Nuffnang

Sunday, May 22, 2022

Tudia Terjawab Dah Netizen buat kerja selidik dakwaan Najib kahwin dua

 

Netizen buat kerja selidik dakwaan Najib kahwin dua, anak Fauzi Marzuki jadi sasaran... ‘Sporting’ siap komen kek atas meja sedap!

Nadia menjadi sasaran netizen bertanya tentang isu Najib kahwin dua.

SELEPAS tular gambar mendakwa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah beristeri dua, akaun sosial milik individu bernama Nadia Fauzi menjadi sasaran netizen yang mahukan kepastian tentang hal tersebut.

Nadia yang merupakan anak kepada komposer terkenal iaitu Fauzi Marzuki bagaimanapun dilihat tidak memberi sebarang maklum balas terhadap dakwaan ibunya, Hashimah Ramli sudah berkahwin dengan Najib sejak beberapa tahun lalu.

“Betul ke awak anak tiri Najib?

ARTIKEL BERKAITAN: Gempar! Najib sudah ada isteri kedua? Ada yang sangsi, foto mesra mungkin ‘photoshop’

ADVERTISING

“Jadi betul la? Kirim salam pada ayah, saya peminat dia. Ayah yang nama Fauzi bukan Najib,” komen netizen.

Sebelum ini, kecoh satu akaun Twitter milik Salim Iskandar memuat naik foto Najib bergambar dengan sebuah keluarga selain seorang wanita yang merangkul erat lengannya ketika mereka sama-sama meraikan satu majlis sambutan ulang tahun.

Beberapa komen juga turut mengesahkan hal tersebut dan dan ada yang tidak sangka Najib mempunyai isteri kedua selain Datin Seri Rosmah Mansor.

Sementara itu, Nadia menerusi Twitter miliknya turut memberi komen tentang gambar kek yang dikatakan menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen.

Saya tiada kaitan dalam hal ini. Saya tiada apa nak komen

FAUZI MARZUKI

KOMPOSER

“Kek tu sedap.

“Kek pun kena kutuk, kesian,” ujarnya.

Desas-desus Najib berkahwin dua hangat diperkatakan minggu ini, namun belum ada sebarang penjelasan daripada ahli Parlimen Pekan itu.

Bagaimanapun bekas pengacara RTM, Iesya Toh yang sering berkongsi tentang perkembangan isu semasa dan politik negara mendakwa perkahwinan tersebut sudah lama berlangsung.

“Dalam lama dah pun, benda (hubungan) halal... bukan girlfriend, bukan skandal,” jelasnya.

nadia fauzi 22

Nadia tidak memberi maklum balas pertanyaan netizen.

Sementara itu Fauzi dalam satu kenyataan memberitahu dia enggan mengulas lanjut berita yang tersebar kerana dirinya tiada kaitan dengan bekas isteri selepas mereka berpisah.

“Perkahwinan dia dengan Najib tiada kena mengena dengan saya. Lagipun, selepas kami bercerai pada 2013, dia bebas untuk berkahwin dengan siapa pun yang menjadi pilihan dia.

“Saya tiada kaitan dalam hal ini. Saya tiada apa nak komen,” katanya seperti yang dipetik dari Getaran.

Untuk rekod Fauzi dan Hashimah bercerai dengan talak satu pada Mei 2013 di Mahkamah Rendah SyariahGombak Timur di Taman Keramat, Kuala Lumpur.


Saturday, May 21, 2022

Tudiaa !!! Mercedes Benz jual kereta termahal berharga RM624 juta

 

Mercedes-Benz SLR 1955 dinamakan sempena ketua jurutera Mercedes, Rudolf Uhlenhaut. - Forbes

Mercedes Benz jual kereta termahal berharga RM624 juta

BERLIN – Syarikat automotif Mercedes Benz mengumumkan bahawa pihaknya berjaya menjual kereta paling mahal di dunia, lapor stesen penyiaran CNN semalam.

Mercedes-Benz model SLR 1955 yang selama ini disimpan dalam koleksi pembuat kereta Jerman itu telah dijual kepada pemilik persendirian pada harga AS$142 juta (RM624 juta).

Syarikat pemantauan koleksi kereta,  Hagerty berkata,  nilai tersebut menjadikan kenderaan mewah tersebut kereta paling mahal pernah dijual.

Ads by Kiosked

Wang daripada jualan itu akan digunakan untuk menubuhkan Dana Mercedes-Benz iaitu  sebuah dana biasiswa global, kata Mercedes dalam satu pengumuman.

Rekod harga jualan kereta  termahal sebelum ini dilaporkan AS$70 juta (RM307 juta) bagi kereta Ferrari 250 GTO 1963 pada 2018.

Mercedes yang baru dijual itu  adalah satu daripada dua prototaip 300 SLR Uhlenhaut Coupe.

Kereta berusia 67 tahun itu dinamakan sempena ketua jurutera Mercedes pada masa itu, Rudolf Uhlenhaut dan didakwa mempunyai kelajuan tertinggi 299 kilometer sejam.

Ia telah dijual dalam lelongan secara jemputan tertutup di Muzium Mercedes-Benz di Stuttgart pada 5 Mei lalu.

Lelongan itu diadakan dengan kerjasama syarikat lelongan kereta RM Sotheby’s. – Agensi

Friday, May 20, 2022

Tragis !!! Jutawan maut Porsche terbabas ketika mahu pecah rekod dunia

 


Eisenberg mengubah suai Porsche 911 Turbo miliknya untuk menjadi kereta jenama itu yang terpantas di dunia. - The Sun UK


LONDON – Seorang jutawan yang maut ketika cuba memecahkan rekod dunia dengan memandu kereta Porsche 911 Turbo dilaporkan mungkin menekan brek terlalu cepat sejurus sebelum nahas berlaku, demikian menurut perbicaraan di mahkamah.

Menurut laporan akhbar The Sun, Zef Eisenberg dalam kejadian pada Oktober 2020 terbabas pada kelajuan 321 kilometer sejam (kmj) ketika cuba melakukan lagak ngeri itu.

Lebih tragis, insiden melibatkan Eisenberg itu berlaku di hadapan isterinya sendiri.

Mangsa yang pada ketika itu berusia 47 tahun cuba membuktikan bahawa dia berjaya mengubah suai Porsche terpantas dunia dengan menguji pandu kereta tersebut di Elvington Airfield, England.

Ketika menamatkan percubaan terakhir hari itu, kereta mewah itu terbalik ketika dipandu pada kelajuan tinggi.

Eisenberg mengalami beberapa kecederaan parah dan menyebabkan dia meninggal dunia di tempat kejadian.

Perbicaraan mahkamah turut diberitahu bahawa ‘payung terjun’ khas yang dipasang Eisenberg di dalam kereta itu mengalami masalah teknikal ketika kemalangan berlaku.

Marsyal perlumbaan, Graham Sykes berkata, semasa insiden, penggunaan payung terjun itu menyebabkan kereta tersebut mula terangkat seolah-olah udara telah masuk ke bawahnya.

Situasi tersebut dikatakan boleh menyebabkan kereta menjadi tidak stabil dan hilang kawalan.

“Malangnya, saya merasakan kesilapan pemandu menyebabkan kemalangan tragis ini terjadi,” kata Sykes. – Agensi

Thursday, May 19, 2022

Perghh !!! Pelajar cipta rekod dunia berjalan atas tali pakai kasut tumit tinggi

 

Wunderle berjalan di atas tali sebanyak 52 kali dengan catatan jarak hampir 195 m. – Windham Northeast Supervisory Union/Facebook


WINDHAM, VERMONT – Seorang pelajar sebuah sekolah menengah di negeri Vermont, Amerika Syarikat secara tidak rasmi memecah Guinness World Records apabila  berjalan di atas tali sejauh hampir 195 meter  sambil memakai kasut tumit tinggi, lapor agensi berita United Press International semalam.

Ariana Wunderle yang merupakan pelajar tahun akhir Sekolah Tinggi Bellows Falls Union, melakukan aksi pada ketinggian 1.8 meter itu  sambil memakai kasut dengan tumit setinggi 10 sentimeter.

Dia berjalan di atas kabel sebanyak 52 kali dengan catatan jarak hampir 195 meter.

Ia sekali gus memecahkan  rekod terdahulu yang dicipta oleh seorang artis persembahan dari Rusia, Oxana Seroshtan pada tahun 2014. Oxana berjalan di atas tali sejauh 14.9 meter menggunakan kasut tumit tinggi.

Aksi Wunderle itu dilakukan bagi mengumpul dana sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan untuk golongan belia, Circus Smirkus.

Rakaman percubaan memecah rekod itu juga telah dihantar kepada Guinness World Records untuk pengiktirafan. – Agensi

Wednesday, May 18, 2022

Tudiaa!! Ibu gemar buat tatu sementara pada bayi dikecam


SHAMEKIA Morris dikecam pengguna di media sosial kerana gemar membuat tatu sementara pada bayi lelakinya, Treylin. – Instagram


WEST PALM BEACH, FLORIDA – Seorang pereka fesyen dari negeri Florida, Amerika Syarikat tular di media sosial kerana gemar membuat tatu sementara pada badan bayi lelakinya, lapor laman Oddity Central, semalam.

Shamekia Morris, 29, dari bandar West Palm Beach mula membuat tatu sementara pada badan anak lelakinya, Treylin ketika dia berusia enam bulan. 

Sejak itu, ia menjadi satu kebiasaan dan gambar anaknya yang bertatu dikongsikan kepada beribu-ribu peminat di media sosial termasuk TikTok dan Instagram. 

Ads by Kiosked

Walaupun kesannya dilihat agak menarik, sesetengah pengguna sebaliknya memanggil Morris sebagai seorang ibu yang tidak bertanggungjawab.

“Saya mendapat banyak maklum balas, mereka berkata bahawa saya membesarkan anak untuk menjadi samseng. Mereka tidak biasa melihat seorang bayi bertatu.

“Kritikan itu amat mengerikan. Ia menyakiti perasaan saya kerana saya tahu saya bukan seorang ibu yang jahat,” jelas Morris.  

Wanita itu tidak bercadang untuk mengubah gaya hidupnya dalam masa terdekat. Dia yakin bahawa dia adalah seorang ibu yang baik kepada Treylin dan tidak bercadang untuk berhenti membuat tatu sementara kepada bayi itu. – Agensi

Monday, May 16, 2022

Angkara pokok serai, lelaki parah ditetak

 

Gambar hiasan.


KUALA KRAI – Seorang lelaki parah ditetak dengan sebilah parang selepas dipercayai menuduh dua orang penduduk kampung meracun tanaman serainya dalam kejadian di kebun getah Kampung Gajah Mati Slow Temiang di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, mangsa yang berusia 39 tahun pecah tengkorak kiri bahagian kepalanya selain mengalami luka dalam pada bahagian belakang badannya dalam pergaduhan tersebut.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, siasatan awal mendapati, suspek bersama seorang lagi lelaki berjalan kaki di kawasan kebun mangsa untuk ke tempat letak kereta.

Menurutnya, mangsa yang melihat suspek terus menjerkah dan menuduh kedua-dua lelaki itu meracun tanaman serainya.

“Suspek memaklumkan bahawa dia tidak berbuat demikian sebelum mangsa dikatakan membaling buluh tajam, batu dan sabit tajam ke arah mereka selain menyerang dengan sebilah parang.

“Insiden itu menyebabkan berlaku pergaduhan antara mereka sehingga mangsa cedera ditetak suspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, selain pecah tengkorak kepala, tangan dan kaki kirinya turut bengkak sehingga kesemua kecederaan itu boleh mendatangkan kecacatan kekal.

Katanya, mangsa kini dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. -KOSMO! ONLINE

Saturday, May 14, 2022

Lelaki batal niat poligami selepas baca komen orang ramai

 


Tangkap layar luahan seorang lelaki yang berkongsi keputusannya untuk tidak berkahwin lain


PETALING JAYA – Seorang pengguna media sosial, Helmi Juhari akhirnya membatalkan niatnya untuk meminang seorang wanita bagi dijadikan isteri keduanya selepas mendapat teguran daripada orang ramai.

Terdahulu, tular sebuah video yang dikongsikan lelaki tersebut memaparkan pengorbanan isterinya menemaninya mencari barangan keperluan untuk dijadikan sebagai hantaran meminang suaminya itu.

Dalam video tersebut, dia juga berjanji akan berlaku adil kepada kedua-dua orang isterinya kelak.

Ads by Kiosked

Susulan daripada video tersebut, pelbagai reaksi turut diberikan oleh orang ramai dan rata-ratanya menegur lelaki berkenaan agar tidak melukakan hati seorang wanita yang setia dan sanggup berkorban kasih semata-mata buat suami tercinta.

“Nasihat saya satu ja, kalau dia sanggup buat apa sahaja untuk turuti kemahuan abang, dia satu dalam seribu, jagalah dia baik-baik, tolong fikir semula soal niat nak kahwin lagi,” ujar seorang pengguna.

Sehubungan itu, lelaki tersebut sekali lagi memuat naik video terbarunya memaklumkan dia tidak lagi meneruskan hasratnya untuk beristeri dua.

“Aku fikir semalam, bini pertama sanggup hidup susah waktu mula-mula kami kahwin, datang bakal isteri baru, kahwin-kahwin dah hidup senang, adik ke macam itu?.

“Aku minta maaf, aku dah fikir masak-masak, aku tak jadi kahwin satu lagi, terima kasih sebab sedarkan aku,” luahnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai bersetuju dengan tindakan lelaki tersebut dan berharap tiada lagi niat seperti itu pada masa akan datang.

Ads by Kiosked

“Keputusan yang tepat abang, harga yang sedia ada selagi mana dia tahu sayang kita, taat pada kita, manfaat rezeki yang Allah dah beri,” kata Mustafa.

“Kau dah dapat bidadari paling sempurna yang sayang kau waktu kau tiada apa-apa, yang pasti cintanya bukan kerana harta,” tegur Kamarul Rosli. – KOSMO! ONLINE

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung