysia iaitu Cadillac One.

Kemalangan Tragis.. Remaja Putus Tangan Bila Motosikalnya Terbabas.



N/S Highway:

Sg Dua To Sberg Jaya

137Km Got Accident

(Tangan Putus) 

Pls ride Slowly & Safety first — with Harimaumalaya Bikersclub. Berhatihati all bikers 

Sunday, April 27, 2014

Perghhh!! senjata Makan Tuan.. UNdi Anwar Undi Amerika?


Ni lah dikata "senjata" makan tuan...
Kebodohan orang yang mempertahan kan nampak sangat dah tak terselindung lagi....bila lah nak sedar wahaai macaiiiii.....!!!!
Kiki..Sekarang Kita Lihat Siapa yang Jadi macai Amerika..sambutan dengan karate Merah lagi.nasib baik HARI cuti..Kalau HARI bersekolah..Bertam jam budak budak Sekolah tunggu Barack Obama ..Dekat air port tu...

Perghhh..Menjelang Pemilihan PKR 2014.. Terdapat Bilik Hotel Di Serbu Kerana Jadi Tempat Pangkah Undi.


EDISI KASI DEDAH SAMPAI TERBURAI ... PEMILIHAN KEADILAN 2014 DI SARAWAK .. BILIK HOTEL DIGUNAKAN SEBAGAI TEMPAT MENGUNDI OLEH PASUKAN YANG MENYOKONG PEMIMPIN TERTENTU!!!!



Hasil dari maklumat, pasukan pemantau PACA TSKI telah menyerbu sebuah bilik di Hotel Seng Chong, Simunjan Sarawak dimana dalam serbuan tersebut telah dijadikan tempat membuat undi untuk pemimpin tertentu.

Sebelumnya itu ketika pihak PACA TSKI mengetuk pintu bilik hotel tersebut mereka didalam enggan membukanya tapi kedengaran dari luar keadaan kelam kabut didalam ..

Setelah beberapa minit barulah dibuka dapati seorang anggota parti dari Hulu Selangor yang dikenal pasti dipercayai sudah membuat pangkah di kertas undi dan dimasukkan kedalam sebuah kotak.

Kejadian ini telah berjaya dirakam dan sudah pun dimaklumkan kepada Pengerusi Jawatan Kuasa Pemilihan Pusat Dato' Johari Abdul sendiri.

Pihak JPP berjanji sungguh akan buat siasatan dan tindakan sewajarnya. .. Sehingga artikel ini di tulis calon no 3 Tan Sri Khalid Ibrahim sedang mendahului.


Semalam Omak kau sudah beritahu peringatan bahawa kali ini jangan ada lagi pemilihan KeADILan yang disangsikan ketelusan, bersih dan adil.

Pihak TSKI sudah menubuhkan pasukan Polling Agent dan Counting Agentnya (PACA) yang terdiri dari sukarelawan seramai 600 orang ... Don't play playlah kali ini.

Jangan bersikap apabila Empayar nak rebah maka mula bertindak gelabah tidak munasabah .. Menang biar anggota parti tidak marah .. kalah biar bermaruah.

Pengasas Sendayu Tinggi dedahkan punca beliau tanggal purdah


BUKAN mudah mendidik hati. Iman itu ada pasang surutnya, hati ini tak tetap pendiriannya. Saya tidak mahu hati seronok bila dipuji dan tidak mahu bangga sebagai orang yang dikenali.
Budaya berpurdah bukan budaya di negara ini dan ia lebih dikaitkan dengan Al Arqam,  Pas atau anti kerajaan.
Saya memang tidak pernah menyertai Pas, Al Arqam atau mana-mana politik. Saya tidak arif dan bukan ahli agama, niat hati hanya satu iaitu mendidik hati dan terus menyemai rasa cintakan islam..!!
Apabila berpurdah ketika itu amatlah selesa kerana orang tidak mengenali saya. Rasa selamat bila bergerak keluar dari  rumah dan tidak menjadi perhatian orang ramai kemana saja saya pergi.  Banyak kecaman hebat saya terima, akibat berpurdah. Antaranya kecaman yang saya terima ialah
  • Muka saya rosak akibat kosmetik yang saya pakai..
  • Kalau nak berubah kenapa nak tutup muka..
  •  Kenapa pakai make up lagi kalau dah pakai purdah..
Masalah saya semasa berpurdah,
  • Saya pernah membeli siaran tajaan di stesen radio klasik nasional.. Kontrak 6 bulan, semua sudah diluluskan. Selepas bersiaran 3kali, mereka membatalkan kontrak tanpa alasan.
  • Saya ingin membeli siaran RTM & TV3 untuk mempromosikan produk keluaran ST dan JRM. Mereka tidak membenarkan berpurdah sama sekali.
Alasannya “Negara kita berbilang kaum dan agama.. Bagi menghormati orang yang bukan beragama islam maka purdah tidak dibenarkan
Saya jawab “Bagaimana pula kalau orang islam atau bukan islam yang berpakaian seksi .. kenapa dibenarkan ?? Bukankah itu lebih teruk akibatnya dari saya menutup muka, kerana boleh menyebabkan gejala sosial yang lebih teruk, seperti merangsang keinginan seks sehingga berlakunya rogol dan zina.. Setahu saya, islam agama rasmi negara kita kan..??
Jawab mereka “ Itu saya tak tahu.. Itu pihak atasan punya arahan”.. Disini saya melihat dan merasakan hak mempertahankan maruah dan agama “Islam”  itu sangat kecil jika dibandingkan menjaga hak orang bukan islam lebih bermakna dan dihormati.
Bukan itu saja memakai Niqab juga menyukarkan urusan perniagaan dalam dan diluar negara. Mereka menganggap orang islam adalah pengganas. Semasa saya di Air Port Guang Zho saya bersolat (tiada tempat solat saya terpaksa solat ditempat terbuka) 3 orang  polis merapati saya ketika solat. Mungkin melihat saya dengan purdah dan jubah hitam, manakala suami saya bersongkok putih.
Semasa bersarapan di hotel saya di datangi seorang wanita cina muslim Malaysia (Eksport Biskut) dan boleh berbahasa kantonis “Kalau nak berniaga tak boleh pakai macam ni, saya kat Malaysia pakai tudung.. Kat sini saya buka..Terpaksa..Mana-mana negara mereka tak mahu berniaga dengan kita”.. Saya diam tanpa sebarang komen..
Setelah 3 tahun berpurdah, saya terpaksa membuka purdah selepas meminta pandangan dan diberi penjelasan oleh 3 orang yang arif dalam hal agama. Katanya “muka dan tapak tangan bukan aurat wanita”.
Diharuskan bagi saya untuk membuka purdah jika untuk tujuan memudahkan perniagaan dan memakai purdah itu adalah sangat banyak kebaikannya dalam mengelakkan fitnah.
EmailGoogle+FacebookTwittertumblrRedditStumbleUponbufferDigg

Comments

4 comments

Saturday, April 26, 2014

Perghhh !! Disangka Lembaga Hitam..Rupanya Teman Lelaki Anaknya Sedang....?

CCTV rakam aksi remaja & ‘lembaga hitam’



GOMBAK: Usaha seorang lelaki memasang kamera litar tertutup (CCTV) di seluruh rumah untuk menjejak ‘lembaga hitam’ yang sering dikesan di kawasan rumahnya membawa kepada penemuan mengejutkan kerana lembaga itu rupa-rupanya teman lelaki anaknya.
Malah, rakaman CCTV itu turut membuatkan dia menepuk dahi apabila memaparkan anak perempuannya berusia 16 tahun bercumbuan selepas teman lelakinya berusia 21 tahun menyelinap masuk ke bilik tanpa pengetahuan bapanya, kira-kira jam 10.30 malam.

Sebelum ini, lelaki berkenaan dilapor memasang CCTV di seluruh rumahnya di Taman Sri Ehsan di sini, selepas bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga kerana menyangka rumahnya menjadi sasaran pencuri atau diganggu makhluk halus.
Sumber polis berkata, ini kerana beliau sering ternampak kelibat ‘lembaga hitam’ di kawasan rumahnya terutama ketika lewat malam sejak kira-kira sebulan lalu.
Menurutnya, malam kelmarin ketika menonton televisyen di ruang tamu lelaki itu sekali lagi mengesan kelibat ‘lembaga hitam’ itu melintas di tingkap rumahnya.

Gambar Seawal Pagi Orang Pakat Pakat Beratur Hendak Berjumpa Tuan Guru NIk Aziz


HAMPIR 100 ORANG SANGGUP BERATUR SEAWAL PAGI DEKAT RUMAH MURSYIDUL AM PAS, TUAN GURU DATO' BENTARA SETIA NIK AZIZ NIK MAT SEMATA-MATA UNTUK BUAT TAHNIK KEATAS ANAK-ANAK MEREKA. y



Kelihatan lebih kurang 100 orang datang bawa bayi masing-masing ke Masjid Tok Guru di Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan untuk buat tahnik ke atas anak masing-masing.

Ya Allah, mereka mohon keberkatan alim ulama...Berikan lah kesihatan, kekuatan dan panjangkanlah umur TGNA yang dikasihi ini.. Kredit Omakkau.

Perghhh !! Pengurus “Tak tahu macam mana air mani saya boleh ada dalam kemaluannya”


“Tak tahu macam mana air mani saya boleh ada dalam kemaluannya”


KUALA LUMPUR – Seorang pengurus restoran berusia 40 tahun yang mengahwini gadis bawah umur yang juga mangsa rogolnya berkata dia tidak tahu bagaimana kesan air maninya boleh ditemui pada kemaluan gadis itu.
Riduan Masmud berkata ia juga sesuatu yang tidak logik apabila dua helai sapu tangan di tempat duduk belakang turut terdapat kesan air maninya.
“Saya tidak melakukannya (rogol) dan saya tidak tahu bagaimana kesan air mani saya boleh ditemui di tempat-tempat yang telah disebutkan dalam mahkamah ini,” katanya dalam prosiding pembelaan memetik laporan The Star Online hari ini.
Prosiding berlangsung di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu di depan Hakim Ummu Kalthom Samad semalam.
Riduan berkata demikian dalam hujan pembelaan atas tuduhan merogol seorang pelajar sekolah berusia 13 tahun dalam sebuah kereta berdekatan Air Terjun Kionsom di Inanam antara pukul 9 pagi dan 10 pagi, 18 Februari tahun ini.
Tertuduh mengendalikan sendiri kesnya selepas peguamnya Loretto P Padua menarik diri dari mewakilinya pada September lepas.
Dakwaan itu tidak diketahui hanya apabila ibu saudara mangsa membuat laporan polis ke atas Riduan.
Pengurus restoran kemudian didakwa di mahkamah 10 hari kemudian.
Mangsa kemudian menarik balik laporan dan dakwaan berkenaan pada 18 April.
Tertuduh yang turut mengahwini mangsa selepas itu berkata perkahwinan mereka dipersetujui.
Riduan mengahwini mangsa sebagai isteri kedua biarpun belum menerima kebenaran daripada Mahkamah Syariah untuk berpoligami.
Pada hari kejadian, Riduan berkata dia menghantar isterinya pergi bekerja di pusat membeli-belah 1Borneo pada pukul 9.45 pagi dan menurutnya mustahil untuknya berada di lokasi kejadian sebelum pukul 10 pagi.
Apabila ditanya oleh Timbalan Pendakwaraya Raja Zaizul Faridah bersetuju atau tidak, dengan mengahwini mangsa tanpa kebenaran mahkamah, tertuduh sudah melanggar keputusan Mahkamah Syariah dan melanggar syarat ikat jaminnya oleh Mahkamah Sesyen, tertuduh tidak bersetuju.
“Saya dibenarkan untuk berkahwin dengan gadis itu, saya tidak tahu pula saya tidak dibenarkan berhubung dengan mangsa atau keluarganya yang akan melanggar syarat ikat jaminan,” katanya.
Riduan tidak bersetuju apabila ditanya tujuan dia berkahwin dengan mangsa secara tergesa-gesa adalah untuk memastikan tuduhan ke atasnya digugurkan.
“Saya ada bertanya pihak ketiga untuk mencarinya, dengan melihat beberapa maklumat yang dikongsikan di dalam akaun Facebooknya,” katanya.
Dia juga menafikan bahawa dia berkahwin dengan gadis itu dengan tergesa-gesa tetapi dia memaklumkan, dia mempunyai cukup masa untuk membuat persiapan membeli cincin dan juga menyediakan RM5,000 sebagai wang hantaran.
Kemudian dalam prosiding, tertuduh yang mengendalikan kesnya sendiri memanggil ibu dan bapa mangsa sebagai antara saksi pembelaan.
Menurut bapa mangsa yang berusia 47 tahun, yang bertugas sebagai seorang pengawal keselamatan di sebuah kolej dan ibu mangsa berusia 41 thun berkata mereka bersetuju dengan perkahwinan itu kerana mangsa dan Riduan saling mencintai.

Friday, April 25, 2014

Keputusan Hakim Yang Berani..Inilah Wajah Wajah Hakim Yang Berani..


INILAH WAJAH PARA HAKIM MAHKAMAH RAYUAN YANG MEMBUAT KEPUTUSAN BERANI SEBULAT SUARA BAHAWA NOTIS 10 HARI WAJIB DIBERIKAN KEPADA PIHAK BERKUASA DIBAWAH AKTA PERHIMPUNAN AMAN (PAA) ADALAH TIDAK SAH DAN TERBATAL!!!!


Dalam satu keputusan penting oleh mahkamah kedua tertinggi di negara ini, Mahkamah Rayuan terdiri dari YAA Hakim Dato' Mohd Ariff Yusof, YAA Dato' Mah Weng Kwai dan YAA Hakim Dato' Hamid Sultan Abu Backer sebulat suara  memutuskan bahawa Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman (PAA) yang menghukum mereka yang tidak memberikan notis 10 hari sebelum mengadakan perhimpunan, adalah tidak sah.

Dengan ini, hukuman di mana penganjur berdepan dengan dendaRM10,000 diisytiharkan batal dan tidak sah.

Dalam keputusan sebulat suara membatalkan tuduhan terhadap Timbalan Speaker DUN Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad, panel tiga orang hakim itu juga mengisytiharkan calon ketua AMK itu, yang didakwa di bawah PAA, dilepas dan dibebaskan.

Beliau didakwa berhubung dengan perhimpunan Black 505 selepas pilihan raya umum 2013.

Inilah wajah-wajah hakim yang berani, tegas dan berintegriti itu .

Subhanallah [BERGAMBAR] IKTIBAR - Jenazah Haslianatul Azlin Tersenyum & Kuburnya Bercahaya



Subhanallah... Satu keajaiban telah berlaku di Tanah Perkuburan Changkat Jering apabila seorang Jenazah Wanita yang hendak dikebumikan dikatakan bercahaya. 

Jenazah Wanita bernama Haslinatul Adzlin itu berasal dari Taman Seri Dermawan, Ipoh Perak meninggal dunia pada 20 April 2014 lalu berpunca daripada kanser payudara.

Merupakan ibu tunggal kepada 2 orang anaknya iaitu Aina Sofiya dan Amsyar Zarif yang masih kecil.

Sepanjang hayatnya, arwah sangat tabah menghadapi segala dugaan yang dihadapi dan sewaktu sakaratul maut, beliau berzikir LAAILLAHAILLALLAH selama hampir 4 jam tanpa henti sebelum subuh sehinggalah ke akhir nafasnya yang berhenti perlahan-lahan.

Malah gambar wajah Allahyarham Haslinatul kelihatan tenang, berseri-seri dan seakan senyum selepas dimandi dan dikafankan.

Mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini. Mungkin juga ia adalah ganjaran yang diterima untuk apa yang beliau lakukan ketika hidupnya.

Sebagai umat Islam, semoga kita mendapat sedikit iktibar daripada gambar-gambar ini dan kita doakan Allahyarhamah ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. -Al-Fatihah.


Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung