Nuffnang

Friday, January 31, 2014

(DUN) Selangor boleh dibubarkan jika Menteri Besar letak jawatan ??


(DUN) Selangor boleh dibubarkan jika Menteri Besar letak jawatan ??

Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor boleh dibubarkan jika Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletakkan jawatan berdasarkan kuasa yang ada pada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara, Prof Dr Nik Kamal Nik Mahmod, berkata berdasarkan perlembagaan negeri, baginda boleh membubarkan DUN dalam tiga keadaan dan yang pertama ialah apabila hampir sampai hayat DUN, maka menteri mesar akan menasihatkan Sultan.

“Kedua, dalam keadaan lain apabila menteri besar hilang keyakinan daripada majoriti ahli DUN dan meletak jawatan, sultan akan membubarkan DUN."Satu lagi keadaan ialah apabila tiada satu parti pun yang mendapat majoriti dalam DUN, maka sultan akan membubarkan DUN untuk mencari mandat baru bagi parti politik yang bertanding dalam pilihan raya,” katanya kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.

Nik Kamal berkata, sekiranya Abdul Khalid meletakkan jawatan, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) yang dilantik oleh sultan atas nasihat menteri besar seharusnya turut meletakkan jawatan.

Katanya, terdapat peruntukan dalam perlembagaan negeri bahawa exco bertanggungjawab terhadap DUN.

"Jika menteri besar sudah meletakkan jawatan, maka secara kolektif barisan exco juga harus meletakkan jawatan. Perlu diingat bahawa sultan boleh memecat exco pada bila-bila masa seperti dalam perlembagaan negeri,” katanya.

Beliau turut menyentuh Perkara 70 Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor yang menyatakan sultan mempunyai kuasa membubarkan DUN tetapi tidak dinyatakan keadaan membolehkan baginda berbuat demikian.

Abdul Khalid ketika ditemui pemberita pada Isnin berkata, beliau boleh meletakkan jawatan sekiranya kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) mencapai konsensus dan mendapat perkenan Sultan Selangor berhubung perkara itu.

Bagaimanapun, katanya, sehingga kini tiada perbincangan dilakukan oleh pucuk pimpinan tiga parti pembangkang dalam pakatan itu mengenai perkara berkenaan.

Abdul Khalid dikatakan bersetuju untuk mengambil alih jawatan penasihat ekonomi Selangor selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan bakal menggantikannya sebagai menteri besar, menurut satu sumber dalaman PKR.

Dalam satu pertemuan bersama Anwar dan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada hujung minggu lalu, Abdul Khalid dikatakan bersetuju dengan cadangan agar beliau dan ketua pembangkang itu bertukar jawatan demi kestabilan parti dan PR secara keseluruhannya. – TMI

Peguam Umno Shafee mahu jadi peguam negara

BAHASA   

Peguam Umno Shafee mahu jadi peguam negara untuk berkhidmat kepada masyarakat


Mungkinkah cita-cita Shafee untuk menjadi Peguam Negara seterusnya akan tercapai?Mungkinkah cita-cita Shafee untuk menjadi Peguam Negara seterusnya akan tercapai?Peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tidak menyembunyikan cita-cita beliau untuk menjadi peguam negara akan datang, dengan tujuan untuk berkhidmat kepada masyarakat, bukan untuk membuat duit.
"Saya akan mengambil apa sahaja jawatan untuk berkhidmat kepada masyarakat," katanya pada sidang akhbar di pejabat mewahnya di  Bukit Tunku, Kuala Lumpur.
Shafee , 61, berkata terdapat  desas-desus beliau bakal menjadi peguam negara sejak zaman pemerintahan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kira-kira 20 tahun lalu.
"Terdapat artikel yang menulis berkenaan perkara ini. Ada pihak yang sengaja mereka-reka cerita dan berteka-teki," katanya yang pernah menjawat jawatan timbalan pendakwa raya sebelum berhijrah ke sektor swasta.
Shafee berkata, sebarang jawatan dalam kerajaan bukanlah berkenaan wang.
"Anda membuat wang apabila bekerja dengan swasta," katanya.
Shafee yang dilantik secara mengejut sebagai timbalan pendakwa raya untuk memimpin pasukan pendakwaan bagi membatalkan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi kes liwat pada 2012, berkata pelantikan ini juga perlu dilihat dalam situasi yang sama.
Beliau berkata, pelantikan peguam negara adalah hak perdana menteri.
Bagaimanapun, katanya, sesiapa sahaja yang layak boleh menjadi peguam negara tetapi kebiasaannya kerajaan melantik mereka yang berkhidmat dalam bidang kehakiman dan perkhidmatan undang-undang.
"Mungkin kerajaan sudah maklum dan melihat hasil kerja calon berkenaan," katanya dan menambah terdapat ramai yang berkelayakan dalam bidang itu termasuk daripada sektor swasta untuk memegang jawatan yang berkuasa dan berpengaruh itu.
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang dilantik pada 2002, daripada bidang perkhidmatan kehakiman dan undang-undang.
Shafee berkata, kedudukan peguam negara sama dengan kedudukan hakim Mahkamah Persekutuan dan mereka yang mempunyai sekurang-kurangnya tempoh perkhidmatan selama 10 tahun sama ada dalam kerajaan atau swasta, layak untuk memegang jawatan tersebut.
"Sudah tentu kriteria lain untuk jawatan itu adalah ilmu dan pengetahuan undang-undang yang mantap serta matang," katanya.
Awal bulan ini, Mahkamah Tinggi menolak rayuan Shafee yang didenda sebanyak RM5,000 oleh Lembaga Disiplin Peguam bela dan Peguam cara kerana melanggar peraturan publisiti di bawah Akta Profesion Guaman.
Pada 27 September 2009, akhbar The Star memaparkan artikel mengenai Shafee, yang dikatakan "melobi" peguam Umno itu.
Majlis Peguam melaporkan perkara itu kepada Lembaga Disiplin Peguam dan Shafee didakwa dan siasatan dilakukan.
Beliau didenda RM5,000 pada 5 Oktober 2012 kerana salah laku. Shafee kemudian memfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan.
Dalam sesi bertemu media semalam, beliau memberikan maklumat terkini berhubung permohonan Anwar untuk membatalkan dirinya sebagai ketua pendakwa.
Rayuan Anwar atas permohonan kedua untuk membatalkan Shafee akan didengar di Mahkamah Persekutuan pada 11 Februari manakala Mahkamah Rayuan akan mendengar kes liwat pada 12 Februari.
Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Anwar daripada kes meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di unit kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, antara jam 3.10 dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Gani melantik Shafee pada 2 Julai sebagai timbalan pendakwa raya mengikut Seksyen 376 (3) dan 379 Kanun Tatacara Jenayah dan Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.
Anwar memfailkan permohonan pertama untuk membatalkan Shafee atas alasan beliau bukan seorang yang layak dan sesuai tetapi ia ditolak oleh Mahkamah Persekutuan pada 21 November.
Peguam yang mewakili pemimpin pembangkang itu berhujah bahawa akan berlaku percanggahan kepentingan jika Shafee dilantik kerana ia merupakan saksi utama dalam perbicaraan kes liwat itu.
Anwar kemudian memfailkan permohonan kedua untuk menyingkirkan Shafee pada 2 Disember berikutan akuan bersumpah bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim.
Di dalam akuan bersumpah 31 halaman itu,  Mat Zain mendedahkan bahawa beliau bersama Shafee dan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Ramli Yusof ke rumah Dr Mahathir pada Aidilfitri tahun lalu dan didakwa berbincang mengenai salah laku Gani .
Pada 20 Disember, Mahkamah Rayuan menolak permohonan itu atas alasan akuan bersumpah berkenaan tidak relevan kepada Shafee dan mahkamah juga mempersoalkan kesahihan dokumen itu. – 31 Januari, 2014.

Gempar Belum Penamaan Calun PRK Kajang : UMNO dan MCA Dan Mula Berebut Nak Letak Calun..Mampuih Depa Ni..

PRK DUN N25 KAJANG .... BELUM PENAMAAN CALON UMNO DAN MCA SUDAH GADUH BESAR BEREBUT SIAPA YANG LAYAK JADI CALON BN!!!!

Sebelum ini Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan Ketua Pemuda MCA Malaysia bertegang urat bertengkar siapa yang layak wakili BN di PRK DUN N25 Kajang .

Kali ini giliran orang tua UMNO dan MCA pula bergumpal nak berebut siapa yang lebih layak wakili BN menentang DSAI .

Presiden MCA kata MCA akan letakkan calon atas alasan itu kerusi yang diperuntukkan kepada MCA atas semangat BN ...., Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat pula kata suara akar umbi konon maukan UMNO menjadi calon sebab katanya MCA tiada sokongan langsung .. Dengan lain perkataan MCA ini parti tin kosong .. bunyi bising nyaring tapi debu sedikit pun tak lekat.

Kaum Tionghua tidak sokong MCA.. Apa UMNO ingat kalau letak calon UMNO maka berduyun-duyun habis semua pengundi Tionghua sokong UMNO? Tk Omakkau

Thursday, January 30, 2014

Gambar Bung Mokhtar Dan Isteri ..Bercuti dan Bermewah di Hollywood dan Los Angeles ..US






Inilah sikap Pemimpin BN Yang Suka Bermewah Mewah..Biar Hampa makan Kangkung...Kami Makan Asparagus n..Brokoli..Banyak duit sunggoh hampa..pi sampai Las Vegas ni...

Betul ka Anwar Gila Jawatan..Kalau Gila Lama dah Dia Jadi PM .Baca sini

KALAU ANWAR GILA JAWATAN DIA DAH JADI PM


Azmin membuat kenyataan yang meyakinkan perihal Anwar Ibrahim bertanding di Kajang. Betul juga kata dia. Jika Anwar gila kuasa, dia dah lama jadi PM dengan menjadi Pak Turut kepada Mahathir semasa menjawat jawatan TPM dahulu.
Pengerusi Majlis Kepimpinan PKR Selangor Azmin Ali menegaskan keputusan meletakkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di Dun Kajang bukanlah satu perjudian seperti mana dituduh pelbagai pihak. 
Beliau berkata, keputusan yang dibuat parti itu bukan mudah tetapi ia perlu komitmen oleh PKR dan Pakatan Rakyat bahawa PRK Kajang nanti akan menjadi bukti lonjakan dan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat. 
"Dalam PRU lalu kita mendapat undi popular 52 peratus, insyallah di PRK Kajang nanti ia akan terus melonjakkan sokongan rakyat kepada kita seterusnya pada PRU14," katanya ketika berucap dalam Taklimat Pilihan Raya N25 Kajang di Sungai Sekamat. 
Beliau turut menafikan bahawa Anwar kemaruk untuk menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri sebaliknya menyifatkan pengorbanan Anwar yang dilihat sebagai pimpinan peringkat negara namun sanggup turun ke peringkat bawah. 
"Anwar pemimpin politik bertaraf dunia dia bukan milik Malaysia, Kajang, Selangor sahaja tetapi negara di Timur Tengah perlukan beliau. 
"Bukan soal jawatan! Kalau hendak jadi PM tahun 2008 lagi dah jadi. Kalau ikut telunjuk Dr Mahathir dah lama dah ," katanya di hadapan kira-kira lebih 150 petugas jentera pilihan raya.
Bagaimanapun Azmin turut memaklumkan beliau akan mengadakan perbincangam bersama Pesuruhjaya PAS selangor Iskandar Samad dan Pengerusi DAP Selangor Tony Pua sebagai persiapan untuk PRK manti. 
"Saya sudah hubungi mereka berdua pagi ini dan lepas ini kami akan adakan perbincangan serius untuk lihat bentuk kerjasama dan permuafakatan Pakatan Rakyat yang dapat diterjemahkan dalam bentuk tenaga kerja di Kajang nanti,"katanya.- hd

Wednesday, January 29, 2014

Perghhh PKR Cabar Najib .Bertanding di Kajang

PKR cabar BN letak perdana menteri sebagai calon di DUN Kajang, kata Pengerusi PKR Selangor, Mohamed Azmin Ali. Gambar fail.PKR cabar BN letak perdana menteri sebagai calon di DUN Kajang, kata Pengerusi PKR Selangor, Mohamed Azmin Ali. Gambar fail.PKR mencabar  Barisan Nasional (BN) agar tidak meletakkan calon mereka di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang daripada parti komponen MCA dan Gerakan, sebaliknya, mereka mahukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertanding satu lawan satu menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengerusi PKR Selangor, Mohamed Azmin Ali, berkata BN seharusnya meletakkan calon mereka daripada Umno di kerusi berkenaan jika merasakan parti Melayu itu mempunyai sokongan yang kuat.
"Kalau Umno hebat, letak Najib. Jangan letak MCA, Gerakan sebagai calon," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu ketika sesi taklimat bersama jentera PKR di Kajang, hari ini.
"Setuju atau tidak?" soal Azmin, dan disambut dengan jerita “Setuju!" daripada jentera PKR yang berkumpul di Dewan Serbaguna Sekamat.
Kekosongan kerusi DUN Kajang berlaku selepas Lee Chin Cheh, bekas Adun kawasan berkenaan melepaskan jawatannya bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding.
Difahamkan, tindakan ketua pembangkang itu adalah untuk meredakan kemelut "perang dingin" antara Azmin dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Tindakan Anwar turun bertanding kerusi negeri itu juga dikatakan cubaan untuk menggantikan Abdul Khalid sebagai menteri besar.
"Ini bukan satu perjudian seperti yang dituduh pelbagai pihak. Ini bukan satu percubaan.
"Ini satu komitmen bertanggungjawab yang ditunjukkan kepimpinan tertinggi bukan sahaja PKR tetapi Pakatan Rakyat (PR).
"Tidak mudah masyarakat biasa faham bagaimana tokoh besar yang (pernah) diangkat sebagai calon perdana menteri kini turun ke Kajang," kata Azmin dalam ucapannya.
Turut hadir dalam taklimat tersebut adalah pemimpin PKR negeri serta Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin. - 29 Januari, 2014.

PAS Akan Terus Membantu PKR Dalam PRK Kajang.


PRK DUN N25 KAJANG .. PAS TIDAK AKAN BOIKOT MALAHAN MEMBERIKAN KERJASAMA DAN MENYOKONG PENCALONAN DSAI.



Kenyataan ini sudah pasti bakal mengundang tidak senang dikalangan yang menentang keras pencalonan DSAI sebagai calon PR DUN N25 Kajang dan sekali gus melenyap dan mensenyapkan terus kata-kata dan pandangan songsang kalangan penyokong dan pendokong PAS.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata parti itu tidak akan memboikot kempen Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil (PRK) DUN Kajang.

Beliau menegaskan demikian walaupun mengakui pandangan keras PAS Selangor dan Dewan Pemudanya semalam, yang mengkritik tindakan PKR mengosongkan kerusi tersebut untuk memberi laluan kepada PRK.

Bercakap dalam satu sidang akhbar bersama dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, Mohamad berkata PAS tidak akan memboikot PRK tersebut dan akan menyokong PKR.

Anwar yang juga ketua umum PKR akan dicalonkan bertanding kerusi DUN Kajang berikutan peletakan jawatan mengejutkan penyandangnya,  Lee Chin Cheh dua hari lepas.

Kenyataan Bercanggah Diantara Pemuda Dan PAS Pusat..






Pemuda PAS Selangor mengancam memboikot kempen pilihan raya kecil Kajang jika PKR gagal memberi penjelasan bertulis munasabah terhadap pengosongan kerusi DUN itu.

Anwar Bakal Tanding DUN Kajang: Ini strategi PKR, kata Azmin

Anwar tanding DUN Kajang: Ini strategi PKR, kata Azmin

OLEH MOHD FARHAN DARWIS
JANUARY 28, 2014
Tindakan meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang adalah sebahagian daripada "tindakan taktikal" PKR, kata Timbalan Presidennya Mohamed Azmin Ali (gambar).
Mohamed Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor berkata, pihaknya turut menerima dengan terbuka keputusan parti meletakkan Anwar bagi menggantikan Lee Chin Cheh, yang meletak jawatan semalam petang.
"Ia gerakan taktikal... kita perlukan satu kerusi kosong," kata Azmin mengulas alasan Lee meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang.
"Kita perlukan pemimpin nasional seperti Anwar untuk bertanding di Selangor dan kukuhkan kedudukan PKR," katanya lagi kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya.
Ketika ditanya sama ada tindakan Anwar itu cubaan untuk meredakan "perang dingin" antara dirinya dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Azmin berkata, perkara itu hanyalah sekadar spekulasi.
"Jangan kaitkan. Ini bukan isu Khalid, Azmin. Soal spekulasi saya tak nak respon. Apa saya katakan di sini fakta," katanya, dan menambah," saya gembira dengan keputusan ini".
"Kalau Anwar ada peranan dalam DUN Selangor, beliau mungkin lebih efisyen," katanya.
Beliau berkata, soal siapa menteri besar Selangor juga hanya akan diputuskan selepas Pilihan Raya Kecil Kajang.
"Soal siapa menteri besar kita bincang selepas kita menang," katanya, dan menambah Abdul Khalid telah meletakkan jasa yang kukuh kepada PKR di Selangor sejak sepenggal lalu.
PKR hari ini mengesahkan Anwar yang juga ketua pembangkang akan bertanding di DUN Kajang selepas Lee melepaskan jawatan sebagai Adun atas alasan "demi kebaikan parti".
Azmin menegaskan keputusan kepimpinan pusat meletakkan Anwar juga bukanlah atas faktor krisis antara dirinya dan Abdul Khalid.
"Ini bukan soal saya. Ini soal Pakatan," katanya.
Beliau berkata, keputusan berkenaan juga dibuat selepas menerima konsensus bersama antara PAS dan DAP.
"Anwar Ibrahim bukan ketua kampung. Saya tak boleh arah Anwar. Kita bergerak atas konsensus." – 28 Januari, 2014.

Tuesday, January 28, 2014

Anuar atau Rafizi Bakal Calun DUN Kajang.?

Speaker Selangor Hannah Yeoh mengesahkan kekosongan kerusi DUN Kajang petang hari ini. ā€“ Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim.Speaker Selangor Hannah Yeoh mengesahkan kekosongan kerusi DUN Kajang petang hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang dari PKR Lee Chin Cheh meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi tersebut, kata satu sumber parti.
Diantara yang dipercayai bakal bertanding selain Anwar adalah Ahli Parlimen Pandan penggal pertama Rafizi Ramli.
Sumber dalaman PKR itu memberitahu The Malaysian Insider, Lee sudahpun menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Hannah Yeoh yang baru sahaja mengesahkan kekosongan kerusi itu.
Lee, 42, merupakan seorang peguam dan bekas ahli parti Gerakan selama 10 tahun.
Bekas Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya itu menggantikan Lee Kim Sin yang popular sebagai Adun Kajang dalam PRU13.
Dalam PRU13, Lee mendapat 19,571 undi berbanding calon Barisan Nasional Lee Ban Seng yang mendapat 12,747 undi.
Berhubung sebab peletakan jawatan itu, Yeoh berkata perkara itu harus diajukan kepada Lee sendiri.
Menurut undang-undang, kata Yeoh, Suruhanjaya Pilihan Raya harus mengadakan pilihan raya di kerusi DUN Kajang dalam tempoh 60 hari. – 27 Januari, 2014.

Gempar !! Adun Kajang Letak Jawatan..Kenapa Ye ?


KENYATAAN MEDIA PERLETAKKAN JAWATAN SEBAGAI ADUN KAJANG.



Untuk kepentingan bersama dan mengukuhkan kebolehan Pakatan Rakyat berkhidmat untuk rakyat Selangor”.

Ini merupakan penjelasan oleh Ahli Dewan Undangan Negara (ADUN) Kajang Lee Chin Cheh atas perletakan jawatan beliau sebagai wakil rakyat.

Kenyataan Lee, yang juga dikenali sebagai CC Lee, dimuat naik dalam Facebook rasmi parti politiknya PKR.

“Saya mengucapkan jutaan terima kasih dan terhutang budi kepada semua pengundi di Kajang yang telah memberi peluang kepada saya menjadi wakil rakyat DUN N25 Kajang,” kata Lee dalam kenyataan tersebut.

“Saya terharu dengan kemurahan hati pengundi-pengundi di Kajang yang telah memberi kerjasama dan kepercayaan selama ini kepada saya.”

Gambar Sempoi Sultan BRUNEI Mengharungi Air Banjir Untuk Lawati Rakyatnya..



PERBEZAAN PEMIMPIN DI BRUNEI DAN DI MALAYSIA
KEPERIHATINAN KEPADA RAKYAT.

Bukan niat untuk memperkecilkan pemimpin negara sendiri tapi inilah realiti sebenar. 

Sultan Brunei walau kita tahu mempunyai jet mewah sendiri, merupakan antara Sultan yang terkaya di dunia tetapi hanya menaiki boat cabuk je untuk melawat mangsa banjir. Tiada payung yang memayunginya.

Lain pula halnya dengar PM Malaysia kita yang melawat mangsa banjir pakai kapal terbang macam manalah nak merasai keperitan rakyat dalam menghadapi suasana banjir.

Orang selalu berkata kalau kita nak lihat ciri pemimpin yang baik kita kenalah lihat pada perwatakan luarannya dahulu kerana ia mencerminkan pribadi diri seseorang itu.

utusan kini.

Monday, January 27, 2014

Terpaksa Minum Susu Anjing Untuk Meneruskan Kelangsungan Hidup


Biarlah gambar berbicara

Gambar Sempoi Demontrasi Bantah GST Di Seb Jaya. Pulau Pinang

 Para Peserta Demontrasi GST di Seb Jaya . Penang


Gambar gambar demontrasi bantah gst d Penang.. — atSunway Carnival Mall. 



Yb Rafizi sedang Berucap


Rafizi Bergambar Dengan Penyokong



Demontrasi ..Dan Simbul kangkung Tidak Dapat Di Lupakan...Kikiki

Sunday, January 26, 2014

Perghhh !! PERKASA hentam Najib berhubung isu "Allah"



NGO pendesak Melayu, PERKASA berkata ia tidak nampak ketegasan dan juga ketelusan perdana menteri selaku presiden Umno serta ahi Majlis Teringginya untuk mempertahankan Kalimah Allah daripada terus digunakan oleh penganut Kristian.

Dalam satu kenyataan, Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam PERKASA, Shamsuddin Moner berkata, sepatutnya presiden dan MT Umno mesti berani membuat penegasan bahawa semua gereja dan paderi ...
Continue Reading

Dahsyattt !!! Pelajar 16 tahun ‘dikendurikan’ 3 lelaki


Pelajar 16 tahun ‘dikendurikan’ 3 lelaki

kesian
KOTA BHARU – Malang tidak berbau. Seorang gadis berusia 16 tahun, dirogol bergilir-gilir oleh tiga lelaki yang dikenali, selepas dipaksa menaiki motosikal di Kok Lanas di sini, Rabu lalu.

Mangsa yang merupakan pelajar sebuah sekolah di Kok Lanas, ditahan dua suspek yang menaiki motosikal dengan menghalang jalan mangsa yang ketika itu dalam perjalanan ke sekolah kira-kira jam 7.20 pagi.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, mangsa yang mengenali kedua-dua suspek, dipaksa menaiki motosikal yang ditunggang oleh salah seorang dari mereka.

“Mereka kemudiannya membawa mangsa ke sebuah bangsal di kawasan tali air dan salah seorang suspek bertindak meraba payudara mangsa


“Perlakuan kedua lelaki itu tidak berhenti di situ, malah membawa mangsa ke rumah kawan mereka yang tinggal berdekatan dan di rumah itu mereka bertindak merogol mangsa bergilir-gilir dalam sebuah bilik di rumah terbabit,” katanya kepada media di sini.
Azham berkata, selepas kejadian itu, mangsa berjaya melarikan diri dan pulang ke rumah dan menceritakan kepada bapanya mengenai kejadian dia dirogol oleh ketiga-tiga suspek.
“Bapa mangsa membawanya ke balai polis dan membuat laporan mengenai kejadian itu.
“Buat masa ini, kesemua suspek sudah dikenal pasti dan pihak polis akan membuat tangkapan terhadap suspek untuk tindakan lanjut,” katanya.
Kes disiasat di bawah seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK) kerana merogol gadis bawah umur, menurut sumber Sinar Harian.

Apa nak Jadi ni ....Remaja Di Rogol Sekumpulan Lelaki Sehingga Pengsan..

Di Rogol Sekumpulan Lelaki Sehingga Pengsan..



PARIT BUNTAR - Seorang gadis berusia 13 tahun menempuh detik hitam apabila diculik dan dirogol empat lelaki di sebuah rumah kosong di Jalan Abdul Raof, di sini, ketika pergi ke kedai runcit pada 15 Januari lalu.



Ketika kejadian, remaja berkenaan dalam perjalanan ke sebuah kedai runcit yang terletak beberapa meter dari rumahnya.



Kumpulan lelaki itu kemudian meninggalkan mangsa di tempat kejadian.


Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, mangsa ditemui rakannya tidak memakai selipar dan pakaiannya berlumpur sebelum dibawa balik ke rumah kakaknya.

“Mangsa pengsan sebaik sahaja tiba di rumah dan keluarganya membawa mangsa ke Hospital Parit Buntar.

“Selepas sedar, remaja itu menceritakan telah dikejar empat lelaki ketika menuju ke sebuah kedai runcit pada kira-kira jam 7.50 malam, hari kejadian.

“Mangsa mendakwa diculik dan dibawa ke sebuah rumah kosong berhampiran premis cuci kereta dan dirogol kumpulan lelaki terbabit,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, di sini.

Mat Fauzi berkata, polis menerima laporan daripada kakak mangsa kira-kira jam 8 malam.

Menurutnya, siasatan polis di tempat kejadian menemui sekeping papan mempunyai kesan darah dan ia dihantar ke Jabatan Kimia untuk siasatan.

“Hasil tinjauan polis di lokasi kejadian mendapati kawasan di situ agak semak, sunyi dan gelap. Rumah terdekat terletak pada jarak 20 meter,” katanya.

Mat Fauzi berkata, seorang suspek dikenal pasti dan ditahan membantu siasatan kes itu.

“Suspek berumur 22 tahun ditahan dan merupakan penduduk tempatan,"katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan hukuman sebat.

Saturday, January 25, 2014

Gambar : Ribuan Iringi Jenazah Almarhum Ust Harun Taib


25 Jan 2014


Gambar : Ribuan Iringi Jenazah Almarhum Ust Harun Taib
















Ribuan penyokong Pas dan orang ramai mengiringi jenazah Ketua Dewan Ulama Pas Pusat Almarhum  Ust Harun Taib.

Jenazah disolatkan di Markas Tarbiyah Kubang Lembik, Manir, Kuala Terengganu lebih kurang jam 10.00 pagi sebelum dibawa ke tanah perkuburan berhampiran.

Suasana begitu sesak dengan orang ramai yang berpusu pusu mengiringi jenazah beliau diiringi dengan laungan takbir !! Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman ~ Tinta Hijau DKB.


PERINGATAN: Kita Bantai dot Info tidak bertanggungjawab terhadap artikel yang disiarkan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian editor kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Kalau suka LIKE sahaja, Jangan lupa komen. TQ.

 Share/Save/Bookmark

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung