Nuffnang

Wednesday, August 31, 2022

Lelaki Britain miliki timun paling panjang, 1.1 meter

 

Suski bersama timun yang ditanam selama tiga bulan dan mencecah panjang sehingga 1.1 meter. - Guiness


LONDON – Seorang lelaki di Southampton, Britain memecahkan Guinness World Records kategori tanaman timun terpanjang dengan catatan 1.1 meter, lapor akhbar Metro News UK semalam.

Sebastian Suski yang merupakan seorang petani berkata, dia ‘membesarkan’ timun tersebut di kebunnya sejak 25 Mei lalu.

“Menanam timun yang memiliki panjang luar biasa adalah berisiko dan rumit .

Ads by Kiosked

“Jika anda memotongnya  terlalu cepat, anda tidak akan berjaya memecahkan rekod tetapi jika anda membiarkannya terlalu lama, anda akan memasuki zon bahaya kerana ia berisiko membusuk dan ‘meletup’,” ujar Suski.

Tambah Suski, rahsianya adalah menyiram timun itu menggunakan air suam berbanding air bersuhu normal pada setiap hari.

Lelaki itu juga mendedahkan bahawa tidak akan menjadikan timun itu  sebagai hidangan,  sebaliknya akan meletakkannya di bangsal pereputan untuk menyerap benihnya kembali ke dalam tanah.

“Timun ini tidak sedap untuk dimakan kerana sudah terlalu masak jadi saya biarkan ia mereput dan menjadi baja kepada tanaman baharu,” kata Suski.

Timun seberat 7.7 kilogram itu boleh dijadikan ramuan untuk 400 keping sandwic jika ia dipotong. – Agensi

Lelaki penggal kepala ibu saudara buat sup

 

Suspek didakwa bergaduh dengan mangsa sehingga dia memenggal kepala wanita itu menggunakan parang. - Getty Images


ABUJA, Nigeria – Seorang lelaki kanibal di Nigeria yang didakwa membunuh dan memenggal kepala isteri bapa saudaranya,  ditangkap ketika dia memasak serta memakan anggota badan tersebut, lapor akhbar The Sun UK kelmarin.

Suspek, Jeremiah Ode, 45, dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh Priscilla Adoga, 65, dan mengamalkan cara hidup  kanibalisme.

Lelaki yang tinggal di Igwe Ochekpo,  Oju itu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Makurdi atas dakwaan membunuh mangsa dengan menggunakan sebilah parang awal bulan ini ketika dia bekerja di ladangnya.

Ode dilaporkan ditangkap sedang memakan kepala mangsa di sebuah lokasi di negeri Benue.

Seorang penduduk dari Oju, Silas Igiri melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa, demikian menurut pendakwa raya,  Inspektor Omaye Ujata.

Katanya,  suspek memenggal kepala wanita itu yang digunakan untuk memasak ‘sup lada’ .

Saudara-mara Adoga menyedari kehilangan wanita itu selepas dia tidak pulang dari ladang pada waktu biasa.

Menurut beberapa laporan,  Ode dikenali dalam masyarakat tempatan sebagai individu yang mempunyai masalah kesihatan mental.

Ode dilaporkan memberitahu polis bahawa dia dan mangsa bergaduh dengan parang sebelum  dia memenggal kepala Adoga.

“Polis menganggap keterangan itu ‘normal’  untuk seseorang yang dianggap gila lalu memutuskan untuk mendakwa suspek.

Ketua Majistret, Regina Alagh memerintahkan tertuduh direman di sebuah penjara tempatan. – Agensi

Tuesday, August 30, 2022

Perghh !!! Isteri mengamuk pukul suami, penyanyi dangdut berjoget atas pentas

 

TANGKAP layar memaparkan senario seorang wanita memukul suami dan penyanyi di atas pentas. – Instagram

Isteri mengamuk pukul suami, penyanyi dangdut berjoget atas pentas

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang wanita memukul suaminya dan seorang penyanyi dangdut yang sedang berjoget di atas pentas, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @terangmedia.

Rakaman memaparkan suasana majlis yang diadakan di sebuah kampung dengan penyanyi dangdut itu dipanggil untuk memeriahkan suasana.

Penyanyi itu kelihatan menyanyi sambil diiringi dua lelaki di atas pentas.

Ramai penduduk kampung menyaksikan persembahan itu termasuk sebilangan kanak-kanak yang duduk di barisan hadapan.

Kelihatan seorang wanita yang marah naik ke pentas lalu memukul suaminya. Nyanyian itu terpaksa dihentikan kerana kekecohan yang timbul.

Si isteri sempat memukul penyanyi tersebut sebelum turun dan meninggalkan majlis itu.

Video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Seharusnya suami makcik dimarah dan bukan penyanyi. Dia tidak bersalah,” kata seorang netizen.

“Pukul suami kamu yang tak sedar diri. Kalau ada penyanyi seksi jangan biarkan kanak-kanak menontonnya,” komen netizen lain. – Agensi

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung