Nuffnang

Saturday, August 22, 2020

wow !!! Berjaya sebagai penjual ubat nyamuk di eBay, peniaga terkejut jualan e-book pun meletup

 

Berjaya sebagai penjual ubat nyamuk di eBay, peniaga terkejut jualan e-book pun meletup - “Followers bertambah, kisah kejayaan tersebar luas selepas keluar mStar”

Kisah seorang peniaga platform eBay, Adilah Ibrahim viral selepas tersiar di mStar sehingga jualan e-book yang dihasilkannya turut menerima tempias.

KETIKA ramai yang hilang arah kerana kehilangan mata pencarian gara-gara kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak pertengahan Mac lalu, wanita ini bersyukur kerana masih berpeluang menjana sumber pendapatan secara dalam talian (online).

Jika sebelum ini Adilah Ibrahim menjana pendapatan sebagai seorang peniaga dalam talian yang berjualan menerusi platform eBay, kini dia mula melebarkan sayap.

Di samping menjual e-book yang menyediakan panduan lengkap untuk mereka yang ingin belajar berniaga di platform eBay, kini 'skop kerja' Adilah lebih besar apabila dia membuka kelas secara dalam talian bagi membantu suri rumah yang ingin menjana pendapatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Hampir setahun jual barang di eBay, macam-macam order dapat... paling win ramai di Finland nak ubat nyamuk! - “Pernah terfikir, banyak sangat ke nyamuk di sana?”

mStar sebelum ini pernah memaparkan kisah Adilah yang sering mendapat pesanan barang 'rare' daripada pembeli luar negara menerusi platform dalam talian itu.

"Sebenarnya, selepas artikel mengenai saya keluar di mStar, tak sangka pengikut di laman sosial juga bertambah. Bukan sahaja Melayu, Cina dan India, malah ada juga orang Brunei dan Singapura.



Racun tikus dan acuan kuih tart antara barang 'rare' yang diterima oleh Adilah daripada pelanggan yang membuat pesanan menerusi platform eBay.

"Nak dijadikan cerita, ada beberapa portal media juga memetik kisah saya dari mStar, jadi secara tak langsung membantu saya lebih dikenali.

"Paling bersyukur, selepas artikel di mStar tersiar, jualan e-book saya 'meletup'," kata wanita yang mula berkecimpung dan fokus dalam eBay sejak setahun lalu itu.

Bercerita lebih lanjut, Adilah berkata dia kemudian turut menerima jemputan untuk menganjurkan kelas bagi mengajar individu yang berminat berkecimpung sebagai peniaga eBay.

Saya dulu ada 'cikgu' yang tolong, sekarang ini giliran saya pula berkongsi dengan orang lain.

ADILAH IBRAHIM

PENIAGA PLATFORM ONLINE EBAY

"Namun tak kesampaian apabila kerajaan umumkan PKP. Tapi saya tak duduk saja. Sesuai dengan musim PKP yang tak boleh ke mana-mana, saya buka kelas menerusi dalam talian.

"Kelas itu saya buat setiap sekali seminggu khusus untuk mereka yang membeli e-book daripada saya. Saya mahu orang yang beli e-book itu dapat sesuatu.

"Saya dulu ada 'cikgu' yang tolong, sekarang ini giliran saya pula berkongsi dengan orang lain," kata ibu kepada tiga cahaya mata ini.

Masih menerima pesanan yang boleh tahan kencangnya sewaktu PKP, Adilah berkata barangan 'rare' tetap menjadi pilihan pelanggan dari luar negara.



Ubat nyamuk masih lagi menerima pesanan yang tinggi daripada pelanggan khususnya dari Finland.

"Seperti sebelum ini, ubat nyamuk tetap menjadi antara barang yang mendapat permintaan tertinggi khususnya dari Finland. Saya pun tak tahu kenapa.

"Selain itu, ada ramai pelanggan pesan racun tikus, ragi tempe dan juga acuan buat kuih tart. Kebanyakan pelanggan dari Amerika Syarikat,"ujarnya.



Adilah ligat menurunkan ilmu secara dalam talian kepada mereka yang berminat untuk berkecimpung dalam bidang perniagaan online.

Bercerita mengenai perkembangan terbaharu, Adilah dan pasukannya kini sedang membangunkan satu projek iaitu 'jana lima angka dalam 30 hari' khusus untuk membantu individu yang serius mahu menjana sumber pendapatan mereka.

"Projek ini hanya dari rumah saja dan sangat sesuai untuk para suri rumah ataupun students. Jadi kita akan guide mereka yang benar-benar serius untuk jana pendapatan hingga lima angka.

"Bagi yang berminat, boleh follow FB saya Adilah Ibrahim dan sertai grup Telegram saya," ujarnya.

Tk Mstar

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung