Nuffnang
Friday, December 31, 2010
Apa Azam Kita Di Tahun baru 2011
Salam buat semua ..
Selamat meyambut tahun baru masihi 2011 pada Esuk hari.(sabtu )
menjelang tahun baru masihi sama sama lah kita bertekad untuk menjadi insan yang terbaik di atas muka bumi ini ..beberapa azam tahun baru yang ingin di nukilkan :
1. Menjadi seorang Insan yang bertaqwa
2. Menjadi seorang Ibu / bapa yang terbaik untuk keluarganya
3. Menjadi seorang anak yang berbudi kepada kedua Ibu / bapanya.
4. Menjadi seorang pemuda yang mempunyai budi pekerti yang tinggi
5. Menjadi seorang blogger yang berhemah..
6. lain Lain tambah sendiri..........
Thursday, December 30, 2010
Plat MCA 1 catat bidaan RM300,100
Gambar Hiaasan Je
MELAKA: Nombor pendaftaran ‘MCA 1’ mencatatkan sejarah negara apabila dibida dengan nilai RM300,100 oleh sebuah syarikat dari Johor Baharu iaitu Asset Nusa Sdn Bhd.
Tender bagi nombor pendaftaran ‘emas’ itu akhirnya mengatasi rekod bagi bidaan ‘TAY 1’ yang bernilai RM242,000 dan ‘TAN 1’ sebanyak RM200,900 yang didaftarkan di Terengganu.
Syarikat sama juga turut berjaya membida nombor pendaftaran ‘MCA 2’ dengan nilai RM101,000.
Jurucakap Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, syarikat berkenaan berjaya membida nombor pendaftaran berkenaan selepas tawarannya dibuka selama tiga minggu sejak 24 November lalu.
Katanya, dengan jumlah bidaan tertinggi itu, syarikat berkenaan memecahkan rekod bidaan nombor pendaftaran kenderaan di negara ini.
“Keputusan penuh bidaan nombor pendaftaran ‘MCA’ boleh dilihat orang ramai di tingkat satu pejabat JPJ di sini atau boleh menyemaknya menerusi laman web www.jpj.gov.my,” katanya, di sini, semalam.
Berdasarkan keputusan disiarkan, dua lagi nombor pendaftaran berikutnya berjaya dibida Khoo Chong Kok (MCA 3) pada nilai RM50,000 dan Norainai Abd Ghapor (MCA 4) pada nilai RM14,444.
Pengerusi MCA negeri, Datuk Gan Tian Loo, membida nombor pendaftaran ‘MCA 5’ dengan nilai RM28,600. Harian METRO
Nota : Ada apa pada nombor ..sampai harga ratusan ribu ringgit..mak ooi..kalau aku tak belilah...boleh beli rumah sebiji dan kereta sebiji ..huhu
Wednesday, December 29, 2010
Siapakah Idola Anda........Artis........Pergh...Kacau
Gambar Ulamak Seluruh Dunia Yang Telah Memberi tunjuk Ajar Kepada Umat Islam
Amaran ini pandangan peribadi je
salam buat semua...hari ini aku ingin memaparkan mengenai idola idola aku..atau dalam Istilah kontemporari yang sebenar ialah... menghormati Cendiakwan yang berilmu , kerana mereka dapat memberi tunjuk ajar, serta menergur akan kesilapan kita , malah mereka membawa kita ke arah jalan yang benar yang dituntut oleh Islam..sebagai contoh ini adalah Cendiakwan yang aku sanjungi... gambar di atas..
Bagi penulis perkataan Idola tak sesuai kerana ia ada maksud yang lain contohnya...
Idol = patung dewa , arca :pujaan
Idolater = pendewaan
Idolisation = pendewaan
Idolise = mendewakan
Idolize = memuja . menyanjung tinggi
sesetengah dari kita ..idola mereka ialah ..artis..perg tak guna cakap..malas nak tampal gambar mereka kat sini..buat ape..semak je...bagi akulah kalau kita ambil ulamak sebagai ..rujukan dan ikutan kita..insya ' aLlah kita akan mendapat petunjuk dan manfaat darinya..kalau kita ikut artis, .lu fikirlah sendiri..
Tuesday, December 28, 2010
Tips Untuk Berhenti Merokok
salam buat semua ..
Ini ada satu kisah benar yang telah berlaku dalam masyarakat kita...seorang pesakit yang hendah berhenti merokok dan kita lihat senarionya...
Cerita Pertama
Tazkirah dari Ustaz Shamsuri Hj Ahmad.. Wahai orang 2 yang beriman hendaklah kamu menjauhkan dari perkara yang membazirkan...contohnya menghisap rokok, salah guna dadah, mendekati perkara perkara yang melalaikan...sesunggohnya rokok itu satu pembaziran ke atas wang ringgit..dan mengkayakan golongan kapitalis sahaja.
selepas dengar tazkirah dari Ustaz...keluar aje dari masjid terus balun rokok sebatang ..hehehe..ada tu....
Cerita ke 2
Seorang perokok telah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan kesihatannya..akibat batuk yang teramat sangat..dan muntah muntah..setelah berjumpa doktor..doktor menasihatkan supaya dia berhenti rokok..sekiranya tidak.. dia akan mengidap penyakit barah paru paru. Oleh kerana tidak mahu mati awal..perokok tadi telah mengambil keputusan untuk berhenti dari merokok..huhu.
Moral of the story ialah..umumnya manusia lebih takut dari mati dan sanggup mendengar nasihat doktor dari nasihat seorang ustaz..wallah hu aklam..
Monday, December 27, 2010
Satu Kelainan Baru Di R & R ..Butterworth..
Plaza Tol Linkaran Luar Butterworth...
Pasar tani ..yang telah berjalan setiap malam minggu..
Konsert yang di adakan pada hujung minggu untuk golongan muda mudi..sahaja
Salam buat semua..
Baru baru ini saya telah pergi menghantar keluarga ke setesyen Bas Butterworth..saya singgah untuk membeli air minuman..dan kalau pasar tani aku tak terkejut...tapi Konsert tu yang aku terkejut..ini lah salah tarikan pelancong atau muda mudi..untuk melepak sampai ke pagi...aku lihat ramai kat tepi laut tu..sedang berborak bagi menghabiskan malam mereka dengan berembun...aku dok tak lama ...beli air dan amik gambar aku pun blah ( angkat kaki ) ...
Saturday, December 25, 2010
Sudah di Duga...Makanan mamak naik harga
SEORANG pekerja restoran mamak di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur menebar roti canai yang harganya dijangka naik tahun depan.
KUALA LUMPUR - Di sebalik peningkatan kos sara hidup yang terus membebankan rakyat, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) mahu menaikkan harga semua makanan dan minuman yang dijual disemua restoran ahli persatuan itu mulai awal tahun depan.
Tindakan yang dilihat agak tergesa-gesa itu tanpa perlu melakukan rundingan dengan kerajaan jelas membuktikan bahawa persatuan tersebut mempunyai kuasa penuh untuk menaikkan harga setiap jenis makanan dan minuman di antara lima hingga 10 peratus.
Seperti biasa alasan yang diberikan oleh Presma untuk menjustifikasikan kenaikan harga itu ialah ahli-ahlinya yang kini seramai 2,700 orang sudah tidak lagi sanggup menanggung kos operasi berikutan kenaikan kos bahan mentah.sumber KOSMO..
Nota : perkara ini telah di duga akan berlaku ,kerana punca utama ialah ..keperluan asas seperti munyak telah naik..ini menyebabkan kos pengangkutan meningkat . Dari segi minuman pula , apa bila gula naik di pasaran maka secara langsung harga minuman akan turut naik, malah begitu juga kepada makan yang lain, yang memerlukan kandungan gula..begitulah lumrah kehidupan...semua nya naik..kecuali hujan saja yang turun .huhuhu
Friday, December 24, 2010
Lima Golongan Orang Celaka .....? siapa dia.....
Salam buat semua
Menurut Ulamak Hassan Al Basri... antara lima golongan orang celaka di dunia dan di akhirat ialah :
1. Orang yang berilmu agama , tapi senyap tanpa bicara dan menegur..
2. Orang yang cakap zuhud,tapi tak ikut apa yang di cakapkan( sayang dunia )
3. Orang yang berjuang ke jalan Allah.. tapi takbur ..mengungkitkannya
4. Peniaga yang kelengtong ( menipu alat timbangan dan sebagainya )
5. Pemimpin yang zalim ..( sebagai Ibu bapa, Penghulu, Pemimpin Masyarakat, dsb...
semoga kita mendapat manfaat daripada kata kata Imam hassan Al Basri... wallahhu aklam.
Thursday, December 23, 2010
Keberhasilan Dalam Melayari Blog Dan Facebook
salam buat semua..
Aku bukan pandai sangat nak komen apa apa..cuma apa yang aku tahu je..berkaitan dengan dua perkara yang disebut diatas.
Berkaitan Facebook
1. Rangkaian seluruh dunia..berjuta juta..follower
2. Boleh jumpa kawan lama/tambah kawan
3. Forum terbuka..terus..sampai boleh kutuk Islam...mencarut..maki semua cukup
ini yang aku tak berkenan..terkesan dari itu ..aku stop ngan FB
4. N3 terhad dan pendek..
5. Pembaca dari kanak2 umur 8 tahun sampai dah tua..80 - 90 tahun dok FB
6. Boleh download gak..
7. Lain lain kau orang tambah le..
Blogger
1. Rangkaian seluruh dunia juga..
2. Memaparkan kisah peribadi/ dunia/menjana pernigaan
3. Boleh download/ up load
4. Boleh beri komen yang membina...mencarut aku buang je...( x dak lagi )
5. Memperolehi pendapatan dari iklan Nuffnang, Initty, Mangga Add, Google Add , dan
banyak lagi sampai ribu cek ooi ( aku ratus je ) hehe
6. Pembaca terdiri dari golongan Profesional..dan elit ( blog orang lain la)
7. Menukilkan penulisan yang mantap dalam keberkesanan kepada pembaca..
8. Macam macam kaedah digunakan...nak up trafik ..hehehe
9. Di kemaskini selalu..
10. Pembaca sampai berjuta...juta...
11. Ada lagi kau orang tambah la..nu....
Aku bukan pandai sangat nak komen apa apa..cuma apa yang aku tahu je..berkaitan dengan dua perkara yang disebut diatas.
Berkaitan Facebook
1. Rangkaian seluruh dunia..berjuta juta..follower
2. Boleh jumpa kawan lama/tambah kawan
3. Forum terbuka..terus..sampai boleh kutuk Islam...mencarut..maki semua cukup
ini yang aku tak berkenan..terkesan dari itu ..aku stop ngan FB
4. N3 terhad dan pendek..
5. Pembaca dari kanak2 umur 8 tahun sampai dah tua..80 - 90 tahun dok FB
6. Boleh download gak..
7. Lain lain kau orang tambah le..
Blogger
1. Rangkaian seluruh dunia juga..
2. Memaparkan kisah peribadi/ dunia/menjana pernigaan
3. Boleh download/ up load
4. Boleh beri komen yang membina...mencarut aku buang je...( x dak lagi )
5. Memperolehi pendapatan dari iklan Nuffnang, Initty, Mangga Add, Google Add , dan
banyak lagi sampai ribu cek ooi ( aku ratus je ) hehe
6. Pembaca terdiri dari golongan Profesional..dan elit ( blog orang lain la)
7. Menukilkan penulisan yang mantap dalam keberkesanan kepada pembaca..
8. Macam macam kaedah digunakan...nak up trafik ..hehehe
9. Di kemaskini selalu..
10. Pembaca sampai berjuta...juta...
11. Ada lagi kau orang tambah la..nu....
Wednesday, December 22, 2010
Khabar Gembira Atau Tidak Sebagai Seorang Blogger...
salam buat semua ...
Hari ini..penulis memaparkan..kisah hidup seharian sebagai seorang bloggger..
bukan senang ak jagi blogger..sehingga kini
Pagi ...selepas solat subuh.....sarapan pagi pi kerja..
sampai tempat kerja..7.30..pagi buka lap top terus...up date dan membalas kunjungan..
lps tu..jam 8.10 aku buat kerja dulu...kalau keja menaip aku menaip sambil berblog..
buat kerja sehingga lah jam 1.oo tg hari..
Aku pergi makan 15 minit je...lps tu..berblog lah sampai jam 2.00 tgh hari lps tu solat zohor.. . sambung kerja..sampai 4.45...solat asar...rehat 5 minit..buka lap top kemudian sambung berblog sampai habis bateri dan aku terus pulang ke rumah... kalau out station atau mesyuarat ni yang jadi masalah...jam terus kepala otak..
Selepas solat magrib aku ajar anak baca Quran dulu...selepas tu baru buka lap top sambil berborak dengan isteri...serta sambil mendengar leteran isteri tersayang....huhuhu..( siang malam berblog )..sampai jam 10..tnet mula slow...aku boring terus tutup...dan tengok Tv pulak..kalau hari sabtu dan ahad..macam tulah dari jam 7.00 sampai jam 10 pagi..aku bW...kat kawan kawan..
Rumusan...
Menjadi blogger macam aku ni susah sikit..:
1. Kena jaga hati Isteri
2. Ajar anak anak menagaji...baca buku
4. Mesyuaratlah...di Pejabat dan Temapat aku tinggal
5. Pi kuliah../ Kursus
6. Banyak kena membaca buku ..dan mengkaji isu semasa...
nak berhenti sayang pulak.. teruskan saja....kekadang letih jugak... kalau aku tak dan nak balas ..maaf ye... inilah realiti kehidupan seorang blogger...huhu
Tuesday, December 21, 2010
Menjelajah Dubai....Untuk Yang Punyai Ongkos.. Sahaja.
Menara Khalifa yang tersergam indah..menanti pengunjngnya...
Pengunjung menunggu di hadapan lif utama untuk naik ke atas
Pemandangan di ruang legar menara Khalifa..orang ramai mengambil tempat untu melihat keadaan sekeliling..
Pemandangan dari atas puncak menara....Khalifa
salam buat semua..
Hari ini kita menjelajah..Dubai di timur tengah...melihat kota metropolitan..yang kita pun tak terbayang akan tersergam sebegini..indah..tapi ianya khas untuk orang orang kaya sahaja...huhu..... hotelnya paling murah pun US 400...paling mahal US 20,000 semalam...itu tak termasuk makan, minum,,shoping..dll.huhu...lihat saja ye...
Monday, December 20, 2010
Sepagi Aku Di Pekan Hari Penaga..Kepala Batas
Seorang peniaga yang menjual polish kereta...kat Pekan hari
Dahsyat...Abang Jual polish kereta.. dengan membakar bonet kereta ...ok cara dan style dia ..RM 15 je..promote sikit
Gerai Yang menjual barangan lama...
Barang yang dijual...baru tapi murah...bukan rejeck punya...
Salam Buat semua...
Hari ahad semalam sepagi aku ...dengan keluarga pergi membeli barang keperluan dapur serta saja nak ziarah di sana..lama tak jumpa kawan kawan aku...yang pergi ke Pekan hari Penaga..Dalam kawasan Kepala Batas..
Dengan adanya pekan hari pekan Penaga ni...jam habis tiap tiap minggu...kalau bahasa utara...nak sua kaki pun tak boleh ye..huhu...bolehlah orang kampung menjual hasil pertanian .dan hasil laut mereka....
Saturday, December 18, 2010
Menghadiri Kenduri Kahwin....Ikut Syarak..fikirkanlah
salam buat semua....Aku menzahirkan apa yang terbuku di hati
Penulis ingin memaparkan kaedah kenduri yang ditutut oleh syarak je...tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati...
Oh ya...sekarang nie musim kenduri kahwin ye...Dewasa ini masyarakat kita mengadakan kenduri kahwin..untuk anak atau cucu mereka...apa yang aku ingin kongsi bersama ialah..adakah kita mengadakan kenduri ikut syarak atau ikut adat..bukan nak kata aye...tapi kena katalah...huhu
1. Kenduri biarlah sederhana ..jangan besar sangat nanti membazir...
2. Jangan di campur adukan dengan lelaki dan perempuan..kemah bialah berasingan..
3. Tiada ada muzik secara live atau cd...yang aku paling pantang ialah adakah kenduri depa main kugiran....apa tujuan asal kita...sebelum tu baca doa...lepas tu..main kugiran pulak....nasyid tak ape la...tok guru pun marah...macam mana nak ada barakah..
4. Majlis bersanding..ini kontrovesi .sikit..ulamak berpendapat ianya hanya untuk saudara mara je...dengan pakaian menutup aurat ye..
5. Ada bagi rokok pulak tu..huhuhu...tak leh bagi ye...nak hisap beli sendiri...
6. Ada banyak lagi..kita boleh cari dalam laman Web Islam....aku tulis apa yang aku igat je...
Aku berleter adalah kerana..aku dah pi dah makan kenduri ..saperti yang disebut diatas...depa kata aku kolot...kolot pun kolotlah ( kuno lah tu )...apa pun aku dah cakap ye...
Friday, December 17, 2010
Kelebihan Hari Jumaat....Penghulu Segala Hari
Salam buat semua..
Hari ini aku menceritakan perihal hari jumaat ...mengenai kelebihan hari Jumaat
Sebagai penghulu segala hari..
Nabi Adam a.s. dijadikan Allah
Nabi Adam di masukkan ke dalam Syurga.
Nabi Adam Dikeluarkan dari Syurga
Berlakunya hari kiamat
Allah izinkan ahli syuga mengunjungi syurga
Malaikat menamakan hari jumaat hari Penambahan kerana banyaknya pintu rahmat dibuka
Hari Allah menaburkan kebaikanNya dan melimpahkan rahmatNya
Ada satu masa yang di Mustajabkan Doa pada hari tersebut...
Hari sunat mengerat kuku/ gunting rambut.
Perbanyakkan Selawat Ke atas Nabi Muhamad S.A.W
Thursday, December 16, 2010
Maaf kan aku..aku tak sepantas dulu......sebagai Pelawat Blogger...kamu
salam buat semua..
Penulis buat masa ini rasa terkecewa sedikit..kerana tak sepantas dulu...buat BW..kerana line dari b band aku tak sepanatas dulu .semasa aku register...kat Celcom.. mula mula dulu semuanya indah ..kini teramat slow..dulu dapat bw sehigga 10 blog at satu masa..sekarang nie macam siput je..buka dua pun dah semput...rasa kecewa belum lagi la..sekarang nie aku dah register ngan TM net untuk streemix pula..harap harap ok la..
Aku bukan marah sangat..tapi terkecewa dengan syarikat celcom... bila aku call dia orang suruh tambah ..gb.dulu 3 gb up pi 5 gb pulak ( power dia )...bukan tambah free..kena bayar pulak tu...dah aku bayar RM 45 ...pakai 2 minggu..dok macam tu juga...aku call depa surah tambah bagi jadi 6gb lagi...mana aku tak marah...lepas nie tambah gb.lagi...at last aku terpaksa gi telekom la...huhu.. maklumlah aku dok kat ujung bandar Butterworth...ada tempat line clear punya...rakan blogger semua diharap kamu faham kalau aku x dan balas pasai ni la...tm net dah register 10 hari pun tak mai lagi.... huhuhu sat gi aku nak pi hingaq ( kacau )kat tm net pulak ..kalau macam nie akau terpaksa......berhen.....la
Wednesday, December 15, 2010
Pisang Oh Pisang.......Kau banyak berjasa kepadaku..
ini lah buah pisang Abu..awak nipah(bukan abu luqman.. la..) yang aku ambil
salam buat semua...
Hari ini aku baru berkesempatan buat lawatan blogger ..sebab semalam ada hal yang terindah untuk diuruskan..hehe...minta maaf kalau aku tak dapat menskodeng blog hang- apa
Pada hari ahad lalu aku ke kebun ..semasa sedang menebas dan menaburkan baja di pokok durian dan dokong aku melihat pokok pisang dan terus aku tebang untuk megambil buahnya.. dalam hati serta fiiranku melayang mengimbau kisah lalu semasa aku ..datang ke kebun bersama ayah aku 20 tahun yang lalu... kami sekeluarga besar dengan kebun nie lah..Aku telah didik oleh ayah bagaimana mencari wang dengan menaman pokok pisang dan jual hasilnya..masa tu pisang awak sekilo baru 50 sen je jual ..dan pisang emas/berangan baru 80 je haraga tolak.di kedai buah..sekarag ni tolak je pisang awak RM 1.00 pisang emas/berangan RM 1.50 seklo...tengk saiz la.
Ayah aku menyara kami sekeluarga dengan hasil pisag dan kelapa je...itualah kerja ayah aku setiap hari..malah dengan hasil pisag dan kelapa ni lah dia boleh pergi menunaikan haji ke Mekah...itulah pepatah .jika kita simpan sedikit demi sedikit..lama lama jadi bukit..tapi aku heran orang sekarang ni .semedang je ( senantiasa) dok habaq tak cukup duit...nak pi haj...huhu...ok setakat ni je ari nie..
Monday, December 13, 2010
Malu Nak Habaq...ter Skodeng di Butterworth...
Pemandangan Pelabuhan Butterwrth di malam hari...gambar tak jelas..sebab hujan..tak pro sikit.
kelihatan kereta di tepi jalan tau aje lah ye..apa depa buat kat tepi laut.hehe
Kereta berhenti tepi jalan...bersusun kereta ...hampir setengah KM
Pemandangan Panaorama Malam Dari Butterworth..pada sebelah malam.
Pada malam minggu yang lalu penulis dan keluarga berkesempatan jalan jalan di Bandar Butterworth ..kebetulan pada malam tu , kami singgah makan dekat R & R ...persisiran pantai di tepi highway..banyaklah panorama yang dapat dilihat.. dekat tepi pantai tu .aku naik segan kat anak anak.mereka bukan sekadar berpacaran..tapi berpeluk pelukan...waduh begitu intim sekali..pencegah maksiat bukan tak mai tangkap ..malah tiap tiap malam depa round..malam minggu macam macam aktiviti di adakan. malu nak habaq tapi kena habaq gak.. : bercium biasalah tu.... memancing..aku pi gak.hehe...drft...saban minggu ada..kalau line clear...itulah realiti Butterwoth...tempat aku.huhu..malu la...
Sunday, December 12, 2010
Pemimpin Yang Aku Segani..Hang..pa .@ kamu aku tak tau la..
Presiden Iran rendah diri apabila bersama rakyat..bukan lakonan...betul ni
Presiden Iran Tidur Atas Lantai je..dan solat bila masuk Waktu..tak kira mana jua
Presiden Iran Mahod AhmadiNejad Bersama Rakyat..dimana jua..sempoi je...no red carpet
Tuan Guru Nik Abdul Aziz...Tak Berasa kekok makan bersama..dgn rakyat...tapi aku gi Kelantan baru nie tak dan jumpa tuan guru.huhu
Salam Buat semua ari nie aku memapar kan pemimpin yang aku segani...huhu..hampa aku tak tau la...sempoi bunyinye....ikut suka hati kome/ teman le...hehe..
Saturday, December 11, 2010
Pasangan kekasih dirotan selepas ditangkap bercium
KIKI HANAFILIA dirotan di pekarangan sebuah masjid di Jantho, Aceh semalam.
JANTHO, Indonesia - Sepasang kekasih, Anis Saputra, 24, dan Kiki Hanafilia, 17, dikenakan hukuman rotan lapan kali di sebuah masjid di bandar Jantho, Banda Aceh semalam selepas mereka ditangkap kerana bercium.
"Mereka berdua sudah berkahwin. Ada orang menangkap mereka sedang bercium di kawasan hutan daerah Aceh Besar pada Oktober lalu. Mereka juga baru hendak melakukan hubungan seks ketika ditangkap," kata pendakwa raya, Deby Rinaldi.
Menurutnya, isteri Anis yang hamil tujuh bulan berada di tempat lain ketika kejadian berlaku manakala Kiki sudah berkahwin selama dua tahun.
Aceh yang terletak di bahagian utara pulau Sumatera merupakan salah satu daerah di Indonesia yang mengamalkan hukum syariah Islam.
Pada Oktober lalu, dua orang wanita dirotan di Aceh kerana menjual makanan semasa bulan Ramadan. - AFP
Bolehkah ia dilakukan di negara kita, baru jatuh hukuman pun dah kalut.itulah ragam dunia...ini adalah adalah salah satu hukuman syariah di Indonesia..Allah hu Akhbar. Kita kena berfikiran terbuka..bukan pakaian yang terbuka.huhuhu. Di Kelantan baru cadang je...dah nak boikot cam mana ye..semoga Allah memeberi hidayah kepada mereka yang menentang hukum Islam...Allah hu Akbar..
Friday, December 10, 2010
Bilik rahsia WikiLeaks seperti filem James Bond
BEBERAPA orang bekerja di bilik bawah tanah WikiLeaks di Stockholm, Sweden.
STOCKHOLM, Sweden – Bilik bawah tanah yang menempatkan pelayan-pelayan komputer milik pengasas laman web Wikileaks, Julian Assange (gambar) umpama set filem James Bond, lapor sebuah akhbar semalam.
Bilik itu menempatkan pelayan komputer mengandungi ratusan ribu e-mel dan dokumen rahsia yang menggemparkan seluruh dunia.
Sebelum ini, laman WikiLeaks mendedahkan lebih 250,000 kabel diplomatik melibatkan Amerika Syarikat (AS) yang mengandungi maklumat sulit.
Bilik bawah tanah itu merupakan bekas bilik bawah tanah nuklear sewaktu Perang Dingin.
Ia yang dibuka semula pada tahun 2008 menampilkan rekaan futuristik oleh seorang arkitek Sweden, Albert France-Lanord yang mendapat ilham daripada set filem James Bond ciptaan Sir Kenneth Adams.
Ruang yang luas itu digali di bahagian bawah Taman Vita Berg di Stockholm.
Bilik itu dilengkapi dengan sebuah bilik persidangan, koridor kaca dan perabot-perabot mahal.
Pokok-pokok juga dapat hidup kerana terdapat cahaya matahari selain wujudnya air tejun buatan.
Enjin kapal selam Jerman, U-Boat, digunakan sebagai janakuasa kecemasan.
Assange memilih Sweden kerana undang-undang negara itu melindungi kumpulan yang memperjuangkan kebebasan bersuara.
Di bawah undang-undang Sweden, WikiLeaks dan pihak yang membocorkan maklumat sulit tidak boleh didakwa.
Laman WikLeaks dibiaya menerusi sumbangan orang awam.
Assange kini ditahan di Britain selepas polis menangkapnya dengan menggunakan waran tangkap polis Sweden atas dakwaan merogol dan mencabul dua wanita. – Agensi
PINTU masuk ke bilik bawah tanah laman WikiLeaks di Stockholm, Sweden.
Thursday, December 9, 2010
Bayar atau Ke Mahkamah....Pilihan di tangan anda
Sejak kadar diskaun saman trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) diumumkan pada 1 Disember lalu, Unit Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini tidak menang tangan melayan pengguna yang ingin menjelaskan saman tersebut.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, setiap hari hampir 300 pengguna datang untuk berbuat demikian.
Ekoran itu, katanya, pihaknya berjaya mengutip bayaran saman sebanyak RM1 juta dalam tempoh berkenaan.
“Purata kutipan bayaran saman di Unit Trafik IPD Ipoh adalah RM35,000 sehari.
“Malah ada seorang pesalah saman trafik hadir untuk menjelaskan 50 keping saman sekali gus di sini beberapa hari lalu,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas meninjau perjalanan pembayaran saman trafik oleh orang ramai di Unit Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini semalam.
Azisman berkata, beliau percaya kesesakan unit trafik itu berkaitan dengan pengumuman tawaran kadar diskaun sehingga 50 peratus ke atas saman trafik PDRM baru-baru ini.
Mengikut laporan dari PDRM dari tahun 2000 hingga 2009 terdapat kira kira hampir 2 billon lebih yang belum bayar saman polis..la nie berkemungkinan telah berkurangan di sebabkan , kempen , penerangan serta diskaun yang telah diberikan oleh pihak PDRM..kepada sesiapa yang belum bayar eloklah bayar ye...sebelum anda di bawa ke mahkamah...huhu...anda boleh cek dalam laman web polis selamat mencuba...
Wednesday, December 8, 2010
Perlukah Pendidikan Seks di sekolah ?
Keputusan mengajar pendidikan seks secara berasingan dan tidak menumpang mata pelajaran lain mulai tahun depan mampu mendedahkan para pelajar mengenai ilmu dalam bidang itu dengan cara yang lebih sistematik.
Ketua Kluster Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan Majlis Profesor Negara, Prof. Dr. Zakaria Kasa berkata, keputusan mengasingkan pendidikan seks merupakan satu tindakan tepat dan sesuai dengan masa sekarang.
“Biasanya bila sebut pasal seks, pelajar-pelajar sentiasa terbayangkan perkara-perkara yang menghairahkan kerana sumber mereka lebih kepada Internet atau majalah.
“Sedangkan isunya lebih meluas terutama dalam menguruskan aspek keselamatan, kebersihan dan konflik bila berhadapan dengan masalah seks,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Jadi tegas beliau, sudah tiba masanya masyarakat di negara ini didedahkan dengan corak pembelajaran tersebut bagi mengurangkan masalah sosial dalam masyarakat seperti seks rambang, jangkitan HIV dan aids.
Apa yang ditakuti , dan kebarangkalian terjadi ialah , pelajar pelajar ingin mencuba, sedangkan belum diajar..mereka telah mencubanya...bagi penulis yang penting ialah didikan agama yang diterapkan oleh kedua ibu bapa. Kalau di sekolah guru agama pun telah mendidik tentang cara mandi wajib dan mengenai kedatangan darah haid...
Tuesday, December 7, 2010
Selamat Menyambut Ma'al Hijrah 1432...
Salam Ma'al Hijrah Untuk Semua Rakan Blogger..
Semoga Tahun baru Hijrah 1432 nie...minda kita berubah kepada pembaharuan serta memperbanyakan mengingati Allah dan mensyukuri nikmat yang telah di berikanNya kepada kita..Kalau yang belum berhijrah tu..mulakan dari saat ini sebelum ajal tiba....
Sempena sambutan Ma'al hijrah 1432...Abu Luqman dan sekeluarga memohon ampun dan maaf di atas segala kesilapan sekiranya terkasar bahasa dalam penulisan saya dalam blog ini...kita mulakan lembaran baru..dan buku baru ..dalam menempuh kehidupan kita seharian..
Monday, December 6, 2010
Hendak Puaskan Nafsu, Isteri Jadi Magsa..Huhuhu
3,206 isteri hidap HIV
KOTA BHARU - Sikap segelintir suami yang kerap 'makan luar' dengan pelacur di negara jiran dikenal pasti menjadi punca ramai suri rumah di Kelantan dijangkiti penyakit HIV/AIDS berbanding wanita di negeri lain.
Presiden Majlis AIDS Se-Malaysia (MAC), Datuk Mohd. Zaman Khan (gambar kecil) yang mendedahkan perkara itu berkata, gaya hidup bebas golongan lelaki terutama yang telah berkahwin menjadi faktor utama isteri dan wanita secara tidak langsung terdedah kepada jangkitan virus berkenaan.
"Ramai wanita yang menghidap HIV/AIDS mendapat (penyakit itu) daripada suami mereka, sesetengah orang (lelaki) pergi pada pelacur dan mereka terdedah (kepada jangkitan HIV/AIDS).
"Misalnya orang lelaki selalu pergi ke Sungai Golok, selepas melakukan 'lawatan' ke sana, mereka kembali pada isteri mereka yang kemudian telah menyebabkan wanita atau isteri mereka menerima akibatnya dengan dijangkiti virus berkenaan," katanya pada majlis sambutan Hari AIDS Sedunia 2010 peringkat kebangsaan di sini semalam.
Nota : Itulah kerana nak berseronok ,pi ke Hadyai dan golok ..anak isteri jadi mangsa...semoga tahu hijrah yang baru ni berubah lah..wahai suami yang nakal....kalau kuat sangat nafsu tu , kahwin dua...kalau dua dua merajuk ana kahwin tiga..hehehe..
Sunday, December 5, 2010
Terima Kasih Kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang...Bagi Diut RM 800 ...bestkan..
Kakitangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dapat durian runtuh
Kerajaan Baru Negeri Pulau Pinang memberi Bantuan Khas Kewangan kedua tahun ini sebanyak RM800 kepada semua anggota perkhidmatan awam di negeri ini.
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata keputusan itu dibuat sebagai tanda keprihatinan dan penghargaan kerajaan negeri terhadap sumbangan anggota perkhidmatan awam negeri selepas sumbangan RM500 sebagai duit raya awal September lalu.
“Penghargaan ini adalah satu pengiktirafan kerajaan negeri kepada anggota perkhidmatan awam negeri yang memberi komitmen penuh dalam menjayakan agenda kerajaan,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perhimpunan Ketua Menteri Bersama Anggota Perkhidmatan Awam di Dewan Tunku, Komplek Tun Abdul Razak di sini hari ini.
Lim berkata bantuan khas ini diberi kepada semua Pegawai Perkhidmatan Awam dalam Pentadbiran Negeri Pulau Pinang termasuk Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku Jawatan Utama dan Gred Khas.
“Sekiranya kita mengambil kira semua termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Badan Berkanun Negeri (BBN) dan agensi negeri, ia melibatkan 7,812 anggota dengan RM6.25 juta,” katanya.
Wang itu didebitkan ke dalam akaun anggota perkhidmatan awam berkenaan semalam.
Nota : Terima kasih kepada kerajaan Negeri Pulau Pinang yang perihatin kepada rakyatnya ye…..kalau nak tahu 70 % kakitangan kerajaan negeri Pulau Pinang adalah orang Melayu…..huhu…………mau tau…… jangan ada yang ak cerdik pulak ...kata duit judi.hehehe...
Saturday, December 4, 2010
Merenung Masa Depan Anak Cucu
salam buat semua....
Sebagai Orang kampung hari ini aku ingin menulis mengenai prihal cerita orang kampug..
Bangun pagi selepas solat subuh pakcik pakcik kita akan pergi minum kopi kat warung kedai sambil bercerita..
Hah tu dia...minyak dah naik lagi...minyak ron 95 naik 5 duit..gula pula naik 2 kupang ( 20 puluh sen) lepas ni apa pulak nak naik lepas nie..huhu...kita kat kampung ni .dari dulu sampai la nie dok macam ni la...pencen pun tak naik... dengaq kata Petronas untung 80 bilion ..aku pun tak tau kira . tak kan tak huluq sikit kut.yang turun hujan je huhu..........
Anak cucu kita ke sekolah tak nak seriggit dah ..depa mau RM 2.00... budak sekolah menengah RM 5.00.. budak kat u.kena pinjam duit pulak...apa la nak jadi masa depan nu... depa buat projek gile gile ...ber bilion bunyinya..takut dengaq....orang kampung macam tu la...huhu ....depa tak mau belajar macam saidina Omar in Abdul Aziz..duduk rumah kampung je....
Friday, December 3, 2010
Kos RM 350,000 sehari..Belanja Banduan Asing...sampai bila
salam buat semua..
Maaf hari ini terlewat buat n3 sebab ada tugasan di Alor Setar.dan baru balik ke Butterworth...cerita hari ini mudah je.. Kita rakyat Malaysia melalui cukai yang dibayar, telah membelanjakan sebanyak RM 350 ribu sehari untuk 10,000 orang banduan dari negara asing yang telah melakukan jenayah dalam negara kita..
Infonya..
10,000 orang banduan
5,530 rakyat Indonesia
bakinya rakyat asing yang lain...
belanja sehari RM 35 x 10,000 = RM 350,000 sehari
RM 350,000 x 30 hari = Rm 10.5 juta untuk sebulan
Rm 10.5 juta x 12 bulan = bermakna kita belanja sebanyak RM 126 juta setahun..
Kerajaan membelanjakan Rm 35 sehari termasuk kos, makanan , pakaian,peralatan, kesihatan, emolumen kakitangan dan program pemulihan....menurut jabatan Peguam Negara..kerajaan akan meneliti perkara ini dan akan berusaha menghantar mereka balik ke negara asal mereka untuk menjalani hukuman di sana ye...huhu
Itulah serba sedikit info hari ini..kita kena tahu ye...apa yang terjadi dalam negara...bukan sekadar up trafic je...auto trafic la..seo la dan macam macam macam lagi...yang penting sebagai blogger kita mahukan satu info yang membina...ye...jadikan diri anda sebagai blogger terunggul...perlahan perlahan ye...
Thursday, December 2, 2010
Jadi bilioanir jual laman web
LONDON - Seorang usahawan Internet, Andrew Mason, 29, bakal mengikuti jejak langkah pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg, 26, dengan menjadi bilionair apabila dia bersetuju untuk menjual laman web beliau kepada enjin carian Internet, Google, lapor sebuah akhbar semalam.
Mason dikatakan bersetuju untuk menjual laman web bernama Groupon itu kepada Google dengan harga £4.1 billion (RM20.2 billion).
Beliau sebelum ini turut dilaporkan menolak tawaran daripada sebuah lagi enjin carian Internet, Yahoo kerana ia hanya menawarkan sebanyak £1.3 billion (RM6.4 billion) untuk membeli laman web terbabit.
Laman web yang telah dibina sejak dua tahun lalu itu telah menawarkan sebanyak 1,000 peluang pekerjaan di tempat kelahiran Mason iaitu Chicago, Amerika Syarikat selain digunakan oleh 2.5 juta pengguna di Britain.
Bagaimanapun kerana kelebihan yang ditawarkan seperti diskaun pembelian tiket wayang dan pelbagai barangan lain melalui Internet sehingga 90 peratus, jumlah pelayar kini semakin bertambah sebanyak 10 peratus setiap minggu.
Bagaimanapun, ia masih tidak boleh menyaingi Facebook kerana laman sosial itu kini bernilai £32 billion (RM158.1 bilion). - Agensi
Nota : harap harap blog kita ..laku ..3 -4 tahun akan datang ye...hehehe.......
Wednesday, December 1, 2010
Gempar..11 undi selamatkan menteri daripada potongan gaji
Gempar ..ye..Kredibiliti Datuk Seri Peter Chin Fah Kui sebagai Menteri Tenaga, Teknologi Hijau and Air hampir 'tercalar' hari ini jika tidak kerana majoriti 11 undi yang menentang usul potong gaji menteri berkenaan sebanyak RM10 di Dewan Rakyat.
Usul yang dikemukakan Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) itu menyaksikan 58 ahli parlimen mengundi untuk tidak menyokong usul tersebut berbanding 47 anggota yang bersetuju supaya RM10 dipotong daripada gaji menteri berkenaan.
Selain Chin (kanan), hanya tiga menteri kabinet termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dilihat berada di dalam dewan dan layak untuk mengundi.
Pengundian usul itu yang sepatutnya hanya dilaksanakan melalui undian suara 'terpaksa' menukar rentak apabila kebanyakan anggota Parlimen pembangkang tidak puas hati apabila ramai yang tidak berpeluang berucap selain tidak berpuas hati dengan penggulungan usul oleh Chin.
Kekecohan itu menyebabkan Timbalan Yang di-Pertua Datuk Ronald Kiandee bersetuju undian belah bahagian dilakukan setelah berpuas hati terdapat lebih daripada 15 anggota dewan yang bersetuju dengan cadangan itu.
Tempoh pengundian kira-kira 10 minit diisi dengan pelbagai ragam anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang yang saling 'berperang mulut', malah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon yang juga berada di dalam dewan turut menerima sindiran daripada pembangkang apabila diingatkan bahawa beliau tidak layak untuk mengundi.
Hehehe..sepatutnya di cadangkan potong gaji sebanyak RM 1000 bukan Rm 10. rm 10 tak ada ape lah.. tuntutan elaun melawat kawasan pun Rm 3000..agak agak je..huhu..Gempar gempar...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
Aksi kanak-kanak tersebut ketika mengendalikan jentera berat. PETALING JAYA – Aksi seorang kanak-kanak mengendalikan sebuah jentera berat ...
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Gambar hiasan. PETALING JAYA – Seorang pegawai kanan polis yang disyaki bersekedudukan dengan seorang wanita ditahan Jabatan Integriti dan...
-
Tabik! Anggota tentera kutip Jalur Gemilang di tepi jalan undang sebak, “Terima kasih pahlawan” Foto yang menjadi tular di laman sosial. ...
-
Paparan gambar menunjukkan suspek (berbaju putih) mencederakan pengguna jalan raya lain dalam insiden pergaduhan yang berlaku di Jalan Air...
-
Ketiga-tiga lelaki tersebut bergaduh di hadapan gerai durian. – Stomp SINGAPURA – Seorang lelaki melempar durian ke arah seorang peniaga ...
-
Dr Mahathir (tengah) mengunjungi Bazar Ramadan Kampung Baru untuk membeli juadah berbuka puasa, Khamis. KUALA LUMPUR...