Nuffnang

Tuesday, December 31, 2019

Wow !!! Pereka fesyen berhenti kerja jadi pengasuh kanak-kanak, ibu bapa sanggup tunggu lima bulan untuk dapatkan khidmatnya!


Pereka fesyen berhenti kerja jadi pengasuh kanak-kanak, ibu bapa sanggup tunggu lima bulan untuk dapatkan khidmatnya!
Sam Mills mendapat permintaan daripada ramai ibu bapa yang mahu menjadikannya sebagai pengasuh anak mereka. Foto:
KETIKA mula-mula-memutuskan untuk berhenti kerja sebagai pereka fesyen dan menjadi pengasuh kanak-kanak, Sam Mills merasakan jantinanya sebagai lelaki bakal menghalang prospek kerja baharunya.
Namun siapa sangka, lelaki berusia 38 tahun itu akhirnya mendapat permintaan yang tidak disangka-sangka.
Sam mula menyedari dia berkebolehan menjaga anak kecil selepas anak perempuannya, Molly, 4, lahir.
Justeru, dia mengambil keputusan untuk berhenti daripada kerjayanya yang popular dengan menjadi pengasuh sepenuh masa sejak November 2017.
Dia mengenakan upah sebanyak £4.50 (RM24.27) untuk setiap jam bagi setiap orang kanak-kanak.
Sam turut mengajar kanak-kanak tersebut dengan pelbagai topik seperti memasak, membakar kek dan sebagainya.
Perkhidmatannya mula meniti dari bibir ke bibir sehingga ramai ibu bapa memohon untuk menghantar anak mereka di bawah asuhan lelaki tersebut.
Malah, ada ibu bapa yang sanggup menunggu sehingga lima bulan demi mendapatkan perkhidmatannya. - Metro.co.uk

Monday, December 30, 2019

Perghh !!! Pasangan tak sengaja buang wang tunai lebih RM80,000 di pusat kitar semula




Pasangan tak sengaja buang wang tunai lebih RM80,000 di pusat kitar semula

Pusat kitar semula di depot Bathnes di Midsomer Norton. Foto Daily Star
SATU pasangan secara tidak sengaja membuang wang tunai £15,000 (RM81,053) di pusat kitar semula.
Wang mereka bagaimanapun telah dikembalikan sebelum Krismas.

Pasangan dari Burnham-on-Sea di Somerset, England itu telah membuang beberapa kotak untuk dikitar semula di depot Bathnes di Midsomer Norton.
Mereka bernasib baik apabila pekerja di pusat berkenaan apabila pekerja mencari kabel elektrik, menjumpai kotak yang mengandungi wang itu sebelum memaklumkan kepada pihak polis.
Menurut laporan Somerset Live, polis kemudian berjaya menjejaki orang yang meninggalkan kotak-kotak di pusat kitar semula dengan mengenal pasti kereta yang memasuki kawasan itu sebelum mendapatkan alamat.
Ketika disoal siasat, pasangan dari Burnham itu berkata, mereka berada di Bath bagi membantu membersihkan rumah saudara yang meninggal dunia semasa kotak-kotak itu dihantar ke pusat kitar semula.
Menurut pasangan itu, saudara mereka dikenali sering menyimpan wang di tempat-tempat pelik di sekitar rumah. - Daily Star







Friday, December 27, 2019

Wow !!! Tragedi konvoi berdarah



Tragedi konvoi berdarah

Keadaan motosikal ditunggang mangsa selepas terbabit kemalangan di Kilometer 5, Jalan Sungai Koyan-Raub tengah hari tadi.
LIPIS - Konvoi sekumpulan penunggang motosikal ke Cameron Highlands bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka maut selepas terbabit kemalangan di Kilometer 5, Jalan Sungai Koyan-Raub di sini tengah hari tadi.

Dalam kemalangan kira-kira jam 12.45 tengah hari itu, mangsa, Muhammad Zulkarnain Ariffin, 30, dari Cheras, Kuala Lumpur disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR berkonvoi dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Cameron Highlands.

Menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai gagal mengawal motosikalnya di satu laluan berselekoh lalu terbabas dan melanggar tiang elektrik.

"Akibat kejadian, mangsa terjatuh dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Siasatan awal mendapati, mangsa terbabas sendiri dan tidak melibatkan kenderaan lain," katanya.

Azli berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk proses bedah siasat.

"Kemalangan meragut nyawa penunggang ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.


Kemalangan mautCameron HighlandsKilometer 5Jalan Sungai Koyan-RaubMuhammad Zulkarnain Ariffin
×Profesional, berpelajaran tinggi sasaran utama

Thursday, December 26, 2019

Perghh !!! Tongkang bawa 600 gelen minyak karam berhampiran Kepulauan Galapagos


Tongkang bawa 600 gelen minyak karam berhampiran Kepulauan Galapagos

Kejadian itu menyebabkan 600 gelen minyak tumpah dalam laut.
MALANG tidak berbau.
Begitulah yang dapat digambarkan mengenai kejadian melibatkan sebuah tongkang di Kepualauan Galapagos, berdekatan Ekuador, Amerika Selatan.
Negara itu berhadapan tugas berat untuk mengekang kesan buruk kepada alam sekitar ekoran tumpahan 600 gelen minyak petrol di dalam laut.
Ia susulan tragedi sebuah tongkang yang karam, beberapa hari lalu.
Tongkang itu karam selepas sebuah kren yang sedang memunggahkan kontena terbalik ke atasnya.
Lebih menakutkan, petugas tongkang itu terpaksa terjun ke dalam laut sewaktu ia terbalik dan karam. - BBC.









Tuesday, December 24, 2019

Wow !!! Murid terkejut guru pakai sut anatomi dalam kelas


Murid terkejut guru pakai sut anatomi dalam kelas

Seorang guru membuat kejutab memakai sut organ dalaman di dalam kelas. Foto mikemoratinos/Twitter
SEORANG guru bertindak luar biasa untuk membantu pelajar-pelajarnya memahami pengajarannya semasa kelas anatomi.
Veronica Duque yang berpengalaman mengajar selama 15 tahun berpakaian sut lengkap yang menunjukkan kedudukan organ dalaman badan.
Tindakan tersebut dilakukan selepas mendapati pelajar-pelajarnya mengalami masalah untuk memahami konsep anatomi.
Suami kepada guru berkenaan memuat naik gambar-gambar isterinya sedang mengajar kanak-kanak berusia lapan dan sembilan tahun di laman sosial Twitter.
"Hari ini dia menjelaskan tentang anatomi manusia kepada pelajar-pelajarnya dalam cara yang paling asli.
"Dan kanak-kanak terkejut. Veronica terbaik!" menurut tulisan suaminya dalam bahasa Sepanyol.
Inisiatif Veronica itu meraih banyak pujian dalam kalangan netizen yang menyifatkan ia sebagai kreatif.
Veronica mengajar sains, seni, bahasa Inggeris dan Sepanyol.
Bercakap kepada Bored Panda, dia menemui sut badan itu di Internet dan memikirkan untuk mencubanya.
Dia dikenali sebagai guru yang sering membuat kejutan kepada pelajar-pelajarnya untuk menghidupkan sesuatu dalam sesi pengajarannya. - Mirror











Friday, December 20, 2019

Wow !!! Pemuda bertuah dapat kereta mewah, geran rumah saat dilamar teman wanita



Pemuda bertuah dapat kereta mewah, geran rumah saat dilamar teman wanita

Seorang wanita di China melamar teman lelakinya dengan memberi geran rumah dan kunci kereta BMW. Foto: Screengrab/Weibo
LAZIMNYA kita mendengar lelaki yang akan melamar wanita.
Namun berlainan pula dengan pasangan dari China ini, di mana teman wanita yang melamar kekasihnya.
Paling mengejutkan, wanita terbabit, Xiaojing, 24, melamar teman lelakinya, Xioke dengan geran rumah dan kunci sebuah kereta mewah, BMW.
Lamaran romantis itu dilakukan di sebuah pusat kebudayaan di Henan, bersempena ulang tahun yang pertama pasangan berkenaan pada 11 Diember lalu.
Xiaojing telah membuat rancangan untuk melamar Xiaoke, di tempat yang sama lelaki itu mengajaknya keluar.
"Saya menyediakan semua ini, tidak kisah jika kamu punyainya atau tidak, saya masih mahu bersama kamu. Sudikah kamu berkahwin dengan saya," kata Xiaojing sambil menyampaikan sejambak bunga kepada Xiaoke.
"Ini sangat tidak dijangka, ya, saya akan kahwini anda," jawab Xiaoke, dengan perasaan terkejut.
Menjelaskan keputusannya untuk melamar, Xiaojing, yang bekerja dalam bidang rekaan berkata, dia sanggup melakukan apa sahaja untuk Xioke yang sudah banyak berkorban untuknya. - AsiaOne
Tags/Kata Kunci:BMW , geran rumah , Henan

Thursday, December 19, 2019

Kasih sampai hujung nyawa, dua remaja maut terkena renjatan elektrik semasa di dapur



Kasih sampai hujung nyawa, dua remaja maut terkena renjatan elektrik semasa di dapur

Gabriel Campos Zapata dan Alexandra Porras meninggal dunia pada Ahad.
SEPASANG kekasih maut terkena renjatan elektrik ketika sedang bekerja di dapur sebuah restoran makanan segera popular, McDonald.
Alexandra Porras Inga dan Gabriel Campos Zapata maut pada Ahad ketika sedang bertugas syif malam di cawangan restoran McDonald dekat daerah Pueblo Libre di Lima, Peru.
Kedua-duanya dilaporkan berusia 18 tahun dan merupakan pasangan kekasih yang baharu saja tamat sekolah tinggi.
Difahamkan mereka berkerja di restoran itu sejak enam bulan lalu.
Menurut polis, gadis itu terkena renjatan elektrik ketika sedang menggunakan mesin minuman manakala Zapata maut selepas cuba membantu kekasihnya itu.
Polis masih menyiasat kes itu.
McDonald Peru dalam satu kenyataan meluahkan rasa kesal dengan insiden itu.
"Restoran akan ditutup selama dua hari di seluruh negeri bagi menghormati pemergian dua kakitangan kami," menurut kenyataan media yang dikeluarkan.
Polis akan mengambil keterangan daripada pemilik dan pengurus restoran terbabit selain melakukan pemeriksaan terhadap kemudahan elektrik dan juga sistem keselamatan bagi mengelak insiden sama berulang. - Mirror.co.uk


Wednesday, December 18, 2019

Wow !! Cayalah... biasanya artis nak menunjuk-nunjuk kereta mewah! Maya Karin naik 'train' ke majlis anugerah curi perhatian


Cayalah... biasanya artis nak menunjuk-nunjuk kereta mewah! Maya Karin naik 'train' ke majlis anugerah curi perhatian

Maya Karin naik MRT elak pencemaran udara.
TINDAKAN Maya Karin menggunakan pengangkutan awam iaitu MRT (Mass Rapid Transit) bagi menghadiri sebuah majlis anugerah mendapat perhatian netizen.
Rata-rata memuji aktres itu yang dianggap tidak menunjuk-nunjuk seperti segelintir artis lain sebaliknya bangga menaiki kemudahan awam tersebut.
"Steady la kak Maya tak malu naik pengangkutan awam... selalunya artis-artis kita ni menunjuk-nunjuk kereta mewah je" ujar salah seorang netizen.
Sementara itu, menurut Maya, dia menggunakan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas selain mengurangkan pencemaran udara.
Maya dapat pujian netizen gunakan kemudahan awam.
"Saya menaiki pengangkutan awam untuk menggelakkan kesesakan trafik dan juga dapat menjimatkan bahan bakar yang menyebabkan pencemaran udara"
"Mengambil pengangkutan awam dapat mengurangkan perbelanjaan di samping harga tambang yang murah untuk ke destinasi yang di tuju" ujarnya.
Maya menggunakan kemudahan awam itu dari pusat membeli-belah E-curve menuju ke LRT Masjid Jamek bagi menghadiri majlis Anugerah River Of Life 2019 pada Isnin.
Majlis Anugerah River Of Life 2019 itu bertujuan untuk meraikan komuniti, institusi pendidikan, industri korporat, pemaju, orang awam, individu dan media yang banyak menyumbang kepada projek River of Life sejak tahun 2017.
Projek River of Life ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan orang ramai untuk memelihara kebersihan sungai.

Tuesday, December 17, 2019

Perghh !!! Restoran diarah tutup selepas pelanggan rakam aksi pekerja kencing di dapur ketika drive-thru



Restoran diarah tutup selepas pelanggan rakam aksi pekerja kencing di dapur ketika drive-thru

Perbuatan tidak senonoh seorang pekerja restoran terbabit mengundang kemarahan netizen.
SEBUAH restoran diarah tutup selepas seorang pelanggan merakam aksi pekerja kencing di bahagian dapur.
Jabatan Kesihatan menghantar notis penutupan kepada restoran terkemuka dari Mexico di Draper, Utah itu selepas rakaman tersebut tular di media sosial.
Robert Talivakola membuat pesanan menerusi drive-thru pagi Ahad ketika insiden itu berlaku.
Pemuda itu berkata dia amat terkejut dengan apa yang dilihatnya dan bertindak merakam perbuatan tidak senonoh itu untuk menyakinkan orang ramai.
"Saya suka Rancherito. Saya makan di situ banyak kali. Saya sedikit terganggu apabila melihat perbuatan itu.
"Kamu seperti tidak mahu datang kembali. Sejujurnya saya tidak akan makan di restoran itu lagi," katanya.
Talivakola kemudian berkongsi rakaman itu di Facebook yang ditonton sebanyak 70,000 kali sebelum posting itu dipadam.
Restoran itu dtutup selepas Jabatan Kesihatan mengesahkan salah seorang pekerja restoran itu mencetuskan keraguan mengenai keselamatan makanan yang dihidangkan.
Seluruh restoran kini sedang dibersihkan dan akan dibuka semula selepas pihak pengurusan bertemu dengan Biro Pelindungan Makanan untuk pemeriksaan lengkap termasuk pengesahan latihan pekerja. - Mstar
Tags/Kata Kunci:dapur , kencing , restoran


Monday, December 16, 2019

Perggghhh !!! Bank tersilap pindahkan RM153 juta dalam akaun simpanan, tindakan wanita ini amat mengejutkan


Bank tersilap pindahkan RM153 juta dalam akaun simpanan, tindakan wanita ini amat mengejutkan

Ruth Balloon terkejut apabila sebanyak AS$37 juta dipindahkan ke akaun banknya. Foto BL
SEORANG wanita menerima kejutan dalam hidupnya selepas mendapati akaun banknya mempunyai baki simpanan berjumlah AS$37 juta (RM153 juta).
Ketika itu, Ruth Balloon baru tamat waktu bekerja sebelum membuat semakan pada akaun banknya.
Dia tidak menyangka nasibnya begitu bertuah apabila menerima wang sebanyak itu.
Pada awalnya Ballon berharap seseorang menghadiahkannya wang berkenaan, tetapi dia segera membuat semakan dengan pihak bank.
Malangnya, wang berjumlah AS$37 juta itu tersilap dipindahkan ke akaun banknya.
Ballon kemudian mengembalikan semula wang berkenaan kepada bank simpanannya.
Dalam tempoh yang singkat sebagai jutawan itu, Ballon memikirkan bagaimana dia dapat membelanjakan kekayaannya.
Susulan kesilapan itu, Ballon berkata, dia tidak bercadang mahupun mencuba menyimpan wang tersebut.
Namun, apa yang diharapkannya adalah ganjaran berupa terima kasih kerana menjadi pelanggan yang setia dan memaklumkan perkara tersebut kepada bank. - Daily Star

Friday, December 13, 2019

Wow !!! Ejen Ali The Movie kekal gah dengan RM20 juta




Ejen Ali The Movie kekal gah dengan RM20 juta




Filem animasi Ejen Ali The Movie berjaya meraih kutipan sebanyak RM20 juta dalam masa dua minggu ditayangkan sejak 28 Nov lalu.

Filem terbitan bersama Primeworks Studios dan WAU Animation itu dinobatkan sebagai filem pecah panggung tempatan apabila ia berjaya mengungguli carta tempatan dalam tempoh dua minggu berturut-turut.

Jumlah itu dikutip selepas naskhah berkenaan ditayangkan di tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Brunei dengan 1.7 juta tontonan.

Fenomena Ejen Ali itu dirangsang hasil daripada sokongan padu peminat-peminat yang sentiasa memberikan respons positif, malah ada yang menontonnya berulang kali.
Iklan


Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Ahmad Izham Omar, berkata Ejen Ali The Movie adalah penanda aras satu kejayaan baru kepada Primeworks Studio apabila ia muncul sebagai filem yang paling berjaya dalam sejarah syarikat itu sejak 25 tahun lalu.

“Kami bangga dapat menutup tirai 2019 dengan pencapaian yang hebat apabila berjaya bersaing dengan gergasi industri animasi lain di Malaysia.

“Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada semua 'ejen' yang bekerja keras sehingga berjaya menakluki dunia animasi. Tanpa anda semua, kami tidak akan mampu mencapainya”, katanya dalam satu kenyataan diedarkan malam ini.

Harap tak berhenti

Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation merangkap pengarah, Usamah Zaid Yasin, berkata kejayaan Ejen Ali The Movie menjadi perangsang kepada pihaknya dan sekali gus membuktikan hasil usaha keras mereka membuahkan hasil apabila filem itu mendapat sokongan padu orang ramai.

“Terus menyokong Ejen Ali The Movie, kongsikan ulasan positif, ajak rakan anda tonton filem ini di pawagam. Harapan kami agar angka kutipan tidak terhenti setakat ini,” katanya.

Ejen Ali The Movie berkisahkan Ali, seorang budak berusia 12 tahun yang direkrut menjadi perisik bagi sebuah agensi perisikan, dikenali sebagai Meta Advance Tactical Agency (Mata) yang berperanan untuk melindungi kota futuristik Cyberaya daripada ancaman luar.

Konflik mula timbul apabila Ali mendapat tahu bahawa dia bukanlah satu-satunya ejen yang boleh mengawal gajet istimewa (IRIS - Infinity Retinal Intelligence System).

Gajet tersebut diubah suai menjadi Iris Neo, alat yang boleh dikawal serta digunakan oleh ejen-ejen lain.

Inovasi baharu ini dipersoalkan oleh Ali apabila dia berasa terpinggir dan kedudukannya sebagai ejen istimewa Mata tergugat.

Pada saat itu, dia didatangi oleh seorang individu misteri yang mendakwa mengetahui kisah silamnya.

Maka bermulalah pengembaraan baharu Ejen Ali demi membongkar kebenaran walaupun kesetiaannya terhadap Mata bakal teruji.

Thursday, December 12, 2019

Perghh !!! Berulang kali adakan hubungan intim dengan pelajar, pembantu pengajar akhirnya dicekup



Berulang kali adakan hubungan intim dengan pelajar, pembantu pengajar akhirnya dicekup

Kirstie None Rosa ditangkap kerana didakwa mengadakan hubungan seks dengan dua pelajar berusia 15 tahun berulang kali dan memberi mereka dadah. Foto: FB/Dailystar
SEORANG pembantu pengajar ditangkap kerana didakwa mengadakan hubungan seks dengan dua pelajar berusia 15 tahun dan memberi mereka dadah, menurut laporan.
Kirstie None Rosa,27, dilaporkan bersama dengan salah seorang pelajar beberapa kali di rumah remaja berkenaan dan juga rumahnya di East Naples, Florida.
Penyiasat yang meneliti kes berkenaan menemui rakaman CCTV dari bangunan apartmennya yang menunjukkan dia dan remaja terbabit berkelakuan intim di kolam renang.
Dia juga dituduh memberi dua pelajar tersebut alkohol dan dadah. Rosa telah didakwa dengan tiga tuduhan, iaitu terlibat dengan kegiatan seksual lucah dan pelik, serta memberi bahan narkotik kepada kanak-kanak di bawah umur.
Pegawai di Sekolah Daerah Collier dilaporkan mengesyorkan agar perkhidmatan Rosa ditamatkan berikutan tuduhan yang pertama kali muncul pada 7 Disember.
Sementara itu, Pejabat Sheriff Collier County mengatakan wanita itu melakukan hubungan seks dengan pelajar berumur 15 tahun berulang kali.
Rosa pada mulanya menafikan tuduhan tersebut, namun polis mengatakan bahawa mereka mempunyai dua saksi yang melihatnya bersama dengan salah seorang pelajar terbabit.
Menurut laporan polis, Rosa membawa kedua-dua pelajar itu ke rumahnya selepas membawa mereka ke pesta di mana mereka minum alkohol dan mengambil Marijuana. Mstar


Wednesday, December 11, 2019

Fuhh !!! Takut tengok! Dahan sebesar paha tembus cermin kereta, nyaris terjah muka


Takut tengok! Dahan sebesar paha tembus cermin kereta, nyaris terjah muka - “Ratusan kenderaan yang lalu, ditakdirkan aku mengharungi ujian ini seorang diri”


Seorang lelaki mengalami pengalaman ngeri apabila sebatang dahan pokok yang patah menembusi cermin keretanya. Fofo: FB Mohd Saiful Rusdy Rozlan.


BERPANTANG maut sebelum ajal!
Itulah peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan insiden yang menimpa seorang lelaki yang terselamat selepas sebatang dahan patah menembusi cermin keretanya di bahagian depan.
Menurut perkongsian Mohd Saiful Rusdy Rozlan di Facebook, insiden berlaku pada pagi Isnin lalu ketika dia sedang melalui jalan Serdang-Kulim.
Menerusi video yang dikongsikan di laman sosial, Mohd Saiful berkata dahan yang menembusi keretanya itu adalah dari pohon pokok mati di bahu jalan tersebut.
“Pokok ini sudah mati, dahannya yang besar jatuh dan mengenai kereta saya. Naya betul," katanya dalam video tersebut.
“Kalau sesiapa yang lalu jalan Serdang-Kulim minta lebih berhati-hati dengan keadaan jalan di sana. Selain jalan-jalan berlubang, pokok-pokok di kiri dan kanan jalan juga kena jaga-jaga,” tulisnya.
Perkongsian yang dimuat naik oleh Mohd Saiful di Facebook mengenai insiden ngeri yang menimpanya.
Sebelum ini Mohd Saiful memuatnaik perkongsian di laman Facebook menceritakan mengenai insiden yang menimpanya.
Dia turut memuatnaik gambar hadapan cermin keretanya yang ditembusi dahan pokok sebesar paha orang dewasa tepat di bahagian pemandu.
Dia terselamat dalam insiden tersebut, bagaimanapun cermin keretanya mengalami kerosakan teruk khususnya pada bahagian hadapan.
“Alhamdulillah saya selamat dari sebarang kecederaan. Cuma keretalah kena tahan satu bulan,” tulisnya.
Sementara itu dalam satu posting berasingan, Mohd Saiful menyifatkan dia seakan-akan diberi peluang kedua untuk hidup bagi memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik.
Kedudukan dahan yang menembusi cermin hadapan dan hanya beberapa jengkal daripada jarak kepala pemandu.
“Apa yang terjadi hari ini mungkin peluang kedua yang diberi untuk memperbaiki diri.
“Apa yang terjadi hari ini adalah bukti yang diri ini sentiasa diperhati.
“Apa yang terjadi hari ini adalah pengajaran lebih kepada diri sendiri. Dalam ratusan kenderaan yang melalui jalan tersebut, ditakdirkan untuk aku mengharungi ujian ini seorang diri. Mungkin ini hanyalah jentikan kecil untuk aku lebih sedar dan mendalami ilmu kehidupan yang hakiki,” tulisnya.
Dalam pada itu tambah Mohd Saiful, pihak berwajib sewajarnya membuat pemantauan dan penyelenggaraan agar insiden yang sama tidak berulang kepada pengguna jalan raya yang lain.
Mohd Saiful memuat naik gambar dari bahagian luar keretanya, dan juga pokok mati di tepi jalan yang menjadi punca kepada insiden yang menimpanya.
“Minta panjangkan berita ini agar semua orang lebih berjaga-jaga selepas ini. Tunggu pihak berkuasa buat kerja tak tahulah bila lagi,” tulisnya.
Dalam pada itu, rata-rata kenalan dan netizen turut melahirkan rasa lega kerana lelaki tersebut terselamat dalam insiden ngeri itu.
“Betul-betul kepala dia tembus tu, Alhamdulillah bro selamat,” tulis seorang pelayar.
“Perkongsian yang membuatkan semua untuk saling beringat. Nasib baik tak jadi apa-apa,” komen seorang pelayar lagi.
“Allahu takut tengok. Alhamdulillah hang (kamu) tak ada apa-apa. Sabar banyak-banyak, ada hikmah di sebalik semua yang berlaku,” tulis pelayar yang lain pula. mstar

Tuesday, December 10, 2019

Viral !! Alhamdulillah Penkid Telah Selamat Melahirkan anak Lelalki



“Ibu dah makan segala macam garam” - Bekas pengkid lalui banyak perubahan susulan kes viral tahun lalu, kini dikurniakan bayi lelaki
Foto perubahan Atyn dari tahun 2009 sehingga yang terbaharu dan melahirkan anak pada November lalu.
DULU menyerupai lelaki, kini ibu kepada seorang cahaya mata lelaki.
Demikian kata Atyn Junaidi, yang pernah menjadi pengkid sejak zaman sekolah lagi.
Jika diimbas, kisah wanita berusia 27 tahun pernah tular pada tahun lalu yang mana ia turut mendapat liputan mStar.
Pada waktu itu, Atyn mengambil keputusan untuk berubah kepada penampilan feminim dan menamatkan zaman bujangnya dengan Rudy Iskandar, 30, pada Ogos 2018.
Berkongsi berita gembira itu, Atyn mendedahkan dia dikurniakan seorang bayi lelaki pada 19 Novermber lalu.
"Ia satu pengalaman baharu. Sepuluh tahun lalu saya sendiri tak sangka akan kahwin dan ada anak sendiri.
Foto transformasi Atyn yang tular pada 2018.
"Dulu ingat kahwin umur 30 ke atas, tapi sebelum 30 dah kahwin, dah ada anak sendiri.
"Alhamdulillah, baby lahir dengan selamat. Terlampau banyak perubahan lepas kes viral saya pada 2018," ujarnya.
Menurut Atyn, kehadiran bayi itu dianggap sebagai pengganti kepada kehilangan bapanya yang meninggal dunia pada hujung tahun lalu.
Pesanan untuk budak-budak yang masih dalam era tu, nanti few years later mereka sendiri akan rasa malu dengan apa yang mereka buat.
ATYN JUNAIDI
BEKAS PENGKID
Malah, dia juga beranggapan segala pengalaman lampau yang pernah dilalui pasti berguna untuk mendidik dan membesarkan anaknya.
"Bila dah jadi ibu ni, kenang balik waktu dulu-dulu rasa malu pula. Tapi tu la, semua tu pengalaman kan. At least bila anak dah besar, boleh la cakap ibu dah makan segala garam dah.
"Arwah abah meninggal hujung 2018. Lepas tu dapat tahu pregnant awal tahun ini. Tuhan tarik orang yang saya sayang, lepas tu dihadiahkan orang baru dalam hidup saya.
Suami Atyn bersama cahaya mata mereka yang dilahirkan pada November lalu.
"Saya harap dengan kehadiran anak ni dapat memeriahkan balik keluarga kecil saya," ujarnya lagi.
Kata Aytn lagi, dia sendiri banyak belajar daripada pengalaman hidup khususnya sewaktu menjadi pengkid suatu ketika dahulu.
Namun kata Atyn, mana-mana individu yang berada dalam kepompong sama pastinya akan menyesali perkara itu suatu masa nanti.
Atyn dan Rudy disatukan pada Ogos tahun lalu.
"Pada saya, lagi banyak pengalaman hidup lagi banyak ia mengajar kita. Pesanan untuk budak-budak yang masih dalam era tu, nanti few years later mereka sendiri akan rasa malu dengan apa yang mereka buat.
"Tapi tu la, biar pengalaman sendiri yang ajar. Selagi diri sendiri tak rasa, dia tak tahu. Apa-apa pun, ambil yang positif, yang negatif tinggalkan," katanya lagi.
Menerusi temubual terdahulu, Atyn mendedahkan dia menjadi tomboi pada usia 15 tahun dan berubah menjadi pengkid sehingga menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi. Kredit Mstar

Monday, December 9, 2019

Perghh !! Bunuh, ratah otak gadis gara-gara bertutur dalam bahasa Inggeris


Bunuh, ratah otak gadis gara-gara bertutur dalam bahasa Inggeris
Suspek ditahan di balai polis Talisayan dan akan didakwa atas pertuduhan membunuh.
SEORANG pemuda ditahan atas pertuduhan membunuh seorang gadis dan melupuskannya mayat tersebut.
Lebih mengejutkan pemuda itu didakwa meratah otak gadis tersebut selepas membunuhnya.
Pemuda berusia 21 tahun itu dilaporkan memenggal kepada mangsa kerana bercakap bahasa Inggeris dengannya.
Suspek didakwa di Filipina selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu, lapor Sun Star.
Suspek warga Filipina yang dikenali sebagai Lloyd Bagtong mengaku membunuh gadis itu dengan menggunakan peralatan kebun dan menjamah otak mangsa.
Bagtong berkata dia melakukan perbuatan itu dalam keadaan mabuk dan lapar.
Menurut laporan Sun Star, mayat mangsa ditemui tanpa kepala dalam keadaan tidak berbaju di Punta Santiago, Talisayan pada Khamis.
Jurucakap polis berkata, suspek didakwa tidak memahami kata-kata mangsa kerana dia bercakap bahasa Inggers dengannya.
Bagtong ditahan di balai polis Talisayan dan akan didakwa atas pertuduhan bunuh. - Mirror.co.uk

Saturday, December 7, 2019

Pameran Dan Drift Car D MBi Desaku, Kulim.



Motor Drift
Penulis Bersama dengan Gambar Toyota Sport

Booth penang Route ^ Advanture Team

Pameran motor, dan Drift car d MBi, Desaku Kulim.. Sempoii. Pada hari ini. Pameranjuga banyak tertumpu kepada Motor Drift.

Friday, December 6, 2019

Perghhh !!! Lelaki penggal kepala, makan otak wanita ditahan



Lelaki penggal kepala, makan otak wanita ditahan

Gambar Hiasan
MINDANAO - Seorang lelaki di wilayah Misamis Oriental, Filipina ditahan selepas didakwa memenggal kepala seorang wanita dan makan otaknya.


Ketua Polis Talisayan, Maribeth Ramoga berkata, Lloyd Bagtong, 21, ialah suspek utama dalam pembunuhan seorang wanita tidak dikenali.

Mayat wanita separuh bogel itu ditemui kira-kira 4km dari rumah suspek di Barangay Punta dalam keadaan tanpa kepala dan kedua-dua tangannya diikat.


Menurut laporan Daily Tribune, Bagtong melihat mangsa berhampiran sebuah tanah perkuburan dan memukul kepala wanita itu dengan objek logam sebelum memenggalnya menggunakan alat seperti sabit.

"Senjata tersebut ditemui terselit di pinggang suspek. Suspek juga makan otak mangsa bersama nasi yang dimasak. Dia kemudiannya membuang tengkorak mangsa ke sebuah lubang tidak jauh dari rumahnya," kata Ramoga.

Ramoga memberitahu, Bagton mungkin mengalami masalah mental berdasarkan kenyataan daripada saksi yang mengenalinya.

"Suspek berkata mangsa dibunuh kerana bercakap dalam bahasa Inggeris. Perkara itu mungkin menjengkelkannya," katanya.

Menurut saksi, sebelum kejadian mereka ada melihat suspek dan mangsa bersama.

Polis turut menemui kain dengan kesan darah di rumah Bagtong yang dipercayai digunakan untuk membawa kepala mangsa dari tempat kejadian ke rumahnya.

Bagtong kini berada dalam tahanan polis dan menunggu kes pembunuhan difailkan terhadapnya.

Identiti mangsa juga sedang disiasat. - Agensi
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/60636/GLOBAL/Lelaki-penggal-kepala-makan-otak-wanita-ditahan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Thursday, December 5, 2019

Perghh !!! Gambar polis wanita duduk atas remaja cetus kritikan netizen


Gambar polis wanita duduk atas remaja cetus kritikan netizen

Sekeping gambar menunjukkan seorang polis wanita sedang duduk di atas badan seorang remaja perempuan tular di media sosial dan mencetuskan kritikan netizen. Foto: Facebook
SEKEPING gambar menunjukkan seorang polis wanita bertopeng dan berpakaian orang awam yang duduk di atas seorang pelajar perempuan yang terbaring di tanah, mencetuskan kritikan netizen.
Gambar tersebut yang tular di media sosial menunjukkan remaja perempuan berusia 14 tahun dan berpakaian seragam sekolah itu dipercayai salah seorang daripada empat pelajar yang ditahan di persimpangan Jalan Ma Tau Wai dan Jalan Tam Kung di To Kwa Wan kira-kira jam 7.15 pagi (waktu tempatan) pada Selasa.
Menurut polis, remaja terbabit cuba melarikan diri dengan bantuan daripada seorang lelaki.
Dilaporkan, remaja tersebut bersama tiga lagi pelajar lelaki berusia 15 tahun adalah antara kumpulan yang membina sekatan dengan kon trafik dan menyembur cat pada sebuah bas yang sedang melalui jalan berkenaan, sebelum pasukan detektif bertopeng yang memakai pakaian biasa menahan mereka.
Pegawai polis turut merampas cat semburan, baton, topeng muka dan sarung tangan suspek yang merupakan pelajar dari sebuah sekolah menengah berhampiran.
Netizen mempersoalkan keperluan untuk pegawai polis wanita itu duduk di atas remaja berkenaan, selain menyifatkan ia sebagai tindakan yang tidak berperikemanusiaan.
Malah netizen turut mendakwa polis Hong Kong kini telah menjadi semakin ganas. - South China Morning Post

Wednesday, December 4, 2019

Perghhh !!! 'Saya pakai coli lah!'


'Saya pakai coli lah!'


KUALA LUMPUR: “Orang salah faham... Saya pakai coli ketika menggayakan baju itu, cuma ia bukan jenis biasa.”

Demikian jelas pelakon, Jasmine Suraya Chin, ketika diminta mengulas mengenai penampilannya saat menggayakan persalinan menampakkan lurah pada sebuah majlis, baru-baru ini, sehingga tular di alam maya.

Katanya, dia memahami sensitiviti masyarakat berhubung isu berkenaan, sekali gus akan lebih berhati-hati dari segi pemakaian selain perkongsian di laman sosial.

“Sebenarnya saya takut nak memberikan sebarang reaksi kerana bimbang disalah tafsir atau seolah-oleh cuba mempertahankan diri. Saya pun tak sangka gambar busana pereka itu akan menjadi kecoh seperti ini, sampai ada yang salah faham.

“Bagi saya bab (seksi) seperti ini sangat sensitif dan saya pun mahu menjaga perasaan masyarakat. Memang ramai yang tinggalkan komen, tetapi apa pun tanggapan sesetengah pihak, saya tak boleh halang. Terpulang kepada persepsi masing-masing.

“Saya pula menerima semua komen yang dilayangkan pengikut di Instagram dengan hati terbuka. Paling utama, saya akan sentiasa beringat,” kata pelakon Tionghua berasal dari Kuching, Sarawak itu.

Positif berdepan dugaan, gadis berusia 30 tahun yang menyerlah menerusi filem Paskal itu juga mahu memberikan tumpuan terhadap kerja penggambaran telefilem, Jangan Ambil Kerja Tuhan, selain drama bersiri untuk slot Akasia berjudul Adellea Sofea.

Katanya, selepas ini dia akan berkampung selama tiga minggu di Bangkok, Thailand, pula untuk menyertai penggambaran sebuah filem seram terbitan produksi Hong Kong. BH online

Perghh !!! Tapak tangan terbelah gara-gara terkena mata pisau cukur tersembunyi pada troli


Tapak tangan terbelah gara-gara terkena mata pisau cukur tersembunyi pada troli

Tangan seorang ibu, Silver Taylor, terbelah gara-gara terkena mata pisau cukur yang dilekatkan pada sebuah troli di sebuah pasaraya. Foto: CBS News
PENGUNJUNG sebuah pasaraya diberi peringatan untuk memeriksa troli mereka terlebih dahulu, selepas insiden membabitkan seorang pelanggannya tercedera gara-gara terkena mata pisau cukur yang tersembunyi pada troli.
Mangsa yang merupakan seorang ibu, Silver Taylor mengalami luka di telapak tangannya dengan darah tidak henti-henti mengalir selepas terpegang pemegang troli di Texas Walmart.
Dalam satu gambar yang dimuat naik, kelihatan telapak tangan Taylor terbelah gara-gara terkena mata pisau cukur yang dilekatkan pada pemegang troli.
Susulan kecederaan tersebut, Taylor menuntut ganti rugi dan permohonan maaf daripada pasaraya tersebut.
Taylor dikhabarkan hanya menyedari tangannya terluka selepas dua pengunjung lain di hadapannya menegur dan mengatakan tangannya sedang berdarah.
Menurut peguamnya, Brad Wurster, Taylor pengsan gara-gara kehilangan darah yang banyak.
Wanita itu dirawat di Hospital St David.
Taylor berkata: “Betapa bersyukurnya saya apabila saya yang terkena, bukan kanak-kanak, misalnya anak lelaki saya” - Dailystar








Monday, December 2, 2019

perfgghhh!!! Pikat anak dapat 300 ekor babi


Pikat anak dapat 300 ekor babi

Zhang Zhiyuan masih belum memiliki pasangan kerana sibuk menguruskan ladang babi milik keluarganya di wilayah Henan.

ZHENGZHOU - Seorang bapa di wilayah Henan, China menawarkan 300 ekor babi kepada mana-mana pemuda yang sanggup mengahwini anak gadisnya.

Lapor media tempatan, lelaki itu bertindak demikian kerana bimbang tiada siapa mahu menikahi anaknya yang bekerja sebagai penternak babi hitam di daerah Luanchuan.

Dek kerana kerjaya yang kurang popular itu, Zhang Zhiyuan masih belum memiliki pasangan.

Sebenarnya, Zhiyuan adalah lulusan universiti dan pulang ke kampung halaman untuk mengembangkan perniagaan keluarganya.

Namun, permintaan tinggi babi hitam di pasaran membuatkan gadis cantik berusia 24 tahun itu tiada masa untuk bercinta.

Sehingga kini, Zhiyuan menguruskan hampir 2,000 ekor babi yang diternak di ladang keluarganya.

Ditanya mengenai ciri-ciri lelaki idamannya, Zhiyuan berkata, dia tidak memilih asalkan bakal suaminya mampu mengangkat babi.

Kisah bapa mencarikan pasangan buat anak gadis mereka bukan pertama kali dilaporkan di media.

Pada Mac lalu, seorang bapa yang juga usahawan durian menawarkan wang tunai 10 juta baht (RM1.28 juta) termasuk asetnya kepada mana-mana lelaki bertuah yang boleh memikat hati anak perempuannya untuk dijadikan isteri.

Anont Rotthong dari selatan wilayah Chumphon menulis di akaun Facebook untuk mencari pasangan anaknya, Kansita Rotthong, 26, selain mahu lelaki itu meneruskan perniagaan duriannya.

Tindakan Anont menyebabkan dia dihujani panggilan telefon selain mendakwa kira-kira 10,000 lelaki menunjukkan minat terhadap anaknya. - Agensi

Friday, November 29, 2019

Perghhh !!! Jururawat lelaki dipecat, dipenjara 15 tahun atas dakwaan rogol pesakit hingga alami kemurungan



Jururawat lelaki dipecat, dipenjara 15 tahun atas dakwaan rogol pesakit hingga alami kemurungan

Mohamed Kamara merogol seorang pesakit wanita dengan memaksanya memakan ubat tidur sebelum melakukan perbuatan tersebut. Foto: Central News
SEORANG jururawat lelaki dipecat selepas dia dikenakan hukuman penjara selama 15 tahun atas dakwaan merogol seorang pesakit.
Mohamed Kamara, 48, melakukan perbuatan tersebut pada 15 Mei 2017 di Hospital Royal London, Whitechapel.
Dia pada mulanya memaksa pesakit wanita itu memakan pil tidur sebelum merogolnya.
Ketika itu Kamara ditugaskan untuk memantau pesakit berkenaan.
Pesakit itu mengalami gangguan personaliti yang tidak stabil dan kemurungan emosi akibat diperkosa.
Dilaporkan, Kamara memaksa pesakit wanita itu untuk mandi dan menukar cadar katilnya untuk membuang sebarang bukti.
Dia juga mengancam pesakit itu untuk menghalangnya daripada membuat laporan polis.
Bagaimanapun, mangsa memberitahu anak perempuannya dan Kamara ditangkap sebelum dijatuhkan hukuman penjara di Mahkamah Mahkamah Snaresbrook pada Julai 2018.
Majlis Jururawat dan Perbidanan mengadakan pendengaran di mana mereka memutuskan Kamara patut dipecat.
Pengerusi Panel Paul Morris berkata: "Kamara telah disabitkan merogol seorang pesakit yang tidak berdaya di katilnya.
"Panel menganggap bahawa ini bukan sekadar satu kesalahan jenayah yang sangat serius, tetapi ia juga merupakan pelanggaran kepercayaan dan penyalahgunaan kedudukan" - Metro.co.uk
Tags/Kata Kunci:rogol , pesakit , jururawat , emosi












Wednesday, November 27, 2019

Wow !!! Bekas kapten TUDM dapat ganti rugi RM235,000



Bekas kapten TUDM dapat ganti rugi RM235,000

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan supaya seorang bekas Kapten Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dibayar ganti rugi berjumlah RM235,000 selepas beliau menang dalam saman terhadap polis dan kerajaan kerana pelanggaran kawajipan statutori dan penahanan yang salah pada tahun 2017.

Hakim Datuk Mohd Firuz Jaffril mengarahkan Deputi Superintendan Norzamani Mat Zim, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kerajaan membayar ganti rugi itu selepas membenarkan saman Azrul Hardav Abdullah, 58.


Mahkamah juga mengarahkan defendan yang diwakili oleh peguam kanan persekutuan Nik Mohd Noor Nik Kar membayar kos RM40,000 kepada plaintif.

Azrul Hardav, yang diwakili peguam Muniandy Vestanathan dan Fiona Aurelia Culas memfailkan saman itu pada Disember 2017.

Dalam penghakimannya, Mohd Firuz berkata plaintif, yang ketika ini adalah pengarah di sebuah syarikat pembangunan hartanah Sun Sky Property Sdn Bhd ditahan pada 9 Januari 2017 dan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru bagi mendapatkan perintah tahanan reman, namun ia tidak diberikan oleh majistret.

“Majistret tidak membenarkan penahanan reman dan mengarahkan supaya plaintif dibebaskan, namun pembebasan itu tidak berlaku, dan plaintif dibawa ke Ibu Pejabat Polis Johor dan ditahan semula, namun tiada sebab-sebab penahanan diberikan.

“Selepas menahan plaintif sekali lagi, defendan pertama (Norzamani) memohon perintah reman kedua, dan hakim juga enggan memberikan perintah reman, dan mengarahkan plaintif dibebaskan,” katanya.

Mohd Firuz menambah selepas perintah reman diketepikan, plaintif tetap ditahan dan dibawa ke Kuantan, Pahang bagi mendapatkan perintah tahanan reman buat kali ketiga, namun permohonan itu juga diketepikan oleh Mahkamah Majistret Kuantan.

Beliau berkata, dalam percubaan keempat Azrul Hardav dibawa ke Sepang untuk memohon perintah reman, dan sekali lagi ia diketepikan.

“Saya berpendapat penahanan itu tidak sah. Plaintif tidak seharusnya ditahan tanpa arahan majistret. Menurut defendan pertama, beliau hanya mengikut arahan dari pegawai atasannya “Supt Siva”, malangnya ‘Supt Siva’ tidak dipanggil sebagai saksi semasa perbicaraan,” katanya.

Mohd Firuz membenarkan pemberian ganti rugi RM75,000 kepada Azrul Hardav bagi kehilangan kebebasan dan RM15,000 tiap sehari semasa dalam tahanan atau jumlah penuhnya RM60,000.

Mahkamah turut mengarahkan pemberian RM100,000 kepada plaintif sebagai ganti rugi teladan. - Bernama

Tuesday, November 26, 2019

Fuh Tediaa !!! Perompak larikan barang perhiasan antik bernilai sehingga RM4.6 bilion dari muzium Jerman


Perompak larikan barang perhiasan antik bernilai sehingga RM4.6 bilion dari muzium Jerman
Perhiasan antik yang dipercayai bernilai lebih daripada 1 bilion Euro (RM4.6 bilion) telah dilarikan daripada sebuah Muzium Green Vault di Dresden, Jerman. Foto: Getty
BARANG perhiasan antik yang dipercayai bernilai lebih daripada 1 bilion Euro (RM4.6 bilion) telah dicuri dalam satu serbuan di sebuah muzium di Jerman.
Menurut detektif, Muzium Green Vault di Dresden menjadi sasaran penyamun pada awal pagi Isnin.
Menurut laporan lagi, penyamun memutuskan bekalan elektrik terlebih dahulu sebelum menyelinap masuk melalui tingkap pada pukul 5 pagi.
Mereka dikatakan menyasarkan barang perhiasan, berlian dan batu permata.
Jurucakap polis Thomas Geithner mengesahkan kejadian itu.
Green Vault menyimpan koleksi khazanah terbesar di Eropah dan diasaskan oleh Prince Elector Frederick Augustus I, atau Augustus the Strong, pada tahun 1723.
Ia ditempatkan di Istana Dresden dan menjadi sebahagian daripada Koleksi Seni Negeri Dresden. - Metro.co.uk

Monday, November 25, 2019

Perghhh !! Isteri trauma! Suami di sebelah, 3 warga asing masih berani buka pintu kereta - “Nak cari nasi kandar, akhir sekali beli burger tepi jalan je”


Isteri trauma! Suami di sebelah, 3 warga asing masih berani buka pintu kereta - “Nak cari nasi kandar, akhir sekali beli burger tepi jalan je”
Ain sekeluarga berdepan pengalaman ngeri itu pada Jumaat lalu.
"MASUK kereta, kunci pintu dahulu sebelum hidupkan enjin."
Demikian pesan seorang wanita setelah dia sekeluarga nyaris menjadi mangsa kepada tiga lelaki tidak dikenali di sebuah stesen minyak di Batu Feringhi, Pulau Pinang Jumaat lalu.
Menerusi kejadian sekitar pukul 7.30 malam itu, Ain Syafiqa Azmi, 29, berada di dalam kereta bersama suami, Muhammad Haziq Mohd Salman, 29, dan anak mereka yang berusia tiga tahun.
"Masa tu suami baru masuk kereta selepas keluarkan duit. Kami parking betul-betul depan pintu stesen minyak. Saya pula masa tu tengah tengok phone, dari ekor mata saya macam perasan ada orang datang dekat luar pintu.
"Muka dia tengok kiri kanan, tapi tangan dia nak buka pintu sebelah saya. Seorang lagi cuba buka pintu belakang.
"Saya jerit suruh suami lock pintu. Tapi nasib baik dia dah lock, suami terus tekan minyak selepas itu," ujarnya kepada mStar.
Malam tu konon nak cari nasi kandar, akhir sekali beli burger tepi jalan je, balik makan kat hotel.
AIN SYAFIQA AZMI
Mesra disapa Ain, dia berkata tiga lelaki itu kelihatan seperti orang dari Timur Tengah atau Amerika Latin.
Susulan kejadian berkenaan, dia juga sudah membuat laporan di Balai Polis Batu Feringhi.
Menurut Ain, dia berada di negeri itu selama tiga hari untuk bercuti bersama keluarga.
Tambahnya, dia mengakui trauma dan mood bercuti juga seolah-olah lenyap sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur pada Sabtu.

Perkongsian kisah itu di Twitter adik kepada Ain.
"Malam tu konon nak cari nasi kandar, akhir sekali beli burger tepi jalan je, balik makan kat hotel.
"Tak adalah sampai trauma tak nak datang Pulau Pinang, tapi lepas ni akan beringat walau di mana sahaja. Masuk kereta, pertama sekali kena kunci pintu. Jangan main phone, tapi perhati keadaan sekeliling.
"Saya trauma sampai termimpi-mimpi. Tak tahu senjata apa mereka bawa, mujurlah tak sempat buka pintu," katanya lagi.
Kisah mengenai Ain dikongsi di laman Twitter oleh adiknya sehingga tular.
Selain Twitter, Ain sendiri turut berkongsi kisah itu di Facebook miliknya sebagai peringatan bersama buat orang ramai.

Friday, November 22, 2019

Perghhh !!! Pesakit mengadu hidung sering berdarah, rupa-rupanya ada lintah tiga inci ‘bersarang’


Pesakit mengadu hidung sering berdarah, rupa-rupanya ada lintah tiga inci ‘bersarang’
Dr Wang menemui seekor lintah di dalam rongga hidung pesakitnya. Foto AsiaWire
SEORANG lelaki yang mengadu sering mengalami hidung berdarah terkejut apabila menemui seekor lintas sepanjang tiga inci berada di dalam hidungnya selama setengah bulan.
Lelaki berusia 24 tahun itu berkata, dia mengalami pendarahan hidung selama dua minggu sebelum memutuskan untuk mendapatkan bantuan di Hospital Sanhe di Huizhou, Guangdong di China.
Pakar telinga, hidung dan tekak, Dr Wang Yangfeng mengesyaki terdapat lintah yang hidup dalam rongga hidung pesakit semasa membuat pemeriksaan awal.
ARTIKEL BERKAITAN: Gempar cacing tujuh sentimeter ditemui dalam mata, 12 tahun selepas digigit anjing
Spekulasi itu kemudian terjawab apabila dia melakukan pemeriksaan lebih terperinci dalam rongga hidung pesakitnya, dan menemui parasit itu.
Seekor lintah hidup di dalam hidung pesakit selama dua minggu. Foto AsiaWire
Rakaman video menunjukkan Dr Wang menyembut anestetik ke dalam rongga hidung pesakit sebelum mengeluarkan lintah sepanjang 3.15 inci.
Menurut pihak hospital, pesakit kemudian mendedahkan air sungai semasa mendaki bersama rakan-rakannya di Yunnan dua minggu lalu, memasuki hidungnya.
Dr Wang mengesyaki pesakit itu tidak sengaja menyedut larva lintah ke dalam hidungnya, sebelum membesar di dalamnya sehingga mengakibatkan pendarahan akibat disedut parasit itu. - Mirror

Thursday, November 21, 2019

Perghhh !!! Gadis nyaris dirogol lelaki bogel



Gadis nyaris dirogol lelaki bogel

Rakaman CCTV menunjukkan mangsa dikejar seorang lelaki dalam keadaan bogel.
SEORANG wanita berdepan detik cemas apabila nyaris menjadi mangsa rogol selepas dikejar seorang lelaki dalam keadaan bogel.
Kisah menimpa wanita malang itu hangat diperkatakan selepas rakaman video detik cemas tersebut tular di media sosial.
Wanita itu yang identitinya tidak didedahkan dilihat sedang berjalan seorang diri di sebuah pusat peranginan di Rio de Janeiro ketika insiden berlaku pada pagi Selasa lalu.
Mangsa dilihat menyedari kehadiran sebuah kereta yang dipandu secara perlahan sebelum seorang lelaki dalam keadaan berbogel tiba-tiba keluar dari kereta tersebut.
Dia bagaimanapun terus berjalan tanpa menghiraukan lelaki itu.
Namun rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan lelaki itu bertindak mengejar mangsa dari arah belakang.
Mangsa mendakwa cuba melarikan diri dan menjerit meminta tolong daripada orang awam.
Menurut polis, suspek cuba memaut pinggang gadis itu tetapi dia dapat melarikan diri.
Memandangkan waktu itu hujan, suspek terpaksa membatalkan niat tidak senonohnya itu kerana pintu keretanya tidak bertutup. - Dailystar.co.uk
Tags/Kata Kunci:rogol , lelaki bogel

Wednesday, November 20, 2019

wow !!! “Saya masih suka kentang goreng!” - Luna Maya hampir termuntah gara-gara sumbat 3 biji kentang dalam...



“Saya masih suka kentang goreng!” - Luna Maya hampir termuntah gara-gara sumbat 3 biji kentang dalam mulut
Luna akui hampir termuntah ketika tersedak kentang.
SELEBRITI terkenal Indonesia, Luna Maya mengakui hampir termuntah apabila dia tersedak kentang ketika cuba menjayakan salah satu babak dalam filem Rumah Kentang: The Biginning.
Memetik laporan Tribun News, Luna yang memegang watak Sofie terpaksa memasukkan tiga biji kentang sekaligus dalam mulutnya supaya dia berjaya memuntahkan kentang tersebut bagi menjayakan karakter yang dilakonkan.
Meskipun terpaksa melakukan adegan itu berulang kali, Luna, 36, berkata dia tidak mengalami sebarang trauma terhadap kentang.
"Tersedak kentang tu scene paling mencabar. Prosesnya apabila kentang tu dimasukkan ke dalam mulut, dan luahkan selepas menerima arahan.

Luna akui sukar lakukan adegan muntahkan kentang.
"Bayangkan tiga biji kentang bulat-bulat sekaligus. Rasa tersedak, pening kepala macam nak muntah sebab kentang tu dah dekat hujung tekak.
"Tapi, so far tak ada lagi trauma dengan kentang. Saya masih sukakan kentang goreng... suka sangat," katanya berseloroh.
Dalam pada itu, Luna memberitahu bahawa faktor cuaca yang terlalu sejuk juga merupakan cabaran dalam menjayakan filem seram itu.
Filem Rumah Kentang: The Beginning bakal ditayangkan di pawagam pada 21 November 2019 gandingan Luna Maya dan Christian Sugiono.

Tuesday, November 19, 2019

Wow !!! Mufti WP temui sesuatu semasa spot check ke Wisma FAM!,Hanya 24 jam sebelum aksi Malaysia-Indonesia


Hanya 24 jam sebelum aksi Malaysia-Indonesia, Mufti WP temui sesuatu semasa spot check ke Wisma FAM!
Zulkifli (kiri) sewaktu mengadakan lawatan mengejutkan ke Wisma FAM. Foto twitter drzul_albakri
BAHANG perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang menyaksikan pasukan Malaysia dan Indonesia bakal berentap di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Selasa malam semakin dirasai.
Kehangatan aksi yang dinanti-nantikan itu terbukti apabila semua tiket bagi perlawanan itu habis dijual secara dalam talian pada Ahad.
Namun, apa yang mengejutkan apabila seorang individu cukup berpengaruh membuat spot check ketika melakukan lawatan mengejut ke Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di Petaling Jaya, Selangor pada Isnin.
Beliau yang cukup dikenali kerana minatnya dalam bola sepak dan sentiasa mengikuti perkembangan sukan itu di dalam dan luar negara adalah Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
“Lawatan mengejut ke Wisma FAM menjelang perlawanan kelayakan Piala Dunia Malaysia lawan Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil,” tulis mufti di laman Twitter rasmi miliknya, petang Isnin.
Menurut Zulkifli, lawatan ringkas ke Wisma FAM semata-mata ingin mengetahui perkembangan berkaitan arena bola sepak tempatan.
“Tujuannya semata-mata ingin mengetahui segala-galanya mengenai bola sepak bermula daripada pejabat hingga ke padang bola,” katanya sambil menambah mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan FAM terutama presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin.
Antara perkongsian Zulkifli sewaktu mengadakan lawatan ringaks ke Wisma FAM pada Isnin.
Dalam pada itu, kunjungan ke Wisma FAM turut menyaksikan Zulkifli tertarik dengan potret Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang beraksi di padang.
“Gambar KBDYMM SPB YDPA paling menarik perhatian saya. Ayuh semua #EkorHarimauMalaya. Kita pemain ke-12 wajib beri sokongan penuh kepada Harimau Malaya,” tambah Mufti.
Terdahulu, dalam perjalanan ke Wisma FAM, Zulkifli turut mengalu-alukan sebarang pesanan yang boleh disampaikan kepada pasukan Harimau Malaya bagi memberi semangat.
“Solat maghrib dulu, baca doa… jangan lupa. Nak harumkan nama negara biarlah berserta keberkatanNya,” tulis seorang warganet.
“Pesan pada mereka… main macam Liverpool,” komen seorang lagi yang merujuk kepada kenyataan mufti sebelum ini berkongsi mengenai pasukan kegemarannya.
Khamis lalu, tiga imam ditugaskan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) bagi membantu penonton mengerjakan solat Isyak berjemaah di stadium berkenaan, sebelum perlawanan aksi keempat Kumpulan G Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 antara Malaysia dan Thailand.
Skuad Harimau Malaya melakar kejutan apabila menewaskan gergasi Asia Tenggara itu dengan 2-1 dalam aksi tersebut.

Monday, November 18, 2019

Sebak! Susah senang bersama, warga emas tak sanggup usung keranda isteri ke kubur - “Tak ada orang teman lagi lepas ni”


Sebak! Susah senang bersama, warga emas tak sanggup usung keranda isteri ke kubur - “Tak ada orang teman lagi lepas ni”

Suami tidak ikut serta mengusung jenazah isterinya ke tanah perkuburan kerana terlalu sebak.
SETIA hingga ke hujung nyawa.
Begitulah yang dapat menggambarkan rasa cinta lelaki warga emas ini terhadap isterinya yang baru meningggal dunia beberapa hari lalu.
Biarpun hidup serba daif di Kampung Tanah Merah, Sandakan, pasangan ini mampu mempertahankan cinta dan rumah tangga mereka sehingga ke akhir hayat.
Kisah meruntun hati ini dikongsi Yunizam Yusop yang menawarkan perkhidmatan van jenazah percuma di Sandakan, Sabah di Facebooknya sehingga mengundang sebak netizen.
Malah Yunizam mengakui dia sendiri gagal menahan sebak sebaik melihat kehidupan pasangan itu.
"Memang saya terkejut pada masa sama sayu dan sedih. Bila saya tanya jiran mereka pasal anak-anak, jiran beritahu mereka hanya hidup berdua.
Kelengkapan kain kafan turut disediakan Yunizam untuk arwah isteri lelaki warga emas itu kerana mereka kurang berkemampuan.
"Tiada anak, saudara mara dan harta untuk dibanggakan. Maknanya siapa meninggal awal dialah yang akan uruskan jenazah yang pergi dulu.
"Mereka berdua menyewa di sebuah bilik dengan bayaran RM100 sebulan. Kalau ada seringgit di tangan, maka seringgitlah yang akan dibayar kepada tuan rumah," katanya kepada mStar.
Jelas pemuda berusia 31 tahun itu, dia tergamam apabila melihat keadaan dapur yang dijadikan tempat untuk memandikan jenazah isteri warga emas itu yang menghembuskan nafas terakhir pada 12 November baru ini.
Masa nak pergi kebumi jenazah isteri dia, suami cakap tak dapat ikut sekali. Dia kata betul-betul sedih sebab tak ada orang teman dia lagi lepas ni.
YUNIZAM YUSOP.
Pemilik van jenazah percuma.
"Saya lega bila suami kata jenazah isteri akan dimandikan dan ada jiran kampung yang akan uruskan jenazah. Alhamdulillah segalanya sudah diatur dan tinggal tunggu urusan pengebumian.
"Sebaik si suami menunjuk bahagian dapur saya terdiam. Dia beritahu kau tengoklah dapurku apa pun tiada. Gas memasak pun tiada. Semua kosong.
"Ya Allah dapur bertampal-tampal dengan papan. Memang menyedihkan tapi tetap teruskan mandikan jenazah sebab kalau bawa ke masjid takut merumitkan lagi keadaan," katanya.
Ruang dapur tempat memandikan jenazah.
Yusnizam turut mendedahkan pasangan itu hanya makan nasi putih yang dibeli di pasar berdekatan setiap hari.
"Bila saya tanya masak macam mana, suami beritahu dia hanya beli nasi kosong 50 sen dekat pasar berdekatan. Kalau ada duit lebih barulah beli lauk untuk dimakan dengan isterinya.
"Mendengar dia cakap begitu air mata saya terus mengalir laju. Dulu suami bekerja di sebuah pasar raya tetapi bila jatuh sakit dia terpaksa berhenti kerja," katanya.
Lebih menyedihkan, Yunizam berkata lelaki itu tidak sanggup mengiringi jenazah isterinya sehingga ke tanah perkuburan kerana terlalu sedih.
"Masa nak pergi kebumi jenazah isteri dia, suami cakap tak dapat ikut sekali. Dia kata betul-betul sedih sebab tak ada orang teman dia lagi lepas ni.
"Masa tu saya pun ikut nangis sekali. Ya Allah sedih. Begitu kuatnya cinta mereka. Tapi saya bersyukur kerana urusan pengebumian jenazah dipermudahkan," katanya.
Perkongsian Yunizam atau lebih dikenali dengan panggilan Abam Botak itu menjadi tular di Facebook.
Urusan pengebumian isteri warga emas itu yang meninggal dunia akibat sakit tua dipermudahkan.
Rata-rata netizen meluahkan simpati dan sebak dengan nasib pasangan itu.
Mengenai perkongsian itu, Yunizam berkata ada mesej yang cuba disampaikan melalui kisah tersebut.
Katanya lagi, meskipun mereka hidup susah sebagai pasangan suami isteri mereka tetap hidup bersama.
"Apa yang membanggakan saya dan menjadi pengajaran buat semua adalah mereka berdua tetap setia hingga ke hujung nyawa. Hari ini banyak kita dengar kes penceraian rumah tangga berlaku kerana masalah kewangan.
"Namun dua insan ini mampu pertahankan cinta dan rumah tangga mereka sehingga akhir hayat. Meskipun hidup mereka kais pagi makan pagi, kais petang makan petang," katanya.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung