Nuffnang

Monday, August 31, 2020

Tediaa!!! Seram! CCTV garaj rakam imej aneh berwarna putih sedang melintas laju


Seram! CCTV garaj rakam imej aneh berwarna putih sedang melintas laju

Imej aneh yang dirakam menerusi CCTV sebuah garaj didakwa sebagai hantu. Foto: Reddit/Blunderdefect

MENYERAMKAN! Satu imej aneh seolah-olah terapung dan melintas laju berjaya dirakam oleh sebuah kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di garaj kereta sebuah kediaman.

Majoriti pelayar laman Reddit menyifatkan imej aneh itu sebagai hantu.

Klip video pendek berdurasi 23 saat itu pada mulanya hanya menunjukkan keadaan sunyi di sebuah garaj menjelang tengah malam.

Beberapa saat kemudian kelihatan satu objek putih seperti asap melintasi sebuah kereta dengan laju.

BlunderDefect, pihak yang memuat naik klip video berkenaan di media sosial, turut membuat suntingan dalam bentuk gerak perlahan agar imej berkenaan kelihatan lebih jelas.

Ketika sebahagian besar pelayar menyifatkan imej aneh berkenaan sebagai hantu, ada pula yang beranggapan kemungkinan ia adalah serangga yang terbang. - Dailystar


Saturday, August 29, 2020

Tok Ti’ nyanyi di pasar malam selepas dipujuk rakan... alamak ramai sudah keliru!


Saya guna suara kepit” - ‘Abang misai bersuara Tok Ti’ nyanyi di pasar malam selepas dipujuk rakan... alamak ramai sudah keliru!

Adzman menjadi perhatian apabila menyanyikan lagu Siti Nurhaliza di pasar malam. Foto ihsan Adzman Munat

SINGLE terbaharu Datuk Seri Siti Nurhaliza berjudul Aku Bidadari Syurgaku nampaknya terus menghantui peminat muzik tempatan.

Walaupun drama bersiri popular 7 Hari Mencintaiku 2 telah pun melabuhkan tirai, tetapi lagu runut bunyi drama itu terus dinyanyikan ramai dalam pelbagai gaya dan versi.

Turut menjadi perhatian di media sosial sehingga menjadi tular adalah seorang pemuda yang menyanyikan lagu tersebut di hadapan sebuah gerai.

Namun nyanyian pemuda bermisai berkenaan yang kelihatan bersahaja menimbulkan tanda tanya kerana kedengaran mirip suara penyanyi nombor satu negara itu.



Adzman dikenali dengan penampilan bermisai.

"Penyanyi sebenar ke ni?" tanya netizen.

"Makan apa abang nak suara macam tu?” tanya netizen lain.

Pemuda bermisai berkenaan, Adzman Munat tampil menjelaskan bahawa video tersebut bukan aksi miming atau membuat pergerakan mulut, sebaliknya ia adalah 'suara dalam'nya.



Adzman banyak menyanyikan lagu-lagu penyanyi lelaki tempatan termasuk berkumpulan.

Anak muda berusia 21 tahun itu memberitahu, persembahan tersebut dilakukan atas pujukan teman-temannya dekat kedai makan di pasar malam di Semporna, Sabah.

"Masa tu kami makan-makan dan kawan-kawan suruh nyanyi. Itu memang suara saya tapi guna suara 'kepit'. Kalau nyanyi lagu Siti Nurhaliza dari drama tu memang kena buat suara dari dalam sebab kalau nak guna suara 'jantan' kena tukar key.

"Selalu juga saya menyanyikan lagu-lagu Siti Nurhaliza, tapi ada juga saya nyanyi lagu beliau menggunakan suara sebenar saya," katanya kepada mStar.



Ketika membuat persembahan di majlis perkahwinan.

Adzman berkata, dia sebenarnya lebih banyak menyanyikan lagu-lagu lelaki berkumpulan dan solo tempatan yang berentak balada seperti Spring, Spoon, Boboy dan Tomok.

Malah, pemuda ini juga pernah menyanyikan lagu-lagu rock daripada kumpulan Kristal.

Selalu juga saya menyanyikan lagu-lagu Siti Nurhaliza, tapi ada juga saya nyanyi lagu beliau menggunakan suara sebenar saya.

ADZMAN MUNAT

Pengusaha kedai pakaian bundle di Semporna itu turut memberitahu bahawa dia mempunyai kumpulan duo bersama abangnya yang berusia 29 tahun.

"Saya dan abang ada band sendiri yang dinamakan Two Brothers Group, ditubuhkan sejak lapan tahun lalu. Kami buat persembahan secara freelance atas jemputan.

"Kebanyakannya di majlis-majlis seperti kenduri kahwin. Memang lagu-lagu penyanyi lelaki yang kami nyanyi, tapi ada juga yang minta saya nyanyi lagu-lagu penyanyi wanita," ujar anak bongsu daripada empat beradik itu.



Adzman mengusaha kedai pakaian bundle.

Menurut Adzman, dia pernah menyertai beberapa pertandingan menyanyi di Semporna sekadar suka-suka kerana begitu minat menyanyi sejak berusia lapan tahun.

"Ada menyertai pertandingan menyanyi biasa-biasa je, macam pertandingan karaoke. Pernah masuk peringkat akhir dan pernah dapat naib johan," tambahnya.



Adzman mengimpikan untuk menjadi penyanyi suatu hari nanti.

Adzman berkata, selain sibuk menguruskan kedai pakaian bundle, dia akan menyanyikan lagu-lagu versi cover penyanyi lain sekiranya mempunyai masa Lampang. T kasih Mstar

"Sekarang ni kalau tak ada jemputan untuk membuat persembahan, saya hanya menyanyikan lagu-lagu cover penyanyi lain dan kongsi di media sosial.

"Memang teringin nak jadi penyanyi tapi belum ada rezeki. Kalau ada tawaran, memang saya mahu mencuba nasib," katanya. 


Friday, August 28, 2020

Wow..Superb..!!! Bukan Brazil, tapi di Teluk Cempedak! Aksi freestyle pemuda timang bola imbas aura Joga Bonito... macam melekat di kaki - “

 

Bukan Brazil, tapi di Teluk Cempedak! Aksi freestyle pemuda timang bola imbas aura Joga Bonito... macam melekat di kaki - “Rancang nak buka kelas”

Video aksi freestyle yang dilakukan Airi ketika di Teluk Cempedak, Kuantan (kanan) mengundang perhatian ramai.

SEPERTI bola diikat pada kaki!

Itulah yang mungkin diperkatakan setiap orang yang melihat skil dua pemuda ini menimang serta mengawal bola secara gaya bebas atau 'free style'.

Dengan liuk lintuk tubuh badan dan ketangkasan sepasang kaki mengawal sebiji bola, sesiapa sahaja pasti kagum dengan skil yang dimiliki dua pemuda ini, sebagaimana video yang tular selepas dimuat naik di Twitter baru-baru ini.


"Joga Bonito vibes.. By the way, this is not Brazil. This is Malaysia," tulis kapsyen pada video berkenaan, merujuk kepada aksi timang bola dalam video kempen Joga Bonito yang dilakukan oleh bintang bola sepak dunia seperti Ronaldinho, Zlatan Ibrahimovic, Ronaldo dan ramai lagi pada 2006.

Berkongsi cerita dengan mStar, salah seorang pemuda yang melakukan aksi freestyle tersebut, Airi Azni berkata video tersebut dirakamkan di Pantai Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang pada Ahad lalu.



Airi (kanan) bersama sahabatnya yang sama-sama melakukan aksi timang bola atau freestyle di Teluk Cempedak, baru-baru ini.

"Ketika itu saya dijemput untuk satu acara di sana. Jadi ketika ada waktu terluang, saya saja isi masa dengan buat aksi freestyle dengan seorang lagi rakan.

"Kebetulan pula pakai baju kemeja ala-ala tema pantai, itu yang saya plan dengan rakan untuk rakam aksi freestyle. Kononnya nak mengimbas kembali aksi Joga Bonito sebelum ini," katanya yang senang disapa sebagai Airi.

Sehingga kini video tersebut meraih 1,700 retweet dan hampir mencecah 46,000 tontonan di Twitter.



Airi mewakili Malaysia dalam pertandingan freestyle di Vietnam pada tahun 2013.

Bercerita lebih lanjut, Airi berkata dia sudah hampir sembilan tahun terlibat dalam aksi freestyle, malah sudah beberapa kali mewakili negara dalam beberapa pertandingan yang dianjurkan di luar negara.

Pemuda berusia 24 tahun ini pernah menyertai pertandingan freestyle yang dianjurkan di Singapura dan Vietnam, selain turut diundang membuat persembahan di India, Januari lalu.


Antara pencapaian yang diperoleh sepanjang pembabitannya dalam dunia freestyle adalah Juara Freestyle Malaysia pada 2013 dan 2017 dan Top16 Freestyler Terbaik Asia pada 2013.

Malah, dia juga sering dijemput untuk mengajar aksi berkenaan di sekolah-sekolah.

"Saya bermula dengan belajar sendiri saja, dan banyak rujuk aksi-aksi ini di YouTube. Freestyle sama seperti bola sepak. Untuk mempamerkan aksi yang sempurna, latihan itu penting. Kena berlatih setiap hari sebab ia makan masa juga," katanya yang meminati pasukan Liverpool dan pemain antarabangsa dari Argentina, Lionel Messi.



Airi meraih gelaran juara Malaysia Freestyle tahun 2013 dan 2017.

Berpendapat aksi freestyle di Malaysia belum begitu berkembang pesat, Airi berkata dia mengharapkan agar lebih ramai pihak membuka mata dan memberi perhatian kepada 'sukan' berkenaan.

"Selalu saya berlatih atau beraksi di tempat awam, ramai yang datang tanya termasuk ibu bapa seolah-olah berminat. Jadi mungkin selepas ini, sukan freestyle football ni lebih diberi perhatian dan tidak dipandang sebagai 'low value'.



Airi sewaktu sesi mengajar freestyle di sekolah.

"Baru-baru ini saja ia jadi fenomena dan ada video freestyle lain yang 'meletup' sebelum video saya. Untuk lebih memperkenalkannya, saya dan rakan mempunyai perancangan pada masa depan untuk membuka kelas kepada remaja atau generasi muda yang berminat.

"Ia masih lagi di peringkat perbincangan namun harapan kami agar impian ini dapat direalisasikan," ujarnya mengakhiri bicara.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Thursday, August 27, 2020

Wow..Hebat !!! Berani! Dua wanita guna sari selamatkan sekumpulan lelaki dihanyutkan arus deras

 

Berani! Dua wanita guna sari selamatkan sekumpulan lelaki dihanyutkan arus deras

Dua wanita menggunakan kain sari mereka untuk menyelamatkan mangsa lemas. Foto India Times

DUA wanita di Mungeli, Chhattisgarh di India menggunakan kain sari mereka untuk menyelamatkan dua lelaki mangsa lemas.

Ketika kejadian, kedua-dua lelaki berkenaan dihanyutkan oleh air deras sungai.

Menurut laporan TOI, individu ketiga gagal berpaut pada sari lemas dalam kejadian itu.

Bagaimanapun, keberanian Poornima Kewant, 40, dan Panchwati, 35, telah menyelamatkan dua nyawa.

Dalam kejadian pada 19 Ogos lalu, Poornima dan Panchwati sedang mandi di kampung Chindbhog sebelum mereka mendengar jeritan.

Mereka kemudian melihat tiga lelaki dihanyutkan oleh arus deras. Mereka cuba untuk berenang tetapi arus sungai terlalu deras.

Kedua-dua wanita itu hanya mempunyai beberapa saat sebelum kesemua mangsa melepasi mereka.

Mereka nekad menggunakan kain sari yang dibawa untuk dipakai selepas mandi, dengan mengikatnya sebagai tali dan dilemparkan ke sungai ke arah mangsa.

Dua daripada tiga mangsa, Anil, 23, dan Rameshwar Patel, 35, berjaya berpaut pada ikatan sari tersebut.

Mangsa ketiga, Manoj Petel, 30, tidak dapat berpaut dan dihanyutkan arus deras sebelum mayatnya ditemui beberapa kilometer di wilayah Pathargadi, dua hari kemudian. - India Times


Wednesday, August 26, 2020

Barang berharga milik bintang F1 lesap, rumah dipecah masuk sewaktu sedang berlumba di litar

 

Barang berharga milik bintang F1 lesap, rumah dipecah masuk sewaktu sedang berlumba di litar

Gasly turut berkongsi mengenai kisah malang itu menerusi laman Instagram miliknya.

BINTANG Formula Satu (F1), Pierre Gasly berhadapan nasib malang apabila kediamannya di Normandy, Perancis dipecah masuk.

Menurut pelumba berusia 24 tahun itu, kejadian berlaku sewaktu dia sedang menyertai perlumbaan di kejohanan Grand Prix Sepanyol.

"Sesetengah orang memang tidak fikirkan nilai, tiada rasa hormat dan sangat jahat.

"Rumah saya dipecah masuk, hilang jam tangan yang diukir dengan nama, barang kemas, baju, cermin mata dan topi keledar.

"Tolong hubungi saya jika anda ada sebarang maklumat," ujarnya.

Dia berkongsi mengenai hal itu menerusi laman Instagram miliknya.

Untuk rekod, Gasly merupakan pelumba kumpulan B Red Bull, AlphaTauri. - Daily Star.

Tq Mstar

Tuesday, August 25, 2020

Tudiaaa !!! Lelaki berlari tanpa seurat benang diburu pihak berkuasa

 

Lelaki berlari tanpa seurat benang diburu pihak berkuasa

Polis meminta bantuan orang ramai untuk membantu siasatan.

SEORANG lelaki yang berlari dalam keadaan bogel di kawasan Cheshire, England kini menjadi buruan polis.

Menerusi foto yang tersebar, dia hanya memakai kasut dan sebuah beg di pinggulnya untuk menutup kemaluan.

Menurut pihak polis, mereka mahu orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai identiti lelaki itu tampil membantu siasatan.

"Jadi kami perlu tahu jika anda ada melihat lelaki ini berlari di bukit di sempadan Chesire, Staffordshire dan Derbyshire.

"Jika ada, tolong hubungi pihak berkuasa dengan segera," ujar jurucakap polis.

Dikongsi secara meluas di media sosial, insiden itu turut mengundang gelak tawa orang awam. - Daily Star.


Monday, August 24, 2020

Gempar! Penduduk kampung dikejutkan dengan kelahiran anak lembu berkepala dua

 

Gempar! Penduduk kampung dikejutkan dengan kelahiran anak lembu berkepala dua

Kelahiran seekor anak lembu berkepala dua mengejutkan penduduk kampung yang terletak di Dejiang, Wilayah Guizhou, China. Foto: Pear Video

PENDUDUK di sebuah kampung di tenggara China dikejutkan dengan kelahiran seekor anak lembu yang luar biasa, iaitu berkepala dua!

Anak lembu itu yang dilahirkan di daerah Dejiang, Wilayah Guizhou mempunyai dua kepala, dua telinga, dua mulut dan empat mata.

Menurut pemiliknya yang dikenali sebagai Zhang, ibu kepada lembu berkenaan berjaya melahirkan anaknya selepas melalui kesakitan selama tujuh jam.

Wanita itu berkata, anak lembu itu tidak berupaya untuk berdiri sendiri tetapi mampu meminum susu menggunakan kedua-dua mulutnya.

Dia memberitahu media tempatan: "Saya berusia lebih daripada 70 tahun, dan saya tak pernah melihat lembu seperti ini sepanjang hidup"

Seorang pakar mendakwa anak lembu berkepala dua itu mempunyai tekak yang sama dan berupaya mempunyai empat tanduk.

Dipercayai anak lembu itu mengalami mutasi genetik ketika masih berada di dalam rahim ibunya. - Dailystar


Tudia !!! 'Dihenyak' selama 6 minit atas jalan tar panas oleh polis, lelaki disyaki curi minuman disahkan mati sebaik tiba di hospital

 


Kelihatan beberapa anggota polis 'menghenyak' Ramon di atas jalan tar yang panas. Foto: Phoenix Police Department

SEORANG lelaki meninggal dunia selepas badannya dihenyakkan ke jalan tar yang panas selama kira-kira enam minit oleh beberapa anggota polis yang menahannya.

Ramon Timothy Lopez, 28, disahkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba di hospital selepas ditangkap di Phoenix, Arizona pada 4 Ogos lalu.

Rakaman video penangkapannya sehingga saat-saat dia menghembuskan nafas terakhir, dikeluarkan oleh polis.

Pegawai polis mengejar Lopez selepas dia disyaki mencuri minuman dari sebuah kedai.

Adegan kejar-mengejar itu berakhir apabila Lopez berjaya diberkas dan 'ditumbangkan' ke atas jalan tar, di mana cuaca pada ketika itu dilaporkan bersuhu 38 darjah Celsius.

Ketika berada di dalam kereta peronda, Lopez tidak memberikan sebarang reaksi, lalu pegawai polis terus membawanya ke hospital sebelum dia disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Sarjan Mercedes Fortune dari Jabatan Polis Phoenix berkata: "Kesimpulan mengenai sama ada tindakan pegawai polis itu selaras dengan dasar jabatan dan undang-undang tidak akan dibuat sehingga semua fakta diketahui dan siasatan selesai"

Pihak berkuasa telah melancarkan dua siasatan berasingan mengenai kematian Lopez.

Punca kematian lelaki itu bagaimanapun masih belum dapat dipastikan. - Metro.co.uk


Saturday, August 22, 2020

wow !!! Berjaya sebagai penjual ubat nyamuk di eBay, peniaga terkejut jualan e-book pun meletup

 

Berjaya sebagai penjual ubat nyamuk di eBay, peniaga terkejut jualan e-book pun meletup - “Followers bertambah, kisah kejayaan tersebar luas selepas keluar mStar”

Kisah seorang peniaga platform eBay, Adilah Ibrahim viral selepas tersiar di mStar sehingga jualan e-book yang dihasilkannya turut menerima tempias.

KETIKA ramai yang hilang arah kerana kehilangan mata pencarian gara-gara kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak pertengahan Mac lalu, wanita ini bersyukur kerana masih berpeluang menjana sumber pendapatan secara dalam talian (online).

Jika sebelum ini Adilah Ibrahim menjana pendapatan sebagai seorang peniaga dalam talian yang berjualan menerusi platform eBay, kini dia mula melebarkan sayap.

Di samping menjual e-book yang menyediakan panduan lengkap untuk mereka yang ingin belajar berniaga di platform eBay, kini 'skop kerja' Adilah lebih besar apabila dia membuka kelas secara dalam talian bagi membantu suri rumah yang ingin menjana pendapatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Hampir setahun jual barang di eBay, macam-macam order dapat... paling win ramai di Finland nak ubat nyamuk! - “Pernah terfikir, banyak sangat ke nyamuk di sana?”

mStar sebelum ini pernah memaparkan kisah Adilah yang sering mendapat pesanan barang 'rare' daripada pembeli luar negara menerusi platform dalam talian itu.

"Sebenarnya, selepas artikel mengenai saya keluar di mStar, tak sangka pengikut di laman sosial juga bertambah. Bukan sahaja Melayu, Cina dan India, malah ada juga orang Brunei dan Singapura.



Racun tikus dan acuan kuih tart antara barang 'rare' yang diterima oleh Adilah daripada pelanggan yang membuat pesanan menerusi platform eBay.

"Nak dijadikan cerita, ada beberapa portal media juga memetik kisah saya dari mStar, jadi secara tak langsung membantu saya lebih dikenali.

"Paling bersyukur, selepas artikel di mStar tersiar, jualan e-book saya 'meletup'," kata wanita yang mula berkecimpung dan fokus dalam eBay sejak setahun lalu itu.

Bercerita lebih lanjut, Adilah berkata dia kemudian turut menerima jemputan untuk menganjurkan kelas bagi mengajar individu yang berminat berkecimpung sebagai peniaga eBay.

Saya dulu ada 'cikgu' yang tolong, sekarang ini giliran saya pula berkongsi dengan orang lain.

ADILAH IBRAHIM

PENIAGA PLATFORM ONLINE EBAY

"Namun tak kesampaian apabila kerajaan umumkan PKP. Tapi saya tak duduk saja. Sesuai dengan musim PKP yang tak boleh ke mana-mana, saya buka kelas menerusi dalam talian.

"Kelas itu saya buat setiap sekali seminggu khusus untuk mereka yang membeli e-book daripada saya. Saya mahu orang yang beli e-book itu dapat sesuatu.

"Saya dulu ada 'cikgu' yang tolong, sekarang ini giliran saya pula berkongsi dengan orang lain," kata ibu kepada tiga cahaya mata ini.

Masih menerima pesanan yang boleh tahan kencangnya sewaktu PKP, Adilah berkata barangan 'rare' tetap menjadi pilihan pelanggan dari luar negara.



Ubat nyamuk masih lagi menerima pesanan yang tinggi daripada pelanggan khususnya dari Finland.

"Seperti sebelum ini, ubat nyamuk tetap menjadi antara barang yang mendapat permintaan tertinggi khususnya dari Finland. Saya pun tak tahu kenapa.

"Selain itu, ada ramai pelanggan pesan racun tikus, ragi tempe dan juga acuan buat kuih tart. Kebanyakan pelanggan dari Amerika Syarikat,"ujarnya.



Adilah ligat menurunkan ilmu secara dalam talian kepada mereka yang berminat untuk berkecimpung dalam bidang perniagaan online.

Bercerita mengenai perkembangan terbaharu, Adilah dan pasukannya kini sedang membangunkan satu projek iaitu 'jana lima angka dalam 30 hari' khusus untuk membantu individu yang serius mahu menjana sumber pendapatan mereka.

"Projek ini hanya dari rumah saja dan sangat sesuai untuk para suri rumah ataupun students. Jadi kita akan guide mereka yang benar-benar serius untuk jana pendapatan hingga lima angka.

"Bagi yang berminat, boleh follow FB saya Adilah Ibrahim dan sertai grup Telegram saya," ujarnya.

Tk Mstar

Friday, August 21, 2020

Terharu !!! Isteri mengidam, posmen tulis nota minta mangga atas parcel pelanggan. Wow Jawapan Sempoii


Isteri mengidam, posmen tulis nota minta mangga atas parcel pelanggan... terima respons mengejutkan - “Lebih 2 tahun hantar barang, tak pernah jumpa sampai hari ni”

Nota yang ditinggalkan oleh lelaki itu buat pemilik rumah berkenaan.

DEMI isteri tercinta yang sedang sarat berbadan dua, apa sahaja sanggup dilakukan oleh si suami.

Begitulah kisah seorang posmen yang tular di Twitter apabila dia sanggup meminta buah mangga daripada individu tak dikenali untuk isterinya yang mengidam pada minggu lalu.

Menurut Mohammad Zuhelmy Ibrahim, 26, isterinya ada menyuarakan hasrat itu sebelum dan dia terus teringatkan pohon mangga di rumah salah seorang pelanggannya yang terletak di Puchong, Selangor.

"Dia nak buah mangga fresh. Kemudian saya terfikir mengenai pokok mangga di sebuah rumah yang saya selalu hantar barang tu.

"Sebenarnya dah selalu hantar barang ke rumah tu. Saya pun ada nombor telefon pemilik rumah tapi tak terfikir nak hantar mesej.

Zuhelmy bersama isterinya yang kini hamil tujuh bulan.

"Sewaktu hantar barang ke rumah tu lagi sekali, saya tulis nota kat parcel untuk minta buah mangga. Esoknya saya lalu lagi sekali sebab kawasan tu memang kawasan penghantaran saya.

"Tiba-tiba ternampak ada kertas nota dilekatkan di peti surat. Rupa-rupanya pemilik rumah tu balas nota saya, mereka nak bagi mangga dan dah letak siap-siap kat rak depan rumah," ujarnya kepada mStar.

Kata Zuhelmy, tindakan prihatin pemilik rumah berkenaan ternyata menggembirakan isterinya, Afrah, 27, yang kini mengandung tujuh bulan.


Namun katanya, sepanjang menghantar barang ke rumah berkenan, dia sehingga kini tidak pernah bertemu dengan pemilik atau keluarganya.

"Saya dah kerja dua tahun lebih, memang selalu hantar barang ke rumah dia. Tapi tak pernah jumpa sampai hari ni.

"Saya rasa syukur sangat dia bagi buah mangga untuk isteri saya. Dapatlah isteri saya makan buah mangga fresh dari pokok yang diidam-idamkan tu.

Nota jawapan balas oleh tuan rumah yang turut disertakan dengan buah mangga untuk isteri posmen berkenaan.

"Terima kasih banyak-banyak kerana bermurah hati," ujarnya yang menetap di Cheras, Selangor.

Menurut Zuhelmy, dia dan isterinya baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan yang pertama pada 14 Ogos lalu dan kini sedang menanti cahaya mata pertama mereka.

Zuhelmy akui terharu dengan sikap prihatin pemilik rumah berkenaan.

Terdahulu, kisah itu tular selepas anak kepada pemilik rumah berkenan berkongsi mengenai nota yang ditulis Zuhelmy di atas barang yang dihantar.

Malah, rata-rata pelayar Twitter turut mengakui terharu membaca kisah itu.

Antara komen lain termasuklah yang memuji sikap prihatin pemilik rumah berkenaan dan tak kurang juga yang mendoakan segala urusan kehamilan isteri Zuhelmy dipermudahkan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Tags/Kata Kunci: 

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung