Nuffnang

Thursday, April 30, 2020

Kegilaan !!! Wanita bogel 'interframe' ketika wartawan buat live panggilan video


Wanita bogel 'interframe' ketika wartawan buat live panggilan video


Alfonso tidak menyedari insiden tersebut.
AKSI seorang wanita dalam keadaan bogel dirakam ketika seorang wartawan sedang ditemubual mengenai wabak Covid-19 menerusi panggilan video secara live.
Alfonso Merlos dari Sepanyol memberikan pendapatnya kepada seorang hos saluran Estado de Alarma di YouTube ketika wanita itu tiba-tiba berjalan masuk ke dalam bilik tanpa diketahui wartawan tersebut.
Namun insiden itu mendapat perhatian penonton dan klip video tersebut menjadi tular di media sosial.
Dalam video itu, wanita tersebut dirakam berbogel sambil memegang sebuah pinggan.
Penonton menyedari wanita itu bukan kekasih Alfonso, Marta Lopes yang dikenali sebagai bekas peserta Big Brother.
Wanita itu didakwa sebagai wartawan rancangan Socialite, Alexa Rivas.
Selepas insiden itu, Alfonso akhirnya buka mulut mengenai status hubungannya dengan Marta.
Dia memberitahu Web 24 News bahawa hubungannya dengan Marta sudah berakhir. - Dailystar

Wednesday, April 29, 2020

Tragis !! Cinta hingga nafas akhir! Anak sedar sesuatu selepas lihat bapa teresak, tak lepas peluk keranda ibu


Cinta hingga nafas akhir! Anak sedar sesuatu selepas lihat bapa teresak, tak lepas peluk keranda ibu - “Mereka lupa suami yang bersamanya lebih 35 tahun”

Selain anak, Mohamad Rozi antara yang paling terkesan dengan pemergian isteri tercinta pada 18 Mac lalu.
RAMADAN kali ini cukup pilu buat 11 beradik apabila disambut tanpa ibu tersayang yang meninggal dunia pada 18 Mac lalu.
Lebih sebulan pemergian Nasibah Abas, 56, ketiadaannya amat dirasai anak-anak dan juga suami, Mohamad Rozi, 60, lebih-lebih lagi di bulan yang mulia ini.
Menurut NurHafizah Mohamad Rozi, setiap kali Ramadan ibunya pasti menyediakan hidangan daging masak hitam dan laksa kegemaran mereka adik-beradik.
Namun katanya, semua itu hanya tinggal kenangan kali ini.
“Mak selalu tanya kami adik-beradik nak makan apa sebab dia akan masakkan untuk kami.
Gambar kenangan NurHafizah bersama ayah dan arwah ibunya.
“Selalunya untuk menu berbuka puasa dia akan masak daging masak hitam dan juga laksa.
“Tapi kali ini sedih sangat sebab tak dapat rasa air tangan mak lagi. Ramadan kali ni memang rasa kosong sangat-sangat, ” katanya kepada mStar.
Terdahulu NurHafizah berkongsi kisah pemergian ibunya sehingga mendapat perhatian netizen.
Posting gadis berusia 24 tahun itu turut mengundang sebak netizen dan mendapat 15,000 perkongsian di Facebook.
Katanya, dia membuat posting tersebut kerana mengagumi cinta abadi bapanya terhadap ibunya sehingga wanita itu menutup mata buat selama-lamanya.
“Sebenarnya saya kagum dengan cara layanan ayah pada mak dari mak sihat sampai sakit. Cinta ayah tak pernah berubah.
Mohamad Rozi semasa di pusara isterinya.
“Walaupun kaki kanan mak dah kena potong sebab kencing manis, ayah tetap sayang, jaga mak dan tak peduli apa orang kata.
“Tiap kali sebelum pergi kerja ayah tanya mak nak makan apa, cium pipi mak. Mak sampai malu-malu dah. Tapi ayah tak peduli sebab itu cara dia tunjukkan kasih sayang pada mak, ” katanya.
Walaupun bapanya bertugas sebagai anggota polis di Kelantan, NurHafizah berkata bapanya tetap menguruskan ibunya ketika tidak bekerja.
Ayah bacakan Yassin, dia ajar mak mengucap, dia pegang tangan mak sampai akhir hayat. Masa dalam van jenazah pun ayah peluk je keranda mak tak lepas sambil bacakan Yassin.
NURHAFIZAH MOHAMAD ROZI.
Anak.
“Walaupun sesibuk mana ayah bekerja kalau ada masa ayah akan uruskan mak. Makan pakai mak ayah siapkan macam mana mak jaga ayah selama ni.
“Ayah jaga mak masa mak sakit. Alhamdulillah permintaan mak nak dikebumikan di kampung kami di Bukit Gantang Taiping, Perak juga dimakbulkan.
“Memang niat mak dikebumikan di sana kerana mak pernah cakap ‘nanti senang anak-anak dan ayah nak jenguk kat sana, ” katanya.
Mohamad Rozi menjaga isterinya sehingga saat dia menghembuskan nafas terakhir.
Jelas NurHafizah, ibunya meninggal dunia akibat penyakit kencing manis selain kegagalan pada jantung dan buah pinggang.
Mengimbau detik pemergian ibunya, NurHafizah berkata pliu hatinya apabila buat pertama kalinya melihat bapanya menangis teresak-esak saat ibunya menghembuskan nafas terakhir.
“Mungkin orang lihat saya orang pertama yang sedih bila mak dah tak ada, tapi mereka lupa suami yang bersamanya lebih 35 tahun sudah dan senang membesarkan 11 orang anak.
“Saya tak pernah melihat ayah menangis tapi hari tu pertama kali dalam hidup saya melhat ayah menangis teresak-esak kerana mak.
“Ayah bacakan Yassin, dia ajar mak mengucap, dia pegang tangan mak sampai akhir hayat. Masa dalam van jenazah pun ayah peluk je keranda mak tak lepas sambil bacakan Yassin, ” katanya.
Malah pesanan bapanya kepada mereka adik-beradik selepas selesai pengebumian ibunya benar-benar meruntun hati NurHafizah.

Hubungan Mohamad Rozi dengan isterinya begitu rapat, mereka sering mengusik antara satu sama lain.
“Ayah cakap nanti bila dia dah tak ada kebumikan jenazahnya di sebelah mak. Ayah nak duduk dekat mak.
“Sungguh kasih seorang suami pada isteri, dari isteri dia sihat sampailah isteri dia dah tak ada tetap dia sayang.
“Semoga syurga menyatukan mereka kembali. Amin, ” katanya.
Malah NurHafizah berkata dia sering teringat pesanan ibunya sebelum menghembuskan nafas terakhir.
“Mak pesan bila sayangkan seseorang sayangilah dengan sepenuh hati. Terimalah sedikit keburukan dia kerana seribu kebaikan yang pernah dia lakukan.
“Mak juga selalu ingatkan jangan tinggal solat, jangan tinggal al-Quran sebab itulah bekalan di akhirat nanti. Dia juga pesan baca Quran sebab kalau kami tak baca siapa nak doakan dia di sana nanti, ” katanya.
Tags/Kata Kunci:ibu, ayah, cinta abadi

Tuesday, April 28, 2020

Wow !!! AirAsia perkenal pakaian seragam baharu untuk lindungi anak kapal


AirAsia perkenal pakaian seragam baharu untuk lindungi anak kapal

Pakaian seragam baharu yang akan digunakan anak kapal AirAsia ketika pesawat dibenarkan beroperasi semula nanti.
ANAK kapal AirAsia akan memakai pakaian seragam baharu termasuk pakaian perlindungan diri (PPE) apabila pesawat milik syarikat tersebut dibenarkan beroperasi semula.
Syarikat penerbangan itu memperkenalkan pakaian baharu itu pada Isnin termasuk pemakaian visor dan juga topeng muka.
Pakaian seragam itu diharap dapat melindungi kakitangannya dan juga penumpang daripada wabak Covid-19 sebaik saja pesawat domestik beroperasi semula pada Rabu.
Majoriti pesawat AirAsia tidak beroperasi sejak bulan lalu dan tarikh sebenar pesawat antarabangsa akan menyambung semula operasinya masih belum diketahui.
Pakaian seragam baharu itu adalah hasil rekaan pereka yang berpangkalan di Los Angeles, Puey Quinones.
Dia turut memuatnaik gambar pakaian seragam baharu itu di Instagramnya dengan kapysen ‘AirAsia lancar PPE untuk melindungi anak kapalnya.'
“Direka oleh saya. Terima kasih”.
Naib Ketua AirAsia Filipina, Sheila Romero berkata:”PPE tersebut amat selesa kerana ia tidak tebal dan berat.”
“Saya suka kerana ia kelihatan bergaya, sporty sama seperti digunakan pemandu Formula Satu (F1), ” katanya. - Metro.co.uk




Monday, April 27, 2020

Ada dakwaan Kim Jong Un ‘menghilang’ selepas pengawal peribadi disyaki hidap Covid-19


Ada dakwaan Kim Jong Un ‘menghilang’ selepas pengawal peribadi disyaki hidap Covid-19

Korea Utara nafi Kim Jong Un sudah meninggal dunia. Foto: KCNA/EPA-EFE/Shutterstock.
PELBAGAI spekulasi bertiup kencang mengenai keadaan semasa pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un.
Selepas dilaporkan meninggal dunia pada Sabtu malam, Korea Utara tampil menafikan berita itu.
Malah kata penasihat polisi asing presiden Korea Utara, Moon Chung-in, Kim Jong Un masih hidup dan sihat.
Dia kini berada di Wonsan, sejak 13 April lalu.
Namun timbul pula cerita mendakwa Kim Jong Un menghilangkan diri selepas seorang pengawal peribadinya disyaki terkena jangkitan Covid-19.
Spekulasi itu timbul selepas Kim Jong Un tidak menghadirkan diri sewaktu sambutan kelahiran datuknya, Kim Il-sung pada 15 April lalu.
Bagaimanapun, sikap berahsia Korea Utara menyebabkan status kesihatan semasa Kim Jong Un masih menjadi tanda tanya sehingga hari ini. -

Sunday, April 26, 2020

Dah tak lucu! Ahli grup FB masakan popular lapor polis selepas terguris hati foto masakan dihina


Dah tak lucu! Ahli grup FB masakan popular lapor polis selepas terguris hati foto masakan dihina - “Mereka macam tak puas hati”

Wanita itu mendakwa ada dua individu yang menghina masakannya dalam Facebook tersebut. (Gambar Hiasan)
KEMUNCULAN kumpulan Facebook 'Masak Apa Tak Jadi Hari Ni' bagaikan menjadi penyeri dalam tempoh getir rakyat Malaysia menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Malna tidaknya, dalam tempoh singkat sahaja ia berjaya mengumpul lebih 1.6 juta pengikut sejak ditubuhkan sekitar seminggu lalu.
Paling membanggakan tentunya sewaktu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut bercakap mengenainya pada perutusan khas Ramadan, Khamis malam.
Namun kini, laman Facebook itu seolah-olah terpalit dengan cerita kurang enak apabila tularnya satu salinan laporan polis di media sosial.
Dalam laporan berkenaan, seorang wanita mendakwa dua individu telah menghina masakannya dengan meninggalkan komen berbaur kesat menerusi postingnya di Facebook tersebut.
Mengikut butiran yang tular, laporan itu dibuat di Balai Polis Pasir Putih, Ipoh, Perak.

Sebahagian laporan polis yang tular.
"Saya telah melihat satu post grup Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official dan ada dua pemilik akaun telah menghina masakan saya.
"Mereka seolah-olah tidak puas hati dan komen yang bukan-bukan tentang masakan saya.
"Siap ada gambar babi dan sebagainya. Komen mereka seperti tidak puas hati dengan masakan saya," demikian kata wanita itu dalam laporannya.
Mohon sesiapa ada menghina atau berkata kesat, report pada admin grup, bukan pihak polis. Mereka banyak kerja yang mereka nak selesaikan lagi.
QIQI
MODERATOR GRUP
Tambahnya, dia sekadar berkongsi gambar makanan sahaja di laman Facebook tersebut dan tidak meminta untuk diberikan kata-kata hinaan.
"Tujuan saya buat laporan polis adalah untuk minta mereka memohon maaf secara terbuka dan untuk rujukan pihak berkenaan," kata wanita itu lagi.
Dalam pada itu, rata-rata netizen meluahkan rasa kurang setuju dengan tindakan wanita tersebut.

Grup Facebook ini menjadi popular sejak ditubuhkan baru-baru ini.
Malah warga Facebook berpandangan, dia tidak sepatutnya membebankan polis dengan kes sedemikian, tambah-tambah lagi pihak berkuasa kini cukup sibuk dalam berhadapan PKP dan Covid-19.
Menurut salah seorang moderator grup Facebook itu yang dikenali sebagai Qiqi, dia berpendapat hal itu sepatutnya dilaporkan kepada pengendali Facebook berkenaan.
Malah, dia turut menasihati pengikut grup berkenaan agar menjaga tutur kata bagi mengelakkan kejadian sedemikian rupa berlaku lagi di lain waktu.


Grup Facebook itu turut disebut oleh perdana menteri dalam perutusannya Khamis lalu.
"Mohon sesiapa ada menghina atau berkata kesat, report pada admin grup, bukan pihak polis. Mereka banyak kerja yang mereka nak selesaikan lagi.
"Tolong jangan bebani pihak berkuasa dengan masalah remeh-temeh dan tolong, kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai.
"Dan mohon semua jaga tutur kata bagi mengelak grup kita bersama dari menjadi kecaman netizen dan grup atau page lain," ujarnya.


Seorang wanita mendakwa masakannya dihina oleh dua individu.
Dalam pada itu, ada juga yang meluahkan rasa kurang senang dan berhasrat meninggalkan grup Facebook tersebut.
Menurut seorang wanita, kebanyakan posting grup Facebook masakan itu kelihatan terlalu mencuba untuk menjadi lucu demi mendapatkan perhatian dan like semata-mata.
"Pasal masak-masak pun report polis guys. Aku dah rasa nak leave dah page Masak Apa Tak Jari Hari Ni.
"Sorry la pada siapa yang aku invite tu. Mula-mula nampak lucu, lepas dua, tiga hari ramai yang mengarut.
"Try hard tepek gambar Google," ujar wanita dikenali sebagai NNa Irahana itu.
Bagaimanapun, usaha mencari posting asal yang memaparkan foto makanan milik wanita tersebut gagal ditemui, dipercayai sudah dipadam.
Tags/Kata Kunci:

Saturday, April 25, 2020

Demi anak bapa sanggup jual tudung, gantung pada ‘handle’ motor... emoji senyum beri 1001 maksud


Demi anak bapa sanggup jual tudung, gantung pada ‘handle’ motor... emoji senyum beri 1001 maksud - “Nak raya nanti macam mana pula?”


Sebuah motosikal yang digantung penyidai kain di sebuah stesen minyak menjadi tanda tanya. Foto Facebook Alin Taharin
TANPA mempedulikan cuaca panas terik, seorang penunggang motosikal duduk di atas tembok di sebuah stesen minyak.
Namun, apa yang peliknya apabila kelihatan penyidai baju kecil tergantung pada sebelah pemegang motosikal milik lelaki itu.
Menerusi sekeping foto yang dirakamkan oleh seorang wanita, terdapat kadbod yang diletakkan di atas tempat duduk yang memaklumkan dia menjual tudung.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan derma, lelaki ini sebenarnya nak jual buah pinggang! Tiada MyKad nak mohon bantuan, “Tak kisah bayar berapa asalkan...”

ARTIKEL BERKAITAN: Empat beranak naik motor redah hujan untuk sekampit beras, barang dapur... tiba nak bayar minta tuala wanita pula!
“Saya jual tudung sebab nak beli susu dan lampin anak,” menurut keterangan pada kadbod itu.

Lebih menyentuh hati apabila di akhir keterangan itu turut disertakan dengan emoji senyum yang sukar ditafsir apakah maksud sebenar yang ingin disampaikan.

Keterangan pada kadbod yang diletakkan di atas tempat duduk motosikal.
Wanita berkenaan tampil menjelaskan bahawa lelaki berkenaan bukan mengemis tetapi memerah keringat sendiri demi keluarganya.
“Terserempak dengan saudara ni di Petronas Seberang Jaya. Saudara ni bukan meminta tetapi menjual tudung demi keperluan anak,” tulisnya di halaman Facebook Alin Taharin.
Posting wanita berkenaan kemudian menjadi tular selepas ia dikongsi halaman Facebook Penang Kini.

Tudung yang dijual, digantung pada penyidai baju kecil.
Rata-rata netizen menyuarakan simpati terhadap nasib yang menimpa lelaki berkenaan.
“Sedihnya. Moga dipermudahkan urusan hamba Allah ni,” tulis seorang netizen.
Rezeki masing-masing, yang mana ada gaji tu sepanjang PKP ni janganlah kita riyak sangat. Ada yang teramat susah nak survive.
NETIZEN
“Tolong support brother kita ni sesiapa yang berdekatan. Tu baru cari duit nak beli lampin anak. Nak raya nanti macam mana pula? Anak berapa orang pun kita tak tahu. Semoga Allah mudahkanlah urusan semua umat Islam di bulan Ramadan ini,” komen netizen yang lain.

Malah, ada yang mengingatkan bahawa segelintir pihak yang mengalami kesempitan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan bagi membendung penularan wabak Covid-19.


Seorang lelaki yang duduk di tepi motosikal bagi menjual tudung untuk membeli barang keperluan anaknya.
“Rezeki masing-masing, yang mana ada gaji tu sepanjang PKP ni janganlah kita riyak sangat. Ada yang teramat susah nak survive.
“Kita doa yang baik-baik. Yang mana ada lebih tu kita kongsi-kongsi lah rezeki. InsyaAllah rezeki ada di mana-mana. Amin,” ujarnya.

Friday, April 24, 2020

Perghh !!! Digelar hero cilik Covid-19, kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan ngeri


Digelar hero cilik Covid-19, kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan ngeri
Lexi menjahit hampir 100 topeng muka untuk petugas hospital.
SEORANG kanak-kanak perempuan yang digelar 'hero' kerana menjahit topeng muka bagi petugas hospital, meninggal dunia dalam nahas ATV yang mengerikan.
Lexi Collins, 10, terbunuh pada Jumaat lalu di Munday, Texas walaupun perincian mengenai kemalangan itu belum dikeluarkan.
Lexi sebelum ini menghabiskan kebanyakan masanya menjahit hampir 100 helai topeng muka untuk dipakai oleh petugas hospital ketika penularan wabak Covid-19.
Dia mendapat ilham untuk menghasilkan topeng muka daripada ibu, nenek dan bapa saudaranya, yang kesemua mereka merupakan jururawat.
Gadis kecil itu juga sebelum ini pernah muncul di stesen berita KTXS pada 6 April selepas Hospital Umum Anson melahirkan penghargaan kepadanya kerana menjahit topeng muka untuk pekerja kesihatan di pusat perubatan berkenaan.
Hospital itu memuat naik ucapan terima kasih beserta gambar beberapa petugasnya memakai topeng hasil jahitan Lexi di Facebook.
Upacara pengebumian Lexi akan berlangsung pada Isnin ini di Scruggs Field di Munday. - Metro.co.uk
Tags/Kata Kunci:

Thursday, April 23, 2020

Sedih !!! Anak teringin makan lauk telur, ibu bawa keluar kutip tin... 'kakak tin'


Anak teringin makan lauk telur, ibu bawa keluar kutip tin... 'kakak tin' jujur beritahu ada berapa ringgit dalam simpanannya!

Seorang petugas tampil membantu seorang ibu mengutip tin dan botol, bersama anaknya. Foto Facebook Shamsiah Shaaban
JIKA kita berasa kita susah, tetapi sebenarnya ada yang lebih susah daripada kita.
Namun, bukan bermakna yang merasai kesusahan itu hanya mahu duduk goyang kaki dengan mengharapkan bantuan dan ihsan orang ramai semata-mata.
Seperti yang dialami seorang sukarelawan badan bukan kerajaan (NGO) bagi organisasi bantuan kemanusian, Malaysia Relief Agency di Johor.


Petugas berkenaan menerusi halaman Facebook dengan nama Shamsiah Shaaban berkata, semasa dalam perjalanan pulang, dia menemui dua beranak yang berada di kawasan awam ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Ibu dan anak ditumpangkan pulang ke rumah.
“Dalam perjalanan pulang semalam, kami terserempak dengan mereka. Maknya tengah kutip tin-tin, botol-botol kosong untuk dijual.
“Dalam musim Covid-19 ni si mak ambil risiko bawa anak untuk keluar mencari tin-tin kosong untuk dijual, ” tulisnya menerusi perkongsian yang menjadi tular.
Dalam pertemuan itu, Shamsiah memberitahu, wanita berkenaan menjelaskan dia terpaksa membawa anaknya bersama kerana tiada siapa yang dapat menjaganya di rumah.
Tambahnya, wanita tersebut turut memaklumkan suaminya telah meninggal dunia.

Shamsiah datang meninjau keadaan rumah wanita berkenaan.
“Kami berhenti, kami tanya. Jawapan dia ‘Saya nak jual tin-tin ni nak cari duit untuk beli telur. Duit saya tingal RM2 sahaja. Anak pula haus nak air, dah beli air tak dapat beli telur... anak saya nak makan nasi lauk telur’.
“Siapa tak sentap dengar, kami pelawa untuk hantar mereka pulang dan berikan sedikit sumbangan. Anak kecil yang tak mengerti apa-apa, tenang bermain dan ketawa membuatkan kami sebak, ” katanya.
Kami berhenti, kami tanya. Jawapan dia ‘Saya nak jual tin-tin ni nak cari duit untuk beli telur. Duit saya tingal RM2 sahaja. Anak pula haus nak air, dah beli air tak dapat beli telur... anak saya nak makan nasi lauk telur’
Shamsiah Shaaban
Sukarelawan Malaysia Relief Agency
Susulan perkongsian itu, Shamsiah berkata, ramai yang tampil untuk memberi bantuan kepada wanita tersebut dan anaknya menerusi hashtag atau tanda pagar #kakaktin.
Menerusi video penstriman secara langsung di Facebook miliknya keesokan hari, Shamsiah memberitahu dia dan rakan setugasnya kembali menemui wanita berkenaan untuk menyalurkan bantuan hasil sumbangan orang ramai kepada badan itu.
“Kita akan bantu secara berperingkat. Atas bantuan orang ramai, kita akan belikan keperluan dia, ” katanya.


Anak kecil tidur di atas tilam yang usang.
Menurut Shamsiah, pihaknya turut berkesempatan berkunjung ke rumah wanita itu bersama anaknya dekat Kluang, Johor.
“Rumah dia agak teruk, tak ada tikar getah, tak ada kipas... tak ada apa. Kita akan bantu dahulu... bersihkan rumah dia, beri keselesaan, ” katanya.
Walaupun menerima bantuan keperluan asas, Shamsiah mendedahkan keperibadian wanita itu yang sanggup berpenat-lelah demi menyara kehidupan bersama anaknya.
“Tak ada duit susah, tapi dia tak nak menyusahkan orang jadi dia cubalah usaha. Bekerja cari tin, botol, ” katanya sambil mendoakan agar urusan wanita itu dipermudahkan.

Wednesday, April 22, 2020

Tediaa!!! Dua doktor terselamat jangkitan Covid-19 terkejut lihat kulit jadi gelap


Dua doktor terselamat jangkitan Covid-19 terkejut lihat kulit jadi gelap

Perubahan warna kulit itu dipercayai akibat kesan sampingan ubat semasa rawatan dilakukan.
DUA doktor warga China yang tenat akibat Covid-19 mendapati kulit mereka berubah warna selepas pulih daripada jangkitan itu.
Dr Yi Fan dan Dr Hu Weifeng, kedua-duanya berusia 42 tahun dijangkiti wabak itu ketika merawat pesakit di sebuah hospital di Wuhan pada Januari lalu.
Doktor yang merawat mereka berkata kedua-duanya terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.
Penggunaan alat tersebut bagaimanapun menyebabkan kulit mereka bertukar menjadi gelap.
Perubahan itu berlaku disebabkan ketidakseimbangan hormon yang terjadi selepas hati rosak diserang virus tersebut, lapor media tempatan China.
DrYi dan Dr Hu pernah bekerjasama dengan Dr Li Wenliang yang maut akibat Covid-19 pada 7 Februari lalu.
Kedua-duanya disahkan positif jangkitan itu pada 18 Januari lalu dan dibawa ke Hospital Pulmonari Wuhan untuk rawatan susulan.
Dr Li Shusheng yang merawat kedua-dua petugas kesihatan itu berkata kulit mereka menjadi gelap kerana sejenis ubat yang diberikan semasa peringkat awal rawatan.
Katanya lagi, perubahan kulit itu juga adalah salah satu kesan sampingan ubat tersebut.
Walaupun dia tidak mendedahkan ubat itu, Dr Li berkata kulit itu akan kembali normal sebaik sahaja hati mereka berfungsi dengan baik.

Tuesday, April 21, 2020

Tediaa111 ‘Panas’ tengok nurse diherdik, doktor tak teragak-agak sound waris pesakit.


‘Panas’ tengok nurse diherdik, doktor tak teragak-agak sound waris pesakit... apa yang dilihat selepas itu cukup menyayat hati - “Sebab itu korang patut hormat mereka”

Perkongsian Dr Ahmad Samhan (kanan) mengenai kisah seorang jururawat yang mengandung diherdik waris pesakit menjadi tular di Facebook. Foto: FB Dr Ahmad Samhan


‘Panas’ tengok nurse diherdik, doktor tak teragak-agak sound waris pesakit... apa yang dilihat selepas itu cukup menyayat hati - “Sebab itu korang patut hormat mereka”
Selasa, 21 April 2020 7:17 AM
Oleh: SHUHANIZA SAID

Perkongsian Dr Ahmad Samhan (kanan) mengenai kisah seorang jururawat yang mengandung diherdik waris pesakit menjadi tular di Facebook. Foto: FB Dr Ahmad Samhan


‘Panas’ tengok nurse diherdik, doktor tak teragak-agak sound waris pesakit... apa yang dilihat selepas itu cukup menyayat hati - “Sebab itu korang patut hormat mereka”


Perkongsian Dr Ahmad Samhan (kanan) mengenai kisah seorang jururawat yang mengandung diherdik waris pesakit menjadi tular di Facebook. Foto: FB Dr Ahmad Samhan
SELAIN doktor, insan yang bertungkus lumus dalam memastikan pesakit mendapat rawatan yang terbaik adalah jururawat.
Golongan inilah yang menjadi tulang belakang dalam memastikan kelancaran operasi di sesebuah hospital ataupun klinik.
Namun di sebalik bakti yang dicurahkan tanpa mengenal erti penat dan lelah, masih wujud segelintir masyarakat yang tidak tahu menghargai malah memandang sinis profesion seorang jururawat.

Baru-baru ini seorang doktor berkongsi kisah di mana waris seorang pesakit mengherdik seorang jururawat yang ditugaskan di wad yang menempatkan bapanya.
Menerusi satu perkongsian di Facebook, doktor bernama Ahmad Samhan itu berkata, kejadian tersebut berlaku di depan matanya sendiri, sehingga dia mengambil keputusan untuk menegur perbuatan tidak sopan individu tersebut.

.
“Dari tadi aku dah perhatikan waris pesakit ini agak kurang sopan dengan nurse. Minta itu, minta ini, ada sajalah yang tak kena di mata dia,” tulis Dr Ahmad Samhan.
Menurut doktor tersebut, sebaik sahaja dia memperkenalkan diri dan bertanyakan masalah yang dihadapi, waris itu tanpa segan silu mengherdik jururawat berkenaan dan memperlekehkan taraf pendidikannya.
“Nurse itu diam membisu sepatah tak berbunyi. Aku dah tak boleh tahan. ‘Jangan kurang ajar boleh tak? Ingat nurse ini hamba ke? Encik keluar!!’
“Aku pun ada tahap sabar juga. Pantang betul kalau kita dah cakap baik-baik tapi masih nak berlagak tunjuk belang.
“Aku tak kisah pun kau siapa. Aku tak kisah kalau kau nak saman. Aku tak kisah nak menjawab dengan orang atasan. Yang aku tahu, kau tak berhak langsung nak menghina,” tulisnya lagi.
Peranan jururawat penting dalam memastikan kelancaran operasi di sesebuah hospital atau klinik. Foto: Bernama
Tambah Dr Ahmad Samhan, lebih terkesan, selepas insiden tersebut, dia terperasan jururawat tersebut tertunduk-tunduk sambil mengeluarkan isi perutnya di satu sudut di wad berkenaan.
“Mengandung rupanya. Dengan muka yang pucat dan keletihan tapi tetap bekerja dengan senyum manis di depan pesakit. Luar biasa hebat!” tulisnya yang turut memuatnaik gambar memaparkan jururawat tersebut yang sedang muntah.
Mereka ini kalau setakat nak mandikan pesakit, tukarkan pampers, basuhkan najis semua tu dah jadi perkara biasa. Tau-tau pesakit dah bersih, kemas dan ceria. Mereka ini kerja tak kira masa.
DR AHMAD SAMHAN
DOKTOR
Tambah Dr Ahmad Samhan, sungguhpun berpangkat sebagai seorang doktor, namun dia sendiri secara peribadi tetap menghormati seorang jururawat kerana baginya, tidak semua orang mampu melakukan tugas mereka khususnya berkaitan kebersihan pesakit.
“Mereka ini yang selalu diherdik dihina oleh pesakit dan waris, tetap ikhlas buat kerja tanpa banyak bicara. Mereka ini setakat wad pecah tunggang langgang, mereka pandang sebelah mata. Cukup cekap dan sangat cemerlang pula dalam menjaga masa.
“Mereka ini kalau setakat nak mandikan pesakit, tukarkan pampers, basuhkan najis semua tu dah jadi perkara biasa. Tau-tau pesakit dah bersih, kemas dan ceria. Mereka ini kerja tak kira masa. Cuti sekolah belum tentu cuti apatah lagi cuti raya,” tulisnya.
Dr Ahmad Samhan (dua,kanan) bersama rakan setugas.
Malah kata doktor ini lagi, golongan ini juga langsung tidak pernah berkira sekali pun terpaksa korbankan masa bersama keluarga sendiri kerana dedikasi kepada tugas.
“Mereka ini kalau setakat demam biasa dan lenguh-lenguh badan, selagi larat takkan sesekali ponteng kerja. Mereka ini walaupun berjauhan dengan anak dah berbulan, rasa rindu yang teramat tapi tak pernah sekali pun cincai dalam kerja.
“Mereka ini ada yang dah bertahun minta tukar tempat kerja untuk dekat dengan keluarga, walaupun tak pernah dapat tetaplah menunggu dengan sabar. Mereka ini walaupun baru lepas bertengkar dengan suami, simpan muka sedih. Tetap datang kerja macam biasa dan ukirkan senyuman manis.
Antara komen netizen pada perkongsian Dr Ahmad Samhan.
“Mereka ni anak sendiri sakit demam pun tak terjaga kerana sibuk menjaga pesakit lain yang bukan pun keluarga sendiri. Sebab itu korang patut hormat mereka. Jangan sesekali bersikap kasar apalagi mengherdik.
“Kongsikan cerita ini pada orang lain sebab masih ramai yang tak tahu pengorbanan nurse dan tak reti nak hormat orang,” tulisnya lagi.
Sehingga kini posting tersebut meraih 7,300 shares dan dibanjiri ribuan komen netizen.


Monday, April 20, 2020

Covid-19: 400 pekerja Thailand cuba seludup masuk dari Malaysia ditahan


Covid-19: 400 pekerja Thailand cuba seludup masuk dari Malaysia ditahan

Kesemua mereka didenda 800 baht dan dihantar ke fasiliti negara untuk menjalani kuarantin 14 hari.
PIHAK berkuasa Thailand menahan lebih 400 warganegaranya kerana cuba menyeludup masuk ke negara itu dari Malaysia selepas lima pusat pemeriksaan sempadan darat dibuka semula pada Sabtu.
Timbalan Komander Tentera Bahagian Ke-4 Mej Jen Kriangkrai Srirak berkata kira-kira 300 rakyat Thai melintas sempadan hari ini tanpa berdaftar dengan Kedutaan Diraja Thailand di Kuala Lumpur, Konsulat Jeneral di Pulau Pinang atau Kelantan, atau kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan dan dokumen ‘boleh melakukan perjalanan’.
Pada Sabtu, beliau berkata 130 ditahan semasa sedang melintas sempadan untuk masuk ke negara ini.
“Kesemua mereka didenda 800 baht dan dihantar ke fasiliti negara untuk menjalani kuarantin 14 hari,” katanya.
Rakyat Thailand itu yang kebanyakannya bekerja di ladang kelapa sawit dan getah serta kapal nelayan di Malaysia pulang ke tanah air selepas Malaysia menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 18 Mac dan menutup pusat pemeriksaan sempadan antara kedua-dua negara sejak 23 Mac.
Sementara itu, jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin berkata sebanyak 2,548 rakyat Thailand yang terkandas di Malaysia telah mendaftar untuk pulang ke tanah air setakat bulan ini.
Beliau berkata sejak pusat pemeriksaan sempadan darat Thailand dan Malaysia dibuka semula semalam, pihak berkuasa relevan mengehadkan kira-kira 350 rakyat Thai dibenarkan pulang ke tanah air setiap hari.
“Pada hari pertama pusat pemeriksaan sempadan darat dibuka semula, 266 rakyat Thailand telah mendaftar untuk pulang manakala 303 orang hari ini,” kata pada taklimat harian COVID-19 di Bangkok hari ini.
Katanya kedutaan Thailand di Kuala Lumpur dan semua Pejabat Konsulat di Malaysia telah memberikan bantuan seperti bungkusan penjagaan diri, makanan dan barangan keperluan kepada 10,396 rakyat Thailand di Malaysia.- BERNAMA
Tags/Kata Kunci:

Sunday, April 19, 2020

Tediaa !!! PKP: Undang-undang terpakai kepada semua, jangan fikir ‘anda istimewa’, kata Tun M


PKP: Undang-undang terpakai kepada semua, jangan fikir ‘anda istimewa’, kata Tun M

Tun Dr Mahathir mengulas tindakan beberapa pemimpin dan orang kenamaan yang didakwa melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Foto: The Star
"JANGAN fikir anda istimewa daripada yang lain," demikian kata Tun Dr Mahathir Mohamad mengulas tindakan beberapa pemimpin dan orang kenamaan yang didakwa melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mantan Perdana Menteri itu ketika bercakap menerusi mesej video di kediamannya di Seri Kembangan berkata, individu yang berkenaan sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ada laporan, kita serah pada polis...” - Ismail Sabri komen insiden beberapa VIP ingkar PKP, hadir kenduri di maahad tahfiz

"Nampaknya sebilangan mereka yang memegang jawatan dalam kerajaan dianggap 'lebih istimewa' daripada orang lain ketika melanggar PKP.

"Pemerintah harus memberikan contoh yang baik. Mereka harus mengikuti peraturan yang mereka buat sendiri, tetapi sepertinya mereka menganggap mereka 'lebih istimewa'.

"Di Malaysia, kita mengikuti peraturan undang-undang. Undang-undang tidak membeza-bezakan. Peraturan yang dibuat (untuk PKP) berdasarkan undang-undang dan mesti terpakai kepada semua orang," kata Dr Mahathir.

Terdahulu, Menteri Kanan yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata polis akan mengambil tindakan terhadap sesiapa yang melanggar PKP termasuk orang kenamaan.

Sejak Jumaat, tular beberapa keping gambar di media sosial memaparkan Timbalan Menteri Kesihatan I Datuk Seri Dr Noor Azmi dan exco negeri Perak, Razman Zakaria, yang dilihat menikmati makanan bersama kira-kira 30 yang lain, termasuk pelajar, di sebuah tahfiz di Lenggong, Perak.

Foto yang dimuat naik di Facebook Noor Azmi, kemudian dipadamkan setelah ramai yang mempersoalkan tindakannya melanggar PKP.

Sebelum itu tular gambar Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Abdul Rahman Mohamad, yang sedang menikmati makan tengah hari bersama sekumpulan ahli Umno ketika PKP. - THE STAR

Saturday, April 18, 2020

Tedia !!! Mengejutkan! Kutipan dana bantu gugur kandungan ketika PKP berjaya capai target, posting dipadam atas alasan keselamatan gadis hamil


Mengejutkan! Kutipan dana bantu gugur kandungan ketika PKP berjaya capai target, posting dipadam atas alasan keselamatan gadis hamil

Hasil semakan mStar, akaun Twitter milik individu itu bagaimanapun gagal ditemui, dipercayai dinyahaktif selepas menerima kecaman ramai sejak Rabu lalu.
INGATKAH lagi kisah seorang pelajar yang membuat crowdfunding di laman sosial bagi meminta derma untuk membiayai kos pengajiannya di luar negara?
Terbaharu, timbul sekali lagi isu sama, namun situasinya jauh berbeza dan cukup mengejutkan ramai.
Menurut seorang pengguna Twitter, dia memohon sumbangan orang ramai bagi membantu seorang gadis yang mengalami kehamilan tidak dirancang.
ARTIKEL BERKAITAN: Anak 'Dihukum' Kerana Dosa Lampau Ibu Bapa
ARTIKEL BERKAITAN: Remaja hamil 6 bulan anak luar nikah makan nanas nak gugurkan kandungan, "Dia kata nak balik raya"
"Urgent: Saya sedang membantu seorang gadis berhadapan kehamilan tidak dirancang di Pahang sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Dia pelajar berusia 21 tahun dan memerlukan RM3,000 untuk kos perjalanan, konsultasi, prosedur perubatan dan ubat, dan penjagaan selepas bersalin.
"Tolong DM (mesej) jika anda mahu membantu atau dapatkan maklumat lanjut. Terima kasih," tulis individu tersebut.
Paparan skrin posting yang sudah dipadam dari laman Twitter.
Dalam perkembangan seterusnya, individu itu menyatakan dia perlu memadam posting berkenaan memandangkan sudah mencapai target crowdfund berkenaan.
Malah, dia juga sudah mengagak kes itu akan menjadi viral dan tidak mahu keselamatan gadis berkenaan dipertaruhkan.
"Terpaksa padam bebenang sebab dah ada berbaur-baur viral. Saya tak mahu silap langkah dan mengganggu keselamatannya.
Tahniah kepada semua yang dah berjaya membunuh anak yang tak bersalah. Rakyat Twitter memang baik-baik.
PELAYAR TWITTER
"Kami berjaya capai target dan kini dia boleh mendapat khidmat perubatan yang selayaknya," tulisnya.
Hasil semakan mStar, akaun Twitter milik individu itu bagaimanapun gagal ditemui, dipercayai dinyahaktif selepas menerima kecaman ramai sejak Rabu lalu.
Bagaimanapun, sehingga kini paparan skrin posting berkenaan masih menjadi perdebatan ramai selepas ia dikongsi semula oleh pelayar Twitter yang lain.

Akaun milik individu ini bagaimanapun gagal ditemui, dipercayai dinyahaktif selepas menerima kecaman ramai.
Rata-rata pandangan yang diberi oleh netizen mempertikai tindakan individu tersebut.
Malah, ada yang turut mempersoalkan status agama gadis tersebut yang mana jika dia beragama Islam, perbuatan itu sememangnya tidak dibenarkan.
"Hebat orang Malaysia ni, orang crowdfunding untuk abortion pun boleh reach target, punyalah baik hati rakyat kita ni.
Crowdfunding itu diwujudkan bagi mencari dana perubatan untuk gadis berkenaan menghadapi kehamilannya yang tidak dirancang. (Gambar Hiasan: AP)
"Tahniah kepada semua yang dah berjaya membunuh anak yang tak bersalah. Rakyat Twitter memang baik-baik.
"Tak sempat usha tweet tu, nak gugurkan baby satu hal minta duit orang, satu hal lagi kalau benda tu menipu je. Orang buta buta kasi duit, dia delete thread, duit entah kemana, yang nak gugur entah betul ke tidak.
"Bila dah kena viral mulalah delete akaun. Time tweet tak nak berfikir," tulis beberapa pelayar Twitter.
Tags/Kata Kunci:crowdfunding , kehamilan tidak dirancang , kecaman

Friday, April 17, 2020

Viralll !!! Kilang tempat cari makan tutup, bapa 6 anak jadi penjual ikan bidan terjun.


Kilang tempat cari makan tutup, bapa 6 anak jadi penjual ikan bidan terjun... hari ketiga permintaan sukar dipercaya!

Hasrul berniaga ikan di sekitar Seremban dan menawarkan khidmat penghantaran percuma.
KETERBATASAN dalam kehidupan seharian disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menjadikan masyarakat kita lebih kreatif untuk menjana pendapatan.
Di Seremban, Negeri Sembilan misalnya, siapa sangka seorang pekerja di sebuah kilang menjadi penjual ikan 'bidan terjun' untuk menampung perbelanjaan keluarganya.
Menurut Mohd Hasrul Abd Hamid, 42, kilang tempat dia bekerja menghentikan sementara operasi sejak PKP diperkenalkan.
ARTIKEL BERKAITAN: “Ada masa sampai dua minggu tak laku” - Nak tolong orang lain, lelaki ini ‘hilang’ satu kaki... anak pula ada tumor
ARTIKEL BERKAITAN: Tempoh PKP buka pintu rezeki buat pemain Kedah... Azmeer kini tauke ikan!
Dia kemudiannya secara tidak sengaja menjadi penjual ikan, bermula dengan permintaan rakan-rakan sejak empat hari lalu.
"Sebenarnya kawan saya yang jual ikan. Saya beli sahaja dan agih pada keluarga. Kemudian isteri ambil gambar dan masukkan dalam WhatsApp.
"Dari situ kawan-kawan yang lain mula tanya. Jadi ada seorang kawan ni order lima kilogram (kg).

Posting anak Hasrul yang tular di Twitter.
"Bila fikir balik, takkan nak delivery lima kg je, kemudian saya promosi dalam grup WhatsApp Seremban. Dari situ saya start jual ikan," ujarnya kepada mStar.
Menurut bapa kepada enam cahaya mata itu, permintaan ikan ternyata makin bertambah saban hari.
Pada hari pertama misalnya, dia menjual 18kg ikan dan jumlah itu bertambah kepada 62kg pada hari ketiga.
Foto yang dikongsi anak Hasrul menerusi Twitter.
"Alhamdulillah, bertambah permintaan. Saya jual tanpa caj penghantaran di sekitar Seremban.
"Tapi saya jual sejenis ikan sahaja iaitu ikan kembung. Apa yang boleh saya janjikan, ikan saya jual memang segar," ujarnya lagi.
Selain menjual ikan, Hasrul juga sudah lama membuat perniagaan pakaian secara dalam talian.
Tapi saya jual sejenis ikan sahaja iaitu ikan kembung. Apa yang boleh saya janjikan, ikan saya jual memang segar.
MOHD HASRUL ABD HAMID
PENJUAL IKAN
Bercerita mengenai PKP, Hasrul mengakui pendapatannya juga terjejas seperti mana-mana individu lain di negara ini.
Namun katanya, setiap orang harus tahu berjimat cermat dan menggunakan wang untuk keperluan penting sahaja.
"Macam saya, dahulukan keperluan anak, pampers, makanan... belanja kena pandai berjimatlah.

Khidmat itu ditawarkan di sekitar Seremban sahaja.
"Kesian anak-anak tak boleh nak bawa keluar macam biasa," ujarnya lagi.
Dalam pada itu, posting promosi perniagaan ikan Hasrul yang dimuatnaik anak ketiganya, Dania di Twitter menerima hampir 20,000 perkongsian di Twitter.
Malah, ramai netizen turut meninggalkan komen, mendoakan agar Hasrul sekeluarga dimurahkan rezeki.
Hasrul (kiri) bersama seorang rakannya.
"Ya Allah, permudahkanlah mereka satu keluarga dan murahkan rezeki mereka.
"Ya Allah semoga ayah awak selamat pergi dan balik serta dipermudahkan segala urusan.
"Semoga Allah merahmati dan memberkati usaha ayah anda," tulis beberapa netizen.
Tags/Kata Kunci:Mohd Hasrul Abd Hamid , penjual ikan , PKP.

Perghh !!! Dadah dalam bungkusan roti canai


Dadah dalam bungkusan roti canai

Pengadu tampil buat laporan polis selepas bungkusan yang dibawanya mengandungi peket dadah di Gombak kelmarin. - Foto tular Facebook
GOMBAK - Seorang pekerja penghantar makanan terkejut selepas bungkusan makanan yang dibawanya berisi peket dadah di Gombak di sini semalam.


Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihaknya menerima satu laporan daripada pengadu terbabit kira-kira jam 7 petang.

"Lelaki berusia lingkungan 30-an itu menyatakan dia menerima pesanan melalui aplikasi tempahan daripada seorang individu di Tropicana Petaling Jaya untuk menghantar bungkusan kepada penerima di Setapak, Kuala Lumpur.


"Semasa berada di kawasan Gombak, pengadu telah membuka bungkusan itu kerana berasa tidak sedap hati. Setelah dibuka didapati dalam bungkusan roti canai itu terdapat dua peket plastik lut sinar disyaki dadah," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Tampil buat laporan polis selepas bungkusan yang dibawanya mengandungi peket dadah di Gombak kelmarin. - Foto tular Facebook
Beliau berkata, bimbang sesuatu berlaku ke atas dirinya, pengadu kemudian telah tampil membuat laporan polis.

Katanya, siasatan masih dijalankan untuk mengesan suspek terlibat.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952," kata beliau.

Kelmarin kejadian terbabit tular di media sosial Facebook dengan paparan beberapa keping gambar termasuk gambar tempahan terbabit.


Covid-19dadahpenghantar makanan

Thursday, April 16, 2020

Tedia !! Tahniah! Dr Noor Hisham dinobat antara 3 doktor terbaik dunia komited melawan Covid-19


Tahniah! Dr Noor Hisham dinobat antara 3 doktor terbaik dunia komited melawan Covid-19

Dr Hisham adalah salah seorang daripada tiga doktor terkemuka yang 'berperang' dalam perjuangan menghentikan penyebaran virus Covid-19. Foto: The Star
KETUA Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dinamakan sebagai antara doktor yang terkemuka di dunia oleh sebuah stesen televisyen di China.
Pengiktirafan itu ekoran pendekatannya dalam menangani pandemik Covid-19.
Menurut laporan dari China Global TV Network (CGTN), Dr Hisham adalah salah seorang daripada tiga doktor terkemuka yang 'berperang' dalam perjuangan menghentikan penyebaran virus Covid-19.
Dua doktor lain itu adalah pakar penyakit berjangkit Amerika Syarikat, Dr Anthony Fauci dan Ketua Pengarah Kesihatan New Zealand, Ashley Bloomfield.
Ketiga-tiga mereka mendapat pujian ramai kerana disifatkan sebagai 'tenang, jelas dan boleh dipercayai' dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat berhubung situasi semasa wabak tersebut.
Dr Noor Hisham, 56, yang telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Kesihatan sejak 2013, digelar sebagai sosok yang dipercayai oleh rakyat Malaysia, kerana komitmennya yang tidak pernah lelah dalam menyampaikan fakta dan saranan kepada rakyat termasuk menerusi platform media sosialnya.
Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Surgeri dan Ijazah Doktor Perubatan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Mula menyertai perkhidmatan awam sebagai Pegawai Perubatan pada Ogos 1988, Dr Noor Hisham juga pernah melanjutkan pengajian dalam bidang Pembedahan Endokrin serta melakukan latihannya di beberapa universiti di Adelaide dan Sydney, Australia.
Pada 1994, beliau menyandang jawatan sebagai Pakar Bedah Umum sebelum bertugas sebagai Pakar Bedah Umum Hospital Putrajaya pada 2004.
Mempunyai pengalaman yang luas, kredibiliti serta pengetahuan luar biasa dalam bidang perubatan membolehkan beliau dilantik sebagai Ketua Pengarah Kesihatan bagi menggantikan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman pada 1 Mac 2013. - THE STAR
Tags/Kata Kunci:

Tuesday, April 14, 2020

Kluster kayangan terbiasa layanan VVIP, sampai sanggup ugut doktor – “Suruh jaga jarak, dia siap ajak member lain vaping sekali”


Kluster kayangan terbiasa layanan VVIP, sampai sanggup ugut doktor – “Suruh jaga jarak, dia siap ajak member lain vaping sekali”
Dr Ahmad Samhan berkongsi luahan rakannya yang berdepan dengan karenah kluster kayangan

Kluster kayangan terbiasa layanan VVIP, sampai sanggup ugut doktor – “Suruh jaga jarak, dia siap ajak member lain vaping sekali”
Isnin, 13 April 2020 8:30 PM
Oleh: SHUHANIZA SAID

Dr Ahmad Samhan berkongsi luahan rakannya yang berdepan dengan karenah kluster kayangan.
KEBELAKANGAN ini kita kerap kali disajikan dengan kisah perkongsian petugas di barisan hadapan yang menghadapi pelbagai ragam dan karenah golongan yang digelar ‘kluster kayangan’.
Ada sahaja rungutan dan aduan daripada golongan ini yang dikongsikan petugas frontliner di media sosial.
Bukan setakat itu sahaja, malah lebih teruk, ada segelintir daripada golongan ini yang tergamak mengeluarkan kata-kata kesat kepada petugas sewaktu proses pengambilan sampel dijalankan.
ARTIKEL BERKAITAN: Kini doktor faham perasaan dikuarantin, lebih letih daripada bekerja - “Macam duduk dalam kubur tapi hidup”
ARTIKEL BERKAITAN: “Hari yang paling panjang” - Selepas doktor, anggota APM pula buat pengakuan jadi ‘bahan’ grup turun dari kayangan... mahu bilik menghadap tasik
Terbaharu seorang doktor mendedahkan satu lagi sikap buruk segelintir ‘kluster kayangan’ yang bertindak tidak sopan apabila begitu angkuh dan enggan mematuhi arahan yang diberikan petugas.
Menurut Dr Ahmad Samhan dalam satu hantaran di Facebook, kisah tersebut dialami oleh rakannya yang bertugas sebagai salah seorang frontliner yang terlibat menguruskan kluster dari kayangan.
Sebahagian daripada posting Dr Ahmad Samhan.
“Bukan senang nak uruskan pesakit yang tak faham bahasa. Semua dia nak cepat. Dah terbiasa dengan layanan VVIP. Dari tadi diperhatikan. Mundar mandir seperti cacing kepanasan.
“Suruh duduk dan tunggu giliran tak mahu. Mahu terus dilayan. Padahal ramai lagi orang lain yang datang lebih awal untuk disaring. Suruh jaga jarak, dia siap ajak member lain vaping sekali. Bila dilarang, ‘bukan hisap rokok,vape lah!’
“Mereka memang kluster dari kayangan. Tak pernah hidup susah. Tak pernah jadi miskin. Itu yang mendongak ke langit. Lupa nak berpijak ke bumi,” tulis doktor tersebut.
Mereka ini tak perlu ramai. Ada 2-3 orang yang perangai begini dah pening kepala. Rasa macam handle 1,000 orang. Hina staf kesihatan macam takda maruah. Nak tunjuk dia ada kabel besar, boleh dapat layanan istimewa. Tolonglah!
DR AHMAD SAMHAN
DOKTOR
Menurut Dr Ahmad Samhan yang bertugas di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur (HKL) itu, individu berkenaan juga berani mengugut rakannya itu sekiranya kemahuannya tidak diendahkan.
Tulis Dr Ahmad Samhan, ini kerana proses mengambil sampel itu perlu dilakukan mengikut giliran dan perkara ini menyebabkan individu itu tidak mahu menunggu lama walaupun sudah diberi penjelasan.
“You jangan main-main dengan I. You tak kenal siapa I. Oh, you tinggi suara ya? Nama apa? I’ll call my lawyer. Aku nak cakap dengan pengarah hospital sekarang!” demikian antara bait-bait ayat yang dilontarkan individu angkuh itu sebagaimana yang dikongsikan doktor tersebut di laman sosialnya.
Ulas doktor itu lagi, kewujudan golongan sebegini walaupun hanya segelintir, namun sudah cukup untuk memeningkan kepala petugas kesihatan.
Sungguhpun peningkatan kes Covid-19 sedikit sebanyak disumbangkan oleh golongan ini yang masih tegar melancong ke luar negara sehingga ‘membawa pulang’ virus ke tanah air, namun mereka sama sekali tidak mengambil iktibar malah tetap bersikap angkuh.
Dr Ahmad Samhan (dua,kanan) bersama rakan setugas.
Situasi ini nyata berbeza sekali apabila petugas kesihatan berdepan dengan golongan daripada kluster tabligh, yang sebelum ini dilontarkan kata-kata kurang enak.
“Mereka ini tak perlu ramai. Ada 2 atau 3 orang yang perangai begini dah pening kepala. Rasa macam handle 1,000 orang. Hina staf kesihatan macam tak ada maruah. Nak tunjuk dia ada kabel besar, boleh dapat layanan istimewa. Tolonglah!
“Nak aja beritahu Covid, ‘Weh, kau jangan masuk badan orang kayangan. Jangan masuk badan siapa-siapa pun. Kalau nak masuk juga, kami rela kau masuk kluster tabligh’.
“Tak pening kepala. Kluster paling mudah beri kerjasama. Walaupun ramai, tapi tak susah nak handle. Mereka dengar arahan. Jaga jarak. Sabar tunggu giliran dan tak merungut.
“Bila di kuarantin, ramai staf kesihatan terkesan melihat mereka. Al Quran jadi teman. Solat awal waktu. Tiap kali doktor buat rondaan, mereka doakan. Doktor yang letih pun jadi kuat,” tulisnya lagi.
Doktor ini mengakui golongan dari kluster tabligh sangat mudah memberikan kerjasama dan disenangi staf kesihatan.
Menurut Dr Ahmad Samhan, tanggungjawab seorang doktor ataupun petugas kesihatan adalah merawat semua pesakit secara sama rata tanpa mengharapkan apa-apa balasan kecuali kerjasama pesakit.
“Sebab virus ini tak kenal siapa. Yang kaya,yang miskin, semua ada risiko untuk kena. Ingat, kita hidup didunia tak lama. Akhirnya, ke tanah juga.
“Kongsikan cerita ini pada orang lain sebab masih ramai yang tak beri kerjasama pada petugas kesihatan,” tulisnya mengakhiri bicara.
Sehingga kini posting tersebut meraih 20,000 shares selain dibanjiri komen netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan perkongsian tersebut.
Tags/Kata Kunci:kluster kayangan , Covid-19 , Facebook , vape , VVIP , kabel , tabligh























Monday, April 13, 2020

Polis wanita cedera digigit ketika beri penerangan peraturan perintah berkurung


Polis wanita cedera digigit ketika beri penerangan peraturan perintah berkurung


Kesan gigitan jelas kelihatan pada lengan kiri anggota polis wanita itu.
SEORANG lelaki didakwa selepas mencederakan dua anggota polis ketika mereka cuba menjelaskan mengenai peraturan perintah berkurung semasa Covid-19.
Christopher Hill, 29, didakwa melakukan perbuatan itu di sebatang jalan di Rochdale, Greater Manchester pada Khamis lalu.
Dua anggota polis itu cuba menjelaskan kepada Hill bahawa dia sepatutnya patuh arahan kerajaan mengenai Covid-19 dengan tidak berkunjung ke rumah orang lain.
Namun Hill dilaporkan menumbuk salah seorang anggota polis itu dan menggigit seorang lagi polis wanita di lengan sehingga terpaksa dirawat di hospital.
Bercakap mengenai insiden itu Superintendan Richard Hunt yang berpangkalan di Greater Manchester berkata:"Tindakan itu amat menjijikkan. Semoga anak buah saya segera pulih."
"Ini waktu mencabar untuk sesiapa saja dan keadaan menjadi lebih teruk apabila berlaku insiden seperti ini," katanya.
Hill, 29, didakwa atas pertuduhan melakukan serangan ke atas kakitangan kecemasan dan jenayah kerosakan. - Dailystar.co.uk

Sunday, April 12, 2020

Firasat keluarga jadi nyata, budak hilang selepas mandi pantai ditemui dalam perut buaya


Firasat keluarga jadi nyata, budak hilang selepas mandi pantai ditemui dalam perut buaya


Gerakan menyelamat digerakkan sejurus laporan kehilangan dibuat ahli keluarga. Foto: Shutterstock/File
MAYAT seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun yang hilang ditemui dalam perut seekor buaya sepanjang lima meter pada Khamis di Pulau Buru, Maluku, Indonesia.
Kanak-kanak lelaki itu dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas keluar berenang di pantai di perkampungan Waimingit, pagi Rabu.
Gerakan menyelamat digerakkan selepas keluarga mangsa membuat laporan kehilangan.
Hasil pencarian, mereka menemui seekor buaya sebelum membuat keputusan untuk menembak dan membelah perut buaya sebelum menemui mayat mangsa.
"Buaya ditemui 150 meter dari lokasi kanak-kanak itu dilaporkan hilang.
"Memang ibu bapa syak anak mereka dimakan buaya," ujar wakil pasukan penyelamat.
Mayat mangsa sudah diserahkan kepada keluarga dan selamat dikebumikan. - Jakarta Post.
Tags/Kata Kunci:buaya , budak hilang , pantai

Saturday, April 11, 2020

Amitabh Bachchan sumbang 2,000 pek makanan sehari - “Sukar nak serah bantuan kerana lockdown”


Amitabh Bachchan sumbang 2,000 pek makanan sehari - “Sukar nak serah bantuan kerana lockdown”


Amitabh Bachchan sediakan pek makanan untuk masyarakat yang berdepan kesempitan hidup di Mumbai.
PELAKON Bollywood Amitabh Bachchan menyerahkan 2,000 paket makanan untuk penduduk di Mumbai yang berdepan kesempitan hidup berikutan penularan wabak Covid-19.

Menurut laporan India Today, Amitabh berkata dia merancang untuk memberikan lebih banyak sumbangan terutamanya untuk mereka yang memerlukan.

"2,000 paket makanan diberikan setiap hari untuk makan tengahari dan malam di seluruh lokasi di bandar ini.

"Kita juga merancang untuk serahkan bekalan makanan kepada 12 ribu orang yang memerlukan, ini masih dalam proses penyerahan," katanya menerusi blog peribadi.


Sebelum ini Amitabh Bachchan juga menyediakan bantuan bulanan untuk ribuan pekerja persatuan filem India.

Sementara itu, bapa mentua kepada aktres Aishwarya Rai ini turut merancang memperluaskan bantuan makanan tersebut.

Bagaimanapun, hasratnya itu berdepan kesukaran berikutan kebanyakan lokasi di India ditutup kerana lockdown dan perjalanan mereka terhad.

"Agak susah nak pergi ke lokasi yang lebih jauh kerana kebanyakan tempat sudah lockdown.

"Ia membuatkan perjalanan untuk hulurkan bantuan lebih sukar kerana kami dilarang keluar rumah dan tempat tinggal,"

"Tugasan yang sukar tapi tetap akan dilakukan" ujarnya.

Tags/Kata Kunci:

Friday, April 10, 2020

Tedia !!! Tragis! Doktor ini pernah rayu PM Britain sediakan lebih banyak PPE untuk ‘frontliners’, kini turut terkorban kerana Covid-19


Tragis! Doktor ini pernah rayu PM Britain sediakan lebih banyak PPE untuk ‘frontliners’, kini turut terkorban kerana Covid-19
Dr Abdul Mabud meninggalkan isteri dan dua orang anak selepas turut menjadi korban Covid-19. Foto: Metro.co.uk
BARU beberapa hari lalu media tempatan melaporkan mengenai seorang jururawat di Britain meninggal dunia kerana Covid-19, kini seorang doktor turut menerima nasib yang sama.
Dr Abdul Mabud Chowdhury meninggal dunia pada usia 53 tahun selepas 15 hari menerima rawatan di Queens Hospital, Romford, Timur London.
Dia merupakan salah seorang daripada 17 kakitangan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) yang terkorban sejak bermulanya pandemik Covid-19.
Tragisnya, Dr Abdul Mabud meninggal dunia tiga minggu selepas dia merayu kepada Perdana Menteri, Boris Johnson berkenaan bekalan kelengkapan perlindungan diri (PPE) untuk petugas barisan hadapan.
Bulan lalu, Dr Abdul Mabud menulis kepada Boris Johnson meminta Perdana Menteri itu memastikan setiap petugas NHS mempunyai akses untuk PPE.
Tulisnya, petugas barisan hadapan mempunyai kontak langsung dengan pesakit Covid-19 dan mempunyai hak seperti orang lain untuk hidup bersama keluarga tanpa perlu bimbang dengan penyakit.
Persatuan Doktor Muslim dalam satu kenyataan berkata: "Beliau meninggalkan isteri dan dua anak. Ingatan dan doa kami bersama mereka. Dua minggu sebelum kemasukannya ke hospital, beliau menulis mesej kepada Perdana Menteri meluahkan gesaan untuk bekalan PPE yang lebih baik. Semoga beliau tenang di sana." - Metro.co.uk









Wednesday, April 8, 2020

Tedia.. Bosan terperap gara-gara Covid-19, lelaki buat video main ski dalam rumah


Bosan terperap gara-gara Covid-19, lelaki buat video main ski dalam rumah

Antara aksi yang dikongsikan oleh lelaki itu.
PERINTAH berkurung di beberapa negara bagi mengekang penularan Covid-19 memaksa orang ramai tidak meninggalkan kediaman mereka.
Dalam tempoh itu, banyak aksi kreatif ditayangkan dalam usaha menghilangkan kebosanan yang melanda.
Di Sepanyol misalnya, seorang pembikin filem berasal dari Jerman membuat video bermain ski di dalam rumah.
Kata Philipp Klein Herrero, 28, video menggunakan teknik stop-motion itu menerima hampir setengah juta tontonan setelah ia dikongsi.
Dia menggunakan teknik stop-motion dalam penghasilan video itu.
"Perintah berkurung menyebabkan rancangan dengan keluarga terpaksa ditunda.
"Jadi saya terfikir bagaimana mahu bermain ski tanpa meninggalkan rumah?
"Saya alihkan perabut, letak kamera dan pakai pakaian bermain ski. Kemudian saya ambil masa empat jam untuk sunting," katanya.
Bukan sekadar bermain ski, dia mahu video itu membawa mesej bermanfaat untuk orang ramai.
Ujarnya, apa yang penting penonton boleh tersenyum melihat video miliknya biarpun dunia sedang berduka dengan Covid-19.

Tuesday, April 7, 2020

Orang ramai panik berlari saat ribut pasir melanda seperti ombak tsunami


Orang ramai panik berlari saat ribut pasir melanda seperti ombak tsunami

Ia turut dikenali sebagai ribut hitam dalam kalangan warga tempatan.
RIBUT pasir yang melanda bandar Baicheng di Jilin, China memaparkan orang ramai berlari dalam keadaan panik.
Ia kelihatan jelas di udara, menerpa bagaikan ombak tsunami ke arah kawasan kediaman.
Dalam rakaman sama, kedengaran suara cemas seorang wanita.
Fenomena itu diglar sebagai ribut hitam oleh orang tempatan dan memaksa mereka untuk kekal berada dalam kediaman masing-masing.
Menerusi kejadian pada 3 April lalu, ia membawa angin kencang dengan kelajuan 39 sehingga 46 kilometer sejam (KMJ).
Pihak berkuasa di Jilin turut mengeluarkan amaran biru untuk ribut pasir itu yang mana ia boleh bertahan selama 24 jam.
Di Mongolia pula, ia diletakkan dalam amaran kuning, yang mana ia disifatkan lebih merbahaya.
Ribut pasir itu juga boleh mencapai ketinggian 500 meter. - Daily Star.

Nota : Ini semua ujian dari Allah untuk kita terus bertaqwa, diakhir zaman.

Monday, April 6, 2020

Subhanallah !! Tak pernah solat 26 tahun, 1 tahun diam-diam sembahyang baca nota, gadis ‘terang hati’ ketika kuarantin diri


Tak pernah solat 26 tahun, 1 tahun diam-diam sembahyang baca nota, gadis ‘terang hati’ ketika kuarantin diri - “Mengejutkan sehari dapat hafal semua”


Shima mula belajar solat dengan meletakkan nota-nota bacaan doa dan surah di hadapan sejadah. Foto ihsan Nur'Rashima Murat
ADA hikmah di sebalik penularan wabak Covid-19 yang melanda serata dunia ketika ini.
Seperti kisah seorang gadis yang pulang dari Eropah yang terjejas teruk dan diisytiharkan zon merah bagi wabak yang membawa maut itu.
Perkongsian foto nota-nota niat dan surah serta bacaan lain untuk menunaikan solat, yang tersusun kemas diletakkan di hadapan sejadah, mengundang rasa terharu netizen.
Bercakap kepada mStar, Nur'Rashima Murat, 27, berkata hatinya mula terdetik untuk menunaikan solat semasa hubungannya bersama tunang ketika itu mengalami masalah, sebelum putus pada Mac tahun lalu.

Perkongsian Shima di laman sosial.
“Jujurnya, sepanjang saya hidup 26 tahun ketika itu, saya tak pernah sekali solat atau mengaji. Bukan ibu bapa tak nak ajar, tapi diri sendiri yang belum nak belajar solat.
“Gambar nota-nota tu di sejadah tu saya ambil pada April 2019, tapi baru saya ada keberanian untuk berkongsi kepada umum,” ujar warga Singapura itu kepada mStar.
Lebih mesra dengan panggilan Shima, dia mengakui selepas itu dia tetap mengalami kesulitan untuk menunaikan solat sebanyak lima kali sehari.
“Mula-mula tu susah juga, terkial-kial. Saya cuma cuma solat Isyak dan Subuh. Saya belajar pada waktu malam sebab semua orang dah tidur.
“Saya rasa malu nak solat dengan nota-nota tu, tak yakin. Saya masih solat tapi tak ambil inisiatif untuk menghafal setiap bacaan,” katanya yang menetap di Choa Chu Kang.
Shima semasa bercuti di Paris dan London, awal bulan lalu.
Kepulangannya ke Singapura selepas bercuti di Eropah pada awal bulan lalu memerlukannya untuk menjalani kuarantin di rumah sebagai langkah-langkah pencegahan Covid-19.
Sepanjang tempoh dua minggu itu, Shima mengambil peluang untuk belajar solat secara serius.
“Saya banyak tinggal solat dan inilah waktu untuk perbaiki solat saya. Saya hanya duduk rumah semasa kuarantin dan nekad untuk belajar solat betul-betul.
Saya rasa kalau tak kerana wabak Covid-19 dan self quarantine ni, saya akan tetap malas and tak nak belajar solat betul-betul. Ia membuka mata saya.
SHIMA
“Alhamdulilah sekarang saya dapat solat dengan tenang. Saya tak pakai nota-nota tu lagi sebab dah hafal. Surprisingly, saya hanya mengambil masa sehari untuk hafal semua,” ujarnya.
Shima yang merupakan anak ketiga daripada lima beradik itu syukur telah selesai menjalani kuarantin di rumah selama dua minggu tanpa mengalami sebarang gejala dan sihat sepenuhnya.
Shima menjalani kuarantin di rumah selama dua minggu susulan penularan wabak Covid-19.
Bagi pembantu peribadi di sebuah syarikat Batam, Indonesia itu, terdapat hikmah di sebalik wabak Covid-19.
“Saya rasa kalau tak kerana wabak Covid-19 dan self quarantine ni, saya akan tetap malas and tak nak belajar solat betul-betul. Ia membuka mata saya.
“Saya juga gembira dapat mempengaruhi kawan yang sebelum ni pun tak pernah solat lima waktu. Sekarang saya nampak dia solat depan mata saya. Dia juga berjaya melakukannya!
“Dan sekarang ia menjadi satu kewajipan untuk solat dan saya tidak akan terlepas melakukannya,” ujar Shima sambil menambah Singapura ketika ini menyarankan penjarakan sosial bagi mencegah jangkitan Covid-19.

Shima mengharapkan perkongsiannya menjadi iktibar buat semua.
Menurut Shima, perkongsiannya itu sebagai iktibar untuk memberi kesedaran bahawa setiap manusia tidak lari daripada membuat kesilapan dan tidak malu untuk memperbaikinya.
“Saya tak nak mereka malu untuk belajar solat walaupun umur sudah meningkat. Belajar solat dengan cara atau susah macam mana sekali pun kerana saya percaya suatu hari nanti semua usaha ini berbaloi... insyaAllah dosa kita dapat diampun olehNya,” katanya.
Tags/Kata Kunci:kuarantin , solat , sejadah , nota , Covid-19 , Singapura

Sunday, April 5, 2020

Fuh !! Ajay Devgan nafi Kajol dan anak perempuan mereka positif Covid-19


Ajay Devgan nafi Kajol dan anak perempuan mereka positif Covid-19

Ajay tampil dakwaan isteri dan anak perempuannya positif Covid-19
PELAKON Ajay Devgan tampil menafikan khabar angin yang mendakwa isteri yang juga akres Kajol dan anak perempuan mereka Nysa Devgan positif wabak Covid-19.
Menerusi laman Twitter Devgan menegaskan khabar angin tersebut tidak benar dan turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bertanyakan keadaan mereka sekeluarga.
"Terima kasih kerana bertanya. Kajol dan Nysa sihat-sihat saja. Khabar angin yang disebarkan tentang kesihatan mereka itu tidak tepat dan tak munasabah," katanya.

Ajay berkongsi perkara itu menerusi akaun Twitter miliknya.
Selepas kerajaan India mengumumkan tempoh Perintah Berkurung (lockdown) selama 21 hari bermula 28 Mac lalu, timbul desas-desus mengatakan Kajol dan anak perempuannya, Nysa, dijangkiti Covid-19.
Sebelum menjalani perintah tersebut, Kajol baru selesai penggambaran filem VIP2 manakala Ajay sedang menjalani penggambaran filem pertamanya berbahasa Telugu-Tamil-Hindi berjudul RRR.

Saturday, April 4, 2020

Tedia !!! Pemandu buat FB live marah penumpang batuk dalam bas meninggal dunia akibat Covid-19


Pemandu buat FB live marah penumpang batuk dalam bas meninggal dunia akibat Covid-19
Hargrove meninggal dunia akibat Covid-19 pada Rabu lalu.
JASON Hargrove tidak dapat menyembunyikan kemarahannya terhadap seorang penumpang yang batuk secara terbuka di dalam bas yang dipandunya.
Ketika peralihan syif kerja bulan lalu, Hargrove, seorang pemandu bas bandar yang berkhidmat dengan Jabatan Pengangkutan Detroit, dalam satu video live di Facebook dengan marah menceritakan bagaimana seorang wanita batuk di hadapannya dan penumpang lain ketika seluruh Amerika Syarikat bimbang dengan pandemik Covid-19.
”Kami di sini sebagai pekerja awam, melakukan tugas kami, berusaha secara ikhlas untuk menjaga keluarga kami," katanya pada 21 Mac lalu.
“Tetapi apabila anda naik dan berdiri dalam bas serta batuk beberapa kali tanpa menutup mulut, dan anda tahu kita semua berada di tengah-tengah pandemik, barulah saya sedar bahawa sesetengah orang tidak peduli,” kata pemandu bas berusia 50 tahun itu lagi.
Pada Khamis, ketua kesatuan pemandu bas Detroit mengumumkan bahawa Hargrove telah meninggal dunia akibat Covid-19 pada Rabu.
Glenn Tolbert memberitahu Detroit News bahawa Hargrove mula sakit pada 25 Mac, empat hari selepas berdepan kejadian penumpang batuk. Seminggu kemudian, dia maut.
Walaupun tidak diketahui sama ada Hargrove mendapat penyakit itu daripada penumpang yang diceritakan dalam videonya atau melalui cara lain, kematian pemandu bas itu dan kata-katanya yang mengerikan telah menimbulkan kekecohan di Detroit, salah satu lokasi panas Covid-19 di negara itu.
"Saya tidak tahu bagaimana anda boleh menonton video itu dan tidak sedih," kata Datuk Bandar Detroit Mike Duggan pada sidang media, Khamis.
”Dia tahu hidupnya diletakkan dalam bahaya... oleh seseorang yang tidak mengambil serius hal ini dan sekarang dia sudah pergi.” -Washington Post
Tags/Kata Kunci:pemandu , bas , Covid-19 , batuk , penumpang

Friday, April 3, 2020

Fuh Tediaa..Selamba minum di kedai makan, baling gelas ke arah pihak berkuasa


Selamba minum di kedai makan, baling gelas ke arah pihak berkuasa

Bukan sahaja ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan minum di sebuah kedai makan, namun seorang lelaki bertindak membaling gelas kepada pihak berkuasa yang memintanya beredar dari kawasan itu.
JELUTONG - Bukan sahaja ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan minum di sebuah kedai makan, namun seorang lelaki bertindak membaling gelas kepada pihak berkuasa yang memintanya beredar dari kawasan itu.

Meskipun diketahui bahawa hanya makanan dan minuman berbungkus dibenarkan dibeli dari kedai makan, namun lelaki berkenaan dilihat langsung tidak mengendahkan arahan tersebut.

Lelaki itu juga melemparkan kata-kata dengan nada kasar kepada anggota penguatkuasa berkenaan.

Video berdurasi 1 minit 38 saat memaparkan insiden berkenaan tular di media sosial.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung