Nuffnang

Friday, September 30, 2022

Alhamdulillah !!! Ejen kosmetik diculik berjaya dibawa pulang ke Malaysia

 

Ejen kosmetik yang dipercayai diculik sekumpulan lelaki pada 13 September lalu berjaya dibawa pulang hari ini.

Ejen kosmetik diculik berjaya dibawa pulang ke Malaysia

PETALING JAYA – Ejen kosmetik wanita yang diculik sekumpulan lelaki dari kediamannya di Tumpat, Kelantan pada 13 September lalu berjaya dibawa pulang ke Malaysia, hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, mangsa, Rosnazirah Mohd Naim, 36, berjaya diselamatkan dengan hasil bantuan pihak berkuasa Thailand.

Menurutnya, lokasi keberadaaan mangsa di negara itu dapat dikesan melalui kerjasama erat Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Diraja Thailand.

ADVERTISEMENT
Ads by

“Mangsa kemudiannya berjaya ditemui dan diselamatkan sebelum dibawa pulang ke tanah air hari ini.

“Dalam kes ini, seramai tujuh lelaki tempatan telah ditahan di sekitar Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan itu, polis turut merampas sebuah kenderaan dipercayai digunakan suspek untuk melarikan mangsa.

Ujarnya lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Culik 1961. – KOSMO! ONLINE

Thursday, September 29, 2022

Lelaki takut bini upah tukang baiki biar telefon rosak

 

Tukang baiki itu menerima sekeping nota beserta wang sebanyak 150,000 rupiah (RM45) di bahagian dalam telefon bimbit tersebut. - Twitter/@jawashitpos


JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi dialami seorang tukang baiki telefon bimbit yang keliru kerana menerima sekeping nota daripada pelanggannya meminta dia tidak membaiki peranti itu dengan sempurna.

Ini bagi mengelakkan rahsia pelanggan tersebut daripada diketahui  si isteri.

Menurut laman berita Merdeka, tukang baiki telefon bimbit itu berkongsi  paparan imej yang menunjukkan nota diterima beserta wang sebanyak 150,000 rupiah (RM45) di bahagian dalam peranti tersebut.

ADVERTISEMENT
Ads by

Wang itu diberikan sebagai tanda terima kasih kerana melakukan seperti yang diminta pelanggan.

“Encik, tolong jangan baiki telefon bimbit ini dengan betul. Nanti isteri saya yang akan mengambil (telefon bimbit), dan dia akan periksa (telefon bimbit) dengan teliti,” demikian menurut pesanan pada nota itu. 

Hantaran itu menjadi tular di laman Twitter dengan netizen memberikan pelbagai komen.

“Tukang baiki telefon jadi bingung. Ditolong berdosa, tidak ditolong pula, duit telah diberi namun tetap berdosa,” kata seorang pengguna.

“Bingung kalau saya yang jadi tukang servis,” kata seorang lagi netizen. – Agensi 

Wednesday, September 28, 2022

Tempat simpanan barang pecah di lebuh raya, barang-barang Achey lesap termasuk dokumen penting

 

Achey berharap ada pihak tampil memulangkan kembali barang-barang miliknya yang hilang.

PELAWAK Achey memohon jasa baik orang ramai untuk memulangkan semula beberapa barang peribadi miliknya yang hilang dipercayai bertaburan selepas tempat simpanan di atas kereta miliknya pecah.

Achey berkata, kejadian tersebut berlaku ketika dia dalam perjalanan dari Ipoh menuju ke Kuala Lumpur sebelum menyedari hal tersebut ketika tiba di Behrang, Perak.

"Semalam (Isnin) ketika dalam perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur, tong tempat simpanan ini pecah dan terbuka. Kosong terus barang-barang di dalamnya. Mungkin terbang ketika kereta sedang bergerak.

ADVERTISING

"Sampai di kawasan Behrang, baru saya tersedar... kalau ada yang terjumpa boleh hubungi saya di Instagram. Saya minta jasa baik orang ramai," katanya.

bf

Achey tidak sedar ruang simpanan di atas keretanya pecah.

Achey berkongsi perkara berkenaan menerusi hantaran di lnstagram miliknya pada Selasa sambil menunjukkan bahagian ruang simpanan yang pecah.

Kata Achey, selain beg pakaian dan kasut, terdapat beberapa dokumen penting turut hilang akibat kejadian tersebut.


"Dalam ini (tempat simpanan) ada kasut, beg pakaian dan dokumen. Beg baju pun boleh terbang rasanya. Cuma yang penting adalah dokumen dalam plastik berwarna hijau yang saya letakkan di situ.

"Banyak barang berharga yang hilang," jelasnya lagi.

Perkongsian Achey itu turut mendapat perhatian banyak pihak yang meluahkan rasa simpati termasuk rakan artis seperti Datuk Fizz Fairuz, Atu Zero dan Rody Kristal.

Achey juga tidak menolak kemungkinan barang-barang tersebut boleh terjatuh disebabkan pemanduannya ketika itu agak laju.mstar


Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung