Nuffnang
Tuesday, June 12, 2012
Panas!! Panas!! Isu Bapa kafir: Rahim Noor, NST disaman RM10 juta
Bapa kafir: Rahim Noor, NST disaman RM10 juta
KOTA BHARU: Gara-gara mengeluarkan kenyataan menuduh Menteri Besar Kelantan sebagai bapa kafir, kini bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor berdepan dengan tuntutan saman sebanyak RM10 juta.
Saman tersebut difailkan melalui Tetuan Hisham Fauzi & Associates pada 31 Mei lalu di Mahkamah Tinggi Kota Bharu. Dan sebutannya akan diadakan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kota Bharu 15 Julai depan.
Saman tersebut difailkan Nik Aziz melalui Tetuan Hisham Fauzi & Associates pada 31 Mei lalu dan akan diserahkan kepada semua defendan terbabit dalam masa terdekat ini.
Selain Rahim, enam lagi defendan yang dinamakan ialah NST, ketua editornya, Abdul Jalil Hamid dan wartawannya iaitu Rahmah Ghazali, Lim Poh Lean, Nik Amran Abdullah dan pengarang NST Syed Nadzri Syed Harun.
Saman itu dibuat ekoran kegagalan kedua dua pihak memohon maaf dan menarik balik tuduhan terhadapnya sebagai “bapa kafir” dalam tempoh yang diberikan.
"Defendan-defendan secara bersama/berasingan telah bertanggungjawab menulis dan menyebabkan tersiarnya sebuah artikel di muka surat 6 di dalam akhbar New Straits Times, yang bertajuk 'NIK AZIZ IS FATHER OF KAFIR’ yang diterbitkan pada hari Selasa 08 Mei 2012, yang mana artikel tersebut secara jelas menyebut secara langsung berita yang tidak benar dan tidak berasas yang dikaitkan dengan Plaintif," tulis writ saman tersebut.
Rahim dalam kenyataannya melalui akhbar New Straits Times pada 8 Mei lalu menyebut “Nik Aziz is father of kafir”.
Ekoran itu Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia PAS Kelantan memberi tempoh 24 jam kepada Rahim bagi menarik balik kenyataannya dan memohon maaf secara terbuka.
Bagaimanapun bekas ketua polis yang kontroversi itu gagal menarik balik kenyataan tersebut. Keengganan Rahim menyebabkan pelbagai pihak tampil membuat laporan polis dan demontrasi membantah kenyataannya.
Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat akan diwakili pasukan peguam diketuai Hanipa Maidin dengan dibantu Hisham Fauzi, Aminudin Zulkepli, Hatman Abdullah, Abdul Rasyid Yah dan Hilmi Abdullah.
Saman juga dikemukakan terhadap enam lagi pihak iaitu tiga wartawan NST yang terbabit menulis berita berkenaan, Pengarang Urusan Kumpulan NST, penyunting kumpulan NST dan syarikat NST.
Menteri Besar dalam pernyataan tuntutan mahu defendan-defendan menarik balik berita fitnah yang disiarkan NST pada 8 Mei lalu.
Selain itu permohonan maaf secara terbuka kepada plaintif dengan mengiklankan permohonan maaf tersebut semuka penuh dalam akhbar Utusan Malaysia atau Berita Harian.
Turut dituntut ganti rugi teladan, ganti rugi melampau dan ganti rugi punitif.
Injunksi juga dikemukakan bagi menghalang defendan-defendan memberi komen, mengulangi atau menyebabkan penerbitan kenyataan-kenyataan yang berunsur fitnah terhadap plaintif.
Dalam afidavitnya Menteri Besar berkata, tulisan tersebut bermaksud menuduh dan memfitnahnya sebagai “bapa kafir” menggunakan agama untuk mengelirukan umat Islam.
Tulisan tersebut juga disifatkan memberikan gambaran yang buruk terhadap plaintif. harakahdaily
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
SEBUAH bot dihantar untuk menyelamatkan isteri pelancong dari Arab Saudi. - Foto The Pattaya News BANGKOK – Seorang pelancong dari Arab Sa...
-
Tabik! Anggota tentera kutip Jalur Gemilang di tepi jalan undang sebak, “Terima kasih pahlawan” Foto yang menjadi tular di laman sosial. ...
-
Cbr1000 putus dua langgar kete pusingan U d hadapan petronas Kulim hitech.Kulim Kedah..alhamdulillah rider cuma pat...
-
(Kanan) Keadaan motorsikal dinaiki mangsa yang maut dalam kemalangan di Kilometer 95 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan. FOTO IHSAN Poli...
-
ANGGOTA bomba menguruskan mayat Gindek yang itu maut disambar buaya di Asajaya. FOTO Ihsan JBPM Kuching: Buaya mengganas lagi dengan terba...
-
Jika niat d hati berjuang kerana Allah swt...mati shahid kerana mempertahankan tanah air tetapi jika kerana mu 1M.....jahanam....Mudah2a...
9 comments:
10 juta? fuhhh
fuhh banyak tu
dapat duit 10juta,boleh guna buat lebuhraya kat kelantan.
betui tu bro..minta berjaya dapat ye
salah teknik cara yg digunakan bekas KPN ni.
ada lagi perlu disaman, cari kat youtube, ada Dr kat depan, katanya dokto mata. suka-suka hati kata iblis, syaitan. apa hak kita nak kata orang lain macam tu. kita tu hebat sangat ke? kalau tak betul, doakanlah kebaikan atau doakan agar dapat hidayah atau sebagainya. pening kepalo oden.
kita kenal dr tu..tunggu ajal tiba je
manusia lemah bila diminta meminta maaf..sedangkan itulah perkara baik yang dituntut dalam Islam..
10 juta? fuhhh
Post a Comment