Nuffnang

Friday, November 30, 2012

Pencabul Ugut Mangsa dengan SMS ..jom baca

                                                                                                        KAJANG: “Sya (saya) sempat ambk (ambil) pic (gambar) awk (awak) ngah (tengah) tdo (tidur) ngan (dengan) kwn (kawan) awk (awak) 2 (itu).
“...smlm (semalam) sya (saya) brng (baring) tgh2 (tengah-tengah) pat (tempat) awk (awak) tdo (tidur)... sya (saya) pn (pun) msukn (masukkan) tgn (tangan) kt (dekat) dlm (dalam) slimut (selimut) awk (awak) ngan (dengan) kwn (kawan) awk (awak) 2 (itu).
“...cbe (cuba) awk (awak) tgk (tengok) kt (dekat) tilam sblh (sebelah) awak tido (tidur) 2 (itu) ada x (tidak) kesan air ... yg (yang),”.

Itu antara kandungan kiriman SMS bernada bangga yang dihantar seorang penyamun kepada seorang daripada dua mangsanya selepas melarikan barangan berharga selain mencabul mereka dalam kejadian di sebuah rumah di Kajang Sentral, di sini, Isnin lalu.



Kejadian itu hanya disedari dua pelajar berusia 19 tahun itu jam 12.30 tengah hari apabila seorang daripada mereka menerima kiriman SMS itu sebaik selesai membuat laporan kehilangan barang di Balai Polis Kajang, di sini, selepas rumah mereka dipecah masuk...hmetro.

Thursday, November 29, 2012

Gempar !!! Aksi panas Remaja Yang .Keterlaluan


Aksi panas remaja ... SINAR HARIAN

27 November 2012

Aksi panas remaja keterlaluan
Pasangan sejenis turut mempamerkan aksi kurang sopan di hadapan khalayak
SUNGAI PETANI – Tindakan melampau sesetengah remaja melakukan aksi panas di sebuah pusat membeli-belah di pusat bandar Sungai Petani bukan sahaja dianggap keterlaluan, malah kelihatan bersahaja walaupun ditegur di hadapan khalayak.

Wednesday, November 28, 2012

Undian Terkini !!! Khairy Kalah Teruk Ditangan Nasaruddin Tantawi

Ketua pemuda Umno yang tidak diberikan apa-apa jawatan penting dalam Kabinet Najib Razak, Khairy Jamaluddin Abu Bakar kalah teruk ditangan Ketua Pemuda Pas, Nasaruddin Hasan dalam satu pengundian bebas yang dibuat dikalangan ahli kelab fan page Merah Tinta MSO. Pengundian itu menilai siapa lebih tokoh dan berwibawa di antara keduanya.

Tuesday, November 27, 2012

Panas!! JAWI Pecat Guru Kerana Hadiri Ceramah Anwar Ibrahim ..Jom baca..

SHAH ALAM, 26 NOV - Inisiatif Selamatkan Insan Tertindas (Insan) menentang sekeras-kerasnya campur tangan politik dalam pengurusan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sehingga mengakibatkan pemecatan seorang guru sementara di Sekolah Rendah Agama Islam Rancha-rancha, Wilayah Persekutuan Labuan, Qatrun Nada Mohd Latfi (gambar).

Koordinator Insan, Mohd Faris Abdullah menyatakan sebagai sebuah agensi awam, Jawi sepatutnya bersifat neutral dan profesional dalam tatakelola pengurusan.

Monday, November 26, 2012

Fulamak 20'000 aktivis Himpunan Hijau hampiri Dataran


                     20',000 aktivis Himpunan Hijau hampiri Dataran


Dianggarkan 20,000 aktivis berjaya meneruskan perarakan jalan kaki menuju Dataran Merdeka walau pihak berkuasa melakukan sekatan di kawasan tumpuan popular itu.
himpunan hijau green walk crowd at duke highway 251112 6Perarakan hari ini melibatkan jarak terakhir sejauh 42 kilometer daripada kawasan bekas ibu pejabat PAS di Gombak – tempat mereka bermalam pada malam tadi.
Ia dimulakan dengan penyertaan seramai 2,000 aktivis, termasuk beberapa keluarga, dikawal anggota unit amal PAS dengan pemerhatian anggota polis.

Saturday, November 24, 2012

Akibat ..dendam seorang ..Gadis, Bahtera terkulai layu..

                                                                                                        SUNGAI BULOH: Akibat cuba memainkan perasaan seorang wanita warga Thailand walaupun sudah mempunyai kekasih, seorang lelaki menerima nasib amat malang sebaik mendirikan rumah tangga apabila nafsunya dikunci hingga tidak bermaya setiap kali mahu bersama isteri.
Itu keluhan lelaki hanya mahu dikenali sebagai Shahrul, 25, yang percaya masalahnya itu angkara wanita terbabit yang ingin merosakkan rumah tangganya selepas mengugut berbuat demikian sekiranya dia berkahwin dengan wanita lain.
Shahrul berkata, pada mulanya dia menyangka menghadapi masalah seksual atau lemah tenaga batin sejurus melangsungkan pernikahan dan selepas berbincang dengan isteri, mereka berjumpa doktor untuk mendapatkan kepastian, namun pegawai perubatan mengesahkan dia sihat dan normal.

Berikutan itu, Shahrul bersama isteri berbincang dengan keluarga dan mereka dicadangkan berubat secara Islam kerana mungkin ada pihak menggunakan cara halus untuk merosakkan rumah tangganya.



Menceritakan kembali kisahnya selepas menjalani rawatan di sebuah pusat perubatan Islam di sini, Shahrul berkata, dia kesal kerana mempermainkan perasaan wanita negara jiran itu yang juga pembantu di sebuah kedai alat telekomunikasi.

Friday, November 23, 2012

Gempar !!! Bomoh mati di tembak !! Teman wanitanya cedera..


Seorang pengamal perubatan tradisional mati manakala teman wanitanya cedera parah dalam satu kejadian tembak di rumahnya di Jalan Permas 12/10, Bandar Baru Permas Jaya di Johor Bahru semalam.
    
Pengamal perubatan itu, Ang Keng, 40, ditembak di tingkat bawah manakala teman wanitanya Sureen Toh, 30, ditembak di sebuah bilik di tingkat atas rumah teres dua tingkat itu.

Thursday, November 22, 2012

Fulamak...Penjaga gol Khairol Fahmi dapat tajaan perkahwinan sampai Rm 300 ribs ...Jon baca.


GAYA BERBEZA...riak wajah Khairul Fahmi ketika sidang media mengumumkan perkahwinannya dengan Leuniey (kanan), semalam.
GAYA BERBEZA...riak wajah Khairul Fahmi ketika sidang media mengumumkan perkahwinannya dengan Leuniey (kanan), semalam.
PETALING JAYA: Perkahwinan penjaga gol skuad bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, 23, dan pasangannya, Nur Eilunie Natasha Nazri, 21, bakal berlangsung penuh gemilang dalam empat majlis dengan tema berbeza, bermula 28 Disember ini dan terakhir pada 13 Januari tahun depan.
Perkara itu diumumkan Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek pada sidang media di sini, semalam dan beliau turut memaklumkan, setakat ini pihaknya menerima tajaan bernilai lebih RM300,000 untuk majlis perkahwinan yang dirancang.
Apek berkata, majlis pertama ialah upacara akad nikah yang akan diadakan pada 28 Disember iaitu selepas berakhirnya Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki yang bermula Ahad ini.

Menurutnya, majlis akad nikah itu bakal berlangsung di rumah Nur Eilunie Natasha atau Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan sebelum disusuli majlis resepsi di pihak pengantin perempuan pada 30 Disember di Hotel Renaissance, Kota Bharu, bertemakan Melayu Kontemporari.



Penjelasan pelakon Azhar Sulaiman berkenaan Isu Murtad...sila baca...


Penjelasan Azhar Sulaiman Berkenaan Isu Murtad

SHAH ALAM -"Kenyataan saya keluarkan dalam laman sosial Facebook, adalah respons daripada tajuk utama yang dipaparkan dalam sebuah akhbar semalam (kelmarin) iaitu 'Nik Aziz dakwa Umno murtad'."Begitulah penjelasan yang diberikan oleh aktor terkenal, Azhar Sulaiman, berhubung kenyataan mengenai dirinya kerana menjadi ahli Umno. Azhar berkata, beliau hanya mengutarakan persoalan kepada individu cerdik agama, iaitu adakah beliau juga dikategorikan sebagai murtad kerana menjadi ahli Umno.

Wednesday, November 21, 2012

Gempar !!! Pelakun Azhar Sulaiman mengaku Murtad ?

    Ramai salah anggap tentang kenyataan Nik Aziz yang disiarkan dalam Utusan. Bukan kami ingin memihak, atau memfitnah mana mana pihak, tapi Utusan memang terkenal dengan akhbar ‘spin’ ,suka putar belit ayat. Tok Guru dikatakan akan menyaman akhbar tersebut kerana memfitnah.

Bukti ? Sudah banyak kali Utusan kalah apabila disaman. Kalau tak tipu kenapa boleh banyak kali kalah yer ? :)

Bagi Azhar Sulaiman, jangan jadi melayu yang layu. Orang kalau tiada ilmu, lebih baik simpan bodoh tu, jangan tunjuk sangat :)

Tuesday, November 20, 2012

Fuyooo...ustaz Azhar idrus..pun depa nak fitnah..Jim baca


                Berikut adalah penjelasan Ustaz Azhar Idrus berkenaan gambar kontroversi beliau yang disebarkan oleh pencacai Umno.


Tujuannya tidak lain tidak bukan hanya untuk menjatuhkan kredibiliti Ustaz yang 'mesra' PAS ini.

Gambar yang dimuat turun oleh pencacai Umno untuk menjatuhkan Ustaz Azhar Idrus yang kononnya sedang makan di McD bersama keluarga.

Moga Ustaz Azhar terus tabah mengharungi perjuangan ini..




Doa ..apa salahnya Pas berdoa...


SHAH ALAM - Pas menyifatkan isu mendoakan kehancuran Umno-Barisan Nasional (BN) yang dibacakan pada himpunan sempena Muktamar Pas ke-58, Jumaat lalu, bukan polemik besar.
Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, doa oleh adik Mursyidul Am Pas, Nik Razi Nik Mat itu tidak ditujukan kepada individu, tetapi organisasi, iaitu BN.

Thursday, November 15, 2012

Fulamak...PM Tunggu kemenangan besar atau kekalahan. Menanti..


KOTA BHARU: Berlainan berbanding dewan-dewan lain, Dewan Ulama menampilkan perwakilan dan pemerhati berjubah memenuhi Dewan Duyung, Perdana Resort tempat berlangsung muktamar kali ke-51, hari ini.

Jam 9 pagi perwakilan dan pemerhati memenuhi dewan muktamar, bermulanya muktamar membincangkan halatuju PAS terutamanya menghadapi pilihan raya ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa dari sekarang.

Perghhhh!!! Ketua Pengarah Kesihatan Di Denda kerana berkalwat


Ketua Pengarah Kesihatan didenda RM3,000 kerana khalwat

14 November 2012
PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman hari ini didenda RM3,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah setelah mengaku bersalah atas tuduhan khalwat.

Jika Dr Hasan, 56, gagal membayar denda itu, beliau boleh dipenjara selama tiga bulan.

Beliau didakwa berkhalwat dengan seorang pegawai kementerian sama, Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, 36, di sebuah bilik Hotel Pullman Putrajaya, di sini kira-kira 2.18 pagi hari ini.

Wednesday, November 14, 2012

Fuyooo..Ada Restoran di Petaling Jaya hidang menu anjing..


IZWAN ROZLIN..sinar

Pub yang menjadi tumpuan warga Myanmar.
Pub yang menjadi tumpuan warga Myanmar.
Minuman keras yang dijual tanpa permit turut dirampas.
Minuman keras yang dijual tanpa permit turut dirampas.
PETALING JAYA – Sebuah restoran dan pub yang menjadikan anjing sebagai makanan utamanya disita dalam serbuan anggota Balai Polis Damansara Utama dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya, awal pagi semalam.

Serbuan yang diketuai, Ketua Balai Cif Inpektor Mohd Zul Azri Abdul Rashid itu berjaya menahan tujuh warga Myanmar yang sedang leka menikmati minuman keras di premis tidak berlesen itu yang beroperasi di tingkat dua bangunan rumah kedai di Jalan SS 21/56 B, Damansara Utama, di sini.

Tunang Sengkek....Tak ada duit Belanja Kawin...buat laporan polis kata kena rompak...

BaTU PAHAT: Pening memikirkan wang hantaran tidak cukup, seorang lelaki melakukan tindakan bodoh untuk menyelesaikan masalahnya apabila membuat laporan polis palsu kononnya dia disamun ketika mengeluarkan wang untuk dijadikan hantaran kahwin di bank, sebelum menghilangkan diri.
Lakonan lelaki berusia 24 tahun itu menyebabkan tunangnya serta keluarga menanggung malu apabila majlis perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung Jumaat lalu, dibatalkan dan ditukar ditukar kepada majlis doa selamat.
Tunang lelaki terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Noor, 23, berkata, bakal suaminya menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) empat hari sebelum hari persandingan pada 29 Oktober lalu dan memaklumkan dia menjadi mangsa samun.

“Dalam SMS itu dia memberitahu disamun ketika mengeluarkan wang daripada bank di Sungai Dulang sebanyak RM18,000 untuk perbelanjaan majlis perkahwinan kami termasuk wang hantaran RM12,000.



“Curiga dengan mesej yang diberikan, saya membuat pemeriksaan di bank berkenaan dan diberitahu tunang saya tidak mempunyai akaun di bank itu,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Tuesday, November 13, 2012

Fuyoooo..jalan Panjang 0.9 KM ..berharga sampai RM 14.9 juta..sapa punya kerja ni?...

KOTA KINABALU: Pernahkah anda terbayang, sebatang jalan raya satu lorong  yang hanya sepanjang 0.9 kilometer harganya RM14.9 juta?

Inilah yang berlaku di Sabah yang diperintah  Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

Mungkin inilah jalan yang paling mahal sekali di Malaysia dan mungkin di dunia berasaskan kualiti dan kuantiti yang melibatkan jalan ini.



(Inilah pintu masuk DUN Sabah yang dihubungkan oleh jalan ini)



Monday, November 12, 2012

Vateren UMNO Johor akui...UMNO semakin Nazak..jom baca


Rupanya, bukan setakat pemimpin Umno kanan yang terasa bahang kekalahan, malah orang Umno pencen yang pernah makan gaji dengan kerajaan pun sudah mula serabut kepala.

Buktinya, semasa Perhimpunan Agung Tahunan Veteran Umno Malaysia di Kuala Terengganu, Terengganu, pemangku pengerusinya, Mohd Zahid Sirat mengakui, ahli Umno mesti sentiasa berada dalam keadaan bersedia untuk membantu parti menghadapi pilihanraya umum ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Sunday, November 11, 2012

Tiga polis direman, wanita asing dakwa dipaksa laku seks


Tiga polis direman, wanita asing dakwa dipaksa laku seks




Tiga anggota polis ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung aduan seorang wanita warga asing yang mendakwa dipaksa melakukan hubungan seks ketika disiasat.
  
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata polis kini menjalankan siasatan terperinci terhadap kes itu.
  
"Kita tidak akan melindungi anggota polis berkenaan sekiranya terbukti mereka terbabit dalam kejadian tersebut," katanya kepada Bernama.

 Terdahulu, Setiausaha MCA Pulau Pinang Lau Chiek Tuan, yang juga Penyelaras BN Parlimen Bukit Mertajam, memberitahu satu sidang akhbar bersama wanita itu berkata dakwaan tersebut sangat serius dan berharap polis dapat menjalankan siasatan dengan teliti.
  
- Bernama

Gempar ...Wanita indonasia dakwa dirogol oleh 3 anggota polis


Wanita Indonesia dakwa dirogol tiga anggota di balai polis



BUKIT MERTAJAM - Seorang pekerja kedai makan warga Indonesia mendakwa dia dirogol tiga anggota polis di sebuah balai polis dekat sini semalam.
Mangsa berusia 25 tahun mendakwa ditahan oleh tiga orang anggota polis berusia lingkungan 20-an sehingga 30-an pada jam 6.20 pagi di Perai dan kemudian dibawa ke balai polis.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abd Rahim Hanafi yang dihubungi berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas mengikut lunas perundangan jika benar dakwaan itu.

Saturday, November 10, 2012

Fifi...bekas Pengacara Program Bersama Mu TV3 , menarik balik permohonan fasak...


SHAH ALAM - Bekas pengacara program Bersamamu TV3, Fifi atau Noor Hafiza Saharuddin menarik balik permohonan fasakh terhadap suaminya, Feriz Omar, yang juga Presiden Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris) di Mahkamah Rendah Syariah, semalam.

Peguam Syarie yang mewakili Fifi, Musa Awang, ketika dihubungi Sinar Harian, mengesahkan perkara itu.
Menurutnya, anak guamnya menarik balik kes itu semalam melalui seorang wakil.
“Ini kerana mereka sepakat untuk terus hidup sebagai suami isteri,” katanya.
Musa berkata, permohonan fasakh itu difailkan oleh Fifi pada 29 Jun lalu mengikut Seksyen 53 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.
Ketika kes itu disebut di hadapan Hakim Syarie  Azmi Aziz semalam, kedua-dua mereka tidak hadir.
Fifi, 29, bernikah dengan Feriz, 41, pada 8 Ogos 2008 di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq,  Bangsar, Kuala Lumpur, dengan hantaran RM50,000 serta mas kahwin RM1,000.
Pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki bernama Fahd Al-Warith yang kini berusia 3 tahun.
Kerjaya Fifi sebagai pengacara program realiti Bersamamu itu bermula selepas beliau menjadi juara pertandingan Olay Aspirasiku TV3 pada 2004.Sinar harian

Friday, November 9, 2012

Remaja terlampau, tidak mahu terlanjur lagi...


Soalan SAYA, wanita berumur pertengahan 20-an, bekerja dan tinggal bersama keluarga serta masih belum berkahwin.
Sebelum ini saya mempunyai teman lelaki ketika belajar di universiti. Saya namakan dia A. Selepas beberapa lama berkawan, kami terlanjur. Saya rasa bersalah kerana itu kali pertama melakukannya.
Saya terus berkawan dengan A hinggalah saya mendapat tahu dia bertunang. Saya amat marah dan sedih kerana dia menipu saya.

Saya memutuskan perhubungan dengan A dan bertemu beberapa lelaki lain. Mulanya, saya amat menyukai dan ingin serius dengan seorang lelaki.

Thursday, November 8, 2012

Fuyoooo..banyaknya bendera keadilan di Selayang...

Perang bendera telah bermula..di selayang...dan tq kpd Feb pakatan rakyat...Semangat macam ini kita mahu teruskan sampai PRU 13

Sikap sederhana tok guru Nik Aiziz ..Pemimpin lain boleh ikut ke..

                                                                    Tuan guru Nik Aziz mengambil peluang gunting rambut walaupun beliau sebuk dengan tugas harian..

Wednesday, November 7, 2012

Nurul izzah akan ambil tindakan undang undang terhadap utusan dan BH


Nurul ambil tindakan undang-undang terhadap Utusan, BH

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia dan Berita Harianberhubung isu kebebasan beragama.

Katanya, beliau telah mengarahkan peguamnya mengambil tindakan terhadap akhbar-akhbar tersebut dan kemungkinan beberapa blog yang didakwa memutar belit kenyataannya berhubung isu tersebut.

Monday, November 5, 2012

Fulamak....Puluhan ribu hadiri perhimpunan..walaupun hujan lebat di Negeri 9

walaupun hujan lebat bermula jam 2 petang dan padang becak, ia tidak menghalang kira-kira 30,000 orang hadir dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat di padang Taman Seremban Jaya, Negeri Sembilan malam tadi.

Padang yang digenangi air dan berlumpur, tidak mematahkan semangat mereka berpayung dan berbaju hujan serta berdiri di tengah padang sewaktu hujan renyai bagi mendengar penjelasan isu-isu semasa daripada pemimpin Pakatan Rakyat.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung