Nuffnang

Friday, May 31, 2019

Perghhh !!! Abang botak ditahan, motosikal dan helmet dirampas

Abang botak ditahan, motosikal dan helmet dirampas



Suspek ditahan petang Khamis di Balakong.
LELAKI yang bertindak memecahkan cermin hadapan sebuah kereta dengan topi keledar dalam kejadian di Taman Bukit Serdang dekat Seri Kembangan sudah ditahan.
Terdahulu video perbuatan lelaki terbabit tersebar di media sosial.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan, berkata suspek berusia dalam lingkungan 30-an ditahan  di Balakong kira-kira pukul 3 petang Khamis.
Suspek bekerja sebagai pembantu stor kilang. Kami turut merampas sebuah motosikal dan helmet yang digunakan semasa insiden itu," katanya.


Video perbuatan lelaki terbabit tular di media sosial.
Dalam pada itu, menurut Ismadi, pihaknya akan mendapatkan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah di Mahkamah Petaling Jaya pada Jumaat.
Tambahnya, bagaimanapun, siasatan lanjut sedang diteruskan.
Pada 28 Mei, seorang wanita berusia 22 tahun memandu di Jalan Kasturi kira-kira pukul 5.30 petang sebelum dua lelaki dikatakan berhenti mengejut di hadapan keretanya.
Bagaimanapun, seorang daripada penunggang motosikal tersebut tiba-tiba memukul cermin hadapan kenderaan itu menggunakan helmet sehingga retak.
Perbuatan lelaki itu dipercayai disebabkan tidak berpuas hati dengan pemilik kereta berkenaan kerana membunyikan hon terhadap mereka.

Wednesday, May 29, 2019

Wow Dahsyatt !!! Pembantu rumah maut dipercayai didera, timun ditemui dalam kemaluan

Pembantu rumah maut dipercayai didera, timun ditemui dalam kemaluan



Siasatan dijalankan terhadap kematian pembantu rumah warga Filipina, Constancia Layo Dayag di Kuwait.
SEORANG pembantu rumah warga Filipina di Kuwait maut dengan mayat ditemui berwarna kehitaman dan kebiruan.
Turut ditemukan adalah sebiji timun dalam kemaluan mayat.
Seorang majikan warga Kuwait didakwa dalam kes bunuh Constancia Layo Dayag selepas pembantu rumah itu disahkan meninggal dunia semasa tiba di hospital minggu lalu.
Insiden tersebut merupakan dakwaan siri terbaharu penderaan terhadap pekerja domestik warga Filipina di negara itu.
Laman web berita Philipina, Business Mirror melaporkan warga Filipina itu didakwa didera sehingga mati dan menemui sebiji timur di dalam kemaluannya.
Media tempatan di Kuwait melaporkan pihak berkuasa memfailkan pertuduhan terhadap seorang suspek majikan warga tempatan kerana membunuh Constancia. - Mirror UK

Tuesday, May 28, 2019

WOW !!! Polis siasat kaitan pemandu grab hilang dengan penemuan mayat

Polis siasat kaitan pemandu grab hilang dengan penemuan mayat


Mohd Hanafiee Jaffar.
POLIS sedang menyiasat sama ada penemuan mayat di Tuaran, Sabah pada Isnin mempunyai kaitan dengan kes pemandu Grab yang hilang, Mohd Hanafiee Jaffar.
Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, ahli keluarga Mohd Hanafiee dimaklumkan mengenai penemuan itu, dan mereka akan mengenal pasti mayat.
"Kita perlu melihat sama ada terdapat hubungan antara kes orang hilang, dan penemuan mayat, yang berada di bawah bidang kuasa balai polis lain (Tuaran).
"Walaupun kita telah meminta ahli keluarga Mohd Hanafiee mengenal pasti mayat, kita tidak dapat mengesahkan bahawa dia adalah orangnya.

"Setakat ini, dia masih dianggap hilang," kata Habibi kepada pemberita di Bazar Ramadan di Sembulan di Kota Kinabalu.
Bagaimanapun, Habibi berkata, terdapat kemungkinan yang kuat bahawa salah laku jenayah terlibat dalam kehilangan Mohd Hanafiee berikutan terdapat kesan darah di dalam kereta.
"Kita berharap orang ramai tidak akan menyebarkan versi insiden yang tidak benar dan tidak disahkan.
"Ia menganggu siasatan sekiranya mereka berbuat demikian," katanya sambil menambah bahawa pihak polis akan mengeluarkan kenyataan mengenai kes tersebut tidak lama lagi.
Mohd Hanafiee yang merupakan pemandu Grab sepenuh masa, hilang awal pagi Sabtu, dekat Kota Kinabalu.
Menurut laporan polis yang dibuat oleh teman wanita Hanafiee, kereta itu ditemui di kawasan berhampiran Bazar Ramadan di Indah Permai kira-kira 12.30 pagi Ahad.
Katanya, kenderaan tersebut dikunci dan kosong, dengan kesan darah pada stereng, brek tangan, pintu depan dan cermin. - The Star

Monday, May 27, 2019

Pemandu wanita jerit 'natey mu nok gapo' rupa-rupanya nyaris langgar seorang ibu, “Kalaulah lambat beberapa saat”

Pemandu wanita jerit 'natey mu nok gapo' rupa-rupanya nyaris langgar seorang ibu, “Kalaulah lambat beberapa saat”


Keadaan huru-hara berlaku di Uptown Kota Bharu Khamis lalu.
TINDAKAN pantas seorang anak menarik tangan ibunya telah menyelamatkan wanita berkenaan daripada dilanggar sebuah kereta yang ‘sesat’, Khamis lalu.
Sehari selepas kejadian itu, tular sebuah video yang menunjukkan orang ramai memijak dan memecahkan cermin sebuah kereta di Uptown Kota Bharu, Kelantan.
Seorang wanita, dipercayai pemilk kenderaan berwarna putih itu turut dilhat bertegang urat dengan orang ramai. 

Sunday, May 26, 2019

Viral!!! Kecoh ‘kaki story’ tak sengaja rakam ‘cik ponti’ jam 4 pagi, “Ramai kata ada orang bela, bersepah kat sini”



Rata-rata netizen seram sejuk melihat penampakan entiti misteri di sebalik tiang di sebuah flat PPR.
KEBANYAKAN kita percaya syaitan mahupun mahkluk halus diikat sepanjang bulan Ramadan.
Namun begitu tular satu video penampakan, kononnya pontianak di sebuah flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) dipercayai dekat Pantai Dalam, Kuala Lumpur.
Perkongsian video Azizi Aziz berdurasi tujuh saat di Twitter memaparkan entiti misteri berambut panjang dengan wajah berwarna putih berdiri di sebalik tiang di luar koridor rumah penghuni flat terbabit.
Video tersebut mendapat perhatian netizen apabila diulang kicau (retweet) lebih 23,000 kali dan mendapat kira-kira 14,000 tanda suka.
Azizi Aziz ketika dihubungi mStar memberitahu video tersebut sebenarnya diambil daripada seorang rakannya yang dikenali sebagai Jiqa.


Posting Azizi Aziz menjadi tular di Twitter.
Menurut Jiqa, video tersebut dirakam oleh seorang rakan baiknya pada 19 Mei lalu sewaktu pulang dari kerja sekitar pukul 4 pagi.
"Kawan saya ni memang kaki story. Tak kira masa suka buat story dekat WhatsApp. Video tu dia ambil secara spontan ketika pulang kerja Grab Food awal pagi.
"Dia ni jenis alert. Dia terkejut bila perasan ada sesuatu yang pelik. Tak lama lepas tu dia WhatsApp video tu dekat grup sekolah menengah kami untuk tanya kepastian kawan-kawan," katanya.
Jiqa yang duduk di kawasan flat yang sama dengan kawan baiknya itu turut tidak sedap hati melihat video tersebut.

Dekat sini banyak benda aneh berlaku. Dulu ada dua tiga orang pelajar Universiti Malaya (UM) pernah kena ganggu. Ada juga pernah terserempak pocong dekat lif.

JIQA.

Penghuni Flat PPR.

"Saya memang meremang bulu roma tengok video tu. Lepas tu ada kawan kami nama Alip cakap penampakan tu memang makhluk halus.
"Alip tu budak silat. Jadi dia kata benda-benda macam tu biasa. Jin dan benda-benda yang dibela tak diikat. Lagipun orang-orang flat pernah cakap ada yang membela," katanya.
Jelas gadis berusia 21 tahun itu, flat didiaminya bersama keluarga lebih 10 tahun itu memang dikenali sebagai kawasan keras.


Mesej perbualan kawan-kawan Jiqa mengenai penampakan entiti misteri itu dalam grup Whatsapp mereka.
"Dekat sini banyak benda aneh berlaku. Dulu ada dua tiga orang pelajar Universiti Malaya (UM) pernah kena ganggu. Ada juga pernah terserempak pocong dekat lif.
"Paling menyeramkan ada penghuni lepas solat Subuh pusing kawasan perumahan kemudian jumpa duit berciciran. Ini mereka syak angkara toyol," katanya.
Bagaimanapun penuntut di sebuah universiti swasta di Shah Alam itu menarik nafas lega kerana tidak pernah terserempak dengan entiti misteri setakat ini.
"Alhamdulillah setakat ini saya belum pernah jumpa lagi. Minta-minta dijauhkan. Tapi tiga entiti misteri... pontianak, pocong dan toyol memang famous dekat sini.
"Ramai cakap ada orang bela benda tu. Itu yang bersepah dekat sini. Tapi saya tak pasti benda tu betul ke tak tapi ramai penduduk sini cakap macam tu," katanya.
Dalam pada itu, perkongsian video berkenaan turut menerima maklum balas berbeza dalam kalangan netizen.
Malah ada individu yang turut mempersoalkan kesahihan video tersebut.
"Macam prank je ni. Macam video kertas buaya tu. Itulah dia rakam tak habis nanti kantoi. Maybelah," tulis Yusof Arsad.

Friday, May 24, 2019

Wow !!! Berlapar hantar makanan, pemberian pelanggan Cina buat rider Grabfood ini nak menangis, “Terharu dia hargai kerja saya”


Kisah mengenai Suhaimi menjadi tular di laman Twitter.
BAGI mereka yang tugasnya 'bergelumang' dengan makanan, cabaran kerja pasti bertambah khususnya di bulan Ramandan.
Begitulah yang dihadapi oleh Muhammad Suhaimi Hussin, 18, yang bekerja sebagai penghantar makanan di sekitar ibu kota.
Namun, penat lelah kerjanya seakan-akan terubat apabila wujud pelanggan yang menghargai dirinya.

Mesra disapa Suhaimi, dia mengakui terharu apabila pelanggan berbangsa Cina yang ditemuinya pada Isnin lalu menghadiahkan sepucuk surat buatnya.
Malah, individu itu turut memberi sedikit wang di dalam sampul sebagai tanda penghargaan di atas usaha Suhaimi menghantar makanan dalam bulan puasa.
"Apabila saya hantar makanan di sebuah rumah, saya tengok ada empat orang. Ada budak dan guru, mereka tengah belajar.
"Salah seorang budak tu yang ambil makanan dan serahkan surat kepada saya. Masa jalan ke lif, saya baca dan senyum sahaja.
"Lepas tu baru saya perasan mereka selitkan RM5. Saya agak terkejut, walaupun nilai kecil, saya tetap terharu sebab dia hargai kerja saya," ujarnya sewaktu dihubungi mStar pada Khamis.

Mungkin dia pun nak hargai saya, sebab saya Melayu yang berpuasa, hantar makanan kepada mereka pada siang hari.

MUHAMMAD SUHAIMI HUSSIN

Suhaimi membuat perkongsian mengenai peristiwa itu di laman Instagram sebelum rakannya, Alif Haikal memuat naik semula ke laman Twitter.
Ia pantas menarik perhatian ramai sehingga menerima hampir 15,000 ulang kicau(Retweet).
"Terima kasih untuk penghantaran makanan, selamat berpuasa.
"Terima kasih atas kerja keras dan sentiasa cemerlang dalam pekerjaan," tulis individu itu menerusi surat yang dimuat naik oleh Suhami.


Kisah mengenai Suhaimi dimuat naik semula ke Twitter oleh sahabatnya, Alif Haikal (@ahaipong)
  • Kata Suhaimi, dia terasa seperti ingin menangis kerana dihargai atas kerja yang dilakukannya.
    Malah, ia juga membuktikan perpaduan kaum dan bangsa di negara ini masih lagi utuh dan harmoni.
    "Pada saya tak ada sesiapa yang bersifat perkauman. Semua kita saling menghargai tak kira kaum.
    "Mungkin dia pun nak hargai saya, sebab saya Melayu yang berpuasa, hantar makanan kepada mereka pada siang hari," katanya lagi.


    Suhaimi kini sedang menunggu tawaran untuk menyambung pelajaran selepas menamatkan persekolahan pada tahun lalu.
    Suhaimi yang menetap di Hulu Langat, Selangor mula menjadi penghantar makanan sejak Januari lalu.
    Dia yang menamatkan persekolahan pada tahun lalu bekerja secara sambilan sementara menunggu panggilan menyambung pelajaran.
    Dalam pada itu, rata-rata netizen turut meninggalkan komen menerusi posting itu.
    "Bila dapat pelanggan yang memahami ni terharu dia lain macam do," tulis @emannsrn.
    "Janganla racist. My Chinese friend siap nak call kan bangun sahur tau start esok sebab aku asyik bangun lambat je diaorang kesian sebab takut aku lapar," tulis seorang lagi netizen.

    Thursday, May 23, 2019

    Luar biasa sekarang tak seperti dulu, suami Faziani terpaksa telan pil untuk tidur lena, “Rindu saya pada isteri tak berkesudahan”


    KENANGAN... Ahmad Shah Rizal bersama arwah isteri, Faziani Rohban Ahmad. Foto AZLINA ABDULLAH

    PEMERGIAN pengasas Dnars, Faziani Rohban Ahmad, pada Sabtu lalu merupakan satu kehilangan yang amat besar kepada dunia perniagaan produk kosmetik di negara ini.
    Kesedihan sudah pastinya menyelubungi keluarga Allahyarham usahawan kosmetik berusia 40 tahun itu terutama suami dan lapan anak mereka.
    Suami Allahyarham iaitu Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, berkata, beliau reda dengan ketentuhan Ilahi meskipun merasakan pemergian isteri tercinta terlalu awal.


    Allahyarham Faziani Rohban Ahmad. Foto instagram Faziani_Rohban
    Mengakui pada awalnya berasa bersalah kerana kemalangan berlaku apabila beliau terlelap seketika kerana penat, tetapi kini akur dengan suratan takdir.
    “Memang pada awalnya saya rasa bersalah sebab terlelap sebelum kemalangan berlaku. Tapi ustaz-ustaz yang berjumpa saya memberitahu ia sekadar asbab atau sebab yang menyebabkan kemalangan itu.
    “Setiap yang berlaku telah diaturkan dan ditakdirkan Allah. Walaupun merasakan terlalu awal beliau pergi, tapi saya reda,” katanya kepada mStar.


    Rizal membuat kejutan sempena hari ulang tahun perkahwinan mereka, awal tahun ini.
    Lebih mesra dengan panggilan Rizal, katanya, rancangan untuk menyampaikan sumbangan ke rumah anak-anak tahfiz di Pattani, Thailand pada hari kejadian atas permintaan isterinya.
    “Kebiasaannya kami menyalurkan sumbangan ke akaun bank mereka setiap tahun, tapi kali ini isteri saya minta untuk berjumpa dengan ustaz-ustaz dan anak-anak tahfiz di sana,” katanya sambil menambah kali terakhir mereka ke rumah anak-anak tahfiz itu pada akhir tahun lalu.

    Sama ada dia tidak temani saya atau saya tidak menemani dia, itu luar biasa bagi orang sekeliling. Tapi, sekarang luar biasanya tak macam dulu, dia dah pergi meninggalkan saya buat selama-selamanya.

    AHMAD SHAH RIZAL IBRAHIM

    Suami Allahyarham Faziani

    Menceritakan lebih lanjut mengenai dirinya dan isteri kesayangannya, kata Rizal, hubungan mereka begitu akrab sejak berkahwin sembilan tahun lalu, iaitu masing-masing perkahwinan kedua mereka dan mulai saat itu pasangan ini akan ada bersama walau di mana sahaja.


    Rizal dan Faziani semasa mengerjakan umrah di Tanah Suci.
    Beliau menambah, sebelum ini, ia bagaikan sesuatu yang luar biasa sekiranya salah seorang daripada mereka tiada di sisi masing-masing.
    “Kami sering bersama ke mana-mana. Tapi, kalau saya atau arwah tak bersama sebab ada hal tertentu contoh kerana hal kerja, ia akan dilihat luar biasa kalau tidak ditemani antara satu sama lain. 
    “Sama ada dia tidak temani saya atau saya tidak menemani dia, itu luar biasa bagi orang sekeliling. Tapi, sekarang luar biasanya tak macam dulu, dia dah pergi meninggalkan saya buat selama-selamanya,” ujarnya.
    Menyifatkan Faziani seorang isteri dan ibu yang bertanggungjawab, Rizal berkata, arwah menjaga dan mendidik anak-anak kandung dan tiri secara sama rata.

    Rizal dan Faziani bersama lapan anak mereka.
    Tambahnya, arwah isterinya mempunyai tiga anak kandung dan empat anak tiri daripada perkahwinan pertama masing-masing, selain anak kandung hasil perkahwinan mereka. 
    “Arwah tidak pernah membezakan layanan terhadap anak-anak kandung dan tiri, dia anggap anak-anak saya seperti anak-anak dia sendiri.
    “Dia bukan saja isteri dan ibu kepada anak-anak kandung dan anak-anak tiri kami serta rakan niaga, malah juga teman untuk saya mengadu dan meluahkan perasaan. Sekarang saya dah tak ada teman lagi, terpaksa cuba membiasakan keadaan itu,” katanya dengan nada sebak.


    Rizal menenangkan anak-anaknya semasa hari kejadian. Foto Bernama
    Dalam pada itu, Rizal mendedahkan dia tidak dapat tidur sejak pemergian arwah isterinya pada Sabtu lalu kerana begitu merindui isterinya. dan terpaksa bergantung kepada pil tidur.
    “Rindu saya dengan isteri adalah rindu yang tidak berkesudahan. Tak dapat nak gambarkan perasaan rindu tu, saya cukup rindukannya.
    “Tapi ustaz-ustaz yang datang ke rumah ada beritahu saya kalau saya rindu dia, maknanya itu adalah rindu yang berbalas.
    “Satu kerinduan yang cukup manis. Masa tu, barulah saya dapat tenang sedikit dan akhirnya boleh tidur malam tadi (Selasa malam) buat pertama kali,” katanya.


    Rizal kelihatan sedih di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kedemit Luar. Foto Bernama
    Pada Sabtu lalu, Faziah yang merupakan pengasas produk kecantikan maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima yang dinaiki bersama suaminya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Pattani, Thailand.
    Dalam tragedi kira-kira pukul 10.45 pagi itu, suami isteri itu dalam perjalanan untuk menyerahkan sumbangan ke rumah anak-anak tahfiz di kawasan berkenaan.
    Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kedemit Luar dekat Wakaf Bharu, di Tumpat, Kelantan, kira-kira pukul 10 malam Sabtu.

    Wednesday, May 22, 2019

    Viral!!! Wanita sibuk shopping, dua kucing dalam kereta menangis, lidah terjelir kepanasan! Alasannya “bukan kucing saya


    Paparan skrin dua ekor kucing hampir lemas ditinggalkan dalam sebuah kereta.
    TINDAKAN seorang pemilik kenderaan yang meninggalkan dua ekor kucing dalam kereta ketika cuaca panas mengundang kemarahan orang ramai.
    Dalam satu kejadian pada Ahad lalu, dua kucing tersebut nyaris mati gara-gara kurang oksigen selepas ditinggalkan penjaganya di dalam sebuah kereta di kawasan parkir sebuah pusat beli belah di Kulai, Johor.
    Mujurlah ketika itu seorang wanita menyedari insiden tersebut dan mengambil tindakan untuk menyelamatkan dua kucing berwarna oren itu.
    Wanita yang hanya mahu dikenali Tokdaeng Tokpiee, 46, ketika dihubungi mStar berkata, ketika itu dia berada di kawasan parkir sambil menunggu pelanggannya membeli-belah di Johor Premium Outlet (JPO).
    “Saya berada di situ lebih kurang dua jam sambil menunggu pelanggan dari Jakarta singgah di JPO.
    Walaupun lemah, kedua-dua kucing tersebut tidak berenggang antara satu sama lain.
    “Pada mulanya saya tidak ambil kisah apabila anak saya beritahu sebuah kereta berdekatan nampak macam bergerak. Anak saya pergi melihatnya dan dia bagitau ada dua ekor kucing.
    “Saya pun keluar dari kereta dan pergi tengok sendiri. Sedihnya tengok dua ekor kucing comel sedang terjelir lidah kepanasan," katanya yang bekerja sambilan sebagai pemandu.
    Melihat situasi cemas itu dari luar tingkap, Tokpiee memberitahu dia turut terpandang bekas makanan dan minuman yang diletakkan dalam kereta tersebut.
    “Kami cuba memanggilnya dari luar. Walaupun nampak seperti penat, kedua-dua ekor kucing itu masih mampu bergurau antara satu sama lain.
    “Tak lama kemudian saya lihat salah seekornya semakin lemah. Matanya berair seolah-olah menangis,” katanya.
    Tokpiee memberitahu, beberapa orang yang menyedari kejadian itu menyuruhnya memecahkan cermin kereta tersebut.

    “Saya enggan dan tidak berani nak pecahkan cermin kereta itu. Jadi saya suruh anak saya pergi ke kaunter perkhidmatan pelanggan meminta buat pengumuman.
    “Kali pertama pengumuman dibuat tidak ada sebarang maklum balas, namun selepas kali kedua barulah datang seorang wanita," katanya.
    Tak kisahlah kucing siapa pun, memang tak patut tinggalkan macam tu tanpa sebarang ruang udara. Nak shopping atau apa, pastikan bawa sekali ‘carrier’ atau tinggalkan di tempat yang selamat.

    TOKPIEE

    Penyelamat kucing

    Walaupun tindakannya itu jelas tidak berperi kemanusiaan, wanita berkenaan masih memberikan alasan yang bagi Tokpiee tidak dapat diterima akal.
    “Saya terus memarahinya. Saya memang bengang, lebih-lebih lagi bila dia siap cakap ‘itu bukan kucing saya... abang saya minta tumpangkan’. 
    “Tak kisahlah kucing siapa pun, memang tak patut tinggalkan macam tu tanpa sebarang ruang udara.
    “Nak shopping atau apa, pastikan bawa sekali ‘carrier’ atau tinggalkan di tempat yang selamat,” ujarnya.
    Tambah Tokpiee, dia tidak pasti berapa lama kucing-kucing berkenaan dibiarkan di dalam kereta tersebut kerana ketika dia sampai ia sudah berada di situ.
    “Kucing ni macam manusia juga. Kalau tinggal lama-lama di ruang tertutup, macam mana nak dapat oksigen dan boleh mati. Memang kesian tengok kucing-kucing itu,” katanya yang masih geram apabila memikirkan sikap wanita tersebut.
    Dalam pada itu, Tokpiee turut berkongsi rakaman kejadian di Facebook.

    Perkongsian Tokpiee di Facebook mengundang kemarahan netizen lain.
    “Ada juga segelintir yang mengecam dan menuduh saya sengaja mahu memalukan pemilik kucing itu dan ada yang pertikai kenapa saya tak pecahkan cermin, hanya rakam sahaja.
    “Saya sudah cerita semuanya dan kalau betullah saya nak malukan penjaganya, kenapa tidak ada gambar kereta atau muka pemiliknya? Saya hanya 'post' video kucing sahaja.
    “Yang penting saya sudah bantu selamatkan kucing itu yang nyaris mati dan saya harap orang ramai lebih peka dengan insiden seperti ini.
    “Tidak kira manusia atau haiwan, jika berada dalam situasi itu, ia boleh menyebabkan kecelakaan,” ujarnya lagi.
    Perkongsian Tokpiee itu mendapat perhatian warga media sosial dengan mencatat hampir 4,000 ribu perkongsian setakat ini.

    Posting Terbaik Minggu Ini

    Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

    Follow twitter

    Harga Minyak dan Logam Dunia

    Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung