Nuffnang

Tuesday, August 30, 2022

Perghh !!! Isteri mengamuk pukul suami, penyanyi dangdut berjoget atas pentas

 

TANGKAP layar memaparkan senario seorang wanita memukul suami dan penyanyi di atas pentas. – Instagram

Isteri mengamuk pukul suami, penyanyi dangdut berjoget atas pentas

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang wanita memukul suaminya dan seorang penyanyi dangdut yang sedang berjoget di atas pentas, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @terangmedia.

Rakaman memaparkan suasana majlis yang diadakan di sebuah kampung dengan penyanyi dangdut itu dipanggil untuk memeriahkan suasana.

Penyanyi itu kelihatan menyanyi sambil diiringi dua lelaki di atas pentas.

Ramai penduduk kampung menyaksikan persembahan itu termasuk sebilangan kanak-kanak yang duduk di barisan hadapan.

Kelihatan seorang wanita yang marah naik ke pentas lalu memukul suaminya. Nyanyian itu terpaksa dihentikan kerana kekecohan yang timbul.

Si isteri sempat memukul penyanyi tersebut sebelum turun dan meninggalkan majlis itu.

Video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Seharusnya suami makcik dimarah dan bukan penyanyi. Dia tidak bersalah,” kata seorang netizen.

“Pukul suami kamu yang tak sedar diri. Kalau ada penyanyi seksi jangan biarkan kanak-kanak menontonnya,” komen netizen lain. – Agensi

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung