Nuffnang

Friday, July 31, 2015

Perghhh !!! Gadis berniqab kerja pengimpal ( Welder ) jadi perhatian


MENGGUNAKAN nama Saya Tyra di laman sosial Facebook, seorang gadis yang memakai niqab walaupun berkerja sebagai pengimpal di sebuah syarikat terkemuka menarik perhatian netizen.

Di laman Facebooknya, gadis itu dilihat mengenakan berseluar jeans dan seragam kerjanya serta berniqab.

"Walaupun saya seorang pengimpal dan bekerja di Sapura Kencana. Jangan pelik dengan pemakaian saya.

"Berseluar besar. Berniqab dan berbaju besar. Tak ada nampak bentuk badan. Dari belakang orang fikirkan lelaki. Bila dengar suara orang baru tahu saya perempuan," tulis gadis itu dilaman Facebook miliknya.

Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita terkini

Tambahnya lagi, aurat wanita wajib dijaga tidak kira apa pekerjaan kita.

Rata-rata netizen kagum dengan penampilan dan prinsip yang dipegang gadis yang berasal dari Perak ini.

"Tahniah! mudah-mudahan  adik istiqamah dalam menjaga aurat dan berniqab," tulis Hanan Hamzah

Manakala Nur Azmina mengucapkan tahniah dan diharap perilaku gadis ini harus dijadikan contoh kepada wanita lain terutamnya yang bekerja dalam bidang teknikal



Di luar tempat kerja saya tetap memakai niqab. Di tempat kerja pun saya pakai. Ikutkan di tempat kerja takpayah pakai pun takpe. Tapi disebabkan debu pasir dan debu besi. Saya beranikan diri untuk pakai. Tapi bila saya bekerja. Niqab ni saya lipatkan keatas sorok kat topi sebab saya nak pakai mask. Habis kerja saya turunkan balik. Yang penting safety 1st.

Mukhriz tahu siapa rakam video Muhyiddin



Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata beliau tahu siapa yang merakamnya perbualannya Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama beliau dan tetamu lain bekas perdana menteri pada Selasa malam lalu.

Menteri besar Kedah itu bagaimanapun tidak menafikan topik perbincangan dalam pertemuan itu.

Mukhriz berata demikian ketika ditanya tentang video bocor dalam sambutan hari raya Aidilfitri Umno Gurun, Kedah, laporKwong Wah Yit Poh.

Dalam video mengejutkan 53 saat itu, Muhyiddin antaranya berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengaku bahawa RM2.6 bilion dideposit ke dalam akaun peribadinya.

Sementara itu, Sin Chew Daily melaporkan Mukhriz sebagai berkata beliau tidak fikir melakukan sebarang salah laku tetapi bersedia untuk sebarang perubahan.

[Baca berita asal]


PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Thursday, July 30, 2015

Isu Pemecatan Mahyuddin..Heboh Di London


Isu Pemecatan Mahyuddin..Heboh Di London, Canary Wharf, London...buat malu Negara kita sahaja..biar gambar berbicara

Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita terkini


Video Muhyiddin Bercerita Perbualan Isu 1MDB Dengan PM Jadi Viral






PETALING JAYA: Sebuah 'video bocor' menunjukkan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sedang bercerita kononnya tentang butir-butir perbualan beliau dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung 1MDB telah menjadi viral.


Klip video itu yang kelihatan dirakam menggunakan telefon bimbit, menunjukkan Muhyiddin duduk dengan beberapa tetamu di rumahnya.

Video 53 saat itu yang hanya dapat didengar di bahagian-bahagian tertentu muncul untuk menunjukkan bahawa Muhyiddin telah bercakap dengan Najib mengenai dakwaan yang terkandung dalam laporan Wall Street Journal baru-baru ini.
Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita terkini

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan bekas anggota Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir adalah antara mereka yang dapat dilihat dalam klip ini.

Muhyiddin telah melayan beberapa tetamu pada petang Selasa selepas pengumuman beliau digugurkan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan.

Ketika dihubungi The Star Online, bekas anggota Majlis Tertinggi Umno Abdul Kadir mengesahkan berkunjung ke rumah Muhyiddin pada Selasa selama 'hampir dua jam'.

"Kami berbual secara sulit dan santai di kalangan teman-teman lama. Tetapi saya tidak boleh mengesahkan apa perbualan peribadi dan sulit itu," katanya.

"Terdapat ramai orang di sekeliling, dan kita berbincang mengenai banyak perkara," katanya.

Apabila ditanya sama ada beliau sedar seseorang sedang merakamkan perbualan itu, beliau berkata tidak tahu jika ada orang yang merakamnya tetapi melihat ramai orang mengambil gambar.

"Saya mendengar orang memberi amaran: 'Jangan rekod. Jangan tangkap gambar," katanya.

Perghh: Mahyuddin Tahu 1MDB Lebih Dari Pemberita


Susulan kelantangannya dalam isu 1MDB, ramai tertanya-tanya sejauh mana Tan Sri Muhyiddin Yassin tahu berkaitan kontroversi melanda  1MDB, syarikat cetusan ilham perdana menteri.


Diajukan soalan itu oleh pemberita hari ini, beliau tidak menyatakan secara langsung tetapi berkata ia lebih sedikit daripada pihak media.

"Saya tahu (mengenai 1MDB)  dari apa yang dikatakan dan bahan yang diberi.

“Dan apa yang saudara (pemberita) tahu  tentang 1MDB mungkin saya tahu lebih," katanya dalam sidang media di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur hari ini.

Muhyiddin hari ini mengadakan sidang media pertama selepas digugurkan sebagai timbalan perdana menteri semalam

Wednesday, July 29, 2015

Muhyiddin Dedah Segala Persoalan Pada Rabu, Mukhriz Tiba Di Kediamannya




KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjawab segala persoalan dan pertanyaan susulan penggugurannya sebagai timbalan perdana menteri menerusi satu sidang media pada pagi Rabu.
Beliau berkata, sidang media itu akan diadakan di kediamannya di Bukit Damansara pada pukul 11 pagi Rabu.
"Saya telah pun mengeluarkan kenyataan saya pada hari ini dan media pun telah melaporkan tentang apa yang berlaku dan bagaimana kenyataan yang saya keluarkan petang tadi dan saya tidak akan memberi kenyataan baru.
"Saya akan maklumkan esok jam 11 pagi. Saya jemput semua media untuk datang sini. Dan di situ nanti saya akan perjelaskan apa-apa pertanyaan dan persoalan yang hendak dikemukakan oleh media tempatan mahupun antarabangsa," katanya kepada pemberita secara ringkas di luar kediamannya di Bukit Damansara di sini, malam Selasa.

Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita terkini
Pada Selasa, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rombakan kabinet yang menyaksikan Muhyiddin digugurkan sebagai timbalan perdana menteri dan jawatan itu digantikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Sementara itu, sebaik sahaja sidang media itu tamat, kelihatan ketibaan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir di situ untuk menemui Muhyiddin.

Fuyooo Jam Tangan Sahaja Rege Sampai Sejuta. Mampukah Kita


Mati hidup semula pun belum tentu mampu beli. Menyesal tak bercita-cita jadi PAk Menteri masa kecik-kecik dulu..Fuyoo dahsyat tak mampu kita ..hanya sekadar melihat sahaja ni..huhu.. bersyukur dengan Jam Casio Sahaja. 

Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita terkini

Tuesday, July 28, 2015

Perghhh !!!! Warga Emas Tertusuk Jeriji Pagar


Ng dibawa ke unit kecemasan HTAR untuk mengeluarkan jeriji pagar di bawah bahunya.




KLANG: Seorang lelaki berusia 68 tahun nyaris maut selepas tertusuk jeriji pagar dari bahagian ketiak kanan menembusi bahunya.
Ng Ag Eng sedang berdiri di atas tangga bagi mencantas pokok di perkarangan rumahnya di Jalan Alor Star di sini semasa insiden tersebut berlaku.
Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita terkini
Pegawai Kanan Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang, M Sathiaseelan berkata mangsa kemudiannya tergelincir lalu tertusuk jeriji itu.
Seorang jiran mangsa menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat pada pukul 4.40 petang dan pasukan tersebut tiba di tempat kejadian kira-kira lima minit kemudian.
"Jeriji pagar itu berjaya dipotong dalam masa 20 minit," katanya.

Beliau berkata pasukan bomba tidak menarik keluar jeriji pagar itu dari tangan Ng untuk mengelakkan pendarahan serius.

"Ng dihantar ke hospital menggunakan ambulans bersama-sama jeriji itu," kata Sathiaseelan.

Ng dikejarkan ke unit kecemasan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk mengeluarkan jeriji berkenaan.

Muhyiddin: Pengundi sudah lebih daripada meluat



Muhyiddin: Pengundi sudah lebih daripada meluat
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap pada majlis Perasmian Penutup Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Cheras semalam. - Foto Bernama
SHAH ALAM - Mengakui agak 'takut' selepas video pertama kenyataannya berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menjadi viral baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin malam tadi berkata, beliau harus berpegang kepada kata-kata, 'berkata benar biar pun pahit'. 
Kenyataan terbaharu itu merujuk kepada andaian sekiranya Parlimen dibubarkan pada masa ini, Barisan Nasional katanya tidak akan menang berlandaskan senario politik hari ini.

lik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita terkini
"Kalau ikut kata hati saya, kalau esok pilihan raya, kita tak mungkin boleh menang. Sudah ada asas-asas kajian yang dibuat banyak pihak yang menunjukkan adalah amat sukar untuk Barisan Nasional menang pada PRU  akan datang.
"... Tetapi kalau dikata kalah, tetapi masih tak kalah, betul tak? Bagi saya satu hikmah yang ALLAH  beri kepada kita selepas PRU  lalu tahun 2008 Pak lah pimpin parti, kita dapat undi yang lebih rendah dan jumlah 140 kerusi (saya tak berapa ingat) tetapi saya bimbang ia berterusan bukan nak ulang cerita lama.
"Kalau- kalau tidak ada perubahan kepimpinan, undi kita akan terus merosot sebab itu saya gerakkan satu usaha dengan niat ikhlas untuk terus parti kita kekal berkuasa dapat sokongan kita angkat Najib jadi PM dengan kemenangan 133 kerusi, orang kata merosot, tetapi kalau Pak lah ambil mungkin jadi 120 atau  lebih kurang daripada itu, nasib baik kita masih selamat," katanya semasa berucap pada majlis penutup mesyuarat Umno  Bahagian Cheras di Kuala Lumpur pada Ahad malam.
Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, oleh itu adalah menjadi tanggungjawab ahli Umno untuk melihat perkembangan ini kerana situasi semasa tidak memihak kepada parti itu.
"... tetapi trend itu sudah menurun , tidak lagi lebih dua pertiga, hanya jumlah kerusi majoriti mudah.
"Kalau begitu keadaannya menjadi satu perkara yang paling penting dalam Perhimpunan Agung Umno sama ada di bahagian, sayap Umno, untuk melihat apa hal yang sudah berlaku dalam parti, perkembangan dalam kerajaan dan dalam negara kita yang menyebabkan sentimen yang saya sebut tadi hampir berada dalam keadaan sebahagian besar rakyat tidak menjadi pengundi kita, kenapa berlaku? Saya rasa ini lebih daripada meluat, ini bukan saya sebut," kataya
.

Perghh : SUASANA HARI RAYA DI CHINA, MENAKJUBKAN








HARI RAYA DI CHINA, ISLAM BUKAN HAK MELAYU


Sahabat saya seorang Cina beragama Islam asal dari negara China, Haji Yusuf Liu menghantar gambar-gambar menunjukkan kebesaran Islam di tanah besar itu.
MasyaAllah kita lihat gambar-gambar sambutan Eidulfitri di bandar raya Xining di wilayah Qinghai, Xinjiang, Linxia, Yinchuan dan Hong Kong. Kredit Cuitzaini.wordpress
lik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita terkini






Monday, July 27, 2015

Terima Kasih dan Terbaik Abang Polis .. Membantu Walaupun Hujan Lebat


POLIS & MASYARAKAT BERPISAH TIADA:
Peronda lebuhraya zon utara unit 12, Koperal Sa'dat telah membantu pemandu sebuah van yang mengalami kerosakan dengan menolaknya ke laluan kecemasan di KM142 Sg Petani- Bandar Baharu.

Hujan lebat tidak sesekali jadi penghalang bagi KPL Sa'dat memberikan bantuan terhadap mereka yang memerlukan.

Kisah tragis, pengemis tercantik di dunia

Kisah tragis, pengemis tercantik di dunia
BEIJING - CHINA. Mempunyai rupa paras cantik bak ‘supermodel’, namun siapa sangka si gadis yang bernama Han Biyao ini 'bekerja' sebagai pengemis.

Han Biyao merupakan seorang gadis Tionghua, disebut-sebut sebagai pengemis tercantik di dunia.

Di mana sebalik rupa parasnya yang rupawan, ada kisah tragis yang pernah melanda dirinya.

Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita terkini

Memetik laporan Rocket News baru-baru ini melaporkan, bahawa sebelum meninggal ayah Biyao merupakan seorang jutawan.

Sepeninggalan ayahnya menyebabkan ibunya jatuh sakit sehingga tidak mampu bekerja bagi menyara hidup.

Keperitan keluarga Biyao tidak terhenti di situ, apabila dilaporkan bahawa keluarga itu dihimpit dengan hutang hingga mencecah ratusan ribu yuan, hingga hampir memaksa Biyao untuk menjual keperawananya dek kerana untuk melangsaikan hutang tersebut.

Itulah kehidupan, hidup bagai roda kadangkala di atas kadangkala di bawah, itulah terjadi kepada Biyao di mana dahulu hidupnya dikelilingi dengan harta.

Namun dalam sekelip mata gadis berwajah cantik ini jatuh miskin dan hidup menderita, Biyao mengaku pernah bekerja sebagai seorang pelayan restoran demi menyambung hidup dan merawat ibunya.

Kini, Biyao memilih menggunakan kelebihan suaranya untuk menjadi penyanyi selain masih mengemis di sudut-sudut kota metropolitan Beijing, China.

Perghhh !!! SEMpoi.. Menabung Dalam Tabung Buloh Untuk Melancong


Ramai yang nak melancong, tapi tak ramai yang punya wang untuk khas untuk melancong. Oleh itu sila ikut contoh beliau. Tabung tu comel 
Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita terkini
like emoticon

Sunday, July 26, 2015

4 PERKARA PELIK TELAH BERLAKU KETIKA MALAYSIA VS LIVERPOOL SEMALAM


4 PERKARA PELIK TELAH BERLAKU KETIKA MALAYSIA VS LIVERPOOL SEMALAM




Keputusan sepenuh masa perlawanan persahabatan Pilihan Malaysia menentang Liverpool di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini. Pilihan Malaysia cipta sejarah ikat Liverpool 1-1 PILIHAN MALAYSIA 1 (Patrick Ronaldinho Wleh m-13) LIVERPOOL 1 (Jordon Ibe m-28).

1.) Penyokong dari luar negara turut menyokong pasukan Malaysia


2.) Wajah pengurus Liverpool FC, Brendan Rodgers bagai tidak percaya bahawa pasukan diterajui Pablo Dollah Salleh menyekat pasukan Liverpool 1-1

Polis siasat kes adik pelakon dipukul




GEORGETOWN - Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kejadian melibatkan seorang pelajar Tingkatan Satu bersama 16 rakannya yang didakwa dipukul pelajar senior di sebuah sekolah menengah di Jalan Masjid Negeri, di sini.  kes pukul
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata kes membabitkan adik lelaki kepada seorang pelakon wanita itu disiasat menurut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.
"Kes itu berlaku di asrama sekolah berkenaan pada Rabu malam selepas mangsa dan rakan-rakannya yang baru balik membeli makanan berikutan lapar dimarahi sekumpulan pelajar Tingkatan Lima.
"Pelajar-pelajar Tingkatan Satu berkenaan mendakwa selain dimarah kerana keluar daripada asrama tanpa kebenaran, mereka turut dipukul sehingga lebam di beberapa bahagian badan," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.
Beliau berkata sebaik menerima laporan daripada seorang ibu mangsa, pihaknya memulakan siasatan termasuk mendapatkan laporan kesihatan pelajar-pelajar terbabit. 
Mior Faridalatrash berkata polis telah mengenal pasti mereka yang terlibat dalam kejadian berkenaan dan semua pelajar termasuk mangsa yang dicedera akan dipanggil Isnin ini, untuk direkodkan keterangan.
Katanya polis juga telah berhubung dengan sekolah berkenaan dan pihak sekolah berjanji akan memberi kerjasama bagi membantu siasatan kes itu. 
"Berdasarkan siasatan awal, empat pelajar senior yang tinggal di asrama berkenaan dipercayai terlibat dalam kejadian pukul itu," katanya. - Bernama

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung