Nuffnang

Monday, May 31, 2021

Ha Tudia, Noor Kartini mohon maaf kepada Sultan Johor

 

Noor Kartini mohon maaf kepada Sultan Johor, Tunku Idris pula berkongsi tentang adab

Datin Noorkartini buat laporan polis di Balai Polis TTDI pada petang Ahad.

KELUARGA Neelofa terus menerus menjadi bualan netizen gara-gara perkongsian ibu selebriti itu iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed di Instagram yang dilihat mempertikaikan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Bagaimanapun perkongsian di Instastory Noor Kartini dengan imej Sultan Ibrahim berhubung titah berkaitan isu cadangan sekatan penuh bersasar bagi menangani penularan Covid-19 segera dipadam dalam masa beberapa minit.

Namun menerusi tangkap layar (screenshot) yang disebarkan semula di media sosial, dapat dilihat kata-kata yang mempertikaikan saranan Sultan Ibrahim.

Muat naik berkenaan mencetuskan tanda tanya ramai termasuk Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim yang turut berkongsi tangkap layar daripada Instagram Noor Kartini itu.

Susulan itu Noor Kartini tampil dengan kenyataan penafian berhubung kontroversi berkenaan.

Laporan polis dibuat Noorkartini.

"Berhubung tangkap layar daripada media sosial di Instastory saya yang tersebar berkenaan sistem Raja Berpelembagaan di Malaysia, saya ingin jelaskan perkara tersebut berlaku di atas kecuaian salah seorang pekerja saya yang mempunyai akses kepada Instagram saya.

"Individu tersebut merupakan pengurus media sosial di Noor Khan International Sdn Bhd secara tidak sengaja telah memuat naik Instastory tanpa sedar menggunakan akaun saya (@noorkartini).


"Saya telah membuat laporan polis di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail berhubung perkara ini dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya," katanya pada Ahad.

Insta Story yang dimuat naik Tunku Idris namun sudah dipadamkan.

Malah Noor Kartini turut memohon maaf kepada Sultan Johor di atas kecuaian yang dilakukan pekerjanya itu.

"Kepada Istana Johor terutamanya DYMM Tuanku Sultan Johor dan seluruh ahli keluarga diraja, patik merafak sembah memohon maaf di atas kecuaian yang terjadi," katanya.

"Individu tersebut merupakan pengurus media sosial di Noor Khan International Sdn Bhd secara tidak sengaja telah memuat naik Instastory tanpa sedar menggunakan akaun saya (@noorkartini).

DATIN NOORKARTINI NOOR MOHAMED

USAHAWAN

Dalam pada itu Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim ada berkongsi sepotong ayat daripada Saidina Ali Abi Talib yang menyentuh mengenai adab.

Perbualan Noorkartini dengan pekerja yang menyalahgunakan akaun Instagramnya.

"Sesungguhnya adab itu tidak akan boleh didapati dengan jual beli akan tetapi ia adalah suatu yang terbit dalam hati setiap insan yang dididik dengan baik.

"Bukanlah fakir itu orang yang tiada emas atau pun harta tetapi fakir itu orang yang tiada adab juga akhlaknya," demikian berdasarkan perkongsian berkenaan.

kredit Mstar


Sunday, May 30, 2021

wow !! Peniaga terkejut ramai mesej tanya nasi kerabu, rupa-rupanya diri dah viral sebab tak kedekut -

 

Peniaga terkejut ramai mesej tanya nasi kerabu, rupa-rupanya diri dah viral sebab tak kedekut - “Kalau boleh nak jumpa depan-depan”

Bainun terkejut apabila gerai miliknya tiba-tiba menjadi perhatian ramai sejak Jumaat.

DALAM kerisauan mengharungi kehidupan 'total lockdown' pada 1 Jun ini, seorang peniaga menerima rezeki yang tidak disangka-sangka.

Menurut Siti Bainun Hassan, dia pada Jumaat dihujani dengan mesej dan panggilan daripada orang ramai yang bertanya mengenai nasi kerabu jualannya.

Setelah diselidik, wanita berusia 32 tahun itu mendapat tahu salah seorang pelanggannya membuat hebahan di Twitter sehingga gerai miliknya di Damansara Damai, Selangor tular dalam kalangan netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Warung sepi tanpa pelanggan sejak PKP, ibu mesej dapat RM20 je... siapa sangka kuasa viral ubah nasib menjelang 2021

ARTIKEL BERKAITAN: Gerai musnah dibadai ribut, jualan habis berterabur... reda diuji di hari pertama Ramadan, tindakan 2 rakan niaga selepas itu nyata berbaloi

Bercakap kepada mStar, dia yang mesra disapa Bainun menzahirkan rasa syukur atas rezeki itu yang disifatkan sebagai satu pembakar semangat buatnya.

"Saya terkejut. Tiba-tiba ramai orang hubungi. Jadi saya tanya mereka, macam mana boleh dapat nombor saya.

"Ada yang maklumkan mereka tahu mengenai gerai saya di Twitter. Ada orang kongsi sehingga viral. Selama ni hanya orang sekitar yang kenal gerai saya.


"Saya bersyukur sangat-sangat. Kepada individu yang tolong hebahkan perniagaan saya sampai viral, terima kasih. Kalau boleh saya nak jumpa, ucap terima kasih secara depan-depan," ujarnya.

Posting tular di Twitter.

Menurut Bainun, dia sebelum ini bekerja sebagai penjaga di sebuah rumah anak yatim di ibu negara selama sembilan tahun.

Dia bagaimanapun berhenti kerja ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu dan mengusahakan gerai itu sejak Jun 2020.

"Memang turun-temurun buat nasi kerabu. Mak saya pun berniaga nasi kerabu di kampung kami di Machang, Kelantan.

"Lepas sekolah dulu memang saya tolong mak berniaga. Sekarang saya turut dibantu empat adik saya.

"Sejujurnya memang susah nak mulakan perniagaan. Alhamdulillah, sekarang dalam sehari terjual 300 bungkus.

Bainun turut dibantu oleh adik-beradiknya.

"InsyaAllah bila lockdown bermula tak lama lagi, saya akan buat delivery. Selain nasi kerabu, saya jual nasi berlauk, nasi dagang dan nasi lemak," ujarnya.

Menurut Bainun lagi, dia berharap agar pandemik Covid-19 berakhir segera agar dia boleh berniaga seperti biasa selepas ini.

Untuk rekod, posting mengenai gerai Bainun di Twitter @YobJelebor meraih lebih 10,000 ulang kicau (Retweet). Kredit Mstar


Saturday, May 29, 2021

Wow !!! Pernah buat kejutan show di majlis kahwin 2 tahun lalu, pemuda ‘rapper’ kini dah ada video muzik lagu sendiri

 

Pernah buat kejutan show di majlis kahwin 2 tahun lalu, pemuda ‘rapper’ kini dah ada video muzik lagu sendiri – “Teringin duet dengan Yuna”

Tangkap layar video muzik Elyas berjudul Duduk - Siyastu di laman YouTube, sementara gambar kecil Elyas membuat persembahan di majlis kahwin.

DUA tahun lalu, seorang pemuda menjadi tular di media sosial apabila berbaju Melayu dan bersamping, menyanyikan lagu rap yang ditulis sendiri di majlis perkahwinan sepupunya.

Pemuda 'rapper' itu menjadi tumpuan kerana menggunakan muzik instrumental lagu irama Melayu asli dendangan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Gambus Jodoh.

Terbaharu, anak kelahiran Klang, Selangor itu kembali menunjukkan taring menerusi video muzik lagu rap yang diarahkannya.

Pemuda berkenaan, Elyas Naim Mazalan berkata, lagu berjudul ‘Duduk’ itu diperdengarkan kepada umum pada 14 Mei lalu, di mana lirik dan gubahan dihasilkannya sendiri.

Friday, May 28, 2021

Sikap Manusia .. Dan Apa Masalah Mereka , 'Ramai daftar tapi tak pergi'

 


'Ramai daftar tapi tak pergi'


Tangkap layar video Dr George Lee Eng di Instagram.

SHAH ALAM - Seorang doktor yang merupakan anak kelahiran Kelantan, Dr George Lee Eng menasihati orang ramai supaya menepati temu janji suntikan vaksin pada tarikh yang ditetapkan.

Kepetahan Pakar Perunding Bedah Urologi itu bertutur loghat Kelantan yang dikongsikan di Instagram menarik perhatian ramai dengan menyentuh alasan individu yang tidak hadir pada tarikh vaksinasi.


“Leni (sekarang) dah ado ubat cucuk, ramai ore daftar, tapi dok pegi pulok. Mano lagu tu?

"Memang doktor pehe (faham) kalau koya lupa, tapi kalau ramai koya belako lupa, macam mana nak hapuskan Covid ni?" soalnya di Instagram.

Selain itu, Dr Lee Eng yang juga Profesor Pembedahan Klinikal berkata, temu janji tersebut perlu dihadiri agar vaksin tersebut tidak rosak dan terbuang.

Jelasnya, pembaziran duit akan berlaku sekiranya keadaan tersebut terpaksa dilakukan disebabkan sikap masyarakat yang tidak mahu datang mengambil vaksin.

Pada 24 Mei, kerajaan Kelantan mendedahkan kira-kira 10,000 rakyat di negeri ini tidak hadir janji temu untuk suntikan vaksin Covid-19 pada tarikh yang ditetapkan.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin berkata, situasi itu amat mengecewakan kerana suntikan tersebut merupakan salah satu usaha kerajaan dalam mengukuhkan imunisasi melawan jangkitan Covid-19.

Sementara itu, pada 26 Mei, dianggarkan lebih 9,000 penduduk di Perak dengan sebahagian besar berusia 60 tahun ke atas dikesan gagal hadir menerima suntikan vaksin pada tarikh ditetapkan.

Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr Ding Lay Ming berkata, jumlah itu membabitkan individu yang dijadualkan menerima dos pertama bagi pemberian vaksin fasa kedua.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/140898/KHAS/Covid-19/Ramai-daftar-tapi-tak-pergi

© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Thursday, May 27, 2021

Dahsyatt !! Remaja ugut tembak kru kabin dalam pesawat selepas enggan pakai pelitup muka

 

Kieran Harris didakwa mengugut dua kru kabin dalam pesawat. foto Kieran Harris/ Cavendish Press (Manchester) Ltd

SEORANG remaja mabuk bertindak mengugut untuk menembak kru kabin dalam pesawat penumpang selepas diminta memakai pelitup muka.

Tindakan itu menyebabkan remaja berusia 19 tahun dipenjara selama 12 minggu.

Kieran Harris, melakukan perkara itu terhadap dua kru kabin wanita dalam pesawat dengan mengugut untuk membunuh mereka dan menuntut perkara seksual.

Insiden berlaku pada 14 Mei lalu dalam penerbangan Easy Jet selama tiga jam jam dari Alicante di Sepanyol ke Manchester, United Kingdom.

Ketika kejadian, kira-kira 177 penumpang menaiki pesawat berkenaan.

Harris yang dari Gartson, Liverpool bersendirian menaiki peswat dalam keadaan mabuk, diminta sebanyak empat kali supaya memakai pelitup muka bagi mencegah penularan Covid-19. - Mirror


Wednesday, May 26, 2021

Allah hu akhbar Ustaz Ebit luew Ke Misi Bantuan Ke Gaza.. Alhamdulilah Semoga Di permudahkan

 



Pohon doakan ya Misi Bantuan Kemanusiaan Gaza Palestin. Semoga Allah bantu dan mudahkan semuanya. Ya Allah bantulah misi kami ini ya Allah. Hanya kepadaMu kami bergantung dan berserah.


Terima kasih Dato’ Seri Hishammuddin dan Wisma Putra kerana sokong dan bantu permudahkan misi kemanusiaan ini. Semoga setiap usaha kita demi rakyat Palestin dirahmati Allah SWT. Terima kasih DYAM Tengku Mahkota Johor yang memberi semangat dan doa. Terima kasih dan penghargaan juga kepada YAB Perdana Menteri Malaysia yang turut memberi sokongan misi kemanusiaan ini demi rakyat Palestin.


Terima kasih Turkish Airlines sponsor tiket. 

Semoga menjadi asbab kebaikan.

-Ustaz Ebit Lew

Perghh Tudia !! Hikmah tempahan siap tapi tak nak bayar... kini karya pelukis automotif Malaysia, terjual hingga ke luar negara

 

Hikmah tempahan siap tapi tak nak bayar... kini karya pelukis automotif Malaysia terjual hingga ke luar negara - “Orang tu kata terlalu buruk”

Emir mengakui dia juga tidak terlepas dengan pandangan skeptikal mengenai bidang yang diceburinya itu.

MUNGKIN ada dalam kalangan kita yang memandang rendah terhadap bidang seni dan menganggap kerjaya sebagai pelukis tidak menjamin masa depan.

Namun, jejaka ini membuktikan sebaliknya apabila minat yang bercambah sejak sekian lama menjadi mata pencarian utamanya hari ini.

Menurut Muhammad Emir Effendy bin Ahmad Lothfi, 25, dia menjadikan hobi melukis sebagai kerjaya utama sehingga mendapat perhatian di peringkat antarabangsa.

Mesra disapa Emir, dia yang banyak menghasilkan lukisan automotif mampu tersenyum bangga apabila karyanya dibeli individu dari Amerika Syarikat (AS), Norway dan Hong Kong.

"Saya terharu bila orang luar tempah dan beli karya saya. Kebanyakannya mereka kenal saya menerusi media sosial.

"Saya dapat client pertama dari luar negara ketika zaman belajar, client dari AS. Dia minta saya lukis sebuah kereta lama.

"Masa tu, saya pun tak tahu nak letak harga macam mana. Mereka kata harga lukisan saya sangat murah.

Karya lukisan automotif oleh Emir turut terjual sehingga ke luar negara.

"Bermula dari situ saya banyak belajar mengenai nilai lukisan," ujarnya kepada mStar.

Bercerita mengenai perjalanannya, Emir mengakui dia juga tidak terlepas dengan pandangan skeptikal mengenai bidang yang diceburinya itu.

Saya sendiri melalui banyak proses. Pernah suatu masa dulu, dah siap lukisan tapi orang tak nak bayar.

EMIR

Namun kata Emir, dia menjadikan segala apa yang dilaluinya sebagai pembakar semangat untuk terus berkarya pada masa akan datang.

"Kalau keluarga, memang mereka beri sokongan penuh. Tapi biasanya timbul persoalan dari orang luar yang mungkin pandang remeh bidang ini.

"Tapi saya ambil sebagai satu cabaran, jadi semangat untuk saya terus melukis. Bila dah ada client dalam Malaysia, kemudiannya dari luar negara... jadi saya dah mula tak endah dengan pandangan remeh orang," ujarnya yang menetap di Ipoh, Perak.

Menurut lepasan bidang Seni Halus Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu, dia mula melukis sejak berusia enam tahun.

Antara lukisan yang dihasilkan Emir.

Malah kata Emir, bakat itu diwarisi daripada bapanya, Datuk Ahmad Lothfi Ibrahim, 51, bekas pelukis komik era 90-an yang kini menyandang jawatan sebagai presiden Persatuan Pelukis Perak (PPP).

Dalam pada itu, Emir turut menitipkan pesan kepada mana-mana individu di luar sana agar tidak mudah luntur semangat jika ada yang memandang rendah terhadap bidang seni.

"Saya sendiri melalui banyak proses. Pernah suatu masa dulu, dah siap lukisan tapi orang tak nak bayar, orang tu kata ia terlalu buruk.

"Saya anggap ia asam garam, itu proses untuk saya belajar. Jadi kalau ada bakat dan minat, pada saya tak rugi untuk kejar impian.

"Zaman sekarang, ada banyak platform untuk kongsi karya seni seperti media sosial," ujar Emir lagi. Mstar


Tuesday, May 25, 2021

Gempar mayat lelaki ditemui dalam patung dinosaur gergasi

 

Mayat seorang lelaki ditemui dalam sebuah patung dinosaur. foto Newsflash

MAYAT seorang lelaki ditemui terperangkap dalam sebuah patung dinosaur gergasi.

Pasukan penyiasat percaya lelaki berusia 39 tahun itu maut ketika cuba untuk mencari telefonnya, sebelum terjatuh ke dalam patung itu dan terperangkap.

Namun, tidak ada petunjuk yang jelas mengenai bagaimana mangsa memasuki patung tersebut.

Bau busuk dari patung dinosaur di pinggir bandar Santa Coloma de Gramenet di Barcelona, Sepanyol disedari oleh seorang bapa dan anak lelaki pada Sabtu.

BBC News melaporkan bahawa berdasarkan pemeriksaan secara dekat, si ayah mendapati terdapat mayat menerusi belakang kaki patung haiwan itu.

Dia kemudian menghubungi polis yang mengatakan keluarga lelaki itu melaporkan kehilangannya dan difahamkan tiada orang lain terlibat dalam kematiannya.

Menurut akhbar Diari de Girona, keluarga lelaki itu terputus hubungan dengan mangsa selama dua hari sebelum melaporkan kehilangannya.

Pihak berkuasa sedang menunggu hasil bedah siasat untuk menentukan punca kematian mangsa. - Daily Star


Monday, May 24, 2021

Tudia !! Gara-gara bertengkar dengan ibu bapa, remaja gali gua bawah tanah buat kediaman sendiri

 

'Kediaman' Andres mempunyai ruang tamu dan bilik tidur selain dilengkapi WiFi.

SEORANG remaja di Sepanyol menggali gua bawah tanah untuk dijadikan 'kediaman' sendiri gara-gara bertengkar dengan ibu bapanya.

Andres Canto, 20, mula menggali gua tersebut di belakang rumah ibu bapanya di Alicante, enam tahun lalu dengan menggunakan cangkul burung (pickaxe), menurut Zenger News.

Gua tersebut mempunyai ruang tamu dan bilik tidur, dan kini dilengkapi dengan sistem pemanasan, Wi-Fi, dan sistem muzik.


Dilaporkan, Canto yang ketika itu berusia 14 tahun bertengkar dengan orang tuanya dan mula menggali gua selepas tamat sekolah.

Dia turut meminta bantuan temannya untuk menggerudi tanah sedalam sepuluh kaki.

Penggalian dilakukan dengan manual dan sistem pully buatan sendiri dan Canto dilaporkan mengukuhkan atap dan dinding gua dengan konkrit dan tiang.

Jumlah kos projek hanya $60 (RM248). - NYpost.com


Sunday, May 23, 2021

Alhamdulillah !! Kempen Donate 4 Palestine disertai Neelofa dan PU Riz berjaya kutip RM2 juta

 


Neelofa dan PU Riz terlibat dalam kempen Donate 4 Palestine.

PERGOLAKAN yang berlaku di Semenanjung Gaza mendapat perhatian masyarakat seluruh dunia termasuk juga di Malaysia.

Bersimpati dengan nasib yang menimpa rakyat Palestin, pelbagai inisiatif bantuan yang ditubuhkan oleh penduduk tempatan.


Ini termasuk kempen Donate 4 Palestine yang dijalankan oleh pihak Jomdonate dengan kerjasama beberapa pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) seperti Muslim Care, Pertubuhan Kasih Neelofa serta beberapa selebriti dan influencer terkenal.

Sehingga kini, kempen yang dimulakan sejak 9 Mei lalu itu sudah mencecah angka kutipan keseluruhan sebanyak RM2 juta yang mana ia akan disalurkan terus kepada rakyat Palestin untuk kos perubatan, kemanusiaan serta kecemasan lain.

Antara selebriti yang turut sama membantu kempen Donate 4 Palestine.

Antara selebriti yang terlibat dalam kempen tersebut adalah seperti Neelofa, PU Riz, Wany Hasrita, Amira Othman dan PU Amin.

"Setiap wang ringgit yang disumbangkan ini mungkin kecil pada kita tapi ia amat besar pada mereka yang memerlukan. Mungkin juga ia boleh menjadi asbab untuk kita mudah masuk ke syurga, insyaAllah.

"Doa juga adalah senjata bagi umat Islam, maka kita jangan berhenti berdoa untuk saudara kita di sana agar mereka terus kuat dan sentiasa dilindungi Allah," kata PU Riz.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Konvoi yang membawa bantuan kemanusiaan seperti makanan, bahan api dan ubat-ubatan akan mula memasuki pintu masuk Kerem Shalom selepas ia dibuka semula oleh rejim zionis Israel.

Mungkin juga ia boleh menjadi asbab untuk kita mudah masuk ke syurga, insyaAllah.

PU RIZ

PENCERAMAH BEBAS

Sumbangan boleh dibuat menerusi pautan www.jomdonate.com/campaigns/190.

Serangan Zionis selama 11 hari bermula 10 Mei lalu telah menyebabkan 248 penduduk Palestin terkorban termasuk 66 kanak-kanak.

Gencatan senjata yang diumumkan pada pagi Jumaat lalu telah diingkari oleh tentera Israel apabila mereka kembali menceroboh Masjid Al-Aqsa dengan menyerang orang awam yang berada di situ. Kredit MSTAR


Saturday, May 22, 2021

Wow Tedia !!! Gadis pelik rider hantar mesej ‘garang dan sinis’ selepas pesan McD

 

Gadis pelik rider hantar mesej ‘garang dan sinis’ selepas pesan McD, semuanya terjawab apabila pesanan tiba di pintu rumah!

Gadis ini tidak menyangka rider yang menghantar pesanan makanannya merupakan bapanya sendiri.

PADA zaman ini, urusan pembelian makanan ataupun barangan menjadi lebih mudah apabila kita hanya perlu membuat pesanan secara dalam talian (online).

Tanpa perlu keluar rumah, makanan dan barangan yang dipesan akan tiba di depan pintu.

Begitu juga kisah gadis ini yang membuat pesanan menerusi aplikasi syarikat penghantaran makanan Foodpanda kerana begitu teringin menikmati burger dari restoran kegemarannya.

Namun apa yang melucukan, tanpa disangka rider yang ditugaskan untuk menghantar pesanan makanan tersebut adalah bapanya sendiri!

"Niat nak beli McD untuk last berbuka, last-last baba sendiri yang hantar," demikian tulisnya pada video tersebut yang sehingga kini meraih lebih 494,000 tontonan.


Berkongsi cerita dengan mStar, gadis bernama Aniez Elizza berkata insiden lucu itu berlaku pada hari terakhir umat Islam berpuasa, minggu lalu.

"Masa mula-mula nak order, ibu saya kata cuba cari ID baba (bapa) sebab baba bekerja sebagai rider Foodpanda. Tapi sebenarnya tak boleh pun request macam tu. Jadi saya order macam biasa saja.

"Tidak lama selepas order, tiba-tiba dapat mesej dekat aplikasi Foodpanda. Rider tu tulis 'banyak duit?'. Saya terkejut juga, kenapa rider ni nak marah pula.

"Saya abaikan saja mesej tu sebab kita tak kenal pun orang tu. Tapi tiba-tiba bila rider sampai, baru tahu rupa-rupanya baba sendiri. Dia siap cakap siapa yang order banyak-banyak ni? Patutlah macam kenal alamat," ceritanya sambil ketawa kecil.



Bapa kepada Aniez Elizza bekerja sebagai rider sejak setahun lalu.

Menurut gadis berusia 19 tahun ini, insiden tersebut sempat dirakam secara kebetulan.

Katanya, dia sekadar memuat naik video tersebut dan tidak menyangka meraih tontonan dalam jumlah yang tinggi.

"Baba tahu dia dah viral... siap cakap habislah semua orang dekat Seri Kembangan ni kenal dia," katanya yang merupakan pelajar jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL).

Bercerita mengenai bapanya, Mohd Nizam yang berusia 39 tahun, gadis yang senang disapa sebagai Aniez ini berkata bapanya sudah bekerja sebagai rider sejak setahun lalu.


"Sebelum ini baba hanya penjaja makanan... jual air, burger dan makanan goreng-goreng di tepi jalan. Tapi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu, perniagaannya terjejas.

"Sebab itu baba jadi rider. Selama setahun jadi rider, saya tengok baba happy sangat. Setiap kali balik kerja, ada saja benda yang dia nak cerita pada kami.

"Kita tahu kerja rider ni banyak risikonya... saya selalu berpesan supaya berhati-hati tambah-tambah kalau musim hujan. Pernah juga baba balik basah lencun. Sedih dan terharu tengok baba struggle cari rezeki untuk keluarga," ujar anak sulung daripada dua adik beradik ini.



Aniez Elizza bangga dengan bapanya yang bekerja keras mencari rezeki untuk mereka sekeluarga.

Dalam pada itu, Aniez berkata dia begitu bangga dengan bapanya sungguhpun lelaki itu hanya mencari rezeki sebagai seorang rider.

"Baba memang bukan jenis duduk saja... bila tak boleh berniaga dulu, terus dia fikir alternatif lain. Memang bangga sangat dengan baba sebab susah payah bekerja cari rezeki.

"Bagi mereka yang masih ada bapa, hargailah mereka kerana besar jasanya kepada kita. Saya sendiri rasa tak mampu nak balas apa yang baba dah buat untuk kami sekeluarga. Cuma bila dah bekerja nanti, teringin nak hadiahkan baba motosikal dan telefon bimbit baru," ujarnya lagi. kredit Mstar


Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung