Nuffnang

Tuesday, June 23, 2020

Tudia !!! Padah anjur parti hari lahir anak, 17 tetamu dijangkiti Covid-19


Padah anjur parti hari lahir anak, 17 tetamu dijangkiti Covid-19

Sehingga kini, 17 individu dari parti itu disahkan positif Covid-19.

BIARPUN kes Covid-19 masih belum berakhir, ramai yang degil dan enggan mengikuti segala saranan kerajaan.

Terbaharu, seroang wanita di Jharsuguda, Odisha, India, mengajurkan sambutan hari lahir anaknya.

Akibatnya, 17 tetamu kini dijangkiti Covid-19.

Wanita itu bersama keluarganya pulang dari Gurugram pada 6 Jun dan perlu menjalani sesi kuarantin 14 hari.

Namun, dia tidak menghiraukan arahan itu dengan menganjurkan acara sambutan hari lahir.

Wanita itu sendiri diuji positif pada 15 Jun.

Sehingga hari ini, 17 individu lain turut disahkan positif.

Malah, pihak berkuasa kini masih menjalankan pengesanan kontak rapat kes tersebut.

Kawasan itu juga sudah diisytiharkan sebagai zon bahaya akibat kes berkenaan. - India Times


No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung