Nuffnang

Showing posts with label Berita Bikers. Show all posts
Showing posts with label Berita Bikers. Show all posts

Thursday, May 26, 2016

Pengalaman Sempoii : Melelh Air Mata, Naik Kapcai Dan BMW Touring Ke Tanah Suci Mekah, Hari ke 31 KMU

Hari ke 31 KMU
Dalbandin - Taftan
300km
Alhamdulillah.. akhirnya dpt break through fb melalui advise sahabat2 semua setelah terputus hubungan terus sbb di Iran fb di blok & tak dibenarkan.

Pd hari ke 31 ini.. kami masih di Pakistan. Sepatutnya kami bergerak ke Taftan.Selesai segala urusan di border, kami akan bergerak masuk ke Zahedan iaitu bandar pertama selepas border Iran.




Hihi Kedai Minyak Dekat Boder..more story

Monday, May 23, 2016

Perghh..Ride D Padang Pasir Dengan Kapcai Dan BMW Touring , Hari ke 29 KMU Quetta - Dalbandin

Hari ke 29 KMU
Quetta - Dalbandin
338km

Kami bergerak dr Quetta dlm pkl 7.30 pagi td. Sepanjang jln kami di eskot polis/tentera. Spt semlm, eskot kami bergilir bertukar tgn di setiap check point. Pergerakan amat perlahan & cuaca amat panas.

Motor Aswade pancit ditepi jln di tgh gurun. Terpaksa menumpang trak polis lebih kurang 20km sehingga jumpa bengkel tayar.











Kami ambil kesempatan mkn sementara menunggu tiub tayar motor aswade ditukar. Kemudian.. kami teruskan perjalanan. Sepanjang jln adalah gurun. Cuaca amat panas. Stok bekalan air kami habis & kami terpaksa minum air yg disediakan ditepi jln. Rasanya... hmmm.. hu3

Nak tangkap gambar pun susah sbb tak dibenarkan oleh eskot. Sy curi2 aja tgkp gmbr waktu stop lama sikit. Raja Selfie Hj Aswade takpalah. Tgh bawa motor pun sempat selfie & rakam video pakai hp lg. Hahaha...

Disbbkan terlalu panas & pergerakan terlalu slow.. motor hj jihad overheat lg & terpaksa kena towing sehingga ke post terakhir hampir dgn pekan Dalbandin.

Selain drpd cabaran di eskot dgn perlahan .. kami jg kena ribut pasir td. Langsung tak nampak jln. Tawakal ajalah td.

Alhamdulillah... akhirnya kami sampai ke pekan Dalbandiin dlm pkl 6.30 ptg & dibawa ke hotel yg ditetapkan oleh eskot.. bukan pilihan kami. Hotel yg diberikan adalah Hotel Al Dawood.. Hotel ala2 hotel koboi..Sampai td tak ada elektrik. Bilik hanya ada kipas..tak ada aircond. Apapun, kami bersyukur dgn apa yg disediakan utk kami..Alhamdulillah.

Esok kami akan bergerak ke sempadan Pakistan - Iran iaitu Taftan Pakistan.Kami seboleh2nya nak cross ke sempadan Iran iaitu Maveh jg esok & seterusnya ke bandar Zahedin.

Setakat ini saja catatan saya pd hari ini. Line wifi tak elok. Semoga segala urusan & perjalanan dipermudahkan olehNya. Aamiin

Friday, May 20, 2016

Perghhh ..Hari ke 27 KMU.. Gambar Ride Di tengah Panas Terik 50 celcius Dengan Kap Cai Dan BMW Touring BIKE..

Hari ke 27 KMU
Surkur - Quetta
390km
Pagi ini kami bergerak ke Quetta. Kami bertolak awal iaitu pd pkl 6 pagi utk mengelakkan kena panas. Jd, kami tak tunggu mkn breakfast yg akan hanya disediakan oleh guest house pd pkl 6.30 pagi. Kami plan nak breakfast tgh jln saja selepas ride dlm 100km.
Sampai saja di Balochistan iaitu dlm 60km drpd Surkur.. kami ditahan oleh Polis/Tentera Levies. Saya ditanya mana eskot. Saya kata tak ada. Saya & Hj Amin diarahkan utk register diri & tunggu eskot. 10 minit kemudian , Hj Jihad & Hj Aswade pun tiba . Mereka pun dikehendaki register jg. Kami di tanya & di interview sedikit sbyk dr mana dtg, apa tujuan dtg etc etc.
Selepas register, kami cuba minta utk teruskan ride tanpa eskot tp tak dibenarkan krn mereka maklumkan kawasan & jln yg kami nak pergi ini bahaya. Kami ingatkan bila ikut jln Surkur..jln dah tak bahaya & tak perlu eskot. Bahaya & kena eskot jg rupanya.


baca Doa Sebelum Ride


Polis Tanda  Tgn otoGraf



Boot BAd Yang Lekang..huhu



Keletihan dan Mereka relek

Bergambar dengan Penduduk setempat


aswadee dan selfie lagi



repair motor aswadee


kapcai awadee ken tunda




melalului trowong buatan tangan ..hihi


Kami pun tunggu & stgh jam lepas tu petrol car polis dtg utk eskot kami. Sebelum mulakan perjalanan, kapcai Aswade tak boleh start. Dicuba beberapa kali, tak boleh jg. Kapcainya terpaksa ditarik.
Kami pun teruskan perjalanan & lebih kurang selepas setiap 10km, ada check point & akan bertukar lah pengiring eskot kami, Mcm tukar baton. Sekiranya kami sampai ke check point & pengiring masih tak sampai, kami kena tunggu. Begitu jg sekiranya kami nak berhenti mkn atau tangkap gambar, kami tak dibenarkan. Kami kena ikut masa depa. Kena pandai2 lah berhenti & curi2 tangkap gambar & buat bodoh saja bila kena marah. Apapun..kami faham depa buat kerja & utk jaga keselamatan kami.
Sepanjang perjalanan dr Balochistan ke Quetta adalah gurun. Cuaca teramat panas. 50 Celcius dr pkl 11 pagi sehingga pkl 5 ptg. Sungai2 sepanjang jln sampai kering kontang. Tak ada setitik air pun di sungai2 sepanjang jln itu. Kami ingatkan eskot sekejap aja. Rupa2nya kami dieskot dr Balochistan sampai ke Hotel Quetta sejauh 330km.
Bayangkan..bila eskot, confirm bawa slow. Lepas tu kena berhenti2. Tak mkn. Panas 50 Celcius. Tak boleh berhenti ikut suka. Kena ikut jadual polis/askar. Allahu Akbar..punya lah panas, letih & lapar.
Mcm2 pula jd hari ni. Bermula dgn kasut saya terkopek tapaknya, trpaksa kena selotep sementara nak jumpa tukang kasut utk gam/jahit tapak yg terkopek tu. Maka jadilah Boot saya boot BMW Santiago design 2016..hahaaha.
Lepas tu kapcai Aswade tak boleh start. Dan akhir sekali GS Jihad pula kipas problem, overheat. Nak ditambah cerita, pancit pula GS Jihad di tgh2 gurun yg panas 50 celcius tu.. Allahu Akbar.
Jihad buka tayar motornya, lepas tu Aswade p hantar tukar tube. Lepas tu GS Jihad terpaksa ditarik sejauh lebih kurang 100km sbb kipas rosak & takut overheat lg. Sehingga dah gelap, x panas & lg 10km nak sampai hotel, baru jihad bw GS nya sendiri.
Alhamdulillah.. kami semua selamat sampai ke Hotel Bloom Star Quetta diiringi motor polis yg cilok trafik jam dlm bandar mcm motor kami ni kecik . Kami sampai dlm pkl 9 mlm. Hotel Bloom Star berpagar & sekuritinya ketat. Servisnya pun bagus. Satu bilik single bed 2000 rupee Pakistan.Lebih kurang RM 80 1 mlm.
Kami bercadang nak ke destinasi seterusnya esok tp tak boleh. Kami dikehendaki utk pergi ke Home Department esok utk memohon NOC ( No Objection Certficate) sebelum dpt meneruskan perjalanan. Kami difahamkan NOC boleh dpt esok jg tp kami hanya boleh bergerak mengikut tarikh di NOC itu & selalunya keesokan hari selepas NOC dikeluarkan.
Jadi InsyaaAllah, kami hanya dpt teruskan perjalanan pd hari jumaat. Bukan setakat itu, kami jg tak dibenarkan utk keluar dr kawasan hotel. Apa yg kami nak, akan diuruskan oleh hotel. Utk pergi ke Home Dept esok pun akan d bawa oleh polis & kami diminta standby pd pkl 10 pagi utk ke sana.
Secara umumnya, layanan pihak sekuriti Pakistan kpd kami sepanjang hari ini amat baik. Cuma kami terpaksa ikut arahan & masa depa. Itu saja yg leceh sampai kami tak mkn seharian & masing2 punya lah lapar bila sampai hotel mlm ni. Kalau panas terik sekalipun, kami terpaksa jln jg apabila diarahkan.
Setakat itu saja catatan pd hari ini. Saya mohon maaf byk2. Ramai yg minta saya post itenary, buat budget lengkap dan lain2. Bukan saya tak mau buat. Tp kesuntukan masa. Kami sampai tak tentu masa. Panas, penat. Nak kena basuh baju bila sampai, kdg2 masak etc etc. Setakat ini saja catatan yg saya mampu share utk sahabat2 fb setiap hari. Maafkan saya.
InsyaaAllah kita jumpa lg di catatan esok hari. Skrg dah pkl 11.45 mlm di sini @ 2.45 pagi Msia. Saya baru nak basuh baju. Semoga segala urusan kami seterusnya dipermudahkan olehNya. Aamiin.

Tuesday, May 17, 2016

Perghh : Kesempolan Rice Kapcai N BMW Touring Bike Ke Tanah Suci : Hari ke 25 KMU Lahore - Multan 324km

Hari ke 25 KMU
Lahore - Multan
324km
Kami keluar hari ini agak awal. Ini krn cuaca yg teramat panas iaitu mencecah 45 Celcius skrg. Rata2 penduduk tempatan pun heran bagaimana kami boleh ride dr Msia sehingga ke Pakistan setakat ini dgn cuaca yg begitu panas skrg. Semakin menghampiri Saudi & Ramadhan, maka cuaca akan semakin panas.
Kami bergerak tanpa isyarat drpd GPS. Peta Pakistan masih belum dpt di kesan oleh GPS Garmin setakat ini. Apa yg lebih merumitkan.. setakat ini, hanya saya seorg saja yg mempunyai simcard utk membolehkan melihat google map .


Plan Perjalanan Kami


Mereka siap kepit/ pegang tangan Hj Aswadee macam member mereka di Dubai apabila hari cuti.




Berehat leteh




 bergambar dengan pengunjung station minyak shell disini. Mereka belanja kami teh tarik


Multan jauh dihadapan..lemang Toki sebelah kiri....Jepun Okara straight


Isi Minyak







Bersama rakan dari luar Negara








Semasa nak keluar dr bandar Lahore sedikit mengelirukan apabila tak ada gps. Saya bergantung kpd google map yg saya lihat melalui hp.
Bila masuk saja highway.. dah tak ada masalah sbb sign boardnya byk membantu. Apa yg saya perhatikan setakat ini, disiplin pemandu Pakistan di lebuhraya adalah lebih baik berbanding di India. Di samping itu, tak ada atau tak byk binatang2 yg duduk atau berjln ditepi2 highway. Ini membolehkan kami ride laju sikit & selesa. Cuma apabila masuk ke bandar saja, semlm Lahore & hari ini Multan, disiplin pemandu mula berkurang. Mula ada pemandu yg bawa kereta atau motor bertentang. Tp tak seteruk spt di India.
Apa yg buat kami terharu adalah layanan penduduk Pakistan yg amat baik. Di setiap tpt yg kami berhenti, pasti akan di layan dgn begitu baik. Kami diberikan air.. kedai tak mau ambil duit apabila kami beli air malah jamu kami dgn buah honey dew lagi. Allahu Akbar.
Sampai saja di bandar Multan, kami bertanya & minta recommendation hotel apa yg selesa di didiami & selamat utk parking. Hotel Seiza Inn yg dicadangkan. Kami ke sana dgn berpandu kan google map hp pd mulanya. Tp di sbbkan cuaca yg amat panas, hp pun tak tahan. Terus terpadam & tak dpt charge atau tgok sbb dah overheated. Kami terpaksa ke sana dgn berhenti & bertanya kpd beberapa org tempatan. Layanan & kerjasama mereka amat baik. Sambil2 tanya org..pekena air tebu dulu Boss..hahaha.
Seiza Inn ada parking hotel utk keselamatan motor kami. Di samping itu, bilik pun selesa & layanan pekerjanya bagus. Makanan pun sedap.Rate hotel 5800 rupee Pakistan sebilik termasuk tax & breakfast. Jatuh lebih kurang RM 110 seorg.
Setakat ini catatan saya pd hari ini.Esok kami akan ke destinasi seterusnya iaitu Quetta. Kami dinasihatkan supaya memaklumkan kpd pihak berkuasa perjalanan kami ke sana atas sbb keselamatan. Kami pun tak dpt maklumat sebenar lg keadaan perjalanan ke sana. Betul ke perlu maklumkan kpd pihak berkuasa atau tak perlu. Ada yg kata elok pakai ejen utk atur sekuriti. Ptg atau mlm ni, kami akan berbincang utk ambil apa2 tindakan yg sepatutnya. Semoga kami selamat ke destinasi seterusnya & segala urusan dipermudahkan olehNya. Aamiin.

Monday, May 16, 2016

Gambar Gambar Sempoii Kembara Musafir Dengan Kapcai Dan BMW Touring Bike : Hari ke 24 KMU Amritsar India - Lahore Pakistan

Hari ke 24 KMU
Amritsar India - Lahore Pakistan
60km
Pagi td..saya.dikejutkan dgn panggilan telefon & message yg mengatakan anak sahabat baik saya Abg Ismail Belacan @ Shell Juru iaitu Amy telah meninggal dunia di sbbkan Leukimia yg baru detect 3 hari lepas. Mari kita sedekahkan Al Fatihah kpd roh Allahyarham Amy, semoga di tptkan bersama2 org2 yg beriman & soleh.
Alhamdulillah..Kami dah masuk Pakistan hari ini. Negara ke 5 Kembara Musafir Umrah.
Pagi td , kami bertolak dr Amritsar dlm pkl 9.30 pagi krn border dibuka pd pkl 10 pagi. Apabila sampai di sana, kami di arahkan utk ke Imigresen sebelah India kemudian ke Kastam India . Beg2 kami semua diarahkan utk di bawa masuk utk di scan. Kemudian..Motor kami diarahkan utk dibawa ke satu tpt utk dicheck brg dlm Pannier & check chasis & enjin nombor. Semuanya berjalan dgn lancar.
Kemudian ..kami bergerak ke Imigresen & Kastam Pakistan yg terletak lebih kurang 500 meter dr Imigresen & Kastam India. Proses cop pasport & Carnetnya lebih longgar berbanding dgn di India. Apa yg bagus di kedua2 negara sempadan ini ialah Pejabat Imigresen & Kastam terletak dlm 1 bangunan. Cukup memudahkan pelancong. Secara umum..saya boleh katakan urusan dokumentasi di sini berjalan dgn lancar.
Pakisatan Lagi setapak..hihi

Gambar Gambar Kembara Musafir Dengan Kapcai Dan BMW Touring Bike Hari ke 23 KMU

Hari ke 23 KMU
Karnal - Amritsar 338km
Amritsar - Wagah Border 30km
Wagah Border - Amritsar 30km

Kami mulakan perjalanan kami pagi ni drpd Karnal selepas breakfast. Sebelum mulakan perjalanan.. kapcai aswade tak boleh start pula. Muka Aswade dah lain mcm. Alhamdulillah.. selepas beberapa ketika.. motornya boleh start. Legaaa..

Kami bergerak ke Amritsar mengikut highway NH 1. Lebuhrayanya boleh tahan cantik..selesa.. tp cuaca amat panas. Suhu lebih kurang 42 Celcius. Kami pecah dua kumpulan.. sy dgn hj amin dan aswade dgn hj jihad. Kami sampai dulu ke bandar Amritsar











Boleh tahan besar bandar ini. Byk hotel2 besar & mewah. Kalau tak silap saya..ia adalah salah satu bandar mulia penganut Sikh. Di sini terdpt satu golden temple.

Saya & hj amin berhenti di sebyk 4 hotel sebelum buat keputusan utk memilih Holiday Inn. Duduk hotel selesa sikitlah pd hari last di  India ni. Lepas nego..kami di beri 1 rate istimewa beserta breakfast..Alhamdulillah. Biliknya cukup selesa.

Kami sampai lebih kurang pkl 1.30 pm di Holiday Inn. Urusan di kaunter saja hampir 1 jam sbb ramai org. Pkl 2.30 pm..kami masuk bilik masing2.

Utk makluman semua..kami berempat bergilir2 tukar partner bilik setiap hari. Hari ni..giliran saya dgn hj jihad. Hj amin tidur  dgn hj aswade. Esok sy dgn hj aswade. Lusa saya dgn hj amin
Begitu lah seterusnya.

Selesai solat jamak dzuhur asar & mkn alas perut apa yg dimasak sebelum ini.. kami pun turun ke lobi dlm pkl 3.30 pm utk ke Border Wagah bg menyaksikan Daily Retreat Ceremony iaitu acara harian di border India Pakistan sebelum pagar border ditutup.

Kami tunggu aswade & jihad dilobi tp depa tak sampai2. Sepatutnya depa lama dah sampai & kami memang nak ke border Wagah utk saksikan Daily Retreat Ceremony secara live yg bermula pd pkl 5.30pm pd musim panas.  Rupa2nya depa tak sampai2 sbb motor depa dua2 org semput sbb masuk petrol kotor. Kami tunggu sampai depa sampai, keep intouch dgn WA & call. Akhirnya..depa sampai di Holiday Inn pd pkl 5pm. Memandangkan motor depa tak stabil lg & dah lewat.. depa x check in bilik..terus naik motor kami utk ke border. Aswade bonceng ( pillion) saya & jihad bonceng ( pillion) amin. Jarak perjalanan dlm 30km.

Sampai di Wagah..punya lah ramai org. Tak taulah memang tiap2 hari ramai atau sbb hari ni hari Sabtu. Utk masuk ke border..security agak ketat. Suasana amat sibuk. Bila kami sampai ..dah sesak dgn org. Tak dpt masuk sampai ke dlm & sangkut dgn security pun agak lama. Habis ceremony tersebut, saya beli DVD utk kenangan & kami pun balik. Masing2 penat .

Setakat ini catatan saya pd hari ni. Esok kami akan masuk ke Pakistan iaitu negara ke 5 KMU. Doakan perjalanan kami selamat & segala urusan dipermudahkan olehNya. Aamiin.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung