Nuffnang

Thursday, November 22, 2012

Penjelasan pelakon Azhar Sulaiman berkenaan Isu Murtad...sila baca...


Penjelasan Azhar Sulaiman Berkenaan Isu Murtad

SHAH ALAM -"Kenyataan saya keluarkan dalam laman sosial Facebook, adalah respons daripada tajuk utama yang dipaparkan dalam sebuah akhbar semalam (kelmarin) iaitu 'Nik Aziz dakwa Umno murtad'."Begitulah penjelasan yang diberikan oleh aktor terkenal, Azhar Sulaiman, berhubung kenyataan mengenai dirinya kerana menjadi ahli Umno. Azhar berkata, beliau hanya mengutarakan persoalan kepada individu cerdik agama, iaitu adakah beliau juga dikategorikan sebagai murtad kerana menjadi ahli Umno.

"Jika orang baca betul-betul, mereka tahu saya mengutarakan pertanyaan. Ini kerana bila Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengatakan Umno murtad, jadi bagaimana dengan saya?


"Itu hanya kenyataan dari saya, terpulanglah bagaimana interpretasi dan penilaian pihak lain mengenai kenyataan saya itu," katanya kepada Sinar Harian di pekarangan Kumpulan Media Karangkraf, semalam.


Azhar berkata, dia bukan sengaja mahu menimbulkan kontroversi, apatah lagi cuba menjadi ahli politik. Sebaliknya, sebagai rakyat Malaysia, dia cuma mengambil tahu mengenai perkembangan semasa.

Mengenai laporan polis oleh beberapa individu di Perak, Azhar berkata, dia tiada masalah dalam perkara itu.

"Apa yang boleh saya kata, jika orang benar-benar faham dengan kenyataan saya, mereka akan faham apa yang cuba saya sampaikan," katanya. ~sinar

8 comments:

Penulis Rindu said...

Macam macam kau ni lebih baik diam je..

Anonymous said...

suruh org faham kenyataan dia ,tp dia sendiri xnak faham kenyataan tgna..apalah harap bapak mentua je kaya tapi otak cetek

Kak Mahh said...

Kena berhati-hati bila mengeluarkan pendapat.

Din Mun said...

Hukum Allah dipersendakan.

mila said...

sebab politik, selamber je buat main agama..Murtad plak tu..bodoh punye org..

Anonymous said...

Sama la cam orang PAS gak..hukum Allah orang PAS persendakan...so what????

Anonymous said...

Sama la cam orang PAS gak..hukum Allah orang PAS persendakan...so what????

Tu lah bodonya UMNO,,, benda yang salah nak ikut,,,,yang baik tinggalkan...

Penulis Rindu said...

Anonymous yang bodoh tu...

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung