Nuffnang
Friday, December 13, 2019
Wow !!! Ejen Ali The Movie kekal gah dengan RM20 juta
Ejen Ali The Movie kekal gah dengan RM20 juta
Filem animasi Ejen Ali The Movie berjaya meraih kutipan sebanyak RM20 juta dalam masa dua minggu ditayangkan sejak 28 Nov lalu.
Filem terbitan bersama Primeworks Studios dan WAU Animation itu dinobatkan sebagai filem pecah panggung tempatan apabila ia berjaya mengungguli carta tempatan dalam tempoh dua minggu berturut-turut.
Jumlah itu dikutip selepas naskhah berkenaan ditayangkan di tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Brunei dengan 1.7 juta tontonan.
Fenomena Ejen Ali itu dirangsang hasil daripada sokongan padu peminat-peminat yang sentiasa memberikan respons positif, malah ada yang menontonnya berulang kali.
Iklan
Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Ahmad Izham Omar, berkata Ejen Ali The Movie adalah penanda aras satu kejayaan baru kepada Primeworks Studio apabila ia muncul sebagai filem yang paling berjaya dalam sejarah syarikat itu sejak 25 tahun lalu.
“Kami bangga dapat menutup tirai 2019 dengan pencapaian yang hebat apabila berjaya bersaing dengan gergasi industri animasi lain di Malaysia.
“Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada semua 'ejen' yang bekerja keras sehingga berjaya menakluki dunia animasi. Tanpa anda semua, kami tidak akan mampu mencapainya”, katanya dalam satu kenyataan diedarkan malam ini.
Harap tak berhenti
Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation merangkap pengarah, Usamah Zaid Yasin, berkata kejayaan Ejen Ali The Movie menjadi perangsang kepada pihaknya dan sekali gus membuktikan hasil usaha keras mereka membuahkan hasil apabila filem itu mendapat sokongan padu orang ramai.
“Terus menyokong Ejen Ali The Movie, kongsikan ulasan positif, ajak rakan anda tonton filem ini di pawagam. Harapan kami agar angka kutipan tidak terhenti setakat ini,” katanya.
Ejen Ali The Movie berkisahkan Ali, seorang budak berusia 12 tahun yang direkrut menjadi perisik bagi sebuah agensi perisikan, dikenali sebagai Meta Advance Tactical Agency (Mata) yang berperanan untuk melindungi kota futuristik Cyberaya daripada ancaman luar.
Konflik mula timbul apabila Ali mendapat tahu bahawa dia bukanlah satu-satunya ejen yang boleh mengawal gajet istimewa (IRIS - Infinity Retinal Intelligence System).
Gajet tersebut diubah suai menjadi Iris Neo, alat yang boleh dikawal serta digunakan oleh ejen-ejen lain.
Inovasi baharu ini dipersoalkan oleh Ali apabila dia berasa terpinggir dan kedudukannya sebagai ejen istimewa Mata tergugat.
Pada saat itu, dia didatangi oleh seorang individu misteri yang mendakwa mengetahui kisah silamnya.
Maka bermulalah pengembaraan baharu Ejen Ali demi membongkar kebenaran walaupun kesetiaannya terhadap Mata bakal teruji.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
Mayat wanita peluk bayi tak bernyawa ditemui di tepi jalan. KULAI: Dua mayat membabitkan seorang wanita dan bayi lelaki yang dipercayai ba...
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Tabik! Anggota tentera kutip Jalur Gemilang di tepi jalan undang sebak, “Terima kasih pahlawan” Foto yang menjadi tular di laman sosial. ...
-
NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat warga Malaysia bersama lima individu lain hari ini didakwa atas pertuduhan memiliki 6,059 pil Yaba dan pe...
-
SEBUAH bot dihantar untuk menyelamatkan isteri pelancong dari Arab Saudi. - Foto The Pattaya News BANGKOK – Seorang pelancong dari Arab Sa...
-
Salam buat semua.. Kalau cium betul-betul maka rosaklah remaja kita dewasa ini...huhu Ini adalah gara gara dari melihat aksi artis luar nega...
-
GAMBAR hiasan KUALA LUMPUR: Laporan media semalam mengenai seorang pelawak ditahan di Lapangan Terbang Jeddah, Arab Saudi dua bulan lalu, ...
No comments:
Post a Comment