Nuffnang

Sunday, March 31, 2024

Penuntut kulinari didenda RM2,500, ugut sebar gambar bogel

 


TERTUDUH diiringi anggota polis selepas didakwa di Mahkamah Majistret Melaka hari ini.

MELAKA – Perbuatan seorang penuntut kulinari mengugut untuk menyebarkan gambar bogel remaja perempuan yang dikenalinya di Instagram membawa padah apabila dijatuhi hukuman denda sebanyak RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Nabilah Nizam menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Chan Yu Jian, 20, yang mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati sengaja melakukan pemerasan dengan mendatangkan ketakutan kepada seorang perempuan berusia 15 tahun bahawa gambar bogelnya akan disebarkan hingga mendorong mangsa menyerahkan wang tunai RM1,500 kepada tertuduh.

Perbuatan itu dilakukannya pada pukul 7.03 pagi di sebuah rumah beralamat di Rumah Pangsa Seksyen 3 dalam daerah Melaka Tengah, 14 Mac lalu.

Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua hukuman itu.

Berdasarkan fakta kes, mangsa berkenalan dengan tertuduh pada Januari 2023 melalui Instagram, namun tidak pernah melihat wajahnya.

Pada 14 Mac lalu mangsa diugut oleh tertuduh untuk menyerahkan sejumlah wang jika tidak mahu gambar bogelnya disebarkan.

Mangsa yang ketakutan kemudian bertindak mencuri wang ibunya dan memberikannya kepada tertuduh dengan menggunakan khidmat pemandu e-hailing.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar hukumannya diringankan dengan alasan masih belajar dan perlu menjaga ibu bapanya yang sudah berusia.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Fiqri Hakim Zamri bagaimanapun memohon hukuman setimpal diberikan sebagai pengajaran.

Selepas mendengar hujah kedua belah pihak, mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh membayar denda sebanyak RM2,500 atau tiga bulan penjara jika gagal bayar. – KOSMO! ONLINE

Friday, March 29, 2024

Lelaki lihat lembaga besar semasa solat berjemaah

 


Lelaki itu pengsan selepas melihat satu lembaga besar ketika menunaikan solat berjemaah di masjid. - TIKTOK

JAKARTA –  Seorang jemaah lelaki dilaporkan pengsan selepas melihat ‘lembaga besar’  ketika menunaikan solat berjemaah di sebuah masjid, lapor akhbar Tribun Jabar semalam. 

Berdasarkan video tular yang dikongsikan dalam akaun  TikTok @sarawa_sentiang, lelaki itu sedang solat berjemaah di masjid, namun tidak diketahui solat apa yang dilaksanakan, manakala suasana luar masjid kelihatan gelap.

Ketika jemaah lain hendak sujud, lelaki berpakaian warna perang itu kekal bediri sambil memandang ke kanan dengan keliru. 

Lelaki itu seolah-olah dalam ketakutan sehingga dia rebah dan pengsan pada jemaah di sebelahnya.

Setelah kembali sedar, lelaki itu memberitahu bahawa dia melihat satu lembaga besar. Pada mulanya, lembaga itu berada jauh, namun mendekatinya untuk masa yang lama. – AGENSI

Tuesday, March 26, 2024

Orang ramai serbu masjid beri wang RM150 untuk tarawih

 


Orang ramai dilihat menunaikan solat di luar masjid termasuk di halaman rumah penduduk sekitar dan jalan raya. – Istimewa

JAKARTA  –  Sebuah masjid di Malang, wilayah Jawa Timur menjadi tumpuan orang ramai yang datang dari jauh untuk menunaikan solat tarawih demi mendapatkan wang sumbangan sebanyak 50,000 rupiah (RM150), lapor portal berita Okezone semalam.

Wang tersebut disumbangkan oleh seorang ahli perniagaan di daerah Gondanglegi.

Pengumuman mengenai sumbangan itu dibuat menerusi mesej berantai yang tular di media sosial. Ia menyatakan bahawa setiap seorang jemaah yang  solat tarawih di Masjid Jami’ Al-Ilyas, Kampung Penjalinan, akan menerima wang 50,000 rupiah.

Susulan itu, orang ramai termasuk penduduk sekitar dan yang tinggal jauh menyerbu masjid berkenaan minggu lalu.

Menurut seorang jemaah bernama Muhammad Syafi’i, dia sanggup menempuh perjalanan memakan masa  sejam dari rumahnya untuk pergi ke masjid tersebut.

“Saya datang sebelum maghrib bagi memastikan saya mendapat tempat duduk di dalam masjid. Alhamdulillah, saya, isteri dan anak dapat bersolat di dalam masjid,” katanya.

Tambah Muhammad Syafi’i, ramai orang datang ke masjid tersebut bahkan ada yang tiba secara rombongan dengan menaiki lori.

Berdasarkan video yang tular di media sosial, orang ramai dilihat menunaikan solat di luar masjid termasuk di halaman rumah penduduk sekitar dan jalan raya.

Disebabkan itu juga, beberapa jalan berhampiran masjid mengalami kesesakan teruk pada minggu lalu.

Tambah Muhammad Syafi’i, dia dan keluarganya bersolat di masjid tersebut sejak Rabu lalu dan menjelang malam Khamis, wang sumbangan yang dijanjikan sudah tiada.

“Maklumat awal yang saya dapat adalah wang itu akan diberi sepanjang bulan Ramadan. Namun semalam (minggu lalu), ia sudah tidak diberikan,” katanya.

Ujarnya, dia bagaimanapun tidak berasa kecewa kerana hasratnya untuk pergi ke Gondanglegi bersama keluarganya sudah tercapai. – AGENSI 

Saturday, March 23, 2024

Bapa azankan anak guna ‘video call’

 


Mengazankan anak baru lahir melalui ‘video call’ kerana jauh bekerja - TRIBUNJABAR

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan detik menyentuh hati seorang bapa mengazankan anaknya yang baru lahir menerusi aplikasi panggilan video, lapor laman berita Tribun Jateng semalam. 

Menurut keterangan video tersebut, si bapa terpaksa bertindak demikian kerana dia bekerja jauh daripada keluarganya.

Dalam video yang dimuat naik di akaun Instagram @undercover.id, seorang ibu yang baru melahirkan anak dilihat memeluk bayinya.

Wanita tersebut kemudian berbual menerusi panggilan video bersama seorang lelaki, yang merupakan suaminya dan bapa bayi itu. 

Meskipun suaranya terputus-putus disebabkan keadaan talian internet yang tidak stabil, si bapa meneruskan azan sehingga selesai. – AGENSI

Thursday, March 21, 2024

Lagi laporan salah laku naib ketua pemuda parti politik terhadap remaja

 


Gambar hiasan.

MERSING – Tiga lagi laporan polis telah dibuat susulan penahanan seorang lelaki tempatan di sini yang disyaki meliwat remaja lelaki berusia 15 tahun.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata, ia menjadikan keseluruhan lima laporan polis membabitkan suspek yang dipercayai naib ketua pemuda sebuah parti politik di daerah itu yang melibatkan enam mangsa.

“Pendakwaan dijangka dibuat pada esok di Mahkamah Kota Tinggi,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Terdahulu, Abdul Razak dilaporkan berkata, suspek lelaki warga tempatan berusia 30-an itu ditahan reman bermula semalam hingga esok.

Katanya, pihaknya menerima dua laporan polis dibuat dua mangsa iaitu remaja lelaki warga tempatan berusia 15 tahun dan kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular satu laporan menyatakan seorang naib ketua pemuda sebuah parti politik di Mersing ditahan selepas disyaki terbabit dengan kes liwat membabitkan mangsa berusia antara 15 hingga 21 tahun. – KOSMO! ONLINE

Friday, March 15, 2024

Ibu reda kepala bayi tertinggal dalam rahim

 


Pejabat Kesihatan menjelaskan bahawa bayi Mukarromah sudah meninggal dunia di dalam rahim kira-kira 10 hari sebelum dilahirkan. – iNews

JAKARTA – Seorang wanita di Bangkalan, wilayah Jawa Timur akur dan reda menerima kenyataan bahawa kepala bayinya terputus dan tertinggal di dalam rahim ketika proses kelahiran, lapor portal berita Okezone hari ini.

Mukarromah, 25, ketika menceritakan kejadian itu berkata, dia meminta bidan kampung memeriksa keadaan bayinya ketika kandungan memasuki usia sembilan bulan pada 4 Mac lalu.

Namun, bidan memberitahu bahawa bayi tersebut berada dalam keadaan lemah dan kedudukan songsang.

Bidan sama kemudian mengarahkan Mukarromah pergi ke klinik kesihatan setempat untuk mendapatkan surat rujukan hospital.

Namun, dia terpaksa menunggu dalam tempoh yang lama di klinik kesihatan sebelum surat rujukan dikeluarkan.

Setelah menunggu agak lama, seorang bidan klinik kesihatan memeriksa kandungan Mukarromah  dan mendapati bukaannya sudah mencapai ukuran4 sentimeter.

Wanita itu kemudian dipaksa melahirkan anak di klinik kesihatan tersebut, namun dengan keadaan kepala bayinya tertinggal di dalam rahim.

Susulan insiden itu, Mukarromah dihantar ke sebuah hospital untuk menjalani pembedahan bagi mengeluarkan kepala bayinya.

Mukarromah tidak menyatakan keadaan proses kelahiran tersebut sehingga menyebabkan kepala bayinya terputus.

Dalam pada itu, pejabat kesihatan daerah dalam satu kenyataan menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa bayi Mukarromah sudah meninggal dunia di dalam rahim kira-kira 10 hari sebelum dilahirkan.

Menurut kenyataan dikeluarkan, disebabkan sudah meninggal dunia dalam tempoh lebih seminggu, jasad bayi dalam kandungan wanita itu mula mereput.

Tambahnya lagi, perkara itu telah disampaikan kepada Mukarromah sebelum kejadian tersebut dan wanita berkenaan sedia maklum bahawa bayi dalam kandungannya sudah tidak bernyawa. – AGENSI 

Wednesday, March 13, 2024

Cecair merah keluar dari dinding sebelum akad nikah


Selepas pengantin perempuan muntah-muntah dan pengsan, cecair merah pekat dilihat keluar dari celahan dinding bilik. – Instagram

JAKARTA – Beberapa kejadian aneh berlaku pada sebuah majlis perkahwinan sehingga menyebabkan pengantin perempuan pitam sebelum akad nikah berlangsung, lapor program berita Liputan6 hari ini.

Berdasarkan hantaran yang dikongsikan di laman Instagram, pengantin perempuan dikatakan pengsan dan muntah-muntah sebelum akad nikah berlangsung.

Turut mengejutkan keluarga pengantin adalah terdapat titisan cecair berwarna merah pekat keluar daripada  dinding di bilik pengantin.

ADVERTISING

Dalam video insiden tersebut, keluarga pengantin didengari saling bertanya mengenai punca dan jenis cecair yang muncul.

Mereka akhirnya menganggap ia sebagai perkara biasa dan meneka cecair itu mungkin sisa air kotor.

Video itu bagaimanapun mendapat pelbagai reaksi  netizen dengan ada yang mengaitkannya dengan kejadian mistik.

“Saya pernah mengalami perkara begini menjelang hari pernikahan tetapi cecair yang keluar lebih banyak. Saya menggosok bawang putih pada bahagian yang keluar cecair itu dan memperbanyakkan ibadat dan mengaji (al-Quran). Selama dua hari berturut-turut ia berlaku,” kata seorang netizen.

Namun, ada juga yang menganggap ia hanya cecair air kotor yang tiada kaitan dengan unsur misteri.

“Itu air kotor dan mengalir keluar dari dalam dinding. Mungkin ada (paip) yang sudah rosak, jadi sisa air kotor keluar,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI 

Wednesday, March 6, 2024

Wanita pegang sepanduk cari jodoh di tengah jalan

 


Wanita tersebut berdiri di tepi jalan raya sambil menunjukkan sepanduk kepada penunggang motosikal dan pemandu kenderaan yang lalu-lalang di situ. – Instagram

JAKARTA – Seorang pelancong Russia mengundang kecaman netizen Indonesia kerana berlegar-legar di tepi jalan di Pulau Bali sambil memegang sepanduk untuk mencari jodoh, lapor program berita Liputan6 kelmarin.

Berdasarkan rakaman tular di media sosial, wanita warga asing itu dilihat memakai gaun berwarna putih dan selendang pengantin pada kepalanya.

Dia memegang sepanduk bertulis perkataan ‘Mencari lelaki bujang’ di samping alamat akaun Instagramnya iaitu @lina_secretss.

ADVERTISING
Ads by Kiosked

Wanita tersebut dilihat berdiri di tepi jalan raya sambil menunjukkan sepanduk kepada penunggang motosikal dan pemandu kenderaan yang lalu-lalang.

Pengguna jalan raya yang melihat aksi wanita itu kelihatan kehairanan dengan ada yang berhenti seketika untuk membaca sepanduk berkenaan yang tidak ditulis dalam bahasa tempatan.

Aksi wanita itu mengundang kecaman dengan pelbagai komen ditinggalkan pada hantaran video di media sosial.

“Ini adalah cara untuk membuat lelaki lari daripada anda,” kata seorang pengguna media sosial.

“Tolong hantar dia pulang,” kata netizen lain.

Dalam pada itu, selepas menyedari video mengenai dirinya menjadi tular, wanita berkenaan tampil memberikan komen.

Ads by Kiosked

“Mengapa anda semua begitu agresif? Itu hanya gurauan, saya tidak melakukan perkara buruk kepada orang lain dan tidak mengganggu lalu lintas. Saya tidak bekerja di Bali dan mempunyai perniagaan online,” katanya. – AGENSI 

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung