Nuffnang

Tuesday, June 30, 2020

Sukar dipercaya! Pelajar berhenti di highway, kongsi IG Story mengenai microsleep sebelum maut terbabas - “Dia dah dua kali tertidur”


Sukar dipercaya! Pelajar berhenti di highway, kongsi IG Story mengenai microsleep sebelum maut terbabas - “Dia dah dua kali tertidur”

Allahyarham ada berkongsi Instagram Story berkaitan microsleep sebelum maut terbabas pada Ahad petang.

SETIAP pertemuan pasti ada perpisahan.

Begitulah kisah melibatkan seorang pelajar dari Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang, Selangor, apabila dia dikejutkan dengan berita kematian rakannya pada Ahad petang.

Menurut Mohd Fazli Abd Rashid, dia dimaklumkan bahawa Amin Faiz Nohani meninggal dunia selepas terbabas sewaktu menunggang motosikal dari Kluang, Johor untuk kembali ke kampus bagi melengkapkan tugasan tahun akhir (FYP).

Mesra disapa Fazli, dia memberitahu rakannya itu ada membuat satu perkongsian di Instagram Story beberapa jam sebelum kejadian.

"Instagarm Story tu arwah post dalam tengah hari, sebelum kemalangan. Dia kata tak mahu berlaku microsleep, dia dah dua kali berhenti sebab tertidur atas motor.

"Dalam pukul 3 petang saya dapat mesej dalam grup, kata dia dah meninggal dunia akibat kemalangan. Terbabas di Kilometer 224, Lebuhraya Plus arah ke Kuala Lumpur, susur Pedas Linggi.

Kejadian melibatkan pelajar itu berlaku pada Ahad petang. (foto: Negeri Sembilan Kini).

"Mula-mula baca tu, saya tertanya-tanya, Amin yang mana satu ni? Saya cuba call kawan-kawan. Tak percaya sebab member sendiri kan," ujarnya kepada mStar.

Masing-masing berusia 23 tahun, Fazli mengakui tumpah air mata mengenangkan pemergian mengejut rakannya itu selepas hampir tiga tahun mengenali antara satu sama lain.

Malah katanya, mereka kali terakhir bertemu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada Mac lalu.

.

"Dia seorang yang sangat baik. Last contact pun kat Instagram sebab dia selalu share pasal fitness dan sebagainya.

Instagram Story yang dikongsi sebelum berlakunya kemalangan.

"Paling terkilan tak sempat beli kek yang arwah buat. Terkilan tak sempat rasa. Macam-macam variasi kek, arwah buat sendiri.

"Dia ada buat perniagan sampingan, cream puff pun ada," kata penuntut bidang kejuruteraan awam yang menetap Negeri Sembilan itu.

Fazli akui hiba mengenangkan pemergian rakannya itu.

Menurut Fazli, dia dimaklumkan Allahyarham dibawa ke Hospital Tampin selepas kejadian dan dibawa pulang ke kediaman keluarga pada Isnin sebelum dikebumikan pada hari sama.

Dalam pada itu, Fazli turut berkongsi kisah pemergian rakannya di Twitter sehingga ia menjadi tular dan mengundang sebak netizen.

Malah, ramai yang turut menzahirkan rasa sedih dan mengirimkan ucapan takziah atas berita yang dikongsi Fazli.

Menurut laman web Majalah Sains, microsleep merupakan satu episod tidur singkat yang tidak dapat dikawal dan berlaku untuk tempoh beberapa saat.

Ia terjadi tanpa amaran dan kerap berlaku apabila seseorang individu yang dalam keadaan mengantuk cuba untuk melawan rasa tersebut dan kekal berjaga.


Monday, June 29, 2020

Remaja terkejut lihat baju raya impiannya selepas terima bungkusan jam 10 malam – “Saya rasa macam pontianak”






                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                    

(kiri) Baju yang diimpikan oleh seorang remaja. (kanan) Baju yang diterimanya selepas membuat pembelian secara dalam talian.

NIAT di hati mahu berbaju baharu sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang bakal tiba, tapi nasib malang menimpa seorang remaja.

Manakan tidak, baju yang dipesan menerusi pembelian secara dalam talian tidak kelihatan seperti yang diimpikan.

"Tak tahulah, dah macam pontianak ada, macam kelawar ada, macam hantu bungkus pun ada. Elok aku jadi burung jelah. Senang orang lain balik kampung naik kereta aku balik terbang sendiri je," tulisnya sehingga luahan tersebut menjadi tular di media sosial.

Remaja berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Lela berkata, dia sebenarnya berkongsi luahan itu menerusi status story di aplikasi WhatsApp untuk dilihat dalam kalangan teman rapat.

Namun dia tidak menyangka kisahnya menjadi tular apabila ia dikongsi oleh seorang rakannya di laman Twitter. Dia dalam masa sama, mengakui terkejut sebaik saja melihat baju tersebut.

"Saya terima bungkusan yang mengandungi baju pada pukul 10 malam 26 Jun lalu. Saya beli baju tu secara online daripada seorang ejen kepada sebuah instagram butik (IG shop).

"Tema keluarga saya tahun ni warna baby blue. Memandangkan masa Hari Raya Aidilfitri sebelum ini tak dapat beli, maka saya rancang untuk pakai pada raya haji nanti," ujar remaja berusia 18 tahun itu kepada mStar.



Luahan seorang remaja menerusi status di WhatsApp.

Lela yang berasal dari Cheras, Selangor mengakui amat teruja sebaik menerima bungkusan tersebut kerana dia perlu membuat pra-pesanan terlebih dahulu sebelum ini.

"Bila pegang kain baju tu rasa best je sebab lembut dan licin, warna pun cantik. Tapi bila nak sarung terus rasa kelakar dan pelik sebab baju tu kena ikat dari dalam.

"Masa beli saya tak rujuk butik sebenar baju tu, jadi saya memang tak tahu tutorial macam mana nak pakai baju tu. Saya fikirkan baju tu dah siap jahit semua tinggal sarung dekat badan je.

"Mak dan kawan tak berhenti gelakkan saya. Mak tanya baju apa yang kau pakai ni? Mak cakap macam hantu penanggal sebab kain pada bahagian lengan memanjang sampai ke bawah. Saya pula rasa macam pontianak," ujarnya secara berseloroh.

Anak bongsu daripada lima beradik itu juga mengakui badannya agak berisi dan kebiasaannya memakai baju bersaiz L atau XL.



Antara contoh pelanggan yang memakai baju rekaan yang sama.

Memandangkan ia adalah pembelian dalam talian yang pertama, maka dia disarankan untuk memilih saiz yang lebih besar kerana pengubahsuaian boleh dibuat sekiranya baju tersebut longgar.

"Memang saya pakai nampak tak kemas, antara sebabnya salah saiz terlebih besar. Tapi kalau nak alter, nanti jadi lagi tak kemas pula baju tu.

"Jadi, saya buat keputusan untuk jual baju tu kepada orang lain yang berminat. Niat saya hanya bergurau, bukan marahkan IG shop atau complain sebab salah saya juga tak tanya lebih terperinci dekat penjual tentang baju tu," ujarnya yang kini bekerja secara sambilan.


Lela berkata, dia bagaimanapun tidak serik untuk membeli baju secara dalam talian pada masa akan datang tetapi menjadikan pengalamannya itu sebagai pengajaran.

"Saya nak minta maaf kepada butik tu andai kata mereka rasa saya mengutuk baju mereka. Saya tengok baju-baju yang mereka jual semua cantik-cantik.

"Pengajaran untuk semua kalau nak beli baju online sila rujuk dengan penjual tu lebih detail tentang cara pakai baju tu atau saiz," katanya.



Penjelasan daripada IG shop berhubung posting yang tular.

Sementara itu, IG shop tersebut tampil memberi penjelasan dengan memuatnaik foto beberapa pelanggan yang memakai baju camela yang sama dengan pelbagai saiz.

"Kami dah jual camela ni lama tau, dah banyak terjual lebih 50,000 pasang. Jadi kalau sebab gambar viral tu nak claim baju ni teruk, kenapa yang pakai ni cantik?

"Sebab awak salah pilih saiz. Baju ni kena pakai ngam-ngam. Potongannya longgar jadi jangan ambil saiz besar. Kami tengok pelanggan tu saiz kecil je, yang ambil saiz besar sangat kenapa?" menurut IG Shop itu yang berpangkalan di Pahang.

mstar

Sunday, June 28, 2020

Tedia !!! “Sila tulis dan tembak kepala sendiri” - Lain macam je bunyi... tapi pesanan ‘ganas’ ini tetap dipuji


“Sila tulis dan tembak kepala sendiri” - Lain macam je bunyi... tapi pesanan ‘ganas’ ini tetap dipuji

Foto pesanan ini mengundang tawa pengguna laman sosial selepas ia dikongsi ramai netizen.

DALAM berdepan pandemik Covid-19 di negara ini, ramai yang memandang serius isu itu bagi mengelakkan risiko jangkitan

Malah, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut mengakui tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) amat tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia.

Boleh dikatakan orang kita mengambil serius segala saranan kerajaan kerana bimbang diri sendiri dan keluarga masing-masing menjadi mangsa wabak itu.

ARTIKEL BERKAITAN: PKP5: Tanggungjawab sosial setiap orang patuhi SOP, kata Dr Noor Hisham

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak boleh buka sesuka hati” - Popular bukan tiket untuk pengusaha kedai mamak, pelanggan langgar SOP

Namun sesekali tercuit juga hati apabila wujud insiden-insiden lucu dalam kalangan masyarakat kita berhubung pematuhan SOP yang dikuatkuasakan.

Terbaharu, tular satu kertas memaparkan pesanan dipercayai dilekatkan di sebuah premis yang bertulis: "Sila tulis dan tembak kepala sendiri. OK thank you."

Pemeriksaan suhu badan merupakan salah satu SOP yang perlu dipatuhi.

Pesanan itu merujuk kepada pemeriksaan suhu badan menggunakan termometer yang perlu diacukan ke dahi setiap individu.

Foto pesanan itu dikongsi di laman Twitter @khairul_hafidz pada Jumaat petang sehingga menjadi tular.

Terus teringat time pergi balai polis hari tu. Polis tu check temperature je pun, tapi cara dia 'tembak' dahi aku tu macam nak tembak penjenayah tau! Nak tercabut jantung.

PELAYAR TWITTER

Sehingga kini, ia menerima lebih 2,100 ulang kicau (Retweet).

Malah, beberapa individu turut meninggalkan komen berhubung foto tular itu.

"Walaupun garang, mesej suruh ikut SOP tu kena puji. Dalam lucu ada benarnya.

"Terus teringat time pergi balai polis hari tu. Polis tu check temperature je pun, tapi cara dia 'tembak' dahi aku tu macam nak tembak penjenayah tau! Nak tercabut jantung.

Ismail Sabri sebelum ini memuji pematuhan SOP dalam kalangan rakyat negara ini.

"Lain macam pulak yang kita faham ni," tulis beberapa netizen.

Foto itu turut dikongsi oleh beberapa pelayar Facebook dan turut menerima pelbagai komen menghiburkan.

Dalam berjenaka, mereka turut memuji pesanan itu yang mana ia memberi mesej penting khususnya dalam tempoh negara dilanda pandemik ketika ini.

Sebelum ini, tular juga kisah papan tanda yang menyuruh pelanggan melakukan penjarakkan sosial sehingga 1 kilometer (km) kerana terkeliru dengan arahan asal sejauh 1 meter sahaja.

t kasih Mstar

Friday, June 26, 2020

Treler terbabas jam 4 pagi, skuad pengurusan jenazah kongsi kisah lelaki India cuak dibawa ke tepi keranda - “Van ni ada mayat ke?”


Treler terbabas jam 4 pagi, skuad pengurusan jenazah kongsi kisah lelaki India cuak dibawa ke tepi keranda - “Van ni ada mayat ke?”

Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia membantu seorang pemandu treler berbangsa India yang terbabit dalam kemalangan. Foto Facebook Muhammad Rafieudin Zainal Rasid

TANPA diduga, skuad pengurusan jenazah yang dalam perjalanan menghantar jenazah untuk dikebumikan di kampung arwah lalu di sebuah lokasi berlakunya kemalangan.

Kejadian membabitkan sebuah treler yang terbabas di Lebuhraya Tun Razak dekat Kuantan, Pahang pada awal pagi Rabu.

Ketika kejadian, Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJ Malaysia) dalam perjalanan menghantar satu jenazah dari Gombak, Selangor ke Muadzam Shah.

Pengerusi Eksekutif SPJ Malaysia, Muhammad Rafieudin Zainal Rasid berkata, skuadnya memberhentikan kenderaan di lokasi kejadian kira-kira lima kilometer sebelum susur keluar ke Muadzam Shah pada kira-kira pukul 4 pagi Rabu.



Seorang anggota SPJ Malaysia mendekati lokasi kejadian.

"Skuad kami memberhentikan van di tepi lebuh raya selepas nampak sebuah treler terbalik. Kami nampak seorang pemandu treler yang merupakan lelaki berbangsa India, dan membantunya keluar dari treler.

"Kami membuat panggilan kecemasan berhubung kejadian. Keadaan di lebuh raya sangat gelap, dan kami memasang lampu neon di atas van jenazah bagi memberi isyarat untuk perhatian kepada pengguna jalan raya yang melalui kawasan itu," katanya kepada mStar.



Keadaan sebuah treler yang terbabas di tepi lebuh raya.

Lebih dikenali sebagai Ustaz Rafie, dia berkata, pemandu treler berusia 32 tahun itu mengalami kecederaan dengan luka di bahagian kepala, kaki dan tangan.

"Ada kesan luka pada mangsa, tapi keadaannya stabil. Kata mangsa, dia dalam perjalanan ke Muadzam Shah, ada sebuah treler lain di hadapan menukar ke laluan yang sama secara tiba-tiba.

"Dia cuba mengelak tetapi treler yang dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas ke tepi lebuh raya. Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira lima minit sebelum van skuad jenazah tiba di lokasi kemalangan," katanya sambil menambah van SPJ Malaysia itu dinaiki oleh dua petugas dan seorang waris jenazah.



Anggota SPJ Malaysia membantu mengawal keadaan trafik.

Sementara menunggu ketibaan ambulans, mangsa dibawa ke van jenazah untuk berehat selain memeriksa keadaannya memandangkan petugas ada membawa kit bantuan kecemasan.

"Mangsa tiba-tiba bertanya ini van bawa mayat ke?. Agaknya dia nampak ada keranda di sebelah kerusi tempat dia berehat.


MUHAMMAD RAFIEUDIN ZAINAL RASID

"Kami cakap ya, nak bawa jenazah ke Muadzam Shah juga. Muka dia nampak takut-takut tapi lepas tu dia kembali tenang mungkin sebab keadaan dia lemah sangat.

"Takkanlah kami nak biarkan dia terbaring atas jalan dalam keadaan gelap. Jadi, adalah lebih baik kami rehatkan dia dalam van sementara menunggu ambulans," katanya sambil menambah anggota skuad turut membantu mengawal lalu lintas bagi melancarkan aliran trafik.



Ustaz Rafie memberitahu skuadnya sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan ketika bertugas.

Ustaz Rafie berkata, ambulans tiba di lokasi kejadian kira-kira setengah jam kemudian dan membawa mangsa ke hospital untuk menerima rawatan.

"Alhamdulillah, lelaki India tu dalam keadaan stabil. Skuad kami sentiasa bersedia untuk berhadapan sebarang kemungkinan sepanjang perjalanan untuk menguruskan jenazah.

"Kami cuba memberi khidmat dan bantuan kecemasan kepada mereka yang memerlukan walau dalam pelbagai situasi," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!


Thursday, June 25, 2020

Makan mewah bersama orang kaya, pelik kenapa masa bayar tuan kedai tetap belanja? - “Orang miskin order sirap sebungkus pun kena bayar”


Makan mewah bersama orang kaya, pelik kenapa masa bayar tuan kedai tetap belanja? - “Orang miskin order sirap sebungkus pun kena bayar”

Seorang guru berkongsi kisahnya menikmati makanan secara mewah bersama guru-guru senior dan orang kaya. -Gambar hiasan

RAMAI rakyat Malaysia terkenal dengan sifat pemurah dan keprihatinan mereka banyak juga dikongsikan di media sosial.

Jika ada individu atau keluarga dalam kesusahan atau mengalami masalah kewangan, pasti ada yang ringan tangan untuk menghulurkan bantuan.

Belanja orang lain juga merupakan satu bentuk perkongsian rezeki, tanpa mengira siapa pun mereka, sama ada miskin atau kaya-raya.

Seorang pendidik berkongsi pengalamannya sewaktu mengajar di Pekan, Pahang kira-kira 13 tahun lalu dan ketika mengadakan pertemuan dengan guru-guru senior.

"Suatu hari 'abang-abang' dari Kelantan turun Kuantan. Aku pun pergi jumpa di Kuantan dan kami bergerak bersama. Mereka nak jumpa orang kaya kat sana.

"Kami janji di sebuah kedai makan Siam. Sebaik jumpa, mewah makanan yang dipesan. Maklumlah, makan dengan orang kaya kot," tulis Mohd Fadli Salleh di halaman Facebooknya.



Bil makanan tidak perlu dibayar, sebaliknya ditanggung oleh tauke restoran. Foto Facebook Mohd Fadli Salleh

Mohd Fadli berkata, bil makanan mewah yang dinikmati mereka bersama orang kaya itu bagaimanapun tidak perlu dibayar, sebaliknya ditanggung oleh pemilik restoran.

"Usai makan dan berborak, tiba masa untuk bayar. Panggil tauke restoran untuk kira, tuan kedai belanja sebab dia kenal orang kaya tu," tambahnya.

Bersama kumpulan seniornya, Mohd Fadli berkata, mereka kemudian beredar dari restoran, diikuti orang kaya tersebut yang beransur pergi secara berasingan.

"Sampai dalam kereta, salah seorang 'abang' ini berkata, 'Bila terlalu kaya ni, duit pun orang tak nak ambil rupanya'.

"Masa tu terus aku terfikir, kenapalah tuan kedai tak nak ambil duit dengan orang kaya. Patutnya belanjalah orang miskin, orang kaya terima bayaran.

"Ni orang miskin order air sirap sebungkus pun dia kenakan bayaran, orang kaya makan sampai beratus jumlah tak nak ambik duit pula," soalnya.



Perkongsian pengalaman Mohd Fadli di laman sosial.

Namun, lama-kelamaan guru berkenaan mulai faham situasi yang dilaluinya itu berdasarkan pemerhatian terhadap rakan-rakannya sendiri yang berstatus 'kaya'.

"Mereka tak pernah kedekut untuk bersedekah dan membantu orang. Orang yang pemurah ni, rezeki mereka juga pasti murah.

"Bahkan ada kemungkinan kejayaan tuan kedai itu, jasa pertolongan orang kaya tersebut. Orang akan ingat, orang akan sentiasa kenang budi dan jasa," katanya.

Soal tidak ambil bayaran orang kaya bukan kerana dia kaya. Aku percaya kerana ada budi yang pernah ditinggalkan.

MOHD FADLI SALLEH

Tambahnya, maka tidak hairanlah sekiranya apabila rakan yang kaya itu datang makan, pemilik restoran tidak berkira demi membalas budi.

"Orang pernah berbudi pada diri, atau mungkin kawan-kawan baik kita, atau sanak saudara kita, atau orang sekeliling kita. Pasti kita pun rasa nak berbuat baik pada mereka kan?

"Soalnya bukan pada wang. Soal tidak ambil bayaran orang kaya bukan kerana dia kaya. Aku percaya kerana ada budi yang pernah ditinggalkan," ujarnya.



Mohd Fadli berkongsi kisah mengenai seseorang berbuat kebaikan kepada sesiapa sahaja. Foto Facebook Mohd Fadli Salleh

Menurut Mohd Fadli, dia percaya seseorang itu disegani kerana kebaikannya dan menjadi contoh untuk diamalkan kepada sesiapa sahaja tanpa mengharapkan balasan.

“Berbuat baiklah pada sesiapa sahaja. Nescaya Tuhan kirim orang lain untuk membalas kebaikan kita. Kadang-kadang seseorang yang kita tak pernah kenal dan mesra pun.

"Begitu aturan kehidupan dan dunia. Teruslah berbuat kebaikan bukan untuk mengharap balasan orang tetapi kerana itu disaran agama dan disukai Tuhan. Pasti akan ada ganjaran di dunia lagi dan di akhirat kelak. Percayalah!" katanya.

MSTAR

Wednesday, June 24, 2020

“Dia panggil aku ustaz!” - Hati Azhan Rani berbunga-bunga ditegur Nash di kedai makan


“Dia panggil aku ustaz!” - Hati Azhan Rani berbunga-bunga ditegur Nash di kedai makan

Pelakon Azhan Rani berkongsi rasa teruja dapat bertemu dengan legenda rock tanah air, Nash Lefthanded.

PELAKON Azhan Rani terkejut ditegur vokalis kumpulan Lefthanded, Datuk Nash di sebuah restoran di Shah Alam, Selangor.

Azhan, 44, berkata pada mulanya dia tidak mengenali individu yang memerhatikan gerak gerinya dan mereka hanya berbalas senyuman sebelum namanya disebut oleh Nash.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tahun depan aku dah azam... bodoh lama takkan dibawa ke tahun hadapan” - Wang simpanan Azhan Rani lesap terpedaya Macau Scam

Menurut Azhan, penyanyi itu juga memanggil dia dengan gelaran ‘ustaz’ kerana meminati lakonannya dalam drama Nur.

"Lepas sarapan di sebuah restoran di Shah Alam, susuk tubuh dalam gambar ni sedang perhatikan aku... dia senyum saja.



Azhan Rani berkongsi momen bertemu dengan Nash Lefthanded di Instagram.

"Aku senyum balik, lepas tu dia sebut nama aku... terus tak terkata.

"Baru aku perasan ini bukan sebarang orang... dia legenda, Datuk Nash Lefthanded.

"Dia panggil aku ustaz... dia follow drama Nur katanya," tulisnya.

Azhan mengakui teruja dapat bersemuka dengan Nash dan menganggap kumpulan rock Lefthanded antara legenda terkenal sekitar tahun 80an.



Azhan popular menerusi lakonannya dalam drama Nur.

Kaset, poster majalah dan rambut panjang antara memori yang paling diingati Azhan pada ketika itu.

"Allahuakbar berbunga-bunga rasanya kerana mereka antara kumpulan rock gergasi zaman rockers dulu... zaman aku la.

"Daripada zaman kaset, jeans ketat, rambut panjang mengurai, zaman poster URTV penuh dengan gambar-gambar rockers, ” ceritanya penuh teruja.

Selain itu pelakon filem Hantu Rumah Sakit Jiwa ini turut memuji sifat rendah diri Nash kerana sudi menegurnya.

Datuk Nash memang antara penyanyi rock paling aku kagum

AZHAN RANI

PELAKON

Dalam pada itu, Azhan berkata selepas bertemu dengan Nash, dia sempat menyanyikan lagu-lagu Lefthanded semasa dalam perjalanan ke set penggambaran.

"Datuk Nash memang antara penyanyi rock paling aku kagum. Suara rock yang tiada klon langsung pada aku di tanah air ini... humble gila dia tadi.

"Lepas jumpa dia tadi aku terus ride ke set sambil feeling rock nyanyi balik lagu-lagu evergreen Lefthanded.

"Terima kasih kerana menyantuni saya tadi Datuk Nash. Semoga terus sihat dan saya dapat menonton konsert Datuk nanti," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!


Tuesday, June 23, 2020

Tudia !!! Padah anjur parti hari lahir anak, 17 tetamu dijangkiti Covid-19


Padah anjur parti hari lahir anak, 17 tetamu dijangkiti Covid-19

Sehingga kini, 17 individu dari parti itu disahkan positif Covid-19.

BIARPUN kes Covid-19 masih belum berakhir, ramai yang degil dan enggan mengikuti segala saranan kerajaan.

Terbaharu, seroang wanita di Jharsuguda, Odisha, India, mengajurkan sambutan hari lahir anaknya.

Akibatnya, 17 tetamu kini dijangkiti Covid-19.

Wanita itu bersama keluarganya pulang dari Gurugram pada 6 Jun dan perlu menjalani sesi kuarantin 14 hari.

Namun, dia tidak menghiraukan arahan itu dengan menganjurkan acara sambutan hari lahir.

Wanita itu sendiri diuji positif pada 15 Jun.

Sehingga hari ini, 17 individu lain turut disahkan positif.

Malah, pihak berkuasa kini masih menjalankan pengesanan kontak rapat kes tersebut.

Kawasan itu juga sudah diisytiharkan sebagai zon bahaya akibat kes berkenaan. - India Times


Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung