Nuffnang

Tuesday, August 31, 2021

Aishah dibawa ke hospital selepas positif Covid-19 - “Saya ada asma, sekarang demam panas dan semput”

 

Aishah dibawa ke hospital selepas positif Covid-19 - “Saya ada asma, sekarang demam panas dan semput”

Aishah mohon orang ramai mendoakan kesihatannya.

PENYANYI Aishah yang disahkan positif Covid-19 terpaksa dikejarkan ke Hospital Ampang, Kuala Lumpur pada malam Isnin.

Menerusi Instagram, Aishah atau nama sebenar Wan Aishah Wan Ariffin, 56, berkata, ini pengalaman mencemaskan apabila dia dibawa ke hospital menaiki ambulans.

Beberapa jam sebelum dibawa ke hospital, penyanyi lagu Janji Manismu ini memaklumkan dia positif virus berkenaan selepas melakukan ujian calitan atau swab test.


"Adventure naik ambulans dengan siren ke Hospital Ampang," tulisnya pada ruangan kapsyen.

Usaha mStar untuk mendapatkan pengesahan mengenai keadaan terkini kesihatannya tidak berjaya apabila panggilan dan mesej dihantar tidak dijawab.

aishah 2

Aishah alami simptom Covid-19.

Sebelum itu, Aishah ada berkongsi video dia menjalani ujian calitan di kediamannya.

Dalam video yang dikongsi itu, Aishah kelihatan lemah dan tidak bermaya.

"Covid positif, tolong doakan kami," tulisnya.

TONTON VIDEO AISHAH!

Menerusi laporan sebuah portal berita, Aishah memberitahu dia turut mengalami gejala demam dan semput.

"Saya memang sudah ada penyakit asma dan sekarang mempunyai gejala seperti demam panas dan semput. Doakan saya supaya kuat dan cepat sembuh," katanya

Difahamkan suaminya disahkan negatif manakala, dua anak lelakinya Armand Azhari, 28, dan Azhad Ahlami, 23, masih menunggu keputusan ujian calitan.


Monday, August 30, 2021

Tudia Aihhh !!! Kejam! Wanita dirogol, diliwat, dibunuh... mayat mangsa disembunyi bawah katil

 

Kejam! Wanita dirogol, diliwat, dibunuh... mayat mangsa disembunyi bawah katil

Seorang wanita maut dipercayai dirogol dan dibunuh sebelum mayatnya disembunyikan di bawah katil. - gambar hiasan

TIADA perikemanusiaan! Begitulah gambaran terhadap pelaku yang menyebabkan seorang wanita maut, dipercayai dirogol dan dibunuh.

Lebih kejam, mayat mangsa disembunyikan di bawah katil di Taman Seruling Emas, Sungai Jawi di Nibong Tebal, pada pukul 7.20 malam, Sabtu.

Mangsa yang bekerja sebagai kerani di sebuah kilang perabot di Sungai Bakap dikatakan tinggal seorang diri di rumah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern berkata, siasatan awal mendapati, mangsa yang berusia 40 tahun itu dirogol dan diliwat sebelum dibunuh oleh seorang lelaki yang memecah masuk rumahnya.

Menurut Chong Chern, kejadian itu disedari rakan mangsa yang datang ke rumahnya pada jam 3 petang kerana mempunyai janji temu dengan mangsa.

"Ketika rakan mangsa berada di hadapan rumahnya, dia ternampak seorang lelaki keluar dari rumah mangsa dengan menaiki motosikal. Rakannya itu kemudian menghubungi kakak mangsa bagi memaklumkan perkara itu.

"Kakak mangsa telah menghubungi rakannya untuk memeriksa rumah adiknya. Ketika pemeriksaan dibuat, pintu rumah didapati terbuka sedikit, lalu rakan kakak mangsa menghubungi polis untuk pemeriksaan lanjut," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Katanya, rumah mangsa didapati dalam keadaan berselerak semasa polis melakukan pemeriksaan.

"Mangsa ditemui dalam keadaan terbaring di bawah katil bilik bawah di rumah dua tingkat yang didiaminya.

"Menurut salah seorang jiran mangsa, dia juga ternampak seorang lelaki telah keluar dari rumah mangsa yang menaiki motosikal jenis SYM pada petang hari kejadian," katanya. - Sinar Harian

Sunday, August 29, 2021

Tediaa !! Fuh, gaya dah ada! Aksi terjunan ‘ala Pandelela Rinong’

 

Fuh, gaya dah ada! Aksi terjunan ‘ala Pandelela Rinong’ lelaki ini ketika berkelah jadi perhatian... siapa dia sebenarnya?

Syawal cuba untuk meniru aksi terjunan Pandalela Rinong.

"TERJUNAN ala-ala Pandalela Rinong," itulah gambaran terhadap video seorang lelaki yang cuba melakukan terjunan dalam air, tak ubah seperti seorang atlet profesional.

Dalam video tersebut jelas kelihatan dia sedang berangan-angan sedang mewakili negara di sukan Olimpik sambil kedengaran audio pengulas sukan walau pada hakikatnya dia hanya melakukannya di kawasan perkelahan bersama rakan-rakan.

Visual tersebut setakat ini meraih hampir 220,000 tontonan di aplikasi TikTok.


Becerita kepada mStar, Matsyawalludin Mohd Muis, 21, berkata pada hari tersebut dia bersama empat rakan sekolahnya mandi-manda di air terjun Bukit Nyabau, Bintulu, Sarawak.

Mereka berlima mengambil masa 20 minit untuk sampai ke air terjun itu setelah terpaksa mengharungi hutan, bukit dan permukaan tanah yang licin.

Pada asalnya video terjunan itu dirakam untuk tujuan kenangan sahaja, namun idea lain pula muncul apabila dia sudah sampai di rumah.

"Saya ajak mereka mandi-manda dan BBQ di kawasan air terjun. Sampai je di sungai, benda pertama saya buat ialah tolong sediakan barang untuk BBQ. Lepas tu barulah saya buat terjunan ala-ala Pandelela Rinong.

"Saya rekod video itu suka-suka je sebagai kenangan dengan kawan-kawan, tak terfikir pun nak buat content TikTok sehinggalah saya pulang ke rumah.

IMG_7040

Syawal merupakan seorang atlet dalam acara lompat kijang.

"Saya memang minat dan nak cuba buat terjunan ala Pandelela. Sebelum ni saya pernah berhasrat nak sertai sukan diving tapi tak dapat," katanya yang menetap di Bintulu, Sarawak.

Lebih mesra disapa Syawal, katanya, minat untuk menjadi penerjun timbul seawal usianya 12 tahun dan ia bermula ketika menyaksikan Pandalela beraksi di Olimpik London pada tahun 2012.

Namun minatnya terhalang kerana kekurangan fasiliti yang sesuai untuk sukan tersebut.

"Minat itu timbul apabila saya melihat Pandelela rinong beraksi di pentas Olimpik London 2012 dan berjaya dapat pingat perak.

"Terdetik juga dalam hati nak ikut jejak langkah dia, tapi dekat Bintulu ni tak ada pusat atau pasukan diving. Kolam yang ada pun untuk berenang sahaja.

IMG_7035

Syawal mewakili Sarawak dalam kejohanan Sukma pada tahun 2016 dan 2018.

"Minat saya terhalang disebabkan perkara itulah, agak kecewa juga sebenarnya. Tapi kalau diberi peluang tu memang saya nak sangat," ujarnya yang merupakan bekas pelajar pra-universiti dalam jurusan Kemanusiaan di Sekolah Sukan Malaysia Sabah.

Anak keempat dari tujuh beradik itu menceburi bidang sukan sejak berusia 11 tahun dan kini merupakan atlet Sarawak dalam acara lompat kijang.

Bermula dengan mewakili Sarawak hingga ke peringkat Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM), Syawal juga pernah beraksi dalam kejohanan Sukma pada tahun 2016 di Sarawak dan 2018 di Perak.

"Saya belum berpeluang lagi merasa menang pingat, cuma Sukma 2016 di Sarawak dapat top 4 dalam acara lompat kijang dan tempat kelapan waktu Sukma 2018 di Perak.

"Saya mula berkecimpung dalam dunia sukan ni sejak berusia 11 tahun. Ketika umur 14 tahun saya dah mewakili Sarawak untuk MSSM, tetapi masa tu masih dalam acara lari berpagar," katanya.

Untuk rakyat Malaysia, sokonglah atlet negara tidak kira kalah atau menang

MATSYAWALLUDIN MOHD MUIS

Sebagai salah seorang atlet negara, Syawal berharap agar sukan di Malaysia lebih sukses dan nama negara disegani di peringkat antarabangsa.

Dia juga berpesan agar orang ramai terus menyokong semua atlet tidak kiralah sama ada mereka kalah atau menang.

"Saya harap sukan di Malaysia lebih maju, sukses dan hebat agar kita dipandang serta disegani di peringkat antarabangsa.

IMG_7037

Dia mula menceburi bidang sukan seawal usia 11 tahun.

"Pesanan saya kepada para atlet negara untuk berlatih bersungguh sungguh, korbankan masa untuk latihan dan harumkan nama Malaysia di persada dunia agar tidak dipandang rendah.

"Untuk rakyat Malaysia, sokonglah atlet negara tidak kira kalah atau menang, kerana sesungguhnya sokongan kita ini penguat semangat mereka yang berjuang untuk membawa pulang pingat," katanya.

Saturday, August 28, 2021

Wow Tudia !!! [VIDEO] Spekulasi bakal kahwin PA muncul balik, tapi Vida masih trauma -

 

[VIDEO] Spekulasi bakal kahwin PA muncul balik, tapi Vida masih trauma - “Kalau ada jodoh sekalipun saya nak yang sama level... kaya”

Bukan kali pertama Vida digosipkan mempunyai hubungan istimewa dengan Iqbal.

TIADA angin tiada ribut... tiba-tiba timbul kembali gosip kononnya usahawan kosmetik Datuk Seri Vida bakal mengakhiri zaman janda dengan bekas pembantu peribadi.

Menafikan khabar angin tersebut, Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata sehingga kini dia masih belum terfikir untuk kembali memegang status isteri orang.

Menurut Vida, 50, dia masih trauma dengan perkahwinan terdahulu dan perlu lebih berhati-hati dalam memilih bakal suami.


"Memang ramai yang nak tengok saya berpasangan, mereka kata apabila berkahwin itu akan melengkapkan kehidupan saya.

vida 1

Vida nafi bakal berkahwin dengan bekas pekerja.

"Tak kurang juga ada pengikut minta saya tumpu pada anak-anak sahaja. Sejujurnya pilihan ke arah hidup berpasangan itu memang ada.

"Tapi saya takut, rasa trauma dengan perkahwinan dahulu. Itu membuatkan saya lebih berhati-hati... nak kata serik pun ya juga," katanya kepada mStar.

Pada Rabu lalu, tular rakaman siaran langsung di laman Instagram antara Vida dan rakannya Datuk Seri Aliff Syukri.

Kalau ada jodoh sekalipun saya nak cari yang level-level saya, maksudnya dari segi umur, pengalaman, kaya of course!

DATUK SERI VIDA

USAHAWAN KOSMETIK

Dalam rakaman video itu, Aliff mengusik Vida kononnya usahawan itu akan berkahwin dengan bekas pembantu peribadi, Ahmad Iqbal Zulkefli.

Ini bukanlah kali pertama kerana sebelum ini Vida dan Iqbal pernah menjadi perbualan hangat netizen pada tahun 2017.

vida 3

Vida utamakan anak-anak dan keluarga.

Namun kedua-duanya menafikan mengenai khabar angin tersebut dan menjelaskan hubungan mereka hanya sekadar pekerja dan majikan.

Sementara itu, menerusi Instagram, Vida berkata dia mahu mencari bakal suami yang setaraf dan memiliki kewangan yang kukuh.

"Buat masa ini saya tak terfikir pun nak kahwin lagi. Anak-anak, keluarga dan perniagaan merupakan keutamaan saya.

"Kalau ada jodoh sekalipun saya nak cari yang level-level saya, maksudnya daripada segi umur, pengalaman, kaya of course (semestinya)," ujarnya.

Vida sebelum ini pernah berkahwin sebanyak tiga kali, namun semuanya berakhir dengan penceraian.

Hasil perkahwinan pertama dengan Mohd Amin Yasin mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.

Bagaimanapun, anak pertama dan kedua mereka meninggal dunia dalam kejadian kebakaran rumah pada 3 Ogos 2013.

Vida kini membesarkan dua lagi anaknya iaitu Nur Edlynn Zamilleen atau lebih dikenali sebagai Cik B, 16, dan Eric Zaquan, 14.


Friday, August 27, 2021

Wow Tudia !!! Remaja ini bisnes sendiri , ada pengalaman tolong mak bungkus bawang goreng, jual pisang goreng

 

Remaja ini bisnes sendiri selepas berhenti belajar tingkatan 6, ada pengalaman tolong mak bungkus bawang goreng, jual pisang goreng

Ikhwan juga mula berjinak-jinak sebagai YouTuber sejak April tahun lalu dan sehingga kini sudah mengumpul lebih 4,800 subscribers.

JIKA kebanyakan rakan sebayanya sibuk mengikuti pengajian, remaja ini memilih haluan berbeza.

Menurut Mohamad Ikhwan Ahmad, 20, dia sebelum ini pernah mengikuti pengajian di tingkatan enam, namun ia terhenti separuh jalan.

Menetap di Langkawi, Kedah, dia yang mesra disapa Ikhwan pernah bekerja dengan sebuah hotel sebelum menjadi pembantu di sebuah gerai pisang goreng.


Kini, dia melangkah satu lagi anak tangga dengan bergelar YouTuber serta berniaga baju bundle yang beroperasi menerusi siaran langsung (live) di aplikasi TikTok.

Bercerita kepada mStar, Ikhwan mengaku minat terhadap dunia bisnes dan sentiasa percaya dengan ketetapan rezeki Allah.

"Sekarang saya berniaga baju bundle dalam live di TikTok. Sebelum ini pernah belajar tingkatan enam, tapi separuh jalan saja kerana ada masalah kewangan sikit.

"Banyak juga cabaran bila berniaga bundle secara live. Ada yang tak serius, mereka main-main. Dah lock baju, kemudian senyap terus.

"Alhamdulillah, ada sambutan juga. Kadang-kadang sekali live, dapat jual dalam tiga ke empat helai baju," ujar anak bongsu daripada enam beradik itu.

ikhwan4

Ikhwan berniaga baju bundle menerusi live TikTok.

Kata Ikhwan, sudah menjadi adat berniaga apabila ada turun naik saban hari, namun dia tak pernah menyesal dengan pilihan untuk terjun ke bidang itu.

Malah katanya, dia ada impian untuk membuka kedai bundle sendiri suatu hari nanti.

Saya juga pernah tolong mak kawan saya berniaga pisang goreng.

IKHWAN

"Saya mula meminati bidang ini selepas tengok orang lain berniaga bundle dalam TikTok. Saya tak pernah menyesal walaupun ada kalanya baju tak terjual.

"Saya anggap itu bukan rezeki saya. Saya nak jadi seorang yang berani mencuba dalam bisnes. InsyaAllah kalau ada rezeki boleh buka kedai.Memang ada impian nak buka kedai.

ikhwan2

Ikhwan pasang impian buka kedai bundle suatu hari nanti.

"Mak saya pun berniaga. Mak buat bisnes bawang goreng. Biasanya saya akan tolong mak untuk packing. Ayah dah meninggal kerana diebetes ketika saya umur 15 tahun.

"Sebelum ini, saya juga pernah tolong mak kawan saya berniaga pisang goreng," cerita Ikhwan lagi.

Selain bidang bisnes, Ikhwan juga mula berjinak-jinak sebagai YouTuber sejak April tahun lalu dan sehingga kini sudah mengumpul lebih 4,800 subscribers.

ikhwan3

Ikhwan bergelar YouTuber sejak tahun lalu.

"Saya juga ada buat YouTube. Saya hasilkan video prank dan pick up line. Impian saya kalau boleh nak capai 100,000 subscribers.

"Biasanya kawan-kawan yang akan tolong kalau saya buat video YouTube," ujarnya lagi.Tq Mstar

Thursday, August 26, 2021

Tudia Aihh !! Pelawak seberang sanggup tayang rambut demi duit, tak peduli kecaman netizen ‘on off’ pakai tudung

 

Pelawak seberang sanggup tayang rambut demi duit, tak peduli kecaman netizen ‘on off’ pakai tudung



PELAWAK terkenal dari Indonesia, Elly Sugigi mengakui masih belum berhijab penuh dan tidak kisah jika perlu menanggalkan tudung demi tuntutan kerja.

Menurut laporan Tabloid Bintang, Elly berkata dia tidak ambil pusing dengan kritikan dan komen negatif segelintir pihak berhubung pendiriannya dalam isu ini.

Meskipun rela tayang rambut kerana tuntutan kerja, dia akan memastikan dirinya memakai pakaian yang sesuai serta tidak mencolok mata.

"Saya pakai stokin, baju lengan panjang supaya tak nampak aurat.

"Rambut dilepas tak apa, yang penting saya tidak nampak aurat (lain) dan tidak berbuat dosa.

"(Ini) Pekerjaan, mencari wang di kala pandemik begini," katanya yang sedang mempelajari lebih mendalam mengenai agama.


Wednesday, August 25, 2021

Tudia aihh !! Pesakit mental kelar bapa sendiri

 


BACHOK – Seorang pesakit mental mengamuk sebelum bertindak mengelar bapa sendiri selepas berang mendengar tangisan anak saudaranya di rumah mereka di Jalan Depan Pasar Bachok di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 11 pagi tadi itu menyebabkan mangsa, Azmail Mohd. Salmon, 66, cedera pada bahagian leher, kepala, telinga, tapak tangan dan lengan selepas anak lelakinya yang berusia 28 tahun mengelarnya dengan pisau pemotong sayur.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, siasatan mendapati, sebelum kejadian, suspek dipercayai telah memarahi anak saudaranya berusia empat tahun yang dipercayai sedang menangis.

Menurutnya, insiden itu menyebabkan berlaku pertengkaran antara suspek dengan seorang lagi anak saudara perempuan berusia 16 tahun dan ayahnya.

“Selepas itu, mangsa dipercayai telah memukul ayahnya itu dengan tangan sebelum dia pergi ke dapur untuk mengambil sebilah pisau dan menikam beberapa bahagian anggota badan mangsa.

“Terkejut dengan keadaan itu, anak saudara perempuannya telah melarikan diri ke tingkat atas rumah untuk meminta pertolongan daripada pembantu rumah mereka agar menghubungi pihak polis,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Menurut Mohamad Ismail, suspek yang tidak bekerja kini sudah ditahan polis untuk membantu siasatan.

Tambah beliau, keadaan mangsa kini stabil dan sedang dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia. Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana melakukan cubaan membunuh. – K! ONLINE

Tuesday, August 24, 2021

Wow !! [VIDEO] “Mesti Tunku Azizah peminat Remy” - Netizen usik, minta Remy dan Ezza buka hadiah daripada Agong

 

[VIDEO] “Mesti Tunku Azizah peminat Remy” - Netizen usik, minta Remy dan Ezza buka hadiah daripada Agong

Remy dan Ezza menjunjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah atas kiriman hadiah perkahwinan daripada Istana Negara.

SEPERTI pasangan pengantin yang lain, Remy Ishak dan isterinya Ezza Yusof turut tidak ketinggalan menerima hadiah sempena perkahwinan mereka yang baharu sahaja berlangsung pada Sabtu lalu.

Tapi nampaknya Remy atau Mohammad Zalimei Ishak, 39, lebih bertuah apabila menerima hadiah istimewa daripada Istana Negara.


Kata Remy dia terkejut namun berbesar hati menerima hadiah daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

TONTON REMY TUNJUK HADIAH!

"Patik dan isteri merafak sembah menjunjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah atas hadiah perkahwinan daripada Istana Negara kepada kami berdua.

"Kami mendoakan kesejahteraan dunia dan akhirat serta limpah kurnia Allah buat Tuanku dan Tunku," tulisnya di Instagram.

Bukan sahaja Remy dan Ezza, para peminat pelakon filem Sangkar itu turut teruja dengan hadiah yang dibungkus dalam kotak serba kuning itu.

Kami mendoakan kesejahteraan dunia dan akhirat serta limpah kurnia Allah buat Tuanku dan Tunku.

REMY ISHAK

PELAKON

Malah ada juga yang sempat bergurau dengan berkata bahawa Tunku Azizah juga merupakan salah seorang peminat Remy.

"Mesti Tunku peminat Remy ni... untung ramai sayang.

"Untungnya dapat hadiah daripada Agong. Bukalah nak tengok dapat apa.... please.

REMY EZZA

Remy dan Ezza selamat bernikah pada 21 Ogos lalu.

"Alhamdulillah. Bertuahnya, mesti Tunku Permaisuri peminat setia lakonan Remy Ishak ni," tulis beberapa netizen.

Remy selamat bergelar suami kepada wanita pilihannya yang juga seorang usahawan, Ezza atau Roszaliza Yusof, 38, pada 21 Ogos lalu dalam satu majlis ringkas di Masjid Negara.



Monday, August 23, 2021

Tudiaa !! “Kalau ada yang patah hati tolong maafkan saya” - Remy Ishak janji terus hiburkan peminat walaupun sudah berstatus suami orang

 

“Kalau ada yang patah hati tolong maafkan saya” - Remy Ishak janji terus hiburkan peminat walaupun sudah berstatus suami orang


Remy berterima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokongnya.

KELAKAR dan mencuit hati.

Macam-macam ragam peminat Remy Ishak meluahkan perasaan di media sosial apabila ‘hero Malaya’ kesayangan mereka selamat bernikah pada Sabtu.

Malah boleh dikatakan Remy sendiri sempat menonton video-video kreatif ‘hadiah’ perkahwinan yang dihasilkan peminatnya termasuk luahan ‘patah hati’ di laman sosial.

Bagaimanapun Remy berkata, dia meminta maaf jika ada peminat yang betul-betul kecewa dengan keputusannya untuk berumah tangga.

“Sejak dua hari lepas banyak betul mesej kawan-kawan dan family yang forward video seperti ini.

“Saya tahu mereka semua adalah peminat dan penyokong yang bergurau untuk menceriakan hari saya. Tapi kalau ada yang patah hati tolong maafkan saya,” ujarnya.

Pelakon Pujaan Hati Kanda turut memuat baik sebuah video yang memperlihatkan seorang wanita sedang bersedih dengan iringan lagu nyanyian Rossa berjudul Hati Yang Kau Sakiti.

Menerusi video berkenaan turut disertakan sebuah artikel mStar bertajuk Remy nikah Sabtu ini, Ezza Yusof pilihan hati - “Baik dan buruk dia saya tahu”.

Saya tahu mereka semua adalah peminat dan penyokong yang bergurau untuk menceriakan hari saya.

REMY ISHAK

PELAKON

Dalam pada itu, Remy berkata, biarpun sudah bergelar suami orang, dia tetap akan meneruskan kerjaya lakonan dan menghiburkan peminat-peminatnya.

“InsyaAllah saya akan tetap menghiburkan anda semua dalam projek yang akan datang.

“Terima kasih semua kerana masih setia bersama saya” ujarnya lagi.

Remy Ishak and Ezza Yusof are now a married couple. Photo: riseandwin.asia/InstagramRemy dan Ezza disatukan sebagai suami isteri pada petang Sabtu.

Remy atau nama sebenar Mohammad Zalimei Ishak, 39, selamat bergelar suami kepada Ezza Yusof dengan sekali lafaz pada kira-kira pukul 1 petang Sabtu.

Majlis akad nikah pasangan sama cantik sama padan ini berlangsung secara tertutup di Masjid Negara, Kuala Lumpur mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Remy dan Ezza atau nama sebenarnya Roszaliza Yusof pernah mengikat tali pertunangan pada 2017, namun ikatan perhubungan mereka putus pada 2019.

Bagaimanapun, hubungan mereka dikatakan kembali pulih tahun ini selepas Remy membuat kejutan meraikan hari jadi Ezza di sebuah restoran.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung