Nuffnang

Showing posts with label Kes Mahkamah. Show all posts
Showing posts with label Kes Mahkamah. Show all posts

Friday, September 21, 2012

Berita Panas [hot] Terkantooi : Presiden PAS saman Mashitah sebab Fitnah..jom baca ye



KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini menyaman Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berhubung tulisannya yang mengandungi unsur fitnah.

Sunday, September 2, 2012

Datuk gersang dicekup bersama janda Gedik


Pegawai Pencegah Maksiat..Memeriksa bilik Hotel

PETALING JAYA – Seorang lelaki berusia 54 tahun dan pasangannya berusia 41 tahun antara lapan pasangan yang ditahan dalam Ops Cegah Maksiat, Biro Amal Maaruf Nahi Mungkar Masjid Al-Muhtadin di sebuah hotel bajet di Damansara Damai, awal pagi semalam.

Thursday, August 30, 2012

Terkini : Habis duit utusan !!! Nizar Menang Kes saman ke atas Utusan Perihal WWW 1


Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Utusan Melayu (M) Bhd membayar gantirugi kepada bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin atas saman yang difailkan ke atas penerbit akhbar tersebut pada Julai lalu.

Peguamnya Mohd Zamri Ibrahim berkata, keputusan interlocutori hari ini memerintahkan demikian memandangkan Utusan tidak diwakili peguam untuk pendengaran kes tersebut.

Sehubungan itu, pendaftar mahkamah Mazuliana Abdul Rashid memerintahkan Mohammad Nizar memfailkan taksiran bagi ganti rugi berkenaan untuk tuntutan daripada Utusan, katanya.

Wednesday, August 1, 2012

Berita Terhot !!! Datuk dituduh tipu Datuk Seri..Perihal beri buruk je..


KOSMO 

PETALING JAYA - Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan menipu seorang lagi ahli perniagaan membabitkan cek bernilai RM2.5 juta tahun lepas.
Datuk Syed Ahamed Malik Syed Hamid (gambar), 59, didakwa memperdayakan Datuk Seri Lee Wan Beng, 62, dengan menyamar sebagai wakil jualan barangan kepunyaan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sehingga mendorong mangsa menyerahkan dua keping cek masing-masing RM500,000 dan RM2 juta.
Tertuduh yang menjalankan perniagaan barangan lusuh dan produk halal dipercayai menyamar sebagai wakil syarikat Minat Jasa Sdn. Bhd. yang menawarkan kontrak penjualan barang-barang lusuh dan berjadual kononnya kepunyaan KTMB di Bengkel Sentul serta tiga depoh lain di Pelabuhan Klang, Selangor; KL Sentral, Kuala Lumpur dan Falim, Perak.
Kontrak yang mengambil tempoh selama dua tahun itu bagaimanapun sebenarnya tidak wujud. Kosmo

Terkini Mahkamah : Penahanan Zunar dibuat secara sah..Tapi Hasil karya seninya harus dipulangkan

Zunar 

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa penangkapan dan penahanan kartunis politik Zunar pada 2001 dibuat mengikut undang-undang, namun rampasan ke atas buku dan karya seninya itu tidak sepatutnya dijalankan.

Oleh yang demikian, Hakim Vazeer Alam Mydin Meera mengarahkan supaya karya kartunis itu dipulangkan semula.

Tuesday, June 12, 2012

Panas!! Panas!! Isu Bapa kafir: Rahim Noor, NST disaman RM10 juta



Bapa kafir: Rahim Noor, NST disaman RM10 juta


KOTA BHARU: Gara-gara mengeluarkan kenyataan menuduh Menteri Besar Kelantan sebagai bapa kafir, kini bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor berdepan dengan tuntutan saman sebanyak RM10 juta.

Saman tersebut difailkan melalui Tetuan Hisham Fauzi & Associates pada 31 Mei lalu di Mahkamah Tinggi Kota Bharu. Dan sebutannya akan diadakan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kota Bharu 15 Julai depan.
Saman tersebut difailkan Nik Aziz melalui Tetuan Hisham Fauzi & Associates pada 31 Mei lalu dan akan diserahkan kepada semua defendan terbabit dalam masa terdekat ini.

Selain Rahim, enam lagi defendan yang dinamakan ialah NST, ketua editornya, Abdul Jalil Hamid dan wartawannya iaitu Rahmah Ghazali, Lim Poh Lean, Nik Amran Abdullah dan pengarang NST Syed Nadzri Syed Harun.

Saman itu dibuat ekoran kegagalan kedua dua pihak memohon maaf dan menarik balik tuduhan terhadapnya sebagai “bapa kafir” dalam tempoh yang diberikan.

"Defendan-defendan secara bersama/berasingan telah bertanggungjawab menulis dan menyebabkan tersiarnya sebuah artikel di muka surat 6 di dalam akhbar New Straits Times, yang bertajuk 'NIK AZIZ IS FATHER OF KAFIR’ yang diterbitkan pada hari Selasa 08 Mei 2012, yang mana artikel tersebut secara jelas menyebut secara langsung berita yang tidak benar dan tidak berasas yang dikaitkan dengan Plaintif," tulis writ saman tersebut.

Rahim dalam kenyataannya melalui akhbar New Straits Times pada 8 Mei lalu menyebut “Nik Aziz is father of kafir”.

Ekoran itu Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia PAS Kelantan memberi tempoh 24 jam kepada Rahim bagi menarik balik kenyataannya dan memohon maaf secara terbuka.

Bagaimanapun bekas ketua polis yang kontroversi itu gagal menarik balik kenyataan tersebut. Keengganan Rahim menyebabkan pelbagai pihak tampil membuat laporan polis dan demontrasi membantah kenyataannya.

Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat akan diwakili pasukan peguam diketuai Hanipa Maidin dengan dibantu Hisham Fauzi, Aminudin Zulkepli, Hatman Abdullah, Abdul Rasyid Yah dan Hilmi Abdullah.

Saman juga dikemukakan terhadap enam lagi pihak iaitu tiga wartawan NST yang terbabit menulis berita berkenaan, Pengarang Urusan Kumpulan NST, penyunting kumpulan NST dan syarikat NST.

Menteri Besar dalam pernyataan tuntutan mahu defendan-defendan menarik balik berita fitnah yang disiarkan NST pada 8 Mei lalu.

Selain itu permohonan maaf secara terbuka kepada plaintif dengan mengiklankan permohonan maaf tersebut semuka penuh dalam akhbar Utusan Malaysia atau Berita Harian.

Turut dituntut ganti rugi teladan, ganti rugi melampau dan ganti rugi punitif.

Injunksi juga dikemukakan bagi menghalang defendan-defendan memberi komen, mengulangi atau menyebabkan penerbitan kenyataan-kenyataan yang berunsur fitnah terhadap plaintif.

Dalam afidavitnya Menteri Besar berkata, tulisan tersebut bermaksud menuduh dan memfitnahnya sebagai “bapa kafir” menggunakan agama untuk mengelirukan umat Islam.

Tulisan tersebut juga disifatkan memberikan gambaran yang buruk terhadap plaintif. harakahdaily

Monday, June 11, 2012

Terkini : Terhot Now : Mahkamah tolak saman Umno P Pinang terhadap LGE


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman fitnah RM30 juta yang difailkan oleh Pengerusi Umno negeri itu, Datuk Zainal Abidin Osman terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan tiga yang lain. Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah membuat keputusan itu dalam kamar pagi ini.

Peguam Jardeep Singh, yang mewakili Lim, memberitahu pemberita bahawa hakim bersetuju dengan bantahan awal yang difailkan oleh peguam utama Karpal Singh, yang berhujah bahawa Zainal (kiri) tidak mempunyai locus standi untuk berbuat demikian.

Dalam berhujah Karpal Singh berkata Zainal Abidin tidak mempunyai locus standi (kepentingan mencukupi) untuk memulakan saman terhadap defendan dan perbicaraan harus dihentikan kerana sepatutnya pegawai awam atau ahli, didaftarkan sebagai pihak yang boleh menyaman dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Zainal Abidin memfail saman itu pada 24 Oktober 2011, dengan menamakan Lim yang juga Setiausaha DAP, PKR selaku pemilik laman berita elektronik Keadilan Daily, dan akhbar Suara Keadilan, Segmen Fleksibel Sdn Bhd yang merupakan syarikat penerbitan Keadilan Daily dan Suara Keadilan, serta ketua penyuntingnya, Fazallah Pit sebagai defendan. Mereka didakwa mengaitkan Umno dengan itu demonstrasi di Komtar dan pada Jambatan Pulau Pinang, serta cubaan membakar ibu pejabat negeri DAP tahun lepas.

Wednesday, May 30, 2012

Berita Sikit Hot..!!! Anak Datuk Zaid Ibrahim Ditahan JAIS ?..Jom Usha


SHAH ALAM - Anak bekas pemimpin politik kontroversi, Datuk Zaid Ibrahim ditahan semalam kerana terlibat menerbitkan buku berjudul Allah, Kebebasan dan Cinta tulisan penulis kontroversi, Irshad Manji .

Ezra Zaid yang merupakan pengarah syarikat ZI Publications ditahan dalam satu operasi yang dijalankan oleh 20 pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Sebanyak 180 naskhah buku tersebut dirampas dalam operasi ke atas pejabat syarikat penerbitan tersebut yang terletak di Petaling Jaya, Selangor. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung