Nuffnang

Monday, June 22, 2020

Tediaa !!! Detik cemas wanita temui ular dalam kereta ketika memandu


Detik cemas wanita temui ular dalam kereta ketika memandu

ular

SEORANG wanita dikejutkan dengan kehadiran seekor ular di dalam kereta semasa memandu di lebuh raya.

Lebih mengejutkan apabila ular tersebut ditemui di bahagian meletak kaki pemandu di dalam kereta.

Jabatan Polis Eureka di California, Amerika Syarikat (AS) dalam satu perkongsian di Facebook memberitahu, seorang wanita membuat panggilan bagi mendapatkan bantuan susulan penemuan seekor ular di dalam kereta.

Menerusi panggilan tersebut, suara wanita berkenaan kelihatan cemas, dan pasukan polis bergegas ke lokasi kejadian.

Kenderaan tersebut kemudiannya ditundda ke lokasi lain bagi membolehkan pasukan mengeluarkan ular tersebut.

Dilaporkan bahawa seorang penduduk tempatan membantu untuk menempatkan ular berkenaan di habitat yang sesuai.

Perkongsian di Facebook itu mendapat pelbagai reaksi, malah antara mereka berkongsi pengalaman masing-masing mengenai kereta mereka dimasukan reptilia itu. - Daily Star



No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung