Nuffnang

Showing posts with label Berita UMNO. Show all posts
Showing posts with label Berita UMNO. Show all posts

Tuesday, September 9, 2014

Nah Amik Kau BN MENANG KEDAH SENANG : Harga Tapak Pasar Meningkat Lebih Seratus Peratus..

BN MENANG KEDAH SENANG SUNGGUH!!!! ....HARGA TAPAK PASAR, DULU RM80 SEBULAN SEKARANG INI MENJADI RM200 .. TERIMA KASIH DAN SYUKUR!!!!



ALOR SETAR - Sebahagian peniaga Pasar Teluk Wanjah, dekat sini, merayu harga sewa tapak diturunkan pada nilai berpatutan bagi mereka.

Difahamkan, harga deposit air berjumlah RM100, deposit elektrik RM100, deposit tiga bulan RM600 dan sewa tapak September (RM200).

Peniaga sayur-sayuran, Khor Seah Meng, 55, berkata, duit sewa tapak naik berbanding hanya sekitar RM80 sebulan sebelum ini.

“Harga baru ditetapkan naik mendadak sehingga RM200 sebulan mengikut kategori perniagaan.

“Jika boleh, kami mohon pihak berkenaan tidak menaikkan harga, sebaliknya mengekalkan nilai lama,” katanya.

Katanya, kebanyakan peniaga ingin harga dikekalkan ataupun ditetapkan pada nilai berpatutan buat mereka.

Mohd Farook Abdul Hamid, 38, berkata, kadar baru ditetapkan dikhuatiri membebankan peniaga, ditambah memulakan perniagaan di tempat baru.

Mohd Farook berkata, mereka dimaklumkan sewa baru berbeza mengikut jenis perniagaan, sebagai contohnya perniagaan daging RM200.

“Kami berharap nilai sewa tapak diseragamkan kepada RM100 tanpa mengira kategori. Selain itu, mana-mana kemudahan kurang memuaskan dibaiki,” katanya.

Menurut peniaga ayam, Cairol Lizam, 35, mereka tidak mampu membayar sekiranya harga ditawarkan terlalu tinggi.

Katanya, sekiranya harga sewa tapak diturunkan, maka harga deposit lebih RM1,000 turut berkurangan.

Sebelum itu, kebanyakan peniaga sudah memindahkan barangan niaga mereka, malah sudah beroperasi selama tiga hari di tapak baru.

Sementara itu, Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Mat Noh Ahmad berkata, pihak Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) akan mengadakan sidang ramai.

Katanya, pihaknya akan membincangkan mengenai harga tapak terbabit bagi melihat kesesuaian nilai ditetapkan melalui sidang itu.Copy Omakau

Tuesday, September 2, 2014

Ketua Pemuda PAS Cabar Menteri Dalam Negeri Jumpa di Mahkamah


Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat berikrar untuk membawa ke mahkamah sekiranya sebarang tindakan diambil terhadap kor sukarelawan Unit Amal PAS.

Suhaizan berkata demikian dalam reaksinya terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang sebelum ini berkata beliau "yakin" polis akan bertindak terhadap Unit Amal.

Ini berikutan penahanan 156 anggota Unit Peronda Sukarela Pulau Pinang (PPS) semalam.

Ketika ditanya Malaysiakini apakah tindakan yang akan diambil sekiranya anggota Unit Amal PAS ditahan, Suhaizan (kiri) berkata: "Kita jumpa mereka di mahkamah".

Suhaizan menjelaskan bahawa  unit kebajikan itu ditubuhkan di bawah Pemuda PAS, di bawah senarai aktiviti parti.

Oleh itu, katanya, beliau tidak faham mengapa tindakan hendak diambil terhadap Unit Amal tersebut.

Zahid telah dilaporkan berkata bahawa tindakan yang sama  yang diambil terhadap anggota PPS, juga akan diambil oleh pihak polis terhadap Unit Amal PAS.

"Tindakan yang sama akan diambil oleh pihak polis. Saya amat pasti mereka akan mengambil tindakan," Zahid memberitahu wartawan di Kuala Lumpur hari ini.

Menteri itu berkata demikian ketika ditanya mengenai perbezaan di antara PPS dan Unit Amal.

Unit Amal telah beroperasi selama beberapa dekad dan telah membantu mengawal orang ramai semasa protes parti pembangkang dan juga dalam acara-acara kemasyarakatan PAS.

Ditubuhkan pada tahun 1991, ia mempunyai kira-kira 3,000 anggota yang berusia lebih 18 tahun yang menerima latihan daripada pemimpin dalam kalangan sendiri, termasuk guru dan bekas tentera.

Sementara itu, Ketua Unit Amal, Juhari Othman berkata unit itu akan mengadakan mesyuarat sebelum menyatakan sebarang reaksi terhadap kenyataan Zahid itu.

Friday, May 23, 2014

Perghhh !!! Semangat Juang Macai Macai UMNO Hanya Jeritan Depan TV je.. Kena Hujan Lari..


BIAR GAMBAR BERBICARA ... SEMANGAT JUANG ANTARA MACAI-MACAI UMNO DENGAN PARA PEJUANG PAKATAN RAKYAT.


Lihat sendiri dengan gambar sebagai bukti berbicara ... buka minda dan tenangkan jiwa sambil menerima fakta betapa semangat juang UMNO terlalu longgar dan amat rapuh lagi reput sekali.

Bunyi cukup nyaring gebang kencang bila membuat bising .. mengalahkan ayam jantan berkokok... realitinya?

Inilah yang terjadi pagi tadi ketika segerombolan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan membuat perangai samseng taik kucing kering lagi celaka didepan bangunan Ibu Pejabat DAP di Pudu sambil berteriak macam polong sambil nak ugut bakar bangunan DAP KL.

Bila turun hujan sikit lari lintang pukang berteduh dibawah jambatan .. sekadar air hujan jer .. bukannya kena simbah pancutan air asid lagi .. FRU pun sekadar memerhatikan sahaja.

Amat berbeza dengan para pejuang Pakatan Rakyat ketika Himpunan Bersih lalu.. disimbah dengan pancutan air berasid dan gas pemedih mata .. mereka tidak gentar dan berganjak malahan terus menunjukkan semangat juang cukup kental tidak kenal erti gentar dan cuak.

Macai-macai Pemuda UMNO cakap memang berdegar-degar macam nak terbalik dunia ... JANGAN MAIN-MAIN DENGAN UMNO KONON ... KAMI PEMUDA UMNO TIDAK TAKUT MASUK PENJARA ... Pooodddaaahhh!!!!! .... air hujan pun tidak sanggup berbasah kuyup. ... Kalau dengan pancutan air berasid dengan bom asap pemedih mata tidak dapat bayangkan macam mana keadaan dan gelagat para macai UMNO ini.

Saturday, May 3, 2014

Perghhh !! Semangat Pemuda UMNO Sekadar .Jeritan Depan TV je !!


BIAR GAMBAR BERBICARA ... SEMANGAT JUANG ANTARA MACAI-MACAI UMNO DENGAN PARA PEJUANG PAKATAN RAKYAT. Kreit Omakau.


Lihat sendiri dengan gambar sebagai bukti berbicara ... buka minda dan tenangkan jiwa sambil menerima fakta betapa semangat juang UMNO terlalu longgar dan amat rapuh lagi reput sekali.

Bunyi cukup nyaring gebang kencang bila membuat bising .. mengalahkan ayam jantan berkokok... realitinya?

Inilah yang terjadi pagi tadi ketika segerombolan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan membuat perangai samseng taik kucing kering lagi celaka didepan bangunan Ibu Pejabat DAP di Pudu sambil berteriak macam polong sambil nak ugut bakar bangunan DAP KL.

Bila turun hujan sikit lari lintang pukang berteduh dibawah jambatan .. sekadar air hujan jer .. bukannya kena simbah pancutan air asid lagi .. FRU pun sekadar memerhatikan sahaja.

Amat berbeza dengan para pejuang Pakatan Rakyat ketika Himpunan Bersih lalu.. disimbah dengan pancutan air berasid dan gas pemedih mata .. mereka tidak gentar dan berganjak malahan terus menunjukkan semangat juang cukup kental tidak kenal erti gentar dan cuak.

Macai-macai Pemuda UMNO cakap memang berdegar-degar macam nak terbalik dunia ... JANGAN MAIN-MAIN DENGAN UMNO KONON ... KAMI PEMUDA UMNO TIDAK TAKUT MASUK PENJARA ... Pooodddaaahhh!!!!! .... air hujan pun tidak sanggup berbasah kuyup. ... Kalau dengan pancutan air berasid dengan bom asap pemedih mata tidak dapat bayangkan macam mana keadaan dan gelagat para macai UMNO ini.

Wednesday, April 23, 2014

Perghh :MB Negeri Sembilan Halau Peniaga ..Betul Ka Ni ?



MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN HALAU PARA PENIAGA YANG TIDAK SUKA DENGAN KERAJAAN UMNO/BN NEGERI SEMBILAN, PERGI BERNIAGA KE KELANTAN, SELANGOR ATAU PULAU PINANG!!!!!



Beginilah taraf mentaliti dan kualiti yang ada pada seorang pemimpin UMNO berjawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.

Makin lama berkuasa makin sombong, angkuh, hidung tinggi dan besar kepala .. masa PRU 13 lalu bukan main lain berkempen kehulu kehilir cukup manis mulut ... bila dah menang terus tunjuk belang.

Paksa para peniaga yang ingin berniaga di Negeri Sembilan mesti sokong UMNO/BN.

Syarat utama kalau nak berniaga di Negeri Sembilan ketika ini mesti sokong UMNO/BN tanpa berbelah bagi... DEMOKRASI APA INI???????

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan memberi amaran kepada peniaga di Medan Selera Ampangan, dekat sini, supaya mencari lokasi perniagaan lain sekiranya ada antara mereka mengutuk kerajaan.

Beliau berkata, peniaga di situ sepatutnya berterima kasih kepada kerajaan yang berusaha menyediakan kemudahan berniaga selesa dan bukannya berterusan mencari salah kerajaan.

“Mahu menumpang di gerai kerajaan, meminta macam-macam tetapi apabila sudah dapat, tempat menghentam kerajaan pula.

“Jika tidak suka dengan kerajaan BN, pergilah berniaga di Kelantan, Selangor atau Pulau Pinang. Ini saya dengar ada yang buka video ceramah parti pembangkang mengutuk kerajaan sepanjang hari, sedangkan berniaga di premis kerajaan,” katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri juga tidak akan teragak-agak menarik balik lesen peniaga di Medan Selera Ampangan baharu itu sekiranya penyewa enggan bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Seremban (MPS).

“Jika didapati ada peniaga mahupun operator yang tidak mahu bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT), kita akan minta mereka keluar daripada kawasan itu.

“Jangan main ikut suka hati kerana negara ini ada undang-undang dan peraturan. Orang yang suka mengutuk kerajaan juga, saya nasihatkan elok berhenti dan jangan berniaga di sini,” katanya pada sidang media selepas melawat Medan Selera Ampangan yang baharu, di sini semalam..omakkau

Monday, April 21, 2014

Perghhh : UMNO/BN Sudah Menemui Jalan untuk Menghapuskan Rasuah di Malaysia.... Dengan berlari!...


UMNO/BN sudah menemui jalan untuk menghapuskan rasuah di Malaysia.... Dengan berlari!...
Betul keni Tok Najib..buat larian beberapa  meter.. boleh hapuskan rasuah..haha kut kut orang yang makan rasuah .gelak je ni..boleh ambil rasuah la..sebab depa kempen ..hapuskan rasuah hanya berlari..
Cuba Kitamengikut langkah negara terdekat Cara Indonesia dan Singapura hapus rasuah ..mengikut apa yang yang dengar dan baca di akhbar..Indonesia telah semakin hebat membenteras rasuah semenjak kejatuhan presiden Suharto..ramai  Menteri dan Gabenor telah di penjara.. di Malaysia Menteri hanya dipenjara semasa di zaman Tun Abdul Razak je..sekarang hem hem..mau tau je la..

Friday, April 18, 2014

Perghhh : Zulkifli Nordin Setelah Digasak Tertalu Talu Akhinya Berlembut ..Baru Tauuuu..

Bekas naib presiden PERKASA Zulkifli Noordin menukar nadanya selepas dicemuh oleh pelbagai pihak ekoran kenyataannya yang didakwa tidak sensitif terhadap kematian ahli politik veteran Karpal Singh.

Zulkifli pagi ini menulis di Twitternya, Allah mematikan Karpal “yang menjadi penentang utama” pelaksanaan” hudud.

Beberapa jam selepas menulis sedemikian, Zulkifli meluahkan rasa sedih dan memperakui perjuangan Karpal menentang ketidakadilan sepanjang berkhidmat sebagai wakil rakyat dan peguam.

Zulkifli malah menganggap ahli parlimen Bukit Gelugor itu sebagai kawannya.

"Kepada Karpal, 'ngauman' untuk rakyat miskin dan suara menentang ketidakadilan sama ada di Parlimen atau di mahkamah akan dirindui ramai.

“Selamat tinggal kawanku!" tweet beliau dalam bahasa Inggeris kira-kira jam lima petang tadi.

Beliau turut memberi ucapan takziah kepada ahli parlimen Puchong Gobind Singh Deo yang juga anak Karpal.

Selain itu, beliau berkata Karpal sebagai peguam kanan itu tidak pernah kedekut ilmu dan sentiasa bersedia membantu dan memberi idea cara-cara pengendalian kes-kes mahkamah.

"Kepada kawan saya Gobind Singh Deo dan keluarga, terimalah sedalam-dalam takziah saya. Saya pasti nama Karpal akan ditempa dengan emas dalam sejarah Malaysia." tweet beliau lagi.

'Pembangkang politikkan kematian' 

Zulkifli yang juga bekas ahli parlimen Kulim-Bandar Bharu itu turut mengutuk pihak pembangkang didakwanya mempolitikkan kematian Karpal

"Pembangkang patut belajar menghormati mendiang Karpal dengan tidak terus mempolitikkan kematian beliau! Berilah penghormatan menurut agama dan kepercayaan mendiang Karpal," tweet beliau lagi.

Awal hari ini, Zulkifli memberi reaksi yang seolah-olah lega dengan pemergian pemimpin DAP Karpal Singh.

Peguam tersebut juga percaya, laluan ke arah pelaksanaan hudud Kelantan akan lebih mudah dengan ketiadaan Karpal, yang diketahui umum menentang keras pelaksanaan undang-undang Islam itu.

Kenyataan beliau itu turut menimbulkan cemuhan pelbagai pihak di media sosial, termasuk ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang juga menteri belia dan sukan.

Thursday, April 17, 2014

KJ Tibai Zulkifli Nordin Kerana Cuba Mempolitikkan Kematian Karpal, KJ Bidas Naib Presiden Perkasa

KUALA LUMPUR: “ Shut up (Diam). Really Shut up (Benar Diam),” bidas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin kepada Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Zulkifli Noordin.
Khairy dalam satu komen di akaun Twitter milik Zulkifli,@zulkiflinoordin dilihat mengecam tindakan yang dilakukan oleh naib presiden Perkasa itu
Zulkifli dalam kenyataannya di Twitter telah memuat naik satu status yang dilihat tidak menghormati dan cuba mempolitikkan isu hudud dengan pemergian Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh.
Bekas Ahli Parlimen, Kulim-Bandar Baharu, Kedah itu berkata, “dalam keadaan kemelut kerajaan PAS Kelantan mahu melaksanakan hudud dengan bantuan UMNO, Allah telah mematikan Karpal yang menjadi penentang utama perlaksanaannya!”
Pic: Twitter

Friday, April 11, 2014

Perghhh !!! Gambar Ni Sah Menunjukan Bertapa Bangangnya Depa ??

Nak jadi ahli UMNO memang kena jadi tak cerdik banyak, takleh cerdik sikit².

mase orang ngajor bab fardhu ain, duk tengok TV3 merapu, bila ada masalah bab agama, konon nak jadi hero last² jadi BAHLOL kbt.kalau tak ada air Tayamum la.Kikiki.




Lagi menteri bangang diangkat jadi menteri..moloh tak boleh buat kawan...dan pekak punya kaki..

Wednesday, April 9, 2014

Kajian menunjukkan BN, Umno lemah uruskan ekonomi selepas PRU13

Dalam kajian The Malaysian Insider, lebih separuh daripada 1,005 mengatakan pencapaian Barisan Nasional sejak Pilihan Raya Umum ke-13 Mei lalu adalah 'sangat lemah' serta menyifatkan parti utamanya, Umno juga lemah kerana gagal menguruskan ekonomi dan menunaikan janji pilihan raya. – Gambar The Malaysian Insider, 9 April, 2014.Umno dan Barisan Nasional terus merudum sejak pilihan raya umum Mei tahun lalu dengan kajian terbaru yang dibuat menunjukkan lebih ramai rakyat negara ini merasakan  pencapaiannya sangat lemah khasnya dalam mengendalikan ekonomi negara.
Lebih separuh daripada 1,005 responden yang menyertai servey yang diarahkan oleh The Malaysian Insider menyifatkan pencapaian BN sejak Pilihan Raya Umum ke-13 sebagai 'sangat lemah' manakala 45% menyifatkan parti utamanya Umno sebagai lemah.
Responden berkata parti pemerintah itu gagal mengendalikan kos sara hidup atau mengendalikan hal ehwal ekonomi, menunjukkan kepimpinan yang negatif, gagal melaksanakan janji pilihan raya dan menguruskan rasuah.
Hanya 31% responden yang dihubungi melalui telefon, merasakan BN yang menang dengan majoriti mudah dalam Pilihan Raya Umum ke-13 melakukan kerja dengan cemerlang, manakala selebihnya tidak pasti atau enggan untuk memberikan komen.
Sekali lagi responden Cina sepakat tidak memberikan sokongan kepada BN manakala Melayu memberikan lebih sedikit sokongan kepada BN.
Kedua-dua pengundi bandar dan luar bandar berkata mereka kecewa dengan pencapaian BN dengan 53% daripada responden berumur 21 - 40 menyifatkan BN sebagai tidak bagus.
Responden dipilih berdasarkan kaedah pilihan secara rawak berdasarkan sampel strata bagi setiap kaum, jantina, umur dan kawasan parlimen di seluruh semenanjung Malaysia.
Kajian ini dibuat bermula 7 Mac 2014 dengan pilihan responden yang selaras dengan populasi setiap kawasan parlimen.
Majoriti responden Cina berkata pencapaian Umno lemah, manakala Melayu dan India berpecah secara sekata tentang pencapaian parti Melayu itu.
Kajian itu tidak menunjukkan pecahan kaum untuk bandar dan luar bandar tetapi berkata penduduk kampung berpecah tentang pencapaian Umno, manakala penduduk bandar tidak berpuas hati dengan parti tonggak komponen BN itu.
Isu utama rakyat adalah kos sara hidup, jenayah, korupsi, perpaduan nasional dan peluang pekerjaan, menurut kajian itu.
Ramai responden (40%), samada dari bandar atau luar bandar amat bimbang dengan kos sara hidup. Jenayah kedua (24%), korupsi (13%), perpaduan nasional (11%) dan peluang pekerjaaan (7%).
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak nampaknya mempunyai pencapaian yang baik dengan 42% berkata presiden Umno itu menjalankan tugas dengan cemerlang manakala 39% memberikan kata tidak bagus kepada beliau.
Kajian itu juga menunjukkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi disifatkan oleh responden Melayu sebagai pemimpin yang menjalankan tugas paling baik.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaludin adalah kedua, manakala Pemangku Menteri Pengangkutan dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein ketiga.
Najib di tempat kelima di belakang Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Minggu lalu, kajian yang dibuat oleh Merdeka Centre mendedahkan rasa tidak puas hati terhadap Najib jatuh daripada 40% Disember lalu ke 44% dalam bulan Mac.
Ia ekoran kritikan teruk terhadap Putrajaya dalam isu kenaikan harga barang, antara yang menjadi isu utama.
Kajian juga menunjukkan bahawa penilaian kelulusan terhadap Najib kekal tidak berubah pada 52% bulan lepas berbanding dengan Disember lalu.
Pada bulan Disember, penilaian kelulusan Najib susut kepada paras terendah sebanyak 52% berikutan siri langkah-langkah untuk mengurangkan bajet defisit yang kronik untuk Malaysia.
Kenaikan harga, bagaimanapun, menyebabkan kemarahan orang ramai yang meluap sehingga puluhan ribu menyertai perhimpunan anti-kenaikan harga di Dataran Merdeka Kuala Lumpur pada malam Tahun Baru. – 9 April, 2014.

Monday, March 31, 2014

Pak Lah adalah antara pemimpin dunia yang diawasi oleh Agensi Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat (NSA).






email
comments
Pak Lah antara pemimpin dunia diawasi Agensi Keselamatan AS
KUALA LUMPUR: Sebuah akhbar Jerman, Der Spiegel, mendedahkan bahawa mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah antara pemimpin dunia yang diawasi oleh Agensi Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat (NSA).

Der Spiegel mendedahkan perkara itu berdasarkan sebuah dokumen rahsia NSA tahun 2009, yang menyasarkan individu berprofil tinggi dengan sumbernya datang dari bekas ejen Agensi Perisikan Pusat, CIA, Edward Snowden.

Dokumen terbabit mengandungi senarai 122 pemimpin negara yang diawasi dengan Abdullah adalah nama pertama yang tersenarai.

Selain Abdullah, antara pemimpin lain di dalam senarai itu adalah Canselor Jerman, Angela Merkel, mantan Presiden Somalia Abdullahi Yusuf Ahmad dan Perdana Menteri Syria, Bashar al-Assad.

Nama terakhir di dalam senarai itu adalah bekas Perdana Menteri Ukrain, Yuliya Tymoshenko.

Dokumen itu turut mendedahkan nama Merkel diletakkan di bawah pangkalan data TKB, iaitu sebuah agensi pusat yang mengumpulkan data seseorang individu.

Penjelasan dari sumber dalaman NSA, menyatakan bahawa petugasnya dibenarkan menggunakan pengkalan data terbabit untuk menganalisis "profil lengkap" individu yang menjadi sasaran pencarian.

Der Spiegel sebelum ini pernah melaporkan pemberi maklumat perisikan, Snowden mendedahkan bahawa risikan telah dibuat ke atas Malaysia oleh kedutaan Amerika Syarikat dan Suruhanjaya Tinggi Australia bagi memintas maklumat radio, telekomunikasi dan internet.

Susulan itu, Malaysia telah menghantar nota bantahan ke pejabat Kedutaan Amerika Syarikat (AS) dan Suruhanjaya Tinggi Australia berhubung dakwaan pengintipan dilakukan di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia pada prinsipnya menentang sebarang kegiatan pengintipan terhadap mana-mana kerajaan kerana ia melibatkan soal kedaulatan negara.

Thursday, March 27, 2014

Jahanam..Kalau Mahathir Jadi PM Semula..Dia Nak Tapis Semua.. Internet.


MAHATHIR CAKAP JIKA DIA DITAKDIRKAN JADI PM SEMULA BERJANJI AKAN TAPIS SEMULA INTERNET.




Ternyata Mahathir adalah pemimpin lidah bercabang flip flop .. Dulu berjanji internet tidak akan disekat dan di tapis .. sekarang berbelit bersimpul lidah mau tapis dan sekat.

Pemimpin macam ini langsungt tidak boleh dipercayai akan kata-katanya .. janji lagi tidak boleh dipegang.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir berjanji akan menapis internet jika dilantik semula untuk memerintah Malaysia. 


Dr Mahathir mengakui menyesal apabila pernah berjanji tidak akan menapis internet semasa memegang tampuk kuasa suatu ketika dahulu.


"Kalau saya jadi perdana menteri semula, perkara pertama saya lakukan ialah menapis internet.



"Sudah sampai masa kita menapisnya," kata Dr Mahathir semasa menyampaikan ucapan penutup pada Seminar Perdana Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Cheras hari ini.


Kenyataan Dr Mahathir berkemungkinan susulan tekanan yang dihadapi parti pemerintah Barisan Nasional (BN) beberapa tahun kebelakangan ini, khususnya menerusi pelbagai platform media alternatif di internet.


Pakatan Rakyat (PR) dilihat lebih ke depan berbanding kerajaan BN, keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 yang menyaksikan majoriti kepada BN merudum juga disumbangkan penguasaan Pakatan Rakyat di dalam internet.


Internet juga menjadi alternatif kepada media arus perdana yang sekian lama dikuasai oleh Umno dan BN.

Dr Mahathir mengakui menyesal kerana membuat perjanjian sebelum ini supaya internet tidak akan ditapis.

Menurutnya internet menyumbangkan kepada masalah sosial dan kadar jenayah yang meningkat kebelakangan ini.


"Walaupun saya bagi pengakuan kepada penasihat Koridor Raya Multimedia (MSC) semasa saya masih jadi perdana menteri, di mana saya bagi pengakuan kita tidak akan tapis internet.


"Pada masa itu saya tidak tahu apa yang boleh datang daripada internet," kata beliau.


Dr Mahathir berkata, kerajaan mampu dan mempunyai kepakaran untuk menapis internet, menyifatkan ia penting supaya rakyat tidak terdedah dengan pengaruh buruk yang boleh didapati dalam internet.


"Kita boleh tapis. Sebenarnya di Jerman mereka awal-awal lagi menapis internet. Kita boleh lakukannya, kita ada teknologi itu.


"Belanjalah sikit tapi hasilnya lebih baik kerana orang kita tidak akan terdedah dengan pengaruh yang buruk seperti ini termasuklah keganasan dalam wayang dan televisyen," kata Dr Mahathir.


Dr Mahathir tidak menolak penapisan internet akan mengundang kritikan pelbagai pihak, malah Malaysia akan dikecam sebagai sebuah negara tidak demokratik tetapi langkah itu perlu demi memastikan keselamatan negara terpelihara.

Thursday, March 6, 2014

Perghhh Inilah Wajah Mat Manco Pemilik Blog Pro UMNO, RBF Yang Kalah Dalam Kes Saman Husan Musa

WAJAH PEMILIK BLOG PRO UMNO, RBF YANG KALAH KES SAMAN OLEH HUSAM MUSA DI MAHKAMAH RAYUAN 



PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan rayuan yang dibuat oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu yang sebelum ini telah menolak tuntutan beliau ke atas seorang blogger bernama Faisal Rohban yang mengendalikan blog "Ruang Bicara Faisal" (RBF).

Panel hakim yang diketuai oleh Datuk Azahar Mohamed dan turut dianggotai Datuk Ariff Md Yusof dan Datuk Dr.Hamid Sultan Abu Backer telah memutuskan bahawa bukti-bukti yang dikemukakan oleh plaintif sepanjang perbicaraan adalah mencukupi untuk mahkamah membuat keputusan di atas imbangan kebarangkalian bahawa defendan merupakan pemilik blog "Ruang Bicara Faisal" tersebut.

Mahkamah seterusnya membatalkan kesemua perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini termasuk perintah mengenai kos. Selain itu, mahkamah turut memerintahkan kos sebanyak RM50,000 dibayar kepada pihak perayu/plaintif.Walau bagaimanapun, Mahkamah Rayuan mengarahkan agar jumlah ganti rugi ditaksirkan di Mahkamah Tinggi di Kota Bharu.

Pada perbicaraan kali ini, Husam diwakili oleh peguam Gurbachan Singh, Rueben Netto, Hisham Fauzi dan Ahmad Mustaqim. Manakala pihak defendan diwakili oleh Adzly Ab Manas dan Sallehuddin Bajuri.Faisal dalam blognya ruangbicarafaisal.blogspot.com pada 3 Oktober 2009 menulis rencana berunsur fitnah terhadap Husam yang bertajuk, “Husam dan Tamrin Balun Balak Kelantan RM15 juta.”

Husam dalam pernyataan tuntutannya menjelaskan artikel disiarkan dalam blog defendan adalah menggelirukan dan bermaksud memberi gambaran buruk serta tidak benar terhadapnya.Ekoran itu plaintif melalui peguam mengemukakan notis menuntut defendan memohon maaf secara terbuka dan membayar gantirugi.

Husam menuntut defendan memohon maaf secara bertulis tanpa syarat kepadanya, menyiar permohonan maaf dalam blognya, mengiklan permohonan maaf dalam akhbar harian utama, membayar ganti rugi RM500,000.Selain itu gantirugi teladan, gantirugi melampau, punitif, injuksi menghalang defendan atau agen mengulangi penerbitan kenyataan tersebut.HARAKAH

Saturday, February 1, 2014

Perghhh ? Pengerusi UMNO Selangor , Noh Omar ,lari Atau Tak Berani Berdebat Ke ?



PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO SELANGOR LARI LINTANG PUNGKANG TIDAK BERANI BERDEBAT DENGAN KETUA PEMUDA PAS PUSAT DALAM RANCANGAN LANDSKAP RTM1.


Punyalah ghoflah  ,  Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Noh Omar. Kredit  Omakkau

Rancangan landskap RTM1 malam ini sepatutnya mempertemukan beliau dengan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Sdr Suhaizan Kayat untuk mengupas isu PRK DUN N25 Kajang.

Akhirnya tempat beliau digantikan oleh bekas Ketua Wira Perkasa merangkap Exco Pemuda UMNO dan Panglima Ludah Beracun Armand Azha.

Sepatutnya masa inilah peluang terbaik Noh Omar nak lanyak sampai lunyai lumat Ketua Pemuda PAS Pusat .. Cakap kat luar bukan main samseng gedebe berdegar-degar macam nak terbalik dunia ajak YB Khalid Samad berdebat dalam isu Kalimah Allah .. Bila Sinar Harian batalkan mengamuk sakan konon dia sudah bersedia. Yang mudah untuk di pulas pun dia lari mencicit sampai tidak cukup tanah.

Dalam perbincangan 4 serang 1 itu, Omak Kau lihat betapa Ketua Dewan Pemuda PAS, Sdr Suhaizan Kayat tetap tenang dan dingin kepala memberikan penjelasan mengapa PAS terutamanya DPPP yang diketuainya mengambil akan menyokong dan memebrikan sokongan padu dari segi soral dan gerak kerja jentera demi kelangsungan penguasaan Pakatan Rakyat keatas Putrajaya.

Penerjunan DSAI di DUN N25 Kajang adalah sebagai lantai lojakkan ke arah pencapaian itu.

Beliau akui ada memberikan pandangan yang agak keras menongkah arus kerana masih kelabu akan maklumat mengapa berlakunya perletakkan jawatan oleh bekas ADUN Kajang.

Sunday, January 26, 2014

Perghhh !! PERKASA hentam Najib berhubung isu "Allah"



NGO pendesak Melayu, PERKASA berkata ia tidak nampak ketegasan dan juga ketelusan perdana menteri selaku presiden Umno serta ahi Majlis Teringginya untuk mempertahankan Kalimah Allah daripada terus digunakan oleh penganut Kristian.

Dalam satu kenyataan, Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam PERKASA, Shamsuddin Moner berkata, sepatutnya presiden dan MT Umno mesti berani membuat penegasan bahawa semua gereja dan paderi ...
Continue Reading

Saturday, January 25, 2014

Gambar Ketua Wira Perkasa Pulau Pinang Di Tahan Polis Kerana Menyerang & Memukul Ketua Penolong Pengawai Daerah...

Gambar Ketua Wira Perkasa Pulau Pinang Antara 7 Individu Yang Di Tahan Polis Kerana Menyerang & Memukul Ketua Penolong Pengawai Daerah...

Dua hari lepas Ketua Penolong Pegawai Daerah Barat Daya, Abu Hassan serta anggotanya menjalankan tugas penguatkuasaan ke atas 14 buah struktur kosong berupa gerai haram yang sedang dibina serta yang baru dibina.

Mangsa diserang sampai bajunya terkoyak di depan kira-kira 35 anggota polis oleh sekumpulan samseng gedebe yang diketuai oleh Ketua Wira Perkasa Pulau Pinang Mohd Rizuad Mohd Azudin.

Ekoran insiden itu, pihak tertentu cuba menggambarkan bahawa Kerajaan Negeri hanya merobohkan gerai Melayu sahaja.

Walhal, jelas , aduan berwajib yang diterima PBT sebenarnya daripada orang tempatan Melayu sendiri.

Polis telah menahan 7 orang lelaki untuk membantu siasatan termasuk Ketua Wira Perkasa Pulau Pinang, Mohd Rizuad Mohd Azudin

Friday, January 24, 2014

Ekoran Kata Kata Daim Terus Menghantui Pemimpin BN Dalam PRU 14


“Bagi semua pemimpin ini, Umno, BN dan kerajaan selepas PRU13 lalu bukannya bertambah baik dan diterima oleh rakyat, sebaliknya menjadi semakin lemah, kalut dah hilang punca dalam mengurus banyak perkara, tulis Shahbudin Husin di dalam blognya, semalam.

Menurutnya, walaupun jangka masa PRU14 masih ada empat tahun lebih daripada sekarang, tetapi sudah ramai yang bercakap mengenai kemungkinan Umno bakal kalah dalam pilihanraya itu.

Ini, katanya kerana bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin yang pandangannya mengenai politik jarang tersasar, secara terbuka berkata, BN akan kehilangan kuasanya jika PRU14 diadakan dalam suasana seperti sekarang di mana kelemahan kepimpinan Najib Razak begitu ketara dan diperkatakan oleh ramai orang.

Tokoh Wartawan Negara, A Kadir Jasin pula membayangkan tiga senario yang bakal berlaku iaitu sama ada Najib berubah, beliau ditukarkan jika gagal berubah dan jika tiada apa-apa yang berubah, BN akan tewas dalam pilihanraya akan datang.

Seorang lagi bekas wartawan iaitu Zainuddin Maidin yang juga merupakan bekas Menteri Penerangan, tidak jemu-jemu menyarankan agar bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad diberikan semula kuasa dan pengaruh dalam kerajaan, dengan terbaru mencadangkan agar dilantik sebagai Menteri Mentor bagi membantu Najib, suatu gambaran hakiki bahawa kepimpinan Najib begitu lemah dan tidak bermaya sehingga Mahathir yang sudah berusia 89 tahun dan lebih 10 tahun bersara, dirasakan perlu dipanggil semula untuk menyuntik ‘ubat kuat’ kepada Najib. harakahdaily

Saturday, January 18, 2014

Perghhh !! UMNO/BN Akui mereka Tewas Dalam Perangai Cyber " Isu Kangkung "

#SyokSendiri : Dunia penggiat siber UMNO/BN makin huru hara @NajibRazak

Yang dipersalahkan adalah JENTERA MAYA UMNO. Padahal yang 
menguruskan kesemuanya Pegawai Perdana Menteri dan pihak lain. Tak dak 
akauntabiliti langsung.
Ingat lagi artikel ini - Pengarah sebenar Operasi Siber BN PRU13 adalah 
seorang khunsa?



Laporan tentang 11 langkah penjimatan yang kononnya mendapat 
maklum balas yang baik dipertikaikan, satu indikator tentang kemungkinan 
laporan yang salah telah diangkat kepada pengetahuan Perdana Menteri

Perghhh.. Cyber Trooper @ Blogger UMNO terpasa Pencen Awal..


Blogger2 umno ni terpaksa pencen awal,kerana umno dah tak layan mereka.


Buat masa ini, pengkhususan peringkat awal mereka mencari maklumat berkaitan tentera maya UMNO. Lain dari pihak kita yang ada tukang sauk tengah jalan untuk ambil bajet, mereka akan diberi bajet yang cukup untuk beroperasi.

Baik-baik dan berhati-hati wahai blogger pro kerajaan terutama mereka yang identiti diketahui.

Jabatan penerangan kerajaan dan UMNO serta satu menteri Tin Kosong sudah bela satu double agent yang pasti telah dapat identiti kebanyakkan dari anda dan kini dah kaya raya hingga mampu ada kedai di sebuah bangunan pejabat mahal.

Dia kaya tapi blogger sendiri tak berapa dijaga kebajikan. Kadang-kadang banyak bangang orang orang atas ni.

Dahlah sesama blogger pro UMNO banyak cemburu, hasad dengki dan sampai tak tahu guna otak untuk letak sempadan bila kelahi. Ada sanggup dedah dan kerjasama dengan pemimpin pembangkang untuk bantu kenalpasti blogger sendiri.
Sedition ...tun faisal

Wednesday, January 8, 2014

Mak Oooi Berdosa Tau, Kalau Bersekongkol Hendak Menjatuhkan BN..Ye Ke ?


haha..Berdosa kalau bersekongklol nak jatuhkan BN..

Kalau Macam ni macama mana pula..


Lihat sendiri dan baca sendiri..Nama macam kenal je..

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung