Nuffnang
Monday, July 19, 2010
Tokyo, Bandaraya Termahal Di Dunia
Kos sara hidup tertinggi di dunia
Mengikut cerita Mohd Hafiz Bin Abdul Kadir , seorang rakyat Malaysia yang bekerja dan tinggal di Tokyo, menyatakan bahawa Kos untuk menyewa sebuah apartmen adalah sebanyak RM 3000 sebulan. Kos gaji yang diterimanya sebulan , tidak mampu untuk membayar sewa apartmen, jawabnya kena kongsilah dengan kawan kawan.
Menurut ECA International dan Business Week, bandaraya termahal untuk diduduki ialah Tokyo, Jepun. Pertama kali diumumkan ialah pada tahun 2005.
Ketinggian nilai hidup di Tokyo dapat dilihat melalui kos sara hidup asanya seperti
Makan Tengah hari AS$ 18.00 ( RM 57.70 ) seorang
Sekilogram beras beharga AS$8.47 ( RM27.15 ) sekilo kalau 10 Kg RM 275.25 perghh
Sedozen telur beharga AS$ 3.37 ( RM 12.1)
Tiket Wayang AS$6.72 (Rm 41.70)
Makan Tengah hari di Restoran AS$ 33.00 ( RM 105.80)
Secawan Kopi RM 15.00
Sebiji Manggis beharga RM 6.00
Menyewa sekeping DVD berharga AS$ 8.00 ( RM25.60 )
Seluar Jean berharga AS$150.00 ( RM 480.80 ) tak pakai lah minah dan mat kita..
Ketika tinggal disana ramai pelajar dan pekerja dari negara luar memilih untuk memasak sendiri setiap hari, bagi meneruskan kehidupan di kota Tokyo..Tetapi pendapatan penduduk di Tokyo pun agak tinggi , sehubungan itu walaupun kos sara hidup tinggi, mereka masih mampu untuk menampung perbelanjaan seharian.
Berbeza kita dikampung..telur ayam diambil dalam reban ,dibasuh pulak tuuu... pucuk paku , pucuk ubi kat belakang rumah je, beras sekilo baru RM 2.40 je yang murah RM 1.60 ,,memadailah sekadar hidup di kampung..apakan daya sahabat kita kena belajar dan bekerja kat sana kan..mereka harus meneruskan kelangsungan kehidupan ini dengan penuh berhemah, demi untuk mencapai cita cita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
Aksi kanak-kanak tersebut ketika mengendalikan jentera berat. PETALING JAYA – Aksi seorang kanak-kanak mengendalikan sebuah jentera berat ...
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Gambar hiasan. PETALING JAYA – Seorang pegawai kanan polis yang disyaki bersekedudukan dengan seorang wanita ditahan Jabatan Integriti dan...
-
Tabik! Anggota tentera kutip Jalur Gemilang di tepi jalan undang sebak, “Terima kasih pahlawan” Foto yang menjadi tular di laman sosial. ...
-
Paparan gambar menunjukkan suspek (berbaju putih) mencederakan pengguna jalan raya lain dalam insiden pergaduhan yang berlaku di Jalan Air...
-
Ketiga-tiga lelaki tersebut bergaduh di hadapan gerai durian. – Stomp SINGAPURA – Seorang lelaki melempar durian ke arah seorang peniaga ...
-
Dr Mahathir (tengah) mengunjungi Bazar Ramadan Kampung Baru untuk membeli juadah berbuka puasa, Khamis. KUALA LUMPUR...
26 comments:
hujan emas negeri orang, hujan batu negeri sendiri...adakah kamu berfikir
ish ish..boleh bankrap duk kt cne..
dari kecik2 dulu nak pergi jepun.
terfikir gak nak duduk sana.
aish.tiket wayang pun rm41.70?
adeh2!
pohon share di fb ya..
mahal woooooooooooooooo
hikhikhik tp best kn cara hidup diaorg byk naik public transport... jln kaki laju2 suka =))
Nasih Muslim//tk kisah ..ambil le
makaceh semua ye
mahalnyer....korea pun xmahal cmtu.jom dtg korea..
entri ni buat saya teringat kt anak pulak..dia dok jepun skrg ni..memang kos sara hidup sgt tinggi..hrg sepucuk sate msia rm3.70 (100yen) mahal giler..hari2 kena lah masak sbb kalau nk beli susah nk dpt yg halal..
wah!! awat mahal sangat...nasib baik la ayah sy asal indonesi je.. bukan jepun.. hehe
Mati laa..klu sy mnetap kat sana...
mak aiii.. mahal gila
musnah kejap cita-cita nak travel gi sana
prefer study dlm negara..hehe
To ALl
Sweet sal,MIs XWZ ,AMira ,Amri
AMster,Fara ice, oren limau,
roti kacang..terima kasih ye..
3 tahun lalu kawan dari sony ke sana bawa maggi bertong tong nak makan ye
jgn beza dgn sini.. pendptan berbaloi di sana..
sy suke tokyo sebab nmpk cam negara dorang bersih jer:)selalu tgk dalam citer jerla
taklama lagi msia mgkin jd mcm tu gak..
Haha..
Kalo sy tinggal kt sn mmg x dpt la..
Thanx 4 sharing the info..
mak aiii kemain mahal harga telor..
Jepun memang terkenal dengan kepesatan teknologi yang canggih2. Lagi canggih, lagi tinggilah kos.
wah... ni baru betul2 tinggi kos hidupnya.... so... bersyukurlah kita yang berada di bumi MALAYSIA.....
to all
tanks for sharing...keep it up
Gaji besar belanja besar. Gaji kecik belanja kecik. campur tolak campur tolak sama je. lain la kalau kerja kat tokyo tp hidup di malaysia. Baru boleh mewah
begitulah hakikat negara maju!
bsyukur duk kat malaysia...
try bro tgk Life hidup Korea... rasa lagi tinggi kat sana berbanding Jepun.. betulkan saya kalau saya silap erk..
Makaceh semua
Norashikin : Itulah dok kat bandar maju
Uruchikuma : Betul jgn bawa perut kat depan dah la
rosyzati : terima kasih
Ataich : akan ku cari maklumatnya
Post a Comment