Nuffnang
Sunday, October 31, 2010
Betulkah!!!!....SKMM siasat jualan haram notebook 1Msia
Gambar Hiasan Google
Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan telah mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyiasat dakwaan penjualan haram notebook Program Komputer 1Malaysia.
Timbalan Menteri berkenaan Datuk Joseph Salang Gandum berkata sesetengah unit notebook itu didapati di kedai-kedai komputer di kompleks membeli-belah di Kuala Lumpur.
"Kita serius dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini bahawa ada dakwaan pelajar menjual komputer di bawah Program Komputer 1Malaysia yang diberikan percuma oleh kerajaan," kata Salang kepada pemberita selepas menghadiri Pesta Pakan tahunan di Pekan malam tadi.
Komputer itu diberikan secara percuma kepada kumpulan sasar keluarga isi rumah berpendapatan bawah RM3,000 sebulan bagi kawasan luar bandar dan bawah RM5,000 bagi kawasan bandar berdasarkan nisbah yang ditetapkan.
Salang berkata kemungkinan komputer itu bukan dijual dengan sengaja tetapi telah dicuri dan kemudian dijual dan jika ini berlaku, perkara tersebut sangat serius dan hendaklah diberhentikan.
Beliau mengingatkan pembeli notebook itu bahawa mereka boleh didakwa kerana menyimpan barang curi atau kerana memiliki barang kepunyaan kerajaan secara haram.
Katanya kerajaan telah mengedarkan sejuta unit komputer itu kepada pelajar daripada keluarga yang tidak berkemampuan dan sesetengah pemimpin msyarakat di seluruh negara bertujuan membolehkan mereka akses pada internet.
Sebanyak 300,000 unit lagi dijangka diedarkan sebelum akhir tahun ini, kata Salang.
Pemberian komputer ini akan membantu pelajar dalam proses pendidikan menerusi internet dan untuk urusan pengurusan bagi pemimpin masyarakat, tambah beliau.
Berucap ketika merasmikan Pesta Pakan, beliau berharap agar pertandingan tradisi lisan Iban seperti beremban, berbiau, berpantun dan gendang papat diadakan bagi memperkenalkannya kepada generasi akan datang. MALAYSIAKINI
Saturday, October 30, 2010
Apa nak jadi nie...7 tahun dicabul bapa
BUKTI...Kamisah menunjukkan laporan polis mengenai pencabulan anak saudaranya.
KUALA LUMPUR: “Sudah tujuh tahun anak saudara saya yang berusia 14 tahun dicabul bapanya sendiri, tapi baru kini rahsia itu terbongkar sebelum kami membuat laporan di Balai Polis Rawang, Rabu lalu,” kata Kamisah Jamal, 31, ibu saudara kepada seorang remaja perempuan yang mendakwa dicabul bapanya sejak tujuh tahun lalu.
Beliau berkata, setiap hari mangsa sering bermuram kerana trauma dengan apa yang berlaku selain tidak menyangka bapa kandungnya yang juga penagih dadah tergamak mencabul kehormatannya sejak kecil.
“Melalui cerita anak saudara saya, dia memberitahu ketika berusia tujuh tahun, bapanya selalu bermain dengan kemaluannya dengan tangan tetapi sejak dua tahun lalu selepas cukup umur, bapanya semakin berani melakukan perkara yang lebih buruk.
“Bapa mangsa yang juga abang kandung saya, sering mengambil peluang menceroboh masuk ke bilik anaknya itu apabila semua ahli keluarga lain tidur dan ada kalanya pada sebelah pagi ketika ibunya pergi bekerja hingga dia tidak terdaya untuk melawan,” katanya ketika datang ke Balai Berita, semalam. HARIAN METRO
Friday, October 29, 2010
AC Mizal nyaris dipenjara..Kerana Tak bayar Nafkah
KAJANG – Akibat ingkar perintah mahkamah untuk membayar tunggakan nafkah anak berjumlah RM9,800, pengacara popular AC Mizal dijatuhi hukuman penjara 25 hari oleh Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat di sini semalam.
Bagaimanapun, AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 39, terselamat daripada hukuman tersebut setelah dia berjaya menjelaskan tunggakan nafkah anak itu seperti yang diarahkan oleh Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah.
Abdul Halim memerintahkan responden iaitu AC Mizal dipenjarakan 25 hari bermula semalam melainkan jika pengacara itu menjelaskan bayaran nafkah sebanyak RM200 sebulan yang tertunggak sejak Januari 2005 hingga 19 Februari tahun lalu.
Sebelum itu, Abdul Halim yang membacakan penghakiman setebal 36 halaman berkata, dia mengambil kira tindakan responden memasukkan wang berjumlah RM8,200 ke dalam akaun bersama AC Mizal dengan anak keduanya pada Disember tahun lalu sebagai untuk mematuhi perintah mahkamah.
“Tindakan responden memasukkan RM8,200 ke dalam akaun anak kedua adalah untuk mematuhi perintah mahkamah tetapi cara kemasukan wang tersebut adalah terpesong kerana pembayaran semula diperintah dimasukkan ke dalam akaun anak yang pertama.
“Ini merupakan perlanggaran perintah tetapi tindakan responden itu tidaklah sehingga menghina mahkamah. Mahkamah akan mengeluarkan satu perintah lain untuk responden patuhi,” ujarnya sebelum mengarahkan AC Mizal membayar tunggakan RM9,800 ke dalam akaun bank RHB milik bekas isterinya, Shafnie Zainudin dan anak pertama.
Dia turut diperintahkan membayar denda RM1,500 kerana gagal menghantar penyata kewangan syarikat miliknya, Best Line Entertainment (M) Sdn. Bhd., kepada bekas isteri, Shafnie, 35..KOSMO
Isteri dan anak anak kita kena jaga la...masa kita mahu, kita belai...apabila masa tak nak, kita buat macam macam ye...........
Thursday, October 28, 2010
Mak ooi .....Mangga Pak sheikh sebesar buah betik. ...
Masyaallah ...Mak ooii..besarnya buah mangga yang ditanam oleh Pak sheikh tu...sampai sebiji beratnya 2.6 kg..Syukran ..dulu kat sana tanam pokok tamar je..sekarang nie...tanam apa pun jadi ye...Kalau kat ..qatar pokok strawberry pun ada ditanam...
Di Kampung Abu Luqman dulu ada..seorang pegawai pertanian ada tanam spesis jenis mangga nie la..namanya Malgua...buat pertama seberat 2 kg... penulis pun minta anak untuk di tanam....tapi setakat 1.5 kg je...jadi la....
Wednesday, October 27, 2010
Hebat ye ...Pemuda cipta rekod naiki papan selajunya
MISCHO ERBAN bergerak dengan papan selajunya.
DENVER - Seorang pemain papan selaju memecahkan rekod dunia sendiri apabila dia menuruni bukit selaju 130.08 kilometer sejam (km/j) di sebuah lokasi rahsia di negeri Colorado, Amerika Syarikat (AS).
Dengan memakai sut kulit dan berbekalkan keberanian serta graviti, jaguh papan selaju berkenaan, Mischo Erban memecahkan rekodnya sendiri pada 30 September lalu.
Erban, 27, memecahkan rekodnya sebelum ini iaitu 113 km/j dalam percubaan tersebut yang diawasi oleh Persatuan Sukan Graviti Antarabangsa (IGSA).
Dia yang menetap di Vernon, Kanada, menaiki sebuah papan selaju panjang dengan posisi berdiri, kepala ke depan manakala kedua-dua tangannya berada di belakang bagi mencatat rekod baru tersebut.
Rekod dunia itu dicatat sepenuhnya dengan menggunakan graviti tanpa bantuan mekanikal. - Agensi..KOSMO
Pulau Pinang catat hasil paling tinggi
Pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang mencatatkan hasil pendapatan paling tinggi buat dua kali berturut-turut - ia berjaya memungut RM1.1 bilion dalam dana terkumpul bagi seluruh tahun 2009.
Dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009, Pulau Pinang adalah negeri tunggal Pakatan Rakyat yang menerima penarafan 'baik'berhubung kedudukan kewangannya - mereka juga mengumpul 29.1 peratus dalam pendapatan sebenar, membawa jumlah keseluruhan kepada RM376.51 juta.
azlanPada 2008, kerajaan negeri Pulau Pinang memecahkan rekod apabila dana terkumpulnya mencecah RM1.025 bilion seperti yang dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara sebelum ini.
Di bawah pentadbiran kerajaan negeri BN, dana terkumpul Pulau Pinang adalah RM847.45 juta bagi 2007.
Dana terkumpul itu adalah kombinasi pendapatan akaun, pinjaman dan juga dana saham amanah.
Pungutan hasil juga naik dengan ketara daripada RM296 juta pada 2007 kepada RM371 juta pada 2008. Hasil bagi 2009 pula adalah pada RM376 juta.
Laporan Audit itu juga mendedahkan bahawa Dana Amanah Perumahan Bumiputera telah buat kali pertama ditubuhkan dengan RM12.65 juta disalurkan untuk tujuan berkenaan.
Tiga agensi negeri menerima penarafan 'sangat baik' berbanding hanya dua pada 2008. Agensi berkenaan adalah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang, jabatan kewangan negeri dan pejabat daerah bahagian barat daya.
Selangor ketinggalan
Dua lagi negeri yang dikuasai oleh Pakatan - Kedah dan Kelantan, mencatatkan peningkatan dalam dana terkumpulnya pada 2009 berbanding tahun sebelum itu.
Kelantan mencatatkan pertumbuhan besar 252 peratus kepada RM97.23 juta berbanding RM27.58 juta pada tahun 2008.
azlanHasil di Selangor pula, pada masa yang sama jatuh 7.3 peratus kepada RM1.32 bilion berbanding RM1.42 bilion pada 2008.
Pada RM1.32 bilion, ia juga adalah jauh lebih rendah daripada dana terkumpul RM1.39 bilion yang diperolehi semasa pentadbiran BN pada 2007.
Pentadbiran negeri Kedah pula menunjukkan peningkatan 5.1 peratus dana terkumpulnya kepada RM265.52 juta bagi tahun 2009. Malaysiakini
Tuesday, October 26, 2010
'Sandwich kosong' untuk pelajar, sardin lesap..Laporan Audit Negara
Kanak-kanak sekolah yang dijanjikan roti sandwich sardin tetapi hanya dibekalkan dua keping roti dengan marjerin.
Perkara itu didedahkan dalam laporan Ketua Auditor Negara 2009 yang mendapati Rancangan Makanan Tambahan oleh kerajaan tidak menepati apa yang serpatutnya seperti yang berlaku di SK Jeroco di Lahad Datu.
Selain sardin, sandwich yang dijanjikan itu sepatutnya juga mempunyai timun, tomato dan salad, tetapi kanak-kanak itu cuma dibekalkan dengan marjerin.
Selain SK Jeroco, pembekal makanan di lima sekolah rendah yang lainj sekitar Malaysia juga didapati membekalkan kualiti makanan yang jauh lebih rendah daripada menu yang dicadangkan mengikut Rancangan Makanan Tambahan di sekolah-sekolah.
"Selepas maklum-balas daripada pakar pemakanan daripada jabatan pemakanan, Kementerian Kesihatan, kami dapati makanan daripada menu yang dibekalkan boleh menyebabkan pemakanan yang tak seimbang dan akan membantutkan perkembangan fizikal dan mental kanak-kanak,” petik laporan Ketua Audit Negara itu.
Bernilai lebih rendah
Enam lagi pembekal didapati menyediakan makanan yang langsung berbeza dengan apa yang dicadangkan dalam program itu, lazimnya makanan berkenaan bernilai lebih rendah daripada sepatutnya.
Rancangan Makanan Tambahan diperkenalkan 30 tahun lalu bagi memberi kanak-kanak kurang berkemampuan makanan percuma pada nilai RM1.80 (di Semenajung Malaysia) dan RM2.05 (di Sabah dan Sarawak).
Namun, laporan Ketua Audit Negara mendapati beberapa kontraktor terus menipu dalam pembekalan makanan kanak-kanak.
Antaranya adalah apa yang berlaku di SJK(C) Choong Hua 2 di Bidor, Perak. Pembekal makanan kantin menyediakan bungkusan mee segera kepada kanak-kanak, di mana sepatutnya mereka dibekalkan dengan bihun goreng.
Antara alasan lazim yang dikemukan oleh sekolah dan juga pembekal adalah “kesukaran mendapatkan bahan mentah, khususnya untuk sekolah di kawasan pedalaman.
Laportan Ketua Audit Negara itu juga mendedahkan kualiti makanan yang rendah di beberapa hospital.
"Dalam persampelan, kami dapati Hospital Sultan Ismail Hospital membekalkan makanan yang berkualiti rendah. Ayam gorengnya masih berdarah, manakala Hospital Besar Pulau Pinang pula menyediakan sup sayur yang mempunyai rambut di dalamnya,” petik laporan itu. Sumber Malaysiakini
Monday, October 25, 2010
Pengawal tidur, 12 bas hangus
Pemandu melihat bas yang hagus dalam kebakaran di Depot Bas Ekspres Budaya di Jalan Panji, Kota Bharu kelmarin.
KOTA BHARU – Gara-gara pengawal keselamatan didakwa tertidur, 12 buah bas Ekspres Budaya milik Syarikat Transline Express Sdn. Bhd. bernilai RM2.6 juta musnah dijilat api di depot menempatkan bengkel dan tempat menyimpan bas di Panji, Pengkalan Chepa dekat sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 12 tengah malam kelmarin, kesemua bas tersebut yang disusun berdekatan di salah satu sudut di depot tersebut hangus sama sekali.
Ketua Balai Bomba Pengkalan Chepa, Saipu Bhari Mohd. Noor (gambar kecil) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada pukul 12.32 tengah malam kerana pengawal yang bertugas menjaga depot itu semasa kejadian didakwa tertidur.
Menurut Saipu, pihaknya menghantar sebuah jentera bersama lima anggota ke tempat kejadian sebelum tiba di lokasi tiga minit kemudian kerana kedudukan balai bomba dan depot bas itu hanya dalam jarak dua kilometer. KOSMO
Maaf ye..kadang kadang pengawal keselamatan ni letih kut...buat dua kerja ,siang kerja lain malam jadi jaga itu yang menyebabakan beliau letih..
Saturday, October 23, 2010
Benarkah Nanu Lakon Aksi Ranjang Selepas 20 Tahun ?
Nanu Baharudin
PETALING JAYA: Pelakon Nanu Baharudin mengakui gementar dan malu ketika melakukan adegan panas bersama pelakon kacak Adi Putra dalam filem Haq yang bakal ditayangkan pada 27 Januari 2011.
Kata Nanu, adegan tersebut merupakan pengalaman pertamanya melakonkan aksi ranjang setelah 20 tahun bergelar pelakon.
"Ini merupakan kali pertama saya diberi untuk melakonkan watak panas. Semasa latihan sahaja saya sudah berpeluh-peluh kerana takut, cemas dan gementar terutama berdepan dengan Adi Putra.
"Tapi ia tidaklah sepanas mana, kita ada hadnya di Malaysia. Setakat ini ia masih lepas dari tapisan Lembaga Penpisan Filem (LPF)
"Watak panas ini juga bukan bertujuan utama untuk menarik penonton, tetapi ada sebab kenapa ia dilakonkan terutama menyentuh kepada jalan cerita," katanya ketika sidang media pelancaran filem Haq, di sini, Rabu.
Jelas Nanu, sebagai pelakon dia hanya fokus kepada kerja lakonannya dan berharap tidak dipandang serong oleh masyarakat dan peminat.
"Saya takut juga dengan pandangan peminat sebab sebelum ini saya hanya bawa watak ibu atau wanita korporat. Saya harap mereka tidak pandang serong sebab tujuan adegan tersebut adalah bagi menceritakan babak seterusnya.
"Setelah melalui LPF, kami hanya perbaiki dan tidak perlu memotong adegan tersebut," katanya yang melakonkan watak Zahra.
Barisan pelakon utama Haq
Dalam pada itu, Nanu memberitahu filem tersebut memakan masa dua tahun untukn disiapkan kerana proses penggambaran dan suntingan dilakukan dengan teliti.
"Banyak proses yang kami jalankan dengan teliti, bermula dari pencarian pelakon utama sehingga proses suntingan terakhir. Maklumlah ini merupakan projek pertama saya dan KasehDia, jadi kami mahu yang terbaik.
"Selepas itu, pada tahun lepas kami ada memilih beberapa tarikh tayangan tetapi tidak sesuai sehingga dapat tarikh 27 Januari tahun depan," katanya.
Filem yang menelan belanja sebanyak RM 2.5 juta ini juga memilih United Studios iaitu anak syarikat KRU Studios yang bertindak sebagai pengedar dan promosi.
Menurut Pengasas dan Pengurus Besar KasehDia Pictures, Jumatun Azmi berkata, perancangan utama adalah untuk membawa filem ini ke luar negara terutama ke Timur Tengah seperti Mesir dan memasuki pasaran antara bangsa.
"Kami merancang untuk membawa filem ini ke pasaran antara bangsa dan kami tahu United Studio adalah satu-satunya pengedar yang mempunyai lesen untuk pengedaran luar negara.
"Kami ingin memasuki pasaran Timur Tengah namun bagi langkah pertama ia mungkin akan dipasarkan ke pasaran filem Amerika Syarikat pada bulan hadapan," jelasnya.
Filem yang menggunakan khidmat pengarah terkenal Hong Kong, CL Hor yang sebelum ini pernah mengarahkan filem The Third Generation dan Kinta mampu memberi kesan aksi sehebat filem antara bangsa dengan menggunakan teknik janaan imej berkomputer (CGI).
Haq memaparkan kisah dua beradik yang dikurniakan dengan kuasa istimewa sehingga membawa kepada pertembungan yang amat mendebarkan.
Filem ini juga banyak memberi pengajaran dan nilai-nilai kekeluargaan yang terputus akibat dari kuasa yang ada.
Antara pelakon yang terlibat ialah Zul Huzaimy, Adi Putra, Nanu Baharudin, Raja Farah, Fatimah Abu Bakar, Zulkifli Ismail dan ramai lagi. MSTAR>>>>>
Friday, October 22, 2010
Penyokong Facebook anti-menara hampiri 100,000
Gambar Hiasan je
Sebuah laman Facebook untuk membantah rancangan pembinaan menara 'Warisan Merdeka' setinggi 100 tingkat di ibunegara, mendapat sokongan hampir 100,000 peminat dalam tempoh tidak sampai seminggu.
Laman '1M Malaysia Reject 100-story Mega Tower' yang diwujudkan Sabtu lalu - sehari selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan projek bernilai RM5 bilion itu dalam ucapan bajet 2011 - telah mengumpulkan 95,165 penyokong sehingga jam 7 malam ini.
Ia mensasarkan satu juta penyokong dalam beberapa minggu akan dataang.
Pertambahan jumlah penyokong itu merupakan petunjuk peningkatan kritikan rakyat Malaysia yang mahu wang tersebut dibelanjakan untuk tujuan lain.
Bangunan Warisan Merdeka' itu akan menjadi menara tertinggi di Malaysia, jauh melebihi ikon Petronas - Menara Berkembar setinggi 88 tingkat yang siap dibina pada 1998 - dan pernah menjadi yang tertinggi di dunia.
Dua hari lalu, pencipta laman tersebut, yang tidak mahu namanya disiarkan, menuduh Facebook menyekat akses ke laman tersebut.
Mereka mengatakan disekat daripada meletakkan sebarang mesej.
Bagaimanapun, akses mereka dipulihkan setelah laman itu dikategorikan semula oleh Facebook sebagai laman komuniti dan bukannya laman peminat.
Menurut Facebook, laman peminat hanya boleh mewakili individu, jenama atau organisasi tertentu.
Tetapi pemilik laman anti-menara itu bertegas bahawa mereka memang dari mula lagi, telah mendaftarkannya sebagai laman komuniti.
Dua laman Facebook pro-menara
Sementara itu, terdapat dua laman Facebook pro-menara - 'Kami Sokong Menara Warisan' - dengan 251 penyokong, dan 'I See the Benefits of PNB's 100-story Tower' dengan 38 penyokong.
Rancangan untuk projek mega itu, yang akan dibina dan dibiayai oleh syarikat kaitan kerajaan - Permodalan Nasional Bhd (PNB) - terdiri daripada tiga fasa dan dijadual siap pada 2020. Malaysiakini
Festival Busana Muslim hina Islam - Helwa Abim
KUALA LUMPUR, 22 Okt: Bahagian Hal Ehwal Wanita (Helwa) Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) memandang serius penganjuran Islamic Fashion Festival atau Festival Busana Muslim di Kuala Lumpur, baru-baru ini yang gagal memenuhi serta mematuhi kehendak syariah serta konsep aurat yang digariskan di dalam Islam.
Helwa Abim berpandangan bahawa isu penjagaan aurat dan hijab adalah vital sekiranya masyarakat mahu membicarakan tentang fesyen Islam.
“Justeru, Helwa Abim merasa sangat kecewa dan terkilan dengan interpretasi fesyen Islam yang gagal dihayati dan difahami secara keseluruhannya, khususnya menyentuh isu penjagaan aurat yang menjadi elemen terpenting dalam penghayatan Islam secara keseluruhannya,” ujar Naib Presiden Helwa Abim, Fadhlina Siddiq dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Malah, katanya apa yang dipotretkan kepada masyarakat sewaktu penganjuran Islamic Fashion Festival itu nyata jauh tersasar dan mengelirukan masyarakat Islam sendiri malah serta merupakan unsur-unsur penghinaan terhadap Islam dengan jelas.
Tegasnya, menutup aurat dan hijab adalah lambang wanita Islam yang hadir dengan esensi murni yang signifikan untuk memelihara kehormatan, maruah dan melambangkan akhlaq seorang wanita Islam.
Tambahnya, aa bukan pakaian bermusim untuk pesta-pestaan serta bukan pakaian untuk melambangkan siapa yang lebih Islamik.
“Bahkan ia juga bukan interpretasi bahawa inilah pakaian Islam yang sebenar mengikut pandangan peribadi sesiapapun,” ujarnya.
Jelasnya lagi, anjuran menutup aurat bukan untuk pesta-pestaan semata-mata kerana ia adalah anjuran ketegasan wahyu dan perintah yang tuntas demi menjaga kehormatan dan maruah seorang wanita Islam sebagaimana yang terkandung di dalam al-Quran. Harakahdaily
Thursday, October 21, 2010
Terkini ...Santa 'Pak Haji': TV3 didenda RM50,000
Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) telah dikenakan denda maksimum RM50,000 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana menyiarkan iklan kontroversinya berhubung sambutan Aidilfitri yang lalu.
NONEIklan yang disiarkan oleh stesen televisyen swasta pertama itu didakwa menyentuh sensitiviti umat Islam.
Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum memaklumkan kepada Dewan Rakyat hari, siasatan SKMM mendapati iklan berkenaan “menghina dan mengapi-apikan”.
Penjelasan itu sebagai menjawab soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen bebas yang mewakili Kulim Bandar Baru, Zulkifli Noordin yang ingin tahu mengenai tindakan kerajaan ke atas TV3 kerana menyiarkan iklan “Sinari Lebran”.
Zulkifli dalam soalannya mendakwa iklan tersebut “menghina dan menjatuhkan martabat Islam”.
“Sinari Lebaran oleh TV3, disiasat oleh Akta SKMM 1998 mengikut Seksyen 206 (3) yang memperuntukkan kompaun maksimum RM50,000 yang dikenakan kepada TV3,” kata Salang.
TV3 semasa bulan Ramadan lalu menyiarkan iklan yang menggambarkan seorang lelaki tua dan kanak-kanak menaiki beca ajaib ala kereta salju Santa Claus sehingga melintasi bulan.
NONEIa dilihat seperti menyamakan Aidil Fitri dengan unsur Krismas, Hindu dan Buddha apabila memasukkan elemen beca terbang, bunga teratai dan pelita.
Kos penerbitan iklan itu dikatakan mencecah RM200,000 dan banyak menggunakan teknik janaan pengimejan komputer (CGI).
Sementara itu, berhubung soalan Zulkifli mengenai usaha pemantauan dan penguatkuasaan berhubung penularan “fitnah perkauman dan agama” menerusi media siber dan elektronik, Salang berkata mengikut Seksyen 211 dan 233 Akta SKMM ia tidak terhad kepada artikel yang dimuatnaik dalam laman berkenaan tetapi juga membabitkan interaksi serta komen yang dianggap memfitnah mana-mana agama ataupun kaum.
“Bagi kesilapan yang lebih serius, sebagai contoh menghina Islam dan agama lain yang boleh mencetuskan ketegangan kaum serta mengancam keselamatan negara, kita boleh rujuk kepada Akta Hasutan 1948 dan akta Keselamaatn Dalam Negara,” katanya. Malaysiakini
Hal Duniawi...Bergaduh adik-beradik: Kereta, dua rumah terbakar
DUA buah rumah yang hangus ekoran pergaduhan dua beradik di Kampung Seberang Perak, Alor Setar kelmarin.
ALOR SETAR - Puncanya masalah kewangan. Rentetan itu, dua beradik lelaki bergaduh sehingga rumah mereka dan sebuah rumah jiran hangus dalam kejadian di Kampung Seberang Perak dekat sini kelmarin.
Turut musnah dalam kejadian pada pukul 8 malam itu ialah sebuah kereta milik ahli keluarga dua beradik itu.
Pergaduhan itu didakwa bermula sejak pukul 4 petang pada hari sama. Ia didakwa dimulakan oleh si abang yang dipercayai menghidap sakit mental. Dia bergaduh dengan adiknya.
Dalam perang mulut yang berlarutan itu, si abang, Tan Chee Leng, 32, didakwa mengugut untuk membakar rumah dan juga dirinya sendiri.
Ibu mereka, Khua Ai Git, 56, berkata, dia yang risau melihat pergaduhan itu yang tiada tanda-tanda akan reda telah membuat laporan polis.
"Saya terpaksa buat laporan di balai polis kerana saya bimbang dengan sikap Chee Leng yang ada sakit mental. Saya risau Chee Leng akan buat seperti yang dia ugut (bakar rumah).
"Selepas buat laporan, anggota polis ada pergi rumah saya dan saya terus berada di balai polis kerana takut untuk pulang ke rumah," katanya.
Namun pada pukul 8 malam, Ai Git berkata, dia dihubungi adiknya yang memberitahu rumahnya dan sebuah rumah jiran sudah terbakar.
"Saya tidak sempat menyelamatkan apa-apa barang kerana semasa saya sampai di rumah, api sudah marak dan sebuah kereta di hadapan rumah saya juga terbakar," katanya.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja, Idris Mydin berkata, pihaknya menjumpai dua botol cecair yang tidak berlabel di tempat kejadian.
Beliau berkata, bomba menghantar dua buah jentera berserta 24 anggota untuk memadam kebakaran dengan turut dibantu pasukan bomba sukarela.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Abdul Ghafar Rajab mengesahkan bahawa selepas menerima laporan daripada ibu suspek, anggota polis telah dihantar ke rumah tersebut untuk memujuk suspek.
"Semasa polis sampai di rumah itu, suspek sedang memegang sebilah parang, pemetik api dan juga jarum suntikan. Dekat kakinya terdapat satu tin minyak dan juga sebotol racun.
"Semasa polis sedang memujuk suspek, ada seorang jiran datang dan bercakap sesuatu kepada suspek menyebabkan suspek naik angin dan menolak tin minyak tersebut dan terus menyalakan api menyebabkan api marak dengan cepat," katanya.
Beliau berkata, selepas membakar rumah, suspek yang melecur mendapatkan rawatan sendiri di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).
"Polis yang mendapat maklumat mengenai suspek itu telah menahannya di HSB," kata Abdul Ghafar.
Tambah beliau, suspek itu kini dirawat di HSB kerana melecur kira-kira 20 peratus tubuh badannya.
Difahamkan, suspek sebelum kejadian itu telah membeli petrol kononnya untuk diisi dalam kereta.
Jiran-jiran mendakwa suspek dan adik lelakinya itu memang kerap bergaduh. KOSMO
ALOR SETAR - Puncanya masalah kewangan. Rentetan itu, dua beradik lelaki bergaduh sehingga rumah mereka dan sebuah rumah jiran hangus dalam kejadian di Kampung Seberang Perak dekat sini kelmarin.
Turut musnah dalam kejadian pada pukul 8 malam itu ialah sebuah kereta milik ahli keluarga dua beradik itu.
Pergaduhan itu didakwa bermula sejak pukul 4 petang pada hari sama. Ia didakwa dimulakan oleh si abang yang dipercayai menghidap sakit mental. Dia bergaduh dengan adiknya.
Dalam perang mulut yang berlarutan itu, si abang, Tan Chee Leng, 32, didakwa mengugut untuk membakar rumah dan juga dirinya sendiri.
Ibu mereka, Khua Ai Git, 56, berkata, dia yang risau melihat pergaduhan itu yang tiada tanda-tanda akan reda telah membuat laporan polis.
"Saya terpaksa buat laporan di balai polis kerana saya bimbang dengan sikap Chee Leng yang ada sakit mental. Saya risau Chee Leng akan buat seperti yang dia ugut (bakar rumah).
"Selepas buat laporan, anggota polis ada pergi rumah saya dan saya terus berada di balai polis kerana takut untuk pulang ke rumah," katanya.
Namun pada pukul 8 malam, Ai Git berkata, dia dihubungi adiknya yang memberitahu rumahnya dan sebuah rumah jiran sudah terbakar.
"Saya tidak sempat menyelamatkan apa-apa barang kerana semasa saya sampai di rumah, api sudah marak dan sebuah kereta di hadapan rumah saya juga terbakar," katanya.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja, Idris Mydin berkata, pihaknya menjumpai dua botol cecair yang tidak berlabel di tempat kejadian.
Beliau berkata, bomba menghantar dua buah jentera berserta 24 anggota untuk memadam kebakaran dengan turut dibantu pasukan bomba sukarela.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Abdul Ghafar Rajab mengesahkan bahawa selepas menerima laporan daripada ibu suspek, anggota polis telah dihantar ke rumah tersebut untuk memujuk suspek.
"Semasa polis sampai di rumah itu, suspek sedang memegang sebilah parang, pemetik api dan juga jarum suntikan. Dekat kakinya terdapat satu tin minyak dan juga sebotol racun.
"Semasa polis sedang memujuk suspek, ada seorang jiran datang dan bercakap sesuatu kepada suspek menyebabkan suspek naik angin dan menolak tin minyak tersebut dan terus menyalakan api menyebabkan api marak dengan cepat," katanya.
Beliau berkata, selepas membakar rumah, suspek yang melecur mendapatkan rawatan sendiri di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).
"Polis yang mendapat maklumat mengenai suspek itu telah menahannya di HSB," kata Abdul Ghafar.
Tambah beliau, suspek itu kini dirawat di HSB kerana melecur kira-kira 20 peratus tubuh badannya.
Difahamkan, suspek sebelum kejadian itu telah membeli petrol kononnya untuk diisi dalam kereta.
Jiran-jiran mendakwa suspek dan adik lelakinya itu memang kerap bergaduh. KOSMO
Wednesday, October 20, 2010
Kecanggihan Teknologi ....di iringi dengan Ketaqwaan kepada Allah
Kelihatan tiang tiang payung berdiri teguh sebelum ...terbukanya payung gergasi berhampiran Masjid
Pekerja sedang memeriksa payung yang telah kembang menutupi lapangan solat.
Gambar di Atas menunjukkan terkembangnya payung yang merentang seluruh permukaan lapangan masjid.
Subhanallah ..Alhamdulillah ...Allah hu akhbar... sekadar itulah yang dapat di ungkapkan..apa bila melihat keteramnpilan teknologi serta idea pemikir ...jurutera Islam yang mempunyai fikrah AL Islamiah dalam membangun kota Mekkah... Ya Allah hambamu berdoa semoga kami sampai disana..amin
Tuesday, October 19, 2010
Hakim putuskan suami boleh pukul isteri...Setujukah Anda.
Gambar Hiasan Je
ABU DHABI - Mahkamah tertinggi Emiriyah Arab Bersatu (UAE) menyatakan seorang lelaki boleh memukul isteri dan anak kecilnya asalkan pukulan itu tidak meninggalkan tanda fizikal pada tubuh mereka.
Keputusan Mahkamah Agung Persekutuan tersebut menunjukkan pengaruh kuat undang-undang Islam di UAE selain tarikannya dalam kalangan komuniti antarabangsa ekoran bilangan rakyat asing jauh melebihi penduduk tempatan di negara berkenaan.
Mahkamah berkenaan membuat keputusan itu pada awal bulan ini dalam kes seorang lelaki yang memukul isteri dan anak perempuannya yang telah dewasa sehingga tubuh mereka luka dan berparut.
Ia memutuskan bahawa lelaki itu bersalah kerana mencederakan kedua-dua wanita terbabit tetapi menyatakan, undang-undang Islam membenarkannya untuk tujuan mendisiplin selagi pukulan itu tidak meninggalkan tanda atau parut.
Hakim mahkamah itu turut melarang kanak-kanak yang mencapai usia akil baligh daripada dipukul.
Keputusan itu dilaporkan semalam dalam akhbar The National. - AP..KOSMO
Monday, October 18, 2010
Mak Ooi...Betui Ka ..Harga Getah Naik RM 10 Hingga RM 12 Sekilo
Salam buat semua
Semalam Penulis membaca berita Kosmo yang menyatakan harga getah telah melambung naik . semalam harga getah SMR RM 10 hingga RM 12.oo sekilo ..betul ke nie.. setelah di semak memang betul..kita harap harga getah ini dapat kekal sehingga beberapa waktu ketika ini. Kenaikan harga getah sekarang bukan sahaja menimbulkan kegembiraan kepada penduduk kampong yang bergantung sumber rezeki kepadanya, malahan timbul pula rasa takut.
Semua ini gara-gara berleluasanya kejadian mencuri getah di kebun sekarang sejak harga getah dikatakan meningkat pada masa ini.
Akibatnya sejak dua bulan lalu, timbul pula budaya baru di kalangan penduduk kampung yang bergantung pendapatan dengan hasil menoreh getah iaitu terpaksa membina pondok dan tidur dalam kebun bagi mengelakkan getah mereka dicuri.
Menurut penduduk, senario baru ini sudah menjadi rutin di kalangan penduduk setempat, malah ada yang bergilir-gilir bersama rakan dan ahli keluarga menunggu di kebun getah sebaik ditoreh pada sebelah pagi.
Satu lagi harus diingatkan para penoreh getah , dalam masa kenaikan harga ni..beringat laha sama janganlah joli katak...simpan untuk hari mendatang. Kita tidak tahu hari ini harga getah naik esuk tak tau lagi....beringatlah ..
Sunday, October 17, 2010
iPhone termahal RM24.6 juta..Awat Mahal Sangat
SEPASANG iPhone 4 Edisi Ros Berlian.
LIVERPOOL - Sepasang telefon bimbit pintar iPhone Edisi Ros Berlian dipercayai merupakan iPhone termahal di dunia.
Sebuah akhbar melaporkan kelmarin bahawa kedua-dua iPhone 4 32GB berkenaan dihasilkan oleh seorang pembekal di Liverpool, Stuart Hughes.
Koleksi itu ditempah oleh seorang warga Australia pada harga mencecah AS$8 juta (RM24.6 juta).
Setiap telefon berkenaan ditatah dengan 500 butir berlian berjumlah 100 karat.
Badannya pula disaluti emas dan platinum manakala bingkainya diperbuat daripada granit. - Agensi ...KOSMO
Saturday, October 16, 2010
Kes bayi ditimpa siling disiasat..Macam mana ni..
IPOH – Dakwaan seorang bapa berhubung kecuaian kakitangan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan Hospital Batu Gajah (HBG) dalam memberi rawatan kepada bayi sulungnya akan disiasat oleh Lembaga Pelawat kedua-dua hospital terbabit.
Ahli Lembaga Pelawat HRPB, Datuk Omar Ahmad berkata, beliau telah menghubungi bapa bayi itu, Sahmani Dolmat, 29, (gambar) semalam, bagi mendapatkan gambaran sebenar kejadian yang menimpa anaknya, Putri Nursofea Humaira, namun dia enggan bertemunya.
“Sehingga kini kita masih belum mendapat maklumat lengkap mengenai apa yang berlaku. Walaupun Sahmani tidak membuat aduan secara rasmi, kita akan tetap menyiasat,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
Omar berkata, sebagai Ahli Lembaga Pelawat yang dilantik khusus sebagai perantara orang ramai dengan hospital, pihaknya bersedia sepanjang masa menerima sebarang aduan.
“Isu itu akan dibincangkan dalam mesyuarat bulanan Lembaga Pelawat HRPB akan datang. Sekiranya benar dakwaan itu, kita akan memanggil kakitangan terbabit bagi memastikan insiden sama tidak berulang,” katanya. KOSMO
Friday, October 15, 2010
Padah Jadi Ahli Haram 'Bayar RM3,000 jika mahu bebas'
NUR FARLIHIN kini dipercayai berada di Bangkok selepas hilang sejak Februari lalu.
GEORGE TOWN – Keluarga Nur Farlihin Yahya, 20, yang hilang sejak 14 Februari lalu
kini semakin bimbang apabila menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) ugutan menuntut wang ‘pembebasan’ gadis itu sebanyak RM3,000 daripada individu yang tidak dikenali.
Menurut kakak Nur Farlihin, Fazeliyatun, 30, dia menerima SMS itu kira-kira pukul 2 petang, 11 Oktober lalu iaitu pada hari laporan berita mengenai kehilangan adik bongsunya itu keluar di akhbar.
SMS itu menyebut: “Untuk pengetahuan mak cik sekeluarga, anak mak cik ada sama kami, dan dia sudah jadi keldai kami untuk bawa barang dengan upah yang tinggi. Kalau nak dia keluar dari jadi ahli, mak cik kena bayar RM3,000. Ini syarat keluar ahli”.
Fazeliyatun berkata, selepas menerima SMS daripada talian bernombor 017-9320324 itu, dia cuba menghubungi semula nombor berkenaan tetapi tidak dijawab.
“Sejak itu, kami tidak menerima sebarang panggilan telefon atau SMS daripada adik saya kecuali orang ramai yang ingin memberi bantuan termasuk memberi kata-kata semangat.
“Kami sekeluarga bertambah bimbang dengan nasib yang menimpanya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Thursday, October 14, 2010
AKu Bukan Menuduh.menuding Jari.. Tapi Sekadar Ingatan .
Sebagai renungan hari ini........
Saya tertarik benar dengan khutbah Jumaat di tempat saya .. Isunya mengenai kewajipan menutup aurat.
Disebabkan semua jemaah lelaki, khatib mengingatkan jemaah supaya memberitahu anak isteri supaya menjaga aurat masing-masing.
Kenapa wanita tu senang menjadi fitnah? hum..memang itulah hakikatnye.. kerana wahai wanita, Allah telah jadikan anda makhluk paling cantik dipandang mata, andalah sebaik-baik perhiasan yang mampu menarik pandangan setiap mata di sekitarmu..
01.Ada yang pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah 'kegebuan' leher dan dadanya. Sedangkan dalam khutbah tadi, khatib membacakan ayat al-Quran yang meminta wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka.
02.Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan yang 'gebu' itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur bontot.
03.Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat. Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni?
04.Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat. Tidak cukup dengan tu pakai 'kain koyak' pula. Apabila berjalan, terserlahlah 'kegebuan' betis malah kadang-kadang paha pun tersembul.
05.Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat, macam skirt mini. Kaki bukan auratkah? Pakailah stokin!!!!!!!
06.Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.
07.Ada perempuan bertudung, 'merendek' pula dengan pacar di bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.
08.Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Dalam khutbah tadi, khatib memberitahu tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.
Wednesday, October 13, 2010
BENARKAH TANDAS LEBIH BERHARGA DARI SEBUAH RUMAH PPRT
Gambar di atas adalah rumah PPRT
Inilah tandas bertaraf 5 bintang
Tandas awam ini merupakan tandas awam pertama yang bertaraf lima bintang di negara ini. mula dibina pada 2009 dan siap sepenuhnya pada tahun lalu melalui peruntukan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan berjumlah RM115,000.
Cuba bandingankan dengan harga kos sebuah rumah PPRT yg cuma hanya berjumlah RM27000 sebuah. Maknanya 3 buah rumah PPRT dapat dibina berbanding hanya untuk sebuah tandas yg bukan untuk manusia berehat untuk sesebuah keluarga.
Kadang kadang kita tak faham..mengapa ya perlu dibuat mahal ..kalau tandas beharga RM 20,000 pun dah ok..yang penting ialah pihak yang mencucinya..tandas awam kalau tak cuci,,faham faham jee laaa.
Tuesday, October 12, 2010
Hati Hati ...Pewangi Tin Dalam Kereta Bole Meletopppss
Salam buat semua ..Abu luqman dapat email dari kawan yang sudi hantar..
Ini pewangi kereta, sape yang tak kenal kan?,so hati hati dengan pewangi yang jenis bertin seperti ni,Bila anda meninggalkan kereta di tempat yang panas terik,dengan keadaan cermin yang bertutup rapat, ianya akan meletup biasalah dia kan bergas, di belakang tin pun ada instruction.kawan aku pun pernah cerita pasal ni,tengok gambar di bawah tu...so beringatlah sebelum terkena. Jangan biarkan ianya di dalam kereta anda.
Perhatian semua..apa apa barang yang dalam tin...yang bergas jangan letak dalam kereta dan ditempat yang terdedah..beginilah jadinya..
Monday, October 11, 2010
Kagum Dengan Negeri Tuan Guru.........
Salam buat semua...
Selepas aidil fitri ..Penulis telah bertandang ke Negeri Kelantan ..Negeri yang di perintah oleh Tuan Guru.. Penulis telah tertarik dengan reka bentuk bangunan Masjid Ala Negeri China..seperti mana dalam gambar..ia memaparkan rekabina serta bentuk dari Negeri China.. Masjid ini terletak dalam kawasan ke Rantau Panjang .. komuniti penduduknya ramai dari orang Melayu Islam dan siam dan keturunan tiong hua.. matlamat pembinaan masjid ini ialah untuk salah satu cara bentuk dakwah untuk menarik minat masyarakat bukan Islam untuk mendekati Islam. Adal lagi satu reka bentuk masjid ini boleh di lihat Di Bandar Melaka.. Yang aneh ada orang kata Kelantan tak membangun...mak ooi..pi baru tahu ye...apa pun syiar Islam tertegak di sana ye.....
Sunday, October 10, 2010
Pasar binatang exotik di arab saudi...Pun Ada.
Salam buat semua.
Hari ini Abu Luqman ..memaparkan kisah di sebuah pasar binatang exotik di arab saudi. Ingat pak arab makan dhob je...musang pun dia makan...huhu..
Kalau takat musang tak apala ..ular pun dijual..betul la semua pak arab bukan maksum..pakai jubah je..musang , ular pun di bedalnya jugak...itu belum lagi masuk ke kelab tarian gelek...kalau ada nanati Abu luqman cerita ye....hehe..
Saturday, October 9, 2010
Sudah Lama Aku Tak Pergi ..Meredah Lautan Luas..
salam buat semua..
Setelah aku lalu..tepi persisiran pantai hari ini..maka hati kecil ku..berkata ..kenapa ya..telah lama aku tak meredah lautan luas..bertemankan badai disisi ( faham kut ayat nie )..dalam hati ku terpahat satu perasaan rindu untuk bermain main dengan alunan ombak yang meredah bot yang ku naiki..
Tangan ku terasa berat sekarang ni untuk menggalas joran serta mencuci kekili ( mesin pancing ) entah kenapa ye... sudah genap hampir 4 bulan aku tak turun ke laut...bila ku lihat ombak membadai pantai.rasa gelisah serta meronta ronta hatiku...
kebelakangan ni aku sebuk dengan tugas seharian...menelaah buku / kitab..untuk peperiksaan ..apa yang patut dijawab...dan sebuk dengan berblogger... melayan kerenah ..anak 2..serta cuaca yang tak menentu ketika ini.membantutkan hasrat ku buat masa ini...
Namun padamu ilahi kupohon agar ku dapat turun semula ke laut untuk mencari rezekimu di sana untuk keluargaku dan teman teman temanku...amin
Friday, October 8, 2010
Adakah Hutan Tropika Di Araab Saudi ??? Pelik Tapi Benar !!
Salam buat semua..
Abu Luqman telah menerima email dari sahabat yang kirim dari Arab Saudi..rupa rupanya ..kita sangka Arab Saudi hanya padang pasir sahaja..tapi sekarang sudah ada hutan tropika seperti di Malaysia..Itu lah kebesarah Allah yang di tunjukkan kepada kita.. semoga bertambah ketaqwaan kita kepada Allah..Allah Hu Akhbar
Thursday, October 7, 2010
Remaja Lari Rumah Sudah Jadi Trend?
SEKIRANYA remaja sampai ke tahap mengibaratkan rumah mereka seperti ‘neraka’ dan bukan lagi tempat paling selesa untuk didiami, tidak hairanlah tangan cepat mencapai dua-tiga helai baju lalu dimasukkan ke dalam beg lantas kaki pantas melangkah keluar dari rumah tanpa memikirkan musibah yang bakal mereka terima.
Menghadapi kemelut dengan ahli keluarga dan pada masa yang sama fikiran ‘diusik’ dek pengaruh luar atau rakan yang membayangkan nikmat kebebasan serta keriangan dunia luar menjadi penyebab kebanyakan remaja tidak teragak-agak meninggalkan keluarga.
Lebih mengecewakan apabila terdapat gadis tergamak meninggalkan rumah semata-mata mahu mengikut teman lelaki sebagaimana yang berlaku pada pasangan kembar berusia 14 tahun dari Kampar, Perak, Nurul Ain Kamarazmi dan Nurul Ashiqin pada Aidilfitri baru-baru ini. Setelah seminggu meninggalkan rumah, pasangan kembar itu ditemui di Ayer Itam, Pulau Pinang.
Keluarga Pijah atau nama sebenarnya Norlaili Afizah pula menjadi antara keluarga yang cukup bernasib baik kerana gadis berusia 19 tahun yang dilaporkan hilang Februari lalu tiba-tiba tersedar dari dunia khayalan ciptaan teman lelakinya, Sarjo, lantas dia kembali ke pangkuan keluarga.
Kes remaja lari rumah seperti di atas menunjukkan betapa kuatnya tarikan insan bernama rakan dan teman lelaki dalam hidup seorang anak gadis hari ini.
Bagaikan mempunyai kuasa hebat, rakan dan teman lelaki mampu merungkai ikatan kasih-sayang yang terjalin sejak kecil antara gadis dan ahli keluarga mereka.
Kisah 1: Lari gara-gara merajuk
Kathy (bukan nama sebenar) meninggalkan keluarganya selama setahun gara-gara terasa hati dengan ibu dan neneknya. Seperti mereka yang lain, sebelum ini Kathy hidup bahagia bersama keluarganya. Kemelut timbul apabila perniagaan dobi keluarganya menghadapi masalah sehingga memaksa mereka sekeluarga menumpang rumah neneknya.
“Saya merajuk dengan nenek. Dia tak suka kami tinggal dengannya. Dulu bila keluarga kami senang nenek tak macam tu. Bila kami susah, dia hina dan fitnah kami.
“Emak pula asyik menangkan nenek padahal orang sekeliling dah buat cerita macam-macam pasal emak. Sebab itulah saya buat keputusan keluar rumah. Saya betul-betul tak tahan,” katanya kepada Mingguan mStar ketika ditemui di Rumah Kebajikan Wanita Dan Remaja (Kewaja) di Gombak.
Kisah 2: Terabai punca Liana hanyut
Bagi Liana (bukan nama sebenar) kesibukan ibu dan ayahnya bekerja mencari rezeki menyebabkan dia mencari keseronokan di luar bersama rakan-rakannya.
“Mak dan ayah saya sibuk bekerja tak ada masa untuk bersama saya dan adik. Saya pernah tak pulang rumah hampir tiga bulan sebab seronok dapat melepak di rumah sewa kawan.
“Ketika saya lari dari rumah pun mak ayah tak cari sebab mereka tak kisah saya pergi mana. Sejak itu saya sering tidak pulang ke rumah,” kata gadis yang berasal dari Kuala Lumpur ini.
Sikap si ayah yang sibuk bermain judi dan si ibu yang melebihkan kasih sayang terhadap adiknya yang juga kanak-kanak kurang upaya menyebabkan dia lebih senang untuk bersama-sama teman sebaya yang nakal di kawasan perumahannya.
“Duduk dekat rumah pun bukan ada apa-apa. Saya bosan, tak ada apa nak di buat. Lebih baik saya melepak dengan kawan-kawan. Bila lepak dengan mereka macam-macam benda kami cuba,” katanya.
Bukan sekadar lari dari rumah dan melepak dengan rakan sebaya, Liana yang ketika itu baru berusia 14 tahun sudah pandai menghisap dadah semuanya dek kerana termakan pujukan teman-teman. “Saya ambil dadah itu pun sekadar suka-suka sahaja. Itupun sebab kawan yang ajak,” katanya.
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan tiada apa yang mampu diubah, namun bagi Liana apa yang telah berlaku merupakan pengajaran yang pahit kepadanya.
“Saya telah insaf dan sedih atas apa yang berlaku. Apa yang penting selepas habis tempoh pantang ini saya hendak pulang ke pangkuan keluarga. Kerana mak malu saya mengandung anak luar nikah, dia minta pakcik hantar saya ke rumah Kewaja sejak Julai lalu,” kata ibu kepada seorang bayi perempuan ini.
Saya nak sambung pengajian yang telah saya tinggalkan,” katanya yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini. SUMBER MSTAR
Tuesday, October 5, 2010
Allah hu akhbar, Tanda Kekuasaan Allah
Subhanallah...
Assalamualaikum,
Semalam 18 September 2010 surau Darulsalam (Pok Bakar) depan stesen minyak
ESSO Paka telah mengadakan jamuan Hari Raya Aidil Fitri. Seekor lembu telah disembelih dan dagingnya telah dimasak singgang untuk jamuan. Kebetulan petang itu selepas solat zohor Ustaz Saiful datang makan. Semasa tengah makan tu berita gempar dari anak Pok Bakar yang sedang menambah lauk di kemah perempuan telah terjumpa kalimah Wallahu. (Allah) disekeping daging yang dihidangkan, tidak sampai beberapa minit terjumpa satu ketul daging lagi serupa kalimah Allah lagi. Ramai yang sempat merakamkan gambar ketulan daging tersebut.
Pada sebelah pagi semasa siang daging lembu itu tersebut daging tak habis untuk dilapah, sehingga dah dimasak 2 kawah daging masih lagi tak habis disiang. Pok Bakar pun merasa hairan kenapa daging ni menjadi banyak. Harga seekor lembu hanya RM 2,400 jer. Jamuan sampai lepas solat asar masih ada lagi.
Itu lah dia kekuasan Allah SWT. Wallahualam.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
Aksi kanak-kanak tersebut ketika mengendalikan jentera berat. PETALING JAYA – Aksi seorang kanak-kanak mengendalikan sebuah jentera berat ...
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Gambar hiasan. PETALING JAYA – Seorang pegawai kanan polis yang disyaki bersekedudukan dengan seorang wanita ditahan Jabatan Integriti dan...
-
Tabik! Anggota tentera kutip Jalur Gemilang di tepi jalan undang sebak, “Terima kasih pahlawan” Foto yang menjadi tular di laman sosial. ...
-
Paparan gambar menunjukkan suspek (berbaju putih) mencederakan pengguna jalan raya lain dalam insiden pergaduhan yang berlaku di Jalan Air...
-
Ketiga-tiga lelaki tersebut bergaduh di hadapan gerai durian. – Stomp SINGAPURA – Seorang lelaki melempar durian ke arah seorang peniaga ...
-
Dr Mahathir (tengah) mengunjungi Bazar Ramadan Kampung Baru untuk membeli juadah berbuka puasa, Khamis. KUALA LUMPUR...