Nuffnang

Tuesday, January 31, 2023

Pelanggan Louis Vuitton ditikam, darah berlumuran di lantai

 

Kejadian berlaku ketika mangsa mengunjungi kedai Louis Vuitton di London. - UKNewsInPictures


LONDON – Pelanggan sebuah gedung barangan mewah di London, Harrods terkejut melihat ‘kolam darah’ selepas seorang lelaki ditikam di salah sebuah kedai di premis itu, lapor akhbar The Sun.

Seorang lelaki berusia 29 tahun ditikam di kedai Louis Vuitton selepas mangsa menjadi sasaran penyamun untuk melarikan jam tangan mewah yang dipakainya. 

Dia dikejarkan ke hospital dalam kejadian malam kelmarin. Beberapa anggota polis bergegas ke lokasi kejadian, namun suspek yang bersenjatakan pisau berjaya melarikan diri.

Insiden itu disaksikan oleh seorang lelaki bersama anak perempuannya ketika mereka berada di dalam kedai tersbeut.

Ronnie Chopra, 49, berkata: “Saya dan anak perempuan saya berada di kedai Louis Vuitton di tingkat dua ketika kejadian berlaku.

“Kami berada di bilik bersebelahan menunggu untuk melihat dompet lelaki kerana anak perempuan saya ingin membelikan saya hadiah hari jadi.

“Kami tidak melihat kejadian sebenar, tetapi terdengar pelanggan lain berkata suspek memegang pisau dan menetak lengan seseorang ketika cuba mendapatkan jam tangannya.

“Ketika ingin meninggalkan kedai itu, terdapat kolam darah di lantai dan anak perempuan saya berusia 13 tahun, Anoushka terpaksa melaluinya” katanya.

Mangsa dilaporkan masih dirawat di hospital akibat kecederaan yang dipercayai tidak mengancam nyawa. – Agensi

Lantikan Izzah, lagi NGO kritik PM kerana berunsur “nepotisme”

 


Kritikan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berterusan, terbaharu sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga membidas langkah melantik anaknya, Nurul Izzah sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan.

Pengurus Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme (C4), Sudhagaran Stanley berkata langkah melantik anaknya tersebut berunsur “nepotisme” dan satu “konflik kepentingan”, malah membidas alasan tiada elaun diberikan sebagai tidak relevan.

“Kini menteri lain mungkin melakukan perkara sama melantik anak perempuan atau ahli keluarga bagi mengetuai portfolio penting.

“Di mana garisan penamatnya? Ini sudah pasti bukan amalan tadbir urus baik,” katanya dalam kenyataan, dengan menambah perlunya ketelusan dalam proses pelantikan politik,

Sudhagaran berkata, kelayakan serta proses permohonan dan pemilihan perlu didedahkan kepada umum supaya setiap individu berkepentingan berpeluang memohon untuk jawatan itu.

“Sudah pasti perdana menteri, malah mana-mana menteri sekalipun, mahukan yang orang terbaik dan paling berkelayakan menyertai pasukannya. Namun bagaimana untuk mencapai ini apabila tiada ruang untuk orang awam memohon mengisinya?

“Bagaimana kita boleh pasti bahawa Nurul Izzah orang paling berkelayakan yang telah dipilih untuk jawatan itu?” soalnya dipetik laporan FMT.

Stanley juga berkata sudah terdapat seorang Menteri Ekonomi dan langkah melantik seorang lagi penasihat boleh menimbulkan konflik.

“Nasihat siapa akan didengar Perdana Menteri? Anaknya atau Menteri Ekonomi? Inilah masalahnya,” katanya.

Anwar semalam mempertahankan pelantikan Nurul Izzah itu sebagai berdasarkan kelayakannya.

Katanya, Izzah mempunyai ijazah kejuruteraan dan bidang dasar awam dari Universiti Johns Hopkins di AS.

Monday, January 30, 2023

Putin didakwa hantar 100 penari tiang hiburkan tentera Russia

 

Putin memastikan agar ganjaran untuk tenteranya meningkat. - SPUTNIK/AFP/Getty


MOSCOW – Presiden Russia, Vladimir Putin didakwa mengarahkan penghantaran penari-penari di barisan hadapan untuk meningkatkan semangat tenteranya sebelum serangan seterusnya pada musim bunga tahun ini, lapor akhbar Daily Star semalam.

Tindakan itu dibuat ketika Kremlin mengumumkan pemberian pingat kepada semua askar Russia yang dikerahkan dalam operasi ketenteraan khas.

Komander-komander kanan diarahkan untuk menganjurkan acara hiburan itu ketika tentera Putin bakal menghampiri ulang tahun pertama pencerobohan di Ukraine.

Ads by Kiosked

Lebih 100 gadis akan dibawa menaiki beberapa helikopter untuk satu siri ‘pertunjukan konsert’ di pangkalan bekalan di seluruh Donbas di mana tentera diberi rehat lima hari dan menjalani pemulihan.

Peti-peti bir dan sosej Russia akan dihantar kepada tentera dan perarakan istiadat dijangka berlangsung pada 24 Februari depan untuk menandakan permulaan serangan Russia.

Berita mengenai penghantaran penari itu didedahkan di media sosial oleh seorang pegawai Russia yang mengumumkan bahawa pasukan tentera akan mendapat kejutan istimewa.

“Wira kami akan dihiburkan dengan pesta istimewa oleh penari tiang, bir dan makanan sebagai tanda terima kasih atas perkhidmatan mereka.

“Acara itu diadakan sebagai sebahagian daripada tempoh rehat askar dan bertujuan untuk meningkatkan semangat tentera yang telah berjuang di barisan hadapan,” demikian menurut hantaran pegawai itu.

Tentera Rusia diberi tempoh ‘Rehat dan Rawat’ di lapangan dan jarang dihantar pulang kerana dikhuatiri tidak akan kembali ke pangkalan. – Agensi

UMNO sekarang hanya menumpang orang untuk dapat jawatan: Ku Li

 


Susulan kekalahan teruk semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu, UMNO kini hanya menjadi penumpang untuk mendapatkan sedikit jawatan.

Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkata mereka tidak boleh sekadar menjadi penumpang dalam kerajaan dan perlu melakukan perubahan selepas kekalahan teruk pada PRU-15 lalu sehingga tinggal hanya beberapa kerusi Parlimen dimenangi.

“Kita kena bangkit sebagai sebuah parti yang kuat. Tidak menumpang orang untuk mendapat sedikit sebanyak pengaruh ataupun kuasa. Kita parti yang mewakili majoriti rakyat Malaysia sebagai parti orang Melayu.

“Jadi takkanlah kita berharap supaya kita duduk sebagai penumpang dan hanya mengharap kepada sedikit jawatan yang tidak memberi makna pun kepada kita,” katanya dipetik laporan BH.

Ketua UMNO Bahagian Gua Musang itu berkata UMNO perlu berada di hadapan dan menjadi parti yang menentukan hala tuju negara.

“Kita mahu mencorakkan kedudukan negara ini. Terutama sekali bagi pihak majoriti rakyat negara ini yang mahu kita menentukan hala tuju untuk masa depan negara,” katanya.

UMNO mutakhir ini dilihat bergelora dengan pelbagai isu yang timbul sehingga mencerminkan parti itu dilanda perpecahan.

Selain ketika berdepan PRU-15 yang menyaksikan UMNO kalah teruk, kelemut dalam parti itu melarat sehingga ke pantas Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 baru-baru ini, apabila isyarat konflik jelas kelihatan dalam isu berkaitan dua jawatan tertinggi parti yang tidak dipertandingkan.

Terkini, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memecat dan menggantung keahlian beberapa pemimpin UMNO yang dikatakan terbabit dengan tindakan sabotaj.

Sunday, January 29, 2023

Lelaki putus kepala dibaham jerung raksasa ketika menyelam

 

Lopez diserang seekor jerung ketika menyelam di luar pantai Mexico. - Facebook


BANDAR RAYA MEXICO – Seorang lelaki di Mexico maut akibat dibaham seekor jerung sehingga menyebabkan kepalanya terputus daripada badan mangsa, lapor akhbar The Sun semalam.

Manuel Lopez dikatakan menyelam di luar pantai Mexico apabila diserang seekor jerung sepanjang 5.8 meter sambil diperhatikan sekumpulan nelayan lain, demikian menurut laman web Tracking Sharks.

Lopez dikatakan sedang mengutip ax tripe, sejenis haiwan bercengkerang seperti kerang di laut sekitar pukul 11.30 pagi (waktu tempatan).

Ads by Kiosked

“Dia sedang menyelam apabila haiwan itu menyerang, membaham kepala dan menggigit kedua-dua bahunya,” kata saksi, Jose Bernal.

Jelas Bernal, penyelam tempatan telah diberi amaran tentang kehadiran jerung di kawasan itu. 

Beribu-ribu pemancing kekal di darat kerana kehadiran jerung putih besar, lapor Tracking Sharks. Laut di luar pantai Mexico dihuni salah satu jerung putih terbesar di dunia yang dikenali sebagai Deep Blue. – Agensi

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung