Nuffnang

Monday, February 28, 2022

‘Ghost of Kiev’ didakwa tumpaskan 6 pesawat Rusia

 

GAMBAR menunjukkan jet pejuang MiG-29 milik Ukraine. - Ukraine's Ministry of Defence


KIEV – Kisah seorang juruterbang Ukraine yang dikatakan menumpaskan enam pesawat Rusia tular di Twitter dengan pengguna laman tersebut berharap khabar angin yang tersebar di Ukraine itu benar, lapor akhbar Daily Star UK.

Kejayaan menewaskan lima atau lebih pesawat dalam pertempuran di udara adalah sesuatu yang amat luar biasa. Juruterbang yang digelar ‘Ghost of Kiev’ itu mungkin yang pertama mencatat pencapaian sedemikian pada abad ke-21.

Laporan berkaitan kepahlawanan juruterbang itu tersebar dalam kalangan anggota barisan hadapan dan pantas tukar di media sosial.

Dakwaan juruterbang ‘Ghost of Kiev’ membawa jet pejuang MiG-29 itu dilihat sebagai simbol harapan dengan beberapa video tular mengenai jenis jet sama terbang di langit Ukraine.

Menurut akhbar Sepanyol, Marca, juruterbang itu dipercayai menjatuhkan dua pesawat pejuang SU-35, satu pesawat SU-27, satu pesawat MiG-29 dan dua pesawat SU-25.

Pengguna di laman Twitter kecoh berkenaan kisah tersebut walaupun tiada laporan rasmi mengenai juruterbang berkenaan. 

“Ghost of Kiev melindungi beribu-ribu nyawa. Diberkatilah kamu, askar Ukraine yang berani,’’ demikian ciapan seorang pengguna.

“Membaca tentang Ghost of Kiev membuatkan saya meremang. Keberanian dan kecemerlangan penduduk Ukraine sebenarnya mungkin mempunyai peluang,” tulis netizen lain. – Agensi

Saturday, February 26, 2022

Netizen Tergamam Lihat Pendaratan Kemas Pesawat MAS Ketika Taufan Eunice Melanda Di UK

  •    

Baru-baru ini, sebuah video yang memaparkan kapal terbang Malaysia Airlines (MAS) mendarat di Lapangan Terbang Heathrow, London ketika berlakunya taufan Eunce melanda negara itu.

Menerusi perkongsian seorang YouTuber Big Jet TV, orang ramai dapat melihat dengan jelas pendaratan yang kemas dan cantik dilakukan juruterbang tersebut.

netizen tergamam lihat pendaratan kemas pesawat mas ketika taufan eunice melanda di uk

Malah, warganet juga kagum dapat melihat secara langsung video pendaratan tersebut semasa London berdepan dengan taufan Eunice.

Ia secara langsung dapat mengelakkan dari berlaku apa-apa musibah yang tidak diingini, lebih-lebih lagi semasa taufan melanda.

netizen tergamam lihat pendaratan kemas pesawat mas ketika taufan eunice melanda di uk

Pendaratan yang cukup kemas itu dapat mengelakkan daripada berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini ketika taufan melanda yang bahaya itu.

Rata-rata warganet bangga dengan juruterbang yang bertugas ketika itu dan sudah lebih tujuh juta tontonan setakat ini.

https://youtu.be/vPQh1FrbOc0

Oleh: Muhammad Izwan Zainal

Perghh !!! Wanita ‘ditampar’ mi tarik

 


TANGKAP layar menunjukkan situasi ketika seorang wanita ‘ditampar’ mi tarik ketika mengunjungi sebuah restoran. - TikTok


JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial memaparkan situasi ketika seorang wanita ‘ditampar’ mi tarik dalam satu persembahan ketika sedang minum air di sebuah restoran, lapor laman berita Suara.com.

Video yang dimuat naik oleh akaun TikTok bernama @ald.vision itu dirakam di sebuah restoran terkenal.

Kelihatan seorang wanita berbaju cokat yang baru sahaja menikmati hidangan sedang minum air daripada sebuah gelas.

ADVERTISING
Ads by Kiosked

Berdekatannya adalah seorang pelayan yang sedang melakukan persembahan dengan menarik mi di hadapan pelanggan. Pekerja itu dilihat memakai pelitup muka sambil melakukan helah dan menari mengikut rentak muzik.

Namun tanpa disangka, ketika sedang menari, mi yang diputar pekerja berkenaan terkena mata wanita yang sedang minum itu sehingga kepalanya tertarik ke belakang.

Disebabkan terkejut, cawan minumannya terjatuh ke atas meja lalu air didalamnya tertumpah. 

Muat naik berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Habistu apa lagi kak, diberi makanan percuma. Makan sahaja sesuka hati, percuma setahun,’’ Tulis seorang netizen. 

“Saya tidak bayangkan perasaan pekerja berkenaan,’’ komen netizen lain. – Agensi

Friday, February 25, 2022

Tragis... ibu maut dihempap barbell 180kg, anak saksi depan mata

 

Seorang wanita maut dihempap barbell di sebuah gim. foto Newsflash

SEORANG pengunjung gim maut ketika cuba mengangkat barbell seberat 180 kilogram.

Ketika kejadian, wanita itu cuba mengangkat pemberat tersebut di sebuah gim di Mexico pada Isnin.

Menerusi satu rakaman video, seorang lelaki yang memakai baju hitam sedang mengalihkan plat pemberat sebelum wanita berkenaan cuba mengangkatnya.


Dia bagaimanapun terjatuh sebaik mengangkatnya, menyebabkan barbel tersebut menghempapnya.

Wanita berkenaan didakwa meninggal dunai serta-merta selepas pemberat itu menimpa lehernya.

Kejadian itu disaksikan oleh anak perempuan mangsa sehingga memberi kesan psikologi.

Dua individu lain cuba membantu menyelamatkan wnaita tersebut tetapi gagal.

Dilaporkan, mangsa berusia antara 35 dan 40 tahun. - Daily Star


Thursday, February 24, 2022

Tudia !!! Dua lelaki undang kemarahan! Selamba kongsi gambar biadab pijak replika kanak-kanak kebuluran di muzium

 

Perbuatan tidak bermoral dua lelaki ini berpura-pura memijak replika seorang budak yang sedang lapar.

ADAB tidak mengenal usia atau latar belakang.

Sama ada anda tua, muda, miskin, kaya atau berpangkat sekali pun, adab patut menjadi teras dalam diri seseorang manusia.

ARTIKEL BERKAITAN: Biadab! Ibu murid paksa ustazah merangkak... sila tampil ada yang nak bantu - “Jika ustazah tak mampu bayar kos guaman, aku sudi support”

ARTIKEL BERKAITAN: “Biar tak ada rupa, asalkan ada adab” - Gadis sumbing seru netizen ‘jaga mulut’, jangan biadab di media sosial

Seorang wanita memuat naik satu tangkap layar dari posting Instagram yang tular di akaun Twitter miliknya, memaparkan dua lelaki melakukan aksi dianggap biadab di sebuah muzium.

Menerusi gambar tular tersebut, kedua-dua mereka sedang ‘memijak’ replika kanak-kanak sedang kelaparan yang dipamerkan di Wonderfood Museum, Pulau Pinang seolah-olah menghina dan tidak sensitif dengan mesej keinsafan yang mahu disampaikan menerusi pameran itu.



Tangkap layar satu ciapan yang menjadi punca cetusnya kemarahan netizen lain.

“Inilah yang saya maksudkan tentang kurang rasa belas kasihan. Orang ni betul-betul post benda tak baik seperti ini di Instagram. Bagaimana boleh terfikir nak lakukan perkara seperti ini di pameran tentang kanak-kanak kelaparan?! Macam mana benda ni boleh dijadikan bahan lawak?! Kadang-kadang orang Malaysia sangat membuatkan saya gerun,” tweet wanita berkenaan sambil berkongsi gambar tidak sensitif tersebut.

Sehingga kini perkongsian tersebut meraih ribuan retweet dan pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan tindakan dua lelaki itu.

Selain itu, netizen juga turut meluahkan rasa kecewa dengan sikap tidak bermoral yang ditunjukkan oleh dua lelaki tersebut yang mana salah seorang daripadanya dipercayai sudah bergelar bapa berdasarkan apa yang ditulis di ruangan komen.

“Lebih teruk lagi, dia seorang bapa kepada dua orang anak. Saya kesiankan si isteri kerana terpaksa membesarkan keturunannya.



Antara komen netizen yang turut mengulas mengenai gambar tidak bermoral tersebut.

“Alangkah malunya 100 kali bagi seorang lelaki yang mempunyai anak untuk melakukan perbuatan yang tidak berperasaan dan tidak matang itu. Sekurang-kurangnya, dia patut berfikir jika kanak-kanak replika itu adalah anaknya yang bernasib malang, tidakkah dia akan marah? Tidakkah dia fikir anak-anaknya juga patut dikasihani orang lain?” demikian antara komen netizen yang sama sekali tidak dapat menerima perbuatan dua individu ini.

Pameran Wonderfood Museum ini dianjurkan bertujuan untuk memberi kesedaran tentang isu penting mengenai kanak-kanak yang kebuluran.

Satu tweet balas kepada posting asal menyatakan bahawa replika yang menjadi 'bahan mainan' tersebut merupakan inspirasi daripada satu gambar asal kanak-kanak kebuluran di Korea Utara.

“Orang lain melihat replika itu untuk muhasabah diri dalam beberapa perkara, tetapi dia melihatnya sebagai satu jenaka siap buat aksi pijak/sepak? Meow (kucing) pun tak berani nak halau apatah lagi kanak-kanak kelaparan. Korang buat lawak je?” luah seorang netizen.

Sementara itu, individu yang memuat naik gambar tersebut di Instagram dengan kapsyen “Suck it” ini telah menetapkan akaun Twitter dan Instagram miliknya kepada mod privasi selepas mendapat kecaman teruk daripada netizen.



Gambar yang dimuat naik individu ini pada akaun Instagram miliknya.

Jelas sekali sikap tidak sensitif atas kesengsaraan orang lain itu tidak sepatutnya berlaku apatah lagi dikongsi secara terbuka untuk tontonan awam.

Kesimpulannya, amalan tidak bermoral ini bukanlah fitrah, sebaliknya ia merupakan pilihan setiap individu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak vid

Wednesday, February 23, 2022

Lelaki berang baling sepana ditahan

 


Keadaan kereta mangsa yang pecah pada bahagian cermin belakang akibat dibaling spanar oleh seorang penunggang motosikal dalam kejadian di Jalan Kuching, petang semalam.


KUALA LUMPUR – Penunggang motosikal yang dipercayai membaling sepana kearah sebuah kereta sehingga cermin belakang kenderaan terbabit pecah ditahan petang ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya berjaya menahan suspek di Taman Wangsa Melawati pada pukul 3.30 petang.

“Suspek merupakan seorang lelaki berusia 38 tahun dan hasil semakan mendapati tiada kesalahan jenayah lampau direkodkan.

Ads by Kiosked

“Kita akan memohon reman esok bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang penunggang motosikal berang apabila dihon kerana memotong sebuah kereta jenis Toyota Vellfire secara berbahaya di Jalan Kuching.

Lelaki itu kemudian menghimpit kereta tersebut sebelum membaling sebatang sepana sehingga cermin belakang kenderaan mangsa pecah. – KOSMO! ONLINE

Sunday, February 20, 2022

Perghh !! Zakar nyaris putus dipotong isteri

 


Mangsa dalam keadaan stabil dan dirawat di Hospital Djatiroto. – Polis Jatirito
Share on telegram

JAKARTA – Seorang lelaki dari Lumajang dalam wilayah Jawa Timur, berdepan dengan detik cemas apabila alat kelaminnya nyaris dipotong oleh isterinya, lapor program berita Liputan 6 hari ini.

Menurut laporan, mangsa yang dikenali sebagai AH sebelum itu sedang bersiap sedia untuk melakukan hubungan intim dengan isterinya, HS.

Suspek sempat pergi ke dapur rumah dan mengambil sebilah pisau sebelum kembali ke dalam bilik tidur dan berpura-pura ingin melakukan hubungan seks.

Dia kemudian menghunus pisau tersebut secara tiba-tiba untuk memotong zakar suaminya, namun cubaannya gagal kerana pisau itu hanya mengenai bahagian pangkal zakar mangsa.

Menurut Ketua Polis Jatirito, Asisten Komisioner Polis Rudi Isyanto, selepas insiden tersebut, suspek cuba membunuh diri dengan menggunakan pisau yang sama.

Disebabkan berlakunya kekecohan, ibu bapa mangsa menyedari kejadian itu dan menjerit untuk meminta pertolongan daripada jiran-jiran.

“Berdasarkan maklumat yang kami peroleh, tindakan suspek itu dilihat menjangkaui sikap seorang yang normal.

“Suspek juga didakwa sering melakukan perbuatan yang tidak wajar seperti orang yang mengalami gangguan jiwa atau tekanan mental,” kata Rudi. – AGENSI  

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung