Nuffnang
Wednesday, March 31, 2010
Lebih 100 Bilik Pelacur Dimusnah
Membantu Kepada Yang Memerlukan
Tuesday, March 30, 2010
Malaysia Antara 10 Tertinggi Ambil Arak Di Dunia
KUALA LUMPUR, 29 Mac: Biarpun mempunyai bilangan rakyat hampir 26 juta sahaja, namun Malaysia adalah antara 10 negara tertinggi dalam pengambilan arak di dunia, kata Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud(gambar).Mendedahkan perkara itu di Dewan Rakyat lewat petang ini, beliau berkata, rakyat negara ini membelanjakan sebanyak USD500 juta iaitu lebih kurang RM1.75 bilion bagi pembelian minuman keras. "Penjualan beer berkembang di antara 5 hingga 7 peratus setahun melebihi kadar pertumbuhan penduduk iaitu 2.4 peratus, manakala umur purata ketagihan arak ialah 23 tahun," dedahnya lagi sewaktu membahaskan Titah Yang di-Pertuan Agong.Menurutnya, pengambilan alkohol di kalangan remaja khususnya di bawah umur 18 tahun semakin meningkat iaitu kira-kira 45 peratus, dan mereka mengambilnya secara berterusan.
Antara faktor peningkatan itu, jelasnya kerana mungkin arak jenis beer sangat mudah diperolehi di kedai-kedai.Lebih membimbangkan apabila pendedahan arak dibuat di peringkat umur yang lebih awal.Beliau sewaktu mengemukakan satu kajian, 19 peratus di kalangan pelajar sekolah menengah mengaku pernah meminum arak, manakala 1 peratus mengaku mengambilnya secara berterusan."Dalam satu kajian yang dilakukan ke atas pesakit yang dimasukkan ke hospital KL pada tahun 1993, 48 peratus daripada yang ditanya mengaku minum arak."Satu pertiga ketagih arak, 61 peratus adalah Cina, 60 peratus India dan 30 peratus Melayu,” katanya lagi.
Jelasnya lagi, kerajaan dilihat tidak memberi perhatian sewajarnya kepada isu ketagihan arak dan sering mengatakan ianya isu kaum India. Arak juga jelasnya, dibuktikan bukan sahaja membahayakan kesihatan dan menyebabkan gejala sosial, namun kos rawatan penyakit disebabkan arak juga lebih tinggi berbanding pendapatan penjualannya.
"Negara kita dalam fasa lima mengaku bahawa Islama adalah agama Persekutuan, apakah menyebabkan dadah kita panggil najis dan sekiranya didapati mengedar dadah boleh dihukum gantung sampai mati."Tapi minuman keras, nikotin pada rokok, diberi layanan yang lain dan boleh didapati dengan berleluasa. Atas alasan apakah minuman keras tidak dimasukkan sekali dalam akta dadah merbahaya sedangkan kesannya atas kehidupan rakyat begitu meluas sekali," soalnya lagi.
Trend di Asia, katanya menunjukkan peningkatan ketara setiap tahun berbanding trend di negara Eropah yang semakin menunjukkan penurunan akibat kempen mereka yang agresif.Peningkatan di negara ini juga, jelasnya akibat undang-undang terlalu longgar seperti Akta Aksais Seksyen 32 (1)(a) dan (b) mengecualikan penjualan todi dan beer dalam tin dan botol.Apabila saya menang di Kota Raja, saya didatangi sekumpulan India dari golongan pertengahan dan rendah."Mereka meminta tolong saya supaya memastikan arak dan todi tidak dijual secara mudah di kedai-kedai runcit," katanya. Mengulas lanjut beliau berkata, arak dan todi di kedai-kedai runcit pada waktu ini boleh diperolehi dalam plastik dengan harga RM2 atau RM3. Harakahdaily Ulasan : Islam memang telah lama mengharamkan arak. Kerana arak itu ibu segala kejahatan. Sekiranya seorang itu minum arak hingga mabuk, ia akan hilang akal dan akan melakukan semua kejahatan seperti, mencuri, merogol , membunuh dan lain lain lagi. Seperti cerita seorang Abid ( seorang yang kuat beribadah ) yang bertemu dengan Syaitan , pada mulanya saitan itu nerbuat alim akhirnya menyuruh abid itu minum arak, merogol dan membunuh. Itulah kesan arak keatas manusia.
Monday, March 29, 2010
Makanan Para Ilmuan Islam
Sunday, March 28, 2010
Rahsia Pemakanan Ilmuan Islam
Madu adalah makanan yang sangat berkahasiat, Al Quran mengiktiraf ia sebagai " shifa" iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Madu ini juga sesitif bagi kaum wanita, pantang habaq nak bermadu.sat...gi kena la..he he he
Saturday, March 27, 2010
Robot Wanita Jadi Pesakit Gigi
Nota : Macam macam dunia zaman moden sekarang ini. Itulah akibatnya kalau manusia sudah tidak mahu jadi model pesakit untuk cabut gigi..maka robotlah jadi mangsanya. " Aku jadikan manusia sebaik baik kejadian " Surah At Tin..
sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/
Friday, March 26, 2010
5 Binatang Yang Paling Berbisa Di Darat & Di dalam Air
Membunuh dengan cara sekali patukan sahaja. kalau lambat 15 hinnga 30 minit sahaja. Kalau lambat ke hospital jalan..
Wallahua'lam...semua binatang ini dijadikan oleh Allah..kita bukan hebat macam manapun.... dengan benda kecil pun tak boleh terkena sengat ....fikir fikirkan lah...
sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/
Thursday, March 25, 2010
Garis Panduan Walit libatkan Empat Kementerian
Noh berkata selain kementerian yang diterajuinya, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Kementerian Kesihatan juga terlibat dalam penggubalan garis panduan itu.
Beliau mengulas mengenai perkembangan terkini garis panduan bagi pembangunan industri sarang burung yang bernilai RM1.5 bilion setahun itu ketikaditemui di lobi Parlimen hari ini.
Garis panduan itu disediakan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) selaku agensi peneraju bagi pembangunan industri burung walit di negara ini. Sebelum ini, Noh dilaporkan berkata 1GP akan dibentang ke Kabinet pada Mac ini. - Bernama
Wednesday, March 24, 2010
Rupa Permukaan Marikh
Gambar-gambar itu dihasilkan berdasarkan rakaman kamera Resolusi Tinggi Pengimejan Eksperimen Sains (HiRISE) pada sebuah kapal angkasa penjelajah Marikh miliknya.
Ia turut menunjukkan permukaan Kawah Mojave di bahagian yang dikenali sebagai Xanthe Terra, di tenggara planet itu.
Kawah berkenaan mempunyai keluasan 60 kilometer dan merupakan antara kawah paling baru di Marikh. - AFP
Tuesday, March 23, 2010
Maklumat Trafik Jambatan P. Pinang Melalui SMS
Dalam satu kenyataan hari ini, Penang Bridge Sdn Bhd (PPSB), syarikat pengendali jambatan Pulau Pinang, berkata SMS itu adalah sebagai perkhidmatan tambahan kepada penggunanya.
Maklumat yang disediakan sebelum ini adalah menerusi papan tanda elektronik yang dikenali sebagai Variable Message Sign (VMS) dan pengumuman menerusi siaran radio tempatan.
Bagi mendapatkan maklumat menerusi SMS, pengguna perlu menaip “OTIM (ruang) topen” atau “OTIM (ruang) toprai” dan menghantar mesej itu ke 012-4345366 (Maxis), 019-5733666 (Celcom) atau 016-4168666 (DiGi). Satu kemalangan lima buah kenderaan di laluan ke pulau di jambatan itu pada 7.15 pagi tadi telah mengakibatkan ribuan pengguna terperangkap dalam kesesakan selama tiga jam. - Bernama
Nota : Pagi tadi penulis terperangkap selama 1 jam 20 minit dekat plaza tol . Bukan jauh mana 3 kilometer sahaja. Bila sampai di tengah jambatan , terdapat tiga buah kenderaan berlanggar dari arah belakang. Maklumlah semua nak cepat pergi kerja. kata pepatah " Biar lambat asalkan selamat "
Monday, March 22, 2010
Hobi Kereta Mewah Orang Malaysia
Di Malaysia pemilik kereta mewah daripada sultan, menteri Kabinet, ahli perniagaan hinggalah selebriti sentiasa mendapat perhatian. Jenama jenama seperti Mercedes, Rolls-Royce, Bently dan Maybach juga sering dikaitkan dengan golongan ini.
Encik mokhtar Ahmad, 37 , yang juga Pengarah Urusan Mutiara Motors Group , seorang pemilik kereta mewah dari Johor Baharu, mempunyai 12 buah kereta mewah yang dikongsi bersama bapanya Datuk Ahmad Kemin. Antaraanya, dua Buah Kereta Ferrari, sebuah Lamborgini Sebuah Porsche dan Hammer. Nilai keseluruhan kereta mewahnya ialah bernilai RM 10 juta.
Menurut beliau Malaysia merupakan sebuah Negara yang memiliki bilangan Ferrari yang terbanyak di dunia. Malah beliau telah berjaya menjual sebanyak 6 unit Ferrari dalam masa setahun oleh syarikatnya.
Di sebalik prestij kereta mewah , Encik Mokhtar mengingatkan pemilik kereta mewah agar sedar akan kelemahan kereta mereka bagi memastikan ia kekal dalam kondisi sebenar. MIsalnya , kereta Ferrari tidak boleh dipandu laju ketika hujan. Banyak kecelakaan yang berlaku disebabkan hal ini. Ia kerana jenteranyan beroperasi secara rearwheel. Lagipun sesebuah kereta itu dicipta oleh pengeluar yang berasaskan cuaca di Negara pengeluar. Jadi pemilik di Negara ini perlu bijak menyesuaikan penggunaannya.
Beliau yang asanya bekerja dengan bapanya dengan berbekalkan sijil SPM ini hanya diberikan gaji RM 150 sewaktu mula bekerja bersama bapanya. Menurut beliau diantara selebriti negara kita yang telah membeli kereta melaluinya ialah :
Pengacara AC Mizal Zaini Nama Kereta : Bently Fliying ,Spur, Porsche Carrera, BMW
Artis Norman KRU Ferrari
Artis Anuar Zain Porsche
Pengacara Aznil Nawawi Porsche
Yusry KRU Lamborghini
Sumber Jurnal, KOSMO
Nota : “ Bekekerjalah kamu seolah olah kamu akan hidup selama-selamanya, dan beribadahlah seolah olah kamu akan mati esuk hari “ Mafhum Hadis……..
sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/
Gunung Berapi Meletus Dekat Glasier Di Iceland
"Ia merupakan letusan kecil dan tidak berbahaya. Namun, kami bimbang letusan itu akan mencetuskan satu lagi letusan dari gunung berapi berhampiran iaitu Katla yang boleh memberi kesan terhadap penduduk setempat dan global," kata seorang ahli geofizik di Institut Sains Bumi, Universiti Iceland, Pall Einarsson.
Pihak berkuasa bimbang letusan yang berlaku 160 kilometer persegi dari glasier Eyjafjallajokull boleh mengakibatkan banjir jika ais di kawasan sekitarnya cair. Namun kajian yang dilakukan semalam menunjukkan letusan berlaku di kawasan yang tidak mempunyai ais.
Pihak Pengurusan Penerbangan Awam Iceland telah mengarahkan kapal terbang untuk berada 120 batu nautika dari kawasan gunung berapi ekoran masalah penglihatan. Semua penerbangan domestik telah dibatalkan. Tiada letusan dicatatkan di sekitar glasier Eyjafjallajokull sejak tahun 1821. - AP_kosmo
Nota : Itulah dia petanda hari kiamat semakin hampir . Dewasa ini banyak berlaku kejadian gempa bumi dan gunung berapi meletup. Banyak petanda hampirnya hari kiamat ialah kejadian seperti ini. Apa yang harus kita lakukan ialah banyakan bertsbih dan beribadah kepadah Allah.
Bersantai Di Tree Top Walk, Sedim, Kedah
Penulis Bergambar latarbelakang Tree Top Walking
Kalau Inginkan Kelainan marilah ke Sedim. Cukup teruja keadaan disini. Di bawahnya mengalir air terjun deras Sedim. Fuuh........... sangat terujua beb.
Sunday, March 21, 2010
Masyallah !! 17,303 Anak Luar Nikah diDaftar tahun 2009
Kuala Lumpur : Seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh Negara sepanjang Tahun Lalu. Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Datu Alwi Ibrahim, berkata bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya .
Fakta : Tahun 2007 seramai 16,100 anak luar nikah didaftarkan Tahun 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan. Tahun 2009 seramai 17,303 anak Luar Nikah didaftarkan . Dari tahun 2005 Sehingga tahun 2009 seramai 214,083 anak tidak sah taraf didaftarkan (Pelbagai Bangsa) Pecahan bangsa sejak dari tahun 2005 hingga 2009 Lain Lain kaum 91,922 kes, Melayu 74,732, India ( 23,696 ), Cina (23,692 kes). Sumber Jabatan Pendaftaran Negara
Datuk Alwi menjelaskan dalam tempuh lima tahun lalu. JPN mencatit 74,723 pendaftaran anak luar nikah adalah membabitkan orang Melayu/Islam. Ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM ) Sumber Berita Harian
Rasulullah pernah bersabda “ kalau kamu hendak lihat pemimpin masa depan maka kamu lihatlah jenerasi masa kini “ . Dalam perkara ini mas Aji merujuk kepada sepotong ayat Al Quran berbunyi “ Jagalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka “ Insyallah selamat dunia akhirat. Kalau kita tidak mampu mencegah kita jagalha keluarga kita.
Tekong Boleh Dipenjara, Denda
Namun, kegembiraan itu bakal bertukar duka apabila tekong bot berkenaan yang merupakan warga Thailand mungkin berhadapan hukuman denda dan penjara kerana kesalahan memiliki haiwan yang dilindungi.
Malah, Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Junaidi Che Ayub berkata, kes itu kini disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan Peraturan-Peraturan Perikanan (Pengawalan Spesies Ikan Yang Terancam) 1999.
“Mengikut akta ini, tindakan bukan sahaja boleh diambil kepada mereka yang menangkap tetapi juga terhadap mereka yang memilikinya walaupun ikan berkenaan sudah mati.
“Mereka yang didapati bersalah boleh didenda sehingga RM20,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Menurut beliau, tekong tersebut sepatutnya membuat laporan kepada Jabatan Perikanan dan agensi terlibat selepas menemui ikan tersebut dan bukan membawanya pulang ke jeti. Kosmo
Pelajar Temui Fosil Dinosaur Ganas
Nota : Allah menjadikan semua makluk diatas muka bumi ini adalah untuk mengabdikan diri kepadanya, dan sebagai membuktikan tanda kekuasaan Allah sebagai pencipta. sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/
Saturday, March 20, 2010
Yu Paus Dua Tan Ditemui
Ikan seberat dua tan itu ditemui ketika nelayan tersebut memasuki kawasan pulau berdekatan Kuala Besar, Kota Bharu untuk mencari perlindungan daripada ancaman laut bergelora.
Tekong bot tersebut, Ek Chai Suwanpong, 46, berkata, ikan spesis Rhino-Typicus sepanjang tujuh meter itu ditemui kira-kira pukul 8 pagi semalam.Sementara itu pemilik Bot berkenaan,Mohd Radhi Saari,36. Bercadang hendak memproses daging ikan untuk diekspot serta dipasarkan di luar Kelantan. sumber Kosmo
Friday, March 19, 2010
Singah Sekejap Di Lata Sedim, Kulim Kedah
Tujuh Tahun Cari Rahsia Gamat
Thursday, March 18, 2010
Keistimewaan Ikan Buntal
Bukan niat penulis untuk mencemuh atau menjatuhkan ‘martabat’ ikan beracun itu, cuma agak mengecewakan jika keluar memancing, habuan yang dapat hanyalah ikan yang langsung tidak boleh dimakan. Dalam leka memancing, penulis teringat tentang satu pameran alat muzik tradisional yang diadakan pada Hari Kraf Kebangsaan baru baru ini.
Alat muzik rebab yang biasa kita dengar dalam persembahan silat atau pun persembahan tarian tradisional lazimnya dibuat daripada kayu pokok nangka dan berongga di bahagian dalam.
Bentuk badannya lebar di bahagian atas dan tirus ke bawah. Dadanya ditutup dengan kulit diperbuat daripada perut lembu yang dikeringkan. Busut kecil yang dibuat daripada lilin lebah ditampal pada sebelah kiri dadanya dipanggil “susu”.
Di sisi bahagian atas lehernya dipasang pemulas bagi melaras suaranya. Leher atau papan jari dipasang pada bahagian atas badannya. Pada bahagian atas kepalanya berukiran dan dipanggil `Pucuk Rebung’. Lehernya memanjang ke bawah menerusi badan dan hujungnya menjadi pancang di bahagian bawah di mana alat itu diletakkan berdiri bila ia dimainkan.
Kayu kekuda titian tadi diletak pada tengah dadanya dan boleh diubah kedudukannya.
Busurnya dibuat dari kayu dan melengkung sedikit. Tali penggesek ialah urat daripada selapuk balutan mayang kelapa tapi kini digunakan tali tangsi.
“Sebelum itu, kulit ikan buntal itu akan dipotong mengikut saiz diameter tempurung dengan menggunakan pisau. Gam tidak perlu digunakan untuk melekatkan kulit ikan itu pada tempurung kelapa kerana kulit ikan buntal mudah melekat,” jelasnya yang berasal dari suku kaum Semelai. Sumber Mstar
Nota : Mas Aji pernah lihat kawan mas aji . orang kampung panggil dia Meg Gyver . Beliau pernah menjadikan ikan buntal itu sebagai tanglung (macam lampu perayaan tahun baru cina ) Cuma Lapah dan lekapkan pada tempurung kelapa..dan apabila kering ..kita masukan Lampu kedalamnya dan sambungkan ke suis lampu…mudahkan itulah keajaiban manusia “ sesungguhnya aku jadikan manusia ailah sebaik baik kejadian “ Firman Allah taala.
Nak Makan Lauk Apa Hari Ini
Mas Aji baru balik dari kelaut.. dapt ikan merah 2 ekor...Isteri tanya nak masak apa Mas..? Seweet & Sour ke. Kari Ika Ke... Asam Pedas Ke.. Masak Kicap Ke Mas ?. Tapi seorang isteri mesti tahu apa yang suaminya nak makan.. Mas dan anak anak sukan Makan kari ikan dengan kacang bendi dan juga masak Sweet & Sour ..fuhh mesti best punya..sbb ari ini Mas ambil cuti..anak anak balik dari Asrama... walaubagaimanapun kita harus bersyukur dengan segala angerah yang dikurniakan oleh Allah kepada kita..Rezeki yang ada cukuplah...anak anak..yang masih belajar.Masih bekerja .rumah ( Hutang Beres) .kereta pun dah ada. Besrsyukur setakat apa yang ada.ye........" Sebaik baik Hidup adalah bersederhana "
Wednesday, March 17, 2010
Askar Buta 'Melihat' Menerusi Lidah
Askar itu, Lans Koperal Craig Lundberg yang berusia 24 tahun kini sudah boleh membaca, dan berjalan tanpa sebarang bantuan.
Terima kasih kepada alat yang dicipta oleh satu kumpulan diketuai Gale Pollock, bekas Mejar Jeneral dari pasukan tentera Amerika Syarikat (AS).
Dia dipilih oleh Kementerian Pertahanan sebagai individu pertama di Britain untuk mencuba peralatan BrainPort yang mampu mencipta revolusi ke atas rawatan orang buta.
Alat itu menukar imej menjadi denyutan elektrik yang dihantar ke lidah dan menyebabkan rasa berdenyut.
Kekuatan denyutan yang berbeza itu boleh diterjemahkan, menyebabkan pengguna boleh menggambarkan persekitaran mereka secara mental dan bergerak di sekelilingnya.
Ia mengandungi satu kamera video kecil yang dipasang pada cermin mata dan disambung dengan satu 'lolipop' plastik yang diletakkan di atas lidah untuk membaca denyutan tersebut. "Rasanya seperti menjilat bateri berkuasa sembilan volt atau makan gula-gula," kata Lundberg kelmarin. - AFP/KOSMO
SPRM Hairan DBKL Lambat Bertindak
Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Mohd. Shukri Abdull berkata, tindakan DBKL menyerbu beberapa premis jualan gajet seks secara senyap-senyap selepas mendiamkan diri selama seminggu memang meragukan.
Beliau juga berjanji akan melihat terlebih dahulu prosedur SPRM dan akan mengambil langkah yang perlu untuk membolehkan siasatan dilakukan terhadap DBKL.
"Tindakan DBKL melakukan serbuan secara senyap-senyap boleh menimbulkan persoalan dan keraguan sedangkan isu tersebut perlu diberi perhatian sewajarnya,'' katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. Kosmo! semalam melaporkan sikap para pegawai kerajaan yang mengecewakan sehingga tiada satu pun penguat kuasa daripada jabatan kerajaan mahu bertindak terhadap premis-premis seks terbabit.
Sehubungan itu, Mohd. Shukri meminta orang awam tampil membuat aduan jika terdapat sebarang unsur perlakuan rasuah berhubung perniagaan gajet seks yang tumbuh bagai cendawan di ibu negara.
Sementara itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) turut kesal dengan sikap DBKL yang bertindak dalam senyap terhadap premis berkenaan kerana ia sememangnya menimbulkan keraguan dari segi penguatkuasaan.
Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr. Ma'amor Osman berkata, adalah wajar SPRM melakukan siasatan segera berhubung perkara itu dan mengambil tindakan susulan.
Katanya, campur tangan SPRM dapat menjawab segala desas-desus serta punca para pegawai kerajaan dan pihak berwajib menuding jari antara satu sama lain.
"Dalam seminggu ini isu penjualan gajet seks secara terbuka hangat dibincangkan orang awam selepas dibongkar dalam Kosmo! tetapi DBKL serta beberapa agensi kerajaan tidak menunjukkan sebarang reaksi,'' katanya.
Nota : DBKL kena cepatlah bertindak..kalau orang tak bayar cukai hampa roboh gerai. suatu perkara yang mungkar pun tak boleh di laksanakan.................tolong lah tenguk sikit Tuan Pengarah ...kesian kat pak Menteri dah marah tu. Allah lagi marah
Sepetang Di Pengkalan Hulu,Perak
Pos Imegration dan Jabatan Kastam , Pengkalan Hulu, Perak Yang telah berubah...mengikut perubahan semasa...boleh jadi satu hari Pengkalan Hulu akan jadi seperti Bukit kayu Hitam.
Bersama anak bongsu di hadapan Pos sempadan Malaysia Thailand ...Betong ..beli belah kat situ je ..tak masuk kedalam pun ..isteri tak bagi.....dia kata mas masih muda lagi...dan mengancam....acah je... apa pun kita berjalan sekadar untuk meninjau tentang kehidupan masyarakat disini, masih lagi bekerja sebagai penoreh getah, pelombong bijeh timah...dan menanam anak pisang.... takut mereka dihimpit dengan kehidupan yang tidak seimbang dengan pembangunan yang sedang dijalankan...fikirkanlah..........
sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/
Tuesday, March 16, 2010
Salam Ziarah Membantu Yang Memerlukan
sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/
UniMAP Dakwa Graduan Diterima Industri
Benarkah 16 program UniMAP tidak diiktiraf ?
Oleh ARSHAD KHAN dan MAZLINA ABDUL MAJIDberita@kosmo.com.my .15/3/2010
KUALA LUMPUR - Percaya atau tidak, hanya dua sahaja daripada 18 kursus yang ditawarkan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang diiktiraf oleh agensi-agensi kerajaan dan badan profesional.
Bermakna, 16 lagi program yang ditawarkan UniMAP sejak dinaik taraf menjadi IPTA pada 2001 adalah tidak diiktiraf sama ada oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Majlis Akreditasi Kejuruteraan-Lembaga Jurutera Malaysia (EAC-BEM) atau Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
UniMAP Dakwa Graduan Diterima Industri
Jawapan hari Ini 16/3/2010
Oleh FAIZAL NAZARUDDINfaizal.nazaruddin@kosmo.com.my
KERATAN Kosmo! semalam.
KANGAR - Di sebalik Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) masih bergelut memperjuangkan pengiktirafan terhadap ijazah kejuruteraan yang ditawarkan daripada badan profesional, pihak universiti itu mendakwa graduannya diterima baik dalam sektor pekerjaan di negara ini.Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin (gambar) berkata, lebih 90 peratus graduan keluaran universiti itu mendapat pekerjaan di syarikat-syarikat besar walaupun tanpa gelaran IR yang diberikan badan profesional yang berkenaan. lanjut kena baca Kosmo la
sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/
Monday, March 15, 2010
Singgah Ziarah Keluarga Di Utara Semenanjung
Isteri dan anak di hadapan Garden Of Bonzai
Salam Buat Semua.
Pada Ahad yang lalu penulis bersama keluarga bertandang ke Bukit Kayu Hitam,Kedah untuk pergi makan kenduri. Penulis bermalam di rumah biras ( suami adik ipar ) . Kebetulan bila dah sampai di sana, penulis bercadang nak masuk ke sempadan Thailand la. tub..tub..tak jadi sebab kereta banyak sangat , bersusun -susun depa pi mana pun tak tau la...Alamdulillah hari sabtu yang lalu hujan lebat di Kedah, baru rasa lega rasanya berjalan..tak panas.. dan tak mengantuk....banyak perubahan yang berlaku disana. Itulah yang terbaik dilakukan oleh Ustaz Dato Azizan Razak , tahniah diucapkan .Ramai rakyat negeri Kedah pulang bercuti untuk menziarahi Ibu bapa yang tersayang. Sempena musim cuti ini penulis yang berjiran dengan negeri Kedah mengambil peluang bercuti bersama keluarga . Mas tiada tempat lagi untuk bermanja..ayan dan ibu telah lama pergi... syukur alhamdulillah mas kini hanya tinggal bapa mertua yang uzur aje...
Kepada teman-teman dan kekawan yang belum berkunjung eloklah berbuat demikian... zirahlah sebelum anda diziarahkan. Janganlah membiarkan mereka menantikan kepulangan kita..Penantian satu siksa dan duka...
sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/
Tahniah Lee Chong Wee & Misbun Sidek
Saya sebagai Rakyat Malaysia mengucapkan tahniah kepada Dato Lee Chong Wee dan Dato Misbun Hj Sidik kerana telah mengembalikan sinar harapan yang begitu tinggi dalam bidang Badminton Negara. Pagi tadi Dato Lee Chong Wee telah menewaskan pemain dari Jepun untuk menjuarai Kejohanan All England. Apa yang buat Mas terharu ialah kerana sekarang ini kita harus mengikis sikap prajudis antara kaum dan perlu kita buang dalam pemikiran kita. Secara tidak langsung sikap perkauman beransur ansur hilang di telan zaman.
sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/
Saturday, March 13, 2010
Benarkah Ikan Kap Si Pembunuh ?
Kap telah lama menjadi sumber makanan penting bagi manusia, dan juga sebagai ikan hiasan seperti pelbagai jenis ikan mas dan kap biasa yang dikenali sebagai ikan koi. Akibatnya, ikan kap telah diperkenalkan di pelbagai tempat sungguhpun dengan pelbagai hasil. Selain sebagai sumber makanan, ikan kap juga dipelihara sebagai ikan hiasan.
Ikan kap Asia mula diperkenalkan di negara-negara selatan Amerika Syarikat (AS) dari China sekitar tahun 1970-an untuk membantu membersihkan tangki kolam air ikan. Selama lebih daripada 30 tahun, spesies berkenaan mendiami sungai Mississippi hingga memusnahkan ekosistem sungai berkenaan.
Pada Disember tahun lalu, penemuan DNA ikan kap hanya beberapa batu daripada Great Lake di Chicago telah mengejutkan banyak pihak.
Kap Asia juga dikenali sebagai 'terminator' bagi dunia ikan. Ia boleh membesar sehingga 1.2 meter dan 50 kilogram serta boleh makan sehingga 40 peratus berat badannya dalam masa sehari. Perkara berkenaan menghalang tumbesaran dan pembiakan spesies ikan jenis lain untuk hidup dalam habitat yang sama. Selain itu, ikan kap Asia juga mempunyai keupayaan untuk melompat sehingga paras dua meter ke udara sehingga mengganggu bot-bot yang lalu di kawasan berkenaan.
"Ikan-ikan ini mengganggu kehadiran bot, mencederakan orang ramai sehingga ada yang hampir lemas di sungai Mississippi," kata Joel Brammeier iaitu salah seorang ahli persatuan pemuliharaan alam sekitar Great Lakes.
Pada awal Februari lalu, pentadbiran Presiden Barack Obama memperuntukkan sebanyak AS$78.5 juta (RM27 juta) bagi membangunkan rancangan menyekat kehadiran ikan berkenaan.
Usaha berkenaan memberi tumpuan kepada pembinaan satu halangan elektronik yang dibina oleh jurutera AS merentasi terusan yang perlu dilalui oleh ikan-ikan berkenaan untuk sampai ke kawasan tasik berkenaan. Sumber Mstaronline
Ulasan semua
sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/
Friday, March 12, 2010
MB, Exco Dan Rakyat Kelantan Basah Kuyup, Ketika Solat Sunat Istisqa
Petikan dari Harakahdaily.net
Hujan agak lebat tiba-tiba turun pada rakaat pertama solat sunat Istisqa yang diadakan di Padang Perdana pagi tadi.
Solat tersebut diimamkan Menteri Besar bermula kira-kira jam 8.30 pagi.
Ketika Tuan Guru Nik Abdul Aziz sedang membawa surah pada rakaat pertama tiba-tiba hujan turun agak lebat sehingga membasahkan ribuan yang menunaikan solat. Hujan hanya berhenti selepas selesai solat sunat tersebut. Semua yang hadir termasuk pembesar negeri dan pegawai kanan kerajaan kelihatan basah kuyup.
Program tadi dihadiri hampir kesemua pegawai kanan kerajaan negeri termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias, Pegawai Kewangan Negeri, Mohd Faudzi Che Mamat, Pengelola Istana, Datuk Abdul Halim Hamat dan Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Muhammad.
Solat Istisqa tersebut merupakan kali kedua diadakan di Kelantan selepas pertama kali diadakan beberapa tahun lalu akibat kemarau panjang.
Cuaca kering dan panas kini melanda seluruh negara sehingga ada tempat paras sungai dan empangan semakin surut dan tanah-tanah menjadi merekah.
Ketika membaca khutbah Menteri Besar memalingkan badan ke arah kiblat seketika sebagai mengikut amalan sunnah Rasulullah s.a.w. ketika baginda mengerjakan solat Istisqa.
Nota : Syukur Alhamdulillah, hujan dah turun....tempat Mas Aji sehari dua nie pun dah turun hujan.. Allah turunkan hujan ketika ini ialah kerana berkat doa dari hambanya, binatang serta tumbuh-tumbuhan yang berdoa meminta Allah menurunkan hujan. Amin.... Allahu.. Akhbar
sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/
Pasal Apa Hampa Pi Mengendap
DUA kaki intai yang merupakan pelajar sebuah IPTA cedera di kepala dan badan selepas dibelasah sekumpulan lapan lelaki di stesen minyak di Semambu, Kuantan semalam.
KUANTAN - Nafsu suka mengintai yang menguasai dua pelajar sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) membawa padah apabila mereka cedera dibelasah oleh sekumpulan lapan pelajar lain di sebuah stesen minyak di Semambu di sini kelmarin.
Kejadian pukul 12 malam itu berlaku selepas tindakan mereka mengintai kira-kira 10 pelajar perempuan melalui celah tingkap di sebuah rumah sewa disedari oleh salah seorang mangsa.
Wanita berusia dalam lingkungan 20-an itu kemudian bertindak menghubungi teman lelakinya yang juga merupakan pelajar di situ.
Teman lelaki pelajar perempuan itu kemudian mengumpulkan rakan-rakannya untuk mencari dua lelaki terbabit dengan menaiki kereta.
Difahamkan, kesemua pelajar itu merupakan pelajar tahun akhir di IPTA tersebut.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bahagian Siasatan dan Perundangan Pahang, Supritendan Mohd. Haris Daud berkata, selepas puas mencari, teman lelaki gadis itu terserempak dengan dua pelajar berkenaan di sebuah stesen minyak.
sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/
Thursday, March 11, 2010
Jutawan Amerika Masuk Islam
Mark Shaffer bersama rakanya di dalam Masjidil Haram
Salam Buat Semua
A tourist guide who accompanied Mark for 10 days in Saudi Arabia , Dhawi Ben Nashir told: Since he set foot for the first time in Saudi Arabia , Mark already started to ask question about Islam and Solat. As soon as he arrived in Saudi, Mark stayed in Riyadh for two days. While in Riyadh , Mark was very interested in Islam. After moving to Najran, we went to Abha and Al-Ula. There, his fascination on Islam grew more obvious, especially the time when we ventured out into the desert. Mark was amazed to see three Saudi youths who were in our group in Al-Ula, performing solat in the expanse of the very wide desert. A very fantastic panorama indeed
sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/
Posting Terbaik Minggu Ini
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Tangkap layar video rakyat Malaysia beratur panjang untuk masuk ke Thailand untuk bercuti sempena cuti sambutan Deepavali. BUKIT KAYU HITA...
-
Tangkap layar klip video CCTV yang memaparkan dua individu sedang meletakkan dua kepala babi atas dapur roti canai di Bandar Teknologi Kajan...
-
Aksi kanak-kanak tersebut ketika mengendalikan jentera berat. PETALING JAYA – Aksi seorang kanak-kanak mengendalikan sebuah jentera berat ...
-
BAITULMAQDIS: Pemimpin Hamas, Yahya Sinwar, dikesan oleh dron mini Israel ketika berlindung dalam sebuah bangunan di Gaza selatan. Dron it...
-
Terkini! Penemuan buaya yang kami laporkan sebentar tadi akhirnya dapat ditangkap oleh pihak Bomba, JPAM dan bantuan orang ram...
-
Tangkap layar hantaran Whatsapp diterima seorang wanita daripada seorang lelaki yang menganggunya secara maya sejak November 2021. PETALIN...